• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rahsia Buit Duit Dengan Dropship

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Rahsia Buit Duit Dengan Dropship"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

1

1

Dibawakan Khas Oleh

Dibawakan Khas Oleh

RAHSIA BUAT DUIT DENGAN DROPSHIP RAHSIA BUAT DUIT DENGAN DROPSHIP

Credit: Nor Liza Abu Bakar Credit: Nor Liza Abu Bakar

(2)

2

Mukaddimah

Bisnes online. Bisnes online adalah satu bisnes yang sedang diminati oleh banyak usahawan pada ketika ini. Pelbagai cara dan sistem telah pun diciptakan untuk membawa idea kreatif dalam berbisnes secara online.

Salah satu istilah sistem yang telah diwujudkan adalah Sistem Dropship. Sistem ini merupakan sistem yang sangat mudah untuk dijalankan oleh semua usahawan dan golongan-golongan yang baru berjinak-jinak dengan dunia bisnes online.

Mari kita lihat dengan lebih jelas berkenaan Sistem Dropship ini. 1. APA ITU DROPSHIP?

Satu kaedah perniagaan runcit. Peniaga yang dipanggil sebagai ejen dropship tidak perlu menyimpan stok produk.

Sebaliknya, ejen dropship akan mengambil pesanan daripada pelanggan dan kemudian membuat pembayaran dan pesanan kepada pembekal (pemborong atau HQ).

Pihak pembekal seterusnya akan menguruskan proses pembungkusan dan penghantaran kepada pelanggan ejen dropship itu.

Dalam sistem ini, ejen dropship tidak pernah terlibat secara langsung dalam urusan pengendalian produk itu sendiri. Bahasa mudah, ejen dropship hanya buat iklan, ambil bayaran serta

(3)

3

pesanan dari pelanggan dan membuat pesanan kepada pembekal

sahaja.

Tapi... Kena hati-hati!

Terjun ke dunia perniagaan tanpa ilmu asas bisnes adalah ibarat seperti anda terjun ke dalam lubang yang anda tak tahu kedalamannya dan anda tak tahu apa yang menunggu anda di dasar lubang sana.

Jangan sesekali anda tersilap langkah memilih pembekal kerana tidak tahu pembekal mana yang benar-benar komited untuk memasarkan produk di pasaran.

2. KELEBIHAN & KEKURANGAN BISNES DROPSHIP KELEBIHAN

a. TANPA MODAL

Bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes, pasti mahu bisnes yang tanpa modal atau memerlukan modal yang rendah. Menarik kan? Jana keuntungan tanpa modal adalah bukan sesuatu yang mustahil jika kena pada caranya.

b. LOKASI DAN MASA

Kita dapat melakukan bisnes dropship ini pada bila-bila masa dan di mana-mana saja. Yang penting dalam bisnes dropship ini adalah ada access untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan  juga pembekal terutamanya access internet dan line telefon.

(4)

4

c. PILIHAN PRODUK YANG PELBAGAI

Oleh kerana ejen dropship tak perlu membeli stok sendiri terlebih dahulu, maka ia memberi kebebasan kepada anda untuk membuat banyak pilihan sama ada mahu fokus pada satu produk saja atau ingin mempelbagaikan lagi produk dalam  jualan dropship anda.

Namun, saya selalu memberi nasihat dan pandangan kepada ejen-ejen dropship daripada Program Zero Capital saya untuk belajar FOKUS. Selagi anda fokus kepada MATLAMAT anda Inshaa Allah anda pasti boleh berjaya walaupun anda menjual lebih daripada satu produk secara dropship.

d. MUDAH UNTUK BERMULA

Bisnes sistem dropship ini amat mudah kerana anda tidak perlu mengendalikan produk secara langsung. Tak perlu pening kepada dengan urusan-urusan lain seperti sewa kedai, tapak niaga mahu pun stor. Tak perlu sakit kepala untuk fikir tentang pengendalian pembungkusan dan penghantaran produk, sistem tracking, akaun dan macam-macam lagi.

Namun, kita juga perlu ingat bahawa dalam apa jua bisnes, risikonya TETAP ADA dan perlu diambil perhatian.

