• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peranan Remaja Membentuk Jati Diri (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Peranan Remaja Membentuk Jati Diri (1)"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

PERANAN REMAJA MEMBENTUK JATI DIRI

Pendahuluan :

- Dalam era pembangunan yang mapan, remaja merupakan aset penting untuk melahirkan sebuah negara maju dan menuju ke arah anjakan paradigma seiring dengan Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad.

- Walaupun negara melangkah ke era modenisasi, namun remaja masa ini kian alpa akan tanggungjawab mereka sebagai generasi pelapis negara dan bergelumang dalam pelbagai kebejatan sosial sehingga mereka ketandusan jati diri.

- Presiden Soekarno, mantan Presiden Indonesia pernah mengatakan bahawa berilah saya sepuluh orang remaja, saya pasti mereka akan menggoncangkan dunia. Kata-kata ini jelas menunjukkan bahawa peranan remaja penting dalam memacu pembangunan negara. Tidak dapat dinafikan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

- Jati diri dapat didefinisikan sebagai nilai, budaya, disiplin, bahasa dan pelbagai aspek lain dalam diri seseorang individu.

- Persoalannya, apakah peranan remaja dalam membentuk jati diri?

LANGKAH :

1. Remaja harus melengkapkan diri mereka dengan nilai-nilai keagamaan dan moral

- Nilai-nilai keagamaan dan moral merupakan elemen paling dominan dalam kehidupan remaja. Tanpa pegangan agama yang utuh, remaja akan mula menyimpang daripada norma masyarakat dan terjerumus dalam pelbagai kebobrokan sosial yang menghantui kehidupan mereka.

- Menurut seorang tokoh cendekiawan Barat, Albert Einstein, agama tanpa ilmu ialah buta, ilmu tanpa agama ialah lumpuh.Pegangan agama yang kukuh

dalam jiwa remaja mampu menangkis pelbagai unsur subversif yang cuba menyelinap masuk ke dalam sanubari mereka.

- Sebagai remaja yang ingin memiliki jati diri yang mantap, mereka harus

menjaga tingkah laku dan akhlak agar masa depan mereka sentiasa cerah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda akhlak yang buruk merosakkan amal, bagai cuka merosakkan madu.

- Berbekalkan ilmu agama, remaja dapat membezakan antara intan dengan permata dan tidak mudah terjebak dalam kancah yang hina.

(2)

2. Remaja harus mempamerkan sahsiah yang terpuji

- Remaja yang mempunyai jati diri harus menunjukkan tingkah laku yang unggul di

mana-mana sahaja mereka berada. Profesor Dr Hamka pernah mengatakan bahawa kecantikan seseorang bukan terletak pada paras rupa tetapi budi pekerti yang tinggi.

- Remaja haruslah sentiasa berdisiplin dan bertanggungjawab dalam menjalankan segala tugas yang diamanahkan. Di samping itu, remaja juga harus menunjukkan ketekunan dalam akademik supaya mereka dapat memperoleh prestasi

akademik yang cemerlang. Presiden Soekarno juga pernah mengatakan gantunglah cita-citamu di bintang walaupun kakimu mencecah di perlimbahan.

- Sudah terang lagi bersuluh, remaja seyogianya bersopan santun, berbudi bahasa, tidak melawan cakap dan sentiasa menjaga tutur kata. Biarlah buruk kain yang dipakai,asalkan kita pandai berbudi.

3. Remaja harus memiliki semangat patriotik yang tinggi

- Remaja harus menerapkan semangat patriotik dalam diri mereka. Negara amat memerlukan generasi muda yang berani memperjuangkan kemerdekaan negara kerana biar putih tulang, jangan putih mata.

- Generasi muda pada zaman kontemporari ini harus mencontohi tokoh-tokoh kemerdekaan dahulu yang sanggup memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah terakhir. Misalnya, Leftenan Adnan yang sanggup berkorban nyawa dalam

usaha mempertahankan negara di Bukit Candu daripada tentera Jepun. - Remaja harus banyak melibatkan diri dengan pelbagai program seperti sambutan Hari Kemerdekaan, sambutan Bulan Patriotik, Larian Kemerdekaan dan sebagainya.

- Semangat patriotik ini juga boleh dipupuk melalui amalan mengunjungi rumah terbuka, gotong-royong, lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan sebagainya. - Sudah tentu, ukhuwah yang erat akan terjalin dengan masyarakat sekeling di samping melahirkan modal insan yang syumul.

