• Tidak ada hasil yang ditemukan

25 Cara Ir Sofian TENTANG PENULIS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "25 Cara Ir Sofian TENTANG PENULIS"

Copied!
233
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

TENTANG PENULIS

Ebook ini ditulis oleh saya iaitu Ir. Sofian yang merupakan anak kelahiran Johor. Bagi anda yang belum mengenali saya, saya merupakan Profesional Engineering yang mempunyai syarikat perundingan kejuruteraan sendiri iaitu Kezo Consult Sdn Bhd.

Namun disebabkan minat yang mendalam terhadap emas dan perak, saya telah menceburkan diri dalam bidang pelaburan emas dan perak.

Saya mula menceburkan diri dalam bidang pelaburan ini sejak tahun 2009 dengan berbekalkan azam yang kuat untuk mendalami ilmu tentang emas ini yang merupakan satu-satunya harta yang bernilai diberikan oleh Allah SWT.

Saya mula mendalami teknik-teknik melabur emas dengan betul dan saya juga cuba belajar menguasai teknikal analisis bagi mengkaji pasaran emas. Alhamdulillah, Allah telah mengkurniakan saya ilham yang memudahkan saya

(3)

untuk memahami ilmu tentang emas ini hinggakan saya berjaya menjadi pakar. Hampir 80%-90% analisis yang saya lakukan adalah tepat. Dari itu, saya juga memberikan konsultasi mengenai pelaburan emas dan perak di dalam seminar-seminar yang dianjurkan.

Saya juga ada menulis buku berjudul ‘Magnet Emas Magnet Kekayaan’ bagi berkongsikan kepada masyarakat tentang bagaimana mereka boleh menjadikan emas sebagai magnet kekayaan mereka.

Bukan itu saja, bahkan saya juga membuat program

Trade Gold For Money (TG4M) dan Simplified Trading Signal (STS) untuk mengajar dan mendidik masyarakat bagaimana untuk trade emas dengan cara yang betul dan selamat.

(4)

PRAKATA

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya saya dapat menyelesaikan ebook saya ini. Tanpa taufiq dan inayahnya, mungkin saya tidak mampu untuk melengkapkan ebook ini.

Ebook ini mendedahkan tentang 25 CARA bagaimana emas ini dapat membantu anda menjadi lebih kaya ketika ekonomi gawat. Justeru, saya menyediakan ebook ini kerana saya tahu ada di antara anda yang ingin mengubah hidup anda menjadi lebih baik. Cuma anda sendiri tidak ada anjakan paradigma yang kukuh untuk menolak diri anda keluar dari zon anda.

Segala maklumat dan informasi yang ditulis di dalam ebook ini bukan sahaja berdasarkan pengalaman saya selama hampir 8 tahun terlibat dalam pelaburan emas dan perak, tapi ia juga merujuk kepada kajian yang saya telah lakukan terhadap peristiwa penting yang berlaku sepanjang tahun 2016 dan 2017.

(5)

yang berlaku yang saling berkait dengan pergerakan harga pasaran emas.

Sebelum saya menulis ebook ini, ada sesuatu perkara yang terlintas difikiran saya. Saya melihat semakin ramai orang sering bertanyakan kepada saya persoalan-persoalan berkenaan pelaburan emas.

Tidak kurang juga ramai yang cuba bertanyakan bagaimana mereka dapat memulakan dan menjana keuntungan dari pelaburan emas tersebut. Persoalan ini banyak diajukan terutamanya di dalam program percuma yang saya anjurkan iaitu 60 Minit Q&A bersama Ir. Sofian.

Sekiranya anda juga ingin turut serta dalam program kami ini, anda boleh klik link ini: http://bit.ly/60minitqna2017. Program percuma saya ini adalah merupakan salah satu ruang yang saya berikan kepada orang di luar sana untuk mengetahui serba sedikit ilmu berkaitan dengan emas samada

(6)

emas fizikal atau trading emas serta memberikan mereka peluang untuk bertanyakan soalan berkaitan kepada saya.

Apa yang saya cuba lakukan adalah saya melihat ia sebagai salah satu inisiatif yang bagus untuk dilakukan kerana saya melihat tidak semua

orang mempunyai wang untuk menghadiri seminar dan juga tidak semua orang mempunyai masa yang terluang untuk hadir ke seminar-seminar yang dianjurkan.

Bermula dari persoalan orang ramai di ruang inilah, terdetik di hati saya untuk membuat satu ebook yang menunjukkan ulasan bagi cara bagaimana emas ini sangat membantu anda untuk buat duit khususnya ketika kegawatan ekonomi berlaku.

Selain itu juga, sejak saya berjumpa dengan Robert Kiyosaki pada tahun lepas di Sydney, Australia yang mana beliau telah sampaikan kepada saya iaitu selepas tahun 2016 akan berlaku satu kegawatan ekonomi yang sangat dahsyat

(7)

daripada apa yang pernah berlaku pada tahun 2008. Dan apa yang dikatakan oleh beliau adalah bertepatan dan selari dengan analisis yang saya lakukan dalam pasaran emas.

Perkara ini juga yang menjadi salah satu penyumbang tercetusnya idea untuk saya menuliskan ebook ini kerana saya juga ingin menyampaikan kepada anda di luar sana tentang peri pentingnya isu kegawatan ekonomi terhadap diri kita. Apakah kesannya terhadap diri kita sekiranya ia berlaku dan apakah persediaan yang anda perlu lakukan untuk menghadapinya dengan tenang.

Anda boleh dapatkan video yang saya kongsikan ketika berada di Sydney dahulu dengan memicit gambar saya bersama Robert Kiyosaki ini.

Banyak info yang saya kongsikan di dalam video tersebut yang anda ambil sebagai munafaat diri anda.

Justeru, disebabkan oleh kesemua ini, saya cuba untuk menggunakan saluran

(8)

ebook ini bagi menyampaikan kepada anda di luar sana segala maklumat dan informasi tentang emas secara terus kepada anda.

Mungkin bagi anda yang tidak dapat menyertai seminar atau program yang saya anjurkan, sekurang-kurangnya anda tidak terlepas info yang sangat berguna ini buat bekalan dan persiapan anda untuk menghadapi ekonomi gawat.

Saya melihat ramai orang di luar sana yang ingin membeli dan memiliki emas namun mereka mempunyai kekangan dari sudut duit. Ada yang nak buat pelaburan dalam emas, nak ada emas yang boleh dijadikan sebagai pelindung ketika ekonomi gawat, tapi untuk konsisten membeli 10gram emas pun mereka tidak mampu.

Oleh itu, saya wujudkan proram Trade Gold For Money (TG4M) untuk mereka di luar sana ini dapat membeli dan menjual emas secara santai dan mudah.

(9)

Tapi, program TG4M yang saya ajarkan ini bukanlah berkenaan dengan emas fizikal, ia lebih kepada bentuk seperti stock market iaitu trading secara online. Cara ini lebih mudah kerana anda dapat buat duit poket setiap hari dan daripada wang yang anda peroleh inilah anda boleh gunakan untuk membeli emas secara fizikal pula.

Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut berkenaan program saya ini, anda boleh lawati website saya berkenaan program ini di sini http://irsofian.com/tg4m/. Daripada program TG4M ini juga telah lahir ramai pelajar saya yang berjaya dan kisah kejayaan mereka memperolehi keuntungan dalam trading saya kongsikan di dalam FB Page Cangkul Sakti.

Anda boleh lihat berapa banyak keuntungan yang mereka perolehi di situ. Ada pelajar saya yang dapat sekitar

(10)

$100 ke $200 USD sehari. Cuba anda bayangkan! $200 USD jika ditukarkan kepada Ringgit Malaysia jadi berapa? RM840 tu. Banyak ke banyak? Siapa nak bagikan RM800 dalam sehari? Dengan duit trade inilah anda dapat beli emas fizikal. Anda tak nak ke dapat beli emas FREE aje?

Oleh itu, saya harapkan agar ebook ini akan menjadi satu wadah buat anda untuk melangkah masuk ke alam pelaburan emas dan mengubah kehidupan anda menjadi lebih baik dan sempurna.

Satu pesanan saya yang anda WAJIB tanam betul-betul dalam kepala anda.

“Simpanlah Emas. Nescaya Anda Tidak Akan Miskin.”

Selamat membaca dan jangan lupa untuk share dengan sahabat yang lain ye.

