• Tidak ada hasil yang ditemukan

1. Lampu Hijau. Usah merahkan Lampu hatimu Tatkala ada yang menggigit cemuh Sebarkan bintang bintang ilmuan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "1. Lampu Hijau. Usah merahkan Lampu hatimu Tatkala ada yang menggigit cemuh Sebarkan bintang bintang ilmuan"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

1. Lampu Hijau

Andai menongkah arus pelangi ini Lampu hijaukan hatimu

Meneroka warna ilmu

Menyusur onak profesionlisme Demi membina generasi baharu Melengkapkan diri usah jemu Agar rembulan insan bergemerlapan

Andai telah hijau hatimu Bertanyalah usah malu Agar tidak sesat haluannya Jalannya tidak buntu Biar asli biar jitu

Berwibawa mudah diterima Bagai adat padi

Makin berisi makin tunduk ke bumi Tapi bererti

Usah kuningkan Lampu hatimu Dek keraguan bertalu palu Tiada kejayaan seorang muridmu Tanpa usaha doa cahaya tuntunanmu Justeru

Binalah empayarmu seikhlas mahu Selagi menyala membara lampumu

Usah merahkan Lampu hatimu Tatkala ada yang menggigit cemuh Sebarkan bintang bintang ilmuan

(2)

Selari hasrat falsasfah pendidikan Yang mampu mereka cipta

Demi keutuhan negara tercinta

Lampu hatimu hijaukan Untuk generasi masa hadapan Tanamkan suluhan ilmu kecintaan Agar terkota madah

Berguru demi ilmu Bina generasi baharu

Hati ini selamanya Telah kulampukan hijau Hingga ke akhir hayatku Kerana Dia

Kerana bangsa dan agama Kerana negara memerlukan kita Kerana di sana

(3)

2. Boyot

Tiap detik degupan jantung Adalah rona-rona riak wajah

Cerminan darah sebuah kegemuruhan Akankah roh di tiup pada jasad

Dalam menggalas beban di bahu Masih cekal mencanai karenah Kecerewetan along

Aksi kerentanan angah Sekeping hati kian tabah

Memboyot saksi kasihmu Melunaskan janji seorang insan Tak pernah berkeluh kesah Melayan menanti kehadirannya

Bonda,

Ribuan pedihmu kausimpan Kisah lelah kaupendam Jerit perih kauhadam

Bagai berat mata memandang Berat lagi bahu memikul

Dalam usapan dan drama titisan airmata

Tatkala suaramu kedengaran Meski sarat mengandung Segalanya kauterjang Terima kasih bonda

(4)

3. Angin Malam

Senja menitis berlalu pergi Balik awan dicengkam kesepian Mega berlabuh bersembunyi Malam nenyusup

Ke dalam hati

Angin malam berlayar Menerpa cerita silam

Menusuk jiwa terungkai rahsia Sang unggas berdendang duka Angkara manusia lupa alpa

Malam makin larut Gelap kelam likat

Sedang bayu berbisik bungkam Masihkah ada setitik penyesalan Agar diri terlepas hukuman

(5)

Angin malam berhembus bisa Menghirup kisah luka

Duka sendu

Moga ada jalan pengakhiran Antara sinar dan kelam.

(6)

4. Apa Lagi Yang Kita Cari

Saat nada bergetaran Jeritan kasih menyatu insan Kita bertemu dengan alam Sarat dengan muatan Irama merdu dan songsang Irama kasih dan tergoncang Kita memilihnya

Bangga melalui arus kedewasaan Jalan berliku merintangi ketenangan Kekadang terjatuh di gaung kesakitan Kekadang kita rangkul kebahagiaan Ribut taufan silih berganti bermusim Kita rasakan nikmat pemberian Tuhan

Kehilangan menjadi peneman Bonda melawan kesakitan kini diam Anak bersendirian menongkah lautan Tanpanya mengalirkan kasih sayang

(7)

Bonda terima kasih melahirkan Kelembutan bonda darah kekuatan Hanya tinggal kenangan

Ayahanda gagah membina empayarnya Butir keringat berharga

Berjatuhan terhenti sudah Raut wajah membisu Senyap seribu bahasa

Ayah,

Rindu sering menerpa Meski kasih terlerai sudah Dalam sujud Kukuduskan doa Saat begini mengimpikan di sisi Terima kasih duhai insani Lindungan Illahi

Apa lagi yang kita cari Semua akan ke sana nanti.

