• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN PROJEK PELAJAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "GARIS PANDUAN PROJEK PELAJAR"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

2012

Jabatan Pengajian Politeknik

Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia

GARIS PANDUAN PROJEK

PELAJAR

(2)

Bahagian Pembangunan Akademik, Jabatan Pengajian Politeknik ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas sokongan dan kerjasama semua pihak bagi menjayakan pelaksanaan Garis Panduan Projek Pelajar ini.

Sumbangan yang tidak terhingga daripada semua pihak membolehkan politeknik mencapai matlamat dalam melahirkan graduan yang berkualiti serta menjana modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan negara.

Sebarang komen atau cadangan amat dialu-alukan daripada semua pihak agar Garis Panduan Projek Pelajar ini ditambah baik dari semasa ke semasa.

Bahagian Pembangunan Akademik Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Galeria PJH

Aras 4, Jalan P4W

Persiaran Perdana Presint 4 62570 WP Putrajaya

03 – 8891 9000 Fax 03 – 8891 9316

 www.politeknik.gov.my  [email protected]

(3)

Terlebih dahulu marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t serta selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w di atas kesempatan untuk menerbitkan Garis Panduan Projek Pelajar ini bagi membantu membangunkan modal insan negara yang mampu bersaing dengan negara maju di dunia, serta berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global.

Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap pelajar mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Kaedah pelaksanaan projek berfungsi sebagai titik tumpuan yang memuncak di mana ia menggalakkan pelajar mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan mereka sepanjang berada di politeknik seperti yang digariskan di dalam Kerangka Kelayakan Malaysia di mana pelajar perlu menguasai lapan domain hasil pembelajaran sebelum mereka bergraduat. Sehubungan itu Bahagian Pembangunan Akademik telah mengambil langkah proaktif dengan membangunkan Garis Panduan Projek Pelajar bagi kegunaan pelajar dengan mengambil kira pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran berdasarkan Outcome Based Education (OBE)

Justeru itu diharap garis panduan ini dapat membantu pelajar dan warga politeknik ke arah menghasilkan projek yang lebih berkualiti serta mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan gigih untuk menghasilkan garis panduan ini.

Saya berharap Garis Panduan Projek Pelajar ini dapat melancarkan peranan dan tanggungjawab semua pihak tanpa mengekang kreativiti mereka.

DATUK HJ. MOHLIS B. JAAFAR

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)

Jabatan Pengajian Politeknik

(4)

Apa itu projek?

Kursus projek merupakan satu kursus wajib bagi program pengajian tertentu yang perlu dilaksanakan sebagai memenuhi syarat bergraduasi. Projek memberi ruang kepada pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran terdahulu serta mempamerkan keupayaan mereka dalam merealisasikan idea, kreativiti dan inovasi disamping menyelesaikan masalah. Sepanjang pelaksanaan projek, pelajar dibimbing oleh penyelia untuk meneroka pengetahuan dan kemahiran baharu. Satu laporan projek mengikut format perlu dihantar kepada jabatan dan pencapaian pelajar akan dinilai mengikut kaedah dan format penilaian yang ditetapkan.

Apakah matlamat dalam

pelaksanaan projek?

Matlamat kursus projek adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar menyelesaikan masalah kajian akademik secara saintifik dan sistematik dalam melahirkan graduan yang kompeten. Ini adalah selari dengan huraian tahap kelayakan yang digariskan di dalam Kerangka Kelayakan Malaysia bagi tahap diploma dimana diakhir pengajian pelajar berupaya:

Kursus projek merangkumi kursus-kursus lain yang pelaksanaannya sama seperti kursus projek.

Kerangka Kelayakan Malaysia muka surat 8-9

Menggunakan pengetahuan,

kefahaman dan kemahiran

praktikal dalam kerja.

Membuat penilaian dan

keputusan dengan

mengambil kira isu sosial,

saintifik dan etika dengan

autonomi sederhana.

Berkomunikasi dengan

berkesan dan menyampaikan

maklumat, idea, masalah dan

penyelesaian secara jelas dan

meyakinkan kepada pakar

dan bukan pakar

(5)

Apakah hasil

pembelajaran (CLO)

kursus projek?