Salam Sayang

(11)

ISI KANDUNGAN Vol.1

Tentang Penulis 1 Prakata 3

BAB 1 Emas Menyimpan Nilai Sebagai Emas 12

BAB 2 Emas Adalah Precious Metal 19

BAB 3 Emas Menampal Bocornya Tangki Wang 26

BAB 4 Emas Ubat Bagi Inflasi 30

BAB 5 Duit Akan Terbakar & Hangus, Tapi Emas Hanya Cair

36

BAB 6 Emas Laku Melampaui Sempadan Negara 42

BAB 7 Harga Emas Akan Melompat $1900/oz 48

BAB 8 Permintaan Terhadap Emas Semakin Menggila 53

BAB 9 Orang Tidak Jual Emas, Tapi Orang Sentiasa Beli Emas

60

BAB 10 Emas Dulu Lain, Emas Sekarang Lain 65

BAB 11 Supply & Demand Terhadap Emas Semakin Meruncing

71

BAB 12 Harga Emas Tidak Sama Bagi Setiap Pengedar Emas

76

(12)

ISI KANDUNGAN Vol.2

BAB 13 Petua Pelaburan Emas Jangka Panjang &

Pendek 84

BAB 14 Brexit 101

BAB 15 Persaingan Matawang Nak Jadi Juara Dunia 106

BAB 16 Krisis Ekonomi Malaysia & GST Lingkupkan

Banyak Syarikat

119

BAB 17 Trump Menjadi Presiden Amerika Syarikat 138

BAB 18 Dividen KWSP Berkurang 147

BAB 19 China Semakin Bertahta 154

BAB 20 Putaran Krisis Ekonomi Dunia Kembali 161

BAB 21 Lumrah Manusia Apabila Takut Akan Mencari

Sesuatu Yang Menjamin Kehidupan (Emas Sebagai ‘Save Haven’)

173

BAB 22 Migrate 181

BAB 23 Dunia Akhir Zaman 188

BAB 24 Iphone atau Emas? 195

BAB 25 Teknik Manipulasi Ar-Rahnu Dapat Cetak Emas

207

(13)

1

ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:

EMAS MENYIMPAN NILAI

(14)

Apakah maksud menyimpan nilai?

Nilai ataupun value adalah perkataan yang menggambarkan bahawa kepentingan sesuatu yang anda miliki dan ianya adalah layak untuk dinikmati.

Emas yang sebagaimana orang tahu dari setiap peringkat umur bahawa ia adalah barangan yang eksklusif dan sangat istimewa. Pemiliknya akan menjadikan ia sebagai lambang kekayaan yang sejati.

Emas sememangnya menyimpan nilainya yang tersendiri. Jika kita lihat pada zaman dahulu datuk nenek kita, mereka akan menurunkan emas sebagai harta pusaka kepada anak-anak dan cucu-cucu mereka. Walaupun telah bertahun-tahun emas tersebut sudah bertukar tangan ke 3 atau 4

(15)

generasi, emas tersebut tetap menyimpan nilainya yang tersendiri.

Bahkan, harganya juga semakin meningkat saban tahun mengikut harga emas semasa. Mungkin dahulu, sewaktu datuk nenek kita membeli emas, harga emas tersebut hanya RM40 segram, kini harganya sudah mencecah RM210 segram.

Jika anda lihat graf pasaran harga emas 10 ke 20 tahun seperti di bawah ini, sememangnya terdapat satu peningkatan yang sangat memberangsangkan terhadap harga emas.

(16)

Anda sendiri boleh menilai betapa beruntungnya anda sekiranya anda mempunyai emas dan menyimpannya dalam jangka masa yang panjang.

Oleh sebab itu, anda wajib beli emas kerana emas menyimpan nilai sebagai emas yang sangat bernilai. Tidak ada benda lain yang mampu menandingi emas walaupun wang kertas. Cuba anda bayangkan! Jika anda menyimpan wang kertas, 10 tahun kemudian wang kertas tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi untuk membeli barang kerana telah berlaku pertukaran versi pengeluaran wang kertas. Anda setujukan?

Cuba anda lihat note duit RM1,000 yang pernah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia ini pada satu ketika dahulu telah tidak boleh digunakan lagi jika anda masih memilikinya sekarang.

(17)

Namun, jika anda menyimpan emas, emas tetap bernilai walaupun ke generasi yang seterusnya. Manakan sama dengan wang kertas yang generasinya telah lama berlalu dan sudah tidak laku lagi di mata Bank Negara. Betul tak?

Ada satu kisah yang sangat istimewa saya nak kongsikan dengan anda berkenaan menyimpan emas ni. Pernah beberapa tahun yang lepas ada satu cerita yang berlaku di Paris di mana ada seorang lelaki telah mewarisi sebuah rumah agam milik keluarganya.

Sewaktu sedang mengemas rumah agam tersebut beliau menjumpai beberapa kepingan syiling dan bar emas sejumlah 100kg. Wow!! Teruja tak? Apabila dinilai pada masa itu, anggaran emas tersebut bernilai RM16.3 juta. Anda boleh

(18)

lihat sendiri emas-emas yang dijumpai oleh beliau di dalam gambar di bawah ini.

Inilah dia emas berjumlah 100kg yang dijumpai di rumah agam

Sekiranya anda sendiri berada pada situasi lelaki tersebut, apakah perasaan anda? Sudah tentu anda akan berasa terujakan? Bukan teruja sikit, malah anda mungkin akan melompat sampai kebumbung agaknya kan!

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Anda juga boleh cipta sejarah bagi keluarga dan generasi anda. Oleh sebab itu, anda wajib melabur dalam emas sebab emas memang menyimpan nilai sebagai emas yang tidak mungkin boleh digantikan oleh benda lain.

(19)

Cuba anda kirakan mamat dari Paris tu punya emas dengan nilai sekarang. Jika nilai emas sekarang pada harga RM210 segram, anda rasa berapa nilai logam berharga dia sekarang?? RM21 juta!! Apa macam? Rasa teruja tak?

(20)

2

ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:

EMAS ADALAH ‘PRECIOUS

(21)

Emas adalah ‘precious metal’ yang sangat bernilai.

Antara banyak-banyak logam, emas adalah logam yang sentiasa bernilai zaman berzaman. Sebelum pergi lebih jauh lagi, tentunya terdetik di minda anda apakah dia ‘Precious Metal’? Bahasa mudah bagi kita hendak faham precious metal ini adalah logam berharga.

Kategori ‘berharga’ adalah memberi makna bahawa logam dalam kategori ini adalah logam yang seperti berikut:

1. Ianya sukar ditemui

(22)

3. Ia mempunyai sifat keunikan tersendiri yang tidak mudah patah dan senang dibentuk mengikut bentuk yang kita kehendaki

4. Metal jenis ini akan boleh menyimpan nilainya yang tersendiri sebagaimana yang diterangkan dalam bab 1 dan tidak lapuk dek zaman

5. Logam ini boleh dijadikan matawang disebabkan ianya mempunyai nilai yang tinggi sejak zaman sistem pertukaran barter lagi dan ia memenuhi ciri-ciri ISO4217.

(23)

Disebabkan keunikan itu ‘precious metal’ ini ditempa kepada pelbagai bentuk yang lain seperti bullion, duit syiling dan bahan perhiasan.

Dalam kitaran sejarah dahulu, logam ini telah digunakan sebagai bahan komoditi dan pelaburan selain dari matawang. Sebenarnya, selain dari emas, masih ada lagi logam-logam lain yang berharga. Mungkin saya boleh kataka yang ianya adalah antara family emas juga. Jadi, ingin saya senaraikan di bawah ini family logam berharga tersebut.

1. Emas (Ini sudah pastikan!) 2. Perak 3. Platinum 4. Palladium 5. Rhodium 6. Ruthenium 7. Iridium 8. Osmium Walaupun emas tidak diiktiraf

(24)

wang yang sebenarnya. Anda perasan atau tidak bahawa emas tetap dapat ditukarkan kepada wang. Walaupun negara itu menggunakan kertas sebagai matawang dan di seantero dunia.

Sekiranya anda menyimpan wang kertas di bank, ia tidak akan menjamin wang anda selamat kerana ia berada di bawah pegangan pihak bank dan terikat dengan pelaburan yang mereka lakukan.

Namun, perasankah anda? Jika anda menukarkan wang kertas anda kepada emas, ia lebih selamat daripada dimanipulasi dan dirompak oleh pihak bank dan kerajaan.

(25)

Mungkin anda tidak akan dapat dividen setiap bulan atau setiap tahun, tapi dengan memiliki dan menyimpannya anda akan dapat keuntungan yang lebih berlipat ganda daripada dividen yang diberikan oleh pihak bank.

Sekiranya anda melabur di dalam emas, keuntungan bagi pelaburan emas untuk setahun adalah mencecah 25%. Anda rasa untung ke tidak sekiranya anda melabur di dalam emas? Haa... Cuba fikirkan. Anda rasa-rasa macam mana?

Jika anda lihat graf di bawah ini, anda dapat lihat pelaburan di dalam emas lebih menguntungkan berbanding pelaburan di dalam koperasi atau ASB.

(26)

Inilah yang istimewanya pada emas yang merupakan

leader dalam precious metal. Oleh sebab itu, anda juga harus

mempunyai ‘precious metal’ ini sebagai simpanan. Dengan memilikinya, anda akan dapat rasai betapa berharganya emas ini berbanding benda lain.

(27)

3

ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:

EMAS MENAMPAL BOCORNYA

(28)

Tahukah anda bahawa emas ini boleh membantu anda menampalkan kebocoran wang?

