• Tidak ada hasil yang ditemukan

EKONOMI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNAN SEI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "EKONOMI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNAN SEI"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

EKONOMI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNAN SEIMBANG Nor Aini Haji Idris, Ishak Yussof

ISBN 978-967-942-914-5

Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM),2009

Pertumbuhan ekonomi merupakan entiti paling penting dalam meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat. Namun pertumbuhan ekonomi sahaja belum pasti menjamin faedahnya dinikmati secara saksama oleh semua lapisan rakyat. Justeru keseimbangan di antara pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan ekonomi, sosial dan politik penduduk perlu diberi perhatian serius bagi menentukan pembangunan Negara.

Misi Nasional dilancarkan serentak dengan Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2009. Matlamat RMK-9 ialah untuk mencapai tahap ekonomi negara yang lebih kukuh disamping Kerajaan berusaha untuk mencapai pembangunan yang seimbang dan berkualiti. Proses pertumbuhan ekonomi memerlukan pelbagai kompenan termasuk tanah, buruh, modal dan teknologi. Kompenan ini harus digabungkan dengan bijak bagi menghasilkan pertumbuhan yang seimbang dan berkualiti.

Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada peningkatan dalam nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah ekonomi. Terdapat pelbagai cara untuk mengukur pertumbuhan ekonomi sesebuah negara seperti peratus peningkatan dalam KDNK, ukuran KDNK per kapita, pekali Gini dan Keluaran Dalam Negara Kasar Hijau (GGDP). Meskipun KDNK mempunyai kelemahan sebagai ukuran pertumbuhan, KDNK masih diterima sebagai ukuran pertumbuhan dalam konteks perancangan pertumbuhan ekonomi jangka panjang dan masih diterima umum sebagai indikator terpenting (Meier 2005). KDNK boleh disesuaikan dengan parity kuasa beli (PPP) sesebuah Negara dalam memberi gambaran sebenar taraf hidup penduduk sesebuah Negara.

(2)

Bagi mencapai pembangunan seimbang memerlukan dasar dan strategi dalam ekonomi Negara. Di Malaysia dasar dan strategi ke arah mewujudkan pembangunan ekonomi yang lebih seimbang telah lama diberi penekanan. Cabaran yang dihadapi Malaysia bukan sekadar menjana pertumbuhan ekonomi Negara sahaja, namun kesan penjajahan dan sejarah lalu adalah cabaran terbesar yang harus dihadapi oleh Malaysia. Dasar ‘pecah dan perintah’ melibatkan dan ‘pembangunan wilayah berpilih’ melibatkan wilayah mewujudkan dualisme ekonomi dan menjadi cabaran terbesar dalam proses kemajuan ekonomi Malaysia.

Semenjak merdeka, kemajuan ekonomi negara dipengaruhi oleh beberapa siri rancangan lima tahun Negara. Pasca 13 Mei 1969 rusuhan yang melibatkan kaum, kerajaan menyedari harus ada tindakan segera dalam menangani masalah ini daripada terus menjarah. Maka pada tahun 1971 Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) 1971-1990, telah diperkenalkan dengan matlamat utama membangunkan ekonomi Negara secara seimbang dari segi agihan dan meningkatkan perpaduan kaum sekaligus membasmi kemiskinan yang melibatkan bumiputera.

Meskipun matlamat DEB untuk meningkatkan penguasaan 30% ekuiti bumiputera belum tercapai, namun DEB berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 49.3% kepada 15.0% dan KDNK per kapita meningkat daripada hanya RM 993 kepada RM 4,392 peningkatan sebanyak 3.42%. Dari segi agihan kekayaan mengikut kaum, pegangan saham bumiputera meningkat kepada 19.3% daripada 2.4%. Guna tenaga bumiputera dalam sektor Profesional dan Teknikal serta Pentadbiran dan Pengurusan turut meningkat masing-masing daripada 47.2% dan 22.4% pada 1970 kepada 60.3% dan 33.3% pada tahun 1990.

