• Tidak ada hasil yang ditemukan

Panduan Pelajar yang Kurang Bernasib Baik dalam Mengharungi Universiti

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Panduan Pelajar yang Kurang Bernasib Baik dalam Mengharungi Universiti"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

CONNEXION

Panduan Pelajar yang Kurang Bernasib Baik dalam Mengharungi Universiti

Okt 2021 | Pelepasan Digital | Terdapat Dalam Semua Bahasa Utama Malaysia

(2)

HALANGAN DALAM MEMBINA RANGKAIAN

Amalina Zaki

2

KETIDAKSAMAAN DALAM PELUANG DAN

PENDIDIKAN

Lee Kah Kei

3

PERMULAAN DARI SATU LANGKAH KEBELAKANG

Jofintha Joseph

5

KEHIDUPAN DALAM KEMISKINAN BANDAR

Amalina Zaki

7

ISI KANDUNGAN

INTEGRASI SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR

BERBILANG KAUM

Lee Kah Kei

8

Diterjemahkan oleh Sara Sofea dan Claire Richard

(3)

HALANGAN

DALAM MEMBINA RANGKAIAN

Seterusnya, pelajar generasi pertama boleh mengalami kekurangan keupayaan budaya kritikal yang diperlukan untuk menavigasi kurikulum

"tersembunyi". Menurut Universiti Vanderbilt, ini kerana mereka kurang mendapat sokongan keluarga ketika percubaan untuk memahami bagaimana melintasi pelbagai prosedur, istilah dan jangkaan yang timbul dalam perjalanan seorang dewasa muda yang akan memasuki dunia pekerjaan. Mirip dengan kejutan budaya dalam perjalanan ke negara baru, para pelajar ini mungkin merasa tidak senang tanpa sokongan yang sewajarnya untuk memasuki universiti dan ‘budaya’ kerja.

Adalah penting bagi pelajar universiti dan profesional muda untuk mempunyai modal sosial yang mencukupi. OECD mendefinisikan modal sosial sebagai "jaringan bersama dengan norma, nilai dan pemahaman yang memudahkan kerjasama dalam atau antara kumpulan". Tinjauan kerajaan UK mendapati bahawa lebih banyak orang mendapat pekerjaan melalui kenalan peribadi daripada melalui iklan awam. Pelajar berpendapatan rendah mengalami jurang modal sosial, yang mempengaruhi prospek mereka dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Pada asasnya, dianggarkan bahawa 50% pekerjaan akan dilakukan melalui hubungan peribadi.

Untuk memberi sokongan yang lebih baik kepada pelajar dengan latar belakang yang kurang bernasib baik, universiti dan pihak berkepentingan kerajaan harus meneroka kaedah berikut. Pertama, mereka harus mengurangkan halangan yang dihadapi dengan meneroka cara baru untuk pelajar berinteraksi dengan cara yang tidak ortodoks.

Contohnya, dengan mendorong pelajar generasi pertama untuk menyertai kelab sukan dan pertubuhan yang mempunyai hubungan alumni yang berpengaruh. Seterusnya, pelajar seharusnya dapat meminjam atau menyewa pakaian profesional dari universiti mereka untuk acara rangkaian dan menghadiri temu ramah. Terakhir, universiti harus menubuhkan dan mengekalkan masyarakat seperti

‘The 97% Club’, yang dapat bertindak sebagai platform bagi pelajar untuk membina hubungan dengan alumni yang memahami perjalanan yang dihadapi pelajar generasi pertama.

Antara salah satu manfaat menghadiri universiti adalah peluang untuk mengembangkan rangkaian peribadi antara rakan sebaya dan para profesional.

Bagi pelajar yang membesar di dalam kawasan yang sama seumur hidup mereka, inilah peluang untuk melangkaui lingkaran sosial dan berjumpa dengan orang lain yang berasal dari tempat lain dan juga latar belakang berlainan. Namun demikian, ada segelintir yang kurang lengkap dalam membina rangkaian profesional masing-masing. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan beberapa halangan yang jelas dalam pembinaan rangkaian di mana pelajar dari latar belakang yang kurang bernasib baik berkemungkinan akan hadapi.

Halangan pertama adalah kekurangan bahan rujukan.

Ada segelintir pelajar, terutamanya yang berasal dari latar belakang yang lebih kaya, telahpun ‘membina rangkaian’ seumur hidup mereka. Hal ini sedemikian kerana mereka mempunyai ibubapa yang berpelajaran tinggi dan dapat memberikan anak anak mereka aset sosial tambahan, yang merupakan rangkaian sosial profesional mereka sendiri yang tidak seimbang.Melalui ini, mereka dapat bertemu mentor utama dan senior di awal kehidupan dan menjalin hubungan peribadi dengan mereka.

