HUBUNGAN DI ANTARA KESUNYIAN DENGAN KETAGIHAN INTERNET DALAM KALANGAN MAHASISWA UNIVERSITI
KEBANGSAAN MALAYSIA
SITI NUR ADIBAH BINTI MOHD SAWI
LATIHAN ILMIAH YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DAN KEPUJIAAN
(PSIKOLOGI)
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI
PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya memberikan saya kesihatan yang baik, masa dan kematangan fikiran untuk menghasilkan kajian ini dalam bentuk sebegini rupa. Terlebih dahulu saya inginkan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia latihan ilmiah ini iaitu Cik Wan Azreena binti Wan Jaafar di atas bantuan, bimbingan, teguran, nasihat dan kritikan yang begitu berguna di sepanjang penulisan latihan ilmiah ini. Tidak dilupakan juga buat sahabat baik saya Nurshuhada binti Mohd Sabri kerana sudi memberikan bimbingan dan pandangan secara sukarela dalam menganalisis data kajian ini. Sekalung penghargaan diberikan kepada semua pensyarah di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia terutamanya Dr Suzana binti Mohd Hoesni, En Norahim dan juga pensyarah- pensyarah lain yang telah mengajar dan membimbing saya sejak dari tahun pertama saya di sini.
Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Hj Mohd Sawi bin Ya dan Hjh Zabidah binti Husain serta adik beradik saya kerana memahami dan tidak jemu memberikan dorongan di dalam usaha menyiapkan latihan ilmiah ini. Setinggi penghargaan juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan Persatuan Ikatan Studi Islam Malaysia (ISIUKM), Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), sahabat- sahabat L26 dan i10 kerana banyak memberi bantuan, sokongan dan memahami kekangan saya untuk membahagikan masa antara kerja- kerja persatuan dan akademik. Tidak dilupakan juga rakan- rakan terdekat, Ani Raihana Rosli, Halimatus Sa’diah Yusoff, Hamiza Hani Omar, Siti Hajar Hassim, Nurul Hidayah Mohd Saad, Muhammad Nuruddin Ghazalli, dan rakan-rakan sekelas Psikologi di UKM yang banyak membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penulisan ini. Sekali lagi saya memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, agar segala usaha yang dilakukan diberkati oleh Allah S.W.T di dunia dan akhirat.
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
1.7.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme 15
1.7.2 Kriteria Diagnosis Ketagihan Internet 16
1.8 Kerangka Kajian 18
1.9 Penutup 19
BAB II ULASAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 20
2.2.1 Hubungan Di Antara Kesunyian Dengan Ketagihan Dengan Kesunyian Dan Pencapaian Akademik Dengan
Ketagihan Internet. 3.4.3 Bahagian C: Ujian ketagihan internet -Internet Addiction 32
Test (IAT)
4.3.2 Agama 39 44 Kesunyian Menggunakan Analisis Crosstab
4.3.10 Perbezaan Antara Pencapaian Akademik Dengan Tahap 45 Ketagihan Terhadap Internet Menggunakan Analisis
Crosstabs
4.4 Analisis Inferensi 46
4.4.1 Terdapat Perhubungan Yang Signifikan Di Antara 46 Kesunyian Dengan Ketagihan Internet
4.4.2 Terdapat Perbezaan Di Antara Jantina Dengan Kesunyian 47 4.4.3 Terdapat Perbezaan Di Antara Jantina Dengan Ketagihan 47
Internet
4.4.4 Terdapat Perhubungan Yang Signifikan Di Antara 48 Pencapaian Akademik Dengan Kesunyian
4.4.5 Terdapat Perbezaan Di Antara Pencapaian Akademik 48 Dengan Ketagihan Internet
BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 50
5.2 Perbincangan Kajian 50
5.2.1 Keseluruhan Aspek Demografi Responden 50 5.2.2 Terdapat Hubungan di Antara Kesunyian Dengan 51
Ketagihan Internet
5.2.3 Terdapat Perbezaan Di Antara Jantina Dengan Kesunyian 52 5.2.4 Terdapat Perbezaan di Antara Jantina Dengan 53
Ketagihan Internet
5.2.5 Terdapat Perhubungan Di Antara Pencapaian Akademik 55 Dengan Kesunyian
5.2.6 Terdapat Perhubungan Di Antara Pencapaian Akademik 56 Dengan Ketagihan Internet
5.3 Limitasi dan batasan Kajian 56
5.4 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 58
5.5 Kesimpulan 59
RUJUKAN 61
LAMPIRAN
A Borang Soal Selidik 75
A1 Bahagian A: Maklumat Demografi Responden 77
A2 Bahagian B : Ujian Ketagihan Internet- Internet Addiction Test 78 (IAT)
A3 Bahagian C: Ujian Kesepian (UCLA Loneliness Scale) 80
SENARAI JADUAL
4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 39 4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Agama 39 4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 40 4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur 40 4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Fakulti 41 4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut 42
Pencapaian Akademik (CGPA)
4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Tahap Kesunyian 42 Responden Mengikut Jantina
4.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Tahap Ketagihan 43 Internet Responden Mengikut Jantina
4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Pencapaian Akademik 44 Dengan Tahap Kesunyian
4.10 Perbezaan Taburan Kekerapan Dan Peratusan Tahap Pencapaian 45 Akademik Dengan Tahap Ketagihan Terhadap Internet
4.12 Perbezaan Di Antara Jantina Dengan Kesunyian 47 4.13 Perbezaan Di Antara Jantina Dengan Ketagihan Internet 47 4.14 Hubungan Di Antara Pencapaian Akademik Dengan Kesunyian 48 4.15 Hubungan Di Antara Pencapaian Akademik Dengan 48
BAB 1
PENDAHULUAN
Bab ini akan membincangkan perkara-perkara asas yang berkait dengan kajian yang meliputi pengenalan, permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif kajian, kesignifikasian kajian, definisi konsep dan operasi, kerangka teoritikal, kerangka kajian, dan rumusan bab ini.
1.1 PENGENALAN
Dahulu, penggunaan internet hanya bergantung kepada sebuah komputer sahaja. Namun kini, internet juga mampu diakses dengan menggunakan telefon bimbit yang mempunyai perisian perkhidmatan internet tanpa wayar (wireless) dengan pelbagai aplikasi android seumpamanya. Memandangkan pentingnya internet di dalam kehidupan kontemporari hari ini, mereka yang tidak biasa selalunya dianggap sebagai buta IT (Information Technology) (Huerta & Sandoval-Almazan, 2007). Walau bagaimanapun, bilangan individu yang cenderung menggunakan internet secara berlebihan adalah signifikan (Block, 2008).
Impulse Control Disorders (Shapira dan rakan-rakan, 2003) dan Impulsive-Compulsive
Disorders (Block, 2008) telah didakwa berlaku pertindihan nama diantara satu sama lain.
Dalam kajian ini, pengkaji telah mengambil takrif Internet Addiction Test (IAT) dan instrumen yang telah diuji oleh Young (1998). Hal ini disebabkan oleh pengkaji meramalkan bahawa faktor kesunyian dalam kalangan mahasiswa yang membawa kepada ketagihan terhadap internet ini berlaku.
