• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENYELEWENGAN AJARAN HJ. KHAHAR B. HJ. AHLIVIAD JALAL Oleh: Cawangan Akidah Bahagian Penyelidikan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENYELEWENGAN AJARAN HJ. KHAHAR B. HJ. AHLIVIAD JALAL Oleh: Cawangan Akidah Bahagian Penyelidikan"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

PENYELEWENGAN AJARAN HJ. KHAHAR B.

HJ. AHLIVIAD JALAL

Oleh: Cawangan Akidah Bahagian Penyelidikan PENDAHlULUAN

"Ajaran Hj. Khahar" ini dinamakan kepada satu ajaran yang dibawa oleh Haji Abdul Khahar bin Ahmad Jalal kerana pembawa ajaran ini tidak menamakan secara khusus ajaran yang dibawa olehnya.

Ajaran ini didapati mula berkembang di rumah Haji Abdul Khahar sendiri, iaitu No. 44, Kg. Kemensah, Hulu Kelang, Selangor. Ajaran ini juga bergiat di rumah-rumah pengikut kanannya di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Beliau bekerja sendiri dan didapati pernah beberapa kali membawa jemaah haji dari Malaysia ke Mekah. Pendidikan formal beliau ialah tamat darjah 5 Sekolah Melayu. Selepas itu beliau belajar agama daripada arwah bapanya yang pernah menjadi Imam Masjid Hulu Kelang. Beliau didapati mendalami al-Quran dan membaca kitab-kitab terjemahan secara sendirian.

Mutakhir ini beberapa pengikut kanan Ajaran Hj.Khahar didapati aktif menyebarkan risalah-risalah yang menyatakan pegangan dan fahaman mereka kepada masyarakat termasuk orang awam, jabatan-jabatan Kerajaan, para pemimpin dan pembesar negara.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (DAIS) telah mengadakan beberapa usaha menangani kegiatan ajaran ini sejak is mula muncul pada tahun 1989. Hasilnya Negeri Selangor telah mengharamkan ajaran ini pada tahun 1991 dan pemimpinnya pernah diambil tindakan mahkamah pada tahun yang sama. Walau bagaimanapun kumpulan ajaran ini didapati masih aktif, maka tindakan selanjutnya perlu diambil bagi menyelamatkan mereka yang terlibat serta menyekat masyarakat umum agar tidakterjebak dalam kesesatan yang dibawa oleh kumpulan ini.

Pengikut ajaran ini dianggarkan sekitar 20 orang. Setakat ini mereka yang terlibat ialah daripada negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja. Pengikutnya adalah terdiri daripada

(2)

kalangan mereka yang tidak mempunyai asas pendidikan agama yang baik.

ISI AJARAN

Haji Abdul Khahar telah menerbitkan dua buah buku, iaitu "AL-FURQAAN - PEMBEDA" dan "TABUT". Sebahagian besar ajarannya terkandung dalam buku-buku tersebut. Kandungan buku "AL-FURQAAN - PEMBEDA" ialah:

i. Mukadimah (yang mengandungi huraian mengenai Islam); Apakah Itu Allah Taala Atau Tuhan Yang Disembah; Apakah Itu al-Quran;

iv. Dasar-Dasar Hukum Islam; v. Rasul;

vi. Hadis; vii. Iblis;

viii. Kumpulan Doa dan Tasbih; ix. Wuduk dan Sembahyang; x. Haji;

xi. Kumpulan Pantun Dua Kerat Untuk Renungan. Manakala kandungan buku "TABUT" ialah seperti berikut:

i. Syarat-syarat Berbicara: ii. Dasar-dasar Berbicara; iii. Bab Pembicaraan; iv. Pengakuan Sumpah; v. Pihak Yang Bersumpah; vi. Hakim;

vii. Hukum Allah; viii. Dasar Hukum Allah;

ix. Hukum Adat Sesuatu Kerajaan; x. Bab Hukum;

xi. Bab Aduan; xii. Bab Saksi;

xiii. Bab Pendakwaan; xiv. Bab Tuduhan;

(3)

PENYELEWENGAN AJARAN HJ. KHAHAR B. HJ. AHMAD JALAL w. Bab Pesalah;

xvi. Bab Kesalahan Jenayah; xvii. Bab Kesalahan;

xviii. Kesalahan Yang Nyata; xix. Kesalahan Yang Besar; xx. Jalan-jalan Ke Neraka; xxi. Jalan-jalan Ke Syurga.

