• Tidak ada hasil yang ditemukan

PUTARAN KRISIS EKONOMI DUNIA KEMBALI

Dalam dokumen 25 Cara Ir Sofian TENTANG PENULIS (Halaman 162-174)

Sediakah anda dengan putaran krisis ekonomi?

Putaran krisis ekonomi dunia yang dijangkakan pada 2018 kini semakin terasa. Bukan hanya negara Malaysia menerima tempiasnya, malah negara lain juga turut sama merasakan bahang krisis tersebut.

Bagi anda yang seusia Gen Y, mungkin perkara ini adalah baru untuk anda. Akan tetapi, bagi mereka yang seusia dengan saya sekitar 40-an ke atas, pastinya anda telah berhadapan dengan satu krisis yang sangat teruk yang berlaku pada tahun 1998 dan ulangannya pada sepuluh tahun kemudian iaitu tahun 2008.

Anda boleh lihat chart KLCI di atas yang menunjukkan keadaan ekonomi negara kita ketika krisis ekonomi dunia berlaku. Lihat bagaimana ekonomi Malaysia merudum jatuh dengan pantasnya ketika krisis ekonomi dunia berlaku. Bagaimanakah pula dengan keadaan krisis ekonomi dunia pada kali ini?

Untuk pengetahuan anda, putaran krisis ekonomi kali ini dijangkakan lebih teruk daripada krisis yang pernah berlaku sebelum ini. Cuba aje anda bayangkan pada chart tersebut jika ia jatuh lebih teruk dari tahun 1998 dan 2008. Bersediakah anda untuk menghadapinya? Sudahkah anda mempunyai aset yang mampu melindungi harta anda dan wang anda dari ranap

Perkara ini sudah jelas-jelas menunjukkan bahawa kita sebenarnya sedang berdepan dengan krisis ekonomi yang sangat dahyat. Apakah persediaan anda untuk menghadapinya?

Tahukah anda apa yang akan berlaku sekiranya krisis ekonomi dunia berlaku? Perkara ini akan menyebabkan banyak syarikat akan ditutup dan ramai orang akan hilang pekerjaan mereka. Anda sendiri sudah boleh lihat berapa banyak syarikat mula memberhentikan pekerja mereka.

Selain itu, banyak kereta yang akan ditarik dan rumah akan dilelong akibat ramai orang tidak lagi mampu untuk membayar hutang-hutang mereka dengan bank akibat kos sara hidup yang tinggi. Bukan sahaja kos sara hidup yang tinggi,

bahkan ketika krisis ekonomi ini terjadi, sudah pasti akan berlakunya inflasi di mana nilai matawang sudah tidak lagi bernilai dan pada waktu itu juga akan ramai yang hilang pekerjaan.

Kalau anda lihat, sekarang ni pun dah susah nak cari pekerjaan. Ramai yang menganggur kerana tiada peluang pekerjaan. Kalau ada pun, banyak dah dimonopoli oleh buruh asing yang dibawa masuk oleh kerajaan dan agensi-agensi berdaftar. Anda sendiri boleh lihat maklumatnya di portal rasmi Kementerian Dalam Negeri bahagian maklumat perkhidmatan pengurusan pekerja asing.

Bayangkan aje sedangkan graduan lepasan universiti yang belajar tinggi-tinggi pun masih ada yang tidak mendapat pekerjaan. Statistik menunjukkan 23% daripada penganggur di Malaysia ni adalah graduan. Seram tak? Anda sepatutnya takut melihat keadaan seperti ini belaku.

Jika anda perhatikan, sebenarnya tanda-tanda krisis ni telah pun berlaku sedikit demi sedikit. Sudah ramai orang mula hilang pekerjaan mereka. Jadi, apakah persiapan anda untuk menghadapi putaran krisis ekonomi ini?

Satu yang saya sarankan adalah anda melabur di dalam emas kerana emas mampu membantu anda mengekalkan kekayaan anda selain memberikan anda keuntungan yang

lumayan ketika krisis ekonomi berlaku. Hal ini kerana apabila krisis ekonomi berlaku, harga emas akan melambung tinggi.