(8)

5. Bagaikan Si Kunang-kunang

Pernah dulu,

Gelak tawamu menghiasi laman jiwa Saat itu Terukir wajah ceria

Dengan tekad ingin berjaya Kaukudoakan

Untuk menggenggam piala cita

Tanpa ragu menyusun senjata Yakin usaha berbalas bahagia Engkau semangat menghadapinya Ingin melihat kauterus tertawa

Bulan beredar melangkah

Bebintang di sampingnya bersinar indah Meski gerimis panas menyimbah

Namun karang di lautan Teguh tiada leburnya

(9)

Bagai si kunang-kunang keriangan Terbang mengibar sayap

Tersenyum melewati alam Walau jauh

(10)

6. Bahagia Seperti Kita

Ditanah ini, kita tersenyum bergembira Ditanah ini, kita bersenda bersuka ria Di sana mereka berduka melara Dihimpit derita sengsara

Di sini kita di sisi ibu bapa tercinta

Di sini kita menyemai rasa kasih sayang selamanya Di sana mereka terluka menanggung bencana Tersiksa direnggut kematian dan ketakutan

Air mata gaza rancak berjatuhan Dibinasa angkara kekejaman manusia Manusia yang zalim merobek kejiwaan Air mata Gaza menyimpan impian Bertahun berguguran hingga kekeringan

Impikan kebahagiaan bertaut harapan entah berakhirnya Namun masih tabah menghadapi ujian Daripada-Nya...

(11)

Marilah kita marilah berdoa Kepada Yang Maha Segala

Hentikan penindasan hentikan pendarahan Hentikan kedukaan hentikan kematian hentikan Air mata Gaza

(12)

7. Kanvas Harapan Aku bekas kanvas harapan

Tempatmu melukis keriangan Dengan pensil warna indahmu Hingga melenyapkan seribu duka Yang membebat pekat

Hilang.

kala itu

kaumengukir tawa riang bersama temanmu mencipta memori

namun berlalu bak pelangi hadir selepas hujan

muncul seketika lenyap begitu saja tanpa jejak

yang tak mungkin singgah lagi di daerah senda tawamu

kerana warna pensil itu berubah pudar tapi berseri di hati melekat.

(13)

warna pensil itu

masih tersimpan kemas erat di ruang hati yang paling dalam

terima kasih kerana pernah singgah di kanvas harapa using ini.

(14)

8. Dentingan

Benarkah

Tika silam mengetuk minda Bergetar ion rindu dalam kalbu.

Benarkah

Tatkala bumi menangis Titisannya menerbangkan Ke daerah illusi

Masih benarkah Hirup udara pantai Bisa menenangkan jiwa

Andai

Silam menerpa Rindu berbicara Genggamlah

Pasti wujud talian kasih Bertunjang kejujuran

(15)

Andai

Alam berbisik

Tangisan hujan merintih sayu Berbicara tentang siang dan malam Sekalian dan isi alam

Mencoretkan kenangan Kemas ikat simpul rapikan Pasti terserlah kemanisan Kebenaran

Bersihnya kemanusiaan

Memang realitinya

Bersimpuh di bawah pohon kerinduan Menyaksikan gigi-gigi lautan

Anak-anak pantai berkejaran Riang tertawa kegembiraan Putih suci kedamaian Khabarkanlah

Pada cucu cicit Adam

Tentang jalinan kasih sayang Tentang indahnya sebuah kejujuran

(16)

Bukan muka syiling berdenting-denting Hadapan berdenting

Belakang berdenting Bangun berdenting Jatuh terdenting-denting Ting ting ting

Usahlah hadir muka syiling Kerana kita hidup

Bukan menjadi bak muka syiling Berdenting-denting

Ting ting ting muka syiling.

