• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERSEPSI IBUBAPA DAN MURID TAHUN 4 DAN 5

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERSEPSI IBUBAPA DAN MURID TAHUN 4 DAN 5"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

PERSEPSI IBUBAPA DAN MURID TAHUN 4 DAN 5 TERHADAP PEMBELAJARAN ABAD KE 21: SATU KAJIAN KES

Halif Md Saleh1, Sakilah Mohamad Lawi2

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim Perak, MALAYSIA

Corresponding author: hilmanuddin09@yahoo.com

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi ibu bapa dan murid Tahun 4 dan 5 tentang pembelajaran abad ke 21 yang telah mula dilaksanakan secara rintis oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 2015. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pandangan ibu bapa murid Tahun 4 dan 5 terhadap pengetahuan mereka berkaitan proses pembelajaran abad 21 yang dilaksanakan dan penglibatan mereka di dalam penyediaan kemudahan asas kepada proses pembelajaran abad ke 21 serta sokongan ibubapa terhadap pembelajaran murid. Kajian ini juga bertujuan ingin melihat apakah reaksi murid Tahun 4 dan 5 terhadap proses pembelajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah merangkumi susun atur bilik darjah dan teknik pembelajaran yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang digunakan guru. Sampel kajian ini terdiri dari 60 orang ibu bapa dan 6 orang murid Tahun 4 dan 5 di sebuah sekolah rendah iaitu di Sekolah Kebangsaan Senggarang di daerah Batu Pahat Johor. Penyelidik menggunakan perisian SPSS 19.0 (Statistical Package for the Social Sciences) bagi menganalisis data yang diperolehi dari kajian ke atas ibubapa, manakala data protokol temu bual murid Tahun 4 dan 5 akan dianalisis menggunakan analisis domain. Hasil kajian mendapati kesemua ibubapa mengetahui tentang pembelajaran abad 21 dan menyokong proses pembelajaran yang dilaksanakan ke atas anak-anak mereka samada di sekolah ataupun di rumah. Ini ditunjukkan oleh nilai skor min yang diperolehi adalah 4.00 bagi pengetahuan ibubapa terhadap pembelajaran abad ke 21, nilai skor min 3.84 bagi sokongan ibubapa kepada pembelajaran murid di sekolah dan nilai skor min 4.11 bagi sokongan ibubapa terhadap murid. Hasil kajian terhadap murid juga mendapati mereka merasa seronok dengan kaedah dan suasana pembelajaran abad ke 21 di samping bersetuju bahawa ibubapa memberi sokongan dan bantuan terhadap pembelajaran mereka di sekolah dan di rumah.

Pendahuluan

(2)

Pelaksanaan pembelajaran abad ke 21 di sekolah-sekolah memerlukan kolaborasi tiga pihak iaitu kepimpinan sekolah guru dan ibubapa (Norhashimah dan Amir Shahuki, 2015). Mengikut mereka, pemimpin sekolah mestilah berperanan menyebarkan misi dan visi sekolah kepada semua guru, kakitangan sekolah, murid dan ibubapa. Ia boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal samada melalui ucapan semasa perhimpunan, mesyuarat dan perjumpaan-perjumpaan yang dilaksanakan bersama guru dan ibubapa. Di pihak guru pula pengetahuan mengenai isi kandungan mata pelajaran yang diajar, pengetahuan pedagogi, pengetahuan guru tentang pelajar dan psikologi pembelajaran, kemahiran kaunseling dan penggunaan teknologi terkini perlu dititik beratkan kerana ia akan mempengaruhi ketrampilan dan kebolehan guru di dalam pelaksanaan pembelajaran abad ke 21(Farah Farisha, 2013). Selain daripada pihak sekolah, peranan ibubapa juga amat penting. Kerjasama yang wujud di antara ibubapa dan pihak sekolah akan memberi banyak faedah dan kebaikan kepada murid (M. Al Muz-Zammil dan Sow Kuan, 2011). Bagaimana pun peranan ibubapa hanya banyak dimainkan dan diberi ruang melalui Persatuan Ibubapa Guru yang ditubuhkan di sekolah (BPPDP, 2003, Zainon dan Ahmad, 2008, M. Al Muz-Zammil dan Sow Kuan, 2011). Menurut Ahmad Zahidi dan Mariani (2007) pula sekolah dan masyarakat yang merujuk kepada penglibatan ibubapa dengan sekolah sebenarnya tidak dapat dipisahkan kerana mereka mempunyai kepentingan bersama. Inilah juga yang menyebabkan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui keputusan jawatankuasa mengkaji taraf pelajaran di sekolah-sekolah pada tahun 1982 telah memutuskan bahawa antara aspek penting di dalam meningkatkan taraf pelajaran di Malaysia adalah melalui kerjasama di antara masyarakat dan sekolah (Sufean dalam Ahmad Zahidi dan Mariani, 2007) dan melalui penubuhan Persatuan Ibubapa Guru di dalam Akta pendidikan 1996 (BPPDP, 2003) keadaan ini boleh direalisasikan.