Daripada kedua-dua buah buku tersebut terdapat pandangan dan fahaman beliau yang menyeleweng daripada ajaran Islam. Huraian yang disampaikan banyak berlandaskan logik akal semata-mata. Selain itu terdapat juga risalah-risalah tulisan Haji Abdul Khahar dan pengikut-pengikut kanannya yang diedarkan dari semasa ke semasa yang mengandungi fahaman yang menyeleweng.

Berdasarkan buku-buku dan risalah-risalah yang diedarkan tersebut, penyelewengan ajaran ini dapat dirumuskan seperti berikut: AKIDAH:

i. Allah berkuasa menurunkan al-Quran kepada hamba-hamba-Nya, mengumpulkan ke dalam dada dan menjelaskan ayat-ayatnya kepada sesiapa yang dikehendaki di antara hamba-hamba-Nya;

ii. Haji Abdul Khahar mengaku dirinya sebagai Rasul Utusan Allah. Dia mendakwa Rasul sentiasa ada di bumi untuk menyampaikan ilmu Allah;

iii. Beliau mengaku menerima wahyu daripada Allah di Bukit Kemensah dan diturunkan dalam keadaan seperti yang dialami oleh Rasulullah (Nabi Muhammad) s.a.w.;

iv. Nabi Muhammad s.a.w ialah nabi kepada kaum pada zamannya sahaja;

v. Menurut beliau Rasul ialah seorang lelaki di antara manusia dan jin. Rasul diutus oleh Allah ke setiap negeri, setiap bangsa, setiap kaum, setiap golongan dan setiap zaman;

(4)

vi. Rasul diutus oleh Tuhan menyampaikan ayat-ayat-Nya dalam bahasa kaumnya sendiri;

vii. Rasul diutus oleh Tuhan menyempurnakan al-Kitab, Taurat, Injil dan al-Quran;

viii.Beliau tidak percaya kepada al-Quran yang ada sekarang ini sebagai al-Quran yang sebenar, tetapi hanyalah catatan sahaja. Al-Quran yang sebenar berada di atas langit, iaitu di Luh Mahfuz;

ix. Beliau tidak percaya kepada Hadis. Baginya Hadis hanyalah rekaan manusia yang dibuat selepas wafat Rasulullah s.a.w. iaitu kisah seseorang yang diceritakan oleh orang lain kepada seseorang, kemudian keterangan tersebut dicatatkan oleh orang lain, misalannya kisah tentang kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu cerita atas cerita;

x. Hadis bukannya wahyu daripada Allah, tetapi ialah keterangan atau perkataan manusia biasa, mengikut pandangan atau pendengaran seseorang atau satu-satu kebenaran yang datang daripada sangkaan akal manusia;

xi. Beliau mendakwa mempunyai mukjizat. Mukjizat itu berlaku semasa beliau berada di Bukit Kemensah. Beliau mendakwa pada suatu hari hujan turun, tetapi beliau tidak basah. Pada hari yang lain iaitu hari panas, beliau tidak merasai panas. SYARIAH

Tidak mempercayai adanya Rukun Islam;

ii. Wuduk ialah membersihkan diri daripada syirik, iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu atau mengikuti selain daripada Allah, ayat-ayat-Nya dan rasul-rasul-Nya, membelakangkan Allah, tidak berkiblat kepada-Nya dan tidak mengikuti petunjuk yang datang daripada-Nya;

(5)

PENYELEWENGAN AJARAN HJ. KHAHAR B. HJ. AF MAD JALAL iii. Istilah air di sisi Allah ialah petunjuk-Nya atau ayat-ayat-Nya; iv. Istilah tanah di sisi Allah ialah akal dan fikiran yang digunakan

dengan baik, benar lagi adil;

v. Sembahyang lima waktu tidak wajib. Baginya sembahyang itu ialah mengabdikan diri terhadap Allah bagi menegakkan kebenarannya atau agamanya dengan ikhlas, merendah diri kepadanya serta tunduk patuh otos perintah dan hukum-hukum-Nya dengan tidak menyekutukan-hukum-hukum-Nya dengan sesuatu apa pun di samping-Nya atau mengada-adakan sembahyang yang selain daripada-Nya;

