• Tidak ada hasil yang ditemukan

Memperaga Cirian Urang Sunda dalam pelayanan homestay

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Memperaga Cirian Urang Sunda dalam pelayanan homestay"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space © 2016, ISSN 2180-2491

Memperaga Cirian

Kiki Rizki Makiya

1Pusat Penyelidikan Keles

Correspondence Abstrak

Salah satu faktor yang dapat memberikan kepuasan terhadap pelancong adalah faktor produk pelancongan yang menyediakan

penginapan, di mana penginapan merupakan sal

layanan yang baik juga dipengaruhi oleh beberapa faktor, salah satunya adal layanan. Dalam kajian ini, faktor yang menjadi sorotan adalah pada

makalah ini memiliki tujuan untuk mengkaji pengaruh karakteristik homestay. Makalah ini menilai peranan karakteristik

peringkat individu, Urang Sunda pada peringkat komuniti dan menggunakan kaedah kuantitatif. Soal selidik telah di edar kepada Urang Sunda dan responden di pilih sec

nampak menonjol dalam memberikan kesan yang positif kepada pengunjung peringkat terdapat karakteristik yang lebih menon

acuan kepada pihak-pihak yang terkait dalam pengembangan homestay

karakteristik Urang Sunda sebagai satu tarikan sebagai usaha memberikan kepuasan terhadap pelancong. Kata Kunci: budaya, cirian, homestay, karakteristik,

Showcasing t

Abstract

One of the factors that can give satisfaction to the tourists is the service accommodation is one of the basic products in the tourism sector. In

involved in the service is crucial. In this study, development in Indonesia is attemp

Sunda in homestay accommodation service. This paper evaluates the role of characteristics stages, comprosing Urang Sunda at the individual level,

the societal level. This study used quantitative methods. Questionnaires were distributed to in homestay Urang Sunda and respondents

the Urang Sunda stand out as a positive impact from the the other.The results of this study development of homestay Urang Sunda Keywords: Cultural, characteristics,

Journal of Society and Space 12 issue 12 (129-140)

Cirian Urang Sunda dalam pelayanan homestay

Kiki Rizki Makiya1

, Habibah Ahmad1

, Hamzah Jusoh1

, Er Ah Choy

starian Sosial, Persekitaran dan Pembangunan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Malaysia

Correspondence: Habibah Ahmad (email: ha@ukm.edu.my

Salah satu faktor yang dapat memberikan kepuasan terhadap pelancong adalah faktor layanan

produk pelancongan yang menyediakan layanan, salah satu daripada nya adalah pada produk akomodasi atau penginapan, di mana penginapan merupakan salah satu produk asas dalam sektor pelancongan. Dalam memberikan ayanan yang baik juga dipengaruhi oleh beberapa faktor, salah satunya adalah faktor individu yang terlibat dalam layanan. Dalam kajian ini, faktor yang menjadi sorotan adalah pada lima karakteristik Urang

makalah ini memiliki tujuan untuk mengkaji pengaruh karakteristik Urang Sunda dalam layanan penginapan homestay. Makalah ini menilai peranan karakteristik Urang Sunda dalam tiga peringkat, iaitu

Sunda pada peringkat komuniti dan Urang Sunda pada peringkat sosial. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Soal selidik telah di edar kepada 300 orang responden yang menginap di homestay

Sunda dan responden di pilih secara rawak. Kajian ini menunjukkan bahawa karakteristik nampak menonjol dalam memberikan kesan yang positif kepada pengunjung homestay

peringkat terdapat karakteristik yang lebih menonjol daripada peringkat lainnya. Hasil kaj pihak yang terkait dalam pengembangan homestay Urang

Sunda sebagai satu tarikan sebagai usaha memberikan kepuasan terhadap pelancong. homestay, karakteristik, layanan penginapan, memperaga, Urang Sunda.

the Urang Sunda’s hospitality in homestay

One of the factors that can give satisfaction to the tourists is the service sect accommodation is one of the basic products in the tourism sector. In providing a good service

. In this study, showcasing of the Urang Sunda characteristics pted. This paper aims to examine the influence of the characteristics of Sunda in homestay accommodation service. This paper evaluates the role of characteristics

at the individual level, Urang Sunda at the community level and level. This study used quantitative methods. Questionnaires were distributed to

Sunda and respondents were chosen at random. The results suggeste

a positive impacts on visitors. At each level there are characteristics that stand out The results of this study should become a reference point to the sta

Sunda.

homestay, lodging services, showcasing, Urang Sunda

129

pelayanan homestay

, Er Ah Choy1

, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

ha@ukm.edu.my)

layanan. Daripada beberapa , salah satu daripada nya adalah pada produk akomodasi atau pelancongan. Dalam memberikan ah faktor individu yang terlibat dalam Urang Sunda. Oleh sebab itu, Sunda dalam layanan penginapan Sunda dalam tiga peringkat, iaitu Urang Sunda pada Sunda pada peringkat sosial. Kajian ini orang responden yang menginap di homestay bahawa karakteristik Urang Sunda homestay. Pada masing-masing jol daripada peringkat lainnya. Hasil kajian ini juga dapat menjadi Urang Sunda untuk menjadikan Sunda sebagai satu tarikan sebagai usaha memberikan kepuasan terhadap pelancong.