Berbanding dengan rakan sebaya mereka yang lebih kaya, orang muda berpendapatan rendah melaporkan mereka hanya mempunyai beberapa mentor tidak formal di luar keluarga dan kawasan kejiranan mereka. Bagi pelajar universiti generasi pertama, mereka sering membina rangkaian profesional mereka dari awal.

AMALINA ZAKI

(4)

KETIDAKSAMAAN DALAM PELUANG DAN PENDIDIKAN

Data dari Kementerian Pendidikan menunjukkan bahawa pada tahun 2015 sahaja, kawasan luar bandar mempunyai sebanyak 7.5% kanak-kanak yang tidak mendaftar atau berhenti sekolah rendah berbanding 5.4% di kawasan bandar. Di samping itu, kebanyakan kanak-kanak di luar bandar yang bersekolah mendapat pendidikan yang tidak mencukupi kerana kualiti persekolahan yang buruk - guru yang kurang berkemampuan, bilik darjah yang sesak, kemudahan yang lemah dan kekurangan alat pengajaran asas seperti buku teks, papan hitam, pen dan kertas. Faktor-faktor ini menyumbang kepada kemasukan pelajar dari luar bandar dalam pendidikan tinggi yang rendah dan menyebabkan kitaran yang keji ini berlaku.

Sharvin, ahli pasukan MY Scholarslab, sebuah inisiatif yang dipimpin oleh belia yang mendedahkan pelajar sekolah menengah terutamanya dari luar bandar mengenai peluang biasiswa, dan Kai Ling, seorang gadis asal Sarawak yang memiliki ijazah undang-undang dari Universiti Malaya, telah berkongsi dengan kami mengenai cerita tersendiri mereka mengenai akses ke pendidikan tinggi, pemikiran dan pengalaman mengenai ketidaksamaan pendidikan, dan dorongan kepada pelajar yang mempunyai masalah dengan akses ke pendidikan tinggi.

Apakah cabarah atau halangan yang anda hadapi untuk mendapat akses ke pendidikan tinggi?

Kai Ling:Terdapat tempat terhad di pusat pengajian tinggi yang terkenal di kampung halaman saya. Hanya mereka yang bekerja keras dapat memasuki universiti. Saya bernasib baik kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. Walau bagaimanapun, kos sara hidup di kawasan Lembah Klang melebihi kemampuan saya. Saya terpaksa berusaha untuk membuat persembahan untuk mendapatkan biasiswa untuk meneruskan kehidupan di universiti.

Bagaimanakah anda mengatasi cabaran tersebut?

Kai Ling: Saya belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat kecemerlangan dari segi akademik dan secara aktif mengambil bahagian dalam aktiviti ekstrakurikular untuk menjadikan diri saya seorang yang serba boleh. Setiap kali saya mempunyai masa terluang atau semasa cuti sekolah, saya bekerja sebagai pekerja sambilan untuk mendapatkan wang saku dan menyimpannya bagi perbelanjaan saya semasa saya berada di universiti.

Bak kata pepatah, "tidak ada kompromi terhadap pendidikan!", mereka percaya pada kekuatan pendidikan untuk mengangkat keluarga dari kemiskinan. Ini tidak selalu berlaku. Peluang yang tidak sama di antara negeri-negeri di Malaysia menyebabkan kebanyakan mereka yang hidup dalam kemiskinan yang melampau mengalami kekurangan dalam mendapat pendidikan asas, dan pandemik Covid-19 telah memperbesar masalah ini. Veveonah Mosibin, seorang gadis yang berasal dari Sabah terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan sambungan internet yang kuat untuk mengambil peperiksaannya akibat penutupan institut pelajaran semasa wabak Covid-19, telah menunjukkan ketaksamaan peluang pendidikan antara negeri di negara kita.

LEE KAH KEI

(5)

Bolehkah anda memberitahu kami apa yang memotivasi anda untuk menyertai MY Scholarslab?

Apakah pengalaman / pemerhatian peribadi anda mengenai ketidaksamaan pendidikan di Malaysia?

Sharvin: Saya menyertai MY Scholarslab secara kebetulan, pengarah program MY Scholarslab mendekati saya ketika mereka telah memutuskan untuk mengembangkan pasukan setelah kejayaan acara pertama, dan saya mempunyai perspektif ketidaksamaan pendidikan di Malaysia yang berbeza melalui pengalaman saya di MY Scholarslab. Saya melihat beberapa pelajar terutamanya dari kawasan luar bandar seperti Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak, yang berumur 18 tahun tetapi tidak tahu bagaimana membina resume, cara memohon biasiswa dan cara berkomunikasi dengan yang lain.

