• Tidak ada hasil yang ditemukan

PETUA PELABURAN EMAS JANGKA PANJANG & PENDEK

Dalam dokumen 25 Cara Ir Sofian TENTANG PENULIS (Halaman 85-107)

Apakah jenis pelaburan emas yang anda lakukan?

Jika di dalam bab yang sebelum ini saya ada nyatakan akan menerangkan lebih terperinci mengenai bagaimana anda boleh melakukan atau membuat pelaburan jenis jangka panjang dan pendek dengan menggunakan emas. Apa yang anda perlu tahu adalah apakah jenis pelaburan jangka panjang dan pendek ini yang anda boleh lakukan.

Sebelum saya menerangkan mengenai pelaburan emas, apa kata anda ambil dulu formula bagaimana nak convert

harga emas dunia ni kepada harga bagi negara Malaysia. Yelah, harga emas dunia mengikut US Dollar, dah tentu-tentu tak sama nilainya dengan Ringgit Malaysia. Jadi, bagaimana anda nak tahu yang harga segram emas

tu bersamaan dengan berapa Ringgit Malaysia?

Formulanya senang aje. Apa yang anda perlu tahu adalah mesti ada dua perkara ni untuk buat kiraan. Pertama, harga emas dunia. Dan yang kedua, nilai matawang Ringgit Malaysia bagi $1USD.

Cara untuk mengiranya adalah anda ambil nilai harga emas dunia didarabkan dengan nilai matawang Ringgit Malaysia. Kemudian bahagi pula dengan berat 1auns/gram.

Tentu anda rasa keliru dan pening kan? Kenapa pula tiba-tiba nak kena bahagikan dengan berat dia? Sebenarnya begini, nilai harga emas dunia ni adalah bagi 1auns (ounce/oz) dan 1auns ni tak sama beratnya dengan 1gram kita ni. 1auns ni bersamaan dengan 31.1gram. Sebab tu lah anda kena tukarkan nilai auns kepada gram sebab Malaysia timbang berat emas tak pakai auns, kita pakai gram. Orang luar negara je pakai auns ni.

Macam mana? Boleh faham tak macam mana nak buat kiraan ni? Lepas ni anda dah bolehlah bandingkan harga emas dunia ni berapa segram. Senang nak buat pelaburan nanti sebab anda boleh tahu harga yang anda perlu laburkan untuk

beli emas tu. Tapi, kalau beli emas kat kedai, takkan dapat harga macam harga pasaranlah sebab mereka dah campur sekali dengan kos pembuatan, upah, sewa kedai, gst, gaji pekerja dan sebagainya. Tapi sekurang-kurangnya anda dah tahu kan?

Berbalik kepada point penting kita iaitu pelaburan jangka panjang dan pendek ni. Bagi pelaburan jangka panjang, ia memerlukan masa lebih dari 10 tahun.

Manakala, pelaburan jangka sederhana memerlukan masa simpanan kurang daripada 5 tahun. Dan jangka masa pendek pula antara 1 ke 2 tahun.

Lepas ni anda sendiri dah boleh buat pengiraan dan perancangan sama ada nak buat pelaburan jenis jangka panjang, sederhana atau pendek. Melalui perancangan tersebut, sudah tentu anda dapat menyusun kewangan anda dengan lebih baik pada masa akan datang.

Untuk pengetahuan anda, simpanan untuk pelaburan jangka panjang ni sebenarnya adalah untuk hari tua kita. Daripada simpanan emas, anda boleh beli saham atau ASB dan beranakkan nilai tu menjadi lebih banyak lagi. Bagaimana? Anda boleh gunakan wang keuntungan atau dividennya untuk kegunaan pada masa akan datang.

Ingat tak anda pada zaman atok nenek kita dulu mereka wariskan barang kemas kepada anak cucu mereka? Anda pun boleh lakukan perkara sedemikian. Sekiranya anda mempunyai simpanan emas, anda boleh jadikan ia sebagai pusaka untuk waris anda nanti.

Anda juga boleh jadikan ia dalam pelbagai bentuk. Oleh kerana emas ni sangat berharga dan mudah dicairkan, jadi tak mustahil untuk anda mempelbagaikan harta anda. Dari emas, anda boleh beli tanah, anda boleh beli rumah, dan anda boleh beli emas lagi.

Kesemua ini anda boleh pusakakan buat anak cucu anda nanti. Namun, anda juga boleh gunakan untuk

keselesaan diri dan keluarga anda. Nampak tak bagaimana kepelbagaian aset yang anda boleh dapatkan hanya dari emas?

Sekiranya anda mempunyai anak dan anda ingin menyediakan tabung kewangan atau pendidikan untuk mereka suatu hari nanti, anda boleh jadikan emas ini sebagai salah satu caranya.

Formulanya senang aje. Saya boleh kongsikan kepada anda bagaimana anda nak buat perancangan kewangan untuk anak anda. Saya rasa pasti setiap ibu bapa nakkan yang terbaik buat anak-anak mereka. Sudah tentu juga mereka inginkan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sebaiknya.