Statistik menunjukkan jumlah pengguna internet di Malaysia pada tahun 2010 mencecah 16.9 juta orang daripada 1,802,330,457 orang jumlah pengguna internet seluruh dunia mengikut Internet World Stats, berdasarkan statistik Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC). Melihat kepada statistik ini, ia menunjukkan penggunaan internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas. Internet World Stats mencatatkan terdapat 764.4 juta pengguna internet di Asia. Jumlah ini lebih tinggi daripada pengguna internet di Eropah (425.8 juta pengguna) dan Amerika Syarikat (259.6 juta pengguna) pada 2010. Di Malaysia, antara rangkaian sosial yang paling popular adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung (Irfan Khairi, 2010).
Mazlan Osman dan Amri Abdul Rahman (2009) di dalam Konferen Penyelidikan Saintifik dan Sosial (CSSR 08’09) menyatakan bahawa, di Malaysia, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Undang -undang yang sedia ada telah memperuntukkan akta seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 telah membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai. Kesemua faktor ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan pengawalan maklumat dilakukan.
Tambahan pula, perkhidmatan internet tanpa wayar yang terdapat di mana-mana sahaja seperti di restoran, pusat membeli belah, hotel, kafeteria, dan lapangan terbang membolehkan pengguna mengakses internet tanpa caj. Lantaran itu, wujudnya syarikat yang menyediakan perkhidmatan internet tanpa wayar dan jalur lebar dengan harga yang begitu murah seperti syarikat Digi, Yess, Celcom dan Maxis. Perkara ini merupakan salah satu faktor meningkatnya jumlah pelayar siber abad ini (Johari Hassan & Raja Shahrina, 2012).
Menurut Hurlock (1990), manusia di dunia ini tidak hidup bersendirian, sentiasa ada orang lain bersama dan berinteraksi dengan orang lain. Manusia dianggap sebagai makhluk sosial yang dalam kehidupan sehariannya didampingi oleh orang lain di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, mereka akan mengalami perkembangan secara berperingkat, bermula dari tempoh pranatal hingga tempoh lanjut usia. Kesemua individu akan mengikuti pola perkembangan dengan betul dan boleh diramal akan perubahannya. Sehubungan dengan itu, setiap masa yang dilalui merupakan tahap-tahap yang saling berkait dan tidak dapat diulang kembali (Nina Rahayu, 2008). Menurut Hurlock (1990) kejadian-kejadian yang berlaku pada masa awal perkembangan individu akan memberi pengaruh terhadap tahap-tahap perkembangan yang selanjutnya. Salah satu tahap yang akan dilalui oleh individu adalah tahap dewasa awal.
Erikson (1963) menjelaskan bahawa, keintiman merupakan salah satu krisis dalam hidup, iaitu keintiman berlawanan dengan pengasingan yang dikembangkan pada usia dewasa awal. Apabila individu dewasa awal dapat membentuk perhubungan yang sihat dan intim dengan individu lain, maka intimasi akan tercapai. Namun, jika individu gagal mengembangkan keintimannya, maka individu tersebut akan mengalami isolasi, merasakan kesunyian dan krisis keterasingan. Individu tersebut akan menarik diri dari berbagai aktiviti sosial dan hanya memiliki sedikit atau tidak ada sama sekali perhubungan dengan individu sesama jenis atau berlainan jenis (Orlofsky et al., 1973 dalam Santrock, 2011).
Ketika menghadapi kesunyian, individu akan merasa dissatisfied (ketidak puasan), deprived (kekurangan), dan distressed (menderita). Hal ini tidak bermakna bahawa kesunyian tersebut adalah sama sahaja pada setiap masa. Individu yang berlainan boleh mempunyai perasaan kesunyian yang berbeza pada situasi yang berlainan. Pada saat ini, internet telah memberi kemudahan yang lebih luas sehingga orang lain dapat saling berkenalan dan menjalinkan perhubungan melalui jaringan secara atas talian, e-mail, chat room, dan new group (Weiten & Llyod, 2006). Maka kesunyian tersebut telah
terisi dengan cara menghabiskan masa berinteraksi di alam maya dan seterusnya membawa kepada ketagihan internet.
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
Menurut Mohd Azis (2010), berdasarkan kajian Norton Online Living Report (NOLR) di Malaysia yang dikendalikan oleh Saffron Hill bagi pihak Symantec, mengenai
tabiat penggunaan internet mendapati golongan remaja menghabiskan masa selama 16 jam seminggu bagi melayari internet. Jumlah itu sebenarnya 6 jam lebih banyak daripada masa purata NOLR peringkat global berdasarkan kepada kajian yang dijalankan ke atas 12 buah negara utama dunia, dan ia juga 4 jam lebih banyak daripada ibu bapa mereka.
Di dalam buku Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder-Fourth Edition Text Revision-DSM IVTR (APA, 2000), ketagihan internet belum dikenalpasti sebagai salah satu daripada penyakit yang boleh dikategorikan sebagai kecelaruan mental. Ianya juga belum lagi dikenalpasti sebagai satu penyakit, tetapi ia telah menimbulkan kontroversi disebabkan oleh gangguan mental yang biasa didefinisikan sebagai ketagihan internet (Zboralski et al., 2009). Bagi komuniti, sakit mental dikategorikan sebagai abnormal yang merujuk kepada tingkah laku bilazim dalam sesebuah komuniti dan bakal memberikan satu tamparan hebat kepada masyarakat dunia bahawa penyakit ini semakin merebak dari setahun ke setahun dan bakal menghancurkan komuniti di sesebuah negara (Amran et al., 2012).
Menurut Noradilah dan Mansor (2009) untuk mengelak daripada unsur-unsur sebegini berlaku secara berterusan, proses rawatan secepat yang mungkin adalah perlu dilakukan. Namun demikian, pada hakikatnya menunjukkan bahawa, keadaan kesihatan mental komuniti kita tidak berada dalam tahap kenormalan. Menjelang tahun 2020, penyakit mental dijangkakan berada pada kedudukan kedua penyakit tertinggi di dunia. Keadaan ini bakal memberi impak yang besar kepada masyarakat dunia bahawa penyakit ini semakin merebak saban tahun.
dengan cara tinggal berjauhan dari keluarga asal bagi tujuan melanjutkan pelajaran atau mendapat peluang pekerjaan.
Sememangnya tidak dinafikan, Institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan gedung ilmu yang membantu para pelajar dalam memperoleh ilmu dalam bidang pengajian masing-masing serta menyediakan diri dalam persediaan ke alam pekerjaan. Pencapaian akademik semata-mata bukanlah penjamin kepada memperoleh pekerjaan selepas mereka menamatkan pengajian kelak (Mohd Majid & Zakaria, 2007; Salleh & Zuria, 2007).
Oleh yang demikian, permasalahan yang berlaku ini mendorong pengkaji untuk membuat kajian mengenai kesunyian dengan ketagihan terhadap internet memberi impak negatif kepada pencapaian akademik mahasiswa, seterusnya pencapaian mahasiswa dalam kemahiran generik khususnya. Namun begitu, ketegasan diri merupakan sesuatu yang penting dalam membantu seseorang pelajar untuk menjadi lebih berkeyakinan serta dapat membina hubungan yang baik semasa mereka menuntut di universiti.