Antara peranan yang boleh dimainkan oleh ibubapa melalui PIBG ini adalah dengan menyertai aktiviti-aktiviti sekolah seperti aktiviti keceriaan sekolah, kokurikulum, program kerohanian dan program motivasi (BPPDP, 2003). Bagaimanapun mengikut M. Al Muz-Zammil dan Sow Kuan (2011), peranan utama ibubapa di dalam PIBG sebenarnya adalah bagi membantu murid-murid belajar dengan baik di sekolah. Inilah juga yang cuba dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan cuba mengoptimumkan penyertaan ibubapa di dalam pembelajaran abad ke 21. Antaranya adalah dengan menubuhkan Kelab Sokongan Ibubapa (KISB) yang melaluinya ibubapa diberi ruang dan peluang untuk bersama-sama pihak sekolah membantu dan menyokong proses pembelajaran anak mereka di sekolah. Melalui KISB ini komunikasi ibubapa, murid dan sekolah akan dapat dipereratkan dan ini memudahkan ibubapa sendiri memperolehi maklumat

(3)

menguasai kemahiran hidup dan kerjaya merujuk kepada kemampuan yang perlu diperolehi dan dikuasai oleh mereka melalui proses pembelajaran. Ianya adalah seperti murid mesti mampu mengadapatasi perubahan dan mempunyai kebolehan belajar secara kumpulan, mampu mengatur dan mengelola pembelajaran kendiri, mempunyai kebolehan berkomunikasi secara efektif dengan pelabagai bentuk kumpulan, mampu mengelola projek dan menghasilkan produk dan mampu memimpin kumpulan. Dalam aspek kemahiran belajar dan inovasi pula, beliau menyatakan bahawa murid perlu berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan membuat keputusan, mampu berkomunikasi dan bekerjasama dengan baik di dalam kumpulan dan mempunyai kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Dalam aspek kemahiran teknologi, media dan inovasi pula, murid diharap mampu memperolehi maklumat, menilai maklumat, mengurus dan menggunakan maklumat secara efektif untuk meyelesai masalah, Murid juga dalam konteks ini diharap mampu memilih dan menggunakan media yang sesuai dalam proses komunikasi di antara mereka serta mampu menganalisis segala maklumat yang diterima. Mengikut Trilling dan Fadel (2009) juga kesemua aspek ini haruslah menjadi asas kepada pembelajaran abad 21 dengan penyediaan persekitaran pembelajaran yang kondusif, mewujudkan pembangunan professional terutama di kalangan guru dan pengurusan sekolah, kurikulum dan pengajaran yang sesuai serta standard dan penilaian yang tepat dan sesuai.

Rajah 1: Pembelajaran Abad Ke 21 (Sumber: Trilling dan Fadel, 2009)

(4)

