• Tidak ada hasil yang ditemukan

Manual Tanaman Pisang

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Manual Tanaman Pisang"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Petunjuk Ke Arah Pengurusan Tanaman Pisang

Yang Bermatlamatkan Kepada Peningkatan Hasil, Kualiti Yang Tinggi dan Keuntungan.

Jabatan Pertanian Malaysia

2008

Manual Tanaman

PISANG

Musa spp. NO.BK 27/06.08/10R ISBN 978-983-047-142-6 Cetakan Pertama 2008 © Hak cipta Jabatan Pertanian,

Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia.

Manuskrip terbitan ini disediakan oleh Bahagian Hortikultur (Seksyen Buah-buahan). Konsep persembahan, suntingan dan rekabentuk disediakan oleh Seksyen Komunikasi, Jabatan Pertanian.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Manual tanaman pisang Musa spp.

ISBN 978-983-047-142-6

1. Banana—Planting—Handbooks, manuals, etc. 634.772

(3)

MANUAL TANAMAN PISANG MANUAL TANAMAN PISANG

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN

M

anual Tanaman ini mengandungi maklumat ringkas tetapi praktikal mengenai amalan kerja harian dalam pengeluaran komoditi tanaman pisang. Amalan kerja harian ini disediakan dalam bentuk jadual dan perlu dipatuhi dan diikuti sebelum dan selepas menanam sehingga ke peringkat penuaian hasil. Manual ini penting sebagai panduan bagi memastikan prestasi tanaman yang diusahakan mencapai tahap kesuburan dan pengeluaran hasil yang dikehendaki. Prestasi tanaman pula bergantung kepada perancangan dan amalan agronomi yang tersusun. Secara ringkasnya, manual ini menggariskan :

● Gerak kerja pengeluaran yang perlu dilaksanakan mengikut bulan;

● Bahan input yang diperlukan (jenis dan kadar);

Standard kualiti atau indikator yang perlu dicapai bagi kerja yang bakal dilaksanakan; dan

● Tindakan atau kaedah perlaksanaan kerja.

Manual ini diterbitkan sebagai bahan rujukan dan semakan aktiviti pengeluaran yang mudah digunakan oleh semua pegawai pengembangan dan pegawai penyelia projek-projek utama Jabatan Pertanian. Manual ini juga sesuai digunakan oleh usahawan tani bagi meningkatkan lagi produktiviti ladang mereka.

Pengguna manual ini dinasihatkan supaya membaca bersama buku Pakej Teknologi Tanaman Pisang terbitan Jabatan Pertanian bagi mendapatkan maklumat menyeluruh aktiviti pengeluaran Tanaman Pisang berkenaan.

Oleh kerana keadaan tanah, iklim, varieti dan corak pengurusan berbeza dari satu tempat dengan tempat yang lain, garis panduan dalam manual ini boleh diubahsuai atau ditingkatkan mengikut pengalaman dan penemuan pegawai/ usahawan tani yang melaksanakan projek.

1. Pendahuluan 2. Pengenalan

3. Kesesuaian Tanah Bagi Tanaman Pisang

4. Penyediaan Kawasan dan Pembangunan Infrastruktur Ladang

5. Penanaman 6. Penjagaan 7. Lampiran 1:

Indeks Kematangan Pisang 8. Lampiran 2:

Infrastruktur Ladang dan Saliran Bagi Tanaman Pisang 9. Lampiran 3:

Perosak dan Penyakit Tanaman Pisang dan Syor Kawalan 1 2 5 8 12 16 36 37 38 1

(4)

MANUAL TANAMAN PISANG MANUAL TANAMAN PISANG

PENGENALAN

Pisang yang telah sedia untuk dipasarkan biasanya dimasukkan ke dalam kotak yang dibuat daripada Corrugated Fibre Board (CPB). Penyimpanan

kotak-kotak tersebut memerlukan pengawalan suhu dan kelembapan supaya buah tidak hilang kesegarannya dalam tempoh penyimpanan. Suhu bilik yang optimum untuk beberapa kultivar ditunjukkan di Jadual 4.

Jadual 1: Tempoh peringkat tumbesaran bagi kultivar Berangan, Mas, Rastali dan Cavendish

Jadual 2: Anggaran hasil bagi kultivar Berangan, Mas, Rastali dan Cavendish

P

isang, Musa spp. tergolong dalam keluarga Musaceae. Pisang yang boleh dimakan ialah daripada spesis M. accuminata Colla dan M. Balbisiana Colla. Penanaman pisang sebagai sumber makanan tersebar luas di kawasan tropika. Filipina, Thailand, Indonesia, India dan Malaysia merupakan negara pengeluar pisang yang utama di Asia.

Di Malaysia, kultivar Berangan, Mas dan Cavendish ditanam secara komersil untuk pasaran eksport dan tempatan manakala kultivar Raja, Rastali dan Nangka ditanam untuk pasaran tempatan. Penanaman pisang boleh dilaksanakan melalui tiga kaedah iaitu dengan menggunakan sulur, teknik belahan (quartering) dan tisu didik. Penanaman yang mudah dan selalu digunakan adalah dengan menggunakan sulur. Penanaman dengan menggunakan anak benih tisu didik menghasilkan pertumbuhan dan pengeluaran hasil yang seragam.