1.3 PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan permasalahan yang diutarakan, persoalan yang dibangkitkan adalah:
1. Adakah terdapat perhubungan yang signifikan di antara kesunyian dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia? 2. Adakah terdapat perbezaan di antara jantina dengan kesunyian dalam kalangan
mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia?
3. Adakah terdapat perbezaan di antara jantina dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia?
4. Adakah terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap pencapaian akademik dengan kesunyian dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia?
5. Adakah terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap pencapaian akademik dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia?
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk:
1. Mengetahui sama ada terdapat perhubungan yang signifikan di antara kesunyian dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
2. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan di antara jantina dengan kesunyian dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
4. Mengetahui sama ada terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap pencapaian akademik dengan kesunyian dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
5. Mengetahui sama ada terdapat perhubungan yang signifikan di antara tahap pencapaian akademik dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
1.5 KESIGNIFIKANAN KAJIAN
Dari tinjauan karya yang telah dibuat setakat ini, didapati bahawa tidak banyak kajian yang dijalankan di Malaysia khususnya kajian tempatan yang pernah dijalankan ke atas subjek di Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai kesunyian dengan ketagihan internet. Justeru, kajian ini adalah penting untuk mengisi lompang ilmu dalam bidang ini. Kajian ini merupakan satu kajian awal untuk meninjau hubungan di antara kesunyian dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pengkaji juga berminat untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan di antara jantina dengan kesunyian dan perbezaan di antara jantina dengan ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa UKM. Seterusnya, pengkaji turut ingin mengetahui hubungan di antara tahap pencapaian akademik dengan kesunyian dan tahap pencapaian akademik dengan tahap ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa UKM. Justeru itu, adalah diharapkan bahawa kajian ini akan memberi pemahaman tentang kejadian kesunyian dengan tahap ketagihan internet dalam kalangan mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia.
1.6 DEFINISI KONSEP DAN OPERASI
1.6.1 KESUNYIAN (PEMBOLEHUBAH BEBAS)
Manusia itu adalah bersifat sosial. Mereka ingin membentuk dan mengekalkan perhubungan positif dan perhubungan di antara orang-orang penting dalam hidupnya. Kesunyian mungkin menjejaskan suasana, kemahiran sosial dan juga keramahan mereka (Jones et al., 1981; Karaoglu et al., 2009). Semua manusia akan berasa kesunyian pada sesuatu masa dalam hayat mereka (Demir & Fisiloglu, 1999). Walaupun penyelidikan tentang kesunyian telah bertambah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun tiada maksud khusus yang telah dicapai berkenaan konsep kesunyian (Medora & Woodward, 1986), tetapi pelbagai takrif telah timbul.
Menurut Seligman (1983), beliau mendefinisikan kesunyian sebagai satu fenomena psikologikal yang paling kurang difahami. DeJong-Gierveld (1988) pula berpendapat bahawa kesunyian adalah multidimensi dan mengatakannya sebagai “suatu yang tidak berpeluang untuk menjalinkan perhubungan dengan orang lain pada tahap yang rapat”. Menurut Jones dan rakan-rakan (1981), kesunyian adalah pernyataan emosi yang melibatkan ketidakupayaan untuk mewujudkan perhubungan yang mesra dan rapat dengan individu lain. Ianya merupakan perasaan tidak selesa yang menunjukkan seseorang individu itu tidak dapat membina hubungan sosial dengan berkesan.
Manakala Peplau dan Perlman (1982) mentafsirkan kesunyian sebagai suatu perasaan psikologikal yang wujud akibat ketidakseimbangan di antara perhubungan yang ingin dicapai dengan perhubungan yang diingini oleh seseorang. Kesunyian juga adalah sebagai sesuatu yang bersifat subjektif, merangkumi pengalaman negatif yang menyukarkan, dan terjadi dalam perhubungan sosial yang menjadikannya terkeluar dari perhubungan dengan manusia dan menuntut individu kepada sebuah keselamatan dari segi psikologi. Kesepian atau kesunyian ini terjadi akibat daripada pengalaman peribadi individu yang memeritkan pada masa lampau.
perhubungan sama ada seorang ataupun ramai. Mengikut (DeJong Gierveld dan rakan-rakan, 2009) terdapat dua jenis kesunyian, iaitu yang pertama dari segi emosi dan yang kedua dari segi perhubungan sosial. Kesunyian yang bercorak emosi ini biasanya terjadi apabila seseorang kehilangan orang yang disayangi seperti pasangan hidup. Kesunyian yang bersifat perhubungan sosial pula sering kali terjadi apabila timbul pemisahan yang dirasakan wujud hasil dari tiada pertalian sosial. Juga suatu faktor motivasi semulajadi yang wujud dalam diri manusia. Kesunyian juga boleh mendorong dan menggerakkan seseorang untuk menjalinkan interaksi sosial.
Kesunyian juga merupakan satu bentuk pengalaman emosional dan psikologikal sejagat yang mungkin dialami oleh setiap orang. Kesunyian turut dilihat sebagai satu pengalaman biasa yang mendahului individu mencapai kesedaran diri lebih mendalam, menjadi kreatif dalam mencipta khayalan diri, dan satu peluang mencapai pencapaian kendiri serta meneroka makna hidup (Bozgeyikli, 2002). Kesunyian adalah satu keadaan dalam kehidupan manusia, yang berbentuk pengalaman memanusiakan bagi membolehkan seseorang itu bertahan, memperluaskan dan memahami lebih dalam mengenai masyarakat di sekelilingnya (Moustakas, 1961).
Kesunyian sentiasa wujud sebagai satu respon kepada ketiadaan beberapa peruntukan perhubungan tertentu, seperti defisit di dalam perhubungan yang terlibat dalam sokongan sosial (DiTomasso et al., 2003; Ozdemir & Tuncay, 2008). Walau bagaimanapun, pengalaman kesunyian ini adalah sesuatu yang menyedihkan dan tidak menenangkan. Kesunyian juga mungkin mendahului seseorang untuk mereka menyelami kehidupan mereka di dalam sesebuah perhubungan, serta menjadikan orang lain contoh dalam kehidupan dan berusaha mendapatkan kedudukan mereka yang sebenar (Peplau, 1982).
digunakan oleh pelajar universiti untuk mengatasi pengalaman yang menyedihkan dan tidak menyenangkan iaitu kesunyian (Ozdemir & Tuncay, 2008).
Di dalam satu kajian longitudinal baru-baru ini, Kraut dan rakan-rakan, (2002) membuat pemerhatian dan mendapati tahap pengunaan internet yang tinggi dikaitkan dengan penolakan dalam komunikasi bersama ahli keluarga, mengurangkan saiz perhubungan sosial dan peningkatan kesunyian bagi seseorang individu. Kesunyian juga dikaitkan dengan beberapa perasaan negatif dan kelakuan destruktif (Jones dan rakan-rakan, 1990; McWhirter, 1990) dan mempunyai perkaitan antara kesunyian dengan kemurungan, kebimbangan, dan permusuhan dengan orang perseorangan. Juga melibatkan penyalahgunaan dadah, bunuh diri, dan mempunyai masalah kesihatan lemah. Memandangkan kelaziman seseorang yang mengalami perkara tersebut dikaitkan dengan kesunyian, pengkaji dan klinis mungkin boleh dipanggil untuk memberi khidmat bagi mengenal pasti faktor peribadi yang meningkatkan risiko permulaan seterusnya akan memberi kesan yang lebih buruk lagi (Jackson et al., 2000).