Urang Sunda.

homestay

tor. From these services, providing a good service, the societal factor

characteristics in homestay e of the characteristics of Urang Sunda in homestay accommodation service. This paper evaluates the role of characteristics Urang Sunda in three

Sunda at the community level and Urang Sunda at level. This study used quantitative methods. Questionnaires were distributed to 300 respondents staying ed that the characteristics of on visitors. At each level there are characteristics that stand out aekeholders involved in the

(2)

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 12 (129-140) © 2016, ISSN 2180-2491

130

Pengenalan

Homestay iaitu salah satu program yang menawarkan tinggal bersama dengan tuan rumah dengan tujuan agar dapat merasakan aktiviti keseharian masyarakat tempatan dan merasai pengealaman bersama masyarakat tempatan. Homestay juga merupakan salah satu aktiviti pelancongan yang berasaskan kepada penglibatan masyarakat dan berpotensi mengembangkan masyarakat luar bandar (Hussin dan Kunjuraman, 2014). Dalam sektor pelancongan di Indonesia, bukan semua kawasan pelancongan menawarkan homestay sebagai pilihan akomodasi. Kebanyakannya, homestay terdapat di tempat-tempat pelancongan khusus seperti kampung adat, satu tempat yang mengekalkan adat tempatan sehingga tidak di perbolehkan di bangun penginapan lain kerana dikhawatirkan dapat merusak keaslian budaya tempatan. Selain itu, homestay juga terdapat di kawasan-kawasan pelancongan luar bandar yang belum tersedia hotel, sehingga masyarakat tempatan diupayakan terlibat dalam penyediaan homestay. Justeru itu, homestay yang belum mendapatkan pelatihan secara khusus, masih mengandalkan kepada pengetahuan peribadi dalam memberikan layanan kepada tetamu.

Salah satu faktor yang dapat memberikan kepuasan terhadap pelancong adalah kualiti layanan selain daripada faktor keindahan alam, fasiliti, kemudahaan juga kebersihan (Vihn 2013,Bavani, et al., 2015,Mohd Noor II. et al., 2016). Kualiti penginapan dapat dilihat daripada kelengkapan penginapan, kebersihan juga dilihat daripada segi perkhidmatan penginapan yang diberikan kepada pengunjung. Layanan pada jenis penginapan seperti hotel berbintang, tentunya sudah mendapatkan pelatihan khusus terlebih dahulu sebelum memberikan layanan langsung kepada tetamu. Hal ini berbeza dengan penginapan jenis homestay, kerana tidak semua homestay mendapatkan pelatihan sebelum rumah mereka dijadikan homestay secara komersil, khususnya homestay yang berada di daerah Jawa Barat, Indonesia. Hasil pengamatan lapangan dan temu bual dengan beberapa tuan rumah homestay yang berada di daerah Ciletuh Jawa Barat, dan Pelabuhan Ratu, homestay disana kebanyakannya masih belum mendapatkan pelatihan secara maksimal mengenai cara memberikan layanan yang baik kepada tetamu terutama dalam industri pelancongan. Jadi, mereka memberikan layanan mengikut kepada kebiasaan mereka menerima tetamu.

Dalam makalah ini, hospitaliti dinilai daripada karakteristik Urang Sunda, dimana Urang Sunda dikenali sebagai individu yang ramah. Seorang sarjana budaya, Eman Sulaeman (2010) menyebutkan bahawa ada lima karakteristik secara umum yang menjadi karakteristik Urang Sunda, iaitu cageur (sihat),

bageur (baik), bener (benar), singer (Introspektif), dan pinter (cerdas). Sebab itu, makalah ini mengkaji bagaimana karakteristik semula jadi Urang Sunda dalam memberikan layanan kepada pengunjung dalam dimensi layanan penginapan.

Ulasan kajian lepas Homestay

Dalam sektor pelancongan, homestay menjadi salah satu pilihan tempat tinggal pelancong. Program homestay bukan sesuatu yang hal yang baru, beberapa negara seperti Australia, Malaysia, Thailand dan lainnya telah banyak menawarkan program homestay. Selain untuk mendapat keuntungan dari segi kewangan, homestay juga ditujukan untuk orang yang berminat mempeajari budaya tempatan. Homestay juga menjadi salah satu cara tuan rumah untuk tujuan yang menguntungkan (Kontogeorgopoulous 2013). Indonesia membentuk program pengembangan homestay selain untuk memperkenalkan budaya tempatan, homestay juga ditujukan sebagai salah satu cara memperkasakan masyarakat tempatan. Konsep homestay yang ditawarkan adalah berbeza bagi masing-masing negara mengikut kepada ciri khas negara tersebut. Jadual 1 merupakan konsep homestay yang terdapat di beberapa negara.

(3)

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 12 (129-140) © 2016, ISSN 2180-2491

131

Jadual 1: Konsep homestay di beberapa Negara

No Negara Konsep

1 Canada Cultural Homestay, Farmstay, Heritage Homestay

2 Amerika Serikat Agricultural Homestay, Educational Homestay

3 Australia Farmstay

4 Indonesia Cultural Homestay, Leisure Homestay

5 Malaysia Leisure, village-style living

6 Jepun Home Visit, Educational Homestay

7 Korea Selatan Educational Homestay

8 Afrika Selatan Leisurestay

9 New Zealand Cottage Homestay, Farmstay

Sumber : Zaky, et al. (2011); Pusiran dan Xiao (2013).