Jika sebelum ini anda sentiasa mengalami masalah ketidakcukupan wang. Apabila anda dapat sahaja gaji, dalam masa beberapa hari wang gaji anda telah pun habis. Bukan hanya sekali perkara ini berlaku, bahkan setiap bulan juga perkara yang sama berlaku berulang kali.

Mengapa perkara seperti ini terjadi? Hal ini terjadi kerana anda tidak pandai menguruskan kewangan anda dengan betul dan tepat dan akhirnya menyebabkan anda

(29)

selalu kekeringan wang apabila masuk pertengahan bulan. Sentap kan statement saya ni?!

Oleh itu, inilah sebab yang kuat untuk anda ubah kehidupan anda iaitu dengan melabur dalam emas. Tukarkan segera wang anda kepada emas yang boleh membuatkan anda berhenti daripada menghabiskan wang anda begitu sahaja.

Perasan tak? Jika anda ingin membeli, sudah tentu anda akan menggunakan wang kertas atau menggunakan kad debit anda.

(30)

Jadi, sekiranya wang tersebut telah ditukarkan kepada emas, anda tidak akan dapat membeli barang melebihi bajet anda.

Sekurang-kurangnya, anda sudah ada simpanan yang bernilai yang anda boleh gunakan semula apabila terdesak suatu hari nanti berbanding duit tabung yang anda simpan dan dengan mudah anda korek balik duit tabung tersebut untuk dibelanjakan. Betul tak cakap saya?

Hanya ini sahaja jalan yang tepat untuk anda tampal kebocoran tangki wang anda. Tiada lagi jalan lain. Oleh itu, anda wajib melabur dalam emas untuk masa depan anda. Jangan biarkan masa depan anda terabai begitu sahaja.

(31)

4

ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:

EMAS UBAT BAGI INFLASI

(32)

Mungkin anda pernah melakukan perkara ini, tapi tidak berhasil?

Tunjang kepada kejayaan adalah istiqomah atau disiplin dalam anda membuat sesuatu perkara. Jangan menyatakan cara ini tidak berjaya jika anda hanya menjalankan ia hanya untuk dua atau tiga bulan sahaja.

Mungkin pula anda pelik mendengar teknik ini bahawa untuk mengelakkan kebocoran wang, anda wajib tukarkan wang fiat kepada emas. Jika anda tidak percaya tidak apa, tapi jika anda memulakan dengan langkah yang pertama, keuntungannya tidak membazirkan!

Anda tambah ilmu emas! Ya, tambah ilmu tentang bagaimana anda boleh menjadi magnet emas selepas satu tahun. Kejayaan akan bermula dengan langkah pertama. Selepas langkah pertama, teruskan kejayaan anda dengan disiplin untuk melangkah lebih jauh lagi.

Anda boleh lihat dan nilai sendiri bagaimana emas ini menjadi ubat dan penawar bagi inflasi. Cuba anda lihat negara Zimbabwe yang telah mengalami inflasi yang terlalu tinggi

(33)

menanggung barang keperluan harian mereka. Bayangkan bagaimana mereka membawa duit gaji mereka dengan menggunakan kereta sorong.

Hanya untuk membeli sebuku roti sahaja harganya mencecah 100 trilion dollar Zimbabwe. Jikalau di Malaysia satu masa dahulu, wang Malaysia paling tinggi pun adalah RM1000 bagi 1 keping note. Anda sendiri boleh lihat akan perbezaannya.

Kini mereka hanya bergantung kepada logam emas dalam menjalani kehidupan seharian. Kebanyakan mereka

(34)

menggunakan logam emas sebagai pertukaran dan pembelian barang keperluan.

Masing-masing bertungkus lumus melombong dan menampi emas bagi mendapatkan sedikit serbuk emas untuk membeli barang keperluan mereka.

Lihat! Anda sendiri boleh melihat bagaimana emas menjadi peranan dalam inflasi yang negara mereka hadapi. Oleh itu, anda wajib melabur dalam emas sebab hanya emas satu-satunya ubat penawar bagi inflasi.

Anda sendiri boleh nilai bahawa wang kertas sudah tidak mempunyai peranannya lagi setelah inflasi berlaku. Ia

(35)

Jadi, sudahkah anda bersiap sedia dengan ubat penawar inflasi ini? Jika belum, anda masih belum terlambat untuk membuat persiapan menyediakannya. Inilah masanya, usah ditunggu-tunggu lagi kerana anda tidak akan tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Mungkin perkataan inflasi ini dah muak dan lali berlegar di telinga anda kan! Tapi apakah maksud sebenar inflasi ni?

Dalam konteks ekonomi, INFLASI adalah kenaikan harga barang-barang keperluan umum kita yang kita menyedarinya apabila nilaian wang kita belanja sebelum ini, kita bandingkan dengan kita berbelanja sekarang, barangan yang kita dapat telah berkurangan.

Contoh mudah untuk diperjelaskan macam ini, dulu dengan RM100 kita dapat berbelanja di pasaraya mesti boleh penuh troli kan! Tapi sekarang dengan nilai RM100 yang sama, hanya sedikit sahaja barang yang dapat diisi dalam troli.

Apa yang saya katakan ini adalah realiti yang berlaku kini. Bukan hanya saya sahaja yang merasakannya, bahkan anda juga turut merasakannya.

(36)

Anda sendiri boleh lihat bagaimana ketaranya perbezaan nilai matawang Ringgit Malaysia kita dulu dan kini. Cuba pula anda lihat nilai matawang Malaysia berbanding dengan Us Dollar di mana tukaran wang adalah sekitar RM4.40. JIka kita masih berpegang teguh kepada urusniaga Ringgit Malaysia, kita kan berdepan dengan dua masalah!

a) Masalah matawang Malaysia yang sudah banyak kurang nilainya

b) Masalah inflasi yang menghimpit Malaysia Sudah sediakah anda dengan ubat bagi masalah ini?

(37)

5

ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:

DUIT AKAN TERBAKAR &

HANGUS, TAPI EMAS HANYA

(38)

Apakah yang membezakan antara wang kertas dan emas?

Walaupun wang kertas adalah duit, namun ia tetap tidak mampu melawan kuasa api. Wang kertas akan terbakar dan hangus dijilat api, tapi emas hanya akan mencair apabila dibakar.

Sekiranya anda menyimpan wang kertas di rumah, ia tidak menjamin keselamatan wang anda akan selamat. Anda lihat sahaja gambar di bawah ini.

(39)

Tentu anda berapa sayangkan melihat wang kertas tersebut sudah terbakar? Walaupun ia masih lagi mempunyai bentuk, dan masih nampak rupa, tapi ia sudah tidak bernilai lagi kan?! Tapi, cuba anda lihat pula pada emas tersebut.

Emas walaupun terbakar tetap tidak akan menjejaskan nilai yang ada padanya. Selagi mana ianya adalah emas, ia tetap bernilai. Walaupun emas mencair, apabila dijual ia tetap bernilai kerana ianya adalah emas.

Tapi bagaimana pula dengan wang kertas? Jika ia terbakar, adakah ia masih menyimpan nilai yang sama?

(40)

Anda lihat apa yang terjadi pada wanita di atas. Beliau menyimpan wang hasil niaga beliau di dalam tin biskut selama 32 tahun. Wang simpanan beliau dianggarkan sebanyak RM250 ribu.

Namun, malang tidak berbau kerana ia hangus akibat terbakar. Adakah wang tersebut masih bernilai? Adakah beliau masih mempunyai RM250 ribu?

Tidak! Anda sendiri sedar bahawa wanita tersebut sudah tidak mempunyai lagi wang bernilai RM250 ribu sebab nilai tersebut telah hilang bersama terbakarnya wang kertas tersebut.

Oleh sebab itulah saya tidak galakkan agar anda menyimpan wang kertas di rumah. Walaupun ia menunjukkan anda kaya tapi apabila sesuatu perkara berlaku seperti kejadian kebakaran, di manakah terletaknya kekayaan anda?

(41)

Adakah anda masih mempunyai kekayaan tersebut? Adakah anda akan menyesal sekiranya perkara sebegini berlaku? Jikalau dalam bab sebelum ini saya telah menyarankan anda menyimpan ‘wang’ anda dalam bentuk emas untuk mengelakkan bocornya dompet dan wang simpanan anda.

Manakala dalam bab ini, saya berharap anda juga faham mengapa anda wajib menyimpan kekayaan anda dalam bentuk emas kerana selain daripada ditelan inflasi, kekayaan yang anda simpan tidak akan hangus sepertimana wang kertas anda. Jadi, bila lagi anda mahu bertindak? Jikalau bukan sekarang!!

(42)

“Ingat!! Kejayaan anda esok hari adalah kerana usaha anda semalam.”

Jika anda tidak ingin perkara sebegini berlaku, melaburlah di dalam emas. Anda tidak akan tahu betapa bersyukurnya anda suatu hari nanti apabila anda menyimpan emas. Pecayalah cakap saya!

(43)

6

ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:

EMAS LAKU MELAMPAUI

(44)

Tahukah anda logam emas ini laku walaupun melampaui sempadan negara?

Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan! Bidalan ini telah saya buktikan dalam siri jelajah saya di beberapa buah negara. Disebabkan kepercayaan saya kepada emas yang memang diterima di seluruh dunia tanpa sempadan, saya akan membawa emas dalam setiap perjalanan saya.

Kenapa ya?? Sedarkah anda bahawa emas ini merupakan logam yang sangat bernilai dan berharga?

Bawalah emas ke mana sahaja anda ingin pergi, ia tetap berharga kerana ia tidak mempunyai had sempadan dan masa. Oleh sebab itu logam emas tetap laku di mana-mana jua walaupun melampaui had sempadan dan masa.

(45)

Sekiranya anda sedang melancong atau berada di luar negara, anda pun boleh gunakan emas untuk ditukarkan kepada matawang negara tersebut. Anda tidak perlu lagi bersusah payah membawa wang tunai dan menukarkan ia kepada matawang di sana.

Atau apabila anda telah kehabisan wang tunai, dan hanya mempunyai emas di dalam simpanan anda ketika itu. Anda boleh gunakan ia dan anda tidak perlu risau kerana emas tetap laku walau di negara mana anda berada.

(46)

Apabila anda menukar wang Malaysia ke matawang lain,anda tidak mungkin perasan bahawa nilai tersebut telah berkurangan disebabkan oleh currency exchage rates. Untuk anda mudah memahami, spenjelasannya adalah begini. Cuba anda bayangkan yang anda memiliki RM1000 ditangan semasa anda berada di luar negara dan katakanlah negara tersebut adalah US.

Apabila anda membawa wang RM1000 anda untuk ditukarkan kepada matawang US Dollar, adakah anda akan mendapat $1000USD? Sudah tentu tidak! Mereka akan melihat kepada kadar pertukaran matawang tersebut. Jika

(47)

wang RM1000 anda hanya boleh menjadi $227USD sahaja. Jauh bezakan jatuh harganya!

Tapi, cuba bayangkan pua jika anda bawa emas ke luar negara dan anda cuba cairkan ia ke dalam bentuk matawang negara tersebut. Anda akan dapati nilaian ‘harta’ anda lebih terjamin dan bernilai kerana ia tetap membawa nilai yang sama atau lebih tinggi.

Inilah sebab yang menunjukkan bahawa anda wajib memiliki emas kerana ia benar-benar logam berharga yang melampaui sempadan.

Sekiranya anda bawa wang kertas Malaysia, anda rasa adakah ianya akan laku dan diterima di negara lain? Tidak!

(48)

Ringgit Malaysia hanya boleh digunapakai di Malaysia sahaja. Inilah yang membezakan limit sesuatu barang.

Ringgit Malaysia atau matawang lain hanya limit boleh digunakan di negara mereka sahaja. Ianya sangat berbeza dengan emas yang tiada limit dan boleh digunakan di mana sahaja. Anda nak travel? Cubalah buat!

(49)

7

ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:

HARGA EMAS AKAN MELOMPAT

(50)

Percayakah anda bahawa harga emas ini akan naik ke $1900/oz?

Saya sendiri telah melakukan analisis terhadap chart pasaran emas dan saya lihat harga emas ini akan naik dan mencapai kepada nilai $1900. Anda sendiri boleh lihat analisis saya terhadap pasaran emas seperti di bawah ini.

Saya nak review semula apa yang berlaku pada tahun 2011 di mana berlakunya satu sejarah besar dalam industri pelaburan emas apabila harga emas mencecah $1920/oz.

Selepas dari tarikh bulan September 2011 tersebut, emas mula turun dan turun sehingga mencecah kepada $1046/oz pada Disember 2015.

(51)

Dalam tempoh lebih 4 tahun emas tidak pernah menunjukkan tanda-tanda bahawa ia akan naik sehinggalah pada tahun lepas iaitu pada Julai 2016 apabila emas cuba mendaki semula untuk memecahkan harga $1400/oz.

Buat masa ini, catatan kenaikan harga emas yang terbaik adalah $1375/oz. Ok lah tu kan, setelah hampir 5 tahun emas jatuh dan dalam tempoh 7 bulan emas mula membuat kenaikannya sebanyak 31.45%. Banyak kan!!

Namun begitu, emas perlulah melepasi harga keramat ini iaitu $1400/oz atau $1500/oz untuk membolehkan ia meletup ke paras tertinggi.

Buat masa ni pasaran emas akan turun dahulu untuk mengambil nafas sebelum membuat satu pendakian yang lebih tinggi.

(52)

Jika anda lihat akan harga emas sebelum ini, pasti anda akan nampak perbezaan yang ketara pada harga emas.

Dalam masa 16 tahun, harga emas telah meningkat naik sehingga 83%. Cuba anda bayangkan 10 tahun akan datang? Berapakah harga emas pada ketika itu?

Adakah anda akan merasa rugi jika emas yang anda beli dengan harga RM150 segram telah naik menjadi RM210 segram? Jika anda menjualkan kembali emas anda pada harga RM210 segram, adakah anda akan mendapat keuntungan?

(53)

Persoalan-persoalan sebegini yang anda perlu jawab supaya anda dapat faham dengan jelas mengapakah anda akan mendapat keuntungan sekiranya anda melabur di dalam emas.

Oleh sebab itu, tidak rugi jika anda melabur dalam emas. Inilah waktu yang sesuai kerana harga emas akan naik betul-betul tinggi seperti yang pernah berlaku pada tahun 2011. Bahkan, mungkin lebih tinggi lagi.

Sementara harga emas masih rendah lagi ketika inilah anda kena rangkul peluang ini untuk melabur dalam emas. Orang yang bijak akan bertindak segera dan tidak akan memikirkan perkara ini lebih dari 10 kali. Bijakkah anda?

(54)

8

ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:

PERMINTAAN TERHADAP EMAS

(55)

Mengapa permintaan terhadap emas semakin menggila?

Dalam situasi yang tidak ketentuan, manusia akan mencari tempat yang selamat untuk mereka tinggal agar mereka tidak akan terpalit dalam situasi tersebut.

Ini adalah lumrah manusia dikala berlakunya gempa bumi, orang akan berlari mencari tempat yang selamat untuk dirinya.

Dalam ketidaktentuan dunia sekarang ini lebih-lebih lagi dengan kerenah pemimpin yang ego dan sistem ekonomi yang menunjukkan tanda-tanda ianya telah retak menunggu belah, pelbagai cara telah dilakukan oleh kapitalis untuk membolehkan sistem mereka ini berkesan untuk mereka.

Dari sudut ekonomi, selain dari sistem perbankan dan sistem wang fiat, tidak ada jalan lain untuk keluar dari masalah ini kecuali berpindah kepada emas.

Inilah yang mendorong emas untuk dimiliki oleh setiap negara yang melihat emas sebagai ‘safe heaven’ kepada maruah negara mereka.

(56)

Setakat orang perseorangan yang membeli ia tidak memberi kesan yang besar, tapi bagi institusi dan negara yang terasa terancam sedang musnah, mereka sanggup membeli emas untuk mempertahankan negara mereka.

Jika anda perhatikan statistik supply dan demand di atas, anda dapat lihat bahawa permintaan terhadap emas kini semakin banyak dan meningkat. Hal ini terjadi berikutan jumlah emas di perut bumi sudah semakin berkurangan.

Tahukah anda apa yang ada di perut bumi ini boleh habis? Macam dulu, semasa zaman negara kita dijajah, mereka melombong bijih timah. Apabila bijih timah semakin berkurangan atau habis mereka akan mencari tempat lain pula

(57)

Semakin dilombong, maka ia akan semakin habis. Apa yang tinggal nanti emas yang dikitar semula.

Anda boleh lihat sendiri kawasan perlombongan emas di bawah ini.

Oleh itu, ramai yang mula menyimpan emas kerana ia sudah susah untuk didapati lagi. Daripada harga emas menjadi mahal kerana pengeluarannya sudah berkurangan, lebih baik dapatkan emas sekarang! Sementara anda masih boleh dapatkan dengan harga rendah lagi berbanding akan datang.

Selain emas, logam perak juga menjadi rebutan orang ramai. Walaupun harga perak lebih rendah berbanding emas,

(58)

tapi ia tetap adalah logam berharga. Bukankah perak juga merupakan family emas!

Maka, skibat kekurangan emas di kerak bumi, masing-masing cuba untuk memiliki emas kerana nilainya akan semakin meningkat berikutan ia sukar untuk diperolehi.

Malah, emas yang ada dipasaran sekarang kebanyakannya adalah emas yang telah dilebur semula dan dijadikan emas baru. Pengeluaran emas recycle telah banyak digunakan kembali akibat kekurangan emas untuk dilombong. Anda sendiri boleh lihat bagaimana emas ini dicairkan dan ditempa semula untuk dijual kembali seperti dalam gambar di bawah ini.

(59)

Oleh sebab itu juga, anda wajib melabur dalam emas. Jangan tunggu hingga emas sudah tiada lagi untuk dijumpai dan harganya melambung tinggi baru anda ingin mendapatkannya. Pada waktu tu mungkin anda sudah rasa menyesal kerana tidak cuba untuk membelinya sewaktu ia masih lagi mudah didapati.