Walaupun tiada kenyataan asas di dalam mentakrifkan kesunyian, ia boleh didefinisikan sebagai satu emosi yang timbul apabila kedua-dua perhubungan sosial seseorang individu sangat kurang secara kualitatif dan kuantitatif (Deniz et al., 2005; Peplau & Perlman, 1982). Kesunyian ialah perasaan negatif yang diubah seperti kerisauan dan juga kebimbangan (Russell et al., 1980).
Weiss (1973) menyatakan wujudnya hubungan antara teori perapatan (attachment teory) dengan kesunyian. Beliau menjelaskan kesunyian sebagai suatu keadaan
kebimbangan yang timbul apabila individu dipisahkan dari luncur perapatan mereka (attachment figure).
1.6.2 KETAGIHAN INTERNET (PEMBOLEHUBAH TERIKAT)
atau rasa ketagih akan sesuatu, serta perasaan terlalu sukar untuk mengatasinya. Manakala menurut Ivan (2007) ketagihan merupakan suatu hubungan emosional dengan suatu objek atau kejadian, yang mana individu yang mengalaminya akan merasai kesukaran untuk menjauhinya. Ketagihan (pada peringkat yang paling awal) adalah suatu usaha untuk mengawal dan memenuhi keinginan untuk mendapatkan keseronokan.
Tidak dinafikan bahawa internet ialah satu alat baru yang berkembang di dalam kehidupan seharian bagi semua pengguna di seluruh dunia (Nalwa & Anand, 2003) dan penggunaannya meningkat terutama dalam kalangan orang muda. Walaupun teknologi ini diterima luas, ahli-ahli psikologi dan pengajar telah menyedari akan impak negatif yang timbul melalui penggunaan internet ini, terutamanya penyalahgunaan yang berkait dengan fizikal dan masalah psikologikal (Greenfield, 2000).
Ketagihan internet lazimnya berunsur kepada kekacauan psikomotor, kebimbangan, keinginan (Ferraro dan rakan-rakan, 2007), kemurungan, dan permusuhan (Ko, Yen Chen dan rakan-rakan, 2006), keasyikan, hilang kawalan, kerosakan fungsi, mengurangkan keupayaan membuat keputusan (Ko, Yen Chen dan rakan-rakan, 2005), dan sentiasa melayari internet walaupun kesan negatif ke atas kehidupan sosial dan kesihatan psikologikal (Shaw & Black, 2008; Tao et al., 2010).
Ferris (2002) pula mengatakan bahawa seperti ketagihan yang lain, ketagihan internet dapat didefinisikan sebagai suatu gangguan fisiologikal yang meliputi tolerance (penggunaan dalam jumlah yang sama akan menimbulkan respon minimum, jumlah harus ditambah agar dapat membangkitkan kesenangan dalam jumlah yang sama), simptom penarikan (withdrawal symptom), gangguan afeksi (kemurungan, sukar menyesuaikan diri), dan terganggunya hubungan sosial (menurun atau hilang sama sekali, baik dari segi kualiti mahupun kuantiti).
2006). Orang-orang yang mempunyai sindrom ini akan merasa cemas, kemurungan, atau kecewa jika tidak online di internet (Weiten & Llyod, 2006). Berdasarkan pengertian-pengertian di atas, maka dapat disimpulkan bahawa ketagihan internet adalah merupakan penggunaan internet yang bersifat patologi, yang dimulai dengan ketidakmampuan individu untuk mengawal waktu penggunaan internet, merasa dunia maya lebih menarik jika dibandingkan dengan kehidupan nyata, dan mengalami gangguan dalam perhubungan sosialnya.
1.6.3 PENCAPAIAN AKADEMIK (PEMBOLEHUBAH TERIKAT)
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pencapaian membawa maksud apa yang telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh). Manakala akademik pula berkaitan dengan akademi (pusat pengajian tinggi) dan bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan (yang tinggi atau mendalam). Boleh dikatakan pencapaian akademik lebih berfokus kepada gred yang diperolehi oleh seseorang pelajar dalam peperiksaan yang diduduki. Sekiranya seseorang pelajar itu mencapai gred yang baik bermakna mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan begitu juga sebaliknya.
Menurut Zubaidah (2007), dalam konteks kajian ini, pencapaian akademik merujuk kepada keputusan CGPA (Purata Himpunan Nilai Mata) pelajar di semua fakulti dalam Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, pencapaian akademik ini juga merujuk kepada keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang merangkumi matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Kimia dan Fizik.
Di Malaysia, pencapaian akademik dinilai melalui empat kelayakan akademik utama iaitu melalui sijil peperiksaan yang utama di negara Malaysia contohnya UPSR, PMR, SPM, STPM, Matrikulasi, dan sebagainya. Dalam konteks kajian ini, pencapaian akademik merujuk kepada keputusan CGPA (Purata Himpunan Nilai Mata) pelajar. CGPA adalah jumlah mata timbunan yang diperolehi setiap semester, dibahagi dengan jumlah kredit timbunan iaitu seperti di dalam jadual di bawah (Zubaidah, 2007).
Jadual 1.1 Pengkelasan Nilai CGPA (Purata Himpunan Nilai Mata) Mengikut Gred
Manakala menurut Bahagian Pengurusan Akademik UKM (2012) nilai CGPA yang ditetapkan dikelaskan seperti berikut:
Jadual 1.2 Nilai CGPA Mengikut Pengkelasan Taraf Akademik
Nilai CGPA Pengkelasan
3.67 hingga 4.00 Taraf cemerlang
3.00 hingga 3.66 Taraf kepujian
0.00 hingga 1.66 Gagal
Menurut Hafzan (2005), pencapaian akademik seseorang pelajar universiti dinilai melalui keputusan yang diperolehi bagi setiap semester pengajian yang dipanggil PNGK. Sebagai syarat keperluan pengijazahan pelajar, PNGK adalah menjadi nilai ukuran untuk menentukan Pencapaian Taraf Akademik pelajar sepanjang pengajian, dari semester pertama sehingga semester terkini.
1.7 KERANGKA TEORITIKAL
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan teori dan kajian lepas bagi menerangkan skop kajian. Skop kajian yang terlibat adalah kesunyian, ketagihan internet dan tahap pencapaian akademik mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
1.7.1 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
Pendekatan teori ketagihan internet adalah menggunakan teori pembelajaran Behaviorisme. Sebelum merujuk kepada definisi pembelajaran kognitif, Williams dan Anandam (1973) mendefinisikan pembelajaran sebagai:
“Perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada pengalaman atau latihan”.
melihat pemikiran, tetapi dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia untuk membuat kesimpulan mengenai apa yang sedang difikirkan oleh seseorang.