4. Remaja perlu berdaya saing atau kompetitif

- Seperti yang kita sedia maklum, negara sedang melalui satu transformasi ke arah menjadi negara maju dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara gergasi yang lain.

- Remaja harus memajukan potensi diri dan merebut peluang yang ada. Mereka haruslah bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum dan cuba menaikkan imej diri. Tamsilnya, Datuk Nicol Ann David, ratu skuasy negara, Datuk Lee Chong Wei, pemain badminton negara, Shalin Zulkifli, ratu boling negara, Pandalela Renong, perenang negara dan banyak lagi atlet lain yang telah mengukir nama sejak di alam relaja lagi.

- Remaja juga boleh melibatkan diri dalam program inovasi di persada antarabangsa dan mengambil bahagian dalam pertandingan pidato piala diraja, syarahan dan

(3)

sebagainya. John F. Kennedy pernah mengatakan janganlah tanya apa yang negara buat untuk anda tetapi tanyalah apa yang anda buat untuk negara.

5. Remaja haruslah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan

- Sejajar dengan era modenisasi, teknologi maklumat sedang bergerak pantas melalui dasar langit terbuka. Oleh itu, remaja harus memastikan mereka tidak ketinggalan zaman dan bergerak seiring dengan peredaran zaman.

- Remaja bukan sahaja harus menimba ilmu daripada pendidikan formal malah bijak menggunakan laman sosial dan pelbagai gajet moden yang lain untuk menimba pengetahuan. Menerusi media sosial seperti Internet, remaja boleh mengetahui isu-isu semasa yang hanya di hujung jari. Remaja dapat mengetahui isu-isu-isu-isu politik, ekonomi dan sosial.

- Hadis Nabi sendiri membuktikan bahawa ilmu perlu dituntut supaya martabat diri dapat ditingkatkan. Tanpa ilmu pengetuan yang banyak dalam diri remaja, mereka tidak mampu menghadapati dunia realiti yang penuh dengan cabaran.

- Ilmu pengetahuan ini dapat diaplikasi dalam pelbagai bidang dan remaja dapat menggapai kecemerlangan serta menjadi insan yang berguna. Saidina Abu Bakar pernah mengatakan jadilah laksana pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.

KESIMPULAN :

- Walhasil, remaja harus segera bangkit melengkapkan diri dengan pelbagai instrumen mantap agar mereka dapat membentuk jati diri yang kukuh. Bukan sahaja remaja, pihak lain seperti ibu bapa, guru, masyarakat dan sebagainya harus mengorak langkah untuk membentuk jati diri remaja.

- Jika remaja bermula dari awal sudah tentu jati diri yang mulia dapat dibentuk dalam diri mereka persis kata Lao Tze, seorang pujangga perjalanan beribu-ribu batu bermula dari satu langkah.

- Kita harus percaya bahawa kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

- Jadilah remaja yang apabila dilemparkan ke langit menjadi bintang yang bergemerlapan dan apabila dicampakkan ke tanah menjadi intan yang bersinar.

(4)

CARA-CARA MURID NENANGANI STRES

Pelajar-pelajar sering berhadapan dengan tekanan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Kemukakan pendapat anda tentang cara-cara untuk mengatasi tekanan.

Setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan. Hal ini bertepatan dengan maksud peribahasa, bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora. Bagaimanapun, tekanan yang dihadapi itu berbeza-beza tahapnya. Tekanan yang dihadapi oleh golongan dewasa mungkin akibat memikirkan masalah keluarga, kewangan atau kerjaya, manakala bagi remaja pula tekanan yang dihadapi mungkin berkaitan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan atau masalah yang berkaitan dengan keluarga. Bagi sesetengah orang, tekanan mungkin membawa kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan, manakala yang lainnya pula menganggap tekanan sebagai sumber kesengsaraan dan penderitaan sehingga tekanan yang dihadapi itu membawa kepada pengakhiran kehidupan. Sebagai pelajar, saya juga tidak terlepas daripada menghadapi tekanan yang berpunca daripada pelbagai faktor terutamanya faktor pelajaraan. Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur, beberapa langkah telah saya ambil bagi menangani masalah tekanan.

