BAB 1
PENDAHULUAN
Bab ini akan membincangkan perkara-perkara asas yang berkait dengan kajian yang meliputi pengenalan, permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif kajian, kesignifikasian kajian, definisi konsep dan operasi, kerangka teoritikal, kerangka kajian, dan rumusan bab ini.
1.1 PENGENALAN
Dahulu, penggunaan internet hanya bergantung kepada sebuah komputer sahaja. Namun kini, internet juga mampu diakses dengan menggunakan telefon bimbit yang mempunyai perisian perkhidmatan internet tanpa wayar (wireless) dengan pelbagai aplikasi android seumpamanya. Memandangkan pentingnya internet di dalam kehidupan kontemporari hari ini, mereka yang tidak biasa selalunya dianggap sebagai buta IT (Information Technology) (Huerta & Sandoval-Almazan, 2007). Walau bagaimanapun, bilangan individu yang cenderung menggunakan internet secara berlebihan adalah signifikan (Block, 2008).
2008) telah didakwa berlaku pertindihan nama diantara satu sama lain. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengambil takrif Internet Addiction Test (IAT) dan instrumen yang telah diuji oleh Young (1998). Hal ini disebabkan oleh pengkaji meramalkan bahawa faktor kesunyian dalam kalangan mahasiswa yang membawa kepada ketagihan terhadap internet ini berlaku.
Statistik menunjukkan jumlah pengguna internet di Malaysia pada tahun 2010 mencecah 16.9 juta orang daripada 1,802,330,457 orang jumlah pengguna internet seluruh dunia mengikut Internet World Stats, berdasarkan statistik Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC). Melihat kepada statistik ini, ia menunjukkan penggunaan internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas. Internet World Stats mencatatkan terdapat 764.4 juta pengguna internet di Asia. Jumlah ini lebih tinggi daripada pengguna internet di Eropah (425.8 juta pengguna) dan Amerika Syarikat (259.6 juta pengguna) pada 2010. Di Malaysia, antara rangkaian sosial yang paling popular adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung (Irfan Khairi, 2010).
Mazlan Osman dan Amri Abdul Rahman (2009) di dalam Konferen Penyelidikan Saintifik dan Sosial (CSSR 08’09) menyatakan bahawa, di Malaysia, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Undang -undang yang sedia ada telah memperuntukkan akta seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 telah membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai. Kesemua faktor ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan pengawalan maklumat dilakukan.
seperti di restoran, pusat membeli belah, hotel, kafeteria, dan lapangan terbang membolehkan pengguna mengakses internet tanpa caj. Lantaran itu, wujudnya syarikat yang menyediakan perkhidmatan internet tanpa wayar dan jalur lebar dengan harga yang begitu murah seperti syarikat Digi, Yess, Celcom dan Maxis. Perkara ini merupakan salah satu faktor meningkatnya jumlah pelayar siber abad ini (Johari Hassan & Raja Shahrina, 2012).
Menurut Hurlock (1990), manusia di dunia ini tidak hidup bersendirian, sentiasa ada orang lain bersama dan berinteraksi dengan orang lain. Manusia dianggap sebagai makhluk sosial yang dalam kehidupan sehariannya didampingi oleh orang lain di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, mereka akan mengalami perkembangan secara berperingkat, bermula dari tempoh pranatal hingga tempoh lanjut usia. Kesemua individu akan mengikuti pola perkembangan dengan betul dan boleh diramal akan perubahannya. Sehubungan dengan itu, setiap masa yang dilalui merupakan tahap-tahap yang saling berkait dan tidak dapat diulang kembali (Nina Rahayu, 2008). Menurut Hurlock (1990) kejadian-kejadian yang berlaku pada masa awal perkembangan individu akan memberi pengaruh terhadap tahap-tahap perkembangan yang selanjutnya. Salah satu tahap yang akan dilalui oleh individu adalah tahap dewasa awal.
