• Tidak ada hasil yang ditemukan

IPG SJHK 3023 Malaysia dan Hubungan Anta

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "IPG SJHK 3023 Malaysia dan Hubungan Anta"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), perkataan “dasar luar” ditakrifkan sebagai sesuatu dasar negara yang diamalkan berasas kepada persetujuan dan tolak ansur antara dua parti politik ataupun kerajaan yang bertentangan. Selain itu, dasar luar juga dapat diertikan sebagai matlamat, rancangan, dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara berhubung dengan negara yang lain. Hubungan di antara negara dengan negara yang lain adalah perlu dan penting bagi menjaga kepentingan, keselamatan dan kemakmuran sesebuah negara. (Mohd Noor Mohd Yazit dalam M. Rajendran, 1986). Dasar luar yang dibuat oleh sesebuah negara biasanya dikaitkan dengan hubungan luar dan hubungan antarabangsa. Hubungan luar ialah merupakan suatu bentuk pengurusan yang melibatkan perhubungan antara polisi pentadbiran dalam sesebuah negara dengan polisi yang melibatkan negara-negara luar. Hubungan luar akan melibatkan perspektif kepentingan diri sesebuah negara tersebut dalam melibatkan perhubungan dengan negara luar. Hubungan luar yang terjalin secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada setiap pihak.

(2)

2.0 TEORI HUBUNGAN DAN POLITIK ANTARABANGSA

Macapada ini, sesebuah negara semestinya akan menjalinkan hubungan luar mahupun hubungan antarabangsa dengan negara-negara yang lain untuk memastikan negara tersebut mampu berdiri dengan kukuh tidak kira dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Terdapat pelbagai teori yang telah diutarakan berhubung dengan perhubungan luar sesebuah negara. Teori-teori tersebut seperti teori realisme, teori konstruktivisme dan teori liberalisme diwujudkan bagi menjelaskan bagaimana pendirian dan konsep sesebuah negara dalam pemerintahan dan ideologinya. Hal ini demikian kerana, setiap negara mempunyai ideologi yang berbeza. Terdapat negara yang suka kepada peperangan dan terdapat juga negara yang lebih kepada keamanan sejagat. Oleh itu, dengan adanya teori hubungan dan politik antarabangsa ini mampu menjelaskan ciri-ciri setiap ideologi dan konsep pemerintahan setiap negara di dunia ini.

Sekiranya melibatkan negara Malaysia dalam perbincangan iaitu kaitan teori hubungan dan politik antarabangsa dengan dasar luar Malaysia, maka teori yang sesuai yang boleh dikaitkan dengan kedua-dua aspek tersebut ialah teori liberalisme. Secara umumnya, teori liberalisme wujud selepas perang dunia pertama ekoran daripada sesetengah negara-negara dunia pada ketika itu tidak mampu untuk mengawal keadaan politik dunia sehingga mencetuskan peperangan yang telah mengorbankan beribu nyawa manusia. Oleh itu, dalam teori liberalisme ianya adalah bertunjangkan kepada kesamarataan peluang dan kebebasan seseorang individu. Kebebasan tersebut semestinya tidak boleh melampaui batas yang ditetapkan. Sekiranya seseorang manusia atau sesebuah negara mengamalkan nilai kebebasan, maka ianya dapat mengelakkan berlakunya perselisihan faham dan peperangan.

(3)

kebebasan juga merupakan suatu elemen yang sangat penting untuk mengelakkan campur tangan kuasa asing yang boleh mengikis kedaulatan dan keamanan negara-negara serantau.