Namun begitu, bagi negara yang mempunyai kuasa yang tidak begitu kuat, maka negara kuasa besar akan mengambil peluang untuk ‘merompak’ emas negara mereka sebagai jalan mudah untuk menambahkan kekayaan mereka.

(60)

Buktinya sudah ada. Contoh di depan mata yang anda sendiri boleh lihat pada pemimpin Libya, iaitu Muammar Gaddafi yang telah dibunuh kerana kerajaan Gaddafi memiliki 143tan emas dan mereka mewujudkan Dinar Emas sebagai matawang mereka.

Lihatlah bagaimana negara kuasa besar ini cuba menakhluk emas mereka. Benarlah kata orang, siapa ada emas, dia berkuasa. Siapa ada emas, dia kaya. Kata-kata ini bukan hanya ditujukan pada orang, malah pada sesebuah negara juga.

(61)

9

ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:

ORANG TIDAK JUAL EMAS,

TAPI ORANG SENTIASA BELI

(62)

Anda nak jual emas anda ke atau anda nak beli emas lagi?

Emas adalah barang yang berharga. Emas bukan macam barang perhiasan lain yang sampai ketikanya akan buruk dan tidak berharga lagi.

Kalau anda mempunyai barang kemas, setelah sekian lama anda memakainya, tiba-tiba anda teringin untuk membeli pula barang kemas yang baru. Adakah barang kemas

anda yang lama tu anda akan buang? Takkan! Anda tentu akan simpan barang kemas tersebut sebagai kenang-kenangan.

Belilah barang kemas yang lain lagi, anda tetap akan simpan lagi barang kemas yang sebelumnya itu.

Sebab itulah zaman dulu, atok dan nenek kita ni, mereka banyak menginggalkan harta pusaka dalam bentuk

(63)

harta dan juga sebagai kenang-kenangan. Boleh jadi barang kemas tu adalah hadiah perkahwinan atau hadiah tanda pertunangan.

Kini, saya lihat ramai orang telah mendapat kesedaran untuk menyimpan emas ini berbanding kesedaran mereka untuk menyimpan wang kertas.

Jika dilihat, sudah semakin banyak juga pendedahan tentang menyimpan emas yang memberikan faedah kepada pemiliknya. Ramai orang telah berlumba-lumba melabur di dalam emas. Jika anda belum lagi, anda kena tanya pada diri anda sendiri, kenapa aku tak melabur dalam emas lagi?

(64)

Tidakkah anda lihat dengan apa yang berlaku pada tahun lepas apabila Tabung Haji mempunyai krisis dan ramai pemilik akaun tersebut mula mengeluarkan wang mereka dari Tabung Haji? Apakah yang mereka lakukan dengan wang tersebut?

Ramai yang melabur dalam emas kerana mereka sedar betapa untungnya mereka melabur di dalam emas. Perkara ini terjadi juga akibat hilang kepercayaan mereka terhadap bank atau Tabung Haji bagi menguruskan wang simpanan mereka.

Daripada membiarkan wang mereka selonggok di rumah, lebih baik mereka membeli emas dan meyimpannya di dalam safe box deposit.

(65)

Oleh itu juga, ramai yang mengambil pendekatan dengan membeli emas daripada menyimpan wang mereka begitu sahaja.

Justeru, anda juga harus lakukan sebagaimana orang yang telah berjaya melakukannya. Bertindaklah segera melabur emas. Jangan biarkan diri anda terkebelakang daripada orang lain.

Bercakap tentang ‘safe

box deposit’ ini, jika

anda menyimpan emas anda di bank atau di mana-mana tempat khidmat menyimpan selamat, anda adalah orang yang bijak.

Mengapa saya katakan begitu? Kerana anda telah memindahkan risiko berkenaan emas anda daripada diri anda kepada pihak bank atau pihak syarikat swasta tersebut.

(66)

10

ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:

EMAS DULU LAIN, EMAS

(67)

Betul ke emas dulu dan sekarang lain? Apa yang lainnya?

Terdapat beberapa persoalan yang selalu saya terima seperti mengapa harga emas sekarang tidak sama dengan dulu? Mengapa dulu mudah dijangka? Tapi sekarang sangat sukar?

Keadaan harga emas yang naik dan turun ini pada masa 10 tahun kebelakangan ini adalah perkara yang tidak ramai orang sedar. Pada waktu itu, apa yang orang tahu adalah harga emas semakin meningkat tinggi.

Itu yang mendorong penglibatan ramai orang terhadap pasaran emas pada waktu itu bagaikan orang yang tiada berbelah bagi di dalam kepala mereka. Mereka hanya tahu emas akan naik. Beli hari ini, lagi satu bulan atau 6 bulan harganya pasti akan naik.

Namun begitu, pada akhir tahun 2011 dan tahun-tahun berikutnya, ia telah membuka mata saya bahawa emas telah bertukar cara ‘permainannya’. Emas yang dahulu dikenali sebagai logam berharga yang tidak akan turun harganya lenyap sama sekali.

(68)

Saya sendiri tidak percaya dan bermula dari tahun 2012 dan 2013 saya cuba menyedarkan orang ramai bahawa untuk terlibat di dalam pelaburan emas ini, mereka perlukan ilmu yang mendalam dan perlu menguasai teknik membaca pasaran emas.

Jika dahulu harga emas tidak pernah jatuh. Anda boleh lihat daripada tahun 1998 hinggalah pada tahun 2011, harga emas telah mencapai kenaikan sehingga 86%.

Namun, fenomena sekarang yang berlaku adalah emas telah membuat kejatuhan yang besar dari tahun 2011 hingga tahun 2015. Hanya dalam tempoh 4 tahun, harga emas telah turun sebanyak 47%.

(69)

Mengapakah ini terjadi? Bagaimana harga emas boleh turun sehingga begitu besar nilainya? Adakah benar harga emas ni akan susut? SIla rujuk kepada graf di bawah ini.

Waktu inilah ramai yang menjual kembali emas mereka kerana mereka sangka mereka telah mengalami kerugian. Lebih-lebih lagi pada akhir tahun 2014. Akan tetapi sebenarnya mereka silap. Harga emas memang akan ada naik turunnya.

Ia umpama anda mendaki bukit. Apabila anda telah penat, anda akan berehat seketika untuk menghambil hela sebelum meneruskan pendakian anda. Begitulah juga apa yang berlaku kepada pasaran emas. Malah, bukan sahaja pasaran emas, semua instrumen pelaburan juga mempunyai tabiat dan perangai yang sama.

(70)

Tahukah anda apakah tanda-tanda berlaku penurunan harga emas? Cuba fikirkan apakah

‘rahsia’ disebalik itu? Fenomena yang akan datang kelak akan menjadikan emas akan membuat kembali satu kenaikan yang luar biasa. Harga emas akan melambung tinggi sekali lagi.

Saya menjangkakan harga emas akan naik sehingga 25% dalam masa yang terdekat ini. Jika sekarang purata harga emas pada harga $1200/oz, harga emas akan naik lagi sehingga $1500/oz.

Bagi pandangan saya, sekiranya harga emas dapat memecahkan harga $1500, maka harga emas akan mula naik dan naik lagi selepas itu. Oleh sebab itu, anda wajib beli emas sebelum harga emas terus menaik. Bukan lagi untuk anda menunggu dan terus menunggu harga emas akan turun. Betindak sekarang!

(71)

Jika sekarang, harga emas masih lagi boleh dikatakan rendah berbanding akan datang. Kalau anda perhatikan, nilai harga emas di kedai telah mencecah RM210 segram. Cuba anda bayangkan! Jika harga emas naik lagi dan terus lagi, besar kemungkinan ia akan menceah kepada RM300 atau tinggi lagi pada masa akan datang.

Justeru, jangan lepaskan peluang anda untuk kaut keuntungan dalam pelaburan emas ni. Mulakanlah bertindak sekarang sebelum ianya semakin meningkat tinggi.

(72)

11

ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:

SUPPLY & DEMAND SEMAKIN

(73)

Memberi kesankah supply dan demand kepada emas?

Supply dan demand atau juga kita sebut penawaran dan permintaan adalah perkara asas dan penting di dalam ekonomi. Sebagai bahan komoditi kategori logam berprestij ini, emas juga tidak terkecuali dari supply dan demand.

Terdapat masih banyak lagi penawaran dan permintaan terhadap logam emas ini bagi tujuan pelaburan yang menyebabkan pengeluaran emas saban tahun semakin meningkat.

Anda boleh lihat pengeluaran emas untuk pelaburan seperti emas bar dan syiling emas semakin tinggi. Ini

(74)

menunjukkan bahawa masih ada lagi permintaan terhadap emas ini.

Perkara ini bukanlah main-main. Walaupun emas sudah semakin berkurangan di kerak bumi, namun permintaan

terhadapnya sentiasa meningkat. Ini menunjukkan betapa emas ni sentiasa menjadi rebutan dan pilihan orang ramai.