Jadi, bermula dari hari ini, anda sudah boleh membuat kiraan berapa kos yang anda perlukan untuk anak anda ketika umur anak anda mencecah 18 tahun. Selepas membuat

pengiraan, baru anda mula mengumpul wang untuk beli emas. Kenapa saya cakap emas? Sedangkan anda sendiri boleh kumpul wang anak anda sikit-sikit sampai mereka besarkan?

Salah satu sebabnya adalah nilai emas ni akan sentiasa meningkat setiap tahun. Berbanding dengan nilai wang kertas, kita tak boleh nak jamin yang wang kertas pada zaman anak-anak kita nanti nilainya masih sama.

Cuba saja anda lihat kembali wang kertas pada zaman sebelum ini, bukankah nilai RM50 dulu dan sekarang sudah tidak sama? Jadi mengapa anda perlu bergantung kepada barang yang tidak memegang nilai yang sebenar? So, saya sarankan anda simpan duit untuk beli emas. Cukup simpanan, terus tukarkan kepada emas.

Contohnya, nak dapatkan 1 dinar emas anda memerlukan dalam RM700 lebih. Setiap bulan anda simpan dalam Rm350. Jadi masuk bulan kedua, anda dah boleh beli 1 dinar tersebut.

Begitu jugalah bagi bulan-bulan yang seterusnya. Dalam soal membuat pelaburan untuk tabung pendidikan anak-anak ni, anda beli aje emas tak kira pada harga dia rendah atau tinggi. Mungkin ia makan masa lebih dari 5 tahun atau kurang lagi.

Tapi, cuba anda bayangkan, apabila tiba pada waktu anak anda berumur 18 tahun dan mereka memerlukan wang

untuk menyambungkan pelajaran, anda sudah ada tabungan syiling dinar untuk mereka.

Anda sudah tidak perlu lagi bersusah payah memikirkan nak membuat pinjaman dari PTPTN atau sedara mara hanya untuk keperluan dan pendidikan anak-anak anda. Lagi pula, kita juga tidak tahu adakah kerajaan akan masih meneruskan pinjaman PTPTN buat anak-anak anda pada masa akan datang.

Dan bayangkan pula, sekiranya anda menggadaikan tabungan emas simpanan untuk pendidikan anak anda pada waktu tersebut, adakah emas tu masih lagi memegang nilai

yang sama sewaktu anda beli dulu? Setelah 5 6 tahun, adakah masih sama harganya?

Tidak! Sudah tentu harganya telah meningkat naik daripada waktu anda mula-mula membelinya. Sebabnya dalam pelaburan emas ni, boleh dikatakan keuntungan bagi setahun ialah 15%-20%. Jadi, adakah anda rugi? Adakah ia satu pelaburan yang sangat bagus? Sudah tentulah kan!

Selain sebab nilai emas ni meningkat setiap tahun, ada satu lagi sebab lain kenapa anda perlu tukarkan wang anda kepada emas jika ingin menabung. Oleh kerana jika anda menukarkan kepada emas, sudah tentu anda tidak boleh sewenang-wenangnya membelanjakan emas anda.

Anda tidak boleh ke kedai dan gunakan emas untuk beli barang keperluan anda. Anda perlu cairkan atau tunaikan dahulu emas tersebut kepada wang ringgit, baru anda boleh

gunakannya. Oleh itu, cara ini sangat membantu anda supaya anda tidak mengalami kebocoran wang.

Sudah tentu jika anda simpan wang, ada sahaja benda yang menyebabkan anda keluarkan kembali wang simpanan anda. Nak baiki itulah, nak beli inilah, nak bayar itulah. Betul tak kata saya? So, emas ini adalah jalan penyelamatnya.

Selain tabung pendidikan, anda juga boleh buat tabungan lain. Anda boleh buat tabungan nak pergi umrah dan haji, tabungan untuk melancong, tabungan beli rumah dan tanah, dan macam-macam lagi.

Semuanya terserah kepada anda. Tabungan ini boleh jadi pelaburan anda untuk jangka panjang atau mungkin jangka pendek kerana ia bergantung kepada berapa lama masa yang anda nak peruntukkan untuk menyimpannya.

Sekiranya anda ingin membuat pelaburan jangka pendek, anda boleh beli emas pada harga rendah dan jualnya ketika harga emas meningkat. Macam yang saya katakan tadi, keuntungan jual beli emas dalam masa setahun adalah dalam lingkungan 15%-20%. Anda sendiri boleh letakkan target berapa keuntungan yang anda inginkan.

Nak tahu apa yang paling best? Yang syoknya dalam bulan 7 ni harga emas akan buat penurunan. Jadi, apa anda

yang saya cakapkan ini adalah berdasarkan analisa saya dalam pasaran emas. Sementara harganya tengah jatuh, ambil peluang ini untuk beli emas. Bukan mudah nak tunggu harga emas turun lagi. Memang harga emas ada turun naiknya, tetapi bilakah anda pasti ia kaan turun?

