• Tidak ada hasil yang ditemukan

Syarikat Berkaitan mempunyai maksud yang sama yang ditetapkan untuknya di bawah Seksyen 7 Akta Syarikat 2016.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Syarikat Berkaitan mempunyai maksud yang sama yang ditetapkan untuknya di bawah Seksyen 7 Akta Syarikat 2016."

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

1 | P a g e PERINGATAN: Pemegang Kad Layak (seperti yang ditakrifkan di bawah) dengan ini diingatkan untuk membaca dan memahami Terma dan Syarat di bawah, yang boleh didapati di www.ambank.com.my. Jika Pemegang Kad Layak tidak memahami mana-mana Terma dan Syarat di bawah, Pemegang Kad Layak dinasihatkan untuk berbincang dengan kakitangan atau wakil sah Bank.

“Bank” bermaksud kedua-dua AmBank (M) Berhad 196901000166 (8515-D) (“AmBank”) dan AmBank Islamic Berhad 199401009897 (295576-U) (“AmBank Islamic”). Terma dan Syarat di dalam ini hendaklah dibaca bersama terma dan syarat perjanjian Kad Kredit/Kad Kredit-i Bank yang berkenaan (“Perjanjian Pemegang Kad”). Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakseragaman antara Terma dan Syarat Kempen (“Terma dan Syarat”) dan Perjanjian Pemegang Kad, Terma dan Syarat Kempen akan diguna pakai sejauh mana berkenaan dengan Kempen.

“Kumpulan AmBank” merujuk kepada semua Syarikat Berkaitan dan Syarikat Bersekutu Bank sama ada yang ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia, yang wujud sekarang atau pada masa depan dan sebarang rujukan kepada

“Kumpulan AmBank” di dalam Terma dan Syarat ini hendaklah termasuk semua atau mana-mana entiti di dalam Kumpulan AmBank.

“Syarikat Bersekutu” mempunyai maksud sama seperti yang ditetapkan untuknya di bawah Seksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, di mana berkenaan.

“Notis Terdahulu” merujuk kepada notis yang dikeluarkan oleh Bank kepada pelangan dalam masa lima (5) hari kalendar dan diterbitkan di laman web Bank di www.ambank.com.my.

“Syarikat Berkaitan” mempunyai maksud yang sama yang ditetapkan untuknya di bawah Seksyen 7 Akta Syarikat 2016.

Kempen

1. “Kempen” bermaksud kempen “Mohon, Aktifkan & Nikmati Pulangan Tunai 30% (Bahagian 4.0)” yang dianjurkan oleh Bank menurut Terma dan Syarat Kempen seperti yang dinyatakan di dalam ini.

Tempoh Kempen

2. Kempen akan bermula dari 1Julai 2021 hingga 30 September 2021 (termasuk kedua-dua tarikh) ("Tempoh Kempen") atau tempoh lain yang mungkin ditentukan oleh Bank dengan memberikan Notis Terdahulu.

Kelayakan

3. “Pemegang Kad Layak” ditakrifkan sebagai mana-mana individu termasuk kakitangan sama ada tetap atau kontrak di dalam Kumpulan AmBank, yang semasa Tempoh Kempen memohon untuk mana-mana Kad Kredit AmBank/Kad Kredit-i AmBank Islamic berikut sebagai pemegang kad utama/tambahan:

(a) Kad Kredit AmBank: Kad AmBank SIGNATURE Priority Banking Visa Infinite, Kad AmBank Visa Infinite, Kad AmBank Visa Signature, Kad AmBank UnionPay Platinum, Kad AmBank Visa Platinum, Kad AmBank BonusLink Visa Signature, Kad AmBank BonusLink Visa Platinum dan Kad AmBank Cash Rebate Visa

(2)

2 | P a g e Platinum serta mana-mana kad yang dikeluarkan di bawah program insurans dengan syarikat insurans terpilih.

(Secara bersama dikenali sebagai “Kad Kredit Turut Serta”)

(b) Kad Kredit-i AmBank Islamic: Kad AmBank Islamic SIGNATURE Priority Banking Visa Infinite-i, Kad AmBank Islamic Visa Infinite-i, Kad AmBank Islamic Visa Signature-i, Kad AmBank Islamic Al-Taslif Visa Platinum-i, Kad AmBank Islamic Visa Platinum CARz-i.