Mustahil orang akan berdiam diri apabila mereka tahu dengan memiliki emas mereka boleh mengekalkan kekayaan mereka. Bahkan emas juga boleh melindungi kekayaan mereka.

(75)

Sejak tahun 2013, saya meihat ramai orang menjadi sangsi terhadap pergerakan naik dan turun harga emas terutamanya sejak kejatuhan teruknya pada tahun 2011.

Ramai orang mula hilang kepercayaan terhadap emas. Ditambah lagi mereka ini digembar-gemburkan dengan bakal ada penurunan yang lebih besar lagi terhadap harga emas. Maka, mereka ini mula menjual stok emas untuk ditukarkan kepada wang kertas kerana tidak ingin mengalami kerugian.

Tidak kurang dari itu juga, ramai yang membuat langkah bijak untuk mencari ruang membeli emas pada harga rendah. Sudah semestinya mereka yang bijak ini tidak mudah terpedaya dengan desas-desus berkenaan emas kerana mereka ini benar-benar percaya kepada logam emas. Kalau anda lihat, inilah dia kerenah pelabur-pelabur emas dan inilah juga penyebab berlakunya pertukaran tangan ke tangan

(76)

barangan emas yang sangat bernilai ini. Mendapatkan emas terpakai adalah lebih murah berbanding emas yang baru ditempa. Tak gitu?

Namun, jika anda lihat pada saat ini, harga emas mula meingkat naik. Oleh sebab itu, permintaan terhadapnya selalu meningkat. Takkan anda ingin tengok lagi? Cepat ambil tindakan dan capai peluang ini. Jangan jadi seperti pelabur emas yang lepas. Sudah tentu merek amenyesal kerana telah menjualkan emas mereka.

Inilah sebab anda wajib melabur dalam emas kerana peluang anda lebih cerah di dalamnya. Bukan sekadar pelindung kekayaan anda, bahkan anda juga dapat menambahkan kekayaan anda dengan emas jika anda tahu caranya.

Di dalam bab sebelum ini, saya ada terangkan tentang bagaimana ‘cycle’ perubahan angin untuk emas kembali bertahta akan tiba. Waktu itu, pastinya ramai yang akan membeli pada ketika harga emas telah meningkat tinggi. Yang pastinya anda perlu ada ilmu untuk bertindak!!

(77)

12

ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:

HARGA EMAS TIDAK SAMA

BAGI SETIAP PENGEDAR EMAS

(78)

Tahukah anda bahawa harga emas tidak sama bagi setiap pengedar emas?

Setiap pengeluar dan pengedar emas sudah semestinya akan merujuk kepada satu-satunya harga utama ketika membuat transaksi pembelian atau penjualan emas mereka iaitu harga emas semasa. Ia menjadi rujukan seluruh dunia untuk melihat perkembangan turun naik harga emas.

Selain itu, pelabur yang melabur di dalam emas juga turut menjadikan harga emas semasa ini sebagai rujukan mereka sebelum mereka membuat keputusan sama ada ingin membeli lagi emas atau menjual emas mereka. Pendek kata, penting bagi anda untuk mengetahui harga emas semasa jika anda ingin membuat pelaburan yang tepat.

Anda boleh lihat harga emas semasa ini di laman Kitco atau mana-mana laman lain yang berkaitan. Saya akan terangkan dengan lebih lanjut tentang bagaimana anda boleh cek harga emas semasa hanya melalui telefon pintar anda di bab yang seterusnya. Untuk pengetahuan anda, setiap hari harga emas semasa ini akan berubah. Ia selalu dikemaskini

(79)

mengikut harga emas yang diperdagangkan di pasaran emas antarabangsa. Anda rasa berapa harga emas sekarang?

Lihat gambar di bawah ini. Saya kongsikan kepada anda harga emas semasa dan harganya dalam bentuk Ringgit Malaysia juga.

Nampak tak? Harga emas semasa bagi 2 Mei 2017 ini adalah RM174.87. Tapi mengapa anda tidak pernah dapat harga sebegini di kedai atau di mana-mana pengedar emas?

Inilah yang saya cuba sampaikan bahawa walaupun mereka ini semua merujuk kepada satu harga iaitu harga emas semasa (spot price), tetapi sebenarnya harga emas ini tidak ada kawalan langsung.

(80)

Secara realitinya anda tidak akan dapat harga yang mengikuti harga emas semasa. Lebih-lebih lagi bagi harga emas yang dijual di kedai emas. Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku?

Oleh kerana setiap pengedar emas berhak menentukan berapa banyak keuntungan yang ingin mereka perolehi, maka harga emas yang dikeluarkan sememangnya dikawal oleh mereka.

Bagi pengedar emas yang menggunakan rangkaian atas talian, kebanyakan harga emas mereka lebih murah berbanding pengedar emas yang mempunyai kedai emas mereka sendiri.

(81)

emas yang dijual di kedai-kedai emas. Kebanyakan kedai-kedai emas meletakkan harga emas lebih tinggi kerana mereka mempunyai kos-kos sampingan yang perlu ditanggung seperti sewa kedai, utiliti, gaji pekerja dan banyak lagi.

Kalau anda pergi ke kedai emas, cuba anda tanyakan kepada mereka berapa harga emas. Mesti anda akan terkejut dengan perbezaannya dari harga emas semasa. Ini belum termasuk lagi harga barang kemas yang mempunyai upah emas. Amacam??

Anda boleh lihat senarai harga emas bagi gold bar 999 yang saya tunjukkan di bawah ini dan anda sendiri boleh nilai akan perbezaan harga emas tersebut dengan harga emas semasa.

(82)

Konsep mudah yang diamalkan oleh pengedar emas ialah semakin banyak (gram) emas yang anda beli, semakin murah harga segram yang diberikan oleh pengedar emas.

Sebab tu kalau anda perasan, saya selalu cadangkan anda melabur sekurang-kurangnya 10gram sekiranya anda ingin buat pelaburan dalam emas.

Bukan apa, jika anda beli 1gram, harga kos pembuatan bagi 1 gram lebih tinggi daripada 10gram. Ia sangat tidak berbaloi untuk tujuan pelaburan. Sama juga jika anda lihat harga 100gram emas tidak sama dengan harga 10gram emas.

Harga segram bagi 100gram emas lebih murah dan rendah berbanding segram bagi 10gram emas. Saya akan kupas dengan lebih lanjut tentang petua bagaimana anda melabur emas untuk jangka panjang dan pendek di bab yang seterusnya nanti.

(83)

Tapi, semua ini sebenarnya terpulang kepada anda untuk beli mengikut harga yang sesuai buat anda. Anda sendiri perlu membuat pilihan yang tepat. Anda sendiri juga yang menentukan sama ada ingin membeli emas 1gram atau 10 gram. Anda sendiri yang buat pilihan untuk beli emas 999 tau 916. Keputusan di tangan anda.

Oleh sebab itu, seeloknya anda buat dahulu kajian tentang harga emas sebelum membuat keputusan. Anda boleh pergi ke kedai-kedai emas, search syarikat-syarikat

pengedar emas yang menggunakan sistem online, pergi ke branch pengedar emas. Survey berapa harga segram bagi

(84)

emas yang mereka jual. Semua ni penting supaya anda boleh buat keputusan yang tepat sebelum membuat pelaburan di dalam emas.

(85)

13

ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:

PETUA PELABURAN EMAS

JANGKA PANJANG & PENDEK

(86)

Apakah jenis pelaburan emas yang anda lakukan?

Jika di dalam bab yang sebelum ini saya ada nyatakan akan menerangkan lebih terperinci mengenai bagaimana anda boleh melakukan atau membuat pelaburan jenis jangka panjang dan pendek dengan menggunakan emas. Apa yang anda perlu tahu adalah apakah jenis pelaburan jangka panjang dan pendek ini yang anda boleh lakukan.

Sebelum saya menerangkan mengenai pelaburan emas, apa kata anda ambil dulu formula bagaimana nak convert

(87)

harga emas dunia ni kepada harga bagi negara Malaysia. Yelah, harga emas dunia mengikut US Dollar, dah tentu-tentu tak sama nilainya dengan Ringgit Malaysia. Jadi, bagaimana anda nak tahu yang harga segram emas

tu bersamaan dengan berapa Ringgit Malaysia?

Formulanya senang aje. Apa yang anda perlu tahu adalah mesti ada dua perkara ni untuk buat kiraan. Pertama, harga emas dunia. Dan yang kedua, nilai matawang Ringgit Malaysia bagi $1USD.

Cara untuk mengiranya adalah anda ambil nilai harga emas dunia didarabkan dengan nilai matawang Ringgit Malaysia. Kemudian bahagi pula dengan berat 1auns/gram.

(88)

Tentu anda rasa keliru dan pening kan? Kenapa pula tiba-tiba nak kena bahagikan dengan berat dia? Sebenarnya begini, nilai harga emas dunia ni adalah bagi 1auns (ounce/oz) dan 1auns ni tak sama beratnya dengan 1gram kita ni. 1auns ni bersamaan dengan 31.1gram. Sebab tu lah anda kena tukarkan nilai auns kepada gram sebab Malaysia timbang berat emas tak pakai auns, kita pakai gram. Orang luar negara je pakai auns ni.