vi. Ruku' ialah mentaati perintah Allah;

vu. Puasa ialah suatu kejadian yang dilakukan oleh Tuhan iaitu is menurunkan kitab al-Quran dan bacaan yang sangat mulia kepada hamba-hambaNya iaitu Rasul dan orang-orang yang beriman di dalam beberapa hari yang berbilang supaya mereka memahami isi kandungan kitab al-Quran secara keseluruhannya dan supaya mereka dapat masuk Islam secara keseluruhannya; viii.Puasa ertinya "berpuas-puasan";

ix. Zakat ialah melakukan apa sahaja perkara yang baik pada diri sendiri dan terhadap orang lain kerana mencari keredaan Allah; c Haji ialah penyempurnaan agama Allah terhadap jin dan manusia dan apa sahaja di langit dan di bumi. Orang Islam tidak perlu mengerjakan ibadah haji ke Mekah. Ibadah haji boleh ditunaikan di mana-mana sahaja di bumi Allah. Baginya pergi ke Mekah dan Arab Saudi hanya untuk melihat kesan-kesan sejarah Rasulullah s.a.w.;

xi. Orang Islam yang meninggal dunia tidak perlu disembahyangkan.

(6)

PENYELEWENGAN LAIN

Muridnya sanggup mati syahid bersama-sama gurunya (Haji Abdul Khahar);

Haji Abdul Khahar mendakwa ulama' tidak memberitahu ilmu agama kepada orang ramai;

iii. Dalam risalah yang diedarkan, terdapat juga kritikan terhadap sikap orang Melayu, komentar terhadap isu-isu semasa dan antarabangsa dan juga huraian mengenai Islam mengikut pandangan mereka sendiri;

iv. Terdapat ajaran yang disampaikan melalui pantun dua kerat: Barang siapa mengikut hadis,

Mudah raja disesatkan iblis, Sesiapa mengikut tarekat, Pasti terikat dengan sesat. Sesiapa mengikut Ijmak Ulama', Pasti tercampak dalam semak. Sesiapa mengikut Qias,

Nanti harta dan bini kena rampas.

Sesiapa mengikut ahli sunnah wal jamaah, Ia menjadi pendusta dan bidaah.

Sesiapa mengikut Imam Syafie, Pasti ia menganiaya diri.

Sesiapa mengikut Imam Hanafi, Pasti ia susah hati.

Sesiapa mengikut Imam Maliki, Jadilah ia seperti agama Yahudi.

(7)

PENYELEWENGAN AJARAN HJ. KHAHAR B. HJ. AI MAD JALAL v. Banyak lagi pernyataan yang disampaikan oleh kumpulan ajaran ini melalui risalah-risalah yang diedarkan yang nyata bercanggah dengan Islam sebenar.

KEGIATAN HAP ABDUL KHAHAR DAN PENGIKUT-PENGIKUT KANANNYA

Haji Abdul Khahar menjalankan kegiatan-kegiatan tertentu dalam menyebarkan ajarannya. Antara perkara yang telah dilakukan ialah seperti berikut:

Haji Abdul Khahar mengadakan pengajaran kepada pengikut-pengikutnya pada malam-malam tertentu di rumah kediamannya;

ii. Pada setiap hari Jumaat, pengikut ajaran ini berkumpul di rumah tersebut dan membincangkan hal ehwal al-Quran dan agama sebagai ganti Solat Jumaat;

iii. Haji Abdul Khahar mengeluarkan beberapa kenyataan dan pengakuan dalam bentuk penulisan dan disebarkan kepada orang ramai;

Haji Abdul Khahar dan pengikut-pengikut kanannya seperti Mazli bin Mansor dan Zainal Abidin bin Nordin didapati giat menyebarkan risalah-risalah kepada pembesar negara, pemimpin, menteri, ahli politik, jabatan kerajaan dan orang ramai. Antara tajuk-tajuknya ialah seperti berikut:

1. Pengertian Kitab al-Quran - tanpa tarikh;

2. Pemberitahuan Tentang Perintah dan Hukum-hukum Allah - bertarikh 1 Disember 1997;

3. Akal Fikiran dan Petunjuk Tuhan - tanpa tarikh;

4. Ibadah Puasa (mengandungi sub topik: Hikmah Puasa, Kaedah Berpuasa Fakta dan Contoh Berpuasa) - tanpa tarikh (sekitar 1998);