Teori behaviorisme terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu teori pelaziman klasik dan teori pelaziman operan. Dalam teori pelaziman klasik, terdapat dua pengasas utama iaitu John B. Watson yang mengasaskan teori Pelaziman Klasik Watson dan Ivan Petrovich Pavlov yang mengasaskan teori Pelaziman Klasik Pavlov.
Ferris (2002) menyatakan beberapa sebab seseorang itu mengalami ketagihan internet, iaitu:
i. Pandangan Behaviorisme/ Perlakuan
Menurut pandangan Behaviorisme, ketagihan internet didasari oleh teori B. F Skinner mengenai pelaziman operan (operant conditioning). Individu mendapatkan ganjaran (reward) positif, negatif, atau hukuman atas apa yang dilakukan oleh mereka.
ii. Pandangan Psikodinamik dan Keperibadian
Pandangan ini mengatakan bahawa ketagihan adalah berkaitan di antara individu dengan pengalamannya. Pengalaman ini bergantung kepada kejadian pada zaman kanak-kanak yang dirasai oleh individu tersebut dan kepribadiannya terus berkembang. Perkara ini juga mempengaruhi perkembangan sesuatu perilaku ketagihan, ataupun sebaliknya.
iii. Pandangan Sosio Budaya
Pandangan sosio budaya menunjukkan bahawa, ketergantungan ini bergantung kepada bangsa, jantina, umur, status ekonomi, agama, dan negara.
Pandangan ini menekankan kepada adanya faktor keturunan dan kesesuaian, antara keseimbangan kimia di bahagian otak dan neurotrasmiter.
1.7.2 KRITERIA DIAGNOSIS KETAGIHAN INTERNET
Diagnosis untuk ketagihan internet sehingga kini belum lagi ada dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder-Fourth Edition Text Revision-DSM IVTR (APA, 2000). Berdasarkan kepada semua diagnosis yang ada di dalam DSM IV-TR, pathological gambling dilihat paling dekat dengan penggunaan internet. Menggunakan pathological gambling sebagai model, ketagihan internet dapat didefinisikan sebagai suatu gangguan pengawalan yang bersifat impulsif, tidak termasuk dalam intoxicant (Young, 2004).
Young (2004) mengembangkan lapan item soal selidik yang disebut sebagai Diagnostic Questionnaire (DQ) yang merupakan modifikasi kriteria untuk pathological gambling sebagai alat ukur dalam mengenalpasti penggunaan internet yang menyebabkan
ketagihan iaitu:
i. Terleka dengan internet (memikirkan tentang kegiatan dalam talian yang sebelumnya atau mengharapkan akan online lagi).
ii. Keperluan untuk menggunakan internet dengan jumlah masa bertambah supaya mencapai kepuasan.
iii. Gagal berusaha dalam mengawal, mengurangi, atau menghentikan penggunaan internet.
iv. Perasaan gelisah, muram, tertekan, atau cepat marah apabila cuba mengurangkan atau berhenti penggunaan Internet.
v. Kekal dalam talian lebih lama daripada yang dirancang.
vi. Berisiko timbul bahaya atau kehilangan sesebuah perhubungan, pekerjaan, pendidikan atau kerjaya yang signifikan kerana penggunaan internet.
viii. Menggunakan Internet sebagai satu cara melepaskan diri dari masalah atau melegakan sesuatu perasaan dysphoric (misalnya, perasaan ketidakupayaan, perasaan bersalah, kebimbangan, kemurungan).
Mungkin terdapat aspek kandungan tertentu dalam penggunaan internet yang mana lebih ketagih daripada yang lain. Sebagai contoh, penggunaan internet dengan cara berkomunikasi melalui aplikasi internet seperti chat room didapati boleh menjadi semakin ketagih berbanding mengahantar e-mail (Kubey et al., 2001). Beberapa orang penyelidik telah mencadangkan sebanyak sepuluh jenis masalah dalam penggunaan internet (Christopherson, 2008).
1.8 KERANGKA KAJIAN
Jadual 1.3 Hubungan di Antara Kesunyian dengan Ketagihan Internet dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pemboleh ubah terikat
Pemboleh ubah bebas
Kesunyian
Faktor demografi : 1. Jantina 2. Pencapaian
akademik (PNGK)
1.9 PENUTUP
BAB II
ULASAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan tentang model dan teori yang digunakan, sorotan kajian lepas yang berkaitan dengan hubungan kesunyian dengan tahap ketagihan internet, hubungan kesunyian dan ketagihan internet dengan jantina, hubungan kesunyian dan tahap ketagihan internet dengan tahap pencapaian akademik, serta rumusan bab.
2.2 KAJIAN LEPAS
2.2.1 Hubungan Di Antara Kesunyian Dengan Ketagihan Internet
Terdapat beberapa kajian lepas yang telah menjalankan kajian mengenai kesunyian dan juga ketagihan internet. Dalam kajian The Model Explaining and Predicting Loneliness Level and the Problematic Internet Use of Turkish Computer Education and Instructional
daripada varians adalah berpunca daripada masalah penggunaan internet dalam kalangan pelajar- pelajar CEIT.
Selain itu, kajian oleh Ahmet Akin dan Murat Iskender (2011) di dalam kajian Ketagihan internet dan kemurungan, kebimbangan dan tekanan menunjukkan ketagihan internet adalah berhubung secara positif dengan kemurungan, kebimbangan, dan tekanan. Kajian tersebut adalah bertujuan untuk mengkaji perhubungan di antara ketagihan internet dan kemurungan, kebimbangan, dan tekanan. Jumlah responden ialah seramai 300 orang pelajar universiti yang didaftarkan di Turki. Kajian yang dilakukan itu menggunakan skala Online Cognition Scale dan Depression Anxiety Stress Scale.
Selari dengan itu, Santrock (2011) di dalam bukunya Life- Span Development menyatakan jumlah penggunaan internet bagi belia di seluruh dunia semakin meningkat, walaupun negara-negara lain menggunakan penggunaan variasi yang cukup besar di seluruh dunia serta di dalam kumpulan sosioekonomi yang sama (Shek, Tang & Lo, 2008; Subrahmanyan & Greenfield, 2008 dalam Santrock, 2011). Sebagai contoh, satu kajian baru-baru ini mendedahkan bahawa 17 peratus remaja di Singapore melibatkan diri dalam penggunaan internet secara berlebihan, iaitu didefinisikan sebagai 5 jam atau lebih penggunaan dalam sehari (Mythily et al., 2008).
Menurut Kim dan rakan-rakan (2009), individu yang tidak melayari internet tidak akan mendapat kemahiran sosial berbanding dengan individu yang berinteraksi di dalam talian. Hasil kajian ini ditemui di dalam kajian Kesunyian sebagai Punca dan Kesan Ketagihan Internet: Hubungan di antara Penggunaan Internet dan Kesejahteraan Psikologikal yang telah dijalankan ke atas mahasiswa dari dua buah Universiti di Midwestern secara atas talian. Seramai 635 orang pelajar yang telah menyertai tinjauan tersebut, dimana 58% ialah perempuan dan 42% lagi adalah lelaki.
tidak mengalami kesunyian. Disamping itu, orang yang menghadapi kesunyian akan menggunakan internet apabila mereka merasakan kesepian, tertekan, atau pun bimbang. Mereka lebih berkemungkinan akan berinteraksi dengan rakan-rakan dalam talian, dan menggunakan internet untuk mendapat sokongan emosi.