Macam mana? Boleh faham tak macam mana nak buat kiraan ni? Lepas ni anda dah bolehlah bandingkan harga emas dunia ni berapa segram. Senang nak buat pelaburan nanti sebab anda boleh tahu harga yang anda perlu laburkan untuk

(89)

beli emas tu. Tapi, kalau beli emas kat kedai, takkan dapat harga macam harga pasaranlah sebab mereka dah campur sekali dengan kos pembuatan, upah, sewa kedai, gst, gaji pekerja dan sebagainya. Tapi sekurang-kurangnya anda dah tahu kan?

Berbalik kepada point penting kita iaitu pelaburan jangka panjang dan pendek ni. Bagi pelaburan jangka panjang, ia memerlukan masa lebih dari 10 tahun.

Manakala, pelaburan jangka sederhana memerlukan masa simpanan kurang daripada 5 tahun. Dan jangka masa pendek pula antara 1 ke 2 tahun.

Lepas ni anda sendiri dah boleh buat pengiraan dan perancangan sama ada nak buat pelaburan jenis jangka panjang, sederhana atau pendek. Melalui perancangan tersebut, sudah tentu anda dapat menyusun kewangan anda dengan lebih baik pada masa akan datang.

(90)

Untuk pengetahuan anda, simpanan untuk pelaburan jangka panjang ni sebenarnya adalah untuk hari tua kita. Daripada simpanan emas, anda boleh beli saham atau ASB dan beranakkan nilai tu menjadi lebih banyak lagi. Bagaimana? Anda boleh gunakan wang keuntungan atau dividennya untuk kegunaan pada masa akan datang.

Ingat tak anda pada zaman atok nenek kita dulu mereka wariskan barang kemas kepada anak cucu mereka? Anda pun boleh lakukan perkara sedemikian. Sekiranya anda mempunyai simpanan emas, anda boleh jadikan ia sebagai pusaka untuk waris anda nanti.

(91)

Anda juga boleh jadikan ia dalam pelbagai bentuk. Oleh kerana emas ni sangat berharga dan mudah dicairkan, jadi tak mustahil untuk anda mempelbagaikan harta anda. Dari emas, anda boleh beli tanah, anda boleh beli rumah, dan anda boleh beli emas lagi.

Kesemua ini anda boleh pusakakan buat anak cucu anda nanti. Namun, anda juga boleh gunakan untuk

(92)

keselesaan diri dan keluarga anda. Nampak tak bagaimana kepelbagaian aset yang anda boleh dapatkan hanya dari emas?

Sekiranya anda mempunyai anak dan anda ingin menyediakan tabung kewangan atau pendidikan untuk mereka suatu hari nanti, anda boleh jadikan emas ini sebagai salah satu caranya.

Formulanya senang aje. Saya boleh kongsikan kepada anda bagaimana anda nak buat perancangan kewangan untuk anak anda. Saya rasa pasti setiap ibu bapa nakkan yang terbaik buat anak-anak mereka. Sudah tentu juga mereka inginkan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sebaiknya.

Jadi, bermula dari hari ini, anda sudah boleh membuat kiraan berapa kos yang anda perlukan untuk anak anda ketika umur anak anda mencecah 18 tahun. Selepas membuat

(93)

pengiraan, baru anda mula mengumpul wang untuk beli emas. Kenapa saya cakap emas? Sedangkan anda sendiri boleh kumpul wang anak anda sikit-sikit sampai mereka besarkan?

Salah satu sebabnya adalah nilai emas ni akan sentiasa meningkat setiap tahun. Berbanding dengan nilai wang kertas, kita tak boleh nak jamin yang wang kertas pada zaman anak-anak kita nanti nilainya masih sama.

Cuba saja anda lihat kembali wang kertas pada zaman sebelum ini, bukankah nilai RM50 dulu dan sekarang sudah tidak sama? Jadi mengapa anda perlu bergantung kepada barang yang tidak memegang nilai yang sebenar? So, saya sarankan anda simpan duit untuk beli emas. Cukup simpanan, terus tukarkan kepada emas.

(94)

Contohnya, nak dapatkan 1 dinar emas anda memerlukan dalam RM700 lebih. Setiap bulan anda simpan dalam Rm350. Jadi masuk bulan kedua, anda dah boleh beli 1 dinar tersebut.

Begitu jugalah bagi bulan-bulan yang seterusnya. Dalam soal membuat pelaburan untuk tabung pendidikan anak-anak ni, anda beli aje emas tak kira pada harga dia rendah atau tinggi. Mungkin ia makan masa lebih dari 5 tahun atau kurang lagi.

Tapi, cuba anda bayangkan, apabila tiba pada waktu anak anda berumur 18 tahun dan mereka memerlukan wang

(95)

untuk menyambungkan pelajaran, anda sudah ada tabungan syiling dinar untuk mereka.

Anda sudah tidak perlu lagi bersusah payah memikirkan nak membuat pinjaman dari PTPTN atau sedara mara hanya untuk keperluan dan pendidikan anak-anak anda. Lagi pula, kita juga tidak tahu adakah kerajaan akan masih meneruskan pinjaman PTPTN buat anak-anak anda pada masa akan datang.

Dan bayangkan pula, sekiranya anda menggadaikan tabungan emas simpanan untuk pendidikan anak anda pada waktu tersebut, adakah emas tu masih lagi memegang nilai

(96)

yang sama sewaktu anda beli dulu? Setelah 5 6 tahun, adakah masih sama harganya?

Tidak! Sudah tentu harganya telah meningkat naik daripada waktu anda mula-mula membelinya. Sebabnya dalam pelaburan emas ni, boleh dikatakan keuntungan bagi setahun ialah 15%-20%. Jadi, adakah anda rugi? Adakah ia satu pelaburan yang sangat bagus? Sudah tentulah kan!

Selain sebab nilai emas ni meningkat setiap tahun, ada satu lagi sebab lain kenapa anda perlu tukarkan wang anda kepada emas jika ingin menabung. Oleh kerana jika anda menukarkan kepada emas, sudah tentu anda tidak boleh sewenang-wenangnya membelanjakan emas anda.

Anda tidak boleh ke kedai dan gunakan emas untuk beli barang keperluan anda. Anda perlu cairkan atau tunaikan dahulu emas tersebut kepada wang ringgit, baru anda boleh

(97)

gunakannya. Oleh itu, cara ini sangat membantu anda supaya anda tidak mengalami kebocoran wang.

Sudah tentu jika anda simpan wang, ada sahaja benda yang menyebabkan anda keluarkan kembali wang simpanan anda. Nak baiki itulah, nak beli inilah, nak bayar itulah. Betul tak kata saya? So, emas ini adalah jalan penyelamatnya.

Selain tabung pendidikan, anda juga boleh buat tabungan lain. Anda boleh buat tabungan nak pergi umrah dan haji, tabungan untuk melancong, tabungan beli rumah dan tanah, dan macam-macam lagi.

(98)

Semuanya terserah kepada anda. Tabungan ini boleh jadi pelaburan anda untuk jangka panjang atau mungkin jangka pendek kerana ia bergantung kepada berapa lama masa yang anda nak peruntukkan untuk menyimpannya.

Sekiranya anda ingin membuat pelaburan jangka pendek, anda boleh beli emas pada harga rendah dan jualnya ketika harga emas meningkat. Macam yang saya katakan tadi, keuntungan jual beli emas dalam masa setahun adalah dalam lingkungan 15%-20%. Anda sendiri boleh letakkan target berapa keuntungan yang anda inginkan.

Nak tahu apa yang paling best? Yang syoknya dalam bulan 7 ni harga emas akan buat penurunan. Jadi, apa anda

(99)

yang saya cakapkan ini adalah berdasarkan analisa saya dalam pasaran emas. Sementara harganya tengah jatuh, ambil peluang ini untuk beli emas. Bukan mudah nak tunggu harga emas turun lagi. Memang harga emas ada turun naiknya, tetapi bilakah anda pasti ia kaan turun?

Jika anda juga pakar menganalisis chart pasaran seperti saya, tidak menjadi masalah buat anda untuk mencari waktu yang sesuai. Jika tidak? Mungkin sebab nak tunggu punya tunggu, tup-tup harga emas naik semula. Siapa yang dapat kawal harga emas di pasaran kan?

Nanti, bila dah tahun 2020 anda jual, mesti sangat berbaloi. Cubalah bayangkan kalau pada waktu tu harga emas dah jadi Rm400 segram, boleh melompat giler tengok keuntungan yang anda dapat.

(100)

Anda juga boleh lihat video saya mengenai kemanakah arah gold di atas ini. Sedikit sebanyak saya berkongsikan kepada anda tentang arah perjalanan harga emas buat masa sekarang ini. Anda boleh buat persediaan jika ingin membeli emas.