Kajian mengenai juga homestay mulai banyak dijalankan di pelabagai negara (Mapjabil et al. 2011; Kontogerpoulous et al. 2013;Yusnita Yusuf et al. 2012; Hussin & Kunjuraman 2014). Pelbagai hasil juga banyak dikemukakan, salah satunya adalah mengenai aspek-aspek penting yang dapat menunjang keberhasilan program homestay, cabaran dan usaha untuk perbaikan juga dibincangkan oleh beberapa pengkaji homestay (Agyeiwaah & Akyeampong 2013, Abdul Rasid et al., 2012, Zaky et al., 2011; Pusiran dan Xiao, 2013). Beberapa kajian mambincangkan faktor-faktor yang dapat membantu menjayakan program homestay, diantaranya adalah perlu diperhatikan kondisi bangunan rumah, gaya kepemimpinan, sikap tuan rumah, persekitaran juga kualiti perkhidmatan dan hospitaliti (Yusnita Yusuf et al., 2012; Hussin & Kunjuraman, 2014; Asbullah et al. ,2013). Pengembangan homestay sememangnya memiliki pelbagai cabaran seperti masalah penglibatan komuniti, bangunan yang tidak memadai, kurangnya sokongan dana untuk perbaikan juga kurangnya pemahaman masyarakat dalam pelaksanaan aktiviti dan pengembangan industri (Agyeiwaah & Akyeampong 2013, Abdul Rasid et.al., 2012). Faktor kepemimpinan, pemahaman nilai emosional dan aspek pengalamam menjadi faktor yang perlu diperhatikan dalam mengembangkan homestay. Dimensi pemahaman nilai boleh menjadi strategi promosi yang baik dalam menari pelancong datang (Jamal et al., 2011). Bagaimanapun, pemilihan homestay oleh pelancong masih bergantung kepada masyarakat tempatan dan pemandu pelancongan sebagai pemberi informasi (Agyeiwaah & Akyeampong,2013). selain itu homestay juga dapat mengubah dan memajukan sesebuah kampong dengan potensinya (Mapjabil et al., 2011; Kontogerpoulous et al., 2013).

Selain daripada infrastruktur, tuan rumah juga perlu memperhatikan mengenai kualiti perkhidmatan yang merupakan salah satu aspek penting dalam kesuksesan menjalankan program homestay (Hussin & Kunjuraman, 2014). Layanan merupakan aspek penting dalam menunjang kemajuan sektor pelancongan. Layanan meliputi bagaimana tuan rumah dapat bersikap mesra terhadap tetamu, memberikan kesan yang baik terhadap tetamu dan bagaimana tuan rumah boleh memberikan kepuasan dan kebahagiaan terhadap tetamu yang menginap.

Urang Sunda

Urang Sunda merupakan sebutan kepada oraang yang hidup dalam keturunan suku Sunda, di mana Suku Sunda adalah Suku terbesar yang ada di Jawa Barat. Terdapat dua kriteria untuk menyebut seseorang adalah Urang Sunda, pertama adalah faktor hubungan darah, maksudnya seseorang itu terlahir dalam keluarga Sunda. Kedua adalah faktor sosial dan budaya, iaitu seseorang menjadi Urang Sunda karena dia besar dalam lingkungan sosial Urang Sunda dan dapat memahami nilai-nilai budaya Sunda (Dienaputra, 2003).

Setiap Budaya memiliki ajaran dan ciri khas masing-masing, mulai daripada kesenian, adat, juga nilai-nilai yang dipercayai. Hal yang menonjol daripada Urang Sunda adalah hubungannya dengan orang

(4)

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 12 (129-140) © 2016, ISSN 2180-2491

132 lain (Dixon, 2000). Urang Sunda memiliki nilai-nilai dan ajaran yang sudah ada sejak zaman dahulu yang menjadi petua bagi Urang Sunda. Pembentukan karakter sudah lama menjadi tujuan dalam landasan hidup Urang Sunda (Usman Suspendi 2011). Karakteristik asas yang menjadi ajaran dan pegangan hidup

Urang Sunda tersebut dijelaskan dalam lima karakter utama iaitu cageur (sihat), Bageur (Baik), Bener

(Bener), Singer (Instrospektif) dan pinter (pintar). Berikut huraian mengenai karakteristik tersebut.

Jadual 1. Karakteristik Urang Sunda

No Karakteristik Urang Sunda Huraian

1 Cageur (sihat) Sihat jasmani dan rohani, berfikiran sihat (positif),

sentiasa berfikiran positif dan berprasangka baik terhadap orang lain)

2 Bageur (baik) Memiliki sifat yang baik, memiliki rasa kasih sayang

terhadap sesama, suka menolong, tidak kedekut, ikhlas dalam perbuatan serta dapat menyesuaikan ucapa dengan perbuatan.

3 Bener (benar) Memiliki sifat jujur, dapat dipercayai dan

bersungguh-sungguh dalam melakukakan pekerja dan berpegang kepada ajaran agama.

4 Singer (introspektif) Faham pada setiap tanggung jawabnya, mendahulukan

kepantingan orang lain, tidak mudah marah dan pandai menghargai orang lain

5 Pinter Pandai dalam ilmu, pandai menyesuaikan diri dengan

orang baru, pandai menyelesaikan masalah, bijaksana dan tidak mengecilkan orang lain.

Kelima karakteristik ini menjadi asas utama dalam kehidupan Urang Sunda. Karakteristik tersebut perlu dilestarikan dan dijaga oleh Urang Sunda agar tidak hilang seiring dengan perkembangan zaman. Lima karakter tersebut bukan hanya penting di terapkan dalam kehidupan sehari-hari, namun karakter ini juga diperlukan oleh seorang pemimpin untuk keberhasilan nya (Eman Sulaeman, 2014).

