• Tidak ada hasil yang ditemukan

Langsung dan Kaedah Pengiraan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Langsung dan Kaedah Pengiraan"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

UNIT 1

PENGENALAN ILMU UKUR

Objektif am:

Mempelajari dan memahami definisi, bidang dan tujuan

ilmu ukur, serta melakukan penukaran unit dan skala.

Objektif khusus: Di akhir pembelajaran unit ini anda sepatutnya dapat :

 Mendefinisikan Ilmu Ukur, Ukur Satah dan Ukur Geodetik.

 Membezakan dan mengkelaskan cabang-cabang ilmu ukur mengikut

tujuan-tujuan pengukuran,

 Menggunakan jadual penukaran sistem unit pengukuran untuk Jarak,

Keluasan, Isipadu dan Sudut .

 Menyelesaikan kaedah-kaedah penukaran skala dengan Kaedah

Langsung dan Kaedah Pengiraan

(2)

1.0 PENGENALAN ILMU UKUR DAN PEMETAAN

Sebelum kita mendalami pembelajaran, tahukah anda apa itu ilmu ukur? Ilmu ukur boleh ditakrifkan sebagai cara atau kesenian membuat ukuran terhadap kedudukan relatif bagi titik-titik yang berada di atas permukaan bumi untuk

menghasilkan keadaan yang sebenar perihal kawasan tersebut. Apabila titik-titik tersebut diplot di atas sekeping kertas lukisan dengan menggunakan skala yang sesuai, maka bentuk-bentuk muka bumi atau paramuka semulajadi atau ciptajadi seperti bukit, sungai, jalanraya, landasan keretapi, bangunan dan lain-lainnya dapat dibentukkan dalam rupa sebuah pelan atau peta dengan betul. Dalam ertikata yang lain, ilmu ukur adalah penggambaran bentuk-bentuk muka bumi dalam bentuk pelan ataupun muka keratan tegak yang berskala untuk tujuan menentukan

dimensi-dimensi, bentuk-bentuk dan keluasan kawasan yang diukur.

Rajah 1.1 : Menunjukkan sebuah pelan yang dibentukkan melalui kerja ukur

.

1.1. DEFINISI ILMU UKUR, UKUR SATAH DAN UKUR GEODETIK.

Pengkelasan ilmu ukur boleh dilakukan berdasarkan kepada : 1.1.1 Tujuan kerja mengukur dan

1.1.2 Penggunaan alat-alat ukur yang utama.

Input 1a

(3)

1.1.1 Berdasarkan kepada tujuan mengukur.

Bagi menentukan kedudukan titik-titik di atas permukaan bumi terdapat dua kaedah yang selalu digunakan. Kaedah-kaedah itu adalah:

1.1.1.1Ukur Satah

Ukur satah adalah kaedah pengukuran bagi menentukan

kedudukan titik-titik di atas permukaan bumi. Dalam ukur satah permukaan bumi dianggap mendatar. Kaedah ini memadai bagi kawasan yang keluasannya tidak melebihi 250 km persegi atau 55 km panjang kerana ralat yang wujud tidak memberi kesan terhadap ketepatan pengukuran. Ukuran-ukuran di padang diterima sebagai ukuran benar dan apabila diplot di atas kertas merupakan unjuran di atas satah mendatar. Satah mendatar ini bermaksud satah yang berkeadaan tepat atau normal terhadap garisan graviti. Garisan graviti dapat dibentuk dengan menggantung plambab dengan tali halus di atas sesuatu titik berkenaan di atas permukaan bumi.

1.1.1.2 Ukur Geodetik

Ukur geodetik juga adalah kaedah pengukuran bagi menentukan kedudukan sesuatu titik di atas permukaan bumi. Dalam kaedah ini

(4)

1.1.2 Berdasarkan kepada penggunaan alat-alat ukur yang utama.

Dalam menjalankan kerja-kerja ukur terdapat pelbagai alat-alat ukur yang digunakan. Setiap alat mempunyai kelebihan tersendiri dari segi hasil kerjanya. Berikut adalah beberapa jenis kerja ukur yang menggunakan alat-alat ukur mengikut kesesuaian kerja ukur.

1.1.2.1. Ukur Rantai

Ukur rantai adalah satu bidang pengukuran linear yang dibuat secara langsung di padang dengan menggunakan rantai ukur .

