• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis Faktor Pendorong dan penghalang

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Analisis Faktor Pendorong dan penghalang"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Analisis Faktor : Pendorong dan penghalang kepada

kenderaan tidak bermotor

Muhamad Razuhanafi Mat Yazid Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,

Universiti Kebangsaan Malaysia E-mail: razulfi@yahoo.com

Rozmi Ismail

Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.

E-mail: rozmi@ukm.my

Riza Atiq O.K.Rahmat

Jabatan Kejuruteraan Awam Dan Struktur Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.

E-mail: riza@eng.ukm.my

Abstract

Pengangkutan berkaitan dengan kenderaan tidak bermotor telah wujud semenjak tahun 50-an dahulu. Ianya adalah penting bagi menjamin kehidupan dalam persekitaran yang bersih, sihat dan berkualiti tinggi. Kadar pemilikan kenderaan bermotor meningkat setiap tahun dan ini mengakibatkan sistem pengangkutan di persekitaran bandar mempunyai imej buruk seperti kesesakan, kemalangan, ketiadaan pengangkutan awam sebagai alternatif serta konflik pembebasan gas karbon ke ruang atmosfera menyumbang kepada pencemaran alam dan kepincangan dari aspek kualiti mobiliti kehidupan secara umumnya dalam bandar. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesediaan warga bandar Kota Bharu terhadap pengenalan model anjakan mod pengangkutan tidak bermotor. Pengenalan model anjakan mod pengangkutan tidak bermotor terutamanya berbasikal dan berjalan kaki akan meningkatkan gaya hidup sihat dan dapat mengurangkan karbon dioksida. Teknik Faktor Analisis digunakan untuk analisis faktor keinginan pengguna kenderaan bermotor bertukar kepada kenderaan tidak bermotor. Satu perancangan berkesan perlu dilakukan untuk penerapan konsep pengangkutan mampan di bandar.

(2)
(3)

Peningkatan populasi dan ekonomi sesebuah bandar akan meningkatkan kadar perjalanan. Tanpa perancangan awal agihan guna tanah boleh menyebabkan masa perjalanan yang panjang dan berlaku kesesakan. Peningkatan ekonomi memberi kesan kepada sistem pengangkutan terutama penambahan pemilik kenderaan persendirian dan peningkatan permintaan perjalanan (Palmer et al. 1996; Badami & Haider, 2007). Peningkatan penggunaan kenderaan bermotor boleh menyebabkan berlakunya kesesakan yang menyumbangkan kepada peningkatan kadar kemalangan, pencemaran udara, bunyi bising dan gangguan kepada psikologi manusia (Aiken & Leigh, 1983) Ia juga menyumbang kepada peningkatan pencemaran udara oleh karbon dioksida dan ozon oleh pembakaran bahan api yang boleh meningkatkan lagi pemanasan sejagat (Martens, 2004; Alterkawi, 2006; Beirão & Sarsfield Cabral, 2007)

Kejadian penyakit di kalangan manusia pada hari ini di kaitkan dengan gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam. Kekurangan aktiviti bersenang yang mencukupi menyebabkan peningkatan kadar mortaliti dan menggandakan risiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti kardiovaskular, diabetes, hipertensi dan kanser (Jamsiah et al. 2007)

Kajian WHO 1998, di dapati pengamalan gaya hidup yang tidak sihat merupakan salah satu antara sepuluh sebab utama punca kematian dengan lebih dua juta kematian di kaitkan dengan kurang bersenam. Kajian juga mendapati kurang dari 60% penduduk dunia gagal mencapai sasaran minimum untuk melakukan aktiviti fizikal sederhana iaitu selama 30 minit sehari tiga kali seminggu. (Epidemic, 2012)

(4)

Satu kajian berkenaan faktor penghalang dan pendorong kepada berbasikal telah dijalankan oleh Winters et al. (2011) ke atas 1402 pengguna berbasikal di bandar Vancouver. Mengguna kaedah faktor analisis, 73 item dikumpulankan kepada 15 faktor iaitu keselamatan, kesenangan berbasikal, cuaca, keselesaan laluan, pendedahan kepada kenderaan bermotor, permukaan laluan, hubungan dengan kenderaan awam, membawa barang, tempat letak basikal, kemudahan di perjalanan, pendidikan dan maklumat, tandaan jalan dan lampu isyarat, halangan fizikal, persimpangan dan lampu isyarat dan undang-undang berkaitan berbasikal. Soalan kajian ditanya berdasarkan “Bagaimana keinginan anda untuk berbasikal?”. Keputusan skor purata daripada 73 item soalan kajian menunjukkan 0.79 adalah skor yang tertinggi iaitu laluan bebas dari hingar lalu lintas dan pencemaran udara dan -0.86 adalah skor yang terendah iaitu laluan yang berais atau bersalji berdasarkan kepada skala +1 hingga -1, di mana skor positif menunjukkan faktor pendorong dan skor negatif menunjukkan faktor penghalang kepada berbasikal.