Kehidupan yang terlalu sibuk menyebabkan kita sering melupakan kegiatan yang sangat berfaedah untuk kesihatan fizikal, mental dan psikologi kita. Kegiatan tersebut ialah riadah, iaitu aktiviti yang sering dilakukan pada waktu lapang terutamanya pada hujung minggu. Antara kegiatan riadah yang kerap saya lakukan ialah berbasikal, joging, bermain futsal, bermain badminton, bersiar-siar di taman rekreasi dan memancing ikan. Selepas bermain futsal dan badminton umpamanya, selain peluh mengalir membasahi tubuh, kepenatan akan dapat dirasakan. Selepas mandi dan membersihkan diri, saya akan berehat melepaskan lelah. Keadaan akan menjadi lebih baik apabila saya dapat melelapkan mata. Oleh sebab kepenatan selepas melakukan riadah, saya akan tidur dengan sangat lena. Hilang sebentar segala masalah yang membelenggu diri. Tekanan pun menghindar dan akhirnya fikiran menjadi lapang. Ada waktunya saya melakukan riadah bersama-sama ibu bapa saya. Peluang keemasan itu saya gunakan sepenuhnya dengan melakukan perbincangan, sama ada yang berkaitan dengan masalah peribadi, mahupun

(5)

masalah pelajaran yang sering memberikan tekanan kepada saya. Lantaran itu, saya menganggap kegiatan riadah sebagai serampang dua mata yang membantu meningkatkan kesihatan diri di samping menjadi salah satu cara untuk mengurangkan tekanan.

Sesungguhnya saya amat meyakini bahawa cara kita berfikir amat mempengaruhi kesihatan diri, terutamanya kesihatan mental. Lantas, demi memastikan saya memiliki kesihatan yang baik tanpa menghadapi tekanan, saya sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan dengan situasi yang kritikal dan sukar. Apabila menerima pujian, saya tidak akan berbangga dengan pujian tersebut, sebaliknya saya akan memikirkan sama ada pujian terebut diberikan secara ikhlas atau diberikan kepada saya kerana ada udang di sebalik batu. Berkemungkinan pujian itu diberikan secara bersahaja, atau jika tidak pun saya menerimanya sebagai satu penghargaan. Bagaimanapun, jika kritikan atau teguran pula yang diberikan, saya akan menerimanya dengan minda terbuka dan menganggapnya sebagai kritikan yang membina. Ibu sering mengingatkan saya bahawa kritikan yang diberikan oleh seseorang itu sebenarnya lebih ikhlas dan memiliki nilai kejujuran berbanding dengan pujian yang selalunya lebih bersifat palsu. Di sebalik kritikan yang diterima itu saya akan melakukan muhasabah diri lalu membaiki segala kekurangan yang ada agar saya tidak menerima kritikan yang sama pada waktu yang lain pula. Sekiranya saya tidak dapat menerima kritikan tersebut, fikiran akan menjadi tidak menentu dan kusut, lalu akhirnya saya akan terjerat dalam kancah tekanan yang melampau. Natijahnya, saya sentiasa menghadapi tekanan dengan fikiran yang positif.

Saya ialah penggemar dan pencinta muzik sama ada muzik ciptaan anak tempatan mahupun muzik antarabangsa. Seandainya muzik tidak didengar menerusi cakera padat, masih ada muzik di dalam jiwa saya yang membuatkan kaki bergoyang. Bagi saya, muzik pencetus kegembiraan dan keceriaan, walaupun sesekali muzik mengundang kesedihan dan kedukaan. Hal ini bertepatan dengan pandangan ahli-ahli psikologi bahawa muzik merupakan salah satu wahana terapi yang efesien dan sumber ketenangan fikiran yang sering diabaikan. Apabila muzik bergema, hati akan dibuai oleh alunan melodinya sehingga di luar kesedaran diri, saya seperti berada di alam yang lain. Muzik yang rancak akan menyebabkan kaki bergoyang, manakala muzik sentimental pula akan menjadikan diri dibuai perasaan. Seni katanya yang melankolik akan menyumbang ke arah penghayatan yang tinggi seolah-olah saya turut merasakan kedukaan yang sedang dialami oleh pelantun lagu

(6)

tersebut. Jika tekanan menghimpit perasaan, tanpa disedari saya telah melupakan sebentar tekanan tersebut dengan bantuan muzik. Hal ini bertepatan dengan kata-kata pujangga yang menukil bahawa muzik tak mungkin dapat dipisahkan daripada jiwa setiap manusia. Tanpa muzik juga kehidupan akan menjadi sepi. Oleh itu, muzik bukan sahaja dapat menghiburkan hati, malah muzik seperti memiliki kuasa magis yang berupaya mengurangkan tekanan yang saya hadapi, bertepatan dengan maksud peribahasa sambil menyelam minum air.

