• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

Pengenalan

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah kemahiran yang dapat digunakan dalam setiap sesi pengajaran. Kemahiran ini dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan melaksanakan aktiviti pengajaran secara berkesan. Ia juga sebagai persediaan murid menghadapi senario dunia global yang sebenar. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terdapat tujuh cadangan kemahiran bernilai tambah untuk guru melaksanakan dalam bilik darjah. Setiap kemahiran bernilai tambah itu boleh dilaksanakan secara solo mahupun secara bergabungan.

Jenis-Jenis Kemahiran Bernilai Tambah :

KBT

(a) Kemahiran Berfikir (b) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (c) Kemahiran Belajar Cara Belajar (d) Kemahiran Kajian Masa Depan (e) Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (f) Kemahiran Pembelajaran Kontekstual (g) Kemahiran Pembelajaran Konstruktivisme

(2)

Kemahiran Berfikir

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) yang merumuskan pendapat Mayer (1977 dan 1991) dan Fraenkel (1980) merumuskan Kemahiran Berfikir sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses asas berfikir ialah apabila anda mengemukakan pertanyaan. Hal ini kerana untuk mengemukakan pertanyaan anda perlu memikirkan aspek yang ingin ditanya. Proses berfikir itu akan melibatkan satu set pertanyaan yang dimulai pertanyaan rasa ingin tahu seperti :

 Apakah objek yang berwarna merah itu ?  Bagaimanakah bentuk objek itu ?

 Bagaimanakah hendak menggunakan objek itu ?  Di manakah kita dapat memperoleh objek itu ?

Apabila ada pertanyaan maka diperlukan jawapan. Untuk menjawab pertanyaan itu, anda akan menggerakkan minda secara lebih aktif. Ia akan melibatkan proses mencari dan menilai kerana tidak semua maklumat yang diperoleh itu sesuai untuk dijadikan jawapan. Dalam proses mencari dan menilai jawapan akan melibatkan beberapa kemahiran seperti berfikiran kreatif, berfikiran kritis, menaakul dan strategi berfikir. Ia dinamakan jenis-jenis kemahiran berfikir.

Maklumat yang berikut ialah contoh aktiviti yang boleh dijalankan dalam pengajaran : (a) Kemahiran Berfikir Kreatif

(b) Kemahiran Berfikir Kritis

(c) Kemahiran Berfikir Menaakul

(3)

(a) Kemahiran Berfikir Kreatif ialah kemahiran mencerna dan menghasilkan idea baharu yang mementingkan keindahan. Lazimnya ia melibatkan penghasilan bentuk baharu, pengolahan bahasa yang indah, teknik penyampaian yang menarik, dan sudut pandangan yang tidak berlandaskan kebiasaan. Menurut Pusat Perkembangan kurikulum (2002) dalam Kemahiran Berfikir Kreatif akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti :

i. menjana idea – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengemukakan idea, mencadangkan alternatif, mencadangkan sebab, menyenaraikan idea, menyatakan cara lain, menyumbangkan pendapat atau pandangan, menyatakan kemungkinan, menghasilkan atau mencetus idea baharu, dan sebagainya.

ii. Membuat inferens – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat kesimpulan awal atau hipotesis berdasarkan pemerhatian, membuat rumusan awal berdasarkan data-data yang diperoleh, membuat kesimpulan awal daripada maklumat yang diperoleh, membuat tanggapan awal, membuat penyataan awal, menyatakan pendidirian awal, menyatakan ketetapan awal dan sebagainya.

iii. Menghubung kait – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menerangkan sebab dan akibat, menyatakan perkaitan, menyatakan sebab-musabab, menyatakan implikasi, mengkaji perkaitan, mencari perkaitan, mengaitkan idea, menyatakan pertalian, membuat perhubungan dan sebagainya.

iv. Meramal – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan apa yang akan berlaku, membuat jangkaan, mengganggarkan apa yang akan berlaku, membuat perlunjuran, menyatakan kemungkinan yang akan berlaku, dan sebagainya.