2. Reka Bentuk Kajian

(5)

3. Populasi Kajian dan Sampel Kajian

Kajian ini dijalankan melalui pendekatan secara kuantitatif. Populasi dalam kajian ini ialah penduduk bandar di 5 mukim dengan populasi 206,602 penduduk. Pensampelan rawak berkelompok berdasarkan 5 mukim iaitu Kota Bharu, Panji, Kubang Krian, Kota dan Badang. Pengumpulan data melalui soal selidik dilakukan terhadap tiap-tiap unsur dalam semua kelompok yang telah terpilih. Sekaran (1992) menyebut bahawa jika sampel dibahagikan kepada sub-sampel (lelaki/perempuan) maka saiz sampel yang minimum 30 peratus dari setiap kategori akan diperlukan. Walau bagaimanapun penyelidik, tidak menggunakan kadar 30 peratus sebagai penentuan bilangan responden untuk kajian ini. Penentuan saiz sampel di buat berdasarkan jadual yang dibuat oleh Krejcie dan Morgan (1970). Pada saiz populasi (N) 206,602.00 maka saiz sampel (n) ialah 400. Berdasarkan saiz sampel 400, maka bilangan responden mengikut jantina dan umur ditentukan berdasarkan peratusan populasi mukim. Rajah 1 menunjukkan taburan populasi dan sampel. Saiz sampel ini dianggap oleh penyelidik sebagai satu jumlah yang sesuai berdasarkan kepada kenyataan oleh Sekaran (1992) iaitu saiz sampel yang melebihi 30 dan kurang dari 500 adalah sesuai untuk kebanyakan kajian. Bagi mengenal pasti responden yang terlibat, teknik pensampelan rawak berlapis digunakan kerana responden terdiri dari responden jantina lelaki dan perempuan serta mengikut umur. Steinberg (1999) mengkategorikan umur kepada tujuh tahap iaitu awal remaja (12-15 tahun), pertengahan remaja (16-20 tahun), akhir remaja (21-24 tahun), awal dewasa (25-29), pertengahan dewasa (30-34), akhir dewasa (35-40) dan 40 ke atas adalah matang atau tua. Teknik ini dikatakan yang paling efieyen (Sekaran, 1992) kerana ia dapat memberikan lebih banyak maklumat mengikut saiz sampel yang diberi.

Mengikut kajian lepas, jarak perjalanan yang berkesan untuk kenderaan tidak bermotor adalah 12 km (Jinyong, Meiping & Xiaoguang, 2009; Scheiner, 2010; Razuhanafi et al. 2012). Oleh itu kesemua instrumen telah ditadbir sendiri oleh penyelidik berdasarkan 12 km jarak dari ‘kilometer post’ di Pejabat Pos Besar Kota Bharu kepada lima mukim tersebut.

4. Instrumen Kajian

(6)

lepas, maklumat profil perjalanan di ambil berdasarkan kepada tujuan perjalanan, kekerapan, jenis pengangkutan yang digunakan, dan anggaran jarak perjalanan. Bahagian ini juga mengandungi faktor – faktor penghalang dan pendorong kepada kenderaan tidak bermotor yang perlu dipilih satu daripada lima pilihan. Sejumlah 32 item soal selidik dikemukakan. Kaedah pengukuran dalam soal selidik ini mengguna pakai skala Likert 5-poin untuk mendapatkan faktor pendorong dan penghalang. Leung, (2011) menyatakan bahawa skala Likert sangat meluaskan digunakan terhadap instrumen untuk pengukuran pendapat, pilihan dan sikap. Kaedah pengukuran dalam soal selidik ini mengguna pakai skala Likert 5-poin tingkah laku.