(5)

5

KEKURANGAN

a. KEUNTUNGAN RENDAH

Low risk low return, mungkin ini istilah yang sesuai untuk bisnes dropship dengan risiko kerugian yang sangat kecil maka keuntungannya pun juga kecil. Namun, kini ramai juga pembekal menawarkan keuntungan yang banyak kepada ejen dropship sekiranya pembekal itu membuat sistem ejen 2 layer.

b. KUALITI BARANG

Sebagai ejen dropship, anda tidak dapat melihat bentuk fizikal barang yang telah dipesan oleh pelanggan anda kerana semua stok itu hanya akan dipos oleh pembekal anda sahaja. Oleh itu amatlah penting untuk anda mengetahui rekod atau prestasi atau kualiti servis bakal pembekal anda sebelum anda mendaftar menjadi ejen mereka.

c. PENGHANTARAN

Sekiranya kita berurusan dengan beberapa pembekal, bermakna produk yang anda iklankan datang daripada sumber-sumber yang berbeza. Keadaan ini sedikit sebanyak akan menyukarkan urusan dari segi pos barang.

d. KESILAPAN PEMBEKAL

Adakalanya, berlaku juga kesilapan semasa proses pembungkusan dan penghantaran dibuat kepada pelanggan. Kesannya, pelanggan mungkin akan menerima produk yang salah, produk yang sudah rosak ataupun tidak cukup

(6)

6

kuantiti. Dalam kes macam ni pembekal sukar

dipersalahkan, sebaliknya andalah yang akan bertanggungjawab.

Oleh itu sekiranya berurusan dengan pembekal yang rendah kualiti perkhidmatannya, secara tak langsung akan menjejaskan reputasi bisnes dropship anda di mata pelanggan.

(7)

7

Bagi memahami lebih jelas mari kita lihat lebih jelas bagaimana

sistem dropship ini beroperasi. Langkah 1:

Pelanggan membuat pembelian secara online kepada anda. Langkah 2:

Ejen dropship ambil komisyen dan membuat pesanan kepada pembekal.

Langkah 3:

Pembekal membungkus produk dan mengirimnya kepada pelanggan.

Langkah 4:

Pembekal memaklumkan kepada ejen dropship mengenai detail kiriman produk.

4. TIPS MEMILIH PRODUK YANG SESUAI DIJUAL. a. Google Trends

Antara cara terbaik untuk mencari maklumat produk atau servis apakah tahap permintaannya tinggi. Cuma perlu taip Google Trends dan masuk ke halamannya. Apabila sudah masuk ke halamannya, sila tulis apa saja keyword yang ingin anda tahu akan potensinya. Setelah anda masukkan keyword yang anda mahu, maka ianya akan keluar satu result yang mengandungi maklumat berkenaan lokasi dan graf permintaan keyword berkenaan.

(8)

8

b. Tahap Persaingan

Mengenali pesaing di pasaran adalah langkah yang penting sebelum bakal peniaga menentukan business model yang hendak di pasarkan.

Sekiranya terlalu ramai pesaing terutama yang berbisnes secara online akan menyukarkan anda dalam usaha membangunkan bisnes dropship. Lebih-lebih lagi pesaing anda mempunyai strategi, ilmu dan pengalaman dalam bisnes yang sama.

Namun, lain bisnes lain gayanya. Sekiranya anda mempunyai pesaing yang ramai tetapi anda mempunyai NICHE yang unik, pastinya anda akan dapat menandingi pesaing-pesaing anda dengan sangat cepat.

c. Harga Produk

Harga produk yang ditawarkan seharusnya setimpal dengan tahap perkhidmatan pembelian yang anda tawarkan.

Bergantung kepada pembekal. Ada produk yang telah ditetapkan harganya dan anda hanya mengambil komisyen daripada harga produk tersebut sahaja.

Ada juga produk yang boleh ejen dropship ‘mark-up’ untuk

mendapat keuntungan lebih. Namun bagaimana pun, cara pemberian harga itu biasanya telah ditetapkan oleh pembekal masing-masing.

(9)

9

d. Berat Produk

Dalam dunia bisnes di mana penghantaran PERCUMA adalah selalunya dijangka dan diharapkan oleh pelanggan. Menjadi sesuatu yang mencabar sekiranya kita menjual produk yang berat. Ini kerana kos penghantarannya pasti menjadi semakin mahal. Maka, pilihlah produk yang ringan kerana semakin ringan produk tersebut semakin mudah dan murah kos penghantarannya yang perlu kita bayar.

e. Trend Semasa

Adakah kadar turn-over rendah? Bagi peniaga yang menggunakan blog atau pun website sebagai platform bisnes dropship, faedahnya mungkin jauh lebih berbaloi memandangkan sistemnya yang lebih teratur dan canggih.

Namun sekiranya produk yang anda jual kerap berubah-ubah modelnya, maka kerja-kerja mengemaskini website atau blog akan menjadi sesuatu yang membebankan.

Maka, anda disarankan mencari produk yang tidak terlalu kerap berubah fesyen atau pun modelnya.

f. Produk Yang Sukar Didapati Di Kedai Biasa

Antara faktor yang menyebabkan sesuatu bisnes dropship itu berkembang dengan cepat adalah kerana KEBOLEHDAPATAN. Iaitu sukar untuk didapati di kedai biasa.