Setelah DEB berakhir, kerajaan meneruskan RRJP2 atau juga dikenali sebagai Dasar Pembangunan Negara (DPN) meliputi tempoh 1991-2000. DPN dilihat sebagai kesinambungan DEB memandangkan sebahagian matlamatnya meneruskan usaha membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Kerajaan berjaya mengurangkan kadar kemiskinan menjelang tahun 2000 daripada 5.2% kepada 0.8%. DPN juga turut memberi penekanan kepada kualiti sumber manusia terutama tenaga mahir. Dalam tempoh ini tumpuan lebih diberikan untuk mengalih aktiviti pengeluaran daripada intensif buruh kepada berintensifkan modal dan teknologi tinggi. Untuk menyokong usaha ini kerajaan telah menggubal Akta Pengajian Tinggi Swasta 1996 bagi menjadi sumber masa hadapan dalam sektor tenaga mahir.

(3)

kepada isu kemiskinan, perpaduan kaum dan agihan. DWN memberi penekanan yang lebih serius untuk mengalih ekonomi Negara berasaskan pengeluaran (p-economy) kepada berasaskan pengetahuan (k-economy) untuk menjamin daya saing di peringkat global.

Tempoh 2011-2020 dibawah RMK-9 kerajaan telah menggariskan strategi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Ini lebih dikenali sebagai Misi Nasional dengan matlamat utama untuk mencapai kadar pertumbuhan purata sebanyak 6.0% setahun dalam tempoh lima tahun akan datang dan 6.5% dalam tempoh 2011-2020 berikutnya. Disamping mengejar status negara maju, kerajaan juga bertekad membangunkan modal insan yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi secara seimbang dan tidak mengenepikan isu kemiskinan, kemanusiaan dan moral. Di dalam RMK-9 kerajaan berkeyakinan dengan pendekatan ‘agihan bersama pertumbuhan’.

Di dalam RMK-9 kerajaan berusaha menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi. Antara fokus yang telah digariskan oleh kerajaan dalam RMK-9 ialah membasmi kemiskinan tegar menjelang tahun 2010, mengurangkan jurang penduduk luar bandar dengan bandar, memajukan wilayah, merapatkan jurang digital, menangani jurang antara kaum dengan menambah pendapatan melalui peningkatan kemahiran, menggalakkan peluang pekerjaan sama rata, mewujudkan usahawan generasi baru dan enterpris bumiputera yang berdaya saing dan mengakaji dasar dan program penyusunan semula.

Pada umumnya segala dasar dan strategik yang diambil kerajaan dan usaha-usaha yang dilakukan sejak merdeka sehingga kini membayangkan keseriusan kerajaan untuk mewujudkan pembangunan ekonomi yang seimbang. Pembangunan ekonomi seimbang melalui strategi ‘pertumbuhan bersama agihan’ sememangnya menjadi matlamat yang ingin dicapai oleh kebanyakan Negara, terutamanya dikalangan Negara membangun. Dalam konteks ekonomi Malaysia, isu agihan antara kaum memerlukan masa yang lama untuk diselesaikan.

Kualiti hidup penduduk mempunyai kaitan yang rapat dengan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan seimbang sesebuah negara. Kelemahan KDNK perkapita yang hanya memberi gambaran umum mengenai taraf hidup penduduk sesebuah Negara telah membawa kepada kemunculan pendekatan alternatif untuk mengukur kesan pertumbuhan ekonomi ke atas kehidupan penduduk secara lebih terperinci dan komprehensif.

(4)

PQLI dan Ukuran Kesejahteraan Sosial, dan akhir sekali Indeks Pembangunan Manusia (HDI) yang dihasilkan oleh ahli ekonomi Pakistan, Mahbub ul Haq, dan digunakan oleh UNDP sejak tahun 1993. Indeks HDI sangat berguna untuk mengukur kesejahteraan hidup manusia dan bagi tujuan perbandingan antara negara.

Malaysia juga turut menerbitkan indeks kualiti hidup untuk mengukur kesan pertumbuhan ekonomi ke atas taraf hidup dan kesejahteraan penduduknya. Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) menjadikan tahun 1990 sebagai tahun asas semasa mengira indeks berkenaan. IKHM menggunakan 42 petunjuk meliputi 11 kompenan kehidupan seperti pendapatan dan penagihan, persekitaran kerja, pengangkutan dan komunikasi, kesihatan, pendidikan, perumahan, alam sekitar, kehidupan keluarga, penyertaan sosial, keselamatan awam, dan kebudayaan dan liburan.