1.1.2.2. Ukur Kompas

Dalam ukur kompas cerapan dan pengukuran ke atas garisan-garisan ukur melibatkan bering dan jarak. Bering garisan-garisan dibaca dengan menggunakan kompas prisma.

1.1.2.3. Ukur Meja Datar (plane table)

Ukur meja adalah satu cara pengukuran dimana ukuran dan pelotan dibuat serentak di padang dengan menggunakan meja ukur serta

alidad.

1.1.2.4. Ukur Tiodolit.

Teodolit adalah sejenis alat ukur yang tinggi kejituannya, dimana ianya digunakan dalam operasi mengukur sudut ufuk dan pugak.

1.2. CABANG-CABANG ILMU UKUR.

llmu ukur boleh dibahagikan kepada beberapa cabang mengikut tujuan seperti berikut:

1.2.1. Ukur Kejuruteraan

(5)

ukur kawalan, batu tanda aras, monumen penyegitigaan, monumen GPS dan sebagainya yang mempunyai nilai-nilai kawalan mendatar dan ketinggian.

1.2.1.1 Tujuan Ukur Kejuruteraan

la dijalankan bagi memenuhi keperluan berikut:

a. Perolehan data-data spatial bumi untuk kegunaan rekabentuk kerja-kerja kejuruteraan awam.

b. Pemancangan (setting out ) struktur binaan kejuruteraan awam

kepada parameter-parameter yang ditetapkan. c. Menghasilkan pelan lengkap bagi tujuan kerja-kerja

kejuruteraan tersebut.

1.2.1.2 Jenis-Jenis Kerja Ukur Kejuruteraan

a. Ukur Rantai b. Ukur Kompas c. Ukur Aras

d. Ukur Meja Datar (plane table) e. Ukur Tiodolit.

f. Ukuran kawalan mendatar g. Ukuran kawalan ketinggian h. Penandaan (monumenting)

i. Kerja-kerja pemancangan garis tengah jalan, landasan keretapi

dan lain-lain laluan

j. Talian paip, parit dan taliair, talian elektrik dan sebagainya. k. Ukuran keratan rentas dan keratan memanjang.

l. Kontor dan pengambilan butiran

m. Pengawasan pergerakan struktur-struktur binaan

(6)

1.2.2. Ukur Kadaster

Ukur Kadaster adalah pengukuran bagi tujuan pengeluaran surat hakmilik tanah termasuk hakmilik strata dan hakmilik stratum. Tugas - tugas

pengukuran tanah dan penyediaan surat hakmilik tanah di Semenanjung Malaysia adalah seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara 1965. Di Sabah dan Sarawak kerja-kerja pengukuran untuk hakmilik tanah adalah tertakluk kepada Ordinan Tanah (Sabah Bab 68) dan Akta Tanah (Sarawak Bab 81).

1.2.2.1. Jenis-Jenis Ukur Kadaster

Ukur Kadaster boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:

a. Penentuan sempadan-sempadan negeri, daerah, mukim, bandar dan seksyen

b. Pelupusan tanah; termasuk tanah-tanah desa, tanah bandar dan pekan.

c. Pelupusan tanah bawah tanah (stratum) d. Pengambilan balik tanah bermilik

e. Pecah bahagi, pecah sempadan atau penyatuan tanah f. Pecah bahagi bangunan (strata)

g. Ukuran kawalan tanah bermilik bagi pengukuran-pengukuran hakmilik tanah dan kejuruteraan.

Rajah 1. 2 menunjukkan sebahagian kerja ukur kadester yang diplot oleh

komputer

(7)

1.2.2.2. Tujuan

Tujuan Ukur Kadaster adalah:

a. Pengeluaran surat hakmilik;

b. Merizabkan tanah untuk kegunaan Kerajaan seperti berikut:

i. Jalan ii. Taliair

iii. Landasan keretapi

iv. Takungan air dan sebagainya

c. Pengambilan balik tanah untuk tujuan awam seperti berikut i. Sekolah

ii. Masjid

iii. Tanah perkuburan dan sebagainya. iv. Ukuran Kawalan

1.2.3. Ukur Hidrografi

Ukur Hidrografi dijalankan untuk kegunaan dalam penyusunan dan penyediaan carta nautika, carta batimetrik, dan juga untuk kegunaan

kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan pelabuhan dan sebagainya. Kini kegunaannya lebih meluas dengan berkembangnya kerja-kerja carigali minyak dan gas asli di luar pantai. Prinsip pengukuran hidrografi tidak banyak berbeza dengan ukur tanah. Perbezaan yang ketara hanyalah pada teknik-teknik dan peralatan yang digunakan.