5. Keputusan

Kajian yang telah di lakukan di sekitar bandar Kota Bharu terhadap 400 responden. Di mana responden telah dikemukakan sebanyak 39 jenis item. Mereka dikehendaki memberi persetujuan salah satu daripada lima jawapan, dengan skornya : sangat tidak setuju 1), tidak setuju (-0.5), kurang setuju (0), setuju (0.5) dan sangat setuju (1.0). Berdasarkan jawapan responden, skor purata bagi setiap item dapat dikira seperti pada Jadual 1. Item keutamaan kepada kenderaan tidak bermotor telah disenaraikan mengikut saiz skor purata, daripada yang terkecil kepada yang terbesar. Keutamaan ini di peringkat kan kepada tiga peringkat iaitu “setuju”, “tidak setuju” dan “sangat tidak setuju”.

Apabila 39 item keutamaan kepada kenderaan tidak bermotor ini dilakukan analisis faktor, dengan menggunakan kaedah putaran

varimax, 10 faktor tersirat telah dapat diterbitkan. Kesepuluh faktor ini, bersama-sama dengan item signifikan dan muatan faktor masing-masing yang melebihi 0.3, seperti pada Jadual 2. Tiada muatan faktor yang kurang daripada 0.3, maka kesemua koefisien yang melebihi 0.3 dikekalkan dan bagi item yang mempunyai muatan faktor melebihi 0.3 bagi lebih daripada satu faktor, di ambil satu muatan yang terbesar sahaja.

(7)

“sangat tidak setuju” oleh responden mengikut keutamaan yang diberikan oleh mereka dalam Jadual 1. Faktor ini dinamakan sebagai “halangan”.

Faktor kedua termasuk enam item : tandaan garisan warna putih pada kedua-dua sisi jalan hendaklah jelas mengasingkan dari kenderaan bermotor (0.752), memberi keutamaan laluan kepada pengguna pejalan kaki dan berbasikal di kawasan lampu isyarat (0.729), menyediakan banyak tandaan jalan dan lampu isyarat untuk kemudahan maklumat kepada pengguna basikal dan pejalan kaki di sepanjang perjalanan (0.708), menyediakan laluan berbumbung atau yang boleh melindungi pancaran matahari (0.563), berjalan atau berbasikal adalah baik untuk persekitaran yang bersih (bebas bahan cemar udara seperti karbon monoksida) (0.460) dan kenderaan bermotor dilarang berada pada laluan berbasikal dan pejalan kaki (0.447). Kelompok enam item ini dinamakan “kemudahan” kerana kesemuanya bertujuan untuk kesenangan responden. Keenam-enam item ini telah dikelompokkan di bawah perkara “setuju” dalam Jadual 1.

Faktor ketiga yang diterbitkan merangkumi enam item, iaitu senang untuk berbasikal atau berjalan ke sekolah berhampiran (0.761), senang untuk berbasikal atau berjalan ke pasar atau kedai makan (0.756), senang untuk berbasikal atau berjalan ke pengangkutan awam (0.746), berdekatan dengan tempat kerja (0.627), senang untuk berbasikal atau berjalan ke kawasan rekreasi atau taman permainan (0.484) dan laluan yang memberi keutamaan kepada pengguna berbasikal dan pejalan kaki seperti melintas di persimpangan (0.448). Sifat bersama 4 item ini agak jelas, iaitu keempat-empatnya memudahkan responden memenuhi keperluan kegiatan seharian. Dengan itu, kumpulan ini dapat dinamakan “kesenangan”. Kesemua item ini telah dikelaskan sebagai “setuju” dalam Jadual 1.

Faktor keempat termasuk hanya empat item, iaitu dapat mengelak kesesakan jalan raya (0.793), berjalan dan berbasikal adalah baik untuk kesihatan saya (0.789), boleh menjimatkan wang (0.683) dan dalam situasi tertentu (kesesakan jalan raya) berjalan atau berbasikal lebih cepat sampai (0.477). Kesemua ini dapat dinamakan “keperluan” kerana kesemuanya dapat memberi faedah kepada responden dalam penjimatan dan kesihatan serta mengelak daripada kesesakan. Keempat-empat item ini telah dikelaskan sebagai “setuju” dalam Jadual 1.

(8)

ini dengan selamat. Ketiga – tiga item ini telah dikelaskan sebagai “setuju” dalam Jadual 1.