Analisis impak pertumbuhan ekonomi ke atas IKHM menunjukkan kualiti hidup penduduk negara secara keseluruhannya meningkat sejak 14 tahun (2004). Indeks komposit IKHM meningkat sebanyak 10.9%. Data IKHM yang diperolehi menujukkan, IKHM lebih berkait rapat dengan pendapatan per kapita (KDNK per kapita) dan IKHM tidak terkesan dengan kadar pertumbuhan ekonomi Negara sekaligus menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi yang lazimnya diukur oleh perubahan dalam KDNK, bukanlah faktor utama yang boleh menjamin kualiti hidup penduduk meningkat. Ini dibuktikan dengan dalam pada tahun 1998 dan tahun 2001, meskipun pertumbuhan ekonomi Malaysia merosot, namun ianya tidak menjejaskan indeks komposit IKHM.

Modal manusia atau kini dikenali sebagai modal insan diakui penting dalam membangunkan sesebuah Negara. Ini dipandang serius oleh kerajaan apabila menjadikan aspek modal insan iatu memupuk masyarakat ‘minda kelas pertama’ sebagai teras kedua dalam Misi Nasional atau RMK-9. Sejak tahun 1990, kerajaan telah memberi penekanan terhadap pembangunan modal insan dan telah beralih daripada ‘tenaga buruh yang ramai dan murah’ untuk menarik pelaburan asing kepada keperluan ‘tenaga mahir’ dalam usaha proses penyerapan teknologi.

(5)

Strategi kedua ialah memperkukuhkan keupayaan R&D, sains dan inovasi. Melalui pendekatan ini kerajaan dengan serius telah menyasarkan sasaran perbelanjaan R&D Negara sebanyak 1.5% pada KDNK menjelang tahun 2010. Tabung Tekno dan Tabung Sains diwujudkan bagi memudahkan pembiayaan pendidikan dan Kerajaan telah melancarkan Program Brain Gain, untuk menarik penyelidik dan saintis ke Malaysia.

Memupuk Masyarakat Berbudaya dan Memiliki Kekuatan Moral menjadi strategi ketiga yang telah digariskan dalam RMK-9. Melalui strategi ini kerajaan telah berusaha menjadikan rakyat Malaysia berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral sekaligus mengurangkan gejala rasuah, penipuan dan jenayah kolar putih yang akan mengakibatkan pembaziran sumber, penambahan kos dan akhirnya memberi kesan buruk kepada ekonomi dan pembangunan negara. Oleh itu kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM200 billion dalam RMK-9 yang meliputi 44.9% kepada pembangunan sektor ekonomi, 10.6% sosial dan 6.9% kepada keselamatan dan pentadbiran am. Dari segi subsektor, latihan dan pendidikan mendapat peruntukan terbesar sebanyak 20.6% selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kualiti modal insan. dalam usaha menuju kearah sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kerajaan sedar bahawa dalam membangunkan ekonomi negara, rakyat perlu dibekalkan pengetahuan disamping berketrampilan dan mempunyai jati diri yang kukuh untuk bersaing di peringkat global.

Kualiti alam sekitar juga sangat penting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang seimbang. Di Malaysia, urus tadbir alam sekitar dilaksanakan di bawah peruntukan Akta Alam Sekitar 1974 menerusi kaedah ‘kawal dan arah’. Kebanyakan pandangan mengatakan bahawa pertumbuhan ekonomi seringkali memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Namun ada juga beberapa pandangan misalnya Grossman dan Krueger yang menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi boleh memberi kesan positif atau negatif bergantung kepada tahap pembangunan ekonomi berkenaan. Ini dibuktikan dengan Keluk Kuznetz Alam Sekitar yang menunjukkan bahawa kualiti alam sekitar mempunyai hubungan menyonsang dengan seperti ‘U terbalik’ dengan pendapatan per kapita.

(6)

Untuk menghadapi masalah ini kerajaan telah menggunakan instrument pasaran sejajar dengan inisiatif kerajaan yang ditekankan dalam RMK-9, kaedah tadbir urus alam sekitar perlu menuju ke arah kawalan sendiri. Kerajan telah memperkenalkan Insentif Galakan Pelaburan untuk Pengurusan Alam Sekitar antaranya ialah Insentif projek berasaskan ladang hutan yang ditanam semula, Insentif aktiviti kitar semula bahan buangan dan Elaun modal tercepat.

Selain daripada itu kerajaan turut memperkenalkan pensijilan ISO 14001 dan pelabelan, dua inisiatif pasaran yang mempunyai ciri-ciri kawalan sendiri. Kerajaan juga turut menggunakan Instrumen Pasaran untuk menghadapi masalah kualiti alam sekitar. Antara instrumen pasaran yang digunakan ialah Caj Pencemaran, Subsidi, Deposit & Pembayaran Kembali dan Permit pelepasan pencemaran dan sistem jual Beli.