Kajian lain yang menyokong penemuan ini ialah kajian dalam HomeNet, yang mendokumentasikan mengenai peningkatan di dalam kesunyian akibat dari penggunaan internet (Kraut et al., 1998). Kajian ini dijalankan oleh Morahan Martin dan Phyllis Schumacher (2003) secara percuma untuk mengurangkan kos komputer, latihan, dan pengaksesan internet selama dua tahun keatas 93 buah keluarga yang melibatkan seramai 169 individu. Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan di antara orang yang mengalami kesepian dan yang tidak mengalami kesepian dalam cara bagaimana mereka menggunakan internet. Tingkah laku sosial individu-individu yang kesepian adalah konsisten di dalam peningkatkan penggunaan internet di dalam talian. Mereka lebih berkemungkinan berinteraksi dengan rakan-rakan dalam talian serta untuk mendapatkan sokongan emosi. Dapatan kajian menjelaskan orang yang mengalami kesunyian akan melayari internet apabila mereka merasakan kesepian, tertekan atau bimbang.
Manakala dalam kajian yang dijalankan oleh (Kraut dan rakan-rakan, 1998; Lavin dan rakan-rakan, 1999) iaitu pada awalnya peserta dibenarkan menggunakan internet untuk dijalankan pemerhatian dan mereka ini akan dibekalkan dengan laporan kendiri bagi menanda ciri-ciri psikologikal dan sosial mereka sebelum penggunaan internet di peringkat awal. Mereka kemudian diberi waktu rehat selama 1 tahun selepas mereka mula menggunakan internet. Di akhir kajian ini didapati peserta melaporkan kesunyian yang mereka hadapi. Kajian ini dilakukan bukan untuk meramalkan jumlah penggunaan internet bagi penggunaan berikutnya, tetapi untuk melihat kesan penggunaan internet dikaitkan dengan peningkatan tahap kesunyian.
Kajian Ozben (2013) mendapati tahap kesunyian pelajar lelaki sangat signifikan dan lebih tinggi daripada pelajar perempuan. Manakala kemahiran sosial dan kepuasan hidup pula berhubung secara negatif dengan kesunyian, dan kemahiran sosial berhubungkait secara positif dengan kepuasan hidup. Sementara itu, kepuasan hidup dan kemahiran sosial diramalkan negatif dengan kesunyian pelajar universiti. Kajian ini dijalankan ke atas 525 orang pelajar Universiti di Turki iaitu mengenai Kemahiran Sosial, Kepuasan Hidup, dan Kesunyian dalam kalangan pelajar di Turki.
Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Bugay (2007) menunjukkan bahawa jantina menjadi pengaruh kepada tahap kesunyian dan kepuasan hidup pelajar. Hasil kajian mendapati pelajar lelaki kurang signifikan mengalami kesunyian berbanding pelajar perempuan. Sebaliknya pelajar perempuan pula didapati mempunyai tahap kepuasan hidup yang lebih tinggi daripada pelajar lelaki. Kajian ini dijalankan ke atas 214 orang pelajar iaitu 96 orang lelaki, dan 118 orang perempuan dan bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara kesunyian dengan kepuasan hidup. Dalam kajian ini, data telah dikumpulkan dengan menggunakan tiga instrumen, iaitu, Revised UCLA Loneliness Scale (Russell dan rakan-rakan, 1980) dan Satisfaction dengan Life Scale (Diener dan rakan-rakan, 1985) serta Demographic Information Form.
Tidak dinafikan bahawa pengguna internet di kafe siber adalah dari golongan muda, dan kebanyakkannya adalah terdiri daripada kaum lelaki dan keseluruhannya berpendapatan rendah. Pengguna-pengguna muda ini kebanyakan kuat dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka dan sanggup mengorbankan aktiviti rekreasi dan hal-hal peribadi semata-mata untuk menggunakan internet (Sukunesan Sinnappan, 1999).
pemuda-pemuda ini meneruskan tabiat internet mereka di kafe siber. Pengaruh rakan sebaya, penggunaan internet yang mudah serta kemudahan-kemudahan yang canggih menjadi sebab-sebab utama golongan pemuda ini mengunjungi kafe siber (Sukunesan Sinnappan, 1999).
Seterusnya kajian yang dilakukan oleh Johari Hassan dan Raja Shahrina (2012) menunjukkan terdapat perbezaan signifikan tahap ketagihan penggunaan internet antara lelaki dan perempuan, begitu juga dengan jenis sekolah mengikut jantina. Kajian yang dilakukan ini adalah mengenai Ketagihan Penggunaan Internet di Kalangan Remaja Sekolah Tingkatan 4 Di Bandaraya Johor Bahru. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap dan punca ketagihan penggunaan internet dalam kalangan remaja sekolah tingkatan 4. Selain itu, kajian ini juga ingin mengenalpasti tujuan sebenar dan jenis penggunaan internet yang kerap diakses oleh remaja sekolah.
Penemuan oleh Comert dan Ziyalar (2012) mendapati 61.7% daripada pengguna komputer bagi pelajar perempuan di universiti Istanbul yang berumur di antara 18 hingga 28 tahun adalah menghadapi ketagihan internet. Sementara itu, hanya 17.7% daripadanya ialah pengguna komputer. Peratusan jumlah yang mengakses dari rumah melalui internet ialah sebanyak 61.3% dalam kumpulan pengguna komputer dan 56.4% di komputer dan kumpulan ketagihan internet.
2.2.3 Hubungan Di Antara Tahap Pencapaian Akademik Dengan Kesunyian Dan Pencapaian Akademik Dengan Ketagihan Internet
Hasil kajian oleh Stavropoulos dan rakan-rakan (2013) mendapati hubungan di antara tahap ketagihan internet dengan tahap pencapaian akademik adalah berada pada tahap yang tinggi. Dimana remaja-remaja lelaki berada pada risiko yang lebih tinggi untuk mendapat IAD. Kajian yang dijalankan ini adalah melibatkan seramai 2090 orang remaja, iaitu 1036 orang remaja lelaki dan 1050 orang remaja perempuan. Kajian ini menggunakan ujian soal selidik Young (1998) yang menggunakan instrument dalam ujian Internet Addiction Test (IAT) serta diaplikasikan dengan beberapa bentuk soalan yang
dihasilkan oleh mereka sendiri.
Selain itu, masalah pencapaian akademik juga ditemui di dalam diagnosis bagi simptom ketagihan internet. Dimana, Kubey dan rakan-rakan (2001) mendapati mereka yang tergolong dalam kategori ketagihan internet ialah empat kali lebih berkemungkinan menghadapi masalah akademik berbanding dengan mereka yang tidak menghadapi masalah ketagihan internet. Brenner (1997) menunjukkan daripada sampel kajian beliau, seramai 600 orang iaitu 80% daripadanya dilaporkan mempunyai masalah dan dikaitkan dengan 18 penggunaan berlebihan internet termasuk masalah pengurusan masa, kekurangan tidur, tidak mengambil makanan, serta masalah serius seperti menghadapi masalah dengan majikan serta pemencilan sosial.