Adakah ketidaksamaan geografi yang menyebabkan halangan maklumat mempengaruhi aksesibiliti pendidikan tinggi di Malaysia?

Sharvin: Ya, saya tinggal di Bintulu, Sarawak, saya tahu betapa sukarnya untuk saya menjangkau ke sebahagian Sabah dan Sarawak. Sebagai contoh, kami menyedari sukar untuk membiarkan orang yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak unutk mendapat vaksin semasa program vaksinasi nasional.

Dan Scholarslab menghadapi masalah yang sama juga. Kami mendapati bahawa kami sukar untuk mendekati pelajar di luar bandar. Saya secara peribadi menghantar e-mel ke sekolah-sekolah ini untuk meminta pelajar mereka bergabung dengan kami dan mujurlah kami menerima beberapa balasan.

Nasihat apa yang ingin anda berikan kepada pelajar yang masih berjuang dengan akses dan kejayaan dalam pendidikan tinggi?

Kai Ling: Berani dan gigih dalam mengejar impian anda. Untuk mendapat tempat di universiti adalah seperti perang yang berlarutan dan kesabaran adalah kunci dalam pertempuran ini. Anda mungkin menghadapi banyak cabaran yang tidak dijangka sepanjang perjalanan, tetapi teruslah maju dan yakin bahawa akhirnya anda akan berjaya. Tidak lupa juga untuk meminta pertolongan dan nasihat bila diperlukan.

Sharvin: Belajar bersungguh-sungguh. Itu batu loncatan anda untuk mengakses peluang. Kemudian, rebut setiap peluang. Sekiranya anda mempunyai tawaran biasiswa, lamar saja, walaupun anda tidak memenuhi syarat. Seperti kata pepatah yang terkenal, "Tak kenal maka tak cinta" Dan, bersikap realistik dan praktikal. Jangan mengikut orang lain secara membuta tuli. Pilih kursus yang akan memberi anda peluang kerjaya yang lebih baik.

(6)

PERMULAAN DARI SATU LANGKAH KEBELAKANG

Tahniah, anda berjaya menjejak kaki ke universiti! Sekarang, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada pekan kecil anda, dan memulakan perjalanan yang baru, tanpa bebelan orang lain. Akhirnya, anda mempunyai kebebasan tanpa had kepada pelbagai acara sosial, sebuah tempat tinggal yang sunyi untuk anda belajar dan juga mempunyai kuasa terhadap jadual harian anda.

Begitu lama sudah anda ingin bebas daripada ibubapa, daripda tanggungjawab anda terhadap nenek dan atuk yang tua, adik-adik, atau dari penderaan mental dan fizikal yang berterusan di rumah. Apa lagi? Dalam artikel ini, kami akan berkongsi apa anda harus menjangka daripada menjadi seorang pelajar universiti yang berasal dari latar belakang yang kurang bernasib baik. Sebelum itu, mari kita mengopek apakah sebenarnya definisi ‘kurang bernasib baik’.

Pertama sekali, seorang pelajar yang berasal dari latar belakang kurang bernasib baik, tidak seharusnya merasakan bahawa latar belakang tersebut membawa perasaan yang negatif.

Mempunyai latar belakang yang kurang bernasib baik hanya bermakna bahawa terdapat keadaan latar belakang tertentu yang mungkin akan menghalang kualiti pengalaman universiti dan selebihnya. Keadaan seperti itu mungkin disebabkan kerana anda berasal dari golongan berpendapatan rendah, mempunyai kecacatan yang nyata mahupun tersembunyi, hubungan keluarga yang tidak kondusif atau tidak berfungsi, tergolong dalam golongan yang ditindas atau mempunyai halangan geografi yang ketara.

Terdapat beberapa perkara yang kebanyakan kaunselor akademik, mentor, hari terbuka atau sesi orientasi tidak dapat berkongsi kerana berasakan bahawa perkara sebegitu terlalu ‘sensitif’.

Antara salah satu perkara yang ketara adalah keperluan untuk berdikari. Terdapat segelintir yang telah lama menunggu saat ini, dan ada yang masih berasa takut untuk berjauhan daripada sistem sokongan mereka tersendiri. Sekumpulan pelajar mungkin telah lama berdikari tetapi hanya di menara gading bahawa mereka benar-benar berasa perasaan berdikari tersebut. Sebenarnya, di sekolah menengah, anda hanya meluangkan setengah hari, lima hari seminggu bersama rakan-rakan sekolah, anda tidak dapat memerhati kehidupan seharian mereka sehinggalah anda menjejak kaki dalam alam universiti.