Langkah-langkah dan usaha yang diambil oleh kerajaan ini sangat perlu bagi menjamin kepada pertumbuhan ekonomi yang berterusan tanpa mengancam dan memberi impak yang negatif kepada kualiti alam sekitar. Secara umumnya, strategi yang diambil oleh kerajaan menggunakan kaedah tadbir urus alam sekitar menuju ke arah kawalan sendiri sangat perlu memandangkan kos pengurusan alam sekitar semakin meningkat.

Dalam mencapai pembangunan seimbang, agihan pendapatan yang saksama dan pembasmian kemiskinan adalah sangat penting. Di Malaysia, menerusi DEB, DPN dan DWN memperlihatkan usaha keras kerajaan dalam mencapai perpaduan Negara, pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan keseimbangan sosial. Falsafah asas DEB yang mengutamakan pengagihan saksama dalam konteks ekonomi yang pesat disamping membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan ketidaksetaraan ekonomi telah diteruskan oleh DPN dan DWN.

Agihan pendapatan dapat diperhatikan melalui beberapa petunjuk antaranya ialah bahagian pendapatan isi rumah, nisbah Gini dan min pendapatan penduduk. Aliran agihan pendapatan di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu 1957/1958 hingga 1976/ 1977 hingga 1990 dan tahun 1991 hingga 1999. Pada fasa pertama menggambarkan berlaku ketidaksetaraan agihan pendapatan meskipun DEB telah dilaksanakan. Namun pada fasa kedua, Agihan pendapatan semakin baik dan setara dengan penunjukkan penurunan pekali Gini. Keadaan ini selari dengan apa yang dihipotesiskan oleh Kuznet pada peringkat awal pertumbuhan. Keadaan fasa ketiga pada tahun 1990 menunjukkan trend yang sebaliknya apabila agihan pendapatan meningkat semula menurusi kenaikan pekali Gini.

(7)

kerajaan dalam menangani cabaran globalisasi dengan melaksanakan dasar liberalisasi, deregulasi dan penswastaan merupakan faktor utama mengapa ketidakseimbangan agihan pendapatan berlaku. Selain itu juga proses globalisasi dan penyatuan ekonomi dunia juga menjadi antara hipotesis ketidakseimbangan agihan pendapatan yang berlaku terhadap negara membangun. Ini disebabkan kekayaan hanya dirasai oleh sesebuah kelompok, benua dan wilayah tanpa ada agihan kekayaan yang saksama. Di Amerika Syarikat pula, faktor yang menyumbang kepada ketidakseimbangan pendapatan adalah kerana perdagangan bebas.

Justeru, bagi menjamin pertumbuhan yang tinggi dan keseimbangan agihan pendapatan yang saksama maka beberapa starategi diperlukan untuk menangani masalah kemiskinan dan ketidaksetaraan agihan pendapatan ini. Kerajaan komited dalam usaha untuk membasmi kemiskinan dan masalah ketidaksetaraan agihan. Ini diterjemahkan melalui dasar, strategi dan program pembasmian kemiskinan yang telah dilakukan kerajaan. Usaha ini dapat dilihat melalui RRJP1 dan RRJP2 merangkumi DEB, DPN dan DWN. Masalah kemiskinan ini bukan sahaja merencatkan pertumbuhan ekonomi Negara malah ia mendatangkan masalah perpaduan di dalam masyarakat majmuk di Malaysia sehingga menjadi salah satu punca kepada tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Umum mengetahui bahawa kemiskinan membelungi kaum Melayu dan Bumiputera kerana pendapatan mereka yang relatif rendah jika dibandingkan dengan kaum lain. Masalah pembangunan yang bersifat tidak setara juga menjadi penyumbang masalah.

Antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan melalui DEB, DPN dan DSN ialah memperuntukkan saham baru kepada bumiputera, program penswastaan kepada usahawan bumiputera yang layak dan berpotensi, pembentukan saham amanah seperti Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB), melancarkan dan membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR).