(4)

v. Membuat hipotesis – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannya, membuat andaian yang perlu dibuktikan kebenarannya, membuat penyataan yang perlu diuji ketepatannya, menyatakan kesimpulan sementara yang perlu diuji dan sebagainya.

vi. Mensintesis – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menggabungkan idea, menggubalkan semula, menyatukan idea-idea, menyepadukan idea-idea, dan sebagainya.

vii. Mengitlak – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat penyataan umum berdasarkan pola, membuat generalisasi, membuat rumusan umum daripada keseluruhan idea, dan sebagainya.

viii. Menganalogi – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah memetaforakan, membuat sindiran, membuat kiasan, membuat perlambangan, membuat simulasi, membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri persamaan, dan sebagainya.

ix. Membuat gambaran mental – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengimaginasikan, menggambarkan dalam bentuk lain, membayangkan dalam minda, melakarkan peta minda, menceritakan gambaran mental, dan sebagainya.

x. Reka cipta – antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah cadangan idea, asli, menghasilkan guahan asli, membuat rekaan bentuk, menciptakan sesuatu, membuat pengubahsuaian, menghasilkan idea kreatif, dan sebagainya.

(5)

(b) Kemahiran Berfikir Kritis ialah membuat analisis, membuat penilaian, membuat sintesis, membuat kritikan dan menilai kemunasabahan sesuatu idea. Dalam proses membuat penilaian itu akan melibatkan penyesuaian dengan beberapa aspek atau elemen. Mengkritik karya kesusasteraan akan melibat penggunaan teori kajian sastera sebagai kayu pengukurnya. Menilai tingkah-laku manusia akan melibatkan aspek sosio-budaya bangsa berkenaan sebagai kayu pengukurannya. Menurut Pusat Perkembangan kurikulum (2002a) dalam Kemahiran Berfikir Kritis akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti;

i. Mencirikan - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan atau menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur sesuatu, mengenal pasti dan menyatakan kualiti sesuatu, dan sebagainya.

ii. Membandingbezakan - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari persamaan dan perbezaan ciri, bentuk, sifat, warna, fungsi, dan sebagainya.

iii. Mengumpul dan mengkelaskan - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat pengkelasan berasakan ciri, kategori, fungsi, bentuk, warna, kriteria, dan sebagainya.

iv. Membuat urutan - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyusun mengikut urutan, kepentingan, nilai, abjad, nombor, kriteria tertentu, dan sebagainya.

v. Menganalisis - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencerakin maklumat, mengolah idea, mengesan sebab, menghuraikan faktor, ciri-ciri, akibat, mencari punca atau bukti berasaskan maklumat atau data, dan sebagainya.

vi. Menilai - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mentaksir maklumat, mempertimbangkan pendapat atau

(6)

cadangan, membuat pilihan, menentukan nilai atau kepentingan, mencari sebab dan kesan, dan sebagainya.

vii. Membuat kesimpulan - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah merumuskan maklumat atau data, membuat hipotesis atau tesis, kesimpulan dan sebagainya.

(c) Kemahiran Berfikir Menaakul ialah kemahiran membuat pertimbangan secara logik dan rasional terhadap beberapa contoh sebelum membuat kesimpulan. Terdapat penaakulan secara induktif (berasaskan beberapa contoh kemudian membuat kesimpulan) dan penaakulan deduktif (mengemukakan rumusan dan kemudian memberi beberapa contoh untuk membuktikan kebenaran rumusan tersebut).

Aktiviti menaakul melibatkan :

i. Hipotesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari maklumat untuk membuktikan hipotesis seperti

memberi contoh-contoh sesuai.

ii. Pengumpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengumpulkan maklumat atau data yang sama ciri, sifat atau kriteria untuk membuat kesimpulan atau rumusan.

(d) Strategi Berfikir atau sering juga disebut Kemahiran Berfikir Kreatif dan kritis. Gabungan pemikiran itu bertujuan untuk membuat konsepsi, keputusan dan menyelesaikan masalah. Petunjuk strategi berfikir ialah:

i. Mengkonsepsikan - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti ciri-ciri, fungsi, rupa, persamaan untuk membuat rumusan dan membina konsep.

ii. Menyelesaikan masalah -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti masalah, punca masalah, kesan masalah, sasaran masalah dan sebagainya untuk diselesaikan.

