• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKTOR PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FAKTOR PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KA"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

FAKTOR PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN ORANG AWAM DI MALAYSIA

Nur Afifah Fadzil1 & Suhaila Zailani@ Hj Ahmad2

island_ilmi@yahoo.com,suzail@ukm.my 1,2

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam, UKM

Abstrak

Apabila disebut perkataan bahasa Arab, minda para pendengar secara tidak langsung akan mengaitkan bahasa ini dengan agama Islam. Dua sumber utama agama Islam, Al-Quran dan hadis telah diturunkan dan diriwayatkan dalam bahasa Arab. Namun begitu, tidak semua golongan masyarakat berminat untuk mempelajari bahasa Arab. Terdapat golongan yang mempelajari bahasa Arab semata-mata hanya kerana profesion kerjaya. Walaupun begitu, ada juga yang mempelajari bahasa Arab disebabkan kurikulum atau subjek wajib institusi dan ada yang belajar bertujuan memenuhi tuntutannya sebagai umat Islam. Kertas kerja ini akan mengetengahkkan faktor orang awam mempelajari dan tidak mempelajari bahasa Arab. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mendapatkan data. Data kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan faktor yang dikaitkan dengan hal ehwal agama Islam merupakan faktor utama orang awam mempelajari bahasa Arab. Berbeza dengan faktor orang awam tidak mempelajari bahasa Arab, ia disebabkan ketiadaan peluang dan ruang untuk orang awam mempelajari bahasa Arab.

Kata kunci: Faktor, pembelajaran, bahasa Arab, orang awam

Pengenalan

(2)

besar masyarakat Islam tidak memahami bahasa Arab, namun mereka tetap menyedari peri pentingnya bahasa Arab dalam kehidupan seharian. Rata-rata fokus utama orang awam mempelajari bahasa Arab adalah disebabkan keperluan agama.

Status bahasa Arab yang hanya dianggap sebagai bahasa yang berkait khusus dengan ibadat dan hal ehwal agama Islam dapat diubah jikalau bahasa Arab mengalami satu proses anjakan paradigma yang baru. Perubahan persepi orang awam yang menganggap bahasa Arab sebagai bahasa agama semata-mata kepada satu bahasa ekonomi dan perdagangan dapat memberikan nilai yang tinggi kepada bahasa Arab. Natijahnya, bahasa Arab akan dianggap sebagai bahasa kedua dan perantaraan yang penting terutamanya dalam bidang pelancongan dan diplomatik.

Ahmad Kilani (2001: 2) telah menggariskan beberapa tujuan mempelajari bahasa Arab, antaranya melahirkan pelajar dan orang awam yang memahami isi kandungan al-Quran serta hadis-hadis yang diriwayatkan oleh baginda Nabi SAW. Aspek sintaksis, semantik, morfologi dan retorik bukanlah aspek utama yang perlu ditekankan dalam pembelajaran bahasa Arab terhadap orang awam (Mohd Puzhi 2007). Namun begitu, tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai keperluan, kehendak dan tujuan orang awam dalam mempelajari bahasa Arab.

Pernyataan Masalah

Kajian berkaitan sikap dan motivasi terhadap golongan profesional Melayu muslim (GPMM) berkaitan bahasa Arab untuk tujuan agama telah dijalankan oleh Anzaruddin Ahmad (2004). Menerusi kajian ini, beliau berpendapat bahawa golongan GPMM hanya akan menganggap bahasa Arab sebagai bahasa yang penting untuk dikuasai apabila ia dikaitkan dengan profesion kerjaya mereka. Kenyataan ini menjadi lebih kukuh apabila golongan ini menyedari bahawa penguasaan bahasa asing seperti bahasa Inggeris membawa banyak kelebihan dan hanya segelintir sahaja yang berminat untuk mempelajari bahasa Arab standard. Beliau berpandangan, sikap GPMM dalam mempelajari bahasa Arab akan menjadi lebih positif sekiranya mereka sedar tentang keperluan dan kelebihan bahasa Arab sekiranya ia dipelajari dan dikuasai (2004: 80).

(3)

Malaysia dalam mempelajari bahasa Arab. Terdapat beberapa faktor dan tujuan khusus yang diletakkan oleh mereka untuk mempelajari bahasa Arab. Majoriti fokus mereka dalam mempelajari bahasa Arab adalah memenuhi profesion kerjaya khususnya dari aspek komunikasi. Namun begitu, fokus pembelajaran bahasa Arab ini berbeza dengan kehendak dan keperluan kebanyakan orang awam. Perkara ini disokong oleh dapatan kajian Ummu Hani et al. (2012) yang meninjau persepsi orang awam terhadap pembelajaran bahasa Arab menerusi al-Quran di Malaysia. Hasil kajian tersebut mendapati, majoriti responden menyatakan tujuan mereka mempelajari bahasa Arab adalah memahami al-Quran dan bacaan solat.