1.2.4. Ukur Topografi

Ukur Topografi adalah pemungutan dan pengumpulan data mengenai kedudukan dan bentuk paramuka-paramuka di permukaan bumi samada semulajadi atau ciptajadi. la dijalankan untuk tujuan penyediaan peta skala kecil seperti peta topografi dengan skala di antara 1:25,000 hingga

(8)

1.2.5. Ukur Geodetik

Ukur geodetik adalah pengukuran bumi bagi menentukan bentuk

permukaannya dengan menggunakan peralatan berkejituan tinggi. Prinsip

ukur tanah adalah pengukuran "dari keseluruhan kepada sebahagian” (from the whole to the part). Satu jaringan utama dengan ketepatan paling tinggi yang meliputi sesebuah negara perlu dibentuk. Jaringan ini kemudian dipecahkan kepada jaringan penyegitigaan peringkat kedua dan seterusnya peringkat ketiga sehingga terdapat titik-titik kawalan yang mencukupi, di seluruh negara. Hasil daripada pengukuran geodetik juga dapat membentuk satu elipsoid yang paling sesuai bagi sesuatu kawasan.

1.2.6. Astronomi

Dalam bidang astronomi khusus bagi ukur tanah, cerapan dijalankan ke atas badan-badan cakerawala (heavenly bodies) seperti matahari, bulan dan bintang bagi menentukan posisi di permukaan bumi dalam bentuk latitud dan

longitud astronomi dan seterusnya bagi mendapatkan azimut bagi mengawal azimut pada titik di bumi. Nilai cerapan dan lain-lain data yang digunakan serta hasil perhitungan yang dijalankan adalah dalam bentuk sudut.

1.2.7. Sistem Penentududukan Global (Global Positioning System - GPS)

Sistem Penentududukan Global (Global Positioning System-GPS)adalah satu kaedah yang canggih bagi penentududukan di atas bumi. la

mengandungi alat penerima (receiver) yang boleh menerima signal dari satelit-satelit yang dilancarkan ke angkasa lepas khusus untuk tujuan penentududukan. Satelit-satelit tersebut kini berada dalam edaran (orbit) di angkasa lepas. Salah satu kaedah penentududkan adalah dengan

mengesan sekurang-kurangnya 4 satelit berkenaan.

Data yang diterima dan dipungut diproses dengan komputer bagi

mendapatkan nilai posisi sesuatu stesen GPS itu dalam 3 dimensi, Kaedah ini telah digunakan untuk mempertingkatkan mutu kordinat-kordinat jaringan titik-titik kawalan negara yang dahulunya ditentukan dengan kaedah

(9)

1.2.8. Fotogrammetri dan Penderiaan Jauh.

1.2.8.1 Fotogrammetri

Penggambaran udara merupakan kaedah penderiaan jauh yang paling awal diperkenalkan. Penggambaran dijalankan

dengan kamera khas yang di pasang pada pesawat terbang yang stabil seperti kapalterbang dan helikopter.

Ketinggian penerbangan sewaktu penggambaran adalah bergantung kepada skala foto yang akan dihasilkan. Biasanya skala foto udara yang diperlukan adalah 1 ~ 40,000 bagi skala kecil dan I : 5,000 bagi skala besar. Saiz foto udara yang biasa adalah 23 cm X 23 cm.

Penggambaran adalah dalam hitam putih atau warna mengikut keperluan. Pengukuran dan penterjemahan foto udara

(10)

1.2.8.2 Penderiaan Jauh

Penderiaan jauh adalah kaedah pemungutan data mengenai objek atau bahan di permukaan bumi atau di ruang udara dengan alat penderia (sensor) dari platform yang terletak jauh dari objek itu untuk mengukur interaksi di antara objek dengan pancaran elektromagnetik. Dengan pelancaran satelit-satelit yang dilengkapkan dengan penderia (sensor), signal

daripadanya dapat diterima dan dirakam di stesen-stesenbumi. Data digital yang dirakam boleh dianalisis dan diproses dengan komputer untuk menghasilkan gambaran (imageri) kawasan - kawasan di permukaan bumi. Imageri-imageri dari "air-borne" dan "space borne" itu boleh diguna untuk menyediakan peta topografi, peta tumbuhan, peta geologi dan sebagainya.