(7)

iii. Membuat keputusan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti matlamat, sasaran, kepentingan, alternatif, punca dan kesan dan sebagainya untuk buat penentuan.

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bermaksud kebolehan, keupayaan menggunakan alat-alat ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara berfikrah, terancang, kesesuaian, dan berkesan. Semuanya bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengajaran dan keberkesanan pembelajaran. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003) penggunaan ICT untuk tujuan komunikasi seprti menghantar dan menerima emel, menggunakan aplikasi perisian untuk menyempurnakan tugasan dan mengakses maklumat. Kemahiran ICT perlu diaplikasikan supaya murid dapat menggunakannya untuk tujuan mendapatkan maklumat, memproses maklumat, dan menghantar maklumat. Kemahiran ICT bukan sahaja kemampuan aplikasi komputer atau internet, malahan juga radio kaset, televisyen dan sebagainya yang bersifat teknologi. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001a) penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dari aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (murid menggunakan ICT).

Dalam konteks pengajaran, ICT digunakan sebagai :

i. Persembahan - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menayangkan power points, petikan, gambar, gambar rajah, gambar visual dan sebagainya.

ii. Demonstrasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah gambar visual berkenaan tunjuk cara, rajah contoh pelaksanaan, dan sebagainya.

(8)

Dalam konteks pembelajaran, pengaplikasian ICT dapat dilaksanakan dalam beberapa kategori seperti :

i. Tutorial - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari maklumat dalam internet, menyelesaikan atau melengkapkan tugasan, menghantar maklumat menggunakan email, menonton demostrasi contoh tugasan, dan sebagainya.

ii. Penerokaan - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal; mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi, melihat demonstrasi sesuatu untuk dilaporkan.

iii. Pengaplikasian - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menulis dan mengedit karangan dalam perisian, mencari dan melengkapkan maklumat yang diusahakan, mengaplikasi graf, carta dan sebagainya untuk tujuan melengkapkan maklumat, menyisih dan mengkelas data-data yang diperoleh dengan menggunakan perisian-perisian yang sesuai seperti SPSS, dan sebagainya.

iv. Komunikasi - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghantar, menerima dan berkongsi maklumat sama ada antara individu mahupun dengan ramai individu.

Kemahiran Belajar Cara Belajar (BCB)

Kemahiran Belajar Cara Belajar Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) menegaskan BCB sebagai satu proses teknik belajar sama ada belajar bersama guru mahupun belajar tanpa bersama guru. Pendapat Sherina yang dipetik oleh Abdul Hamid Mahmood (2007) pula berpendapat BCB merupakan kaedah belajar atau menelaah pelajaran yang boleh berlaku dalam kelas bersama guru ataupun secara berseorangan membaca buku di perpustakaan. Sukatan Pelajaran Bahasa

(9)

Melayu (2003) menegaskan tujuan pelaksanaan BCB agar murid peka terhadap teknik-teknik pembelajaran yang berkesan bagi membolehkan murid meningkat pengetahuan, cekap bertindak dan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa, dan sebagai amalan pembelajaran sepanjang hayat. Dengan terbentuk sikap peka diharapkan sistem pendidikan akan menghasilkan pelajar yang aktif, bersikap ingin tahu, rajin berusaha mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber dan matang merumuskan maklumat.

Antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran :

Belajar Cara Belajar melibatkan aspek :

i. Kemahiran pengurusan kendiri -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyediakan peralatan belajar, pengurusan masa, pilihan kerjaya masa depan, menepati masa, mengurus tekanan belajar dan menggalakkan perbincangan.

ii. Kemahiran mendengar, participating dan mengambil nota -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghayati, memahami dan menilai maklumat didengari, mencatat maklumat didengari, rajin bertanya, memberi pendapat atau pandangan, bersikap ingin tahu dan mencuba, berkongsi maklumat dan sebagainya. iii. Kemahiran membaca - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan

dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membaca secara luncuran membuat sumbang saran mendengar secara aktif mencari sumber maklumat aktif menyoal

memilih dan menilai maklumat

membuat pemerhatian mengenal pasti dan

menyusun idea

mencatat nota membuat inferensi atau generalisasi

membuat rujukan silang

(10)

seperti membaca tajuk, subtajuk, pendahuluan, ringkasan atau rumusan, membaca secara imbasan seperti membaca pantas pendahuluan atau rumusan, bacaan intensif secara terperinci dan tekun, dan bacaan laju dengan cara menambahkan bahan bacaan.