Sebagai contoh, kita mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang lantang bersuara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan dengan isu yang melibatkan hak asasi manusia iaitu berkaitan dengan dasar Apartheid yang dilaksanakan di Afrika Selatan pada tahun 1948. Dasar Apartheid ialah sebuah dasar perkauman dengan matlamat untuk memisahkan kaum kulit putih dan kaum kulit gelap. Dasar ini telah membawa kepada pertelingkahan antara kaum kerana wujud diskriminasi dan ketidaksamarataan peluang antara dua kaum tersebut. Semasa pelaksanaan dasar ini, rasisme telah dilaksanakan iaitu dari segi larangan perkahwinan antara kulit putih dengan bukan kulit putih, tempat larangan untuk bangsa bukan kulit putih dan peluang pekerjaan untuk kaum kulit putih sahaja. Oleh itu, kerajaan Malaysia adalah sangat tidak puas hati terhadap tindakan tersebut kerana Malaysia ingin Afrika Selatan mengamalkan kebebasan dari segala aspek dan hapuskan diskriminasi yang berlaku supaya rakyat negara tersebut mampu hidup dengan aman.

Selain itu, untuk memastikan negara-negara serantau dalam ASEAN adalah bebas daripada campur tangan kuasa-kuasa luar, Malaysia turut memberi sumbangan dalam penubuhan dasar Zon, Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Dasar tersebut merupakan ilham daripada kerajaan Malaysia dan dibentangkan dalam Deklarasi Kuala Lumpur pada 21 September 1971. Pelaksanaan dasar ZOPFAN adalah bertujuan untuk menjadikan kawasan rantau Asia Tenggara sebagai sebuah kawasan yang bebas daripada campur tangan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, China dan Rusia. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk meredakan ketenggangan politik antarabangsa serta memastikan kedamaian dan hak-hak asasi negara-negara ASEAN tidak dicabuli.

(4)

budaya sesebuah negara tersebut adalah baik dan diterima umum, maka ianya akan dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan negara lain.

Dasar luar Malaysia yang dibuat pada zaman dahulu sehingga sekarang terhadap negara-negara lain sememangnya mengaplikasikan teori konstruktivisme untuk membina hubungan yang rapat demi kepentingan tertentu. Sebagai contoh, dasar luar Malaysia yang dijalankan dengan Indonesia dan Brunei mampu berjalan dengan lancar tanpa sebarangan kekangan disebabkan budaya dan agama yang diamalkan oleh negara Malaysia dengan kedua-dua negara tersebut adalah sama. Oleh itu, sebarang hubungan luar yang dijalankan sememangnya berlandaskan hukum agama Islam supaya intipati dalam perhubungan tersebut tidak melampau mana-mana batas yang boleh melanggar peraturan agama. Sebagai contoh, Malaysia telah bekerjasama dengan Indonesia dan Brunei dalam Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM) untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa. Kerjasama ini secara tidak langsung telah mengeratkan lagi hubungan antara ketiga-tiga buah negara tersebut. Kita boleh lihat contoh luar negara antara Amerika Syarikat dan Iraq pada suatu ketika dahulu. Selepas kejadian 911, Amerika Syarikat terus mempunyai tanggapan negatif terhadap negara Islam kerana disebabkan budaya negara Iraq yang kejam terus Amerika Syarikat melabelkan semua negara Islam adalah kejam.

(5)

3.0 PENDIRIAN DAN DASAR KERAJAAN MALAYSIA BERHUBUNG ISU-ISU ANTARABANGSA

Pada hari ini, dalam zaman yang dilingkari oleh kemajuan sains dan teknologi, terdapat pelbagai isu yang timbul dalam peringkat antarabangsa. Isu-isu yang timbul adalah isu yang tidak pernah berlaku pada zaman dahulu kerana pada zaman ini yang merupakan zaman globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan, menyebabkan manusia-manusia bertindak secara negatif demi kepentingan diri sehingga menyebabkan isu tersebut menjadi isu antarabangsa. Salah satu isu antarabangsa yang banyak memberi kesan kepada negara kita ialah isu pendatang asing tanpa izin (PATI). Kita mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan dasar buka pintu, iaitu menggalakkan pekerja-pekerja daripada luar negara untuk berkhidmat di negara kita dalam sektor pembinaan, pembuatan dan sebagainya.