Faktor keenam termasuk apabila ramai orang tempatan berbasikal dan berjalan dan ia menjadi budaya (0.765), pencahayaan laluan di waktu malam (0.758) dan saya dapat mengatur perjalanan ke lain-lain tempat yang terlibat dengan lebih efisien melalui berbasikal dan berjalan (0.632). Kesemua ini dapat dinamakan “Galakkan” kerana ketiga-tiganya bertujuan memberi galakkan kepada responden untuk menjadi dorongan untuk berbasikal dan berjalan kaki. Ketiga-tiga item ini telah dikelaskan sebagai “setuju” dalam Jadual 1.

Faktor ketujuh termasuk tempat letak kenderaan (parking) susah didapati di kawasan perumahan saya (0.793), tempat letak kenderaan (parking) di pusat bandar terhad (0.664) dan keadaan permukaan bumi yang berbukit dan bercerun menyukarkan untuk aktiviti berjalan dan berbasikal (0.509). Sifat bersama dua item ini agak jelas iaitu tempat meletak kenderaan bermotor yang boleh penghalang kepada penggunaan kenderaan bermotor. Dengan itu, kumpulan ini dapat dinamakan “sekatan”. Dua daripada tiga item tersebut telah dikelompokkan di bawah perkara “setuju” dalam Jadual 1 tetapi tidak termasuk di bawah perkara “setuju” dalam Jadual 1 ialah keadaan permukaan bumi yang berbukit dan bercerun menyukarkan untuk aktiviti berjalan dan berbasikal yang telah dikelompokkan sebagai “ tidak setuju”.

Faktor kelapan termasuk menyediakan suasana nyaman (seperti penanaman pokok-pokok, bungaan berbau harum, landskap) sepanjang laluan (0.768), pengasingan laluan pejalan kaki dari lalu lintas kenderaan bermotor dengan mengadakan blok, penanaman pokok (0.664) dan menyediakan banyak laluan untuk berjalan atau berbasikal (0.495). Tiga item ini mempunyai satu persamaan yang menonjol, iaitu semuanya merupakan keselesaan yang dianggap “setuju” oleh responden mengikut keutamaan yang diberikan oleh mereka dalam Jadual 1. Faktor ini dinamakan “persekitaran”.

Faktor kesembilan termasuk hanya dua item iaitu keselamatan dari jenayah (0.719) dan pemakaian topi keselamatan diperlukan semasa menunggang basikal (0.580). Sifat bersama dua item ini agak jelas, iaitu kedua-duanya dapat memberi keyakinan kepada responden untuk berbasikal dan berjalan kaki. Dengan itu, kumpulan ini dapat dinamakan “perundangan” yang dapat melindungi responden berbasikal dan berjalan kaki.

(9)

Skor purata untuk 39 item survei berada dalam lingkungan yang paling tinggi adalah 0.639 dan yang terendah adalah -0.662. Skor positif menunjukkan skor faktor pendorong dan skor negatif menunjukkan faktor penghalang kepada kenderaan tidak bermotor (Winters et al., 2011). Rajah 2 dan Jadual 3 menunjukkan 10 item yang popular sebagai pendorong yang mempunyai skor purata antara 0.587 hingga 0.639. Tiga item pendorong utama adalah berjalan atau berbasikal adalah baik untuk persekitaran yang bersih (bebas bahan cemar udara seperti karbon monoksida), boleh menjimatkan wang dan kenderaan bermotor dilarang berada pada laluan berbasikal dan pejalan kaki. 10 item popular untuk faktor penghalang juga mempunyai skor purata antara - 0.295 hingga – 0.662. Tiga item penghalang kepada kenderaan tidak bermotor adalah keadaan cuaca (panas dan hujan) mengurangkan minat untuk berjalan atau berbasikal, mengambil masa terlalu lama untuk sampai ke destinasi apabila berjalan atau berbasikal dan kenderaan bermotor lebih sesuai untuk ke tempat-tempat lain yang jauh. Jadual 2, ringkasan skor purata dan kesalahan piawaian untuk 39 item survei. Ralat piawai (standard errors, SE) berada julat antara 0.015 hingga 0.029, oleh itu perbezaan dalam skor purata lebih daripada 0.06 hingga 0.11 (2*1.96*SE) ini menunjukkan selang keyakinan tidak berlakunya pertindihan. Keputusan ini memberi skor purata daripada -0.662 hingga 0.639 ia nya menunjukkan signifikan yang berbeza antara satu sama lain.