(Secara bersama dikenali sebagai “Kad Kredit-i Turut Serta”)

4. Orang berikut TIDAK layak untuk menyertai Kempen ini:

(a) Pemegang Kad Kredit/Kad Kredit-i AmBank/AmBank Islamic sedia ada yang memohon untuk satu lagi Kad Kredit/Kad Kredit-i AmBank/AmBank Islamic (kecuali Kad AmBank UnionPay Platinum & Kad AmBank BonusLink Visa).

(b) Pemegang kad yang telah membatalkan Kad Kredit/Kad Kredit-i AmBank/AmBank Islamic mereka dua belas (12) bulan sebelum Tempoh Kempen dan telah memohon semula untuk Kad Kredit/Kad Kredit-i AmBank/AmBank Islamic dalam Tempoh Kempen.

(c) Pemegang mana-mana Kad Kredit/Kad Kredit-i AmBank/AmBank Islamic yang baru diluluskan yang telah digantung, dibatalkan atau ditamatkan dalam Tempoh Kempen;

(d) Pemegang kad yang mempunyai bayaran tertunggak atau disyaki melakukan penipuan, perbuatan menyalahi undang-undang dan haram berkaitan dengan akaun Kad Kredit/Kad Kredit-i AmBank/AmBank Islamic pemegang kad, dan/atau mana-mana kemudahan atau perkhidmatan lain dengan Bank; dan

(e) Pemegang Kad yang telah menyertai atau akan menyertai mana-mana promosi pendaftaran/pemerolehan Kad Kredit/Kad Kredit-i AmBank/AmBank Islamic serentak yang lain menerusi sebarang saluran lain sama ada yang dianjurkan oleh Bank atau mana-mana ejen atau wakil sah Bank.

(f) Pemegang Kad AmBank Business Platinum, Kad AmBank M-Card, Kad AmBank Cosway

5. Pemegang Kad Layak boleh memohon untuk mana-mana Kad Kredit/Kad Kredit-i AmBank/AmBank Islamic Turut Serta atau kedua-duanya untuk mengambil bahagian dalam Kempen, menerusi kaedah berikut:

(a) permohonan secara bersemuka/fizikal di mana-mana cawangan Bank; atau (b) menerusi jualan langsung Bank

(c) menerusi panggilan jemputan oleh pasukan telejualan Bank; atau

(d) menerusi AmOnline dengan melengkapkan borang permohonan elektronik dan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.

Kriteria Kelayakan

6. Pemegang Kad layak Kempen ini mesti memenuhi kriteria berikut dalam Tempoh Kempen:

(a) Memohon untuk Kad Kredit/Kad Kredit-i AmBank/AmBank Islamic utama dan/atau tambahan;

(b) Mengaktifkan Kad Kredit/Kad Kredit-i Turut Serta yang baru diluluskan; dan

(3)

3 | P a g e (c) Menggunakan Kad Kredit/Kad Kredit-i Turut Serta untuk membuat mana-mana Perbelanjaan Layak

(menurut Klausa 10 di bawah) dalam tempoh masa enam puluh (60) hari kalendar dari tarikh kelulusan.

(Secara bersama dikenali sebagai “Kriteria Kelayakan”)

7. Bank berhak untuk meluluskan atau menolak mana-mana permohonan dan/atau meminta sebarang dokumen sokongan selanjutnya. Untuk mengelakkan keraguan, Bank mempunyai budi bicara untuk menentukan sama ada dokumen sokongan cukup untuk tujuan memproses permohonan yang dikemukakan kepada Bank.

Tawaran Kempen

8. Tertakluk kepada Terma dan Syarat di dalam ini, Pemegang Kad Layak, yang permohonannya telah dikemukakan dalam Tempoh Kempen dan berjaya diluluskan oleh Bank pada atau sebelum 30 September 2021 dan mengaktifkan Kad Kredit/Kad Kredit-i dalam tempoh enam puluh (60) hari kalendar dari tarikh kelulusan, berhak untuk menerima pulangan tunai yang dinyatakan dalam jadual di bawah selepas memenuhi semua Kriteria Kelayakan yang dinyatakan dalam Klausa 6 (“Pulangan Tunai”):-