(8)

Teori yang kedua pula ialah Teori Ekonomi Menyimpang dimana negara miskin akan terus kekal miskin dan negara maju akan bertambah kaya disebabkan penggantungan dan eksploitasi sumber oleh negara maju terhadap negara miskin. Milanovic berpendapat bahawa peningkatan ketidakseimbangan agihan pendapatan di peringkat global disebabkan oleh dua faktor, iaitu ketidakseimbangan agihan pendapatan antara negara dan ketidakseimbangan pendapatan dalam negara itu sendiri. Kajian yang dilakukan Brown dan Kane (1995) mendapati agihan pendapatan global menunjukkan tren ketidakseimbangan yang semakin meningkat. Nisbah kaya kepada miskin dalam agihan pendapatan global meningkat daripada 30:1 pada tahun 1960 kepada 64:1 pada tahun 1990.

Antara kesan lain globalisasi antaranya ialah jurang perdagangan negara maju dan negara membangun, jurang pelaburan asing yang hanya menumpukan pelaburan dibeberapa buah negara tertentu seperti China, Brazil, Mexico dan Singapura, Jurang Perkembangan ICT antara negara maju dan negara membangun dan Migrasi antarabangsa yang menyebabkan negara membangun kehilangan sumber manusia yang berhijrah ke negara maju. Untuk menghadapi masalah ini, Malaysia perlu meningkatkan daya tahan ekonominya daripada pelbagai aspek untuk menghadapi kepesatan arus globalisasi demi menjamin pertumbuhan ekonomi yang berkualiti dalam jangka panjang dan kearah pembangunan yang seimbang.

Ketidakseimbangan wilayah juga berkaitan dengan ketidakseimbangan dalam pembangunan sesebuah negara. Dalam tempoh RMK-9, pembangunan wilayah seimbang kekal sebagai salah satu objektif utama pembangunan negara. Ini selaras dengan teras Misi Nasional ketiga, iaitu untuk menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif.

Terdapat beberapa faktor yang mewujudkan keadaan wilayah yang tidak seimbang dalam sesebuah negara. Antaranya ialah sejarah penerokaan kawasan, saiz kawasan, keadaan politik, sosial budaya, pengaliran modal, pengaliran buruh, dasar kerajaan pusat dan faktor geografi. Matlamat asas pembangunan wilayah adalah agihan yang sama rata dari segi pendapatan, kemudahan awam, perumahan dan peluang untuk kemajuan sosial serta ekonomi rakyat.

(9)

Untuk memudahkan urusan pembangunan wilayah, 6 pecahan bahagian wilayah telah dibuat meliputi Wilayah Utara (Koridor Utara), Wilayah Selatan (Koridor Selatan), Wilayah Timur (Koridor Timur), Wilayah Tengah, Wilayah Sarawak dan Wilayah Sabah. Dalam usaha mempercepatkan pembangunan di wilayah atau negeri kurang maju, tumpuan diberi kepada pembangunan di pusat pertumbuhan negeri serta pembangunan merentasi sempadan, misalnya Zon Terengganu Utara-Kelantan Selatan-Pahang Barat di Koridor Pantai Timur, Zon Pembangunan Utara Semenanjung di Kedah, Perlis, Seberang Prai di Pulau Pinang dan Perak Utara Sebagai menerajui pembangunan industri makanan termasuk hab halal. Bagi Sabah dan Sarawak, tumpuan kawasan pembangunan adalah di sekitar pusat pertumbuhan luar bandar yang baru serta kawasan pembangunan yang merentas sempadan. Di Wilayah Selatan pula terdapat Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER). Apabila segala perancangan dalam pembangunan wilayah ini dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar, masalah ketidakseimbangan pasti dapat diminimumkan dan kesannya penduduk akan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Sektor pertanian memainkan peranan penting terhadap ekonomi dan pemodenan sesebuah negara disamping menyumbang ke arah pembangunan seimbang. Sektor ini bertanggungjawab dalam menyumbang kepada penyediaan buruh, penyediaan makanan bagi penduduk yang semakin bertambah, penyedian simpanan modal bagi pelaburan di sektor lain dan sebagai pasaran barangan industri.

Sektor pertanian juga merupakan sektor yang penting di dalam menyumbang kepada pembangunan yang seimbang. Ini kerana hampir 80% sektor ini di dominasi oleh etnik Melayu dan Bumiputera yang umumnya mempunyai pendapatan yang rendah. Oleh itu kerajaan juga giat menjalankan dasar dan melaksanakan strategi bertujuan untuk mencergaskan semula sektor pertanian Negara.