Dalam Jadual 2, item soalan dibahagikan kepada 10 kumpulan setelah dikenal pasti melalui analisis faktor dan direkodkan mengikut nilai purata item berdasarkan kepada kebarangkalian mempengaruhi kenderaan tidak bermotor kepada faktor pendorong dan penghalang. Kumpulan faktor yang amat mempengaruhi keinginan menggunakan kenderaan tidak bermotor adalah kumpulan halangan, keperluan, keadaan laluan, persekitaran dan perundangan. Faktor sederhana kebarangkalian mempengaruhi kepada kenderaan tidak bermotor adalah kumpulan faktor kesenangan, galakkan dan keselamatan dan Kumpulan yang kurang berkesan kepada kebarangkalian mempengaruhi kepada kenderaan tidak bermotor adalah kumpulan faktor sekatan.

6. Perbincangan

Kajian ini dapat menentukan faktor pendorong dan penghalang kepada kenderaan tidak bermotor setelah 39 item di analisa. Selanjutnya berdasarkan analisis faktor yang dilakukan, dapat menghasilkan 10 faktor yang mempengaruhi kepada responden untuk menggunakan kenderaan tidak bermotor iaitu halangan, kemudahan, kesenangan, keperluan, keadaan laluan, galakkan, sekatan, persekitaran, perundangan dan keselamatan.

(10)

Kreamer-Fults, 2007). Kerajaan Malaysia telah guna pakai pendekatan ini sejak dulu lagi. (Radin Umar, 2005). Hasil kajian menunjukkan 6 Faktor yang dikenal pasti dalam analisis faktor melibatkan kepada kejuruteraan iaitu kemudahan, kesenangan, keadaan laluan, sekatan, halangan dan keperluan. Pendidikan adalah faktor persekitaran. Faktor penggalakan adalah galakkan dan faktor penguatkuasaan adalah perundangan dan keselamatan.

Pelbagai faktor perlu diambil kira dalam mempromosi penggunaan kenderaan bermotor seperti berbasikal dan berjalan kaki antaranya hasil dalam kajian ini adalah faktor pendorong seperti berjalan atau berbasikal adalah baik untuk persekitaran yang bersih iaitu bebas dari bahan cemar udara seperti karbon monoksida. Ini dapat dilakukan dengan mengasingkan kenderaan bermotor daripada kenderaan tidak bermotor, menyediakan keadaan laluan yang selesa dan kesenangan untuk mengguna kenderaan tidak bermotor.

Rujukan

Ahmad Mahdzan, A. (1992). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. (A. M. Ayob, Ed.) (Cetakan Pe.). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aiken, S. R., & Leigh. (1983). Development and Environment in Peninsular Malaysia (p. 350). McGraw-Hill Education Singapore.

Alterkawi, M. M. (2006). A computer simulation analysis for optimizing bus stops spacing: The case of Riyadh, Saudi Arabia. Habitat International, 30(3), 500–508. doi:10.1016/j.habitatint.2004.12.005

Badami, M. G., & Haider, M. (2007). An analysis of public bus transit performance in Indian cities. Transportation Research Part A: Policy and Practice, 41(10), 961–981. doi:10.1016/j.tra.2007.06.002

Beirão, G., & Sarsfield Cabral, J. a. (2007). Understanding attitudes towards public transport and private car: A qualitative study. Transport Policy, 14(6), 478–489. doi:10.1016/j.tranpol.2007.04.009

Bhasah, A. B. (2007). Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah

(Terbitan P.). Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Clifton, K. J., & Kreamer-Fults, K. (2007). An examination of the environmental attributes associated with pedestrian-vehicular crashes near public schools. Accident; analysis and prevention, 39(4), 708–15. doi:10.1016/j.aap.2006.11.003

(11)

Fah, L. Y., & Hoon, K. C. (2010). Pengenalan Kepada Analisis Statistik Dalam Penyelidikan Sains Sosial (Siri 3). Venton Publishing (M) Sdn Bhd.

Jamsiah, Idris, M., Ezat, S., & Norfazilah. (2007). Amalan senaman dan faktor-faktor yang mempengaruhinya di kalangan penduduk kg.Bangi, Daerah Hulu Langat, Selangor D.E. Malaysia. Jabatan Kesihatan Masyarakat 2007:Jilid 13 Bil.1, 91737825, 38–43.