iv. Kemahiran menulis - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menulis atau mencatat cepat, membuat ringkasan, membuat peta minda, mencatat isi penting dan sebagainya.

v. Kemahiran mengingat - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyenaraikan kembali fakta atau isi, menceritakan kembali maklumat yang dibaca, dan sebagainya.

Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KKP)

KKP

Kecerdasan Verbal-Linguistik Kecerdasan Logik-Matematik Kecerdasan Visual-Ruang Kecerdasan Kinestetik Kecerdasan Muzik Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan Intrapersonal Kecerdasan Naturalis

(11)

Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KKP) merujuk kebolehan murid menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Dengan adanya kepelbagaian kemahiran murid mampu menjana idea untuk memajukan lapangan diceburi. KKP mampu melahirkan murid aktif kerana dengan adanya kepelbagaian kemahiran menyebabkan murid berani menawarkan khidmat bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Pusat perkembangan Kurikulum (2001) mencadangkan lapan jenis kecerdasan pelbagai yang sesui diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran murid, iaitu :

i. Kecerdasan Verbal-Linguistik - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melafazkan kata-kata secara santun, melafazkan kata-kata-kata-kata dengan nada dan intonasi yang betul, memilih dan menggunakan perkataan yang tepat menggambarkan idea dalam setiap penulisan, kebolehan menggunakan ungkapan dan bahasa badan yang sesuai berdasarkan situasi, persekitaran, status sosial dan isu yang diperkatakan, dan sebagainya.

ii. Kecerdasan Logik-Matematik - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, memahami fungsi nombor, simbol atau tanda dan kegunaannya, kebolehan menjangka, dan sebagainya.

iii. Kecerdasan Visual-Ruang - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuk kemampuan membuat persembahan idea, grafik, hasil seni secara berkesan dalam ruang ditetapkan.

iv. Kecerdasan Kinestetik - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan badan, anggota badan dan ekspresi badan untuk menyatakan idea, kepelbagaian perasaan, fikiran, menyelesaikan masalah, menyampaikan hasrat dan sebagainya.

(12)

v. Kecerdasan Muzik - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan irama, rentak, tempo, dan melodi lagu. Juga termasuk mengenali rentak pengerakan yang sesuai dengan melodi atau irama.

vi. Kecerdasan Interpersonal - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain, serta kebolehan menarik minat orang lain untuk turut sama melakukan sesuatu yang dianjurkan. Misalnya, menarik minat murid menjawab soalan atau melakonkan tugasan yang diberikan.

vii. Kecerdasan Intrapersonal - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami diri sendiri dari segi kelemahan, kekuatan, hasrat dan kehendak. Dengan memahami diri sendiri akan memboleh individu berkenaan menangani kelemahan, menjanakan kekuatan, mengawal kemarahan atau kekecewaan, dan memilih aspek yang mampu dilaksanakan.

viii. Kecerdasan Naturalis - antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan dari aspek umum seperti mengenali dan memahami alam persekitaran dan makhluknya, sosio-budaya masyarakat kaum sendiri dan orang lain dan mengamalkanya, dan sebagainya.

(13)

Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ) Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 4 Wawasan

Bilangan murid : 9 orang

Umur : 10 tahun

Tema : Sentiasa Berhemat Kita Selamat

Tajuk : Tragedi

Tarikh : 29 Mac 2012

Masa : 60 minit

Hasil Pembelajaran :

Fokus Utama

6.6 Membuat ramalan tentang sesuatu cerita atau berdasarkan maklumat yang diberikan dalam bahan ilmu.

Aras 1

(i) Mengumpulkan maklumat daripada bahan yang dibaca untuk membuat ramalan.

Fokus Sampingan

8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.

Aras 1

ii. Membina ayat topik dan ayat huraian berdasarkan isi yang dikenal pasti tentang sesuatu tajuk.