(6)

Gambar 1: Banjiran pekerja asing di Malaysia

Banjiran pekerja asing tanpa izin di Malaysia sebenarnya telah mendatangkan banyak impak negatif kepada negara kita sendiri. Penerimaan pekerja asing yang banyak akan menyebabkan berlakunya masalah sosial dalam kalangan masyarakat kita dan seterusnya akan mengancam keselamatan sesebuah masyarakat. Selain itu, lambakan pekerja asing tanpa izin di negara kita juga semestinya akan menyebabkan rakyat negara kita sendiri menganggur. Hal ini demikian kerana, majikan-majikan yang ada di negara kita semestinya mengupah pekerja asing untuk berkhidmat dengan mereka berbanding rakyat negara kita sendiri kerana upah yang dibayar kepada pekerja asing adalah jauh lebih murah berbanding gaji minimum pekerja di Malaysia sejak tahun 2012 iaitu sebanyak RM 800 sebulan. (Sinar Harian, 2012)

Setelah berlakunya isu lambakan pekerja asing tanpa izin di negara kita, ianya telah mengundang kepada masalah sosial di negara kita yang telah mengancam keselamatan masyarakat kita. Menurut laporan Sinar Harian pada 30 Mac 2015, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Menteri Dalam Negeri pada ketika itu menyatakan bahawa statistik jenayah yang melibatkan pekerja asing ialah sebanyak 14.8 peratus iaitu 13997 kes daripada 94371 kes yang berlaku dalam negara. Antara kes yang melibatkan pekerja asing ialah seperti merompak, merogol, membunuh dan sebagainya. Menurut beliau juga, suatu badan khas akan ditubuhkan berfungsi untuk mengkoordiansi semua proses pengambilan dan pendaftaran serta pemantauan dan penguatkuasaan pekerja asing supaya kadar jenayah yang melibatkan pekerja asing boleh dikurangkan.

(7)

Pihak kerajaan seterusnya akan menjalankan proses pengampunan dengan merekodkan jumlah pekerja yang tidak berdaftar dalam sistem biometrik setelah golongan PATI mendaftar dengan pihak Imigresen. Apabila mereka dibawa keluar dan didaftarkan oleh majikan menerusi sistem biometrik, maka kerajaan akan mempunyai rekod di mana mereka berada, bilangannya, siapa majikan mereka dan berapa gaji yang mereka dapat. Langkah tersebut akan menyelesaikan beberapa isu seperti masalah sosial, jenayah dan hal ehwal ekonomi membabitkan golongan itu serta rakyat tempatan. Untuk memastikan Program 6P tersebut berjalan dengan lancar, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga mengambil langkah untuk memaklumkan semua kedutaan asing di Malaysia berhubung Program 6P dan mereka bersetuju untuk membantu bagi urusan visa dan dokumen penting yang lain. PATI yang telah berdaftar di bawah Program 6P dibenarkan berkhidmat dengan majikan masing-masing dengan menggunakan pas kerja sementara. Langkah KDN tersebut adalah supaya tidak wujud konflik antara negara luar dengan Malaysia sehingga boleh menyebabkan perbalahan dan seterusnya mengganggu kerjasama antara negara. (Jabatan Penerangan Malaysia, 2015)

Di samping itu, kerajaan Malaysia juga mempunyai pendirian yang tegas berhubung dengan isu PATI dengan mengambil inisiatif untuk berbincang dengan dengan wakil negara-negara asal PATI. Menurut laporan akhbar The Malaysian Times pada tanggal 14 Mei 2015, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Luar akan mengadakan perbincangan dengan wakil pihak Myanmar dan Bangladesh berhubung isu PATI dari negara berkenaan. Perbincangan tersebut juga akan dihadiri oleh kedutaan-kedutaan asing yang lain dalam usaha menangani proses penghantaran semula pulang warga asing yang memasuki Malaysia secara haram. Kebanyakan pendatang asing tanpa izin yang memasuki Malaysia pada hari ialah melalui jalan laut kerana pengawasan sempadan laut oleh pihak Maritim Malaysia adalah kurang diberi perhatian. Oleh itu, menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, beberapa agensi keselamatan seperti PDRM, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia akan berganding bahu untuk memastikan perairan negara tidak dicerobohi oleh mana-mana pihak.