Cuba anda bayangkan sekarang, pada tahun 2017 ini telah banyak juga kita dengar kes-kes tentang rumah yang pemiliknya tidak dapat bayar dan ianya terpaksa dilelong.

Seandainya anda mempunyai kadar kewangan yang bagus, secara tidak langsung anda boleh gunakan peluang keemasan ini untuk menambahkan aset anda dengan mendapatkan harga cheap sale pada situasi yang berlaku sekarang ini. Bayangkan harga rumah yang bernilai RM170 ribu anda boleh beli dengan harga RM50 ribu. Ini betul-betul cheap sale kan?

Saya pasti bahawa selalu kita akan teruja dan terdorong untuk mencari peluang untuk shopping atau membeli belah di pasar raya yang memberikan potongan harga atau diskaun yang tinggi.

Kalau boleh nak diskaun sehingga lebih daripada 50%. Masa tu kita akan lihat ramai orang akan berpusu-pusu untuk membeli sampai lupa diri. Sedangkan barang tersebut bukanlah keperluan mereka. Kalau pakaian tu mereka beli sampai dah tak muat almari. Sebab apa? Sebab sale lah.

Akan tetapi, mengapa tidak anda memikirkan untuk mengambil peluang pada situasi yang berlaku sekarang ini untuk memberikan satu pulangan yang lebih menarik pada diri kita pada masa sekarang dan pada masa akan datang? Apabila

saya kata pada masa sekarang, anda akan dapat beli hartanah pada harga cheap sale. Pasti ia akan memberikan anda kegembiraaan yang luar biasa.

Pada masa yang panjang pula anda boleh jual hartanah tersebut apabila ekonomi telah pulih dengan harga berlipat kali ganda berbanding waktu anda beli ketika pra crisis atau krisis berlaku. Amacam? Teruja tak? Saya pasti ada di antara anda ini yang merupakan pelabur tegar yang sudah bersiap sedia untuk merebut peluang keemasan ini kan!

Apa pun, semua ini adalah bertitik tolak daripada kesedaran anda sendiri tentang peri penting anda mengambil peluang dan peka dengan situasi semasa.

dan persediaan anda untuk memiliki aset pada harga yang rendah.

Selain itu, anda juga boleh membeli saham-saham murah yang boleh memberikan keuntungan dengan segera. Pada waktu bila sesuai untuk anda beli? Sekarang inilah sebab sekarang kita sudah berada pada fasa pra-krisis dan ketika inilah pasaran saham berada dalam keadaan superbull di mana ia akan membuat kenaikan yang sangat cantik. Beli pada harga rendah, dan jual apabila anda sudah mengaut keuntungan.

Tapi, ini adalah untuk jangka pendek sahaja. Ketika krisis berlaku, lebih baik anda elakkan daripada membeli lagi saham kerana pada waktu itu harga-harga saham akan turut

terjejas sepertimana yang pernah berlaku pada krisis-krisis yang lepas apabila pelabur ramai mengalami kerugian akibat kejatuhan teruk pada pasara saham.

Namun, sedarkah anda apabila krisis berlaku hanya dua sahaja perkara yang orang akan simpan iaitu hartanah dan emas. Sebab apa ye? Sudah tentu harga emas dan hartanah akan melambung semula ketika krisis telah habis iaitu ketika ekonomi telah pulih semula.

Anda rasa kalau anda ada emas, syok tak? Mestilah syok kan sebab bagi yang memiliki emas, mereka telah dapat menggandakan kekayaan mereka dengan emas tersebut.

Jadi, bilakah lagi anda ingin bertindak untuk memiliki emas sendiri yang dapat membantu anda kaya ketika saat krisis ekonomi dunia berlaku? Anda boleh klik dan lihat video saya di bawah ini mengenai krisis yang berlaku dan apa yang anda perlu lakukan.

21

ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:

LUMRAH MANUSIA APABILA

Dalam dokumen 25 Cara Ir Sofian TENTANG PENULIS (Halaman 162-174)