Erikson (1963) menjelaskan bahawa, keintiman merupakan salah satu krisis dalam hidup, iaitu keintiman berlawanan dengan pengasingan yang dikembangkan pada usia dewasa awal. Apabila individu dewasa awal dapat membentuk perhubungan yang sihat dan intim dengan individu lain, maka intimasi akan tercapai. Namun, jika individu gagal mengembangkan keintimannya, maka individu tersebut akan mengalami isolasi, merasakan kesunyian dan krisis keterasingan. Individu tersebut akan menarik diri dari berbagai aktiviti sosial dan hanya memiliki sedikit atau tidak ada sama sekali perhubungan dengan individu sesama jenis atau berlainan jenis (Orlofsky et al., 1973 dalam Santrock, 2011).
Ketika menghadapi kesunyian, individu akan merasa dissatisfied (ketidak puasan), deprived (kekurangan), dan distressed (menderita). Hal ini tidak bermakna bahawa kesunyiantersebut adalah sama sahaja pada setiap masa. Individu yang berlainan boleh mempunyai perasaan kesunyian yang berbeza pada situasi yang berlainan. Pada saat ini, internet telah memberi kemudahan yang lebih luas sehingga orang lain dapat saling berkenalan dan menjalinkan perhubungan melalui jaringan secara atas talian, e-mail, chat room, dan new group (Weiten & Llyod, 2006). Maka kesunyian tersebut telah terisi dengan cara menghabiskan masa berinteraksi di alam maya dan seterusnya membawa kepada ketagihan internet.
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
Menurut Mohd Azis (2010), berdasarkan kajian Norton Online Living Report (NOLR) di Malaysia yang dikendalikan oleh Saffron Hill bagi pihak Symantec, mengenai tabiat penggunaan internet mendapati golongan remaja menghabiskan masa selama 16 jam seminggu bagi melayari internet. Jumlah itu sebenarnya 6 jam lebih banyak daripada masa purata NOLR peringkat global berdasarkan kepada kajian yang dijalankan ke atas 12 buah negara utama dunia, dan ia juga 4 jam lebih banyak daripada ibu bapa mereka.
Di dalam buku Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder-Fourth Edition Text Revision-DSM IVTR (APA, 2000), ketagihan internet belum dikenalpasti sebagai salah satu daripada penyakit yang boleh dikategorikan sebagai kecelaruan mental. Ianya juga belum lagi dikenalpasti sebagai satu penyakit, tetapi ia telah menimbulkan kontroversi disebabkan oleh gangguan mental yang biasa didefinisikan sebagai ketagihan internet (Zboralski et al., 2009). Bagi komuniti, sakit mental dikategorikan sebagai abnormal yang merujuk kepada tingkah laku bilazim dalam sesebuah komuniti dan bakal memberikan satu tamparan hebat kepada masyarakat dunia bahawa penyakit ini semakin merebak dari setahun ke setahun dan bakal menghancurkan komuniti di sesebuah negara (Amran et al., 2012).
Menurut Noradilah dan Mansor (2009) untuk mengelak daripada unsur-unsur sebegini berlaku secara berterusan, proses rawatan secepat yang mungkin adalah perlu dilakukan. Namun demikian, pada hakikatnya menunjukkan bahawa, keadaan kesihatan mental komuniti kita tidak berada dalam tahap kenormalan. Menjelang tahun 2020, penyakit mental dijangkakan berada pada kedudukan kedua penyakit tertinggi di dunia. Keadaan ini bakal memberi impak yang besar kepada masyarakat dunia bahawa penyakit ini semakin merebak saban tahun.
dengan cara tinggal berjauhan dari keluarga asal bagi tujuan melanjutkan pelajaran atau mendapat peluang pekerjaan.