(8)

ataupun ke negara ketiga. Pihak kerajaan menganggap bahawa langkah tersebut merupakan langkah paling efektif untuk menangani isu PATI. Untuk melaksanakan langkah tersebut bukanlah suatu perkara yang mudah, kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan PBB terutama sekali Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) bagi menangani Isu PATI. Hal ini demikian kerana, pihak kerajaan yakin bahawa isu PATI boleh diselesaikan dengan adanya kerjasama dengan organisasi antarabangsa seperti UNCHR dengan menempatkan golongan PATI di negara ketiga ataupun menghantar mereka balik ke negara asal dengan sukarela.

Di samping itu, dalam laporan Sinar Harian pada 18 Ogos 2015, Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa permohonan pengambilan pekerja asing pada masa akan datang tidak lagi melibatkan ejen, sebaliknya majikan perlu mengemukakan permohonan itu secara dalam talian. Usaha tersebut adalah untuk memudahkan lagi proses pendaftaran pekerja asing yang ingin dibawa untuk bekerja di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya isu banjiran pendatang asing tanpa izin seperti mana yang telah berlaku sebelum ini. Sistem permohonan secara talian yang baru diperkenalkan tersebut dikenali sebagai sistem “Single Window Synchronization” mampu menguruskan sistem permohonan dengan lebih cekap dan mampu mengelakkan berlakunya pertindihan permohonan seperti kaedah manual.

Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri berkata, permohonan konvensional dengan majikan perlu hadir ke Pusat Kelulusan Setempat (PKS) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil masa selama tiga hingga enam bulan untuk memproses permohonan tersebut. Tetapi permohonan dalam talian akan mendapat kelulusan hanya dalam masa 48 jam setelah permohonan itu menepati syarat-syarat ditetapkan oleh kementerian. Oleh itu, pihak majikan atau ejen-ejen tidak perlu membazirkan wang untuk membuat permohonan kerana kerajaan telah menyediakan kemudahan perkhidmatan tersebut secara percuma.

(9)

menetap di Malaysia pula, mereka akan diletakkan di satu kawasan penginapan khusus dengan menyediakan kemudahan asas seperti tempat makan, tandas dan pusat ibadah di atas tahap kemanusiaan serta mengurangkan risiko masalah sosial dan jenayah.

Di samping itu, untuk menghadapi masalah pendatang asing tanpa izin (PATI), Malaysia juga telah berbincang dengan pihak Indonesia tentang isu pembantu rumah Indonesia di Malaysia atau dikenali sebagai Amah. Menurut laporan Sinar Harian Online bertarikh 3 Jun 2012, Menteri Sumber Manusia pada ketika itu iaitu Datuk Seri Dr. S. Subramaniam menyatakan kerajaan telah menerima antara 70,000 dan 80,000 permohonan untuk mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia yang dijangka akan terus meningkat. Jika dinilai dari jumlah tersebut, ianya akan menyebabkan banjiran pekerja asing di negara Malaysia sehingga ada yang tidak dapat dikesan sama ada sudah berdaftar ataupun tidak dengan kerajaan Malaysia yang akhirnya akan menimbulkan masalah PATI. Sehubungan itu, perkara tersebut akan dirujuk kepada Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) supaya segala permasalahan yang berlaku dapat diatasi dengan kadar yang segera.