Metod kajian

Makalah ini menggunakan kaedah kuantitatif. Soal selidik telah di edar kepada 300 orang responden yang menginap di homestay Urang Sunda manakala responden di pilih secara rawak. Soal selidik terdiri daripada 45 item yang terdiri dalam lima dimensi berasaskan kepada karakteristik Urang Sunda, iaitu dimensi Cageur (Sihat), Bageur (baik), Bener (Benar), Singer (Introspektif) dan Pinter (Cerdas), masing– masing sebanyak 3 item. Soalan tersebut terdiri kepada tiga peringkat, iaitu peringkat individu, peringkat sosial, dan peringkat komuniti. Peringkat individu dimaksudkan untuk menilai sikap Urang Sunda terhadap pengunjung. Pada peringkat komuniti dimaksudkan untuk menilai bagaimana sikap Urang

Sunda dalam komuniti terhadap pengunjung. Sedangkan pada peringkat sosial dimaksudkan untuk menilai Urang Sunda dalam lingkungan sosial atau masyarakat. Nilai min digunakan sebagai ukuran dalam menentukan tahap kepuasan pelancong.

(5)

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 12 (129-140) © 2016, ISSN 2180-2491

133

Nilai Kebolehpercayaan dan Kesahihan

Uji kebolehpercayaan dan kesahihan item yang terdapat dalam soal selidik diperlukan untuk melihat apakah item-item tersebut boleh digunakan atau tidak. Item dengan nilai rendah (<0.60) maknanya tidak dapat digunakan, sedangkan item dengan nilai tinggi (>0.60) dapat digunakan atau beberapa penulis menggunakan nilai 0.70 untuk memadai (Murti, 2011). Nilai kebolehpercayaan dan kesahihan item pada soal selidik dilihat dalam peringkat masing-masing.

Jadual 2.Uji Kebolehpercayaan dan Kesahihan layanan penginapan

Ujian Kebolehpercayaan dan Kesahihan layanan penginapan

Item Peringkat Jumlah keseluruhan Cronbach's Alpha Indiv idu Komuniti Sosial

Dimensi yang menggambarkan karakteristik

Urang Sunda dalam layanan penginapan 15 15 15 45 0.906

Cageur (Sihat)

• Menjaga kebersihan

penginapan

3 3 3 9 0.641

• Memberikan perhatian secara

individu

• Menyediakan jasa laundri

Bageur (Baik)

• Memberikan sambutan yang

baik

3 3 3 9 0.619

• Mampu menjaga privasi

pengunjung

• Menyediakan keperluan

pengunjung di penginapan

Bener (Benar)

• Menjaga keselamatan barang

bawaan

3 3 3 9 0.780

• Memberikan informasi yang

sebenar tentang penginapan

• Tidak membezakan

pengunjung tempatan dan pengunjung warga asing

Singer (Instrospe

ktif)

• Memberikan harga yang

berpatutan

3 3 3 9 0.932

• Menerima saran dan kritikan

dengan terbuka berkaitan dengan layanan penginapan.

• Menyediakan perlengkapan

tambahan yang diperlukan (spt: katil tambahan, alat mandi, dll.)

Pinter (Pintar)

• Menghormati tetamu

3 3 3 9 0.946

• Mudah dihubungi apabila

diperlukan

• Menyesuaikan bahasa tetamu

(6)

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 12 (129-140) © 2016, ISSN 2180-2491

134

Secara keseluruhan, nilai alpha cronbach gabungan daripada pada peringkat individu, peringkat komuniti dan sosial didapati sebesar 0.906 (>0.60), bermaksud tingkat kebolehpercayaan dan kesahihan item-item adalah tinggi. Manakala, jika dilihat dari masing-masing elemen karakteristik Urang Sunda, elemen cageur menunjukan nilai alpha 0.641 (>0.60) dengan jumlah keseluruhan 9 item soalan, dimana nilai tersebut adalaha tinggi. Sedangkan untuk elemen bageur didapati nilai alpha sebesar 0.619 (>0.60), manakala elemen bener menunjukan nilai alpha 0.780 (>0.60), yang bermaksud nilai alpha pada kedua elemen tersebut adalah tinggi. Pada eleman singer nilai yang didapati sebesar 0.932 (>0.60) dan elemen pinter nilai alpha menunjukan 0.946 (>0.60). Masing-masing elemen menunjukan nilai yang baik iaitu >0.60. Hal tersebut menunjukan bahawa item-item pada soal selidik adalah boleh dipakai (reliable).

Karakteristik responden

Responden keseluruhan berjumlah 300 responden yang diambil secara rawak. Responden kebanyakannya pelajar yang datang untuk bercuti dan belajar. Sebanyak 29.3% berusia kurang daripada 20 tahun, 47.3% lingkungan usia 21-30 tahun. Selebihnya sebanyak 14% usia 31- 40 tahun, 7.3% usia 41-50 tahun dan hanya 2% responden yang berusia lebih daripada 50 tahun. Responden lelaki sebanyak 59.7% sedangkan perempuan 40.3%. Sebahagian besar responden belum berkahwin iaitu 71.7% dan sebanyak 27.3% yang sudah berkahwin. Taraf pendidikan responden kebanyakannya berstatus sarjana muda iaitu sebesar 54.7%, diikuti oleh pelajar sekolah menengan sebanyak 33%.