ke 21 membolehkan murid berkeperbadian dan integriti yang tinggi, mampu bekerja dengan orang lain dan fleksibel. Akhir sekali ciri murid yang ingin dilahirkan melalui pembelajaran abad ke 21 adalah murid mempunyai identiti nasional iaitu sentiasa merasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Untuk mencapai hasrat tersebut, guru yang merupakan pemangkin utama kepada kejayaan pelaksanaan pembelajaran abad ke 21 juga mestilah mempunyai ciri-ciri yang sesuai yang antaranya adalah menguasai subjek pembelajaran, mahir dan berketrampilan di dalam pedagogi, memahami perkembangan murid, memahami psikologi pembelajaran, memiliki kemahiran kaunseling dan mahir menggunakan teknologi terkini. Pembangunan professional pula merujuk kepada pembelajaran guru secara kolaboratif meliputi aktiviti seperti dialog reflektif, perkongsian amalan, fokus secara kolektif terhadap pembelajaran murid, kolaboratif dan norma dan nilai yang dikongsi bersama. Di samping itu persekitaran pembelajaran yang merujuk kepada prasarana pembelajaran juga perlu dipertingkatkan sesuai dengan keperluan pembelajaran seperti papan putih, bahan rujukan, peralatan teknologi maklumat dan susun atur bilik darjah. Akhirnya pembelajaran abad ke 21 juga memerlukan standard penilaian yang autentik dengan pendekatan saintifik (Kuntari, 2013) yang merujuk kepada penilaian berasasaskan kompetensi atau kebolehan, penilaian berasaskan hasil di samping mengukur kompetensi sikap, ketrampilan dan pengetahuan berasaskan proses, penilaian berasaskan elemen subjek dan penilaian hasil pembelajaran. Selain daripada itu penggunaan portfolio murid perlu dijadikan salah satu instrumen utama kepada penilaian.

Rajah 2: Pembelajaran Abad Ke 21 (Sumber: Mohd Ariffin, 2015)

Penyataan Masalah

(5)

PIBG, (3) tidak mahu bersuara di dalam mesyuarat, (4) kurang minat terhadap masalah sekolah dan (5) segan untuk mengeluarkan pendapat semasa mesyuarat. Kajian oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2003), pula mendapati penyertaan aktiviti yang berkaitan kurikulum dan kewangan kurang mendapat sambutan daripada ibubapa. Mengikut Ahmad Zabidi dan Mariani (2007) perhubungan ibubapa dengan sekolah masih lagi renggang. Ibubapa dilihat hanya terlibat dengan pihak sekolah berkaitan aktiviti gotong royong dan mengutip derma tetapi kurang melibatkan diri di dalam aktiviti yang berkaitan pembelajaran anak-anak mereka.

Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhmana pengetahuan dan sokongan ibubapa terhadap pembelajaran abad 21 yang dilaksanakan ke atas anak-anak mereka di dalam bilik darjah.

Objektif Kajian

1. Mengenal pasti tahap pengetahuan ibubapa terhadap proses pembelajaran abad ke 21 yang telah dilaksanakan ke atas anak-anak mereka di dalam Tahun 4 dan 5. 2. Mengenal pasti tahap sokongan ibubapa terhadap pembelajaran anak-anak

mereka di sekolah dalam pembelajaran abad ke 21.

3. Mengenal pasti tahap sokongan ibubapa terhadap anak-anak mereka di dalam pembelajaran abad ke 21.

4. Menilai persepsi murid-murid Tahun 4 dan 5 terhadap proses pembelajaran abad ke 21 yang dilaksanakan ke atas mereka di sekolah.

Kepentingan Kajian

kajian ini penting berdasarkan pembelajaran abad ke 21 adalah satu proses pembelajaran yang mula dilaksanakan secara rintis oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia ke atas pelajar Tahun 4 mulai tahun 2015. Oleh itu kajian ini ingin melihat sejauhmana kefahaman dan penglibatan ibubapa murid yang dilibatkan di dalam pembelajaran abad ke 21.

Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan hanya terbatas kepada ibubapa murid dan murid-murid Tahun 4 dan 5 di Sekolah Kebangsaan Senggarang, Rengit, Batu Pahat, Johor sahaja yang mengikuti pembelajaran abad ke 21 kerana kekangan masa. Walau bagaimana pun ia boleh diguna pakai di tempat-tempat yang lain berdasarkan kepada persamaan yang ada pada sekolah yang melaksanakan proses pembelajaran abad ke 21. Kajian ini juga hanya terbatas kepada skop pandangan ibu bapa murid Tahun 4 dan 5 terhadap pengetahuan mereka tentang pembelajaran abad ke 21, sokongan mereka terhadap pembelajaran anak mereka di sekolah dan sokongan ibubapa terhadap murid. Pekara lain seperti kurikulum, pedagogi dan pengajaran guru tidak dikaji di dalam kajian ini.

Metodologi Kajian

Penyelidik akan menjelaskan beberapa pekara mengenai kaedah penyelidikan yang digunakan bagi kajian ini. Ianya adalah reka bentuk kajian, tempat kajian, sampel, instrumen, soalan rintis, item-item soalan serta analisis data yang digunakan.