Tempoh peringkat tumbesaran bagi kultivar Berangan, Mas, Rastali dan Cavendish adalah seperti Jadual 1. Kultivar yang paling cepat mengeluarkan hasil adalah kultivar Mas manakala kultivar Berangan, Rastali dan Cavendish boleh mencapai peringkat buah matang 12-13 bulan selepas ditanam.

Pengutipan hasil pisang boleh dilakukan berdasarkan indeks kematangan dan kaedah pemasaran seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran 1. Anggaran hasil tanaman pisang bagi kultivar Berangan, Mas, Rastali, dan Cavendish adalah seperti di Jadual 2. Anggaran hasil ini boleh dicapai sekiranya jarak tanaman dan pengurusan perladangan yang diamalkan adalah seperti yang disyorkan pasaran.

Penggredan pisang merupakan aktiviti lepas tuai yang penting bagi menentukan kualiti buah supaya dapat memenuhi permintaan pasaran. Bagi pasaran eksport telah diwujudkan standard kualiti mengikut kehendak pengguna-pengguna negara pengimport. Panduan penggredan bagi kultivar Berangan, Rastali dan Mas adalah seperti di Jadual 3. Selain itu, bilangan sisir setiap kotak, berat sesisir dan bilangan jejari sesisir juga diambil kira. Buah juga hendaklah bebas dari sebarang kecederaan, kecacatan, penyakit dan luntur warna.

Kultivar

Jarak

Tanaman Pokok Bil.

Sehektar Pokok Induk Ratun 1 Ratun 2

Hasil/Pokok (kg) Jumlah Hasil Sehektar (MT) 1. Berangan 2. Mas 3. Rastali 4. Cavendish Kultivar 1. Berangan 2. Mas 3. Rastali 4. Cavendish 3.0 m x 3.0 m 2.5 m x 2.5 m 3.0 m x 3.0 m 3.0 m x 3.0 m 1,100 1,600 1,100 1,100 22 12 18 40 18 10 15 32 12 8 10 25 52 30 45 97 52 43 45 97 9 bulan 6 bulan 9 bulan 9 bulan 10 bulan 6 1/2 bulan 10 bulan 10 bulan 12 bulan 8 bulan 12 bulan 13 bulan Umur Pokok Pisang Selepas Ditanam Keluar Jantung Pembentukan

Sisir Akhir Peringkat Buah Matang

3 2

(5)

MANUAL TANAMAN PISANG MANUAL TANAMAN PISANG Jadual 3: Panduan penggredan pisang Berangan, Rastali dan Mas

Jadual 4: Suhu optima untuk penyimpanan bagi beberapa kultivar pisang

*gred mengikut panjang jejari pisang

Gred Mas* Kultivar 1. Mas 2. Cavendish 3. Embun 4. Rastali 5. Berangan 6. Awak Rastali* Suhu Optima (°C) 14 13 14 14 13 13 Berangan*

Jangka Masa (hari) 10 14 - 17 14 - 17 14 - 17 28 20 A B C 10 - 8.6 sm 8.5 - 9.9 sm 6.5 - 8.4 sm 11.0 - 9.6 sm 9.5 - 10.9 sm 8.5 - 9.4 sm 12.5 sm ke atas 11.5 - 12.4 sm 10.5 - 11.4 sm

KESESUAIAN TANAH

BAGI TANAMAN PISANG

Pada amnya tanaman pisang memerlukan tanah yang subur, berstruktur ringan serta kaya dengan bahan organan untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil yang baik. Ia juga memerlukan kelembapan yang mencukupi.

Akar tanaman pisang memerlukan oksigen yang tinggi. Tanah mesti mempunyai pengudaraan dan saliran yang baik serta tidak berstruktur berat terutamanya pada lingkungan kedalaman 50 sm daripada permukaan tanah. Tanah berstruktur berpasir ringan hingga lom sederhana adalah paling sesuai untuk tanaman pisang. Jenis-jenis tanah yang sesuai ialah tanah yang terbentuk daripada alluvium sungai (yang bersaliran sederhana salir), tanah dari batuan igneus yang dalam (melebihi 100 sm) dan tanah batuan mendapan yang dalam (melebihi 100 sm).

Tanah yang berstruktur berat hendaklah dielakkan kerana ia mudah menakung air yang menyebabkan perkembangan akar pokok terbantut dan juga kemungkinan kematian pokok. Oleh itu, tanah di kawasan yang rendah dan mengalami hujan lebat, sistem saliran yang sempurna hendaklah diadakan bagi menyalirkan air yang berlebihan. Jadual 5 menunjukkan ciri-ciri tanah yang sesuai, sederhana sesuai dan tidak sesuai bagi tanaman pisang.

5 4

(6)

MANUAL TANAMAN PISANG MANUAL TANAMAN PISANG Jadual 5: Penilaian kesesuaian tanah bagi tanaman pisang