Sememangnya tidak dinafikan, Institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan gedung ilmu yang membantu para pelajar dalam memperoleh ilmu dalam bidang pengajian masing-masing serta menyediakan diri dalam persediaan ke alam pekerjaan. Pencapaian akademik semata-mata bukanlah penjamin kepada memperoleh pekerjaan selepas mereka menamatkan pengajian kelak (Mohd Majid & Zakaria, 2007; Salleh & Zuria, 2007).
Oleh yang demikian, permasalahan yang berlaku ini mendorong pengkaji untuk membuat kajian mengenai kesunyian dengan ketagihan terhadap internet memberi impak negatif kepada pencapaian akademik mahasiswa, seterusnya pencapaian mahasiswa dalam kemahiran generik khususnya. Namun begitu, ketegasan diri merupakan sesuatu yang penting dalam membantu seseorang pelajar untuk menjadi lebih berkeyakinan serta dapat membina hubungan yang baik semasa mereka menuntut di universiti.
Kebiasaannya, individu yang tidak tegas akan menjadi individu yang pasif dan sudah tentunya akan mengalami kesukaran untuk memasuki alam pekerjaan yang sebenar. Hal ini kerana, ketidakupayaan seseorang calon untuk berkomunikasi dengan berkesan adalah penyebab utama para graduan tidak mendapat pekerjaan dewasa ini. Oleh itu, ketegasan diri penting untuk setiap individu terutamanya golongan pelajar di IPT (Salleh, 2007). Ironinya, perkara ini dibimbangi disebabkan ramai pelajar menghabiskan masa berkomunikasi di alam maya berbanding berkomunikasi secara terus di alam realiti. Situasi ini membawa kepada suatu kebimbangan bagi pengkaji jika permasalahan ini terus dipandang enteng oleh para mahasiswa khususnya.
1.3 PERSOALAN KAJIAN
1. Adakah terdapat perhubungan yang signifikan di antara kesunyian dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia? 2. Adakah terdapat perbezaan di antara jantina dengan kesunyian dalam kalangan
mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia?
3. Adakah terdapat perbezaan di antara jantina dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia?
4. Adakah terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap pencapaian akademik dengan kesunyian dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia?
5. Adakah terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap pencapaian akademik dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia?
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk:
1. Mengetahui sama ada terdapat perhubungan yang signifikan di antara kesunyian dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
2. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan di antara jantina dengan kesunyian dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan di antara jantina dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
5. Mengetahui sama ada terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap pencapaian akademik dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
1.5 KESIGNIFIKANAN KAJIAN
Dari tinjauan karya yang telah dibuat setakat ini, didapati bahawa tidak banyak kajian yang dijalankan di Malaysia khususnya kajian tempatan yang pernah dijalankan ke atas subjek di Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai kesunyian dengan ketagihan internet. Justeru, kajian ini adalah penting untuk mengisi lompang ilmu dalam bidang ini. Kajian ini merupakan satu kajian awal untuk meninjau hubungan di antara kesunyian dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pengkaji juga berminat untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan di antara jantina dengan kesunyian dan perbezaan di antara jantina dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa UKM. Seterusnya, pengkaji turut ingin mengetahui hubungan di antara tahap pencapaian akademik dengan kesunyian dan tahap pencapaian akademik dengan tahap ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa UKM. Justeru itu, adalah diharapkan bahawa kajian ini akan memberi pemahaman tentang kejadian kesunyian dengan tahap ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia.
1.6 DEFINISI KONSEP DAN OPERASI
Bahagian ini akan membincangkan definisi konsep bagi beberapa pembolehubah yang bersandarkan kepada sesuatu teori atau diperkukuhkan dengan kajian-kajian lepas. Selain itu, perbincangan juga akan meliputi definisi operasi iaitu definisi yang akan digunakan bagi menjelaskan pembolehubah yang diuji.