(10)

Walaupun peratus KDNK berkurangan, namun jumlah nilai tambah sektor pertanian meningkat daripada 18.7 billion pada tahun 2000 kepada 21.6 billlion pada tahun 2005.

Sejak tahun 1980 kerajaan telah memperkenalkan tiga dasar khusus untuk pertanian negara iaitu Dasar Pertanian Pertama, Dasar Pertanian Kedua dan Dasar Pertanian Ketiga. Di dalam RMK-9 teras dasar sektor pertanian secara keseluruhannya akan ditumpukan kepada usaha mengorientasikan semula sektor pertanian ke arah pengkomersilan yang lebih meluas bagi melahirkan petani berpendapatan tinggi serta menggalakkan pelaburan swasta lebih besar termasuk pelabur asing. Terdapat lima teras dasar pertanian dalam RMK-9 antaranya ialah 1) Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta lebih besar 2) Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk 3) Memperkukuhkan pemasaran dan rangkain global 4) Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan 5) Menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan.

Selain itu juga, kerajaan menerusi Kementeriaan Pertanian dan Industri Asas Tani (KPIAT) telah memperkenalkan Plan Tindakan Balance of Trade (BOT) bertujuan untuk membaiki defisit imbangan perdagangan makanan. Antara usaha-usaha lain yang dilaksanakan KPIAT dalam proses mengubah sektor pertanian ke arah lebih moden, dinamik dan berdaya saing ialah 1) Transformasi ladang, 2) Transformasi tenaga buruh kepada penggunaan mekanisasi, automasi dan teknologi, 3) Pengurusan ladang secara moden, 4) Daya saing lebih tinggi, 5) Pengezonan, dan 6) Latihan.

Untuk menyokong usaha KPIAT mencergaskan semula peranan dan sumbangan sektor pertanian kepada pertumbuhan ekonomi negara beberapa strategi telah dirangka. Ini termasuklah strategi dan program yang telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh RMK-9 antaranya ialah 1)Menggalakkan pertanian secara komersial, 2) Memperkenalkan Pertanian Satu Perniagaan, 3) Memberi tumpuan kepada subsektor pertanian, 4) Membangunkan produk halal, 5) Memperkenalkan sistem ternakan secara integrasi dan 6) Pelan tindakan pelaksanaan kempen Buku Hijau.

(11)

Kenaikan harga minyak petrol memberi kesan kepada kebajikan rakyat seterusnya menjadi cabaran kepada pembangunan ekonomi seimbang di Malaysia. Minyak adalah sumber semula jadi utama yang menyumbang kepada perkembangan industri, perdagangan dan ekonomi dunia. Harga minyak adalah satu petunjuk ekonomi penting yang menentukan sama ada ekonomi dunia mengalami kemerosotan atau sebaliknya. Umum mengetahui bahawa Malaysia adalah negara pengeksport bersih minyak. Pada tahun 1970, minyak menyumbang sebanyak 4.0% kepada eksport negara. Sumbangan tersebut meningkat kepada sekitar 16.0% pada tahun 1980, tetapi menurun kepada sekitar 3.0% pada tahun 2000. Secara ringkas, Malaysia mendapat manfaat dari segi pertambahan pendapatan eksport kesan daripada kenaikan harga minyak dunia.

Terdapat empat krisis minyak yang berlaku di dunia antaranya ialah Krisis Minyak Pertama pada tahun 1973-1974, Krisis Minyak Kedua pada tahun 1980-1981, Krisis Minyak Ketiga pada tahun 1990, Krisis Minyak Keempat pada tahun 2006, dan yang terbaru kenaikan harga minyak pada tahun 2008.

Adakah Malaysia hanya menerima kesan positif daripada kenaikan harga minyak dunia? Jawapannya tidak. Jika disoroti kembali Krisis Minyak Pertama, harga minyak saat itu adalah tinggi, sekitar AS$12.19 setong pada tahun 1974. Pada tahun tersebut pendapatan eksport negara bertambah sebanyak RM409 Juta. Peningkatan pendapatan eksport adalah kesan langsung daripada kenaikan harga minyak yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. 1973, KDNK Malaysia bertumbuh sebanyak 11.7% meningkat daripada 9.4% tahun sebelumnya. Pada tahun 1974, pertumbuhan masih kekal tinggi sebanyak 8.3% tetapi menurun secara mendadak kepada 2.2% pada tahun 1975.

(12)

perindustrian semakin cekap dalam penggunaan minyak dan kurang bergantung kepada minyak sebagai sumber tenaga.