Peranan Karakteristik Urang Sunda Dalam Layanan Penginapan

Pelancong semestinya akan mempertimbangkan beberapa faktor dalam memilih penginapan semasa pergi melancong. Antara faktor yang menjadi pertimbangan adalah ketersediaan fasiliti, faktor kebersihan, harga, jarak ke lokasi pelancongan, faktor keselamatan dan yang tidak kalah penting adalah kualiti layanan yang diberikan (Sulistiono 2010; Gunasekaran & Anandkumar 2012; Yanuar Pristanto et al. 2012). Tambahan lagi, faktor hospitaliti tuan rumah juga penting dalam memberikan kepuasan terhadap pelancong (Makiya et al., 2014). Hal ini kerana penginapan merupakan perkara asas produk pelancongan dan penting bagi pelancong (Gunasekaran & Anandkumar, 2012). Mengingat pentingnya penginaan dalam sektor pelancongan, kajian ini menganalisis faktor karakteristik Urang Sunda dalam layanan penginapan.

Karakter cageur (Sihat)

Karakteristik cageur dalam layanan penginapan homestay dilihat daripada tiga item, iaitu item dalam menjaga kebersihan, item dalam memberikan perhatian secara individu dan item dalam menyediakan jasa laundry. Setiap item dikaji dalam tiga peringkat iaitu peringkat individu, peringkat komuniti dan peringkat sosial. Rajah 1 menunjukkan bahawa pada item menjaga kebersihan dan memberikan perhatian secara individu mempunyai nilai yang tinggi pada setiap peringkat. Manakala item menyediakan jasa laundry, nilai tingi hanya pada peringkat komuniti, sedangkan pada peringkat individu dan sosial mendapatkan nilai sederhana.

(7)

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space © 2016, ISSN 2180-2491

Rajah 1

Karakter bageur (Baik)

Karakteristik bageur diperincikan dalam tiga item, iaitu item dalam karakteristik memberikan sambutan yang baik,

penginapan. Setiap item juga dikaji dalam tiga peringkat iaitu peringkat individu, peringk peringkat sosial.

Rajah

Masing-masing item dalam karakteristik

tinggi. Bermakna, karakteristik bageur dapat terserlah dalam bentuk memberikan sambutan baik, dapat menjaga privasi pengunjung dan dapat menyediakan keperluan penginapan.

Karakter bener (Benar)

Item-item yang menunjukkan karakteristik penginapan daripada karakteristik

memberikan informasi sebenar mengenai penginapan dan item tidak membezakan pengunjung dalam memberikan layanan.

Masing-masing item karakteristik Hal ini menunjukkan bahawa karakteristik

terserlah dalam layanan penginapan dalam bentuk dapat menjaga keselamatan barang bawaan,

Peringkat Individu Peringkat Komuniti Peringkat Sosial

Menyediaakan jasa laundry Menjaga kebersihan penginapan

3.5 4 4.5

Peringkat Individu

Journal of Society and Space 12 issue 12 (129-140)

1 : Karakter cageur pada layanan penginapan

diperincikan dalam tiga item, iaitu item dalam karakteristik

memberikan sambutan yang baik, bageur dalam menjaga privasi dan dalam menyediakan keperluan penginapan. Setiap item juga dikaji dalam tiga peringkat iaitu peringkat individu, peringk

Rajah 2: Karakter bageur pada layanan penginapan

dalam karakteristik bageur menunjukan menunjukkan nilai yang tinggi. Bermakna, karakteristik bageur dapat terserlah dalam bentuk memberikan sambutan baik, dapat menjaga privasi pengunjung dan dapat menyediakan keperluan penginapan.

item yang menunjukkan karakteristik bener. Terdapat tiga item untuk melihat layanan penginapan daripada karakteristik bener, iaitu dalam menjaga keselamatan barang bawaan, memberikan informasi sebenar mengenai penginapan dan item tidak membezakan pengunjung karakteristik menunjukkan nilai dan tinggi pada semua peringkat. hawa karakteristik bener yang ada pada Urang

terserlah dalam layanan penginapan dalam bentuk dapat menjaga keselamatan barang bawaan,

0 1 2 3 4

Peringkat Individu Peringkat Komuniti Peringkat Sosial

Karakter

cageur

Menyediaakan jasa laundry Beri perhatian secara individu Menjaga kebersihan penginapan

Peringkat Individu Peringkat Komuniti Peringkat Sosial

Karakter

bageur

Memberikan sambutan yang baik Menjaga privasi pengunjung Menyediakan keperluan penginapan

135

diperincikan dalam tiga item, iaitu item dalam karakteristik bageur dalam dalam menjaga privasi dan dalam menyediakan keperluan penginapan. Setiap item juga dikaji dalam tiga peringkat iaitu peringkat individu, peringkat komuniti dan

pada layanan penginapan

menunjukan menunjukkan nilai yang tinggi. Bermakna, karakteristik bageur dapat terserlah dalam bentuk memberikan sambutan yang baik, dapat menjaga privasi pengunjung dan dapat menyediakan keperluan penginapan.

. Terdapat tiga item untuk melihat layanan menjaga keselamatan barang bawaan, memberikan informasi sebenar mengenai penginapan dan item tidak membezakan pengunjung menunjukkan nilai dan tinggi pada semua peringkat.

Urang Sunda juga dapat terserlah dalam layanan penginapan dalam bentuk dapat menjaga keselamatan barang bawaan,

5

Beri perhatian secara individu

(8)

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space © 2016, ISSN 2180-2491

dapat memberikan informasi sebenar mengenai penginapan dan pengunjung dalam memberikan layanan penginapan.