December dan Ginsburg (1995) menyatakan terdapat pelbagai teknik untuk mencari dan mendapatkan maklumat melalui intenet. Antaranya ialah dengan cara carian web berdasarkan subjek, carian berdasarkan kata kunci, carian web berdasarkan ruang geografi dan carian web berdasarkan ruang maklumat. Hal ini demikian tidak memberi impak kepada pencapaian akademik para pelajar walaupun mereka cenderung untuk mengalami ketagihan internet.
2.3 HIPOTESIS KAJIAN
Hipotesis kajian ini adalah:
1. Terdapat perhubungan yang signifikan di antara kesunyian dengan ketagihan terhadap internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. 2. Terdapat perbezaan di antara jantina dengan kesunyian dalam kalangan
mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Terdapat perbezaan di antara jantina dengan ketagihan terhadap internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
4. Terdapat perhubungan yang signifikan di antara pencapaian akademik dengan kesunyian dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
5. Terdapat perhubungan yang signifikan di antara pencapaian akademik dengan ketagihan terhadap internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.
2.4 PENUTUP
BAB III
KAEDAH KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan tentang kaedah yang telah dilaksanakan dalam menjalankan kajian ini. Bab ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan aspek-aspek yang dibincangkan adalah meliputi rekabentuk kajian, responden kajian, alat kajian, prosedur kajian, kaedah analisis data dan kebolehkepercayaan alat ujian.
3.2 REKABENTUK KAJIAN
Kajian ini menggunakan metod tinjauan atau survei dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden. Responden yang terlibat diminta untuk melengkapkan alat ujian psikologi yang diedarkan. Terdapat dua jenis alat ujian yang digunakan dalam kajian ini iaitu Skala kesunyian (UCLA Loneliness Scale) dan Ujian ketagihan internet- Internet Addiction Test (IAT). Jumlah item keseluruhan kajian ini adalah sebanyak 46
3.3 RESPONDEN KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia di kampus induk Bangi, Selangor. Responden kajian ini adalah terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi dari kesemua fakulti iaitu meliputi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Fakulti Pengajian Islam (FPI), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), Fakulti Pendidikan (FPEND), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM). Responden yang diambil adalah berdasarkan pemilihan sampel berdasarkan jadual penentuan saiz sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970) dlm Chua (2012). Jumlah sampel yang diperlukan adalah seramai 100 orang. Justeru, sebanyak 110 set borang soal selidik telah diedarkan namun hanya sejumlah 105 set borang soal selidik telah dikembalikan untuk diproses dan hanya 100 set borang soal selidik sahaja yang lengkap diisi.
3.4 ALAT KAJIAN
Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada satu set borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu: (1) Bahagian A: Maklumat demografi responden, (2) Bahagian B: Ujian ketagihan internet-Internet Addiction Test (IAT) dan (3) Bahagian C: Skala kesunyian (UCLA Loneliness Scale).
Jadual 3.1 Kandungan Soal selidik Kajian
Kandungan Pernyataan Bilangan item Pembolehubah
Bahagian A Maklumat demografi responden 6 Bebas Bahagian B
Bahagian C
Ujian ketagihan internet-Internet Addiction Test (IAT)
Skala kesunyian (UCLA Loneliness
20
20
Terikat
Scale)
Jumlah 46
3.4.1 Bahagian A: Maklumat Demografi
Bahagian A dalam borang soal selidik ini merangkumi maklumat-maklumat peribadi responden yang berkaitan seperti jantina, agama, bangsa, umur, fakulti, tahun, dan tahap pencapaian akademik iaitu CGPA.
Jadual 3.2 Jadual Tahap Pencapaian Akademik
Tahap Pencapaian Akademik CGPA
Rendah 1.67 hingga 2.99
Sederhana Cemerlang
3.00 hingga 3.66 3.67 hingga 4.00
3.4.2 Bahagian B: Skala Kesunyian (UCLA Loneliness Scale)
Skala kesunyian UCLA digunakan untuk meninjau pengalaman sunyi individu dan pengalaman ini merujuk kepada kesunyian emosi dan kesunyian sosial (Rusell et al., 1980). Soal selidik ini telah diperkenalkan oleh Weiss pada tahun 1975 dan telah diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu dengan menggunakan kaedah back-translation oleh dua orang penterjemah yang mahir dalam Bahasa Inggeris. Soal selidik ini dilampirkan sebagai Lampiran A.
Jadual 3.3 Pembahagian Item Positif Dan Item Negatif
Jenis item No. item
Positif 1,4,5,6,9,10,15,16,19,20
Negatif 2,3,7,8,11,12,13,14,17,18
Cara pemarkahan bagi skala kesunyian adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah.
Jadual 3.4 Kaedah Pemarkatan Darjah
Kekerapan
Item
Positif Negatif
Selalu 0 3
Kadang- kadang 1 2
Jarang- jarang 2 1
Tidak pernah 3 0
Markat tertinggi adalah 80, manakala 20 adalah markat terendah. Min markat adalah 50. Jika markat adalah kurang daripada 50 markat, ia dikatakan berada dalam tahap kesunyian yang rendah. Jika markat lebih daripada 50 markat, tahap kesunyian adalah tinggi.
Jadual 3.5 Kategori Kesunyian
Kesunyian Skor yang diperolehi
Rendah 20 hingga 50
3.4.3 Bahagian C: Ujian ketagihan internet-Internet Addiction Test (IAT)
Bahagian C pula ialah set soal selidik Ujian Ketagihan Internet-Internet Addiction Test (IAT) yang dibangunkan oleh Dr. Kimberly Young, iaitu seorang psikologi klinikal pada tahun 1998 di USA.
Ujian IAT Young mengandungi 20 item iaitu menggunakan 5 poin Skala Likert, yang menunjukkan tahap di mana penggunaan internet menjejaskan aspek kehidupan pengguna. Julat skor adalah bermula daripada 20 hingga 100. Cara pemarkatan skala adalah seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di bawah.
Jadual 3.6 Pemarkatan Skala
Darjah Kekerapan Skala
Tidak pernah Jarang sekali Sekali sekala Sering kali
0 1 2 3
Selalu 4
Jadual 3.7 Interpretasi Julat Skor Bilangan skor Iterpretasi skor
0 hingga 19
(Pengguna yang sedikit ketagih. Pengguna mungkin banyak menghabiskan masa di internet tetapi masih dapat mengawalnya)
Sederhana.
(Pengguna mengalami masalah biasa disebabkan oleh penggunaan internet. Pengguna perlu memastikan kesan menyeluruh internet dalam kehidupan)
Tinggi.