Berikutan daripada kejatuhan pertama harga minyak, pada tahun 1973 dan penemuan sumber petroleum di kawasan luar pantai Terengganu Parlimen telah meluluskan Akta Pembangunan Petroleum (PDA) yang telah memberi kuasa kepada kerajaan membentuk syarikat minyak kebangsaan Petronas menggantikan sistem konsensi yang diberikan kepada syarikat multinasional.Untuk kepentingan sumber petroleum negara dalam menjana hasil untuk pembangunan ekonomi dan juga menjimatkan sumber petroleum, kerajaan telah menggubal Dasar Petroleum Kebangsaan (NPD) dengan lima matlamat. Kerajaan juga telah membentuk Dasar Tenaga Negara (DTN) dengan meletakkan tiga matlamat seperti matlamat bekalan, matlamat penggunaan dan matlamat alam sekitar.

Sudah pasti kenaikan harga minyak memberi kesan negatif kepada pengguna sekaligus menjadi antara cabaran dalam pembangunan seimbang sesebuah negara. Kenaikan bahan bakar ini akan mendorong kepada peningkatan harga agregat dan seterusnya mengurangkan baki wang benar yang dipegang oleh isi rumah, pengguna dan firma. Bagi Malaysia, kenaikan harga minyak terpaksa dinaikkan kerana kerajaan terpaksa bagi menguraangkan subsidi yang selama ini ditanggung. Kerajaan menegaskan pengurangan subsidi sebanyak RM4 billion akan digunakan untuk meningkatkan kualiti kemudahan pengangkutan awam di Malaysia.

Beberapa analisis telah dijalankan untuk melihat sejauh manakah kesan kenaikan harga minyak kepada pengguna. Antara kesannya ialah perbelanjaan pengangkutan pengguna. Sebelum kenaikan harga minyak, pengguna hanya membelanjakan sekitar RM100-RM200 untuk minyak, namun selepas kenaikan harga minyak, terdapat kenaikan ketara kepada RM201-R330 iaitu peningkatan daripada 34.6% kepada 65.5%. Kenaikan peratusan pengguna yang berbelanja melebihi RM500 telah meningkat secara mendadak daripada 1.3% kepada 10.3%.

Oleh itu pengguna terpaksa mengambil beberapa mekanisme untuk menangani kesan kenaikan harga minyak. Antaranya ialah mengurangkan kekerapan makan di luar, membawa bekal ke tempat kerja, mengurangkan perbelanjaan membeli berlah, mengurangkan penggunaan kereta ke tempat kerja, menggunakan kemudahan pengangkutan awam, berkongsi keret dengan rakan sepejabat dan menggunakan kereta kecil untuk ke tempat kerja atau tujuan lain.

(13)

Referensi

Dokumen terkait

Dengan demikian peranan penting sektor pertanian dalam perekonomian suatu negara antara lain, sebagai: (1) penyedia bahan pangan yang diperlukan masyarakat untuk menjamin

SUMBERDAYA MANUSIA BEFORE 9 Pembangunan Infrastruktur Berbasis Community Development Transformasi Ekonomi Melalui Penguatan Sektor Perkebunan, Pertanian dan Perikanan Pembangunan

Program pengembangan dan pembangunan sektor pertanian di Indonesia masih perlu terus dibenahi, mengingat beberapa indikator penting dalam pembangunan pertanian

Perumahan merupakan satu komponen penting dalam pembangunan ekonomi di mana ia telah menjadi dasar kerajaan untuk menyediakan rumah bagi setiap rakyat. Rancangan Malaysia

Bagi mengatasi masalah ini, komuniti perindustrian Britain telah menuntut agar pihak kerajaan melaksanakan dasar perlindungan untuk melindungi sektor perindustriannya

Dalam melaksanakan pembangunan dan kebijakan pembangunan regional, pada tahap pra pembangunan kita wajib melakukan penelitian yang dimulai dengan identifikasi modal dasar apa

STRATEGI PERENCANAAN PEMBANGUNAN EKONOMI BERBASIS SEKTOR PERTANIAN TANAMAN PANGAN DI KABUPATEN.. TULUNGAGUNG

Ini adalah penting bagi merealisasikan hasrat kerajaan yang amat mengiatkan kegiatan e-dagang dalam sektor pertanian Selain itu, kajian juga mendapati bahawa buletin atau surat berita