Rajah 3. Karakter singer (Introspektif)

Karakteristik Urang Sunda yang keempat adalah menunjukkan karakteristik singer

harga yang sesuai untuk penginapan, maksudnya harga yang diberikan dengan layanan dan fasiliti yang didapatkan oleh pengunjung adalah sesuai. Item yang kedua adalah menerima saran dan aduan, bermaksud Urang

diberikan oleh pelancong dan yang ketiga adalah dapat menyediakan perlengkapan tambahan dalam penginapan. Rajah 4. Peringkat Individu Peringkat Komuniti Peringkat Sosial Peringkat Individu 4.02 3.95

Journal of Society and Space 12 issue 12 (129-140)

dapat memberikan informasi sebenar mengenai penginapan dan Urang Sunda tidak membezakan memberikan layanan penginapan.

Karakteristik bener pada layanan penginapan (Introspektif)

Sunda yang keempat adalah singer iaitu introspektif. Item

singer dalam layanan penginapan adalah Urang

harga yang sesuai untuk penginapan, maksudnya harga yang diberikan dengan layanan dan fasiliti yang didapatkan oleh pengunjung adalah sesuai. Item yang kedua adalah menerima saran Sunda dapat menerima dengan hati terbuka apabila ada aduan yang diberikan oleh pelancong dan yang ketiga adalah dapat menyediakan perlengkapan tambahan

Karakteristik singer pada layanan penginapan

4.04 4.02 3.95 3.97 3.98 3.87 3.9 3.88 Karakteristik bener

Tidak membezakan pengunjung

Memberikan informasi sebenar penginapan Menjaga keselamatan barang bawaan

Peringkat Individu Peringkat Komuniti Peringkat Sosial

4.02 4.01 3.95 3.89 3.9 3.83 3.76 3.76 Karakteristik singer

Memberi harga yang sesuai Menerima saran dan aduan

Menyediakan perlengkapan tambahan

136

Sunda tidak membezakan

pada layanan penginapan

iaitu introspektif. Item-item yang

Urang Sunda memberikan harga yang sesuai untuk penginapan, maksudnya harga yang diberikan dengan layanan dan fasiliti yang didapatkan oleh pengunjung adalah sesuai. Item yang kedua adalah menerima saran Sunda dapat menerima dengan hati terbuka apabila ada aduan yang diberikan oleh pelancong dan yang ketiga adalah dapat menyediakan perlengkapan tambahan

pada layanan penginapan

(9)

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 12 (129-140) © 2016, ISSN 2180-2491

137

Nilai daripada semua item yang menunjukkan karakteristik Urang Sunda dalam layanan penginapan adalah tinggi. Ini bermaksud bahawa Urang Sunda juga dapat menyerlahkan karakteristik singer dalam layanan penginapan melalui tiga item, iaitu dapat memberikan harga yang sesuai, dapat menerima saran dan aduan dan juga dapat menyediakan keperluan tambahan dalam penginapan untuk pelancong.

Karakter pinter (Pintar)

Karakteristik Urang Sunda yang kelima adalah pinter yang artinya pintar. Hal ini bermaksud, Urang Sunda memiliki kesedaran tentang pentingnya ilmu dan pendidikan. Tambahan lagi, pintar disini bermaksud Urang Sunda mampu menyeimbangkan antara kehidupan sosial dan kehidupan akhirat juga pandai menyesuaikan diri dengan orang-orang baru disekitarnya. Dalam kajian ini, karakteristik pintar diterjemahkan kedalam tiga item dalam layanan penginapan, pertama iaitu menghormati tetamu di mana bermaksud Urang Sunda pandai dalam sikap menghormati tetamu. Kedua adalah mudah dihubungi bermaksud Urang Sunda cepat apabila diperlukan oleh pengunjung. Ketiga adalah mampu menyesuaikan bahasa tetamu yang bermaksud Urang Sunda memiliki kemampuan dalam menyesuaikan komunikasi dan bahasa dengat pengunjung yang datang.

Rajah 5. Karakteristik pinter pada layanan penginapan

Masing-masing item yang menunjukkan karakteristik pinter dalam layanan penginapan memiliki nilai yang tinggi. Ini dapat diartikan bahawa ciri-ciri karakteristik Urang Sunda dalam layanan penginapan dapat terserlah. Item yang pertama menunjukkan nilai yang tinggi pada semua peringkat, bermaksud

Urang Sunda pandai dalam menghormati tetamu. Nilai pada item yang kedua juga menunjukkan nilai yang tinggi. Bermaksud bahawa Urang Sunda mudah dihubungi apabila diperlukan. Dalam item yang ketiga iaitu menyesuaikan bahawa tetamu juga menunjukkan nilai yang tinggi, bermaksud bahawa Urang

Sunda memilihi kemampuan untuk menyesuaikan bahasa dengan pengunjung yang datang.

Karakteristik Urang Sunda secara keseluruhan

Secara keseluruhan, nilai-nilai budaya sunda yang terdapat pada karakteristik Urang Sunda telah menyerlah dalam sektor pelancongan, iaitu dalam layanan penginapan homestay. Hal ini bermaksud bahawa layanan tuan rumah sebagai Urang Sunda telah mencerminkan lima karakteristik Urang Sunda iaitu Cageur (Sihat), Bageur (baik), Bener (Benar), Singer (Introspektif) dan Pinter (Cerdas) telah berhasil di terapkan dalam layanan penginapan homestay.