Jenis Kad Jenis Pemegang Kad

Kaedah Penyertaan

Kempen Kriteria Ganjaran

Mana-mana Kad Kredit/Kad Kredit-i Turut Serta utama

Pemegang Kad Baharu Bank

Tahap 1: Aktifkan dan Belanja sebarang amaun

dalam tempoh 60 hari kalendar dari tarikh kelulusan untuk layak menerima Pulangan Tunai

sebanyak RM25 Tahap 2: Aktifkan dan Belanja minimum RM500

(kecuali transaksi e- dompet) dalam tempoh 60

hari kalendar dari tarikh kelulusan untuk menerima

pulangan tunai 30% bagi menjamu selera, membeli

barangan runcit dan membuat transaksi dalam

talian. (terhad kepada RM125)

i) Pulangan Tunai sebanyak RM25 diberikan mengikut

taraf kad ii) Pulangan Tunai 30%

diberi berdasarkan perbelanjaan terkumpul

(terhad kepada RM125 untuk setiap pelanggan)

Mana-mana Kad Kredit/Kad Kredit-i

Turut Serta tambahan

Pemegang kad Baharu Bank dan

pemegang kad Sedia Ada Bank

Tahap 1: Aktifkan dan Belanja sebarang amaun

dalam tempoh 60 hari kalendar dari tarikh kelulusan untuk layak menerima Pulangan Tunai

sebanyak RM25

i) Berdasarkan jumlah perbelanjaan terkumpul bagi setiap kad tambahan

ii) Terhad kepada maksimum tiga (3) kad tambahan untuk setiap pemegang kad utama

(4)

4 | P a g e Tahap 2: Aktifkan dan

Belanja amaun minimum RM500 menggunakan setiap kad tambahan dalam

tempoh 60 hari kalendar dari tarikh kelulusan untuk

menerima Pulangan Tunai RM50 bagi setiap kad

tambahan (Nota: Sehingga 3 kad tambahan sahaja bagi setiap pemegang kad

utama)

iii) Pulangan Tunai Maksimum terhad kepada

RM75 bagi setiap Pemegang Kad Layak

Kad Kredit AmBank UnionPay Platinum Utama/Tambahan

Pemegang kad Baharu Bank dan

pemegang kad Sedia Ada Bank

Aktifkan dan belanja sebarang amaun dalam tempoh 60 hari kalendar dari

tarikh kelulusan untuk mendapatkan Pulangan Tunai

sebanyak RM25

i) Pulangan tunai akan dikreditkan ke dalam Kad Kredit AmBank UnionPay

Pemegang Kad Layak

Kad Kredit AmBank BonusLink Visa

Utama

Untuk pemegang kad Sedia Ada

Bank

Aktifkan dan belanja sebarang amaun dalam tempoh 60 hari kalendar dari

tarikh kelulusan untuk mendapatkan 5,000 Mata

Ganjaran BonusLink

TIADA

Perhatian: Setiap Pemegang Kad Layak berhak untuk menikmati keistimewaan promosi hanya bagi satu (1) Kempen pada satu-satu masa.

9. Semua Perbelanjaan Layak (ditakrifkan dalam Klausa 10) mesti dibuat dalam Tempoh Kempen. Tempoh ihsan lima (5) hari kalendar dari akhir Tempoh Kempen akan ditambah kepada tarikh transaksi untuk tujuan pengiraan. Bank tidak bertanggungjawab dalam apa jua cara sekali pun untuk sebarang catatan lewat Perbelanjaan Layak dalam Akaun Pemegang Kad Layak yang disebabkan sama ada oleh saudagar dan/atau pihak ketiga.

10. Transaksi berikut dikategorikan di bawah “Perbelanjaan Layak” untuk Pulangan Tunai:

Kategori Perbelanjaan Layak MCC Layak

Menjamu Selera

Kedai Makan, Restoran, Bar*, Ruang Koktel*, Disko*, Kelab Malam*, Tavern* dan Restoran Makanan Segera

(sebagai contoh Tony Roma’s, McDonald’s, Restoran Grand Imperial)

5812 / 5813* / 5814

Barangan Runcit

Gedung Giant, Tesco atau Lotuss Store, Kumpulan AEON (AEON, AEON Big, AEON Max Value), MYDIN, Village Grocer, Jaya Grocer,

Cold Storage, Mercato, Econsave, Everrise & Servay

5411, 5422, 5451, 5499

(5)