Manusia itu adalah bersifat sosial. Mereka ingin membentuk dan mengekalkan perhubungan positif dan perhubungan di antara orang-orang penting dalam hidupnya. Kesunyian mungkin menjejaskan suasana, kemahiran sosial dan juga keramahan mereka (Jones et al., 1981; Karaoglu et al., 2009). Semua manusia akan berasa kesunyian pada sesuatu masa dalam hayat mereka (Demir & Fisiloglu, 1999). Walaupun penyelidikan tentang kesunyian telah bertambah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun tiada maksud khusus yang telah dicapai berkenaan konsep kesunyian (Medora & Woodward, 1986), tetapi pelbagai takrif telah timbul.
Menurut Seligman (1983), beliau mendefinisikan kesunyian sebagai satu fenomena psikologikal yang paling kurang difahami. DeJong-Gierveld (1988) pula berpendapat bahawa kesunyian adalah multidimensi dan mengatakannya sebagai “suatu yang tidak berpeluang untuk menjalinkan perhubungan dengan orang lain pada tahap yang rapat”. Menurut Jones dan rakan-rakan (1981), kesunyian adalah pernyataan emosi yang melibatkan ketidakupayaan untuk mewujudkan perhubungan yang mesra dan rapat dengan individu lain. Ianya merupakan perasaan tidak selesa yang menunjukkan seseorang individu itu tidak dapat membina hubungan sosial dengan berkesan.
Manakala Peplau dan Perlman (1982) mentafsirkan kesunyian sebagai suatu perasaan psikologikal yang wujud akibat ketidakseimbangan di antara perhubungan yang ingin dicapai dengan perhubungan yang diingini oleh seseorang. Kesunyian juga adalah sebagai sesuatu yang bersifat subjektif, merangkumi pengalaman negatif yang menyukarkan, dan terjadi dalam perhubungan sosial yang menjadikannya terkeluar dari perhubungan dengan manusia dan menuntut individu kepada sebuah keselamatan dari segi psikologi. Kesepian atau kesunyian ini terjadi akibat daripada pengalaman peribadi individu yang memeritkan pada masa lampau.
kedua dari segi perhubungan sosial. Kesunyian yang bercorak emosi ini biasanya terjadi apabila seseorang kehilangan orang yang disayangi seperti pasangan hidup. Kesunyian yang bersifat perhubungan sosial pula sering kali terjadi apabila timbul pemisahan yang dirasakan wujud hasil dari tiada pertalian sosial. Juga suatu faktor motivasi semulajadi yang wujud dalam diri manusia. Kesunyian juga boleh mendorong dan menggerakkan seseorang untuk menjalinkan interaksi sosial.
Kesunyian juga merupakan satu bentuk pengalaman emosional dan psikologikal sejagat yang mungkin dialami oleh setiap orang. Kesunyian turut dilihat sebagai satu pengalaman biasa yang mendahului individu mencapai kesedaran diri lebih mendalam, menjadi kreatif dalam mencipta khayalan diri, dan satu peluang mencapai pencapaian kendiri serta meneroka makna hidup (Bozgeyikli, 2002). Kesunyian adalah satu keadaan dalam kehidupan manusia, yang berbentuk pengalaman memanusiakan bagi membolehkan seseorang itu bertahan, memperluaskan dan memahami lebih dalam mengenai masyarakat di sekelilingnya (Moustakas, 1961).
Kesunyian sentiasa wujud sebagai satu respon kepada ketiadaan beberapa peruntukan perhubungan tertentu, seperti defisit di dalam perhubungan yang terlibat dalam sokongan sosial (DiTomasso et al., 2003; Ozdemir & Tuncay, 2008). Walau bagaimanapun, pengalaman kesunyian ini adalah sesuatu yang menyedihkan dan tidak menenangkan. Kesunyian juga mungkin mendahului seseorang untuk mereka menyelami kehidupan mereka di dalam sesebuah perhubungan, serta menjadikan orang lain contoh dalam kehidupan dan berusaha mendapatkan kedudukan mereka yang sebenar (Peplau, 1982).