3.8 4 4.2 4.4 Peringkat Individu Peringkat Komuniti Peringkat Sosial

Karakteristik

pinter

Menghormati tetamu Mudah di hubungi Menyesuaikan bahasa tetamu

(10)

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 12 (129-140) © 2016, ISSN 2180-2491

138

Rajah 6. Tahap kepuasan berdasarkan karakteristik urang sunda

Perbandingan nilai min daripada karakteristik Urang Sunda secara keseluruhan ditunjukkan dalam rajah 6, di mana terlihat bahawa pada semua karakteristik Urang Sunda dalam layanan penginapan mempunyai nilai yang tinggi. Karakter pinter menunjukan nilai min sedikit lebih tinggi daripada karakter lainnya. Ini menjukkan bahawa secara keseluruhan karakteristik pinter agak lebih menyerlah berbanding dengan karakteristik yang lain. walaubagaimanapun, kelima karakter tersebut secara keseluruhan mendapatkan nilai yang tinggi. Hal ini bermaksud kelima karakteristik Urang Sunda telah menyerlah dalam layanan penginapan homestay. Sedangkan dalam jadual 2, merupakan hasil perincian tahap kepuasan pelancong berdasrkan kepada karakteristik Sunda secara keseluruhan.

Jadual 2. Karakteristik Urang Sunda dalam layanan penginapan secara keseluruhan

Karakteristik Item Tahap Peringkat Individu Peringkat Komuniti Peringkat Sosial

Cageur (Sihat) Menjaga kebersihan penginapan Tinggi Tinggi Tinggi

Memberikan perhatian secara individu Tinggi Tinggi Tinggi

Menyediakan jasa laundry Sederhana Tinggi Sederhana

Bageur (Baik) Memberikan sambutan yang baik Tinggi Tinggi Tinggi

Mampu menjaga privasi pengunjung Tinggi Tinggi Tinggi

Menyediakan keperluan pengunjung di penginapan Tinggi Tinggi Tinggi Bener (Benar) Menjaga keselamatan barang bawaan Tinggi Tinggi Tinggi

Memberikan informasi yang sebenar tentang

penginapan Tinggi Tinggi Tinggi

Tidak membezakan pengunjung tempatan dan

pengunjung warga asing Tinggi Tinggi Tinggi

Singer (Instrospektif)

Memberikan harga yang berpatutan Tinggi Tinggi Tinggi

Menerima saran dan kritikan dengan terbuka

berkaitan dengan layanan penginapan. Tinggi Tinggi Tinggi Menyediakan perlengkapan tambahan yang

diperlukan (spt: katil tambahan, alat mandi, dll.) Tinggi Tinggi Tinggi

Pinter (Pintar) Menghormati tetamu Tinggi Tinggi Tinggi

Mudah dihubungi apabila diperlukan Tinggi Tinggi Tinggi

Menyesuaikan bahasa tetamu Tinggi Tinggi Tinggi

3.6 3.7 3.8 3.9 4 4.1 4.2 4.3

Peringkat Individu Peringkat komuniti Peringkat sosial

Cageur Bageur Bener Singer Pinter

(11)

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 12 (129-140) © 2016, ISSN 2180-2491

139 Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden memberikan respon yang positif terhadap layanan penginapan yang diberikan oleh tuan rumah. Hal ini ditunjukkan oleh hampir kesemua item dalam layanan penginapan yang mencerminkan karakteristik Urang Sunda memiliki nilai yang tinggi. Dalam sikap yang mewakili karakteristik Urang Sunda, beberapa item nampak menyerlah walaupun ada juga item pada tahap sederhana. Dengan demikian, kemampuan tuan rumah dalam memberikan layanan penginapan menjadi salah satu faktor yang memberikan kepuasan kepada pengunjung.

Kesimpulan

Lima karakteristik Urang Sunda, iaitu cageur (sihat), bageur (baik), bener (benar), singer (Introspektif), dan pinter (cerdas) dapat terserlah dalam layanan penginapan pada semua peringkat (peringkat Individu, peringkat komuniti dan peringkat sosial). Dapatan ini menjadi nilai positif bagi Urang Sunda dan dapat dijadikan acuan untuk lebih meningkatkan kualiti layanan penginapan dalam memberikan kepuasan kepada pengunjung yang datang. Tambahan lagi, penerapan karakteristik Urang Sunda dalam sektor pelancongan juga dapat menjadi salah satu usaha melestarikan nilai-nilai budaya Sunda agar tidak hilang seiring dengan perkembangan zaman.

Rujukan

Abdul Rasid Abdul Razzaq, Mohd Yusop Hadi, Mohamad Zaid Mustafa Amran Hamzah, Zainab Khalifah & Nor Haniza Mohamad (2011) Local Community Participation in Homestay Program Development in Malaysia. Journal of Modern Accounting and Auditing. ISSN 1548-6583 December 2011, Vol. 7, No. 12, 1418-1429.

Agyeiwaah E, Akyeampong O (2013) A Study of Home-Stay:Description of International Tourists’ Profile in Kumasi, Ghana. IFRA-Nigeria e-paper series, 2013 . Available from http://www.ifra-nigeria.org/IMG/pdf/Study-of-Home-Stay.pdf (7/5/2016).

Bavani S, Noor Fizilah L, Sangja J, Ahmad A, Kassim A, Ibrahim A (2015) Visitor Satisfaction Of Kanchong Darat Homestay, Selangor – A Case Study.5 th International Symposium 2015 – IntSym 2015, SEUSL.

Dixon RL (2000) Sejarah Suku Sunda. VERITAS 1/2 (Oktober 2000) 203-213.

Eman Sulaeman (2010) dalam WartaWarga. Watak Budaya Sunda. [cited 1 Julai 2016] Available from http://wartawarga.gunadarma.ac.id/2010/02/watak-budaya-sunda/.

Eman Sulaeman (2014) Eman Sulaeman: Budaya sebagai Penggerak Wisata.[26 Ogos 2016] Available from http://www.heibogor.com/post/sosok/946/eman-sulaeman-budaya-sebagai-penggerak-wisata. Gunasekaran N, Anandkumar V (2012) Factors of influence in choosing alternative accommodation:A study with reference to Pondicherry, a coastal heritage town. Procedia - Social and Behavioral Sciences 62 ( 2012 ) 1127 – 1132.