Hasil pembelajaran menerangkan apa yang perlu pelajar tahu, faham dan boleh lakukan selepas menamatkan sesuatu kursus. Secara umumnya,hasil pembelajaran yang disasarkan melalui pelaksanaan kursus projek adalah pelajar berupaya untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari pembelajaran terdahulu.

Apakah

yang

didefinisikan

sebagai projek?

Projek merupakan satu tugasan yang ditetapkan sebagai latihan pembelajaran yang memerlukan pelajar melaksanakan penyelidikan dan pembelajaran kendiri. Projek mengaplikasi pengetahuan, konsep dan kemahiran yang diperolehi sepanjang program. Pelajar perlu menggabungkan beberapa aspek pengalaman mereka sepanjang program berkenaan. Projek berasaskan kepada kajian literatur, penyelidikan, penyelesaian masalah, rekabentuk, penghasilan prototaip atau penyediaan perancangan perniagaan

Garis Panduan Pelaksanaan Penilaian Kerja Kursus Politeknik.

(Harolld Kerzner, 2009)

Berikut adalah CLO kursus projek

program saya.

CLO 1:

CLO 2:

(6)

Apakah jenis projek yang boleh

saya jalankan?

Apakah asas pemilihan projek?

Pemilihan projek yang berkualiti adalah berdasarkan kepada keaslian, penghasilan idea baharu yang kreatif dan inovatif bagi menyelesaikan masalah, menambahbaik produk atau perkhidmatan sedia ada. Pemilihan projek juga boleh berdasarkan kepada kemampuan dalam memberikan impak dan mempunyai nilai komersial yang tinggi. Projek yang boleh diaplikasi mengikut keperluan industri dan komuniti amat digalakkan. Projek yang dijalankan perlu mengambil kira kos keseluruhan serta boleh dilaksanakan di dalam tempoh masa yang diperuntukkan.

Perkara-perkara berikut boleh dijadikan panduan untuk membantu pelajar membuat pemilihan projek:

Contoh projek: Kajian Masalah Lemah Pencapaian Akademik Di Kalangan Pelajar Politeknik

Contoh projek: Bangunan Melayu lama

Contoh projek: Mesin pencucuk sate

Contoh projek: Membangunkan permainan komputer

Contoh tema seperti Teknologi Hijau

Contoh kategori seperti penggunaan teknologi hijau di pejabat

www.mte.org.my ( award-categories)

Projek Kajian Penyelidikan

•Tertumpu kepada sesuatu kelakuan, fenomena atau ciri yang hendak dikaji. Hasilnya ialah data, maklumat, analisis dan tafsiran yang akan meningkatkan pengetahuan berkenaan kajian atau penyelidikan.

Projek Reka bentuk

•Tertumpu kepada menghasilkan sesuatu reka bentuk untuk memenuhi keperluan dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Projek Pembangunan Produk

•Tertumpu kepada pembangunan produk (fizikal atau perkhidmatan) bagi memenuhi keperluan dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

Projek Pembangunan Perisian

•Tertumpu kepada pembangunan perisian komputer mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Tema/Kategori

•Pihak jabatan digalakkan menetapkan tema/kategori projek bagi membantu pelajar menentukan projek yang bakal dilaksanakan.

Tajuk

•Tajuk projek adalah berdasarkan cetusan idea sama ada daripada pelajar, pensyarah atau industri.

(7)

Apa yang dikatakan dengan

keaslian projek?

Siapakah yang akan membiayai

projek saya?

TAKLIMAT!!!!

Plagiat bermaksud amalan membuat sesuatu petikan bahan daripada sumber tertentu tanpa memberikan penghargaan (acknowledgement)

kepada penulis asalnya. Bahan tersebut mungkin merupakan satu ayat/perenggan/bahagian ataupun beberapa bahagian ayat yang dicantum.

www.mosti.gov.my

www.cradle.com.my

Keaslian projek merujuk kepada ketulenan karya atau idea yang dibangunkan oleh pelajar secara individu atau kumpulan. Projek yang dihasilkan dianggap tidak asli sekiranya wujud unsur plagiat atau cetak rompak. Sekiranya khidmat luar diperlukan, ianya boleh diperolehi dengan kebenaran jabatan. Bagi memastikan keaslian projek, pelajar perlu membuat akujanji bahawa projek yang dilaksanakan adalah hasil daripada idea sendiri

.

Semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek perlu diberi taklimat berkaitan pelaksanaan Garis Panduan Projek Pelajar pada setiap awal semester oleh Penyelaras Projek Jabatan. Penerangan ini bagi memastikan semua pihak yang terlibat mendapat maklumat yang selaras dan jelas dengan tugas serta tanggungjawab masing-masing ke arah penghasilan projek pelajar yang berkualiti.

(8)

Apakah peranan saya

sebagai pelajar?

Peranan

pelajar

Berusaha mencapai kualiti dan hasil pembelajaran mengikut standard (kriteria penilaian) yang ditetapkan.

Membuat kajian awal keperluan industri/komuniti dalam menentukan pemilihan tajuk, keaslian idea dan hala tuju projek yang mempunyai nilai komersil.

Menyerahkan buku log/portfolio/laporan projek kepada penyelia/pensyarah kursus untuk semakan dan pengesahan mengikut jadual yang ditetapkan. Projek yang dihasilkan mestilah memperlihatkan pengetahuan dan

kemahiran analitikal yang diperolehi sepanjang pengajian dan menunjukkan kebolehan dalam menyepadukan semua domain pembelajaran.

Bertemu dengan penyelia atau menghadiri sesi pembelajaran mengikut jadual yang ditetapkan.

Pelajar yang memerlukan penyelia bersama dari pihak luar dikehendaki mengemukakan surat permohonan secara bertulis kepada Ketua Jabatan melalui penyelia/pensyarah kursus.

Melengkapkan borang-borang laporan kemajuan projek dan dokumen-dokumen lain sekiranya perlu.

Menyediakan laporan akhir projek berserta produk (jika berkenaan) untuk proses penilaian.

Menyerahkan laporan projek dalam bentuk softcopy/hardcopydan produk akhir projek kepada penyelia/pensyarah kursus bagi tujuan rekod dan rujukan.

Memilih projek yang menyumbang kepada keperluan industri/komuniti dan digalakkan berkolaborasi.

(9)

Apakah peraturan projek yang perlu saya patuhi?

Bagaimana projek saya dinilai?

Penilaian projek pelajar adalah merupakan penilaian kerja kursus yang dilakukan secara berterusan bagi menilai pencapaian dan kebolehan pelajar dalam menyiapkan sesuatu projek. Garis Panduan Pelaksanaan Penilaian Kerja Kursus perlu dirujuk untuk menilai projek pelajar (eDokumen di www.politeknik.gov.my). Hasil penilaian akan dipaparkan dalam bentuk gred bagi menunjukkan prestasi pencapaian pelajar

.

Pertukaran penyelia

•Hanya dibenarkan apabila dipersetujui oleh penyelaras projek dengan kelulusan ketua jabatan.

•Penyelaras projek berhak menentukan penyelia

gantian yang baharu dengan kelulusan ketua jabatan.

Pertukaran tajuk

projek

•Hanya dibenarkan apabila dipersetujui oleh penyelia projek dengan sokongan oleh penyelaras projek. •Penukaran tajuk projek dengan kebenaran boleh dilakukan sehingga minggu ke enam.

Kebenaran

melaksanakan projek

•Kebenaran menggunakan fasiliti politeknik perlu mendapat sokongan penyelia projek dan di persetujui oleh pegawai yang bertanggungjawab. •Pelajar perlu mendapatkan

surat kebenaran

menjalankan aktiviti luar politeknik daripada penyelia projek yang ditandatangani oleh pengarah.

Bentuk

penilaian

Pembentangan

Hasil projek

Portfolio Manual pengguna

Proposal

Buku log

Bahan Fizikal Perisian

Laporan projek

Perkhidmatan Bentuk penilaian projek adalah merangkumi mana-mana perkara berdasarkan silibus kursus yang berkaitan.

(10)

Kertas cadangan untuk mengadakan/ menjalankan sesuatu

Portfolio

Pengumpulan sistematik hasil kerja pelajar yang

mempamerkan keupayaan, perkembangan

dan pencapaian dalam kursus berkaitan.