Menerusi tiga kajian tersebut, pengkaji ingin mengemukakan beberapa faktor orang awam dalam mempelajari dan tidak mempelajari bahasa Arab. Pengkaji berpandangan, faktor-faktor tersebut mampu mempengaruhi minat dan sikap masyarakat dalam mempelajari bahasa Arab. Hal ini kerana, minat dan sikap seseorang dalam menghadapi apa jua keadaan, adalah berasaskan kepada sebab dan matlamat yang hendak dicapai.

Persoalan Kajian

1. Apakah faktor orang awam mempelajari bahasa Arab? 2. Apakah faktor orang awam tidak mempelajari bahasa Arab?

Objektif Kajian

1. Mengenalpasti faktor orang awam mempelajari bahasa Arab. 2. Mengenalpasti faktor orang awam tidak mempelajari bahasa Arab.

Metodologi Kajian

(4)

semula kepada pengkaji. Seterusnya, pengkaji menggunakan analisis deskriptif dalam menganalisis data yang diperoleh. Secara keseluruhannya, bilangan orang awam yang menjawab soal selidik mengikut negeri dijelaskan dalam jadual di bawah.

Bil Negeri Jumlah

1 N.Sembilan 30

2 Kuala Lumpur 25

3 Sarawak 19

4 Kelantan 19

5 Sabah 10

6 Terengganu 10

7 Selangor 11

8. Kedah, Pulau Pinang 11

9. Melaka 7

10. Pahang 7

11. Johor 6

12. Wilayah Persekutuan (Putrajaya dan Labuan) 7

Jumlah 162

Jadual 1: Maklumat Responden Berdasarkan Negeri Sumber data: Soal Selidik 2011

Dapatan Kajian

Dapatan kajian bagi kertas kerja ini dibahagikan kepada dua skop mengikut kepada objektif dan persoalan yang telah diketengahkan dalam kertas kerja. Skop dapatan kajian adalah seperti berikut :

(5)

A. Dapatan Kajian Berkaitan Faktor Orang Awam Mempelajari Bahasa Arab

Minat dan sikap seseorang dalam melibatkan diri untuk mempelajari bahasa Arab adalah disebabkan faktor dan alasan tertentu. Seperti mana pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan para pelajar, minat dan sikap pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) amat berkait rapat dengan fokus utama silibus pembelajaran. Andainya pelajar berminat untuk menguasai aspek komunikasi, namun pendekatan yang digunakan bertentangan dengan kehendak mereka, ia akan mengakibatkan keresahan dan hilangnya tumpuan pelajar dalam proses P&P.

Menerusi kajian Lazim Omar (2000), matlamat utama program bahasa Arab di Malaysia didapati banyak difokuskan kepada tujuan memahami dan menghayati agama Islam sahaja. Matlamat ini bertepatan dengan kehendak orang awam dalam mempelajari bahasa Arab. Tujuan dan matlamat orang awam dalam mempelajari bahasa Arab adalah disebabkan faktor yang tertentu. Perkara ini disokong apabila hasil dapatan kajian Ahmad Saaduddin (2010) berkaitan aspek kesedaran bahasa Arab amat penting untuk dipelajari dalam melaksanakan urusan berkaitan agama telah dipersetujui oleh 96.3% daripada responden beliau.

Menerusi pengedaran soal selidik yang dijalankan, terdapat beberapa faktor orang awam mempelajari bahasa Arab. Pembahagian faktor tersebut dapat dilihat dalam jadual berikut:

Bil Item Kekerapan Peratus

1. Untuk memahami Al-Quran 103 63.6

2. Untuk memahami bacaan solat 97 59.9

3. Kesedaran sendiri 93 57.4

4. Keinginan komunikasi 89 54.9

5. Keperluan bidang pengajian 74 45.7

6. Terpengaruh dengan iklan media massa 62 38.3

7. Keperluan bidang pekerjaan 61 37.7

8. Ajakan kawan 52 32.1

(6)

Berdasarkan jadual tersebut, dapat dikatakan bahawa faktor utama orang awam dalam mempelajari bahasa Arab adalah untuk memahami al-Quran (63.6 %) dan diikuti untuk memahami bacaan solat (59.9%). Dua faktor ini jelas menunjukkan perkaitan yang erat antara urusan agama dengan pembelajaran bahasa Arab. Justeru itu, orang awam perlu diberi perhatian agar dapat turut serta dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab khususnya bagi tujuan ibadah (Mohd Shahrizal et. al 2013).