(Penggunaan internet membawa kesan yang mendalam dalam hidup pengguna. Pengguna patut memikirkan keburukan internet kepada diri sendiri dan mengaku bahawa ini semua disebabkan kelalaian menggunakan internet)
Penilaian ini adalah berdasarkan kepada tingkah laku yang dikaitkan dengan ketagihan internet. Widyanto dan McMurran (2004) menjalankan satu kajian untuk mengkaji beberapa ciri psikometrik IAT. Pengkaji telah menjalankan satu kajian analisis faktor dan mendapati terdapat enam faktor utama termasuk faktor paling tertonjol (salience), penggunaan internet yang berlebihan (excessive use), mengabaikan kerja
control), dan mengabaikan kehidupan sosial (neglecting sosial life) yang menunjukkan
ketekalan dalaman dan keesahan yang valid.
Walau bagaimanapun, dalam kajian ini pengkaji tidak menggunakan analisis faktor disebabkan oleh ketiadaan pembolehubah yang berkaitan dengan analisis faktor ini. Pembahagian faktor analisis tersebut adalah seperti di dalam rajah di bawah:
Jadual 3.8 Pembahagian Faktor Analisis
Oleh yang demikian, Widyanto dan McMurran (2004) menyimpulkan bahawa, ujian ketagihan internet- Internet Addiction Test (IAT) ialah:
"satu alat yang sahih dan intrumennya boleh dipercayai serta boleh digunakan
di dalam kajian lanjut yang akan datang bagi ketagihan internet".
IAT ialah salah satu daripada instrumen yang diguna pakai untuk menilai ketagihan internet dalam kajian ini disebabkan oleh kebolehpercayaan alat ukuran psikometrik ini, serta fakta bahawa ia adalah alat yang diguna paling meluas bagi mengukur ketagihan internet.
Faktor Jenis faktor analisis No Item
1 Faktor paling tertonjol (salience) 10,12,13,15,19 2 Penggunaan internet yang berlebihan
(excessive use)
1,2,14,18,20
3 Mengabaikan kerja (neglecting work) 6,8,9
4 Sentiasa bimbang (anticipation) 7,11
5 Ketidak boleh kawalan (lack of control) 5,16,17 6 Mengabaikan kehidupan sosial
(neglecting sosial life)
3.5 KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UJIAN
Kebolehpercayaan dan keesahan bagi sesuatu alat ujian merupakan elemen penting dalam penyelidikan yang dijalankan sama ada dalam bidang psikologi atau dalam bidang-bidang yang lain. Ini sangat penting bagi megelakkan hasil kajian yang diperoleh akan dipertikaikan oleh pelbagai pihak. Kebolehpercayaan sering dirujuk sebagai ketekalan dan kestabilan (Anastasi & Urbina, 1997). Menurut Iran Herman (2009), nilai petunjuk yang dikira oleh ahli psikometrik untuk menerangkan kebolehpercayaan dinamakan sebagai pekali kebolehpercayaan.
Dalam kajian ini, kepercayaan alat ujian telah diuji dengan menggunakan Cronbach Alpha menggunakan kedua-dua soal selidik iaitu Skala kesunyian (UCLA Loneliness Scale) dan Ujian ketagihan internet-Internet Addiction Test (IAT). Pekali kebolehkepercayaan ujian dengan penggunaan Cronbach Alpha yang dihasilkan adalah sama dengan 0.84.
Dalam kajian sebelum ini, Young (1998) menjalankan dan mengesahkan dengan terperinci skala ketagihan internet dan selepas itu, kandungan dan kesahan gagasan telah disahkan. Dalam penyelidikan ini, kebolehpercayaan ujian telah diuji dengan Cronbach Alpha. Pekali kebolehpercayaan ujian dengan penggunaan Cronbach Alpha sama dengan 0.91. Sementara itu, dalam kajian baru-baru ini kebolehpercayaan ujian ketagihan internet dengan penggunaan Cronbach Alpha ialah 0.80 dan skala menunjukkan ketekalan dalaman yang sangat baik, dengan satu pekali alfa .93.
Bagi UCLA Loneliness Scale (version 3) sebelum ini telah dijalankan kajian ke atas pelajar kolej, jururawat, guru dan orang tua. Analisis kebolehkepercayaan, keesahan , dan struktur faktor UCLA Loneliness Scale versi baru telah dijalankan. Keputusan menunjukkan bahawa ukuran keesahan adalah tinggi, iaitu kedua- duanya dalam ketekalan dalaman (pekali satu di antara .89 kepada .94) dan ujian keesahan juga turut dijalankan semula lebih daripada satu tahun (r= .73).
3.6 PROSEDUR KAJIAN
Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji pertamanya membuat pemilihan tajuk penyelidikan dan mengadakan perbincangan lanjut dengan rakan-rakan dan penyelia berkaitan tajuk yang di pilih. Seterusnya, setelah soalan soal selidik di susun dan diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu, pengkaji telah mendapatkan surat kebenaran menjalankan kajian daripada Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemunusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pada peringkat pengumpulan data, pengkaji seterusnya telah mengedarkan borang soal selidik di beberapa buah fakulti di dalam UKM. Prosedur seterusnya dalam menjalankan kajian ini adalah seperti berikut:
1. Membahagikan bilangan borang soal selidik secara sama banyak bagi responden lelaki dan juga responden perempuan.
2. Memilih masa yang sesuai untuk mengedarkan borang soal selidik kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM.
3. Menerangkan kepada responden tujuan kajian dilakukan.
4. Memberikan masa yang secukupnya kepada responden untuk menjawab soalan- soalan yang diberikan.
3.7 KAEDAH ANALISIS DATA
Terdapat beberapa kaedah penganalisaan data telah digunakan dalam menganalisa data yang dikumpul. Kesemua data daripada borang soal selidik di analisis secara deskriptif dengan menggunakan kaedah taburan kekerapan, peratusan dan juga hubungan korelasi. Kajian ini menggunakan teknik statistik pemeratusan bagi memproses bahagian maklumat demografi responden seperti peratusan mengikut jantina, bangsa, agama, umur, fakulti beserta tahun dan purata pencapaian akademik iaitu CGPA. Manakala, bagi melihat tahap ketagihan internet dan kesunyian dari segi jantina, dan pencapaian akademik, analisis statistik digunakan. Ujian statistik korelasi Pearson dan ujian-t akan digunakan dalam melakukan pemprosesan data bagi menguji perkaitan antara pembolehubah.
3.8 PENUTUP
BAB 1V
DAPATAN KAJIAN
4.1 PENGENALAN
Bab ini akan membentangkan analisis-analisis yang meliputi analisis deskriptif dan analisis inferensi bagi menjawab hipotesis kajian. Hasil analisis adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui edaran borang soal selidik. Semua data daripada borang soal selidik dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kaedah taburan kekerapan, peratusan, kolerasi dan juga Crosstab. Kolerasi Pearson dan ujian-t digunakan bagi mengkaji hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang melibatkan kesunyian, ketagihan internet, jantina dan juga pencapaian akademik.
4.2 KEPUTUSAN DESKRIPTIF
4.3 BAHAGIAN A – MAKLUMAT DEMOGRAFI RESPONDEN
4.3.1 JANTINA
Jadual 4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina
Jantina Kekerapan Peratus (%)
Lelaki 50 50
Perempuan 50 50
Jumlah 100 100