(14)

Pada akhir pelajaran murid-murid berupaya:

1) Mengumpulkan maklumat penting daripada teks keratan akhbar yang dibaca untuk membuat ramalan tentang kesan penebangan hutan.

2) Membina ayat topik dan ayat huraian berdasarkan isi yang dikenal pasti tentang kesan penebangan hutan.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis

Sistem Bahasa : Tatabahasa - Sintaksis (Ayat majmuk dan Ayat tunggal)

Pengisian kurikulum

Ilmu : Kajian Tempatan

Nilai : Bekerjasama dan bersyukur

Kemahiran menilai tambah : Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Kajian Masa

Hadapan

Bahan bantu mengajar : Buku teks, keratan akhbar kejadian tanah runtuh, video tanah runtuh, audio lagu „Hijau‟ nyanyian Zainal Abidin

Pengetahuan Sedia Ada :

 Murid pernah membaca dalam surat khabar mengenai kejadian tanah runtuh.  Murid mengetahui bagaimana keadaan tanah runtuh.

(15)

Langkah Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran Catatan

Set Induksi 5 minit

1. Nyanyian Lagu  lagu “ hijau” nyanyian

Zainal Abidin 2. Soalan-soalan:  Apakah pengajaran

yang terdapat dalam lirik lagu ini ?

 Apakah yang akan terjadi sekiranya alam sekitar tidak dijaga ?

i. Murid di beri lirik lagu yang dipaparkan di skrin.

ii. Murid menonton dan menyanyi lagu sambil bertepuk tangan. iii. Guru bersoal jawab tentang lirik tersebut dan mengaitkan dengan tajuk pengajaran yang hendak di ajar. KBT: -KB: menghubungkait BCB: -mendengar dengan aktif KP: kinestetik BBM: -Internet mengunakan u-tiub -lirik lagu Langkah 1 20 minit 1. Teks  “Penebangan Hutan” 2. Soalan  Apakah kesan penebangan hutan? 3. Gambar slaid

i. Murid membaca teks mengenai “penebangan hutan” tersebut dengan kuat dan jelas.

ii. Murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut.

iii. Guru bersoal jawab dengan murid tentang maklumat penting yang ingin disampaikan dalam teks. KBT: -KB: membuat ramalan -Kajian Masa Depan BBM: -Buku teks -tayangan slaid Nilai: bersyukur

(16)

iv. Guru meminta murid membuat ramalan

kesan penebangan hutan berleluasa.

v. Guru menayangkan slaid gambar kesan-kesan penebangan hutan. Langkah 2 10 minit 1. Soalan 

i.Guru bersoal jawab tentang pemeliharaan alam sekitar secara berpasangan.

ii.Guru membimbing murid –murid mengemukakan isi.

iv. Murid lain mencatat isi yang telah dikemukakan. KBT: -KB:menjana idea BBM: -buku teks, Nilai: Bekerjasama Langkah 3 10 minit

1 . Guru meminta semua murid untuk membuat karangan pendek mengenai langkah-langkah untuk mencegah daripada berlakunya tanah runtuh berdasarkan isi-isi yang telah dibincangkan.

i.Guru membimbing murid-murid untuk menulis karangan.

KB: menjana idea BBM: Kad gambar contoh-contoh aktiviti penjagaan alam sekitar. Nilai: kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar

(17)

Penutup 5 minit

1. Rumusan isi pelajaran. 2. Penerapan nilai-nilai

murni. 

i.Guru merumus pelajaran dengan menayangkan semula power point.

ii.Guru bersoal jawab dengan murid tentang maklumat yang terdapat dalam power point. iii. Murid diminta menyatakan nilai murni yang bersesuaian dengan tajuk yang dipelajari.

Nilai murni: Mencintai alam sekitar

Bekarjasama Bersukur

(18)

REFLEKSI PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN KBT

Berdasarkan penerangan di atas dapat disimpulkan bahawa Kemahiran Bernilai Tambah memberi idea alternatif kepada guru dan murid menjanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih ceria, bermakna dan berkesan. KBT dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan memberi peluang kepada murid melaksanakan KBT dan seterusnya menjadikan pembelajarannya berkesan. Hal ini sesuai dengan tujuan KBT diperkenalkan, iaitu agar dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam senario dunia yang global.