Saya pasti, mesti ada antara anda yang mempersoalkan, “Habis kalau jual emas, apa yang saya dapat???” Mesti ada yang persoalkan hal ini kan? Memanglah anda beli emas untuk dijual semula. Kalau anda tak jual?

(101)

Macam mana anda nak dapat keuntungannya yang dah meningkat?

Perumpamaan mudah saya bagi, cuba anda bayangkan anda ada rumah atau tanah. Dulu masa anda beli, harganya baru dalam RM70,000. Tapi, apabila masa telah berlalu harga tanah atau rumah tersebut telah meningkat naik dan menceah harga RM150,000.

Jikalau anda nak dapat untung, anda perlu menjualnya dengan harga terkini iaitu RM150,000. Apabila anda telah jual, anda dapat duit dan hartanah tersebut telah bertukar tangan. Keuntungan yang anda dapat RM80,000.

Jadi samalah kesnya macam emas. Sekiranya anda beli, simpan dan jual beberapa tahun kemudian. Harganya bukan sama seperti harga waktu anda beli sebab ia mengikut harga pasaran. Jadi di mana anda akan rugi??

(102)

14

ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:

BREXIT

(103)

Terkesankah emas dengan isu Brexit ini?

Jika anda rewind kembali apa yang berlaku pada bulan Jun tahun 2016, satu dunia telah digemparkan dengan berita United Kingdom (UK) ingin keluar daripada Kesatuan Eropah (EU). Mereka menggelarkan peristiwa ini sebagai Brexit iaitu Britain Exit. Sedar tak sedar, dah setahun isu ini berlalu. Tapi, ia sebenarnya masih lagi memberi kesan kepada dunia.

Pada waktu itu, apabila keputusan undian rakyat diumumkan, majoriti rakyat dengan undian 51.7% bersetuju agar Britain keluar daripada Kesatuan Eropah kerana bagi mereka, negara mereka sudah menjadi sebuah negara yang

(104)

kuat dan kukuh dan tidak memerlukan lagi dokongan daripada Kesatuan Eropah untuk membangun.

Akibat daripada keputusan undian tersebut, empayar EU dilihat akan mengalami kejatuhan. Peristiwa ini juga telah menyebabkan nilai Pound Sterling jatuh paling rendah sepanjang 31 tahun ini iaitu sejak tahun 1985.

Anda boleh lihat gambar di bawah yang menunjukkan matawang Pound Sterling yang menurun dalam Ringgit Malaysia. Tapi apakah kaitan peristiwa Brexit ini dengan emas?

(105)

Jika anda lihat, sebenarnya EU juga merupakan salah satu pengeluar emas. Jadi, apabila matawang Pound Sterling mereka menurun, ramai orang berebut-rebut membeli emas mereka dengan harga yang murah kerana mereka sedar inilah peluang yang boleh diambil bagi mendapatkan emas dengan harga yang lebih murah.

Oleh kerana matawang Pound Sterling telah jatuh merundum, maka harga barangan mereka juga menjadi semakin rendah, termasuklah emas.

Bagi orang luar, mereka menganggap ini adalah tuah kerana nilai tukaran wang asing yang rendah menyebabkan mereka dapat menukarkan wang mereka kepada Pound

(106)

Sterling dengan lebih banyak, bahkan mungkin berganda dari nilai matawang negara mereka.

Anda sendiri lihat bagaimana orang luar mempergunakan isu semasa ini untuk mendapatkan emas. Bagaimana pula dengan anda?

Oleh itu, anda juga harus mengambil peluang ini dan melabur di dalam emas. Kerana inilah antara waktunya untuk anda dapatkan emas dengan harga yang lebih murah.

Tidak kiralah sama ada secara individu, institusi atau negara tertentu yang cuba untuk mendapatkan bekalan emas. Yang pasti, sesiapa yang memiliki emas, mereka dapat melindungi kekayaan mereka daripada kegawatan ekonomi dan inflasi.

Bahkan, dengan memiliki emas juga membuka peluang buat mereka untuk menjana aset atau pendapatan sampingan lain melalui saluran pelaburan.

(107)

15

ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:

PERSAINGAN MATAWANG NAK

(108)

Siapa tak nak jadi juara dunia?

Jika anda perhatikan dengan apa yang berlaku pada matawang Ringgit Malaysia dan US Dollar, anda akan dapati bahawa matawang MYR semakin menyosot dan nilai US Dollar semakin mengukuh. Lihat aje nilai Ringgit Malaysia pada awal tahun ini mencecah hingga 4.50.

Semakin hari matawang Malaysia semakin meninggi sehinggakan nilai MYR sudah semakin tidak laku dipandangan mata negara lain. Bayangkan matawang negara kita ini di mata negara jiran kita sendiri iaitu negara Thailand pun sudah tidak laku.

Kalau dulu, mereka menerima matawang Ringgit Malaysia kerana wang kita ada nilainya. Namun, sejak tragedi Ringgit Malaysia jatuh merudum melebihi daripada keadaan

(109)

mengalami zaman kejatuhan apabila negara-negara lain tidak mahu menerima penggunaan Ringgit Malaysia di negara mereka.

Lihat aje pada notis di sebuah premis di Thailand, mereka sampai menampal notis untuk memaklumkan yang premis mereka sudah tidak lagi menerima Ringgit Malaysia sebagai matawang di sana.

Jadi, kalau anda nak melancong ke sana, kenalah siap-siap tukar matawang Malaysia dengan matawang Bhat mereka. Seingat saya juga, semasa saya ingin menunaikan umrah pada bulan 12 tahun lepas, terdapat juga ura-ura menyatakan

(110)

bahawa kerajaan Arab Saudi sudah tidak menerima penggunaan Ringgit Malaysia di sana.

Terpaksalah saya siap-siap tukarkan mawatang wang di sini sebab tak nak menyesal pula bila tiba di sana. Mana tak nya, Ringgit Malaysia yang dulu berada dalam sekitar RM3.80 ke RM3.90 per USD kini sudah mencecah RM4.50.

Oleh sebab perbezaan matawang Malaysia dan US Dollar ni lebih berkali ganda bezanya ia juga telah menyebabkan taraf hidup rakyat Malaysia semakin tinggi. Mana taknya, kalau kita nak keluar negara, bandingkan aje perbezaan matawang kita dan negara kita nak pergi tu. Beza

(111)

satu kali ganda ke, dua kali ganda ke, tiga kali ganda ke atau lebih? Kalau lebih, memang banyak pakai kos lah jawabnya.

Lihat graf di atas ini, anda dapat lihat nilai matawang Ringgit Malaysia bagi $1USD semakin jauh meningkat dalam tempoh 2 tahun sahaja. Sekarang ni, kalau nak beli barang kalau tak ada RM100-RM200 ditangan, janganlah gatal-gatal tangan main ambil barang. Itupun boleh dapat sikit je barang.

Pernahkah anda terfikir, mungkinkah suatu hari nanti matawang Malaysia juga akan sudah tidak laku di Malaysia sendiri? Yelah. Macam apa yang berlaku di negara Zimbabwe. Kita cuma cuba ambil ikhtibar aje dari apa yang berlaku di sekeliling kita. Sebab kalau boleh kita tak nak lah kan perkara sebegini terjadi kepada negara tercinta kita ni. Siapa yang suka melarat di tanah air sendiri?

Gambar

Gambar kilang rokok British American Tobacco

Referensi

Dokumen terkait

Teknik pembiusan dengan penyuntikkan obat yang dapat menyebabkan pasien mengantuk, tetapi masih memiliki respon normal terhadap rangsangan verbal dan tetap dapat mempertahankan

hasil penelitian menunjukan kelompok eksperimen yang diberikan video tutorial memperoleh hasil peningkatan dalam kemampuan kognitif di bandingkan kelompok kontrol,

Judul Tesis : HUBUNGAN SOSIAL EKONOMI DAN INTAKE ZAT GIZI DENGAN TINGGI BADAN ANAK BARU MASUK SEKOLAH (TBABS) PADA DAERAH ENDEMIS GAKY DI KECAMATAN PARBULUAN

Dan dalam pemenuhan kebutuhan tersebut, perilaku yang dimunculkan akan berbeda dalam menghadapi sesuatu, untuk melakukan kebutuhan secara riligius membutuhkan niat

Teknik spyware yang bertujuan untuk memonitor dan merekam semua paket data yang melewati jaringan dikenal dengan.. Teknik spyware yang bertujuan untuk mengubah paket data

Pada Gambar 4.6 merupakan model reservoir panas bumi hasil inversi 3D dengan hanya menampilkan densitas total 2,5 gr/cm 3 sampai dengan 2,7 gr/cm 3 , dapat dilihat

Alhamdulillahhirobbil’aalamin, puji syukur penulis panjatkan kehadirat Allah SWT, karena atas rahmat-Nya penulis dapat menyelesaikan penelitian yang berjudul “ Hubungan

Berdasarkan hasil dan pembahasan dalam penelitian ini, maka dapat disimpulkan bahwa yang menjadi pertimbangan hakim dalam memutuskan kasus pembunuhan yang dilakukan