Saya juga menjadikan ibadat sebagai salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. Setiap hari saya akan mendirikan sembahyang, sekurang-kurangnya lima kali sehari kerana sembahyang merupakan tiang agama. Apabila saya tidak mendirikan solat, hal ini bermakna runtuhlah agama saya. Sesungguhnya, sembahyang memberikan ketenangan yang tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Sembahyang yang khusyuk akan menjadikan saya melupakan semua tekanan yang saya hadapi, malah saya dapat merasakan betapa dekatnya diri saya dengan Yang Maha Pencipta. Jiwa berasa tenang dan damai, hati juga menjadi bersih. Benarlah seperti yang pernah dikatakan oleh seorang penceramah gaya hidup sihat, Encik Norhisham Mustaffa bahawa sembahyang merupakan senaman yang paling ampuh untuk memberikan kesihatan terbaik buat tubuh badan kita . Ketika rukuk dan sujud, darah akan mengalir dengan lebih sempurna di tubuh kita. Demikian juga ketika saya duduk di antara dua sujud dan duduk tahyat awal serta akhir, kedudukan tubuh dan jari-jari kaki memberikan bentuk senaman yang begitu berkesan. Selepas mendirikan solat, saya akan berzikir yang mampu membersihkan dan memberikan kedamaian kepada hati serta jiwa. Saya sangat menyedari dan menginsafi bahawa hanya Allah yang dapat membantu saya dalam segala hal. Lantaran itu, saya menjadikan ibadat sebagai usaha yang terbaik untuk menghindari dan mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Melancong merupakan aktiviti kekeluargaan yang amat saya nanti-nantikan. Setiap tahun ayah dan ibu akan membawa saya serta adik melancong ke luar negara. Sehingga kini kami telah melawat Indonesia, China, Kemboja dan India selain melancong di dalam negara. Sejujurnya, setiap kali melancong saya dapat merasakan keterujaan dan kegembiraan yang membolehkan saya melupakan segala masalah yang membelenggu fikiran. Secara tidak langsung, tekanan yang mengganggu fikiran yang berpunca daripada masalah yang dihadapi dapat saya atasi atau setidak-tidaknnya dapat saya lupakan sebentar. Ketika melancong itu, saya dapat menikmati keindahan dan keunikan panorama negara lain di samping

(7)

menambahkan pengetahuan tentang budaya dan sejarah negara tersebut, bertepatan dengan maksud peribahasa jauh berjalan luas pandangan. Ketika melawat Solo dan Jogjakarta di Pulau Jawa, Indonesia umpamanya, saya dapat menyaksikan keunikan budaya mereka walaupun kita masih dalam rumpun yang sama, iaitu Melayu. Seni tari mereka sangat halus dan mempesona berdasarkan gerak jari tangan, kaki dan tubuh mereka dengan iringan muzik gamelan yang syahdu. Adat di keraton pula masih dikekalkan untuk tatapan pelancong walaupun sistem pemerintahan beraja tidak lagi diamalkan di republik tersebut. Keunikan Candi Borobudur amat mengagumkan dengan seni binanya yang amat halus. Keseluruhan aktiviti ketika melancong itu termasuk sesi membeli-belah cukup membantu saya melupakan segala tekanan yang dihadapi.

Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai usaha yang saya lakukan untuk menghadapi tekanan dalam kehidupan. Walau apa-apa pun yang berlaku, mahu atau tidak, saya terpaksa menghadapi segala tekanan yang ada demi kelangsungan hidup yang lebih bermakna. Tekanan merupakan masalah dan tekanan juga merupakan sumber motivasi, justeru tanpa tekanan, hidup kurang berseri umpama pokok yang tidak berbunga. Dengan tekanan jugalah fikiran saya menjadi lebih matang dan dewasa. Di sebalik ketabahan saya menghadapi tekanan itu, saya masih memerlukan insan lain untuk menghadapinya dengan lebih rasional. Dalam hal ini, kedua-dua ibu bapa akan menjadi sumber rujukan saya di samping rakan-rakan sebaya yang rapat hubungannya dengan saya. Saya juga tidak melupakan guru yang mendidik dan mengajar saya menjadi insan berilmu. Sesungguhnya, hanya dengan ketabahan dan keimanan yang kukuh dapat membantu saya menghadapi semua tekanan dengan tenang.