Jinyong, J., Meiping, Y., & Xiaoguang, Y. (2009). Statistical Analysis on Non-motorized Transportation Mode Choice Considering Trip Distance and Car Availability. 2009 International Conference on New Trends in Information and Service Science, 181–186. doi:10.1109/NISS.2009.149

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). ACTIVITIES, 38, 607–610.

Leung, S.-O. (2011). A Comparison of Psychometric Properties and Normality in 4-, 5-, 6-, and 11-Point Likert Scales. Journal of Social Service Research, 37(4), 412–421. doi:10.1080/01488376.2011.580697

Martens, K. (2004). The bicycle as a feedering mode: experiences from three European countries. Transportation Research Part D: Transport and Environment, 9(4), 281–294. doi:10.1016/j.trd.2004.02.005

Palmer, C., Astrop, A., Babu, M., & Maunder, D. (1996). Attitudes and travel behavior of households in Pure, India. International symposium on infrastructure of the future. Bangalore, India, Transport Research Laboratory.

Radin Umar, R. S. (2005). Updates of road safety status in malaysia,

29(1), 78–80.

Razuhanafi, M., Yazid, M., Ismail, R., Rahmat, R. A. O. K., & Nazri, M. (2012). City Residence Prepare Towards Implementation Local Lane of Non Motorized, 4(5), 481–485.

Scheiner, J. (2010). Interrelations between travel mode choice and trip distance: trends in Germany 1976–2002. Journal of Transport Geography, 18(1), 75–84. doi:10.1016/j.jtrangeo.2009.01.001

Sekaran, U. (1992). Research Methods for Business: A Skill Building Approach (2th Editio.). New York: John Wiley & Sons, Inc.

Steinberg, L. (1999). Adolescent. (5th ed.). California: McGraw-Hill College.

(12)

Winters, M., Davidson, G., Kao, D., & Teschke, K. (2011). Motivators and deterrents of bicycling : comparing influences on decisions to ride, 153– 168. doi:10.1007/s11116-010-9284-y

Lampiran

Rajah 1. Kelompok bilangan responden dan jarak pengambilan sampel dari ‘Kilometer Post’

Purata Perkara untuk mengguna kenderaan tidak bermotor

Setuju / Pendorong

Berjalan atau berbasikal adalah baik untuk persekitaran yang bersih (bebas bahan cemar udara seperti karbon monoksida)

Boleh menjimatkan wang

Kenderaan bermotor dilarang berada pada laluan berbasikal dan pejalan kaki

Menyediakan tempat berjalan atau berbasikal ( lampu isyarat, papan tanda, kawasan melintas) Menyediakan banyak laluan untuk berjalan atau

(13)

6

Berjalan dan berbasikal adalah baik untuk kesihatan saya.

Menyediakan suasana nyaman (seperti

penanaman pokok-pokok, bungaan berbau harum, landskap) sepanjang laluan

Pengasingan laluan pejalan kaki dari lalu lintas kenderaan bermotor dengan mengadakan blok, penanaman pokok.

Dapat mengelak kesesakan jalan raya Laluan yang memberi keutamaan kepada pengguna berbasikal dan pejalan kaki seperti melintas di persimpangan.

Tandaan garisan warna putih pada kedua-dua sisi jalan hendaklah jelas mengasingkan dari

kenderaan bermotor.

Menyediakan banyak tandaan jalan dan lampu isyarat untuk kemudahan maklumat kepada pengguna basikal dan pejalan kaki di sepanjang perjalanan

Senang untuk berbasikal atau berjalan ke kawasan rekreasi atau taman permainan

Menyediakan laluan berbumbung atau yang boleh melindungi pancaran matahari.

Memberi keutamaan laluan kepada pengguna pejalan kaki dan berbasikal di kawasan lampu isyarat

Mengurangkan risiko pengguna (menyediakan kemudahan dan tempat letak basikal )

Senang untuk berbasikal atau berjalan ke sekolah berhampiran

Berdekatan dengan tempat kerja

Apabila ramai orang tempatan berbasikal dan berjalan dan ia menjadi budaya

Senang untuk berbasikal atau berjalan ke pasar atau kedai makan

Mengurangkan kelajuan minimum kepada pengguna kenderaan bermotor

Pemakaian topi keselamatan diperlukan semasa menunggang basikal

Keselamatan dari jenayah

Dalam situasi tertentu (kesesakan jalan raya) berjalan atau berbasikal lebih cepat sampai Senang untuk berbasikal atau berjalan ke pengangkutan awam