Rekabentuk Kajian

(6)

Tempat Kajian

Tempat kajian dilakukan adalah di Sekolah Kebangsaan Senggarang iaitu salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Batu Pahat yang dikehendaki melaksanakan proses pembelajaran abad ke 21.

Sampel Kajian

Sampel kajian adalah terdiri daripada 60 orang ibubapa yang anak-anak mereka berada di Tahun 4 dan 5 di sekolah berkenaan. Kaedah persampelan rawak berlapis digunakan bagi memperolehi responden kajian yang terdiri daripada ibubapa yang anak-anak mereka bersekolah di dalam Tahun 4 dan Tahun 5.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian adalah melalui soal selidik yang disediakan sendiri oleh pengkaji dengan mengadaptasi soal selidik sarana ibubapa yang telah digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2013b) kepada semua ibubapa murid. Soal selidik ini adalah terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A mengandungi latar belakang responden dan bahagian B adalah persoalan yang ingin dikaji. Selain daripada soal selidik berkenaan, pengkaji juga akan menggunakan protokol temu bual ke atas 6 orang peserta kajian yang terdiri daripada 3 orang murid Tahun 4 dan 3 orang murid Tahun 5.

Kajian Rintis

Bagi mengesahkan isi kandungan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik, pengkaji telah melakukan kajian rintis ke atas 30 orang responden ibubapa dari sekolah berkenaan yang anak-anak mereka juga terlibat di dalam proses pembelajaran abad ke 21. Hasil daripada kajian rintis tersebut menunjukkan hampir semua soalan yang dijawab oleh responden kajian mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu Alpha Croanbach diantara 0.856 hingga ke 0.907.

Keputusan Kajian

Di dalam bahagian ini, keputusan yang diperolehi dibincangkan berdasarkan maklum balas yang diterima daripada kesemua responden yang terlibat di dalam kajian ini. Data kajian yang diperolehi melalui instrumen soal selidik dianalisis menggunakan program SPSS 19.0. Nilai frekuensi, peratus dan min bagi setiap item akan dilihat dan dianalisa. Begitu juga bagi mendapatkan tahap pengetahuan ibubapa tentang pembelajaran abad ke 21, tahap sokongan ibubapa kepada pembelajaran murid di sekolah dan sokongan ibubapa terhadap murid, nilai min bagi setiap item dan kumpulan item tersebut akan dianalisa dan dinyatakan.

(7)

sekitar RM 1000.00 iaitu sebanyak 28.3 peratus. Bagi latar belakang pendidikan ibubapa, terdapat mereka yang mempunyai pendidikan sehingga Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma yang mewakili 30 peratus responden manakala 70 peratus ibubapa adalah terdiri daripada mereka yang hanya mendapat pendidikan hingga sekolah menengah.

Bagi menjawab persoalan kajian berkaitan tahap pengetahuan ibubapa terhadap proses pembelajaran abad ke 21, tahap sokongan ibubapa terhadap pembelajaran anak-anak mereka di sekolah dan tahap sokongan ibubapa terhadap anak-anak mereka di dalam pembelajaran pengkaji menggunakan interpretasi skor min oleh Weiss (2004) dalam Jadual 1.

Jadual 1: Interpretasi Skor Min

Skor Julat Skor Min Interpretasi Skor Min

1 1 hingga ≤ 1.80 Sangat Tidak Setuju

2 > 1.80 hingga ≤ 2.61 Tidak Setuju 3 > 2.61 hingga ≤ 3.41 Tidak pasti 4 > 3.41 hingga ≤ 4.21 Setuju

5 > 4.21 hingga ≤ 5.00 Sangat Setuju

(Disesuaikan daripada: Weiss, 2004)

Berdasarkan Jadual 2 dan 3, kajian mendapati kesemua responden bersetuju dan mengetahui tentang konsep, ciri pembelajaran dan ciri murid abad ke 21, bentuk pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan guru, susun atur bilik darjah dan keperluan anak-anak mereka dengan nilai skor min ibubapa Tahun 5 menunjukan angka 4.11 lebih tinggi berbanding ibubapa Tahun 4 dengan nilai skor min 3.90. Berdasarkan setiap item pula kajian mendapati nilai skor min tertinggi adalah berkaitan ‘ibubapa tahu tentang konsep pembelajaran abad ke 21’ iaitu 4.20 dengan responden dari kalangan ibubapa Tahun 5 lebih memahami konsep pembelajaran abad ke 21 berbanding ibubapa Tahun 4. Bagi item terendah pula kajian mendapati responden dalam kalangan ibubapa Tahun 4 memperoleh nilai skor min 3.73 iaitu ‘ibubapa tahu tentang bentuk pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di dalam pembelajaran abad ke 21’.