Jika anda juga pakar menganalisis chart pasaran seperti saya, tidak menjadi masalah buat anda untuk mencari waktu yang sesuai. Jika tidak? Mungkin sebab nak tunggu punya tunggu, tup-tup harga emas naik semula. Siapa yang dapat kawal harga emas di pasaran kan?

Nanti, bila dah tahun 2020 anda jual, mesti sangat berbaloi. Cubalah bayangkan kalau pada waktu tu harga emas dah jadi Rm400 segram, boleh melompat giler tengok keuntungan yang anda dapat.

Anda juga boleh lihat video saya mengenai kemanakah arah gold di atas ini. Sedikit sebanyak saya berkongsikan kepada anda tentang arah perjalanan harga emas buat masa sekarang ini. Anda boleh buat persediaan jika ingin membeli emas.

Saya pasti, mesti ada antara anda yang mempersoalkan, “Habis kalau jual emas, apa yang saya dapat???” Mesti ada yang persoalkan hal ini kan? Memanglah anda beli emas untuk dijual semula. Kalau anda tak jual?

Macam mana anda nak dapat keuntungannya yang dah meningkat?

Perumpamaan mudah saya bagi, cuba anda bayangkan anda ada rumah atau tanah. Dulu masa anda beli, harganya baru dalam RM70,000. Tapi, apabila masa telah berlalu harga tanah atau rumah tersebut telah meningkat naik dan menceah harga RM150,000.

Jikalau anda nak dapat untung, anda perlu menjualnya dengan harga terkini iaitu RM150,000. Apabila anda telah jual, anda dapat duit dan hartanah tersebut telah bertukar tangan. Keuntungan yang anda dapat RM80,000.

Jadi samalah kesnya macam emas. Sekiranya anda beli, simpan dan jual beberapa tahun kemudian. Harganya bukan sama seperti harga waktu anda beli sebab ia mengikut harga pasaran. Jadi di mana anda akan rugi??

14

ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:

Terkesankah emas dengan isu Brexit ini?

Jika anda rewind kembali apa yang berlaku pada bulan Jun tahun 2016, satu dunia telah digemparkan dengan berita United Kingdom (UK) ingin keluar daripada Kesatuan Eropah (EU). Mereka menggelarkan peristiwa ini sebagai Brexit iaitu Britain Exit. Sedar tak sedar, dah setahun isu ini berlalu. Tapi, ia sebenarnya masih lagi memberi kesan kepada dunia.

Pada waktu itu, apabila keputusan undian rakyat diumumkan, majoriti rakyat dengan undian 51.7% bersetuju agar Britain keluar daripada Kesatuan Eropah kerana bagi mereka, negara mereka sudah menjadi sebuah negara yang

kuat dan kukuh dan tidak memerlukan lagi dokongan daripada Kesatuan Eropah untuk membangun.

Akibat daripada keputusan undian tersebut, empayar EU dilihat akan mengalami kejatuhan. Peristiwa ini juga telah menyebabkan nilai Pound Sterling jatuh paling rendah sepanjang 31 tahun ini iaitu sejak tahun 1985.

Anda boleh lihat gambar di bawah yang menunjukkan matawang Pound Sterling yang menurun dalam Ringgit Malaysia. Tapi apakah kaitan peristiwa Brexit ini dengan emas?

Jika anda lihat, sebenarnya EU juga merupakan salah satu pengeluar emas. Jadi, apabila matawang Pound Sterling mereka menurun, ramai orang berebut-rebut membeli emas mereka dengan harga yang murah kerana mereka sedar inilah peluang yang boleh diambil bagi mendapatkan emas dengan harga yang lebih murah.

Oleh kerana matawang Pound Sterling telah jatuh merundum, maka harga barangan mereka juga menjadi semakin rendah, termasuklah emas.

Bagi orang luar, mereka menganggap ini adalah tuah kerana nilai tukaran wang asing yang rendah menyebabkan mereka dapat menukarkan wang mereka kepada Pound

Sterling dengan lebih banyak, bahkan mungkin berganda dari nilai matawang negara mereka.

Anda sendiri lihat bagaimana orang luar mempergunakan isu semasa ini untuk mendapatkan emas. Bagaimana pula dengan anda?

Oleh itu, anda juga harus mengambil peluang ini dan melabur di dalam emas. Kerana inilah antara waktunya untuk anda dapatkan emas dengan harga yang lebih murah.

Tidak kiralah sama ada secara individu, institusi atau negara tertentu yang cuba untuk mendapatkan bekalan emas. Yang pasti, sesiapa yang memiliki emas, mereka dapat melindungi kekayaan mereka daripada kegawatan ekonomi dan inflasi.

Bahkan, dengan memiliki emas juga membuka peluang buat mereka untuk menjana aset atau pendapatan sampingan lain melalui saluran pelaburan.

15

ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:

PERSAINGAN MATAWANG NAK

Dalam dokumen 25 Cara Ir Sofian TENTANG PENULIS (Halaman 85-107)

Dokumen terkait