(10)

4.0 SUMBANGAN DAN PERANAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat 2013, perkataan “pertubuhan” telah ditakrifkan sebagai sesuatu organisasi yang ditubuhkan demi sesuatu kehendak dan bukannya untuk menggaut keuntungan. Manakala “antarabangsa” pula diertikan sebagai suatu lingkup kawasan yang meliputi semua negara di dunia, benua dan luar daripada garisan sempadan. Secara kesimpulannya, pertubuhan antarabangsa merupakan sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh negara-negara dunia untuk menjaga kebajikan negara-negara anggotanya. Kita sedia maklum bahawa pada hari ini terdapat banyak pertubuhan antarabangsa yang telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua. Antaranya ialah seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ASEAN, OIC dan sebagainya. Apabila berbicarakan tentang pertubuhan antarabangsa, Malaysia bukan lagi nama yang asing sebagai negara anggota dalam mana-mana pertubuhan antarabangsa. Malaysia adalah sbeuah negara yang sanagt proaktif dalam menyertai pertubuhan antarabangsa seperti PBB, ASEAN, Komanwel dan sebagainya.

ASEAN atau lebih dikenali sebagai persatuan Negara-Negara Asia Tenggara telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok. ASEAN ditubuhkan oleh lima negara pengasas iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina, namun sehingga ke hari ini, negara anggotanya telah mencecah sepuluh buah negara dengan Timor Leste sebagai negara pemerhati. Terdapat beberapa matlamat penubuhan ASEAN iaitu sebagai sebuah persatuan kerjasama serantau dalam kalangan negara Asia Tenggara, menjalinkan kerjasama bagi memperkembangkan bidang pendidikan, professional, teknikal dan pentadbiran, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan kebudayaan dan sebagainya. (M. Rajendran, 1986)

(11)

industri pembuatan, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia telah ditubuhkan untuk menerajui pelaburan nasional bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Malaysia pada hari sememangnya terkenal dengan industri pembuatan bahan semi konduktor seperti mikrocip, pemancar cahaya (LED) dan sebagainya. Dengan adanya industri sebegini, maka negara-negara serantau akan membuat pelaburan ke atas industri tersebut dan secara tidak langsung ianya akan memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak apabila Malaysia mengeksport barangan industri tersebut ke luar negara seperti Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya.

Selain itu, Malaysia juga merupakan salah satu negara yang banyak memberi sumbangan kepada ekonomi ASEAN melalui penubuhan BIMP-EAGA iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia and Philippines East Asia Growth Area pada Mac 1994. Penubuhan kerjasama tersebut menunjukkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan kerjasama pelbagai hala (multilateral). Tujuan penubuhan BIMP-EAGA adalah untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan kerjasama BIMP-EAGA agar sejajar dengan arus pembangunan melalui pertambahan aktiviti perdagangan, pelaburan dan pelancongan melalui pembangunan infrastruktur penting. Melalui kerjasama ini, sumber tenaga kerja, barang dan perkhidmatan akan dapat digerakkan dan dieksploitasi merentasi sempadan negara dan menyokong pertumbuhan ekonomi serantau. (Unit Perancang Ekonomi Malaysia, 2013)

(12)

Di samping itu, Malaysia turut memberi sumbangan terhadap penubuhan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). ZOPFAN adalah merupakan suatu deklarasi yang digubal oleh ASEAN di Kuala Lumpur pada 21 September 1971 yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Menurut Jabatan Penerangan Malaysia (2015), Deklarasi Kuala Lumpur merupakan satu persidangan yang telah dihadiri oleh menteri-menteri luar ASEAN. Hasil daripada persidangan tersebut, beberapa ketetapan telah diputuskan sebulat suara oleh wakil-wakil setiap negara iaitu kawasan rantau Asia Tenggara haruslah dijadikan sebagai sebuah zon yang aman dan selamat, mengadakan hubungan baik dengan semua kuasa termasuk kuasa-kuasa besar tanpa mengira ideologi politik mereka dan ASEAN hendaklah mengamalkan dasar berkecuali. Idea tersebut muncul daripada kerajaan Malaysia kerana bimbang bahawa negara Asia Tenggara akan menerima tempias daripada persengketaan antara Amerika Syarikat dan Soviet Union selepas Amerika Syarikat mengalahkan Soviet Union dalam Perang Dingin.