(Jika soalan tanya bagaimana anda menangani stres kena jawab semua isi saya ……jika soalan minta bagaimana pelajar menghadapi stress jawapan mestilah pelajar haruslah……

(8)

Pendahuluan:

• Keluarga merupakan satu institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat.

• Keluarga juga merupakan wahana kebahagiaan dalam kehidupan seseorang

• Daripada keluarga, terpancarnya sinar kasih sayang antara ahlinya. • Daripada keluarga, lahir rasa menghormati dan saling memerlukan yang

tidak terucap.

• Daripada keluarga, lahirnya insan yang bertanggungjawab terhadap dirinya serta kepada insan lain yang memerlukan. • ‘Baiti Jannati’ atau ‘Rumahku Syurgaku’ - rumah merupakan tempat terperciknya sinar kebahagiaan dalam kehidupan seseorang. • Rumah tangga yang bahagia dan ceria akan melahirkan warga yang juga memiliki ciri-ciri kejiwaan yang sihat seperti gembira, yakin akan kebolehan diri dan sebagainya. Seseorang yang dibesarkan dalam keluarga yang bahagia akan sentiasa dihargai dan diberi sokongan moral dalam apa-apa jua perkara yang dilakukannya. Galakan dan perangsang daripada ibu bapa yang penyayang dan adik-beradik yang memahami akan membentuk jati diri yang sempurna dalam kalangan ahli keluarga itu.

• Namun begitu, pepatah ada mengatakan bahawa bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi. Kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab membentuk kebahagiaan keluarga itu di tangan salah seorang ahli keluarga sahaja seperti ibu, bapa atau anak-anak. Setiap ahli dalam sesebuah keluarga itu perlu bersedia memainkan peranan masing-masing untuk saling bertolak ansur, saling memahami serta saling menghormati di antara mereka. Apabila sifat ini dapat diwujudkan oleh setiap ahli dalam sesebuah keluarga, maka suasana yang harmoni akan

dapat diwujudkan.

1. Ibu bapa berperanan sebagai suri teladan - Peranan ibu bapa dalam usaha membentuk keluarga sakinah adalah amat penting. Ibu bapa perlu menjadi ‘role-model’ kepada anak-anak. Mereka harus sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi

oleh anak-anak.

- Sebagai contoh, seorang bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anaknya. Ibu dan bapa juga perlu saling menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anak melihat keharmonian kedua-dua orang tua mereka, mereka juga akan meneladani sikap baik itu apabila berinteraksi sesama mereka kerana bapa borek,

anak rintik.

- Contoh yang negatif diperlihatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, seperti pertengkaran, maki hamun serta penderaan suami terhadap isteri

(9)

bukan sahaja akan menjejaskan perkembangan jiwa anak-anak, tetapi juga akan menjejaskan hubungan dalam kalangan anak-anak. Mereka juga akan sentiasa bertengkar dan tidak menghormati satu sama lain. Jika hal ini terjadi, rumah akan menjadi neraka kepada anak-anak. Apabila kebahagiaan di rumah tidak dapat dinikmati, maka anak-anak akan berusaha mendapatkannya daripada kawan-kawan dengan berpelesiran serta melepak di pusat-pusat beli belah. Adalah lebih malang lagi jika apabila anak-anak itu berumah tangga kelak, mereka akan mengulangi sejarah yang tidak berkesudahan yang telah diwarisi oleh mereka

daripada kedua-dua orang tua mereka.

2. Melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan - Ibu bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan keibubapaan bagi memahami tanggungjawab besar yang terletak di atas bahu mereka dalam memastikan kebahagiaan keluarga mereka. - Hal ini boleh dilakukan oleh bakal-bakal ibu dan bapa dengan mengikuti kursus-kursus praperkahwinan serta kursus selepas berkahwin yang dikendalikan oleh pejabat agama daerah masing-masing. Dalam kursus-kursus tersebut, suami isteri akan mendapat ilmu untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia melalui ceramah dan bengkel-bengkel yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berwibawa. Selepas mendapat ilmu tersebut, perkara yang lebih penting adalah bagi mereka mempraktikkannya untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang

penuh dengan sinar kebahagiaan.

3. Memberikan perhatian dan kasih sayang - Pada era yang penuh dengan persaingan yang sengit ini, masyarakat bertambah sibuk dengan usaha mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang

semakin meningkat.