Keperluan Tanaman Penilaian Kesesuaian Keperluan Tanaman Penilaian Kesesuaian

Kriteria Sesuai Sederhana Tidak Sesuai Kriteria Sesuai Sederhana Tidak Sesuai

Iklim Curahujan Tahunan (mm/tahun) Jangkamasa Bulan Kemarau Kejadian Banjir Topografi Kecerunan ( º ) Sifat-sifat Fizikal Tanah Tekstur Tanah Kedalaman ke Lapisan Asid Sulfat Kedalaman ke Lapisan Padat 1000 - 2000 mm Tiada Kemarau Tiada Banjir 0° - 12º Struktur halus hingga sedang dan sederhana hingga berkembang baik, tekstur lom berpasir atau lebih halus (selain pasir berlom atau tekstur kasar) 75 sm atau lebih 75 sm atau lebih 500 - 1000 mm Kurang Sebulan 1 - 3 Hari 12º - 35º Struktur lemah dan kasar serta berkembang baik (pasir berlom) 50 sm - 75 sm 50 sm - 75 sm Kurang 500 mm Lebih Sebulan > Hari > 35º Tekstur kasar Kurang daripada 50 sm Kurang daripada 50 sm Keberbatuan (Stoniness) Ketebalan Lapisan Organik / Gambut Kriteria Kimia Tanah CEC Kemasinan Sehingga 10% tersebar rata atau terdapat lebih dalam 50 sm Tiada CEC lebih 10 meq /100 gm tanah dan selain kandungan nutrien mikro berlebihan 2 mm hos atau kurang di dalam 75 sm teratas 10% - 50% 0 - 25 sm tebal dari permukaan CEC sederhana rendah (10 meq/100 gm tanah) 2 mm hos di dalam 50 - 75 sm Lebih 50% > 25 sm tebal dari permukaan CEC rendah (> 10 meq/100 gm tanah) 2 mm hos di dalam kurang dari 50 sm 7 6

(7)

MANUAL TANAMAN PISANG MANUAL TANAMAN PISANG

PENYEDIAAN KAWASAN DAN

PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

LADANG

BLT* Kerja / Aktiviti Bahan Input Standard / Indikator Huraian Kerja

Jenis Kadar

Pembersihan kawasan (bagi kawasan baru)

-7 Kerja penolakan pokok hutan

dijadualkan supaya pembakaran dapat dibuat pada musim kering. Segala tunggul dan akar perlu dicabut. Jangan tolak ke dalam lembah atau alur/parit.

Pokok hutan ditolak dan dikumpul dalam baris untuk pembakaran kemudian. Tiap-tiap 30 meter baris ditinggalkan ruang untuk memudahkan pengaliran air di dalam ladang.

Permohonan kebenaran pembakaran terbuka daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

-7 Kebenaran dijangka diperolehi

dalam tempoh dua bulan. Bakar pokok-pokok yang telah

dihimpun.

-5 Kaedah pembakaran mengikut

arahan JAS. Pembakaran kali pertama dilakukan setelah daun kering tetapi belum gugur dari dahan.

Kerja-kerja memerun dan membakar diulangi sekurang-kurangnya 3 kali sehingga habis dibakar.

Pembinaan parit i) Parit utama ii) Parit sekunder

-4 Parit diperlukan untuk tanah pamah

(>6°). Dimensi dan kepadatan parit yang diperlukan adalah seperti Lampiran 2.

Gali parit menggunakan jengkorek. Tanah dari penggalian diratakan.

Penyediaan sumber air untuk sistem pengairan.

-4 Kolam diperlukan di kawasan

yang tidak mempunyai sumber air semulajadi. Saiz kolam yang diperlukan berasaskan panduan dalam Lampiran 2.

Gali kolam menggunakan jengkorek.

Pembinaan jalan ladang.

-3 Lebar jalan ladang : 3 m.

Panjang jalan ladang : 100 m/ha. Bina jalan ladang dengan meratakan tanah daripada penggalian parit.

* BLT = Bulan Lepas Tanam

9 8

(8)

MANUAL TANAMAN PISANG MANUAL TANAMAN PISANG

BLT* Kerja / Aktiviti Bahan Input Standard / Indikator Huraian Kerja

Jenis Kadar

Pengapuran

-2 Kadar keperluan GML mengikut jenis

tanah. GML ditabur di permukaan tanah sebelum dibuat pembajakan pertama. Pembajakan pertama

-2 Dibajak piring sedalam 20-25 sm.

Pembajakan kedua

-1 Dibajak putar sedalam 25-30 sm.

Memasang paip utama pengairan dan pam air

-1 Paip dipasang 60 sm dari permukaan

tanah. Saiz rumah pam, kapasiti dan kuasa kuda enjin mengikut penge-syoran Bahagian Kejuruteraan Per-tanian berdasarkan keluasan, jenis tanaman dan keadaan setempat.

Gali longkang sedalam 60 sm. Paip utama dipasang dalam longkang. Paip utama ditimbus semula selepas “take off” dipasang ke ladang.

Membaris -1 Kayu pancang 2 m Pancang buluh 90 sm Tali Pengukur 1600 batang atau 1100 batang atau 700 - 900 batang Jarak tanaman: 2.5 m x 2.5 m - kepadatan tanaman 1600 pokok. 3 m x 3 m - kepadatan tanaman 1100 pokok. 3 m x 3 m (selingan) - kepadatan tanaman 700 - 900 pokok.

Dilaksanakan sebaik sahaja pemba-jakan kedua selesai dilakukan.

Pancangkan satu baris asas untuk satu kawasan pisang.

Baris berikutnya mengikut baris asas tersebut.

Penyediaan dan pemasangan sistem pengairan ke lubang tanaman 0 Tiub PE, Penyambung saluran PE, Mata renjis mikro, Grommet, Valves dan lain-lain

Pengairan renjis mikro. Pasang paip lateral dan tiub PE (termasuk adapter, control valves, mata renjis mikro dari paip utama ke lubang tanaman. Tiub PE hendaklah ditanam sedalam 60 sm. Siapkan sistem pengairan sebelum menanam pokok.

