Ramai guru terbeban dengan pelaksanaan program PLC di sekolah. Ini kerana arahan wajib melaksanakannya daripada pihak PPD dan pihak Pengurusan Sekolah. Oleh kerana kata DASAR/ ARAHAN inilah yang menyebabkan keseronokan menjalankan program ini hilang nikmat yang sepatutnya dirasai oleh para guru.
Sepatutnya program PLC ini hendaklah dilakukan secara santai oleh para guru kerana ia merupakan satu medium untuk para guru berkolaborasi dengan rakan guru lain tentang Pengajaran dan Pembelajaran, demi mendapat kepuasan hasil pengajaran kepada murid.
APA ITU KPP (PLC)?
Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Community) (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan (Action Research) untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.
TINDAKAN SISC+?
1. Bimbingan Penyeliaan SISC+ i. Intervensi - Individu
Memberi fokus kepada pengetahuan dan penguasaankemahiran asas kompetensi berbahasa. Di samping itu peserta kursus juga diberikan pendedahan kepada kemahiran.
ii. Secara Kumpulan (Guru Dibimbing)
Berdasarkan Elemen Matrik Bimbingan (TCT) oleh SISC+ Berdasarkan SKPMg2
Kompetensi Kecerdasan Emosi, kecerdasan pelbagai dankemahiran berfikir yang boleh diintegrasikan dalam pengajarandan pembelajaran untuk memenuhi keperluan individu murid.
LATAR BELAKANG
KPP(PLC) merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk
meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara.
PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan kepada
menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru
membina hubungan yang berkualiti
mempunyai program yang sangat berfokus menggerakkan sumber-sumber sedia ada -berkongsi kepimpinan
PRINSIP ARAS PLC
memastikan pembelajaran murid
budaya kolaborasi
fokus kepada pencapaian
ENAM DIMENSI PLC
Kongsi kepimpinan kongsi nilai dan visi
pembelajaran kolektif dan aplikasi kongsi amalan peribadi