(17)

9. kelahiran cinta

Berlalu mentari menganyam musim Berpaut di dahan kemerdekaan

Dalam tak sedar melangkah di tasik kegembiraan Kita dibuai alunan kemenangan

Hingga lupa lubuk pemikiran dijajah kebaratan

Angin keasyikkan terus berlagu Remaja kita disiat siat kecurangan Curang pada yang Satu

Miskin pada rantai kemuliaan

Tali silaturrahim dicengkam penghinaan Sering bertelagah sesama insan

Entah bila berakhir kemasaman sebuah persaudaraan

Di sini lahirnya sebuah cinta

Dek lenyapnya kolam kasih kemesraan Ingin daku menyemai bayu syurga Di daerah ini yang penuh kemurungan “Daku bukanlah seorang perwira…. Gagah menghunus senjata….

(18)

Namun rela berjuang dengan cara sendiri Demi cinta suci….”

Kembalikan talian kasih yang telah lama terjalin Kembalikan mustika rindu yang pernah kita lagukan Kembalikan tautan kemesraan yang telah dilonggarkan Kembalikan hamparan kemenangan yang kita genggam Kerana kemerdekaan ini terus menerus berterusan Kerana kemerdekaan ini tak bisa lenyap ditelan zaman

Kerana kemerdekaan ini anugerah dari Allah Yang Maha Penyayang Kerana kemerdekaan ini tetaplah merdeka, merdeka merdeka selamanya…

(19)

10. Dialah

Dialah seorang ibu

Hatinya secekal akar mencengkam bumi

Melayani karenah insani membentuk pengharapan Tak pernah digelut putus asa

Tak pernah dirantai kecewa

Dialah seorang guru

Nalurinya tulus sesuci air mawar mewangi Membimbing anak bangsa

Tak pernah leka tak pernah alpa

Dialah seorang pemimpin Jiwanya seteguh karang dilautan Menggapai visi impiannya murni Menggenggam bara hingga debunya Tak pernah mengalah

Apatah lagi beralah

(20)

Terkadang tercabar terkadang terasa

Namun masih berdiri hebat melawan taufan Takkan rebah walau gelombang menerpa

Kini,

Apa lagi yang tinggal

Sepotong nama terpahat abadi di memori Indah perkasa menghiasi persada pendidikan Ibu, guru, pemimpin dan insan

Kaugalas sepenuh hati Luka terluka duka ceria

Duka menghampiri tersungkur dihina terhina Permainan hidupmu kautempuh jua

Terima kasih Guru, Ibu, Pemimpin dan Insan Dialah…..

(21)

11. Generasi Tenat

Tika berjalan di muka bumi ini ngin bertiup membawa perkhabaran

Tentang generasiku yang hidupnya tenat dan kelam Generasiku kini dalam ketenatan

Menggalas amanah tidak lagi mampu memikulnya Hanyut dengan khayalan najis dadah

Kononnya membahagiakannya

Sedang dia lupa racun kesengsaraan menusuk jantungnya Hanya menunggu masa

Wahai ibu,

Kasihmu perlu agar anak-anakmu tidak leka Peluklah sentiasa

Meski jarak usia meningkat dewasa Keprihatinanmu memanjangkan usianya Hidupnya akan bahagia

Tanpa najis dadah

(22)

Usah biarkan anakmu melepak meraja

Kenalilah insan yang sentiasa didampinginya Meski jiran sebelah menyebelah

Kerana kasihmu itu akan membina dunianya Yang lebih maju dan bergemerlapan

Tanpa menyentuh dan hadirnya najis dadah.

Untuk generasiku yang belum tenat Bingkaslah dari keasyikkanmu Hati-hati siapa di sebelahmu Bergurulah pada ilmu yang benar Agar kelak hidupmu bersinar

Bak pelangi sedap mata memandang

Sandarkan resahmu di bahu yang Maha Mendengar Pasti kaubertemu kejayaan.

(23)

12. Masih Teratas

Dari lorong kelam hati Yang merintih

Usah cintamu pergi Tinggalkan aku sendiri Meniti hari

Cukuplah jiwa merana Menongkah arus derita

Meninggalkan kasih di lembah duka

Kini inginku kembali Mengutip cinta yang suci Setelah lama terbiar sepi

Bagaikan pelangi mengindahkan wajah bumi Tidak seperti sebelum ini.