* BLT = Bulan Lepas Tanam

11 10

(9)

MANUAL TANAMAN PISANG MANUAL TANAMAN PISANG

MLT* Kerja / Aktiviti Bahan Input Standard / Indikator Huraian Kerja

Jenis Kadar

Menggali lubang penanaman

-2 Saiz lubang disyorkan ialah:

30 sm x 30 sm x 30 sm. Gali lubang secara manual. Menimbus balik lubang dengan

topsoil. -1 CIRP NPK 8:8:8 GML 100 gm/ pokok 60 gm/pokok 60 gm/pokok

Gaulkan baja CIRP, 8:8:8 dan GML dengan topsoil dari lubang dan tanah sekeliling lubang tanaman. Kemudian timbus lubang penanaman dengan campuran tanah tersebut.

Perolehan benih tanaman/anak pokok

-1 Sulur atau

tisu didik atau benih daripada teknik belahan (quartering) Untuk sulaman 1600 pokok/ha atau 1100 pokok/ha atau 700-900 pokok/ha 10%

Daripada sumber yang bebas penyakit.

Merawat anak pokok

-1 Air Panas

Carbofuran

Rujuk

Lampiran 3 Memastikan sumber benih bebas daripada penyakit. Celup ke dalam air panas bersuhu (55ºC) selama 5-10 minit Celupkan sulur-sulur

13 12

PENANAMAN

(10)

MANUAL TANAMAN PISANG MANUAL TANAMAN PISANG

MLT* Kerja / Aktiviti Bahan Input Standard / Indikator Huraian Kerja

Jenis Kadar

Menyiram

1 Siram sekali sehari selama

se-minggu selepas ditanam kecuali hari hujan.

Gunakan sistem pengairan atau secara manual. Periksa setiap pokok untuk memastikan sistem pengairan berfungsi dengan baik supaya setiap pokok menerima air yang mencukupi. Menimbus tiub PE

2-3 Tiub PE ditimbus 20-30 sm dari

paras tanah, pada atau tepi barisan tanaman. Tiub PE terdedah pada bahagian akar pokok.

Buat alur sedalam 20-30 sm dengan cangkul atau furrower yang dipasang pada interbed cultivator. Pindahkan tiub PE ke alur. Timbus semula alur tersebut.

Dedahkan tiub PE sepanjang 30-60 sm di tepi pangkal pokok. Pasang semula mata titis/renjis.

15 14

* MLT = Minggu Lepas Tanaman

Menanam 0 Anak pokok 1600 pokok/ha atau 1100 pokok/ha atau 700-900 pokok/ha

Anak pokok ditanam tegak dan paras pangkal mestilah kurang daripada 5 sm daripada paras tanah di sekeliling lubang penanaman.

Gali semula lubang lebih besar sedikit daripada polibeg anak pokok. Tanggalkan polibeg anak pokok. Longgarkan di bahagian bawah dengan jari dan biarkan tanah jatuh. Tarik akar yang bersimpul dan bersilang keluar. Masukkan pokok ke dalam lubang dan bentangkan. Timbus, tekan dan mengemaskan tanah di keliling lapisan demi lapisan sehingga semua akar ditimbus.

(11)

MANUAL TANAMAN PISANG MANUAL TANAMAN PISANG

BLT* Kerja / Aktiviti Bahan Input Standard / Indikator Huraian Kerja

Jenis Kadar

Membuat bancian perosak dan penyakit. Ambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat tanda-tanda serangan perosak dan penyakit.

1 hingga

24

Bancian berjadual dibuat setiap

bulan. Tindakan sebagaimana panduan di dalam Lampiran 3.

Pengairan 1

hingga 24

Renjis mikro 8-12 litre/

hari Dijalankan apabila didapati perlu sahaja. Elakkan daripada pengairan berlebihan.

Siram pokok sehingga basah secara manual atau dengan menggunakan sistem pengairan.

Cantasan pelepah 1

hingga 24

Pelepah yang telah tua dan yang terdapat tanda-tanda berpenyakit seperti dalam Lampiran 3.

Buang pelepah tua dan berpenyakit dengan menggunakan pisau tajam dan dikumpulkan di suatu lokasi di antara barisan tanaman pisang atau dimusnahkan. Pembajaan 1 NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf 100 gm/

pokok Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm dengan jarak 30 sm dari pangkal pokok pisang atau

menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 30 sm dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok.

Gali parit sedalam 5 sm di sekeliling pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut.

Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

Mengawal rumpai di sekeliling pokok

2 Dijalankan secara manual. Bersih semua rumpai yang terdapat

di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang.

17 16

PENJAGAAN

(12)

MANUAL TANAMAN PISANG MANUAL TANAMAN PISANG

BLT* Kerja / Aktiviti Bahan Input Standard / Indikator Huraian Kerja

Jenis Kadar

Mengawal rumpai di dalam barisan tanaman

2 Glufosinate

ammonium 132 ml/18 L air Gunakan nozel kipas. Tekanan semburan pada tahap 1 bar (15 psi). Sembur selebar 1 meter sahaja. Gunakan nozel no 2.

Sembur semua rumpai di barisan pokok pisang. Buang rumpai yang tinggi dan rumpai yang tidak dapat dikawal dengan menggunakan racun secara manual. Pembajaan 2 NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf 150 gm/

pokok Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm dengan jarak 30 sm dari pangkal pokok pisang atau

menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 30 sm dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok.