Selain itu, aspek kesedaran sendiri (57.4 %) turut menjadi faktor kepada pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan orang awam. Alasan lain yang membuatkan orang awam berminat untuk mempelajari bahasa Arab adalah mereka berkeinginan untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab (54.9 %). Pengkaji berpandangan, faktor ini akan memuncak apabila komunikasi dikaitkan dengan ibadah mengerjakan umrah dan haji. Selain itu, komunikasi akan menjadi antara faktor utama dalam mempelajari bahasa Arab apabila ia dikaitkan dengan profesion kerjaya. Golongan diplomatik atau individu khusus yang ditugaskan untuk ke luar negara khususnya ke negara Arab pasti akan memilih aspek komunikasi sebagai tujuan utama mempelajari bahasa Arab.

Manakala faktor keperluan bidang pengajian (45.7 %) bukanlah merupakan faktor utama orang awam dalam mempelajari bahasa Arab. Pada pandangan pengkaji, keperluan bidang pengajian khususnya dalam bahasa Arab hanya dipelopori oleh golongan pelajar tertentu antaranya golongan Pengajian Islam. Walaupun terdapat institusi yang menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa ketiga untuk kursus pengajian, namun ia tetap dianggap sebagai satu subjek pilihan. Faktor pembelajaran ini lebih tertumpu kepada golongan pelajar bukanlah orang awam secara keseluruhannya. Seterusnya, pengaruh iklan media massa (38.3 %) turut menjadi faktor orang awam dalam mempelajari bahasa Arab.

(7)

kelebihan, pasti mereka turut akan menyedari kepentingan bahasa Arab apabila ia dikaitkan dengan prospek kerjaya mereka.

Akhir sekali, faktor pembelajaran bahasa Arab yang turut menjadikan orang awam berminat untuk mempelajari bahasa Arab ialah ajakan rakan (32.1 %). Pada pandangan pengkaji, faktor ini muncul apabila sesebuah komuniti masyarakat menganjurkan program pengajian bahasa Arab. Maka, penduduk setempat akan saling ingat mengingati untuk hadir ke program sebegini. Pengaruh dan ajakan rakan juga tidak kurang pentingnya dalam mewujudkan masyarakat yang berkehendakkan kepada pembelajaran bahasa Arab.

Dapatan Kajian Berkaitan Faktor Orang Awam Tidak Mempelajari Bahasa Arab.

Skop kedua dapatan kertas kerja ini berkaitan faktor orang awam tidak mempelajari bahasa Arab. Dapatan ini dapat dilihat dalam jadual di bawah :

Jadual 2: Faktor Orang Awam Tidak Mempelajari Bahasa Arab Sumber data: Soal Selidik 2011

Daripada 162 responden yang menjawab soal selidik, hanya 37 orang sahaja yang tidak pernah mempelajari bahasa Arab. Pelbagai alasan diberikan oleh mereka sebagaimana dijelaskan dalam jadual di atas. Ketiadaan peluang mereka untuk mempelajari bahasa Arab merupakan faktor utama mereka tidak mempelajari bahasa Arab, iaitu dengan peratusan tertinggi 11.1%. Pada pandangan pengkaji, besar kemungkinan ia disebabkan kurangnya pendedahan dan peluang untuk orang awam mempelajari bahasa Arab. Hal ini disokong dengan kenyataan Anzaruddin Ahmad (2004) yang berpandangan, kebanyakan kajian berkaitan P&P bahasa Arab hanya

Bil Item Kekerapan Peratus

1. Tiada Peluang Untuk Belajar 18 11.1

2. Tiada Masa Untuk Belajar 8 4.9

3. Tiada Keperluan Untuk Belajar 3 1.9

4. Tidak Berminat Untuk Belajar 1 0.6

5. Tidak Tahu Ia Penting 5 3.1

(8)

memfokuskan kepada kepada golongan pelajar. Golongan bukan pelajar seolah-olah tertinggal atau ditinggalkan secara tidak sedar daripada arus perdana gelombang galakan mempelajari bahasa Arab. Justeru itu, hal ini dapat dikaitkan dengan peluang untuk para pelajar mempelajari bahasa Arab lebih terbuka berbanding peluang untuk orang awam mempelajarinya.