Memandangkan kesesuaian aplikasi penderiaan jauh dalam

(11)

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN

BERIKUTNYA

1.1 Dari apa yang anda telah pelajari berikan takrifan Ilmu ukur.

1.2 Nyatakan perbezaan antara ukur satah dan ukur geodetik.

A

A

K

K

T

T

I

I

V

V

I

I

T

T

I

I

1

1

a

a

(12)

PERHATIAN

Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 1a

1. Takrifan ilmu ukur

- cabang sains

- berkaitan kerja menyukat, mencatat saiz, bentuk, rupabumi pada mana-mana paramuka bumi

- hasil di gambarkan dalam bentuk peta / pelotan atau lapuran.

2. Ukur Satah - Kejituan rendah Anda boleh teruskan ke input selanjutnya.

(13)

1.3. Prinsip-Prinsip Asas llmu Ukur

Prinsip ukur adalah mudah. Untuk menghasilkan pelan atau peta sesuatu kawasan di atas permukaan bumi yang diukur dua titik di atas permukaan bumi dipilih dan jarak di antaranya diukur. Jarak di antara dua titik yang telah diukur kemudiannya ditukarkan kepada jarak mengikut skala yang telah dipilih dan dilukis. Garisan tersebut akan digunakan sebagai asas untuk membuat pengukuran seterusnya. Pengukuran titik-titik selanjutnya boleh dijalankan dengan salah satu kaedah berikut.

a) Kaedah Ukur Rantai - Mengukur titik ketiga dan seterusnya dijalankan dengan rantai ukur.

b) Kaedah ofset - mengukur titik yang di luar garisan dengan garisan bersudut tepat terhadap garisan asas.

c) Kaedah Terabas - Mengukur jarak dan sudut dari mana-mana titik asas dengan menggunakan kompas prisma atau tiodolit dan rantai d) Kaedah Penigasudutan - mengukur sudut-sudut pada setiap titik.

1.3.1 Peringkat Asas Kerja-kerja Ukur

Pada keseluruhannya kerja ukur boleh dibahagikan kepada 3 peringkat asas:

a. Ukuran Tinjauan

Tinjauan ke atas kawasan yang hendak diukur adalah perlu untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kawasan. Hasil tinjauan ini membolehkan perancangan dibuat dan

mengenalpasti keperluan mengenai pengukuran yang hendak dijalankan.

(14)

b. Cerapan dan Pengukuran sebenar

Dalam peringkat cerapan dan pengukuran ini semua yang perlu bagi menentududukan kawasan serta saiz bentuk rupabumi samada semulajadi atau ciptajadi di atas permukaan bumi kawasan tersebut ditentukan.

c. Persembahan Hasil Kerja Ukuran

Maklumat mengenai kawasan yang dipungut semasa peringkat cerapan dan pengukuran sebenar akan dipersembahkan dalam bentuk-bentuk yang diperlukan samada buku kerja luar,

lampiran-lampiran proses hitungan, pelan atau peta yang menunjukkan semua maklumat berkenaan

1.3.2. Kebolehpercayaan (Reliability) Pengukuran

Semua teknik pengukuran adalah tertakluk kepada ralat yang tidak dapat dielakkan. Kewujudan, jenis-jenis, punca-punca dan bagaimana ralat memberi kesan kepada hasil pengukuran harus disedari dan diketahui. Ketepatan sesuatu pengukuran merupakan nilai terhampir nilai sebenar yang berkenaan, oleh yang demikian teknik pengukuran yang dipilih harus boleh menghasilkan ketepatan yang memadai dan

diperlukan.

1.3.3. Perkembangan Teknologi Ilmu Ukur

1.3.3.1 Peralatan

(15)

1.3.3.1.1 Peralatan Konvensional

Alat-alat konvensional memerlukan pengendalian manusia sepenuhnya. Oleh itu masa operasi

adalah panjang serta memerlukan sumber tenaga manusia yang banyak. Antara alat utama yang telah digunakan dalam kerja-kerja ukur sejak sekian lama adalah seperti berikut:

a. tiodolit vernier, tiodolit optikal (rajah 1.3a) dan kompas prisma.

b. rantai ukur; pita ukur keluli dan pita ukur c. alat aras dompot (rajah 1.3b) dan alat aras jongkit

d. mesin kira mekanikal, sifir-sifir logaritma e. trigonornetri dan sebagainya;

f. stereoplotter: g. "lead-line sounder

(16)