Contohnya, pengajaran tatabahasa yang dijalankan di dalam kelas selalunya kurang menarik dan membosankan murid-murid, malahan ada juga guru yang kurang berminat untuk mengajar murid dalam bahagian ini. Fenomena yang biasanya didapati di sekolah ialah pengajaran tatabahasa diajarkan secara induktif. Hal ini bermakna aspek tatabahasa diajarkan secara langsung dengan menerangkan hukum atau rumus tatabahasa iaitu sesuatu yang khusus terlebih dahulu, kemudian barulah dibincangkan contoh-contohnya yang umum. Sepatutnya pengajaran tatabahasa boleh dipelbagaikan bentuknya. Oleh itu, guru-guru perlu kreatif untuk memilih teknik pengajaran yang menarik dan bekesan serta menyelitkan unsur-unsur kemahiran bernilai tambah ini dalam pengajaran mereka kepada murid-murid. Bagi murid pula, mereka kebiasaannya kurang berminat untuk belajar tatabahasa kerana menganggap perkara itu menyusahkan tambahan pula teknik yang digunakan tidak menarik perhatian murid.

Seperti yang telah dinyatakan tadi, antara teknik pengajaran tatabahasa yang menarik dan tidak membosankan pelajar ialah teknik nyanyian atau lagu. Hal ini demikian kerana, banyak lagu yang mengandungi lirik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. Di samping menyanyikan lagu, murid-murid diminta merujuk lirik lagu. Oleh itu, guru perlu menyediakan lirik lagu tersebut terlebih dahulu dan mengedarkannya kepada pelajar. Berikan arahan dan bincangkan tugasan yang perlu dibuat oleh mereka selepas menyanyikan lagu tersebut. Sebagai contohnya, guru-guru boleh meminta murid menyenaraikan jenis-jenis kata yang terdapat dalam lirik lagu itu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi. Selain itu,

(19)

gunakan lirik lagu untuk mengesan kesalahan tatabahasa untuk mengelakkan rasa bosan para pelajar untuk mempelajari tatabahasa.

Selain teknik nyanyian, guru-guru juga boleh menggunakan keratan akhbar atau majalah untuk membincangkan aspek tatabahasa. Karya-karya komsas selain sajak seperti cerpen, prosa tradisional, novel, pantun, syair dan gurindam juga boleh digunakan untuk pegajaran tatabahasa. Hal ini bermakna, semasa pengajaran komponen sastera, guru-guru juga boleh menyelitkan aspek tatabahasa dalam perbincangan pelajar.

(20)

Rujukan

http://www.pdf-look.com/pdf/kemahiran-bernilai-tambah-dalam-bm.html

Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Referensi

Dokumen terkait

Di setiap akhir pengolahan bahan pangan ujilah hasilnya dengan cara mencoba/merasakan makananmu. Bagaimana rasa olahan pangan hasil samping buah manisan kulit jeruk? Penyajian

Dalam suatu perjanjian yang telah disepakati oleh kedua belah pihak, timbul hak dan kewajiban yang disebut dengan prestasi.Hak dan kewajiban adalah dua sisi yang saling

[r]

kerja yang dapat dicapai oleh seseorang atau sekelompok orang dalam suatu. organisasi, sesuai dengan wewenang dan tanggung jawab

Untuk mengetahui variasi ukuran butiran sedimen yang tersuspensi di pantai ini dan hubungannya terhadap kerentanan erosi, maka dilakukan penelitian tugas akhir yang berjudul

Meramalkan pesaing potensial bukanlah pekerjaan yang mudah, tetapi mereka seringkali dapat datang dari kelompok berikut yaitu, perusahaan- perusahaan yang tidak

 kontrol jangka panjang obat - kortikosteroid inhalasi bentuk   steroid sistemik digunakan untuk mendapatkan kontrol cepat penyakit ketika memulai dihirup tx - kromolin

tersebut berfungsi writeback.. Setelah melakukan pengaturan partisi harddisk pada aplikasi CCBoot , langkah selanjutnya adalah upload image sistem operasi dari