Jadual 2:Skor Min Pengetahuan Ibubapa Tentang Pembelajaran Abad ke 21

Item Tahun 4 Tahun 5

Saya tahu tentang konsep pembelajaran abad ke 21 yang dilaksanakan oleh pihak sekolah

3.93 4.20

Saya tahu tentang ciri-ciri pembelajaran abad 21 yang

dilaksanakan oleh pihak sekolah 3.90 4.06

Saya tahu tentang ciri-ciri murid yang ingin dilahirkan

melalui pembelajaran abad ke 21 3.93 4.03

Saya tahu tentang bentuk pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan guru di dalam

(8)

pembelajaran abad ke 21 di sekolah

Saya tahu tentang bentuk susun atur bilik darjah di dalam pembelajaran abad ke 21 di sekolah

3.93 4.06

Saya tahu tentang keperluan anak saya di dalam proses pembelajaran abad ke 21 di sekolah

4.00 4.23

Jadual 3: Pengetahuan Ibubapa Tentang Pembelajaran Abad Ke 21

Ibubapa Min n Sisihan Piawai

Tahun 4 3.90 30 .50

Tahun 5 4.11 30 .59

Total 4.00 60 .55

Dalam Jadual 4 dan 5 pula, kesemua responden juga bersetuju tentang sokongan dan penglibatan mereka terhadap aktiviti sekolah dengan masing-masing mempunyai nilai skor min 3.72 bagi ibubapa Tahun 4 dan nilai skor min 3.96 bagi ibubapa Tahun 5. Di sini juga memperlihatkan ibubapa Tahun 5 lebih banyak memberi sokongan kepada pihak sekolah berbanding ibubapa Tahun 4 dengan secara keseluruhan berdasarkan setiap item, skor min tertinggi adalah dari kalangan ibubapa Tahun 5.

Jadual 4: Skor Min Sokongan Ibubapa Kepada Pembelajaran Murid di Sekolah

Item Tahun 4 Tahun 5

Jadual 5: Sokongan Ibubapa Kepada Pembelajaran Murid Di Sekolah

(9)

berbanding ibubapa murid Tahun 4 iaitu dengan nilai skor min 3.99. Berdasarkan Jadual 6 pula, nilai skor min terendah adalah bagi item ‘saya membelikan ipad untuk keperluan pembelajaran abad ke 21 anak saya di sekolah’ yang datangnya daripada responden ibubapa Tahun 4 manakala item dengan nilai skor min tertinggi adalah 4.50 yang berkaitan dengan ‘saya sentiasa mengambil tahu tentang aktiviti pembelajaran anak saya di rumah’. Bagi item ini nilai skor min tertinggi datangnya daripada kalangan ibubapa Tahun 5.

Jadual 6: Skor Min Sokongan Ibubapa Terhadap Murid di Dalam Pembelajaran Abad ke 21

Item Tahun 4 Tahun 5

Saya menyediakan keperluan buku-buku dan alat tulis untuk pembelajaran abad ke 21 anak saya di sekolah

4.16 4.20

Saya membelikan ipad untuk keperluan pembelajaran abad ke 21 anak saya di sekolah

3.60 4.16

Saya membantu dan membimbing anak saya untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberi oleh

saya untuk belajar di rumah 4.30 4.36

Saya sentiasa mengambil tahu tentang aktiviti selesa dan kondusif untuk anak saya di rumah

(10)

berpendapat keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh langkah pihak sekolah yang bertindak awal dalam memberi maklumat dan penerangan kepada semua ibubapa yang anak-anak mereka terlibat di dalam pembelajaran abad ke 21. Berdasarkan maklumat daripada pihak sekolah, ibubapa Tahun 4 dan 5 telah diberi penerangan awal oleh Guru Besar tentang pembelajaran abad ke 21 dan pada masa yang sama memohon penglibatan ibubapa dari sudut masa, tenaga dan kewangan dalam menyediakan susun atur kelas anak masing-masing.