Bukan sekadar itu sahaja, negara Malaysia turut memberi sumbangan kepada ASEAN dalam penubuhan Kawasan Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ). SEANWFZ merupakan suatu kesepakatan antara negara-negara Asia Tenggara untuk memastikan kawasan Asia Tenggara adalah bebas dari senjata nuklear. Idea SEANWFZ lahir selepas pengenalan ZOPFAN. Pada awalnya, 5 negara anggota ASEAN termasuk Malaysia ingin menandatangani gagasan pembentukan SEANWFZ di Kuala Lumpur pada November 1971 sebagai salah satu progam di bawah ZOPFAN. Namun, disebabkan oleh suasana politik yang tidak begitu mengizinkan, maka perjanjian penubuhan SEANWFZ telah termeterai di Bangkok pada tahun 1995 sehingga dikenali sebagai Perjanjian Bangkok. Malaysia sememangnya menyokong penuh terhadap penubuhan SEANWFZ sehingga di peringkat antarabangsa sekalipun apabila wakil tetap Malaysia di PBB iaitu Raja Reza Raja Zaib Shah menyokong penubuhan seperti ini dan mencadangkan ianya harus dipraktikkan oleh negara kuasa besar seperti Rusia kerana ianya mampu meningkatkan keamanan dan keselamatan global. (Borneo Post, 2015)

(13)

Dalam mesyuarat tersebut, pelbagai agenda yang berkaitan dengan isu keselamatan ASEAN telah dibincangkan untuk memastikan bahawa keselamatan negara-negara serantau ASEAN mampu dikekalkan dan bebas daripada kuasa-kuasa luar. (Abdul Manap Adam, 2014)

Selain daripada ASEAN, Malaysia turut menjadi negara anggota dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). PBB merupakan suatu pertubuhan dunia yang ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945 untuk menggantikan Liga Bangsa setelah Liga Bangsa gagal menghalang Perang Dunia Kedua dan terdiri daripada 195 buah negara anggota termasuk Malaysia. Pada asalnya, ibu pejabat PBB adalah terletak di San Francisco dan akhirnya dipindahkan ke New York. Malaysia telah menyertai PBB sejak 17 September 1957 dan telah banyak memberi sumbangan dan juga banyak berperanan dalam pertubuhan tersebut sehingga ke hari ini. Antara sumbangan Malaysia terhadap PBB ialah Malaysia telah dipilih sebagai Ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999. Selain itu, Tan Sri Razali Ismail iaitu anak kelahiran Kedah telah memegang jawatan yang tinggi di PBB iaitu sebagai pengerusi perhimpunan agung PBB. Beliau juga dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. Seterusnya suatu persidangan antarabangsa tentang isu Palestin telah diadakan di Kuala Lumpur setelah Malaysia mendesak pihak PBB untuk mengembalikan kedaulatan Palestin dan menghentikan tindakan Israel yang tidak berperikemanusiaan.

Di samping itu, umum mengetahui bahawa Dasar Apartheid merupakan suatu isu yang berkaitan dengan pencabulan hak asasi manusia yang hangat yang diperkatakan pada suatu ketika dahulu yang melibatkan orang berkulit putih dan kulit hitam. Dalam isu ini, Malaysia sebagai salah sebuah negara anggota dalam PBB memainkan peranan yang besar dalam memperjuangkan nasib dan dasar politik orang kulit hitam di Afrika. Dengan adanya usaha Malaysia yang lantang bersuara dalam menentang dasar tersebut, akhirnya telah membawa kepada kejayaan menghapuskan isu perbezaan kulit yang berlaku di Afrika Selatan.