Apabila pihak atasan universiti membenarkan para pelajar pulang ke kampus, barulah anda sedar bahawa pada hujung minggu, ahli keluarga rakan sebilik anda datang melawat dengan membawa masakan dari rumah untuk rakan sebilik anda, manakala anda akan mencuba untuk menyeimbangi kehidupan seharian anda.

JOFINTHA JOSEPH

(7)

Anda akan memerhati ibubapa rakan sebaya menawarkan mereka latihan dalam industri kerana mereka mempunyai ahli keluarga yang terdiri oleh jurutera, ahli perniagaan atau pembangun perisian.

Anda akan mempunyai pinjaman yang akan memastikan kelangsungan asas di universiti, tetapi ia memerlukan simpanan yang mencukupi untuk memastikan penyertaan yang holistik dalam acara sosial, ko-kurikular mahupun profesional.

Antara salah satu kekurangan yang seringkali dialami oleh orang ramai, merupakan satu yang tidak dikenali orang ramai. Terdapat satu titik tekanan yang dialami oleh kebanyakan pelajar dalam budaya Malaysia, tanpa mengira bangsa atau kedudukan ekonomi.

Amalan keibubapaan dalam budaya Asia Tenggara mempunyai rekod dalam menyebabkan tahap keresahan yang tinggi antara belia pada hari ini.

“Keresahan yang saya alami membolehkan saya mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Pada masa yang sama, saya seringkali merasa bahawa diri saya tidak mencukupi dan tidak bermotivasi untuk melakukan sebarang kerja. Terperangkap keseorangan di rumah [semasa pandemik] bersama ahli keluarga yang hanya mementingkan pencapaian dan tidak mempedulikan kesejahteraan saya telah membawa kepada ‘burn-out’ dan beberapa serangan panik. Saya berasa seperti diri saya susah difahami kerana saya tidak menunjukkan apa-apa petanda fizikal bahawa saya dalam kesusahan dan juga kekurangan sistem sokongan fizikal yang sihat. (Pelajar Tahun Akhir Psikologi, Selangor)

Menjejak kaki ke menara

gading merupakan

permulaan baru bagi ramai.

Berjauhan daripada keluarga yang bising dan sukar dikawal, dapat memberikan faedah dengan memberi keyakinan kepada diri sendiri bahawa semua orang berada dalam persekitaran yang baru dan inilah fasa hidup yang seterusnya.

Tidak boleh ditekankan lagi bahawa kehidupan zaman universiti akan membawa kepada banyak peluang untuk anda menetapkan masa depan anda. Mempunyai kekurangan tidak bermakna masa depan anda tidak secantik orang lain, tetapi ia merupakan halangan yang dijangkakan dan semestinya terdapat mereka yang akan membantu anda meredah halangan tersebut.

Universiti adalah sebuah cabaran yang indah, dan padang permainan mungkin tidak sama untuk semua tetapi itu hanya menjaminkan kehidupan sosial yang berwarna-warni untuk anda dan rakan-rakan.

Tahniah diucapkan sekali lagi dan semoga maju jaya!

(8)

KEHIDUPAN DALAM KEMISKINAN BANDAR

AMALINA ZAKI

(9)

L E E K A H K E I

Sistem pendidikan dianggap sebagai salah satu alat penting dalam mempromosikan integrasi etnik. Namun, sistem pendidikan kebangsaan semasa memisahkan masyarakat mengikut kaum masing-masing dan oleh itu, kebanyakan pelajar berbangsa Melayu di SMK, pelajar Cina di SJKC dan pelajar India di SJKT.

Sejarah pun berulang kembali. Dengan sistem pendidikan yang berunsur segregasi, wajarlah dijangkakan bahawa institusi pendidikan tinggilah yang menjadi jambatan bagi menolak perbezaan antara kaum dengan menggabungkan pelajar-pelajar dalam sistem pendidikan yang sama setelah pemisahan yang berpanjangan. Harapannya adalah untuk melahirkan persekitaran yang akan menjana pergaulan yang positif antara pelajar-pelajar daripada kaum dan latar belakang yang berlainan. Namun, sistem pendidikan tersebut sememangnya indah khabar daripada rupa.

Dalam sebuah tinjauan, sekurang-kurangnya 80 peratus pelajar mengaku bahawa aktiviti sosial seperti makan bersama, pembelajaran secara berkumpulan dan hidup bersama dalam hostel bersama rakan-rakan berbangsa lain agak sukar bagi mereka. Mereka sendiri sering mengasingkan diri mengikut bangsa apabila perlu mencari kumpulan dan mempunyai perasaan negatif terhadap aktiviti kampus akulturasi dan asimilasi.