Berdasarkan dapatan daripada kajian ini juga pengkaji mendapati kalangan ibubapa murid Tahun 5 lebih proaktif di dalam pengetahuan mereka berkaitan pembelajaran abad ke 21 dan sokongan mereka kepada pihak sekolah dan pembelajaran murid di rumah berbanding ibubapa murid Tahun 4. Ini mungkin disebabkan faktor pendidikan dan pendapatan ibubapa mempengaruhi pengetahuan dan sikap ibubapa terhadap pembelajaran anak-anak mereka di sekolah dan di rumah. Ini dibuktikan sebahagian ibubapa dari kalangan murid Tahun 4 hanya berpendidikan sehingga Tingkatan 5 iaitu 22 orang (36.6 peratus) berbanding ibubapa dari kalangan murid Tahun 5 iaitu sekitar 14 orang (23.3 peratus). Begitu juga faktor pendapatan dengan kalangan ibubapa Tahun 4 yang berpendapatan rendah di bawah RM1000.00 adalah sekitar 21.7 peratus (13 orang) manakala di kalangan ibubapa murid Tahun 5 hanyalah sekitar 6.7 peratus iaitu 4 orang.

Kajian ini juga melihat apakah pandangan murid-murid Tahun 4 dan 5 dalam proses pembelajaran abad ke 21. Berdasarkan temu bual yang dijalankan oleh pengkaji terhadap 3 orang murid Tahun 4 dan 3 orang murid Tahun 5 kesemua mereka juga memberikan maklumat yang positif berkaitan pembelajaran abad ke 21. Kajian mendapati kesemua murid Tahun 4 dan 5 menyatakan mereka merasa seronok, teruja dengan pembelajaran yang dilaksanakan guru pada masa kini. Seorang murid Tahun 5 menyatakan;

“seronok...sekarang saya banyak bercakap, dulu saya ni tak banyak dapat bercakap…”

Seorang lagi murid Tahun 5 juga menyatakan;

“rasa gembira, teruja, boleh bukak kasut…boleh duduk dalam kumpulan…”

Mengenai perasaan mereka terhadap pembelajaran di dalam bilik darjah pada masa kini, seorang murid Tahun 5 menyatakan;

“ ..rasa gembira…dapat bincang bersama dengan kawan-kawan..belajar sama-sama.”

Pendapat beliau bersamaan dengan seorang murid Tahun 4 yang menyatakan;

“…dulu duduk sorang-sorang, dua-dua, sekarang dalam kumpulan…ada kawan-kawan, buat kerja sama-sama.”

(11)

“ ...beza dulu dengan sekarang, dulu pakai buku…sekarang pakai kertas mahjong, cari maklumat dalam komputer…”

“ ada…dulu cari maklumat pakai buku..sekarang cari maklumat pakai komputer, ipad…”

Murid juga ditanya tentang adakah perlu menggunakan ipad di dalam bilik darjah, kesemua murid yang ditemu bual menyatakan perlu kerana ia digunakan untuk mencari maklumat, bagaimana pun mereka berpendapat, ia tidak terlalu kerap digunakan guru. Berkaitan sokongan dan dorongan ibubapa di dalam pembelajaran murid kesemua murid juga menyatakan ibubapa mereka memberikan dorongan dan pertolongan di dalam pembelajaran mereka.

“..beri…bantu buat kerja rumah, kalau ada tak faham ayah tolong…”

(murid Tahun 5)

“…sokong...ada kelas tambahan dia hantar..kalau ada buat dialog, tolong check kan.”

(murid Tahun 5)

“…sokong…bagi nasihat..kadang-kadang tolong cari bahan...”

(murid Tahun 4)

“ beri sokongan…suruh belajar betul-betul…”

(murid Tahun 4)

Kesimpulan

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan didapati kebanyakan ibubapa sangat memahami tentang pembelajaran anak-anak mereka dan sentiasa memberi sokongan kepada pihak sekolah samada dalam bentuk tenaga, kewangan dan idea di dalam menentukan kejayaan pembelajaran abad ke 21. Mereka juga memberi sokongan yang tinggi kepada proses pembelajaran anak-anak mereka di rumah. Di pihak murid-murid, didapati kebanyakan mereka yang di temu bual menunjukkan reaksi positif di dalam mengikuti proses pembelajaran abad ke 21 di dalam bilik darjah. Mereka rasa lebih bersemangat, seronok dan selesa belajar di sekolah.