Hussin R, Kunjuraman V (2014) Sustainable Community-Based Tourism (CBT) Through Homestay Programme In Sabah, East Malaysia. proceeding of the social sciences research icssr 2014 (e-isbn 978-967-11768-7-0). 9-10 june 2014, kota kinabalu, sabah, malaysia. organized by http://worldconferences.net.

Jamal SA, Othman N, Maheran N Muhammad, N (2011) Tourist perceived value in a community-based homestay visit: An investigation into the functional and experiential aspect of value. Journal of Vacation Marketing 17(1) 5–15.

Kontogerpoulous N, Churyen A, Duangsaeng V (2013) Homestay Tourism And The Commercialization Of The Rural Home In Thailand. Asia Pacific Journal Of Tourism Research, 2013: Routledge. Makiya KR , Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh ,Amriah Buang, Noralyanie, NA., Sri Winarni S., Choy,

E.A. 2014. Hospitaliti dalam pembangunan pelancongan di Indonesia: Perspektif psikologi positif.

(12)

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 12 (129-140) © 2016, ISSN 2180-2491

140 Mapjabil J, Asma S, Mohd Rosdi Shuib, Sharmini Abdullah (2011) Pembangunan program homestay di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia: Profil, produk dan prospek. Journal of Society and Space 7 issue 2 (45 - 54).

Mohd Noor II, Mohd Hafiz Hanafiah, Norliza Aminuddin, Norazah Mustafa (2016) Community-Based Homestay Service Quality, Visitor Satisfaction, and Behavioral Intention. Procedia - Social and Behavioral Sciences 222 ( 2016 ) 398 – 405.

Murti B (2011) Validitas dan Reliabilitas Pengukuran. Matrikulasi Program Studi Doktoral, Fakultas Kedokteran, UNS, Mei 2011.

Pusiran AK., Xioa H (2013) Challenges and Community Development: A Case Study of Homestay in Malaysia. Asian Social Science; Vol. 9, No. 5; 2013.

Dienaputra RD (2003) Kebudayaan Sunda: Antara Mitos Dan Realitas. Retrive from

http://pustaka.unpad.ac.id/wp-content/uploads/2011/09/pustaka_unpad_kebudayaan_sunda_antara_mitos_dan_realita.pdf (23/8/2016)

Sulistiono AR (2010) Pengaruh Kualitas Layanan, Fasilitas Dan Lokasi Terhadap Keputusan Menginap (Studi Pada Tamu Hotel Srondol Indah Semarang). SKRIPSI. Fakultas Ekonomi Universitas Diponegoro Semarang.

Usman Suspendi (2011) Nilai Kearifan Lokal Dan Pendidikan Karakter. Retrive from https://dadanrusmana.wordpress.com/2011/04/26/nilai-kearifan-lokal-dan-pendidikan-karakter/ (24/8/2016)

Vihn NQ (2013) Destination Culture and Its Influence on Tourist Motivation and Tourist Satisfaction of Homestay Visit. Journal of the Faculty of Economics and Administrative Sciences 2013, Volume 3, Issue 2, pp.199-222

Yanuar Pristanto,Sri Wahyuni,Yuslinda Dwi Handini ( 2012) Analisis Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Keputusan Menginap Pada Hotel Bintang Mulia Jember. Artikel Ilmiah Hasil Penelitian Mahasiswa 2012, I (1): 1-6.

Yusnita Yusof, Yahaya Ibrahim, Mohd Shaladdin Muda, Wan Abd Aziz Wan Mohd Amin (2012) Community Based Tourism and Quality of Life. Review of Integrative Business & Economics Research. Vol 1(1). Society of Interdisciplinary Business Research.

Zaki Ahmad M, Ibrahim JA (2011) Inap Desa sebagai Satu Agen Pembangunan Sosioekonomi Komuniti: Menelusuri Perspektif Pelajar-Pelajar Pengurusan Pelancongan Uum. Prosiding Perkem Vi, Jilid 2 (2011) 481 – 493 Issn: 2231-962x.

Referensi

Dokumen terkait

Adanya kesadaran konsumen akan hak-haknya untuk mendapatkan produk yang layak, aman dan produk yang ramah lingkungan yang semakin kuat, maka perusahaan menerapkan isu-isu

mendefinisikan kecerdasan emosional atau yang sering disebut EQ sebagai : Himpunan bagian dari kecerdasan sosial yang melibatkan kemampuan memantau perasaan sosial

Analisis dilakukan pada PT Centrin Online yang berada di kota Bandung yang bertujuan untuk mengetahui apakah permintaan layanan, manajemen insiden dan problem

Ada perbedaan kemahiran membaca, dimana kemahiran membaca dengan menggunakan strategi (LSQ) Learning Start With A Question lebih berpengaruh dari pada metode

Harapannya dengan penambahan fitur pada Aplikasi Sistem Informasi ini, Kantin dan Katering Ria bisa bergerak ke arah yang lebih baik dan efisien dalam hal pendataan

Membagi sebuah pasar ke dalam kelompok-kelompok pembeli yang khas berdasarkan kebutuhan, karakteristik atau perilaku yang mungkin membutuhkan produk

Hasil terebut mengindikasikan bahawa pemain futsal putri Universitas Negeri Yogyakarta mempunyai kondisi berat badan dan tinggi badan yang cukup, agar kondisinya dapat

[r]