5 | P a g e Dalam

Talian

Semua transaksi yang dilaksanakan di Internet seperti:- e- dagang/dalam talian/menjamu selera dalam talian (Foodpanda,

GrabFood) & saudagar Internet di mana butiran Kad Kedit dimasukkan secara manual (tidak dileretkan/dimasukkan ke mana-mana terminal di Tempat Jualan (POS) mana-mana Bank

Pemeroleh) oleh Pemegang Kad Layak

TIADA

MCC dan klasifikasi transaksi ditetapkan oleh Visa. Jika transaksi tidak diklasifikasikan di bawah mana-mana MCC di atas, transaksi tersebut tidak layak untuk Pulangan Tunai.

*Transaksi berikut tidak diguna pakai bagi Kad Kredit-i AmBank Islamic.

11. Transaksi berikut dikecualikan daripada Perbelanjaan Layak:

(a) Pelan Pembayaran Mudah (EPP), Pindahan Baki (BT), Tunai Pantas (QC) dan Pendahuluan Tunai;

dan/atau

(b) transaksi kuasi-tunai – (cth: transaksi perjudian dan/atau pertaruhan); dan/atau (c) sebarang bentuk pulangan tunai; dan/atau

(d) sebarang transaksi runcit dipertikaikan, tidak sah atau berunsur penipuan; dan/atau

(e) pembayaran yuran pengurusan, caj pembayaran lewat, caj bagi pengeluaran tunai, cukai perkhidmatan kad dan sebarang bentuk yuran perkhidmatan/pelbagai dan/atau

(f) transaksi e-dompet daripada penyedia perkhidmatan e-dompet berikut:

Kod Kategori Perniagaan (MCC) Penyedia Perkhidmatan E-Dompet 4121, 4789, 5734, 6540 & 7399 Grab Pay

4784 Touch ‘n Go

6540 Boost / Big Pay

Kelayakan Pulangan Tunai

12. Selepas memenuhi syarat-syarat dalam Klausa 6 dan 8 masing-masing, Pemegang Kad Layak berhak menerima Pulangan Tunai yang dinyatakan dalam Klausa 8. Untuk mengelakkan keraguan, sila rujuk pada keterangan di bawah:-

Keterangan 1

(a) Jika Pemegang Kad Layak memohon untuk Kad Kredit/Kad Kredit-i Turut Serta utama dan Kad Kredit/Kad Kredit-i Turut Serta utama tersebut memenuhi syarat perbelanjaan minimum Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500.00), Pemegang Kad Layak berhak menerima Pulangan Tunai sebanyak 30% berdasarkan jumlah perbelanjaan bagi tiga (3) kategori iaitu dalam talian, barangan runcit dan menjamu selera sahaja.

Cth:

Jumlah perbelanjaan terkumpul Pemegang Kad Layak ialah Ringgit Malaysia Dua Ribu (RM2,000.00) dan Ringgit Malaysia Seribu (RM1,000.00) dibelanjakan untuk menjamu selera, membeli barangan runcit dan membuat transaksi dalam talian. Hanya RM1,000.00 akan diambil kira untuk tujuan menentukan Pulangan Tunai. Walaupun Pulangan Tunai bagi jumlah perbelanjaan Ringgit Malaysia Seribu (RM1,000.00) ialah RM300.00, Pemegang Kad Layak hanya menerima maksimum Pulangan Tunai sebanyak Ringgit Malaysia Seratus Dua Puluh Lima (RM125.00). Sebagai tambahan, Pemegang Kad Layak akan menerima pulangan tunai sebanyak Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima (RM25.00) selepas pengaktifan. Jumlah maxima pulangan tunai yang akan diterima oleh Pemegang adalah Ringgit Malaysia Seratus Lima Puluh. RM125.00 + RM25.00 = RM150.00.

Keterangan 2

(6)

6 | P a g e (b) Jika Pemegang Kad Layak memohon untuk Kad Kredit/Kad Kredit-i Turut Serta utama dan kedua-dua kad tersebut memenuhi syarat perbelanjaan minimum Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500.00), Pemegang Kad Layak berhak menerima Pulangan Tunai sebanyak 30% berdasarkan jumlah perbelanjaan bagi tiga (3) kategori iaitu dalam talian, barangan runcit dan menjamu selera sahaja. Pulangan Tunai sebanyak 30% akan diberikan berdasarkan jumlah perbelanjaan terkumpul bagi kedua-kedua Kad Kredit/Kad Kredit-i masing-masing.