Menjual produk yang jarang berada di kedai-kedai biasa adalah satu peluang kepada ejen-ejen dropship seperti anda untuk mendapat jualan dengan pantas.

(10)

10

5. TIPS MENCARI PEMBEKAL YANG BETUL

a. Lokasi Pembekal

- Di pusat bandar

- Berhampiran dengan pejabat pos atau mana-mana syarikat kurier.

b. Pembekal Boleh Mengambil Pesanan Melalui Online

- Memudahkan lagi urusan ejen dropship kerana semua pesanan hanya dibuat hujung jari sahaja.

c. Mempunyai Khidmat Pelanggan Yang Mantap

- Pembekal yang benar-benar profesional mempunyai wakil  jualan atau perunding yang benar-benar tahu tentang

industri dan produk yang mereka bekalkan.

d. Tenaga Sokongan Yang Berdedikasi

- Pembekal dropship yang berkualiti akan menugaskan seorang wakil jualan atau perunding pemasaran untuk berurusan dengan anda.

- Wakil itu pula adalah seorang yang bertanggungjawab dan menunjukkan sikap prihatinnya atas apa jua isu atau persoalan yang bersangkutan dalam setiap urus niaga anda dengan mereka.

(11)

11

e. Sistem Yang Teratur Dan Berkesan

- Sesetengah pembekal mempunyai pekerja dan sistem yang berkesan hingga dapat memenuhi keperluan pelanggan hampir tanpa berlaku sebarang kesilapan.

TIPS MENGENALI KUALITI SERVIS PEMBEKAL

>>> Buat pesanan dalam jumlah yang kecil dahulu

Cara ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membaca bagaimana cara kerja pembekal anda. Apa yang perlu anda perhatikan adalah:

- Cara terima dan proses pesanan anda. - Secepat mana proses penghantaran dibuat.

- Secepat mana mereka memberi info penghantaran kepada anda.

- Apakah tahap kualiti kerja-kerja pembungkusan yang mereka lakukan apabila pesanan sampai ke tangan pelanggan.

f. Sokongan Kumpulan Pemasaran Pembekal

- Sesetengah pembekal mempunyai rancangan tahunan mereka sendiri untuk menjaga relationship dengan ejen-ejen mereka termasuklah ejen dropship.

- Sokongan pemasaran adalah seperti seminar atau kelas coaching dan marketing tools yang disediakan oleh pembekal.

- Ini akan memudahkan lagi kerja anda kerana secara tidak langsung anda mempunyai asas ilmu perniagaan dan strategi pemasaran yang telah di ajar oleh kumpulan pemasaran pembekal. Secara tidak langsung juga menjimatkan kos pembelajaran anda untuk hadir ke mana-mana seminar atau kelas coaching di luar sana.

(12)

12

6. RAHSIA KEJAYAAN JUALAN EJEN DROPSHIP

a. Tambah nilai pada produk tanpa kos tambahan

- Beri maklumat BERHARGA tentang produk anda.

- Fahamkan pembeli tentang KHASIAT ATAU MANFAAT PRODUK anda.

- Berikan penyelesaian yang berkaitan masalah pelanggan sahaja.

b. Tambah nilai dalam khidmat perniagaan dropship

- Kuasai tahap Khidmat Pelanggan yang mantap. Ini kerana pembeli akan sanggup membeli sekiranya mereka merasa SELESA apabila berurusan dengan anda.

c. Kreatif dan inovatif

- Tawarkan kupon, baucar, penghantaran percuma ataupun harga diskaun bagi jumlah pembelian tertentu.

7. PLATFORM YANG SESUAI DENGAN BISNES DROPSHIP

- Facebook Personal & Facebook Page - Twitter - Instagram - Mudah.my - Lelong.my - Ebay - Amazon

(13)

13

8. KOMITMEN SEORANG EJEN DROPSHIP

MELABUR MASA

Sekiranya anda baru pertama kali menceburi bisnes dropship, sebaik-baiknya anda cubalah lakukan sendiri sepanjang berurusan dengan pihak pembekal dan juga pelanggan. Secara tak langsung pengalaman itu akan membina keyakinan anda untuk terus mengorak langkah dalam dunia perniagaan.

Antara kelebihan yang anda akan perolehi adalah:

a. Dapat tahu selok belok bisnes atau produk yang anda jual termasuk meliputi segala aspek sama ada luaran mahupun dalaman. Ianya amat penting apabila anda ingin berurusan dengan pihak lain sekiranya perniagaan dropship anda maju kelak.

b. Dapat mengenali karakter pelanggan dan pesaing dalam pasaran dengan lebih dekat.

c. Dapat mengasah kemahiran baru, sekaligus menjadikan anda peniaga yang benar-benar berpengalaman.