Selain itu, faktor masa juga merupakan antara sebab orang awam tidak mempelajari bahasa Arab. Faktor ketiadaan masa menjadi faktor kedua, iaitu 4.9 % daripada orang awam gagal mempelajari bahasa Arab adalah disebabkan mereka mempunyai komitmen yang lebih besar untuk diuruskan. Pada pandangan pengkaji, faktor masa ini antara faktor yang tidak dapat dielakkan. Hal ini kerana, kelas bahasa Arab yang dianjurkan mungkin sahaja diadakan pada hujung minggu. Bagi segelintir orang awam, hujung minggu ialah masa berhaga yang diperuntukkan untuk bersama keluarga. Pada sesetengah orang awam pula, mereka berasa mempelajari bahasa Arab bukanlah satu keperluan (1.9 %). Namun begitu, faktor ini ialah faktor minoriti yang dipersetujui oleh orang awam. Minat juga memainkan peranan yang penting dalam menarik orang awam untuk mempelajari bahasa Arab. Hanya seorang dengan nilai peratusan 0.6% sahaja yang tidak berminat untuk mempelajari bahasa Arab.

Kepentingan bahasa Arab dalam kehidupan seorang muslim sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Bacaan-bacaan dalam solat dan ibadah umat Islam adalah dalam bahasa Arab hinggakan sumber rujukan agama Islam diturunkan dan diriwayatkan dalam bahasa Arab. Namun begitu, seramai 2 responden (1.2 %) yang berpandangan bahasa Arab kurang penting berbanding bahasa lain. Pengkaji berpendapat faktor ini muncul apabila bahasa Arab tidak dianggap sebagai bahasa perantaraan sedunia. Justeru itu, dari sudut pentingnya bahasa Arab di mata dunia menjadi kurang berbanding bahasa Inggeris. Manakala, seramai 3.1 % bersamaan 5 responden yang menyatakan mereka tidak mengetahui bahasa Arab itu penting buat mereka. Faktor ini dapat dikaitkan dengan sebab ketiadaan peluang dan masa untuk mempelajari bahasa Arab.

Kesimpulan

(9)

dapat menarik minat orang awam dalam mempelajari bahasa Arab. Namun begitu, cara penyampaian, objektif dan pengajaran yang disampaikan oleh tenaga pengajar haruslah bertepatan dengan kehendak orang awam dalam mempelajari bahasa Arab.

Selain itu, para penganjur program bahasa Arab, haruslah membuka ruang seluas-luasnya kepada orang awam untuk turut serta dalam pembelajaran bahasa Arab disamping memupuk rasa cintakan bahasa Arab dalam diri mereka. Penekanan yang mendalam dan penerapan aspek tatabahasa Arab hanya dapat menjauhkan orang awam dari terus mempelajari bahasa Arab. Oleh itu, para penganjur dan tenaga pengajar bahasa Arab harus bijak dalam mengatur silibus pembelajaran khususnya apabila melibatkan orang awam agar mereka tidak lari dan menjauhkan diri dari bahasa Arab.

Rujukan

Ahmad Kilani Mohamed. 2001. Teori Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama Di Malaysia. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Anzaruddin Bin Ahmad. 2004. Bahasa Arab Untuk Tujuan Agama: Kajian Terhadap Sikap Dan Motivasi Golongan Profesional. Disertasi Sarjana, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

Lazim Bin Omar. 2000. Pengajaran Dan Pemelajaran Bahasa Arab Untuk Tujuan-Tujuan Khas: Analisis Keperluan Di Malaysia. Tesis Phd, Fakulti Pengajian Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Puzhi Bin Usop. 2007. Modul Asas Bahasa Arab Untuk Tujuan

Ibadah: Satu Analisis dan Penilaian. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil analisis secara simultan variabel bebas (dana bank, penghasilan nasabah dan suku bunga) memiliki pengaruh yang signifikan terhadap variabel terikat (pemberian

Ketidaksejahteraan rumah tangga petani di Kabupaten Malaka juga dapat dilihat dengan membandingkan nilai NTPRP terhadap total konsumsi dan total biaya

adalah kompetensi yang diperlukan oleh setiap Pegawai Negeri Sipil yang menduduki jabatan structural sesuai dengan bidang tugas/pekerjaan yang menjadi tanggung

Begitulah, akhirnya mb Dian tidak hanya belajar cara mencari gambar dan posting, tapi mulai diajarkan cara riset keywords , karena ini adalah tahapan yang sangat

Hal ini merupakan tujuan dari apa yang dicita-citakan oleh masyarakat Islam dan sejalan dengan tujuan al-Qur’an yang berkenan dengan hak, tanggung jawab, potensi, dan kapasitas

Pustakawan dalam melayani generasi Z dituntut untuk dapat menjadi multitasker, karena perpustakaan saat ini tidak hanya berfokus pada layanan secara konvensional tetapi

Diharapkan dapat memberikan informasi mengenai faktor- faktor yang dapat mempengaruhi kesuksesan untuk melakukan corporate turnaround ketika perusahaan mengalami financial

Adapun untuk kredit UMKM pada bank umum, hingga triwulan II-2011, kredit yang disalurkan tercatat sebesar Rp1.72 triliun atau mengambil pangsa sebesar 41,56% dari total