Cth:

Jika Pemegang Kad Layak berbelanja Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh (RM250.00) dengan Kad Kredit Utama beliau dan Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh (RM250.00) dibelanjakan dengan Kad Kredit-i beliau untuk tiga (3) kategori iaitu dalam talian, barangan runcit dan menjamu selera, Pulangan Tunai sebanyak 30% akan diberikan berdasarkan jumlah perbelanjaan terkumpul bagi kedua-dua Kad Kredit/Kad Kredit-i Turut Serta bagi tiga (3) kategori tersebut. Maka jumlah Pulangan Tunai yang dibayar akan menjadi Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Lima (RM75.00) iaitu 30% x RM250.00. Sebagai tambahan, Pemegang Kad Layak akan menerima Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima (RM25.00) bagi setiap kad selepas pengaktifan Kad Kredit/Kad Kredit-i Utama beliau. Jumlah pulangan tunai adalah RM75.00 + RM25.00 + RM25.00 = RM125.00.

Keterangan 3

(c) Jika Pemegang Kad Layak memohon untuk Kad Kredit/Kad Kredit-i Turut Serta tambahan dan Kad Kredit/Kad Kredit-i Turut Serta tambahan tersebut memenuhi syarat perbelanjaan minimum Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500.00), Pemegang Kad Layak berhak menerima Pulangan Tunai Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima (RM25.00) selepas pengaktifan dan Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) selepas memenuhi syarat perbelanjaan minimum Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500.00). Maka jumlah Pulangan Tunai diberikan adalah Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Lima (RM75.00).

Keterangan 4

(d) Pemegang Kad Kredit utama AmBank yang sedia ada boleh memohon Kad AmBank BonusLink Visa yang lain untuk layak menerima Lima Ribu (5,000) Mata Ganjaran BonusLink seperti yang dtetapkan dalam Klausa 8 di atas dengan syarat Pemegang Kad Layak mengaktifkan dan membelanjakan sebarang amaun dengan Kad AmBank BonusLink Visa dalam tempoh enam puluh (60) hari kalendar dari tarikh kelulusan.

Keterangan 5

(e) Pemegang Kad Kredit AmBank baharu dan sedia ada boleh memohon untuk Kad AmBank UnionPay Platinum yang lain untuk layak menerima Pulangan Tunai tambahan Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima (RM25.00) seperti yang ditetapkan dalam Klausa 8 di atas dengan syarat Pemegang Kad Layak mengaktifkan dan membelanjakan sebarang amaun dengan Kad AmBank UnionPay Platinum yang baru dimohon dalam tempoh enam puluh (60) hari kalendar dari tarikh kelulusan.

Penunaian Pulangan Tunai

13. Pulangan Tunai akan diberikan kepada Kad Kredit/Kad Kredit-i utama dan/atau tambahan Pemegang Kad Layak yang berkenaan dalam tempoh lapan (8) hingga sepuluh (10) minggu selepas memenuhi Kriteria Kelayakan seperti yang digariskan dalam jadual di bawah:

Tarikh Kelulusan Kad Kredit/Kad Kredit-i Turut

Serta

Aktifkan & Belanja dalam tempoh enam puluh (60) hari kalendar dari Tarikh Kelulusan Kad Kredit/Kad Kredit-

i Turut Serta

Tempoh Ganjaran Pulangan Tunai

(7)

7 | P a g e 1 Julai 2021 –

31 Julai 2021

1 Julai 2021 – 30 September 2021

Oktober 2021 hingga November 2021 1 Ogos 2021 –

31Ogos 2021

1 Ogos 2021 – 31 Oktober 2021

November 2021 hingga Disember 2021 1 September 2021 –

30 September 2021

1 September 2021 – 30 November 2021

Disember 2021 hingga Januari 2022

14. Bank akan memaklumkan kepada Pemegang Kad Layak menerusi SMS/telefon/mel elektronik/pos berasaskan maklumat hubungan yang terdapat dalam sistem Bank. Walau apa pun yang menyatakan sebaliknya, Bank berhak untuk menggunakan sebarang saluran atau kaedah lain, termasuk laman web Bank di www.ambank.com.my untuk tujuan mengumumkan Pemegang Kad Layak yang telah layak menerima Pulangan Tunai.