(12)

BIBLIOGRAFI

Ahmad Zabidi Abdul Razak & Mariani Md Nor (2007) Model Hubungan Sekolah dan Komuniti Bagi peningkatan Proses Pengajaran dan Pembelajaran: Satu Cadangan. Jurnal Masalah Pendidikan 2007. Jilid 30 (1)

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2003) Kajian Penglibatan PIBG di Sekolah Rendah. Kemeneterian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur

Chua Yan Piaw (2008) Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Buku 3 Asas Statistik Penyelidikan. McGraw Hill (Malaysia) dn. Bhd. Kuala Lumpur

Chua Yan Piaw (2012) Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Buku 2 Asas Statistik Penyelidikan. McGraw Hill (Malaysia) dn. Bhd. Kuala Lumpur.

Farah Farisha (2013) Pembelajaran Abad Ke 21. www.slideshares.net.

M, Al Muz-Zammil Yasin & Moong Sow Kuan (2010) Peranan Ibubapa Dalam Persatuan Ibubapa dan Guru-Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Kuala Lumpur

Ministry of Education Malaysia (2013a) Malaysian Education Blueprint 2013-2025. Putrajaya

Kementerian Pelajaran Malaysia (2013b) Sarana Ibubapa: Inisiatif Ibubapa, Komuniti dan Sektor Swasta-Satu Inisiatif Utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya

Kementerian Pelajaran Malaysia (2015a) Pembelajaran Abad Ke 21. Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat. Batu Pahat

Kementerian Pelajaran Malaysia (2015b) Ke arah Merealisasikan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21. Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat. Batu Pahat

Kuntari Eri Murti (2013) Pendidikan Abad Ke 21 dan Implementasinya Pada Pembelajaran Di Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) Untuk Paket Keahlian Desain Interior. Artikel Kurikulum 2013 SMK.

Mohd Ariffin Abdul Latif (2015) Pembelajaran Abad Ke 21. Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat. Batu Pahat

Noor Hashimah & Amir Shaukhi (2015) Peranan Pemimpin Dalam Menyediakan Pendidikan Abad Ke 21: Gaya Kepimpinan Pengetua Dalam Menjayakan Penyediaan Pendidikan Abad Ke 21.

(13)

Siti Faizzatul Aqmal Mohamad Mohsin & Razali Hassan (2011) Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan ‘Streaming Video’ Bagi Meningkatkan Tahap Kefahaman Pelajar Abad Ke 21. Kertas Kerja Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional Malaysia. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

Weiss, N. A. (2004) Elementary Statistic. 6th Edition. Boston: Pearson Addison Wesley.

Referensi

Dokumen terkait

Kualitas kepemimpinan unit pengusul dinilai antara lain dari kualitas proposal secara keseluruhan dan kemampuan unit pengusul untuk merencanakan dan menjalankan

Pengaruh kegiatan literasi terhadap minat baca siswa kelas VIII SMP Negeri 2 Kota Ternate memiliki pengaruh sesuai dengan hasil data, menunjukan bahwa hasil tes

P ertama – tama saya ucapkan terimakasih yang sebesar – besarnya kepada kedua orang tua saya Bapak Mardullah dan Ibu Suci yang tidak henti – hentinya berdoa, memberikan

Nilai p kurang dari 0,05 sehingga Ho ditolak dan Ha diterima, yang artinya ada hubungan antara tingkat konsumsi protein dengan status gizi pada anak kelas 4, 5 dan 6 di

5 Lambang Erwanto Suyadjid, Fungsi Janger Sebagai Sarana Pembentukan Karakter Bagi Masyarakat Banyuwangi. I Nengah Sudiana, Kenakalan Remaja Di Permukiman Kumuh

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Membimbing guru dalam melaksanakan kegiatan pembelajaran/bimbingan (di kelas, laboratorium,dan/atau di lapangan) untuk tiap bidang pengembangan atau mata

Saat membuang komputer atau media penyimpanan yang berisi informasi penting, apakah penanganan agar data elektronik itu tidak dapat dibaca lagi seperti misalnya dengan