Andai khilafku menggunung ke angkasa Rela kusujud maaf dipinta

(24)

Dan Kau masih teratas yang bertakhta Sesungguhnya cintamu kekal suci dan abadi

(25)

13. Tajuk: Hujung Nyawa

Kesedihanmu itu pernah kurasakan Sakitnya diterjah diusik ujian Pada Allah tempat taruh harapan Usah seperti yang dibayangkan....

Manusia memang banyak keinginan Merancang mengatur bercabang tujuan Takkan indah walau sesen

Tanpa insan yang amat disayang...

Oh Tuhan Yang Maha Kuasa Dengarkanlah rintihan jiwa Masih ingin bersama mereka Hingga hujung nyawa

Allahuakbar!

Pedih jika kehilangan Subhanallah!

(26)

Alhamdulillah!

Setiap nikmat yang diberikan Astagfirullahhulaaziim! Tegur jika daku kealpaan....

(27)

14. Tajuk: Aidi

Dalam sendu terpaksa kumerelakan Sebutir mutiara yang ditinggalkan Telah digilap bergemerlapan Membawa seribu kebahagiaan

Dialah mentari dialah ketenangan Mengisi tiap detik kekosongan Ditatang dengan kesabaran Dibelai penuh kasih sayang

Setelah hujan hadirnya pelangi

Namun sebaliknya kesedihan menanti Bagai petir merobek sanubari

Kau pergi ke sangkar tak kembali

Andai ini takdir Illahi Angkara manusia tiada hati Kuredai

(28)

Hanya Tuhan Yang Esa Maha Mengerti Perjalanan hidup ini

Syurga menanti Untukmu Aidi..

(29)

15. Seputih Salji

Indah irama rentak kehidupan Segalanya aku lepaskan

Untukku lenyapkan duri kekesalan Yang lama bersarang di sanubari Tak mungkin berpaling lagi

Acap kali restu dipinta

Dihamparan kasih-Nya Yang Esa Namun kesal dek kekalutan fikiran Rapuh jiwa menyobek iman

Bergunakah air mata yang berderaian

Dia Yang Maha Mengerti

Sedang diri hina teraba-raba mencari Selalu hanyut di muara kealpaan Resah aib menyelinap ke batin

Lantaran rebah kendatipun dipertahankan Hitam kelamkah cahaya nirmala

Rentetan sebuah perjalanan insan Tidak sunyi dari gelombang dugaan Hati ini yang mahu seputih salji Dapatkah mengubah tingkah diri

Atau tersisih dari sinar kekudusan Illahi

Mencuba dan menyelongkar gali Aku gapai pasti

Referensi

Dokumen terkait

[r]

Dengan ini kami beritahukan bahwa perusahaan Saudara telah lulus Evaluasi Administrasi, Teknik, Harga dan Kualifikasi untuk paket pekerjaan tersebut di atas.. Sebagai

PPK : Bagian Umum Sekretariat Daerah Kabupaten Mandailing Natal Nama Paket : Asuransi Kesehatan Kepala Daerah. Sumber Dana :

dapat dilakukan scr spontan yg hanya menimbulkan turbelensi sosial , perubahan dinamik untuk menjdi suatu yg baru menuju suatu keadaan lebih baik - - penegakan

Pelbagai bahan dalam bahasa Arab, Guru, Rakan, Penutur, Kamus, Buku rujukan, ICT Buku catatan, Rujukan, Aktiviti bahasa Mengajuk Berinteraksi Mencatat Menggulangi

Berdasarkan hasil penelitian diperoleh bahwa konsentrasi timbal tertinggi terdapat pada sedimen di wilayah mangrove dengan nilai 24,21 mg/kg, sedangkan untuk hasil

Berdasarkan hasil dari penelitian ini yakni mengimplementasikan Metode Gabungan Metode Multi-Factors High Order Fuzzy Time Series dengan Fuzzy C-Means untuk Peramalan

Jadi Planetarium merupakan gedung pertunjukan dengan bagian atap berbentuk kubah setengah lingkaran yang tidak dapat dibuka dan kubah tersebut berfungsi sebagai