Di dalam satu kajian longitudinal baru-baru ini, Kraut dan rakan-rakan, (2002) membuat pemerhatian dan mendapati tahap pengunaan internet yang tinggi dikaitkan dengan penolakan dalam komunikasi bersama ahli keluarga, mengurangkan saiz perhubungan sosial dan peningkatan kesunyian bagi seseorang individu. Kesunyian juga dikaitkan dengan beberapa perasaan negatif dan kelakuan destruktif (Jones dan rakan-rakan, 1990; McWhirter, 1990) dan mempunyai perkaitan antara kesunyian dengan kemurungan, kebimbangan, dan permusuhan dengan orang perseorangan. Juga melibatkan penyalahgunaan dadah, bunuh diri, dan mempunyai masalah kesihatan lemah. Memandangkan kelaziman seseorang yang mengalami perkara tersebut dikaitkan dengan kesunyian, pengkaji dan klinis mungkin boleh dipanggil untuk memberi khidmat bagi mengenal pasti faktor peribadi yang meningkatkan risiko permulaan seterusnya akan memberi kesan yang lebih buruk lagi (Jackson et al., 2000).
Walaupun tiada kenyataan asas di dalam mentakrifkan kesunyian, ia boleh didefinisikan sebagai satu emosi yang timbul apabila kedua-dua perhubungan sosial seseorang individu sangat kurang secara kualitatif dan kuantitatif (Deniz et al., 2005; Peplau & Perlman, 1982). Kesunyian ialah perasaan negatif yang diubah seperti kerisauan dan juga kebimbangan (Russell et al., 1980).
Weiss (1973) menyatakan wujudnya hubungan antara teori perapatan (attachment teory) dengan kesunyian. Beliau menjelaskan kesunyian sebagai suatu keadaan kebimbangan yang timbul apabila individu dipisahkan dari luncur perapatan mereka (attachment figure).
1.6.2 KETAGIHAN INTERNET (PEMBOLEHUBAH TERIKAT)
atau kejadian, yang mana individu yang mengalaminya akan merasai kesukaran untuk menjauhinya. Ketagihan (pada peringkat yang paling awal) adalah suatu usaha untuk mengawal dan memenuhi keinginan untuk mendapatkan keseronokan.
Tidak dinafikan bahawa internet ialah satu alat baru yang berkembang di dalam kehidupan seharian bagi semua pengguna di seluruh dunia (Nalwa & Anand, 2003) dan penggunaannya meningkat terutama dalam kalangan orang muda. Walaupun teknologi ini diterima luas, ahli-ahli psikologi dan pengajar telah menyedari akan impak negatif yang timbul melalui penggunaan internet ini, terutamanya penyalahgunaan yang berkait dengan fizikal dan masalah psikologikal (Greenfield, 2000).
Ketagihan internet lazimnya berunsur kepada kekacauan psikomotor, kebimbangan, keinginan (Ferraro dan rakan-rakan, 2007), kemurungan, dan permusuhan (Ko, Yen Chen dan rakan-rakan, 2006), keasyikan, hilang kawalan, kerosakan fungsi, mengurangkan keupayaan membuat keputusan (Ko, Yen Chen dan rakan-rakan, 2005), dan sentiasa melayari internet walaupun kesan negatif ke atas kehidupan sosial dan kesihatan psikologikal (Shaw & Black, 2008; Tao et al., 2010).
Ferris (2002) pula mengatakan bahawa seperti ketagihan yang lain, ketagihan internet dapat didefinisikan sebagai suatu gangguan fisiologikal yang meliputi tolerance (penggunaan dalam jumlah yang sama akan menimbulkan respon minimum, jumlah harus ditambah agar dapat membangkitkan kesenangan dalam jumlah yang sama), simptom penarikan (withdrawal symptom), gangguan afeksi (kemurungan, sukar menyesuaikan diri), dan terganggunya hubungan sosial (menurun atau hilang sama sekali, baik dari segi kualiti mahupun kuantiti).
pengertian-pengertian di atas, maka dapat disimpulkan bahawa ketagihan internet adalah merupakan penggunaan internet yang bersifat patologi, yang dimulai dengan ketidakmampuan individu untuk mengawal waktu penggunaan internet, merasa dunia maya lebih menarik jika dibandingkan dengan kehidupan nyata, dan mengalami gangguan dalam perhubungan sosialnya.
