• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAZKIRAH RAMADHAN SEMPENA BULAN PENGHAYA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TAZKIRAH RAMADHAN SEMPENA BULAN PENGHAYA"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

TAZKIRAH RAMADHAN SEMPENA BULAN PENGHAYATAN RAMADHAN AL MUBARAK Disediakan Oleh: PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRI SAADONG 2012M / 1433H (Makluman: Tazkirah ini dibacakan di perhimpunan Pagi Setiap Hari Ahad, Selasa dan Khamis sepanjang Ramadhan....semoga

mendapat keberkatan) TAZKIRAH IHYA’ RAMADHAN 1433H TAZKIRAH 1: MOHONLAH KEAMPUNAN Daripada Ka’ab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w.

bersabda, “Hadirlah ke mimbar.” Maka kami semua pun hadir. Apabila baginda naik satu anak tangga mimbar, baginda berkata, “amin” dan apabila naik anak tangga yang kedua, baginda berkata “amin” dan apabila baginda naik anak tangga yang ketiga baginda berkata “amin.” Apabila baginda turun, kami telah bertanya, “Ya Rasulullah! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar.” Beliau bersabda, “Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata : Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. Maka aku berkata, amin.” “Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia

menselawatimu. Maka aku berkata, amin.” “Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata : Binasalah dia yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga. Aku berkata “amin.” [Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya] 1. Bersegeralah bertaubat meminta keampunan daripada Allah SWT dan berazam untuk tidak mengulangi dosa-dosa yang telah dilakukan itu lagi. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, lagi Maha Pengampun. Tiada dosa dan kesalahan yang tidak akan diampunkan-Nya, melainkan perbuatan syirik kepada-Nya. Oleh itu, janganlah sesekali kita berasa sedih dan berputus asa terhadap-Nya. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah pintu taubat masih terbuka seluas-luasnya. Sabda Nabi SAW, ertinya: “Demi nyawaku di tangan Allah, sekiranya kamu (manusia) tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan melenyapkan kamu dan mendatangkan satu kaum lain yang berdosa lalu mereka menyesal dan meminta keampunan Allah, kemudian Allah akan mengampunkan mereka” [Riwayat Muslim, no 2749, 4/2106] 2. Perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan mulia, Rasulullah SAW

terutamanya setiap kali nama baginda SAW disebut. Firman Allah SWT yang acapkali dilafazkan oleh para khatib di masjid-masjid ketika khutbah Jumaat; “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. [al-Ahzab: 56] Diriwayatkan bahawa makna selawat Allah kepada Nabi adalah pujian atas beliau di hadapan para malaikat-Nya, sedang selawat malaikat bererti mendoakan manakala selawat umatnya bererti permohonan ampun untuknya. (Demikian seperti disebutkan al-Bukhari dari Abul Aisyah). [2] 3. Berbaktilah kepada kedua-dua ibu bapa kita sebelum terlewat. Hendaklah kita sentiasa mengambil berat dan menjaga hati mereka lebih-lebih lagi tatkala usia mereka semakin lanjut. Jangan sesekali kita berkasar terhadap mereka, kerana sesungguhnya tiada suatupun yang dapat kita lakukan untuk membalas jasa-jasa yang telah mereka taburkan ke atas kita. Hanya Allah sahaja yang mampu

(2)

akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) . Cuba kita renungkan kembali, kerap kali kita akan merasa gembira apabila tiba hujung tahun bagi mendapat bonus dari majikan kita Mengapa kita gembira bila mendapat bonus, gaji dan insentif? Sudah tentu jawabnya

kerana ; "dapat duit " .Mengapa kita seronok mendapat duit ? Jawabnya ; kerana boleh membeli itu dan ini, bergaya dan lain-lain. Lalu berapa lamakah keseronokan barang dan perkara yang dibeli tadi ?Sudah tentu jawabnya, bergantung kepada apa yang dibeli, ada yang rosak cepat dan ada yang lambat. Jika demikian, jika barang itu lambat rosak, berapa lamakah keseronokan itu akan berterusan? Jawabnya, paling panjang adalah sekadar kita masih hidup sahaja. Baiklah, selepas kematian adakah masih ada seronok? Jika tidak, maka apakah yang boleh

menyeronokkan kita selepas mati ? Jawabnya ; tidak lain tidak bukan adalah pahala dan amalan yang dikumpul. Jika banyak dan berkualiti, semua matawang pahala itu akan memberi seribu satu macam keseronokan berpanjangan sehingga satu tarikh yang hanya diketahui Allah s.w.t dan ia pastinya amat panjang. Jika demikian, mengapa tidak tercetus perasaan seronok menerima kehadiran Ramadhan sebagaimana seronoknya kita menerima bonus atau insentif duit? Sedangkan Ramadhan adalah bulan bonus untuk meraih pahala sebanyaknya, bulan

(3)
(4)

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278) Bersambung di pertemuan akan datang....sekian, terima kasih. TAZKIRAH 5 : KESILAPAN MUSLIM DI BULAN RAMADHAN siri 2 5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya. 6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala

berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, terutamanya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam. 7)

Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan

mengurangkannya di Ramadhan ini. 8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut

berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291) 9) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid. 10) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :- Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih ) Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith. Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih) Sekian , terima kasih. TAZKIRAH 6 : BULAN RAMADHAN BULAN MELATIH SIFAT SABAR Rasulullah sollallahualaihiwasallam bersabda, Allah berfirman, "Setiap amalan anak Adam ialah untuk dirinya kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah untukKu dan Akulah yg akan membalasnya, dan sesungguhnya bau mulut orang yg berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau al-misk (kasturi)." Hadith Riwayat Bukhari. Apabila seseorang

(5)

terhitung." Baginda juga bersabda, "Dan ia (Ramadhan) bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya syurga." Riwayat Ibnu Khuzaimah di dalam Kitab Sahihnya. Ayuh berpuasa, ayuh bersabar, ayuh ke syurga! p/s: Juga Jangan lupakan saudara seIslam kita yg berlapar bukan sahaja di siang hari malah juga di malam hari. Sekian. SELAMAT BERPUASA DAN SEMOGA MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH SWT.DI RAMADHAN INI

Referensi

Dokumen terkait

Jika sel-sel yang akan digabung telah berisi teks atau formula, maka teks atau formula yang dipertahankan adalah teks atau formula yang terdapat pada sel-sel yang menjadi acuan untuk

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang telah memberikan kemudahan, karunia, dan rahmat sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi dengan

Lembar kerja pada gambar di atas menyajikan informasi nilai ulangan siswa. Lembar kerja tersebut terdiri atas sejumlah kolom yang berisi nomor, nama lengkap, nilai ulangan 1,

Keterlibatan secara fisik orang yang turut serta dalam kegiatan usaha permainan judi tanpa izin, yang dimaksudkan pada bentuk pertama, terdiri dari perbuatan menawarkan kesempatan

Penelitian yang dilakukan oleh Rachmawati (2015) menggunakan laser Helium Neon pada itik Madura jantan juga menunjukkan perbedaan yang nyata antara berat badan

Banyaknya Tamu Asing dan Dalam Negeri yang Menginap di Hotel Berbintang Per Bulan Menurut Jenis Hotel di Papua Barat

Tanpa adnya pengaruh motivasi belajar dan status sosial ekonomi orang tua maka besarnya nilai minat melanjutkan studi ke perguruan tinngi (Y) adalah

(2017) dalam jurnalnya menjelaskan bahwa Debt to Equity Ratio memiliki pengaruh yang signifikan terhadap harga saham, karena apabila perusahaan memiliki nilai DER yang