(14)

Bukan sekadar itu sahaja, semasa menjadi negara anggota dalam PBB, Malaysia juga telah berperanan menjadikan isu Antartika sebagai salah satu isu hangat yang dibincangkan dalam PBB oleh mantan perdana menteri iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohammad pada tahun 1982 ketika berucap di PBB dan isu tersebut memperolehi sambutan hangat di mana negara-negara dunia bersetuju bahawa Antartika merupakan warisan bersama. Pada masa tersebut, Tun Dr Mahathir menggesa supaya Setiausaha Agong PBB untuk membuat satu kajian yang menyeluruh mengenai isu Antartika termasuk 'Antartika Treaty System' serta bab-bab pengagihan sumber-sumber asli. Selain itu, Malaysia juga menolak Perjanjian Antartika 1959 berasaskan bahawa kekayaan sumber Antartika adalah milik sejagat dan Antartika haruslah bebas daripada cengkaman ketenteraan serta mendesak agar Perjanjian Antartika 1959 yang hanya menguntungkan negara maju digantikan dengan konsep “Antartika sebagai Warisan Bersama”. (Abdul Manap Adam, 2014)

Kita sedia maklum bahawa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mempunyai pelbagai agensi yang mempunyai portfolio masing-masing untuk membantu negara-negara dunia. Antaranya ialah Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Dalam ketiga-tiga agensi tersebut, Malaysia telah banyak memberi sumbangan untuk menjayakan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh agensi-agensi tersebut. Sebagai contoh, Malaysia telah melibatkan diri dalam kajian terhadap tapak warisan dunia sehingga menjadikan Georgetown di Pulau Pinang sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. (Majlis Bandaraya Pulau Pinang, 2015). Selain itu, Malaysia turut memberi kerjasama kepada WHO di mana Malaysia mencadangkan untuk menubuhkan pusat kerjasama WHO bagi menangani Influenza pada mesyuarat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva.

(15)

Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) untuk memberi perlindungan sementara kepada pelarian ini dengan cadangan tempat di Pulau Pinang ataupun Sabah di Malaysia dengan syarat mereka akan ditempatkan semula ke tempat lain dalam masa setahun pada 21 Mei yang lalu. (Utusan Malaysia, 2015)

5.0 KESIMPULAN

Referensi

Dokumen terkait

Aspek yang direvisi dan disempurnakan berdasarkan analisis data dan uji coba serta masukan dari ahli materi, ahli desain pembelajaran, dan ahli media pembelajaran dan

Posisi glikosilasi pada asam amino 154-156 dan 193-195 berdekatan dengan daerah antigenik dan residu pengikat reseptor, sehingga mempengaruhi afinitas ikatan pada reseptor

Sistem penciuman elektronik yang dipergunakan disini adalah sistem yang dikembangkan di Laboratorium Kecerdasan Komputasional Fakultas Ilmu Komputer Universitas Indonesia. Sistem

Perancangan sistem informasi menggunakan Data Flow Diagram (DFD) yang digunakan untuk mendesaian sistem informasi musyawarah perencanaan pembangunan (Musrenbang)

Judul atau tema penelitian yang telah disetujui oleh Ketua Jurusan/Prodi Judul atau tema penelitian yang telah disetujui oleh Ketua Jurusan/Prodi selanjutnya

As MMP-9 is released by neutrophils, monocytes and macrophages during the course of an infl ammatory response, increased infl ammation found in these patients could be a

Ada sistem evaluasi hasil belajar yang diterapkan sesuai dengan ranah kompetensi lulusan, selalu ditinjau secara berkala, dan telah diverifikasi oleh

(2001) menjelaskan terapi kognitif perilaku efektif diberikan pada subjek yang mengalami depresi dengan tingkatan rendah dan sedang, namun untuk subjek dengan tingkat depresi