INTEGRASI SOSIAL

DALAM KALANGAN PELAJAR BERBILANG KAUM

Malaysia mempunyai sejarah yang lama dalam pemisahan etnik.

Semasa zaman penjajahan kolonial British di Malaya, kebanyakan masyarakat Melayu tertumpu di

kawasan perkampungan,

masyarakat Cina di kawasan bandar dan masyarakat India di kawasan perladangan. Mereka hidup dalam kawasan kejiranan tersendiri, mengamalkan agama tersendiri, bertutur dalam bahasa tersendiri, mempunyai pekerjaan tersendiri dan mengendalikan sekolah tersendiri. Bagaikan tradisi, kehidupan sebegini masih lagi diteruskan dalam sistem pendidikan kita pada hari ini.

Sejurus selepas peristiwa gelap 13 Mei 1969, pihak kerajaan telah mengambil tindakan yang drastik untuk menguatkan perpaduan antara kaum dengan mengakui bahawa terdapat lebih daripada satu bahasa kebangsaan dan dengan menubuhkan sebuah sistem sekolah kebangsaan.

(10)

.

Tidak dapat dinafikan bahawa sistem pendidikan malaysia yang disegregasi adalah punca utama masalah ini, namun ini bukanlah seruan untuk pemansuhan sekolah vernakular. Kami menghormati hak masyarakat Cina dan India untuk mempelajari dan melindungi bahasa masing- masing dan kami juga mengaku bahawa silibus SMK tidak cukup untuk mewakili semua bangsa.

Kami meminta untuk polisi yang lebih baik untuk mengukuhkan perpaduan tanpa memansuhkan sekolah vernakular. Sebagai contoh, program inovatif seperti dialog antara kumpulan yang menggalakkan interaksi silang kumpulan dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk duduk bersama dan berkongsi pandangan serta pengalaman masing-masing terhadap sikap perkauman dan diskriminasi harus diperkenalkan di institut pengajian tinggi.

Jika kita mahu

masyarakat yang lebih baik,

Malaysia yang lebih progresif, semuanya

bermula dengan anda, dan saya.

Kita sebagai rakyat Malaysia, pelajar mahupun tidak, haruslah berhenti menilai orang lain berdasarkan kaum, agama dan warna kulit. Kita tidak boleh meminta kerajaan dan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan, namun kita juga tidak boleh menilai orang ramai berdasarkan kaum seperti orang Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak, dan menganggap bahawa mereka akan berkelakuan dengan cara spesifik kepada kaum.

PENYUMBANG

Amalina Zaki Lee Kah Kei Jofintha Joseph Claire Richard

DITERJEMAHKAN OLEH

Bahasa Melayu - Sara Sofea & Claire Richard Tamil - Deelashini Subramaniam

Mandarin - Lee Kah Kei

PENYUNTING UTAMA & PEREKA GRAFIK

Jofintha Joseph

Referensi

Dokumen terkait

Bushido merupakan kode etik yang digunakan oleh samurai namun seiring dengan berjalannya waktu meluas hingga menjadi tradisi pada masyarakat Jepang. Nilai-nilai

Menurut Wong (2008), seseorang yang mememiliki tingkat religiusitas tinggi dalam mengikuti aktivitas keagamaan serta memiliki sikap etis lebih baik dalam kehidupan

Tabel 3 menunjukkan terdapat perbedaan yang bermakna secara statistik pada perubahan skor tingkat pengetahuan, sikap dan perilaku ibu serta tingkat kecukupan energi,

Selain itu alat ini juga berfungsi untuk mengontrol terjadinya gangguan fisik dalam jaringan sehingga jika terjadi kerusakan atau gangguan pada salah satu bagian dalam jaringan

Pada luka insisi operasi dilakukan infiltrasi anestesi local levobupivakain pada sekitar luka karena sekresi IL-10 akan tetap dipertahankan dibandingkan tanpa

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui karakteristik jenis mesin, exhaust type, jenis bahan bakar, distribusi umur kendaraan, jarak tempuh kendaraan (VKT),

Dilengkapi dengan fungsi untuk mencerahkan / memutihkan dan menyegarkan wajah Anda.. Mencegah dan menghilangkan flek hitam atau

merupakan salah satu jenis ikan kakap yang banyak dicari oleh konsumen. sebagai bahan konsumsi masyarakat yaitu sebagai lauk-pauk harian