Tempat letak kenderaan (parking) di pusat bandar terhad

Pencahayaan laluan di waktu malam

(14)

29 0.255

tempat yang terlibat dengan lebih efisien melalui berbasikal dan berjalan

Tempat letak kenderaan (parking) susah didapati di kawasan perumahan saya

Tidak Setuju / Penghalang 30

Keadaan permukaan bumi yang berbukit dan bercerun menyukarkan untuk aktiviti berjalan dan berbasikal

Tiada kemudahan untuk laluan pejalan kaki dan berbasikal

Tiada kemudahan tempat meletak basikal Kejadian jenayah di kawasan pejalan kaki dan berbasikal

Terpaksa melalui jalan yang sibuk antara satu tempat ke tempat yang lain

Jarak perjalanan dari rumah ke pusat bandar terlalu jauh untuk berjalan atau berbasikal Banyak barang yang perlu dibawa

Keadaan cuaca (panas dan hujan) mengurangkan minat untuk berjalan atau berbasikal

Mengambil masa terlalu lama untuk sampai ke destinasi apabila berjalan atau berbasikal

Sangat Tidak Setuju / Penghalang

39 -0.662 Kenderaan bermotor lebih sesuai untuk ke tempat-tempat lain yang jauh

Jadual 2 Keputusan analisis faktor dan skor purata serta kesilapan piawaian untuk setiap item soalan.

Analisis Faktor

Item survei dan skor

Faktor

(eigenvalue) Muatan Faktor Item(Pendorong dan penghalang kepada responden)

Kenderaan bermotor lebih sesuai untuk ke tempat-tempat lain yang jauh.

Mengambil masa terlalu lama untuk sampai ke destinasi apabila berjalan atau berbasikal

Keadaan cuaca (panas dan hujan) mengurangkan minat untuk berjalan atau berbasikal

(15)

0.609

0.781

0.535

0.599

Banyak barang yang perlu dibawa

Jarak perjalanan dari rumah ke pusat bandar terlalu jauh untuk berjalan atau berbasikal Terpaksa melalui jalan yang sibuk antara satu tempat ke tempat yang lain

Tiada kemudahan untuk laluan pejalan kaki dan berbasikal

-0.601

Berjalan atau berbasikal adalah baik untuk persekitaran yang bersih (bebas bahan cemar udara seperti karbon monoksida)

Kenderaan bermotor dilarang berada pada laluan berbasikal dan pejalan kaki

Tandaan garisan warna putih pada kedua-dua sisi jalan hendaklah jelas mengasingkan dari kenderaan bermotor. Menyediakan banyak tandaan jalan dan lampu isyarat untuk kemudahan maklumat kepada pengguna basikal dan pejalan kaki di sepanjang perjalanan Menyediakan laluan

berbumbung atau yang boleh melindungi pancaran matahari. Memberi keutamaan laluan kepada pengguna pejalan kaki dan berbasikal di kawasan lampu isyarat

Laluan yang memberi

keutamaan kepada pengguna berbasikal dan pejalan kaki seperti melintas di

persimpangan.

Senang untuk berbasikal atau berjalan ke kawasan rekreasi atau taman permainan

Senang untuk berbasikal atau berjalan ke sekolah

berhampiran

Berdekatan dengan tempat kerja

Senang untuk berbasikal atau berjalan ke pasar atau kedai makan

Senang untuk berbasikal atau berjalan ke pengangkutan awam Berjalan dan berbasikal adalah baik untuk kesihatan saya. Dapat mengelak kesesakan jalan raya

Dalam situasi tertentu

(16)

(kesesakan jalan raya) berjalan atau berbasikal lebih cepat sampai

Menyediakan tempat berjalan atau berbasikal ( lampu

isyarat, papan tanda, kawasan melintas)

Mengurangkan risiko pengguna (menyediakan kemudahan dan tempat letak basikal )

Mengurangkan kelajuan minimum kepada pengguna kenderaan bermotor

Apabila ramai orang tempatan berbasikal dan berjalan dan ia menjadi budaya

Pencahayaan laluan di waktu malam

Saya dapat mengatur

perjalanan ke lain-lain tempat yang terlibat dengan lebih efisien melalui berbasikal dan berjalan