1.6.3 PENCAPAIAN AKADEMIK (PEMBOLEHUBAH TERIKAT)
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pencapaian membawa maksud apa yang telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh). Manakala akademik pula berkaitan dengan akademi (pusat pengajian tinggi) dan bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan (yang tinggi atau mendalam). Boleh dikatakan pencapaian akademik lebih berfokus kepada gred yang diperolehi oleh seseorang pelajar dalam peperiksaan yang diduduki. Sekiranya seseorang pelajar itu mencapai gred yang baik bermakna mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan begitu juga sebaliknya.
Menurut Zubaidah (2007), dalam konteks kajian ini, pencapaian akademik merujuk kepada keputusan CGPA (Purata Himpunan Nilai Mata) pelajar di semua fakulti dalam Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, pencapaian akademik ini juga merujuk kepada keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang merangkumi matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Kimia dan Fizik.
Sementara itu, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Purata Himpunan Nilai Mata (PNGK) ialah nilai gred kumulatif, iaitu sistem pengiraan himpunan markah pelajar di institusi pengajian tinggi tertentu.
akademik merujuk kepada keputusan CGPA (Purata Himpunan Nilai Mata) pelajar. CGPA adalah jumlah mata timbunan yang diperolehi setiap semester, dibahagi dengan jumlah kredit timbunan iaitu seperti di dalam jadual di bawah (Zubaidah, 2007).
Jadual 1.1 Pengkelasan Nilai CGPA (Purata Himpunan Nilai Mata) Mengikut Gred
Nilai CGPA Gred
4.00 A
3.67 hingga 4.00 A-3.34 hingga 3.66 B+
3.01 hingga 3.33 B
2.67 hingga 3.00 B-2.33 hingga 2.66 C+
2.00 hingga 2.32 C
1.67 hingga 1.99 C-1.33 hingga 1.66 D+
1.00 hingga 1.32 D
0.00 hingga 0.99 E
Manakala menurut Bahagian Pengurusan Akademik UKM (2012) nilai CGPA yang ditetapkan dikelaskan seperti berikut:
Jadual 1.2 Nilai CGPA Mengikut Pengkelasan Taraf Akademik
Nilai CGPA Pengkelasan
3.67 hingga 4.00 Taraf cemerlang 3.00 hingga 3.66 Taraf kepujian 1.67 hingga 2.99 Taraf lulus 0.00 hingga 1.66 Gagal
Sebagai syarat keperluan pengijazahan pelajar, PNGK adalah menjadi nilai ukuran untuk menentukan Pencapaian Taraf Akademik pelajar sepanjang pengajian, dari semester pertama sehingga semester terkini.
1.7 KERANGKA TEORITIKAL
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan teori dan kajian lepas bagi menerangkan skop kajian. Skop kajian yang terlibat adalah kesunyian, ketagihan internet dan tahap pencapaian akademik mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
1.7.1 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
Pendekatan teori ketagihan internet adalah menggunakan teori pembelajaran Behaviorisme. Sebelum merujuk kepada definisi pembelajaran kognitif, Williams dan Anandam (1973) mendefinisikan pembelajaran sebagai:
“Perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan”.
Teori behaviorisme terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu teori pelaziman klasik dan teori pelaziman operan. Dalam teori pelaziman klasik, terdapat dua pengasas utama iaitu John B. Watson yang mengasaskan teori Pelaziman Klasik Watson dan Ivan Petrovich Pavlov yang mengasaskan teori Pelaziman Klasik Pavlov.