(8)

5. SiEtt-sifat Syaitan (mengandungi sub topik: Sifat-sifat dan Petrdirian Iblis, Fakta-fakta Orang-orang Yang Sesat dan Yang Beraar - tanpa tarikh;

6. Lar-angan Bagi Orang-orang Yang Mendirikan Solat (memgandungi sub topik: Cara-cara Menyembah dan Mentaati Allah - Sembahyang) - tanpa tarikh;

7. Pat ong-patongBerhala (mengandungi sub topik: Orang Muslim Yang Beragama Islam, Al-Quran Nur Hakim, Perlembagaan Un dang-Undang Islam dan Aturcara Perlaksanaannya, Iman dan Takwa (Pendakwaan) - tanpa tarikh;

8. Al-Quran, Manusia dan Rasul Tuhan (mengandungi sub topik: Per kara-perkara Keji dan Mungkar, Menyembah Tandingan, Berjudi dan Mengundi Nasib, Minum Kamar Memabukkan, Menyembah Berhala-Berhala) - tanpa tarikh;

9. Perselisihan Pendapat dan Fahaman Tentang Rasul - tanpa tarikh;

10. Peringatan Daripada Tuhan dan Berita Gembira - tanpa tarikh;

11. Keputusan dan Pembalasan Tuhan Kepada Manusia - tanpa tarikh;

12. Hari Dinampakkan Kesalahan-Kesalahan - tanpa tarikh; 13. Syaratsyarat Berbincang, alQuran Adalah Sebagai Hakim

-tanpa tarikh;

14. Kisah Nabi Adam dan Musuh-musuhnya (Titah Perintah Raja) mengandungi sub topik: Keadaan Kehidupan Rasul-Rasul Allah (Daulat : Ketulahan), Sunnah dan Kemurkaan Tuhan (Mencemar Duli) - tanpa tarikh;

15. Pernberitahuan Tentang Agama Allah dan Risalahnya - bertarikh 1 Disember 1997;

(9)

PENYELEWENGAN AJARAN HJ. KHAHAR B. HJ. AI MAD JALAL 16. Apakah Tujuan Ibadah Korban (mengandungi sub topik:

Maksud dan Tujuan Ujian Tuhan Kepada Manusia, Perhubungan Di Antara Sesama Orang Islam (Dasar-dasar Hukum Tuhan), Musuh-musuh Di Dalam Kehidupan Manusia, Syaitan Adalah Musuh Yang Nyata Bagi Manusia) - tanpa tarikh; 17. Apakah Dia Agama Islam dan Orang Muslim Itu? - tanpa tarikh; 18. Akidah Agama Tauhid (ISLAM) (mengandungi sub topik: Punca Kerosakan Akidah, Fakta Akidah Agama tauhid (Islam), Yang Merosakkan Akidah, Fakta Orang-orang Yang Telah Rosak Akidah, Akidah Yang Sebenar) - tanpa tarikh;

19. Tiada Yang Dapat Menyentuh al-Quran Itu Kecuali Orang-orang Yang Disucikan Tuhan - tanpa tarikh;

20. Pendusta Besar - tanpa tarikh;

21. Akta Tuduhan dan Jenayah Di Dalam Hukum Islam - tanpa tarikh;

22. Sunnah Nabi (mengandungi sub topik: Peradapan Terhadap Rasul Mengikut Perintah dan Hukum Tuhan) - tanpa tarikh; 23. Dasar-dasar dan Pendirian Seorang Pemimpin (mengandungi

sub topik: Perbuatan-perbuatan Seorang Pemimpin, Sifat-Sifat Seorang Pemimpin) - tanpa tarikh;

24. Penjelasan Mengenai Dasar-Dasar Hukum Islam -1 Julai 1997;

25. Perbezaan Kitab al-Quran Dengan Kitab-Kitab Hadis Adalah Antara Langit dan Bumi Jaraknya, Terpisah Ibarat Adam Jatuh Dari Langit Ke Bumi - 3 April 2000;

26. Kelemahan Sistem Demokrasi Yang Sedia Ada - 2 April 2000;

(10)