Tempat letak kenderaan (parking) di pusat bandar terhad

Keadaan permukaan bumi yang berbukit dan bercerun menyukarkan untuk aktiviti berjalan dan berbasikal. Tempat letak kenderaan (parking) susah didapati di kawasan perumahan saya

Menyediakan banyak laluan untuk berjalan atau berbasikal Menyediakan suasana nyaman (seperti penanaman pokok-pokok, bungaan berbau harum, landskap) sepanjang laluan Pengasingan laluan pejalan kaki dari lalu lintas kenderaan bermotor dengan mengadakan

Pemakaian topi keselamatan diperlukan semasa

Kejadian jenayah di kawasan pejalan kaki dan berbasikal Tiada kemudahan tempat meletak basikal

(17)

Rajah 2. 10 faktor popular untuk pendorong dan penghalang kepada kenderaan tidak bermotor daripada 39 item soal selidik.

Jadual 3. 10 faktor popular untuk pendorong dan penghalang kepada kenderaan tidak bermotor

Item Skor

(18)

1

Berjalan atau berbasikal adalah baik untuk persekitaran yang bersih (bebas bahan cemar udara seperti karbon monoksida)

Boleh menjimatkan wang

Kenderaan bermotor dilarang berada pada laluan berbasikal dan pejalan kaki

Menyediakan tempat berjalan atau berbasikal ( lampu isyarat, papan tanda, kawasan melintas) Menyediakan banyak laluan untuk berjalan atau berbasikal

Berjalan dan berbasikal adalah baik untuk kesihatan saya.

Menyediakan suasana nyaman (seperti

penanaman pokok-pokok, bungaan berbau harum, landskap) sepanjang laluan

Pengasingan laluan pejalan kaki dari lalu lintas kenderaan bermotor dengan mengadakan blok, penanaman pokok.

Dapat mengelak kesesakan jalan raya Laluan yang memberi keutamaan kepada pengguna berbasikal dan pejalan kaki seperti melintas di persimpangan.

Keadaan permukaan bumi yang berbukit dan bercerun menyukarkan untuk aktiviti berjalan dan berbasikal

Tiada kemudahan untuk laluan pejalan kaki dan berbasikal

Tiada kemudahan tempat meletak basikal Kejadian jenayah di kawasan pejalan kaki dan berbasikal

Terpaksa melalui jalan yang sibuk antara satu tempat ke tempat yang lain

Jarak perjalanan dari rumah ke pusat bandar terlalu jauh untuk berjalan atau berbasikal Banyak barang yang perlu dibawa

Keadaan cuaca (panas dan hujan) mengurangkan minat untuk berjalan atau berbasikal

Mengambil masa terlalu lama untuk sampai ke destinasi apabila berjalan atau berbasikal

Kenderaan bermotor lebih sesuai untuk ke tempat-tempat lain yang jauh

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa ada hubungan positif yang signifikan antara pola asuh orangtua dengan sikap anak terhadap makanan pada anak usia prasekolah dengan

Hasil analisis menunjukkan hipotesis yang dikemukakan pada penelitian ini bahwa mekanisme corporate governance, dalam hal ini kepemilikan institusional, kepemilikan

Zeolit sintetik memiliki kondisi yang lebih baik dalam mengkatalisis suatu reaksi karena struktur dan komposisi zeolit tersebut sesuai dengan kondisi yang diinginkan, misalnya

Hasil penelitian menunjukkan bahwa sembilan varietas kedelai menunjukkan respon pada keadaan jenuh air pada variabel kandungan klorofil, serapan N, jumlah biji

10 Tahun 1994 bahwa: “Yang menjadi objek pajak adalah penghasilan yaitu setiap tambahan kemampuan ekonomis yang diterima atau diperoleh wajib pajak, baik yang berasal dari

Untuk mengetahui hubungan antara pendidikan, pengetahuan, dan sikap dengan perilaku penjamah makanan dalam penerapan higiene sanitasi makanan pada pedagang soto ceker di

Terapi hormonal diberikan pada pasien dengan gejala yang sudah mengganggu aktifitas harian, dengan terapi ini biasanya gejala nyeri panggul dan dispareunia berkurang pada lebih dari

Kriteria Ketuntasan Minimal (KKM) yang ditetapkan indikator disajikan data dalam bentuk tabel, Siswa dapat mengubah menjadi diagram lingkaran adalah72. Berdasarkan