15. Pulangan Tunai hanya boleh diberikan kepada Kad Kredit/Kad Kredit-i utama dan tambahan yang diluluskan dalam tempoh permohonan dan Pulangan Tunai tidak boleh ditukarkan untuk hadiah lain, kredit atau sebarang bentuk produk dan tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga.

16. Pada masa penerimaan Pulangan Tunai menurut Klausa 13, semua akaun Kad Kredit/Kad Kredit-i Turut Serta milik Pemegang Kad Layak mesti diaktifkan dan berada dalam kedudukan berbayar apabila memenuhi Kriteria Kelayakan yang dinyatakan dalam Klausa 6.

17. Bank tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana Pemegang Kad Layak atau mana-mana pihak lain untuk mengkreditkan Pulangan Tunai kepada mana-mana pihak ketiga.

18. Pemegang Kad Layak bertanggungjawab untuk memastikan nombor telefon dan alamat e-mel dan/atau alamat surat-menyurat yang diberikan adalah terbaharu dan dikemas kini dengan Bank. Sekiranya Pulangan Tunai tidak diterima, Pemegang Kad Layak dikehendaki menghubungi Bank sebelum 28 Februari 2022 untuk bertanya tentang status Pulangan Tunai. Sebarang permintaan, pertanyaan atau tuntutan tidak akan dilayan selepas 28 Februari 2022.

19. Bank berhak untuk menggantikan Pulangan Tunai dengan hadiah sepertinya atau dengan nilai serupa atas budi bicaranya dengan memberikan Notis Terdahulu di laman web Bank di www.ambank.com.my

Terma dan Syarat Am

20. Dengan menyertai Kempen ini, Pemegang Kad Layak terikat kepada Terma dan Syarat Kempen, keputusan Bank dan sebarang penambahan, perubahan dan pindaan yang dibuat kepada Klausa 23 dari masa ke masa dengan memberikan Notis Terdahulu.

21. Bank tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti bagi sebarang kegagalan oleh mana-mana Pemegang Kad Layak untuk menyertai Kempen pada bila-bila masa yang disebabkan oleh kesilapan, gangguan atau kegagalan rangkaian, komunikasi dan/atau sistem.

22. Setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang, Bank tidak bertanggungjawab terhadap Pemegang Kad Layak apabila mana-mana kejadian Force Majeure berlaku. “Force Majeure” merujuk kepada sebarang kejadian dan/atau keadaan tidak diduga yang berada di luar kawalan wajar Bank, yang tidak dapat dicegah, dielakkan atau diatasi oleh Bank termasuk bencana alam seperti banjir, taufan, hurikan, ribut, badai, letupan

(8)

8 | P a g e gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, gelinciran tanah, ambelasan atau tanah mendap atau tindakan kekacauan awam, seperti mogok, sekatan masuk kerja, gangguan perindustrian, rusuhan, peperangan, wabak dan pandemik yang setiap satu di luar kawalan Bank atau kejadian, keadaan atau peristiwa lain dengan ciri- ciri yang sama yang dianggap dari masa ke masa sebagai Force Majeure oleh Bank.

23. Keputusan Bank berhubung dengan segala hal berkaitan dengan Kempen adalah muktamad dan mengikat semua Pemegang Kad Layak. Tiada surat-menyurat atau rayuan selanjutnya akan dilayan.

24. Bank berhak untuk meminda, mengubah, membatalkan atau menambah mana-mana Terma dan Syarat yang ditetapkan di dalam ini, secara keseluruhan atau sebahagiannya, dari masa ke masa termasuk untuk mengubah Tempoh Kempen dengan memberikan Notis Terdahulu sebelum sebarang perubahan berkuat kuasa. Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh Bank tidak akan melayakkan Pemegang Kad Layak kepada apa-apa tuntutan atau pampasan terhadap Bank bagi sebarang dan semua kerugian atau ganti rugi yang dialami atau ditanggung oleh Pemegang Kad Layak, disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada tindakan membatalkan, menamatkan atau menggantung kecuali jika kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan oleh kegagalan sengaja, penipuan atau kecuaian nyata oleh Bank.