27. Sikap dan Perbuatan Manusia Terhadap Allah dan Rasulnya -5 April 2000;

28. Kejahilan Orang-orang Berbangsa Melayu - 5 April 2000; 29. Peringatan Tuhan dan Rasulnya Kepada Manusia - 5 April 2000; 30. Peringatan Daripada Allah dan Rasulnya - 5 April 2000; 31. Fahaman dan Adat Sena Kepakaran Bangsa Melayu - 5 April

2000;

32. Pengisytiharan Rasul Kepada Rakyat Malaysia - 9 Julai 2000; 33. Pengisytiharan Rasul Kepada Pihak Yang Menentang - 9 Julai

2000;

34. Ajaran Agama Sesat - tanpa tarikh;

35. Golongan Pelampau Dalam Agama - tanpa tarikh;

36. Tujuan Berugama (mengandungi sub topik: Berita Gembira dan Peringatan) - tanpa tarikh;

37. Kedudukan dan Maruah Bangsa Melayu Dewasa Ini (mengandungi sub topik: Kesopanan Orang-Orang Melayu Dengan Pemerintah atau Pemimpin)- 20 Februari 2001; 38. Agama Islam - tanpa tarikh;

39. Orang-orang Yang Beragama Islam - tanpa tarikh; 40. Berdakwah Mengikut Sunah Nabi - tanpa tarikh; 41. Sifat-sifat Yang Mulia - tanpa tarikh;

42. Selamatkanlah Din Kamu dan Ahli Keluargamu Daripada Azab Api Neraka - tanpa tarikh;

(11)

PENYELEWENGAN AJARAN HJ. KHAHAR B. HJ. AHMAD JALAL 43. Krisis Di Antara Agama Di Dunia - tanpa tarikh;

44. Jalan Ke Syurga - tanpa tarikh;

45. Pengakuan Diri Sebagai Salah Seorang Rasul Allah - tanpa tarikh;

46. Sifat-sifat Orang Yang Beriman - tanpa tarikh;

47. Pembaziran Di Dalam Urusan Hal Ehwal Agama Islam Di Malaysia Serta Kedudukan Mertabat Bahasa, Bangsa dan Negara ini - tanpa tarikh;

48. Peraturan Undang-Undang Dan Hukum-Hukum Serta Keputusan Tuhan - tanpa tarikh;

49. Pendusta Rasul Allah - tanpa tarikh;

50. Syurga Yang Penuh Nikmat (Berita Gembira) - tanpa tarikh; 51. Azab Api Neraka (Peringatan/Berita Sedih) - tanpa tarikh; 52. Misi Damai - tanpa tarikh;

53. Peradaban dan tata Tertib terhadap Rasul - tanpa tarikh; 54. Akta Rukun Negara Malaysia - 6 Ogos 2004;

55. Pemberitahu - 31 Ogos 2004;

56. Bagi Menyatakan Kebenarannya Islam Hadhari - 26 September 2004.

BEBERAPA INSIDEN BERKAITAN AJARAN HAJI ABDUL KHAH.AR

Menurut pihak JAIS, salah seorang pengikutnya didapati memijak al-Quran. Kes ini telah disiasat oleh Jabatan Agama Islam Selangor DAIS).

(12)

Apabila pihak JAIS meminta keterangan tentang perlakuannya itu, dia sekali lagi memijak al-Quran di hadapan pegawai penyiasat JAIS.

Keluarga pengikut terbabit didapati cuba menasihatinya supaya tidak terlibat dengan ajaran ini. Walau bagaimanapun nasihat tersebut tidak diterima, justeru pengikut berkenaan telah disisihkan oleh keluarganya.

FATWA

Jawatankuasa Perundangan Majlis Agama Islam Selangor pada 28 Mac 1991 telah memutuskan: "Hj. Khahar bin Haji Ahmad Jalal, No.

KP 3297747 yang beralamat di No. 44, Kg. Kemensah Hulu Kelang telah membawa ilmu salah kerana telah menyeleweng daripada akidah dan hukum syariat Islamiah yang sebenar dan telah membuat penghinaan kepada Ulama' yang muktabar."

Keputusan Fatwa tersebut telah diwartakan pada 29 Ogos 1991. Jawatankuasa Perundangan Majlis Agama Islam Selangor juga

bersetuju mengharamkan buku yang dikarang oleh Haji Abdul Khahar yang bertajuk "AL-FURQAAN PEMBEDA" daripada dicetak, diedar, dijual, dibaca, disimpan dan digunakan oleh orang ramai.

TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH PIHAK BERKUASA

Jabatan Agama Islam Selangor (DAIS) telah mengadakan muzakarah dengan Haji Abdul Khahar dan beberapa orang pengikutnya beberapa kali dalam tahun 1990, termasuk secara formal sebanyak 2 kali yang dipengerusikan oleh S.S. Mufti Negeri. Haji Abdul Khahar didapati masih berpegang dengan fahamannya.

JAIS telah mengadakan Majlis Penjelasan Akidah kepada pengikut-pengikut ajaran ini pada 24 Februari 1998. Program ini adalah kerjasama antara JAIS, JAKIM dan beberapa orang tempatan.

Satu perjumpaan antara Bahagian Penyelidikan JAKIM dengan Haji Abdul Khahar dan pengikutnya diadakan pada 15 Mac 1998 di rumah Haji Abdul Khahar di Kg. Kemensah, Ulu Kelang.

Pada 8 April 1991, Haji Abdul Khahar bersama 6 orang pengikutnya telah didakwa di bawah Seksyen 150 Undang-undang

(13)

PENYELEWENGAN AJARAN HJ. KHAHAR B. HJ. AI MAD JALAL Pentadbiran Agama Islam Selangor kerana tidak bersolat Jumaat dan dikenakan denda RM300.00 atau 2 bulan penjara.

Menurut pihak JAIS, dalam tahun 2002 JAIS sekali lagi cuba mengambil tindakan ke atas Haji Abdul Khahar atas kesalahan tidak sembahyang Jumaat. Walau bagaimanapun atas sebab-sebab teknikal, kes ini tidak diteruskan.

TINDAKAN TERBARU

JAIS telah membuat tangkapan ke atas Haji Khahar Ahmad pada 23 Jun 2005 kerana Haji Khahar telah mendakwa menjadi rasul. Kesalahan ini didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di bawah Seksyen 8 (Dakwaan palsu) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995. Pertuduhan pertama dibaca di Mahkamah Syariah Gombak, Selangor pada 23 Jun 2005 dan proses perbicaraan selanjutnya dipindah ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

KESIMPULAN

Ajaran Haji Abdul Khahar merupakan salah satu ajaran sesat tegar yang terns berusaha menyebarkan pengaruhnya walaupun usaha-usaha mengembalikan mereka yang terlibat ke jalan yang benar telah dilakukan. Kumpulan ini juga didapati masih berpegang kepada fahaman mereka walaupun pelbagai tindakan seperti pewartaan fatwa dan tindakan undang-undang di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri telah dilakukan.

(14)

Referensi

Dokumen terkait

XII (PERSERO) Kebun Wonosari yang telah memberikan kesempatan kepada penulis, untuk melaksanakan praktek kerja industri pengolahan pangan di PT Perkebunan Nusantara

Menurut pernyataan The Chief of Internal Auditors (2005:28) tujuan audit internal adalah untuk menyediakan suatu pedoman bagi organisasi yang dapat membantu manajemen

Penggunaan metode DMAIC untuk menganalisis kualitas akan dapat mengetahui pokok karakteristik kualitas apa saja yang diinginkan oleh pelanggan yang selanjutnya akan

dan n %u %u&u &u. ;ntu& itu< &ami menghara,&an &e&urangan dan masih !auh dari &esem,urnaan.. #alah satu su% sistem &esehatan nasional

Untuk operasi perkalian dan pembagian dua atau lebih akan mempunyai hasil dengan jumlah angka penting sesuai dengan jumlah angka penting terkecil dari angka-angka yang

Alternatif bekisting terbaik untuk gedung low rise building (gedung Sekolah Anak Panah) apabila bobot biaya lebih besar atau sama besar dari bobot waktu adalah bekisting semi

Tegasnya, Syaykh Abd Aziz bin Abd Salam telah memberi suatu sumbangan yang besar terhadap metodologi pentafsiran kepada pengajian tafsir di Malaysia.. Sumbangan

Format ilustrasi ini adalah Mp4 dengan resolusi 1920x1080px yang dapat di akses pada laptop maupun handphone, dengan durasi kurang lebih lima menit yang terdiri dari