Gali parit sedalam 5 sm di sekeliling pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut.

Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

Pembajaan

3 NPK Hijau

15:15:15 atau setaraf

150 gm/

pokok Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm

atau

menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok.

Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

Mengawal rumpai di sekeliling pokok

4 Dijalankan secara manual. Bersih semua rumpai yang terdapat

di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul, tajak atau potong menggunakan mesin sandang.

19 18

(13)

MANUAL TANAMAN PISANG MANUAL TANAMAN PISANG

BLT* Kerja / Aktiviti Bahan Input Standard / Indikator Huraian Kerja

Jenis Kadar

Pemangkasan sulur

4 Pilih dan biarkan satu sulur (Ratun 1)

Pandangan rumpun tanaman pisang selepas satu sulur (Ratun 1) dipilih dan pemangkasan sulur dilakukan

Pilih satu sulur yang sihat dan tidak mempunyai kecacatan sebagai Ratun 1 dan pangkas semua sulur lain dengan menggunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah.

Pembajaan

4 NPK Hijau

15:15:15 atau setaraf

150 gm/

pokok Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm

atau

menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok.

Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

Ratun 1 Pembajaan 5 NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf 150 gm/

pokok Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm

atau

menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok.

Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

21 20

(14)

MANUAL TANAMAN PISANG MANUAL TANAMAN PISANG

BLT* Kerja / Aktiviti Bahan Input Standard / Indikator Huraian Kerja

Jenis Kadar

Mengawal rumpai di sekeliling pokok

6 Dijalankan secara manual. Bersih semua rumpai yang terdapat

di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang. Pemangkasan sulur

6 Pangkas semua sulur baru. Pangkas semua sulur yang baru tumbuh

dengan mengunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah.

Pembajaan 6 NPK Biru 12:12:17:2 atau setaraf MOP 75 gm/

pokok Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm

atau

menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok.

Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

Mengawal rumpai di sekeliling pokok

8 Dijalankan secara manual. Bersih semua rumpai yang terdapat

di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang.

23 22

Pemangkasan sulur

8 Pangkas semua sulur baru. Pangkas semua sulur yang baru

tumbuh dengan mengunakan pisau yang tajam pada aras tanah.

Mengawal rumpai di dalam barisan tanaman

8 Glufosinate

ammonium 132 ml/ 18 L air Gunakan nozel kipas. Tekanan semburan pada tahap 1 bar (15 psi). Sembur selebar 1 meter sahaja. Gunakan nozel no 2.

Sembur semua rumpai di barisan pokok pisang. Buang rumpai yang tinggi dan rumpai yang tidak dapat dikawal dengan menggunakan racun secara manual.

(15)

MANUAL TANAMAN PISANG MANUAL TANAMAN PISANG

BLT* Kerja / Aktiviti Bahan Input Standard / Indikator Huraian Kerja

Jenis Kadar

Pemangkasan sulur

9 Pilih dan biarkan satu sulur (Ratun 2)

Pandangan rumpun tanaman pisang selepas satu sulur (Ratun 2) dipilih dan pemangkasan sulur dilakukan

Pilih satu sulur yang sihat dan tidak mempunyai kecacatan daripada sulur yang baru tumbuh sebagai Ratun 2 dan pangkas semua sulur baru yang lain dengan menggunakan alat pemotong yang tajam pada aras tanah.

Ratun 2 Ratun 1 Pembajaan 9 NPK Biru 12:12:17:2 atau setaraf 250 gm/

pokok Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm

atau

menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok.

Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

Pembungkusan tandan pisang

10 Sarung plastik

polietilena ber- warna biru atau kertas perang.

75 sm X

120 sm Dijalankan secara manual Pembungkusan dilakukan diperingkat akhir pembentukan sisir akhir tandan buah.

25 24

Mengawal rumpai di sekeliling pokok

10 Dijalankan secara manual. Bersih semua rumpai yang terdapat

di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang.

(16)

MANUAL TANAMAN PISANG MANUAL TANAMAN PISANG

BLT* Kerja / Aktiviti Bahan Input Standard / Indikator Huraian Kerja

Jenis Kadar

Pemangkasan sulur

11 Pangkas semua sulur baru. Pangkas semua sulur yang baru

tumbuh dengan mengunakan alat pe-motong yang tajam pada aras tanah. Memungut hasil

12 hingga

13

Tuai buah yang telah mencapai indeks kematangan 2 atau 3 seperti di Lampiran 1.

Tuai pada waktu pagi atau petang. Separuh cantasan batang dilakukan pada pokok yang mempunyai buah yang telah mencapai indeks kematangan seperti di Lampiran 1. Lenturkan batang pisang dan potong tangkai tandan pisang tersebut. Tandan pisang diletakkan di tempat yang beralas dengan bahan lembut seperti daun-daun pisang atau span. Elakkan tandan daripada terhempap ke tanah.

Mengawal rumpai di sekeliling pokok

12 Dijalankan secara manual. Bersih semua rumpai yang terdapat

di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang. Pembajaan

12 NPK Hijau

15:15:15 atau setaraf

250 gm/

pokok Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm

atau

menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok.

Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

27 26

(17)

MANUAL TANAMAN PISANG MANUAL TANAMAN PISANG

BLT* Kerja / Aktiviti Bahan Input Standard / Indikator Huraian Kerja

Jenis Kadar

Pemangkasan sulur

13 Pangkas semua sulur baru. Pangkas semua sulur yang baru

tumbuh dengan mengunakan alat pe-motong yang tajam pada aras tanah. Pengapuran

13 GML 1000 gm/

pokok Tabur di bawah kanopi pokok 0.5 m dari pangkal pokok. Mengawal rumpai di sekeliling

pokok

14 Dijalankan secara manual. Bersih semua rumpai yang terdapat

di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang. Mengawal rumpai di dalam barisan

tanaman

14 Glufosinate

ammonium 132 ml/18 L air Gunakan nozel kipas. Tekanan semburan pada tahap 1 bar (15 psi). Sembur selebar 1 meter sahaja. Gunakan nozel no 2.

Sembur semua rumpai di barisan pokok pisang. Buang rumpai yang tinggi dan rumpai yang tidak dapat dikawal dengan menggunakan racun secara manual.

Pemangkasan sulur

15 Pangkas semua sulur baru. Pangkas semua sulur yang baru

tumbuh dengan mengunakan alat pe-motong yang tajam pada aras tanah. Pembungkusan tandan pisang

14 Sarung plastik

polietilena ber- warna biru atau kertas perang

75 sm X

120 sm Dijalankan secara manual Pembungkusan dilakukan diperingkat akhir pembentukan sisir akhir tandan buah. Pembajaan 15 NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf 200 gm/

pokok Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm

atau

menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok.

Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

29 28

(18)

MANUAL TANAMAN PISANG MANUAL TANAMAN PISANG

BLT* Kerja / Aktiviti Bahan Input Standard / Indikator Huraian Kerja

Jenis Kadar

Memungut hasil 16

hingga 17

Tuai buah yang telah mecapai indeks

kematangan Seperti di Lampiran 1. Tuai pada waktu pagi atau petang.Separuh cantasan batang dilakukan pada pokok yang mempunyai buah yang telah mencapai indeks kematangan seperti di Lampiran 3. Lenturkan batang pisang dan potong tangkai tandan pisang tersebut. Tandan pisang diletakkan di tempat yang beralas dengan bahan lembut seperti daun-daun pisang atau span. Elakkan tandan daripada terhempap ke tanah.

Mengawal rumpai di sekeliling pokok

16 Dijalankan secara manual. Bersih semua rumpai yang terdapat

di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul, tajak atau potong menggunakan mesin sandang. Pemangkasan sulur

17 Pangkas semua sulur baru. Pangkas semua sulur yang baru

tumbuh dengan mengunakan alat pe-motong yang tajam pada aras tanah. Mengawal rumpai di sekeliling

pokok

18 Dijalankan secara manual. Bersih semua rumpai yang terdapat

di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul, tajak atau potong menggunakan mesin sandang. Pembajaan

18 NPK Hijau

15:15:15 atau setaraf

250 gm/

pokok Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm

atau

menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok.

Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

31 30

(19)

MANUAL TANAMAN PISANG MANUAL TANAMAN PISANG

BLT* Kerja / Aktiviti Bahan Input Standard / Indikator Huraian Kerja

Jenis Kadar

Pembungkusan tandan pisang

18 Sarung plastik

polietilena ber- warna biru atau kertas perang

75 sm X

120 sm Dijalankan secara manual Pembungkusan dilakukan diperingkat akhir pembentukan sisir akhir tandan buah.

Pemangkasan sulur

19 Pangkas semua sulur baru. Pangkas semua sulur yang baru

tumbuh dengan mengunakan alat pe-motong yang tajam pada aras tanah. Memungut hasil

20 hingga

21

Tuai buah yang telah mecapai indeks

kematangan seperti di Lampiran 1. Tuai pada waktu pagi atau petang.Separuh cantasan batang dilakukan pada pokok yang mempunyai buah yang telah mencapai indeks kematangan seperti di Lampiran 1. Lenturkan batang pisang dan potong tangkai tandan pisang tersebut. Tandan pisang diletakkan di tempat yang beralas dengan bahan lembut seperti daun-daun pisang atau span. Elakkan tandan daripada terhempap ke tanah.

Mengawal rumpai di sekeliling pokok

20 Dijalankan secara manual. Bersih semua rumpai yang terdapat

di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang. Mengawal rumpai di dalam barisan

tanaman

20 Glufosinate

ammonium 132 ml/ 18 L air Gunakan nozel kipas. Tekanan semburan pada tahap 1 bar (15 psi). Sembur selebar 1 meter sahaja. Gunakan nozel no 2.

Sembur semua rumpai di barisan pokok pisang. Buang rumpai yang tinggi dan rumpai yang tidak dapat dikawal dengan menggunakan racun secara manual.

Pemangkasan sulur

21 Pangkas semua sulur baru. Pangkas semua sulur yang baru

tumbuh dengan mengunakan alat pe-motong yang tajam pada aras tanah.

33 32

(20)

MANUAL TANAMAN PISANG MANUAL TANAMAN PISANG

BLT* Kerja / Aktiviti Bahan Input Standard / Indikator Huraian Kerja

Jenis Kadar Pembajaan 21 NPK Hijau 15:15:15 atau setaraf 250 gm/

pokok Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm

atau

menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok.

Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

Mengawal rumpai di sekeliling pokok

22 Dijalankan secara manual. Bersih semua rumpai yang terdapat

di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang. Pemangkasan sulur

23 Pangkas semua sulur baru. Pangkas semua sulur yang baru

tumbuh dengan mengunakan alat pe-motong yang tajam pada aras tanah. Mengawal rumpai di sekeliling

pokok

24 Dijalankan secara manual. Buang semua rumpai yang terdapat

di bawah kanopi pokok dengan menggunakan cangkul tajak atau potong menggunakan mesin sandang. Pembajaan

24 NPK Hijau

15:15:15 atau setaraf

400 gm/

pokok Baja ditabur di sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 sm

atau

menggunakan sistem poket atau lubang yang digali sedalam 15 sm dengan jarak 1 m dari pangkal pokok pisang.

Tabur baja di bawah kanopi pokok dan elakkan daripada terkena pada bahagian pangkal pokok.

Gali parit sedalam 5 sm di sepanjang barisan pokok pisang. Masukkan baja dan timbus semula parit tersebut. Gali lubang sedalam 15 sm di bawah kanopi pokok. Masukkan baja dan timbus semula lubang tersebut.

35 34

(21)

MANUAL TANAMAN PISANG MANUAL TANAMAN PISANG 1.2 Parit a) Parit Sekunder b) Parit Ladang 1.0 Infrastruktur Ladang 1.1 Jalan Ladang

Jalan Ladang 3 m lebar = 100 m/hektar

Jenis Tanah Lempung (mineral) Gambut Masam Pasir Dimensi Parit 2,000 mm x 910 mm x 1,520 mm 2,440 mm x 910 mm x 1,520 mm 1,980 mm x 610 mm x 1,520 mm 2,440 mm x 610 mm x 1,520 mm Jenis Tanah Lempung (mineral) Gambut Masam Pasir Dimensi Parit 1,220 mm x 610 mm x 762 mm 1,220 mm x 910 mm x 910 mm 1,060 mm x 460 mm x 762 mm 1,220 mm x 460 mm x 762 mm Kepadatan Parit (m/hek) 220 - 270 164 - 180 200 - 220 164

INDEKS KEMATANGAN PISANG

INFRASTRUKTUR LADANG DAN SALIRAN BAGI

TANAMAN PISANG

Lampiran 1 Lampiran 2

36 37

Hijau dengan sedikit kuning. Buah matang. Sudah sesuai dituai untuk penghantaran jauh menggunakan kapal laut.

INDEKS 2

Lebih kuning daripada hijau. Buah hampir masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan.

INDEKS 4

Kuning keseluruhan. Buah masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan. Peringkat terbaik untuk dimakan segar.

INDEKS 6 Hijau tua keseluruhan. Buah belum matang untuk dituai.

INDEKS 1

Lebih hijau daripada kuning. Buah matang. Tidak sesuai untuk penghantaran jauh menggunakan kapal laut.

INDEKS 3

Kuning dengan sedikit hijau pada hujung buah. Buah masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan.

INDEKS 5

Kuning jingga. Buah terlalu masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan dan jangka hayat yang amat singkat.

(22)

MANUAL TANAMAN PISANG MANUAL TANAMAN PISANG Lampiran 3 A. SERANGGA PEROSAK A. SERANGGA PEROSAK TANDA-TANDA TANDA-TANDA SYOR KAWALAN SYOR KAWALAN Pengorek umbisi pisang (Cosmopoites sordidus Germ)

Larva mengorek di bahagian umbisi dan pangkal batang yang berhampiran dengan tanah. Tisu-tisu di sekeliling lubang yang dikorek akan menjadi perang dan busuk. Akar baru tidak akan tumbuh. Serangan teruk menyebabkan daun-daun menjadi kuning dan pokok mudah tumbang. Sulur bahagian tengah terbantut. Anak pokok yang diserang akan mati jika serangan merebak hingga ke bahagian pucuk. Pokok yang diserang akan mengeluarkan tandan buah yang lebih kecil dari saiz biasa.

> Cara Kultura

Guna sulur yang bebas penyakit. Jalankan rawat- an dengan memotong di sekeliling umbisi dan celup ke dalam air panas bersuhu (55°C) selama 5-10 minit.

> Memasang Perangkap Potong batang pisang

tua sepanjang 2-3 kaki, dibelah dan ditelungkup-kan.

Pungut kumbang yang bersembunyi di bawah batang pisang tersebut dan musnahkannya. > Cara Kimia

Gunakan racun perosak yang sesuai seperti carbofuran mengikut kadar yang disyorkan pada label. Pengorek batang pisang (Odaiporus longicollis Oliv)

Larva menyerang dengan memakan tisu-tisu batang dan bahagian tengah batang dengan membentuk alur-alur panjang. Bahagian yang diserang akan berubah warna coklat dengan cepat. Daun menjadi kuning dan batang pisang mudah patah apabila ditiup angin kencang. Peringkat dewasa juga boleh melakukan kerosakan.

> Buang dan musnahkan batang-batang pisang dan sulur yang diserang. > Tanam sulur-sulur yang

bebas dari perosak ini. > Sembur racun serangga

yang sesuai mengikut kadar yang disyorkan pada pangkal batang pisang yang diserang.

PEROSAK DAN PENYAKIT TANAMAN

PISANG DAN SYOR KAWALAN

38 39

Ulat gulung daun

(Erionata thrax)

Serangga ini bertelur sebiji-sebiji pada daun muda. Apa-bila menetas larvanya akan bersembunyi dengan cara menggulungkan daun ke arah tulang daun. Larvanya cergas pada waktu malam, keluar dari gulungan daun untuk makan daun pisang. Ia mengulungkan daun dan melekatkan dengan meng-gunakan bebenang putih. Sekiranya gulungan daun terbuka, larva dan kepom-pong akan terdedah. Daun yang bergulung akan men-jadi kering dan tidak ber-fungsi.