Ferris (2002) menyatakan beberapa sebab seseorang itu mengalami ketagihan internet, iaitu:
i. Pandangan Behaviorisme/ Perlakuan
Menurut pandangan Behaviorisme, ketagihan internet didasari oleh teori B. F Skinner mengenai pelaziman operan (operant conditioning). Individu mendapatkan ganjaran (reward) positif, negatif, atau hukuman atas apa yang dilakukan oleh mereka.
ii. Pandangan Psikodinamik dan Keperibadian
Pandangan ini mengatakan bahawa ketagihan adalah berkaitan di antara individu dengan pengalamannya. Pengalaman ini bergantung kepada kejadian pada zaman kanak-kanak yang dirasai oleh individu tersebut dan kepribadiannya terus berkembang. Perkara ini juga mempengaruhi perkembangan sesuatu perilaku ketagihan, ataupun sebaliknya.
iii. Pandangan Sosio Budaya
Pandangan sosio budaya menunjukkan bahawa, ketergantungan ini bergantung kepada bangsa, jantina, umur, status ekonomi, agama, dan negara.
iv. Pandangan Biomedik
1.7.2 KRITERIA DIAGNOSIS KETAGIHAN INTERNET
Diagnosis untuk ketagihan internet sehingga kini belum lagi ada dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder-Fourth Edition Text Revision-DSM IVTR (APA, 2000). Berdasarkan kepada semua diagnosis yang ada di dalam DSM IV-TR, pathological gambling dilihat paling dekat dengan penggunaan internet. Menggunakan pathological gambling sebagai model, ketagihan internet dapat didefinisikan sebagai suatu gangguan pengawalan yang bersifat impulsif, tidak termasuk dalam intoxicant (Young, 2004).
Young (2004) mengembangkan lapan item soal selidik yang disebut sebagai Diagnostic Questionnaire (DQ) yang merupakan modifikasi kriteria untuk pathological gambling sebagai alat ukur dalam mengenalpasti penggunaan internet yang menyebabkan ketagihan iaitu:
i. Terleka dengan internet (memikirkan tentang kegiatan dalam talian yang sebelumnya atau mengharapkan akan online lagi).
ii. Keperluan untuk menggunakan internet dengan jumlah masa bertambah supaya mencapai kepuasan.
iii. Gagal berusaha dalam mengawal, mengurangi, atau menghentikan penggunaan internet.
iv. Perasaan gelisah, muram, tertekan, atau cepat marah apabila cuba mengurangkan atau berhenti penggunaan Internet.
v. Kekal dalam talian lebih lama daripada yang dirancang.
vi. Berisiko timbul bahaya atau kehilangan sesebuah perhubungan, pekerjaan, pendidikan atau kerjaya yang signifikan kerana penggunaan internet.
vii. Menipu ahli keluarga, terapi, atau orang lain mengenai tahap kebergantungan sebenar terhadap internet.
Mungkin terdapat aspek kandungan tertentu dalam penggunaan internet yang mana lebih ketagih daripada yang lain. Sebagai contoh, penggunaan internet dengan cara berkomunikasi melalui aplikasi internet seperti chat room didapati boleh menjadi semakin ketagih berbanding mengahantar e-mail (Kubey et al., 2001). Beberapa orang penyelidik telah mencadangkan sebanyak sepuluh jenis masalah dalam penggunaan internet (Christopherson, 2008).
1.8 KERANGKA KAJIAN
Jadual 1.3 Hubungan di Antara Kesunyian dengan Ketagihan Internet dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pemboleh ubah terikat
Pemboleh ubah bebas
1.9 PENUTUP
Dalam bab ini membincangkan keseluruhan tentang kesunyian dan ketagihan internet yang di dalamnya mengandungi aspek-aspek ketagihan internet, kesunyian dan pencapaian akademik. Bab ini juga membincangkan permasalahan kajian, persoalan
Kesunyian
Faktor demografi :
1. Jantina
2. Pencapaian akademik