- Statistik telah menunjukkan bahawa hampir 90 peratus ibu yang bekerja hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama empat minit sehari. Hal ini merupakan perkara yang amat menyedihkan kerana anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim. Oleh itu, demi membentuk keluarga yang bahagia, ibu bapa yang merupakan peneraju kehidupan dalam sesebuah keluarga perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anak mereka. - Pada masa ini, kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu sebagai cuti umum. Manakala pihak swasta pula , turut memberikan pelepasan kepada para pekerja mereka pada Sabtu pertama setiap bulan. Seharusnya, ibu dan bapa merebut kesempatan ini untuk bermesra dengan keluarga sambil merehatkan minda setelah penat bekerja. Menghabiskan waktu cuti dengan berkelah atau berekreasi bersama keluarga akan memberi

(10)

peluang kepada ahli keluarga untuk berhibur di samping meluangkan masa untuk mengeratkan hubungan di antara mereka. Sekiranya masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak, tidak mustahil kebahagiaan dalam sesebuah keluarga akan dapat diwujudkan.

4. Memberikan didikan agama dan moral

- Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini disebabkan, pegangan agama serta nilai moral yang kuat dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan efektif. Golongan yang berpendidikan agama ini akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama suami isteri. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai disebabkan alasan yang kadangkala tidak munasabah. - Sebagai ibu dan bapa, kita perlu memberi didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak. Anak-anak yang sopan akan menghormati orang tua mereka serta saling bekerjasama sesama adik beradik bak kata peribahasa, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah. Maka, jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan. 5. Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan anak-anak - Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Keluarga yang bahagia akan sentiasa menjaga maruah ahli keluarganya. Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah kehinaan jika mendapat pemantauan yang rapi daripada ibu bapa kerana perbuatan mereka itu akan menconteng arang ke muka ahli keluarga dan sekali gus akan meruntuhkan kebahagiaan yang dikecapi. Penutup

- Keluarga yang harmoni dan bahagia hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu yang menganggotainya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Sesungguhnya keluarga bahagia merupakan asas pembentukan masyarakat yang penyayang dan masyarakat yang maju. Jika pincang keluarga maka pincanglah masyarakatnya. Semoga impian negara untuk

(11)

mewujudkan masyarakat yang penyayang akan dapat direalisasikan demi kebaikan barsama.

PERANAN IBU BAPA MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG CEMERLANG

- ISI SAMA

1. Ibu bapa harus menjadi suri teladan

2. Ibu bapa harus menerapkan didikan agama dan moral

3. Ibu bapa memastikan anak-anak aktif dalam kurikulum dan kokurikulum

4. Ibu bapa harus memastikan kecemerlangan akademik anak-anak 5. Ibu bapa harus memantau pergerakan anak-anak / pergaulan mereka dengan rakan-rakan

Referensi

Dokumen terkait

Tahap ini adalah tahap yang menguraikan proses pembuatan sistem secara fisik dan menganalisis hasil implementasi sistem informasi lembaga keuangan mikro pada bank

Daerah proyek yang keadaan lapanganya atau pada tempat – tempat lokasi bangunan yang masih berupa hutan, maka sebelum pelaksanaan pekerjaan dimulai, agar terlebih

Sesuai dengan judul penelitian yaitu “Pengaruh intellectual capital terhadap Kinerja Keuangan PD BPR di Jawa Barat” Untuk memahami lebih jelas tentang penggunaan kedua

Analisis Dan Perancangan Sistem Informasi Akuntansi Pada Pabrik Wingko Babat Cap Bus Gaya Baru Dengan Menggunakan Metode Model

Performa hematologis ikan lele dumbo (Clarias gariepinus) dan kualitas air media pada sistim budidaya dengan penerapan kolam biofiltrasi.. Jurnal

− Huruf : bila akan dirujuk di-refer di bagian lain dari Laporan KKL, harus menggunakan huruf untuk menghindari kerancuan dengan penggunaan angka untuk bab dan sub bab. Bentuk

Dengan simulasi Monte Carlo dapat dibangkitkan jalur (path) yang menggambarkan pergerakan harga underlying asset, kemudian ekspektasi nilai payoff dari opsi dihampiri

Menimbang, bahwa sikap Tergugat yang dengan sengaja menikam Penggugat adalah suatu tindakan tidak terpuji yang seharusnya tidak dilakukan oleh Tergugat