MELABUR WANG

Untuk berjaya anda mesti merancang jalan untuk menuju kejayaan seperti anda impikan. Sudah tentu untuk menuntut kejayaan adalah memerlukan sedikit pengorbanan dan antaranya adalah merancang dan memperuntukkan bajet kewangan untuk menuntut ilmu.

Ada setengah usahawan mengambil masa 10 tahun untuk mengecapi kejayaan dan kekayaan. Itu pun setelah meredah onak dan duri, jatuh tersungkur, rugi dan dan sebagainya. Akibat pengalaman kejatuhan itulah yang membuatkan mereka yang

(14)

14

berjaya ini mengatur langkah dengan berhati-hati supaya tidak

tersungkur lagi. Akhirnya mereka berjaya membentuk patern kejayaan sendiri. Tidak ramai usahawan yang telah berjaya mempunyai masa untuk berkongsi akan pengalaman dan kemahiran mereka.

Namun, saban hari kita telah menyaksikan hanya beberapa usahawan saja yang berkongsi pengalaman dan ilmu perniagaan mereka. Justeru itu, laburlah sedikit wang untuk mencuri dan mempelajari apa yang telah mereka hadapi untuk mereka menjadi berjaya dan kaya sebegitu.

Secara tidak langsung ianya memendekkan jangka masa anda untuk berjaya dengan mengelak halangan yang pernah mereka tempuhi dulu. Jadikan pengalaman dan ilmu mereka sebagai shortcut untuk anda juga berjaya seperti mereka. Tuntutlah ilmu selagi mereka yang berjaya ini masih memberi ruang kepada anda untuk berkongsi pengalaman mereka.

9. STRATEGI PENGURUSAN EJEN DROPSHIP

Sekiranya anda belum pernah menceburi bisnes dropship, maklumat dalam bab ini mungkin sedikit sebanyak akan membantu mengurangkan rasa resah dan runsing anda kelak apabila berdepan dengan ISU MASA TERBUANG atau pun masalah-masalah lain yang mengecewakan.

a. Belajar selok belok produk atau bisnes dropship. b. Kenali behavior atau karakter pelanggan.

c. Kumpul database (nama, no telefon, email, alamat) pelanggan. d. Gunakan duit komisyen sebagai yuran untuk menuntut ilmu.

(15)

15

e. Upgrade diri kepada LEVEL PENGEDAR.

f. Kumpul lagi banyak database(pelanggan dan pembekal terbesar).

g. Buat buku panduan sendiri. Tulis nota-nota atau motivasi yang boleh membantu meningkatkan semangat berbisnes.

h. Hadiri banyak seminar atau kelas coaching.

i. Upgrade ilmu dan strategi supaya dapat pergi ke LEVEL STOKIS (leader).

 j. Rancang bisnes sendiri. Buat SWOT analysis. k. Jadi leader kepada industri bisnes anda.

l. Berusaha dan terus semangat berusaha.

m.Fokus pada usaha pemasaran produk dan pengurusan syarikat. n. Tambah nilai – Kongsi rezeki dan ilmu dengan orang lain.

(16)

16

Referensi

Dokumen terkait

Data yang diperoleh dianalisis dengan metode Theme Analytic.Hasil penelitian menunjukan faktor Performance Expectancy yang dominan Membantu Proses Pembelian (51,72%),

Telah dilakukan penelitian Pengaruh Ekstrak Daun Sirih Merah (Piper crocatum Ruiz & Pav) Terhadap Waktu Kesembuhan Luka Insisi yang Diinfeksi Staphylococcus

Dalam ahasan ini sa.a akan menoa menganalisis tentang suatu "eluang usaha, .aitu  er=ualan Cilok.. ) Sendowo, selatan /S Sard=ito awasan kos mahasiswa

Mahasiswa mampu memahami bagaimana membuat sebuah aplikasi android yang tidak hanya menggunakan satu halaman saja, tetapi aplikasi yang bisa berpindah dari satu halaman ke

Bagaimana membangun suatu teologi kontekstual, dengan menggali kekayaan makna dari tokoh Semar (dalam budaya Jawa), serta menempatkannya sebagai sebuah lensa,

Proses ini terjadi dengan adanya protein peptidil transferase dari subunit ribosom 60S yang mengkatalis reaksi antar gugus a-amino aminoasil- tRNA baru pada

Pada kasus Dermatitis kontak iritan ini sangat penting dibahas karena banyak ter jadi pada masyarakat pada umumnya, yang tidak tahu asal muasal penyebab penyakit kulit ini.. Dan

Obligasi atau bond" adalah surat utang  jangka panjang yang dikeluarkan oleh peminjam" dengan kewajiban untuk membayar kepada  bond holder &pemegang obligasi' sejumlah