1.3.3.1.2 Peralatan Moden

Sejak lebih kurang 3 dekad yang lalu alat-alat ukur telah melalui proses pengembangan dan pemodenan selaras dengan perkembangan teknologi canggih masa kini yang banyak dipengaruhi oleh teknologi elektronik

a. Tiodolit Elektronik, Pengukur Jarak Eletronik, dan Sistem Ukur Total (Total Station System) kini

menggantikan tiodolit vernier dan rantai ukur b. Alat Aras Digital menggantikan alat-lat aras

konvensional

c. KaIkulator Elektronik, Komputer dan

perisian-perisiannya menggantikan peralatan hitungan serta sifir-sifir berkaitan.

d. Digital Stereoplotter e. Echo Sounder

f. Global Positioning System pula merupakan satu penernuan baru dalam penentududukan di atas permukaan bumi.

1.3.3.2 Pemerhatian

(17)

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN UNIT SELANJUTNYA

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN

BERIKUTNYA

SOALAN

1.1 Nyatakan hasil yang diperolehi dari kerja pengukuran.

1.2 Berikan tiga cara bagaimana pengukuran lurus boleh dijalankan.

1.3 Penentuan bagi menamakan jenis-jenis ukur adalah berdasarkan kepada beberapa faktor. Berikan ketiga-tiga faktor tersebut.

1.4 Nyatakan lima bidang yang terdapat dalam ilmu ukur.

(18)

PERHATIAN

Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 1b

a. Hasil dari kerja pengukuran - Peta dan pelotan

- Aras laras muka bumi

- Keluasan dan isipadu kawasan.

b. Tiga cara pengukuran lurus boleh dilakukan - Pengukuran terus.

- Kaedah optik

- Prinsip elektronik

c. Tiga faktor penentuan nama jenis-jenis ukur - Nama tempat

- Alat yang digunakan dan kaedah pengukuran.

- Tempat kerja ukur.

d. Lima bidang dalam ilmu ukur - Ukur kejuruteraan

- Ukur kadester

- Ukur Perlombongan

- Fotogrametri

- Ukur Hidrogrfi

MAKLUM BALAS

1b

Oooo…. Fahamlah

(19)

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri. Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Selamat mencuba. Semoga berjaya!!!

SOALAN 1.1

Bentukkan kumpulan dan bincangkan tentang cabang-cabang ukur dan apakah kegunaan cabang-cabang ukur tersebut mengikut jenisnya.

PENILAIAN

KENDIRI

(20)

 SUDAH MENCUBA ?

 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN DENGAN JAWAPAN DIBAWAH.

Jawapan 1.1

Cabang – cabang ilmu ukur terdiri dari -ukur kejuruteraan

-ukur kadester -ukur hidrografi -ukur topografi -ukur geodetic -astronomi

-Global Positioning System -Fotogrametri

TAHNIAH SEKIRANYA ANDA DAPAT MENJAWABNYA DENGAN BETUL

MARI KITA BERPINDAH KE UNIT 2.

Referensi

Dokumen terkait

Peta merupakan kenampakan permukaan bumi yang digambarkan pada bidang datar yang jauh lebih kecil dari kenyataannya. Skala peta adalah perbandingan.. perbandingan

Tanah merupakan lapisan paling atas dari permukaan bumi. Tanah mempunyai peranan penting bagi kehidupan manusia di antaranya untuk tempat tinggal dan sebagai lahan untuk

Pengukuran langsung (terestis) dilakukan dengan menentukan letak/posisi suatu fenomena yang langsung di ukur di permukaan bumi dengan alat bantu pengukuran panjang

sesuatu yang berada di atas atau di bawah permukan bumi dengan berpedoman pada permukaan air laut.. Menentukan bentuk atau relief

Jarak dapat diukur secara langsung dengan pita ukur atau jarak optis antara pembacaan benang atas (ba) dan benang bawah (bb), kemungkinan berdirinya pesawat penyipat datar dapat di

9 Bentuk yang digambarkan di atas peta harus sesuai dengan bentuk yang sebenarnya di permukaan bumi (dengan memperhatikan faktor skala peta).. Pada daerah yang relatif kecil (30 km

jarak sebenarnya di permukaan bumi. b) Skala grafis atau skala garis.. Skala grafis adalah skala peta yang dinyatakan dengan gambar atau grafis. Skala ini menunjukan bahwa setiap

Proyeksi peta adalah suatu ilmu yang mempelajari hubungan antara besaran – besaran di atas permukaan bumi (bidang lengkung) dengan besaran – besaran di atas peta (bidang