> Pungut daun dan musnahkan larva. > Serangga pemangsa

semulajadi atau perasit dapat memusnahkan larva ini contohnya

Ooencyrtus sp.,

Agiommatus sp. dan Anastatus sp.

(23)

MANUAL TANAMAN PISANG MANUAL TANAMAN PISANG A.

SERANGGA PEROSAK

TANDA-TANDA SYOR KAWALAN

Trips Kutu trips boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian kulit pisang. Kulit pisang akan berkeruping dan proses kematangan pisang ter-ganggu.

Semburan racun serangga yang sesuai mengikut kadar yang disyorkan pada jantung pisang.

Lalat buah

(Bactrocera musae)

Apabila buah telah masak atau berwarna kuning terdapat bintik-bintik hitam bekas tusukan ovipositor semasa lalat buah dewasa bertelur.

Buah pisang hendaklah di-bungkus pada peringkat muda. Masa yang sesuai untuk pembungkusan ialah setelah sisir terakhir ter-bentuk dianggarkan 10-14 hari selepas berjantung.

Nematod

(Radpholus similis)

Akar yang diserang keliha-tan tompok-tompok hitam, berbintil-bintil dan pecah serta menjadi reput teru-tama di bahagian umbisi. Kelihatan lubang-lubang kecil pada rizom dan sulur. Apabila rizom dikerat melin-tang kelihatan tompok-tom-pok hitam di tengah bulatan. Serangan dan kerosakan pada akar boleh membawa kesan yang serupa dengan kekurangan air. Pada pokok muda, tepi daun akan keli-hatan kering. Pada pokok yang berbuah, buah men-jadi kecil, kering dan hitam semasa muda lagi. Pokok juga mudah diserang oleh kulat Rhizoctonia solani dan

Fusarium oxysporium.

> Gunakan sulur yang si-hat. Bersihkan akar-akar dan umbisi dan lakukan rawatan dengan meren-dam dalam air bersuhu 55°C selama 10 minit. > Musnahkan

batang-ba-tang pisang yang lama dan pokok-pokok pisang yang diserang oleh nematod.

> Tabur dengan racun car-bofuran bagi kawalan nematod mengikut kadar yang disyorkan pada la-bel.

A. SERANGGA

PEROSAK

TANDA-TANDA SYOR KAWALAN

(24)

MANUAL TANAMAN PISANG

B. PENYAKIT TANDA-TANDA SYOR KAWALAN

Bintik Daun

Sigatoka Bintik-bintik kecil berwarna hitam dan jalur-jalur berwarna kuning. Bintik-bintik membesar menjadi bujur seperti mata dengan bahagian tengah berwarna perang gelap. Keseluruhan pokok kelihatan seperti terbakar.

Jaga kebersihan ladang dan pastikan saliran sempur-na serta pembajaan yang diberikan mestilah men-cukupi. Guna racun kulat seperti mancozeb, chloro-thalonil, propiconazole atau thiophanate-methyl.

Layu Panama Pucuk yang masih bergulung kelihatan layu dan mati. Bagi pokok tua, pucuk kelihatan kekuningan dan daun-daun kelihatan patah terkulai.

Guna sulur bebas penyakit dan pastikan saliran dalam keadaan yang baik. Tebang dan musnahkan pokok yang diserang.

(25)

Jabatan Pertanian Malaysia

Wisma Tani, Aras 17, No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4,

62624 Putrajaya.

No. Tel: 03-8870 3000 No. Faks: 03-8888 5069 Laman Web: http://www.doa.gov.my

Referensi

Dokumen terkait

Keteguhan dan kesabaran merupakan syarat yang penting dalam menghafal Al- Qur’ an, karena orang yang menghafal disamping harus sanggup untuk menghafal juga

Adanya peningkatan kemampuan berpikir kritis ini menunjukkan bahwa pembelajaran berbasis masalah dapat melibatkan mahasiswa dalam aktivitas pembelajaran yang

prediksi aktivitas matahari tahunan yang digunakan untuk prediksi matahari maksimum siklus ke-23 dengan hasil..

Apabila saya tidak memenuhi pernyataan ini, saya bersedia diberhentikan dengan tidak hormat sebagai Calon Pegawai Negeri Sipil/ Pegawai Negeri Sipil. Demikian surat pernyataan ini

PENGARUH TINGKAT KESULITAN KEUANGAN PERUSAHAAN, RISIKO LITIGASI, DEBT COVENANT DAN STRUKTUR KEPEMILIKAN MANAJAJERIAL TERHADAP KONSERVATISME AKUNTANSI (STUDI EMPIRIS PADA

Salah satu cerita atau mitos yang masih sangat diyakini oleh masyarakat jawa dan diketahui oleh masyarakat Indonesia pada umumnya, yaitu mitos tentang Nyi

Kekeliruan ini biasa dilakukan karena dalam banyak buku teks statistik hanya disampaikan bahwa untuk regresi berganda rumus / yang digunakan adalah rumus persamaan 18 atau

Sebagai suatu penelitian hukum atas adanya pengaturan tentang kewajiban pencantuman label dalam bahasa Indonesia pada produk kosmetik impor yang diatur oleh