Penilaian portfolio dilaksanakan dengan

menggunakan rubrik yang bersesuaian.

Manual pengguna

Manual pengguna adalah dokumen

komunikasi teknikal yang bertujuan untuk

memberikan bantuan kepada pengguna

menggunakan sistem tertentu. Kebanyakan

manual pengguna mengandungi kedua-dua

panduan bertulis dan imej-imej yang berkaitan.

Pelajar dikehendaki membentangkan hasil projek

dalam sesi pembentangan yang ditetapkan.

Sesi pembentangan ini memberi peluang kepada pelajar

berhujah mempertahankan hasil projek serta bertukar

pendapat secara ilmiah.

Buku log digunakan untuk merekod kemajuan projek dan

pencapaian pelajar seperti catatan aktiviti, isu, cabaran

dan penyelesaian yang telah dilaksanakan.

Main Idea

Pembentangan

Buku log

Buku log disemak, dinilai dan disahkan oleh penyelia.

Proposal

Hasil projek

Perisian

Arahan-arahan lengkap dalam bentuk atur cara dan

prosedur yang mengawal, mengurus dan menyokong

sistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan

maklumat.

Laporan projek

Suatu kenyataan formal hasil daripada sesuatu

penyelidikan, atau sebarang maklumat lengkap tentang

sesuatu hal yang disampaikan oleh sekumpulan penyelidik

BENTUK

PENILAIAN

Bahan fizikal

Perkhidmatan

(11)

Saya ingin menyediakan

proposal. Apakah

kandungan yang perlu

ada?

Proposal projek perlu dikemukakan kepada jabatan bagi tujuan kelulusan melaksanakan projek. Secara umumnya, kandungan proposal projek adalah seperti berikut:

a. Tajuk projek b. Pengenalan:

i. Rasional projek

ii. Pernyataan masalah projek atau persoalan kajian (mana yang berkenaan)

iii. Objektif projek

iv. Skop dan limitasi projek v. Kepentingan dan impak projek vi. Anggaran kos projek

c. Tinjauan/Kajian literatur

d. Kaedah penyelidikan/Metodologi projek e. Pelan perancangan projek

f. Kesimpulan

Apa pula yang perlu ada dalam

laporan projek?

Pelajar perlu menyediakan laporan secara terperinci dan lengkap yang mematuhi kaedah, format serta piawaian penulisan laporan yang ditetapkan oleh jabatan.

Berikut dicadangkan kandungan laporan yang dikemukakan iaitu: a. Bahagian awal

i. Halaman judul ii. Perakuan keaslian iii. Abstrak

iv. Penghargaan v. Isi kandungan vi. Senarai jadual vii. Senarai rajah

viii. Senarai simbol, singkatan atau tatanama

ix. Senarai lampiran b. Bahagian Utama

i. Pengenalan ii. Kajian literatur iii. Metodologi kajian

iv. Dapatan dan perbincangan projek v. Kesimpulan dan cadangan

c. Bahagian tambahan

i. Rujukan menggunakan gaya American Psychological Association (APA) ii. Lampiran www.apastyle.org Pelajar hendaklah merujuk kepada jabatan bagi mendapatkan panduan penulisan proposal yang telah ditetapkan. Pelaja r perlu meruju k kepad a jabat an bagi m endapa tkan m akluma t yang perlu dimasu kkan k e dala m lapo ran untuk permo honan fail pa ten

(12)

Apakah maklumat tambahan yang

perlu saya ketahui?

Perkara: 5.16

Dasar Perancangan dan Penyampaian Kurikulum

Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Politeknik (JPP) www.mte.org.my

Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Politeknik (JPP) www.myipo.gov.my

Hak milik projek

•Hasil projek adalah hak milik politeknik. Politeknik boleh menimbangkan permohonan untuk berkongsi hak milik dengan pelajar dan/atau penaja luar.

Penyertaan dalam pertandingan/seminar

•Pelajar digalakkan untuk menyertai pertandingan dan pembentangan hasil atau inovasi projek di seminar dan kolokium di mana-mana peringkat.