25. Kecuali dinyatakan selainnya, Terma dan Syarat yang ditetapkan di dalam ini, termasuk apa-apa pindaan kepadanya, akan berkuat kuasa mengatasi peruntukan dan/atau pernyataan lain yang terkandung dalam mana-mana notis/promosi/bahan pengiklanan bagi Kempen ini.

26. Bank berhak untuk:

(a) membatalkan penyertaan mana-mana Pemegang Kad Layak dalam Kempen, apabila Pemegang Kad Layak telah membuat Perbelanjaan Layak, dengan cara dan pola yang dianggap oleh Bank sebagai tidak normal, luar biasa dan/atau menunjukkan percubaan mendapatkan kelebihan tidak adil berbanding Pemegang Kad Layak dengan corak perbelanjaan normal/biasa, dan keputusan Bank dalam hal ini adalah muktamad dan mengikat semua Pemegang Kad Layak; dan/atau

(b) menarik balik Pulangan Tunai apabila transaksi Perbelanjaan Layak dibalikkan atau berlaku pembatalan Kad Kredit/Kad Kredit-i Turut Serta dalam Tempoh Kempen atau ketidakpatuhan Terma dan Syarat di dalam ini.

27. Dengan menyertai Kempen ini, Pemegang Kad Layak memberikan persetujuan mereka kepada Bank untuk mendedahkan maklumat mereka kepada mana-mana vendor pihak ketiga yang dilantik oleh Bank untuk tujuan melaksanakan dan/atau menunaikan mekanisme Kempen. Pemegang Kad Layak dinasihatkan untuk membaca dan memahami Notis Privasi Kumpulan AmBank, yang boleh didapati di laman web Bank (https://www.ambankgroup.com/eng/Pages/PrivacyNotice.aspx) dan mana-mana cawangan

AmBank/AmBank Islamic.

28. Semua soalan berhubung dengan pembentukan, kesahihan, penguatkuasaan dan pentafsiran terma dan syarat yang dinyatakan di dalam ini akan ditadbir oleh, ditafsirkan dan dikuatkuasakan di bawah undang- undang Malaysia. Pihak yang terbabit dengan ini bersetuju untuk tertakluk di bawah bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia bagi tujuan sebarang saman, tindakan atau prosiding lain yang timbul daripada dan berasaskan terma dan syarat di dalam ini.

29. Untuk apa-apa bantuan dan/atau maklum balas berkaitan Kempen, Pemegang Kad Layak boleh menghubungi Pusat Hubungan Bank di +603-2178 8888, Isnin hingga Jumaat dari jam 7 pagi hingga 11 malam atau menghantar e-mel ke customercare@ambankgroup.com.

(9)

9 | P a g e ________________________________________________________________________________________

Referensi

Dokumen terkait

Begitu menarik kesalahan pemakaian diksi dan kesalahan ejaan kalimat efektif yang terjadi pada surat pribadi siswa di SMP Muhammadiyah 2 Surakarta yaitu berupa

Untuk lebih memahami perilaku reaksi pada esterifikasi asam lemak bebas dan gliserol dalam menghasilkan minyak DAG diperlukan simulasi yang dapat menggambarkan perilaku

Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan terhadap responden petani yang mengusahakan usahatanipadi sawah di Desa Limbo Makmur Kecamatan Bumi Raya Kabupaten

Karena Kualitas “lebih penting” (LbP) dibandingkan Harga dan Ketepatan Pengiriman “sedikit lebih penting” dibadingkan dengan Harga, maka kriteria Kualitas lebih tinggi

(3) Dinas sebagaimana dimaksud pada ayat (1) mempunyai tugas membantu Walikota melaksanakan urusan Pemerintahan Bidang Komunikasi dan Informatika, Statistik serta

Komposisi kimia dan produksi hijauan sangat berpengaruh terhadap produktivitas ternak, ternak yang dilahirkan pada musim panas umumnya memiliki bobot badan yang rendah, produksi

Dalam teori struktur modal penggunaan hutang memiliki beberapa keuntungan bagi perusahaan diantaranya bunga hutang dapat mengurangi pajak perusahaan; hutang memiliki

Interpolasi bilinier menentukan nilai sebuah piksel yang baru berdasarkan pada rata-rata bobot dari empat piksel pada 2x2 tingkat ketetanggaan pada citra asli.. Proses yang mirip