Pendaftaran harta intelek

• Politeknik digalakkan mengemukakan permohonan bagi

mendaftar harta intelek projek pelajar seperti paten, cap

dagangan, hak cipta dan rekabentuk perindustrian.

Pemasaran

•Pelajar digalakkan memasarkan produk akhir yang mempunyai nilai komersial dengan kerjasama koperasi, alumni, kelab keusahawanan, kolaborasi, jualan terus dan organisasi/agensi.

PERNYATAAN KUATKUASA

Garis Panduan Projek Pelajar ini

berkuatkuasa kepada semua Jabatan

Pengajian

Politeknik,

Kementerian

Pengajian Tinggi dan institusi di bawah

kawalannya mulai Jun 2012.

(13)

Penyelaras projek

Pelajar

Penyelia projek

Pelajar

Panel/Penyelia projek

Pelajar

Pelajar

Penyelia projek

Pelajar

Pelajar

Panel/penyelia projek

Mula

Pemilihan Tajuk Projek & Penyediaan Proposal

Taklimat Projek

Semak proposal

Penyerahan hasil projek dan draf laporan

Membentang projek

Menghantar laporan projek

Menyemak laporan dan menilai hasil projek

Aktiviti projek Diterima? Diterima? Tamat Pembetulan Pembetulan/ penambahbaikan Ya Tidak Ya Tidak Pembentangan proposal

(14)

Pengerusi Penaung

Penasihat

Timbalan Pengerusi

PN. NOOR AIDI BT. NADZRI

Ahli jawatankuasa

Pengurus Projek

EN. AZWAN B. ABDULLAH

Setiausaha

YBRS. MEJAR (K) HAJI MD. NOR BIN YUSOF

PN. NOOR ROSMAWATI BT. YUSUF DATUK HJ. MOHLIS B. JAAFAR

TN. HJ. MOHD GHAUS B. AB. KADIR

PN. SITI JARIAH BT. IBRAHIM

TN. HJ. ZULKIFLI B. MD. SALLEH

Ahli

EN. ABDUL HANIF B. MUSTAPHA (PTSB)

PN. NORLIA BT. MD DESA (PSAS)

PN. AZIAM BT. MUSTAFA (PSA)

EN. ABU BAKAR B. ABDUL HAMID (PIS)

PN. NORMAH BT. CHEMAN (POLIMAS)

EN. MAT ABDUL SHUKOR B. ABDUL WAHAB (BTN)

EN. ABDULLAH B. YUSOFF (PSAS)

EN. MOHAMAD FAUZI B. CHE PA (PSIS) EN. MOHSEN B. AHMAD (PNS)

EN. KHAIRUL AZHA B. AHMAD (JPP) PN. SALMIYAH BT. CHE AHMAD (PSP)

Referensi

Dokumen terkait

Dalam pengurusan dan pelaksanaan sesuatu projek, memerlukan tenaga kerja yang mencukupi untuk menyiapkan sesuatu projek.. Projek mungkin tidak akan dilaksanakan tanpa

Pada peringkat ini pelajar juga perlu menerangkan hasil pengumpulan dan penganalisaan data berkaitan projek yang dibangunkan dan bahagian ini mengandungi

Ir Soekarno-Hatta No 16, email: c [email protected] BANGKALAN 69119 RUBRIK PENILAIAN DIMENSI PROJEK PENGUATAN PROFIL PELAJAR PANCASILA Nama Sekolah : SMAS ISLAM YKHS

PERBEZAAN HASIL KERJA KURSUS AMALI DI KALANGAN PELAJAR RENDAH PENCAPAIAN DAN PELAJAR TINGGI PENCAPAIAN TERHADAP MATAPELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH ABSTRAK

Penilaian berbentuk sumatif yang berkala untuk memantau prestasi pelajar secara berterusan 13 Sinopsis: BM & BI Kursus ini secara amnya mendedahkan pelajar kepada kesusasteraan

Penilaian berbentuk sumatif yang berkala untuk memantau prestasi pelajar secara berterusan 13 Sinopsis: Kursus ini akan memperkenalkan pelajar kepada asas penyelidikan dalam

Merancang Projek Penguatan Profil Pelajar Pancasila dalam Workshop Sekolah Penggerak Angkatan