• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERSAINGAN MATAWANG NAK JADI JUARA DUNIA

Dalam dokumen 25 Cara Ir Sofian TENTANG PENULIS (Halaman 107-120)

Siapa tak nak jadi juara dunia?

Jika anda perhatikan dengan apa yang berlaku pada matawang Ringgit Malaysia dan US Dollar, anda akan dapati bahawa matawang MYR semakin menyosot dan nilai US Dollar semakin mengukuh. Lihat aje nilai Ringgit Malaysia pada awal tahun ini mencecah hingga 4.50.

Semakin hari matawang Malaysia semakin meninggi sehinggakan nilai MYR sudah semakin tidak laku dipandangan mata negara lain. Bayangkan matawang negara kita ini di mata negara jiran kita sendiri iaitu negara Thailand pun sudah tidak laku.

Kalau dulu, mereka menerima matawang Ringgit Malaysia kerana wang kita ada nilainya. Namun, sejak tragedi Ringgit Malaysia jatuh merudum melebihi daripada keadaan

mengalami zaman kejatuhan apabila negara-negara lain tidak mahu menerima penggunaan Ringgit Malaysia di negara mereka.

Lihat aje pada notis di sebuah premis di Thailand, mereka sampai menampal notis untuk memaklumkan yang premis mereka sudah tidak lagi menerima Ringgit Malaysia sebagai matawang di sana.

Jadi, kalau anda nak melancong ke sana, kenalah siap-siap tukar matawang Malaysia dengan matawang Bhat mereka. Seingat saya juga, semasa saya ingin menunaikan umrah pada bulan 12 tahun lepas, terdapat juga ura-ura menyatakan

bahawa kerajaan Arab Saudi sudah tidak menerima penggunaan Ringgit Malaysia di sana.

Terpaksalah saya siap-siap tukarkan mawatang wang di sini sebab tak nak menyesal pula bila tiba di sana. Mana tak nya, Ringgit Malaysia yang dulu berada dalam sekitar RM3.80 ke RM3.90 per USD kini sudah mencecah RM4.50.

Oleh sebab perbezaan matawang Malaysia dan US Dollar ni lebih berkali ganda bezanya ia juga telah menyebabkan taraf hidup rakyat Malaysia semakin tinggi. Mana taknya, kalau kita nak keluar negara, bandingkan aje perbezaan matawang kita dan negara kita nak pergi tu. Beza

satu kali ganda ke, dua kali ganda ke, tiga kali ganda ke atau lebih? Kalau lebih, memang banyak pakai kos lah jawabnya.

Lihat graf di atas ini, anda dapat lihat nilai matawang Ringgit Malaysia bagi $1USD semakin jauh meningkat dalam tempoh 2 tahun sahaja. Sekarang ni, kalau nak beli barang kalau tak ada RM100-RM200 ditangan, janganlah gatal-gatal tangan main ambil barang. Itupun boleh dapat sikit je barang.

Pernahkah anda terfikir, mungkinkah suatu hari nanti matawang Malaysia juga akan sudah tidak laku di Malaysia sendiri? Yelah. Macam apa yang berlaku di negara Zimbabwe. Kita cuma cuba ambil ikhtibar aje dari apa yang berlaku di sekeliling kita. Sebab kalau boleh kita tak nak lah kan perkara sebegini terjadi kepada negara tercinta kita ni. Siapa yang suka melarat di tanah air sendiri?

Lihat aje matawang Zimbabwe, matawang mereka kini dah naik berjuta-juta. Walau mereka bawa banyak wang sampai berguni-guni, tapi kebanyakan peniaga sudah tidak mahu lagi menerima matawang sebagai pertukaran jual beli barang. Mereka lebih menerima jika pembeli membayar dengan emas.

Apakah tindakan anda jika menghadapi situasi seperti itu? Tidakkah anda takut kalau-kalau ia berlaku di Malaysia juga? Apakah persiapan anda nak hadapi situasi seperti ini?

Bukankah anda sepatutnya membuat persediaan dan persiapan awal bagi menghadapi isu ini? Bagaimanakah caranya untuk anda mengekalkan wang yang anda ada?

Inilah dia satu-satunya jalan anda iaitu dengan menukarkan wang anda kepada emas. Kerana emas tetap berharga dan bernilai tidak kira pada waktu apa pun. Malah harganya akan meningkat lebih tinggi setiap tahun.

Dengan apa yang saya tunjukkan pada anda tadi, anda sendiri boleh lihat persaingan matawang Malaysia dengan negara lain adalah sangat sengit. Jika anda perhatikan, nilai matawang negara jiran kita iaitu negara Indonesia pula sudah semakin membaik.

Mengikut sumber, pengeluaran wang baru mereka yang terkini sudah semakin berkurang nombor ‘0’ dibelakangnya. Kerajaan Indonesia hanya mengeluarkan wang kertas bernilai Rs100000, Rs50000, Rs 20000, Rs10000, Rs5000, Rs2000 dan Rs1000.

Tiada lagi nilai juta rupiah di dalam wang kertas mereka. Hal ini menunjukkan ekonomi negara Indonesia sudah semakin membangun dan nilai matawang mereka juga sudah semakin rendah. Walaupun tak adalah serendah macam matawang kita, tapi ia satu perkara yang baik kerana sekurang-kurangnya menampakkan ekonomi mereka semakin pulih.

Tapi, bagaimana pula dengan keadaan negara Malaysia? Pada asalnya matawang negara kita tidak jauh beza dengan negara lain. Tapi kini, nilai matawang kita semakin jatuh dengan teruknya. Jika keadaan ekonomi Malaysia berterusan sebegini, tidak mustahil Malaysia juga mampu untuk menjadi seperti negara Zimbabwe.

Cuba anda bayangkan keadaan matawang Dollar Zimbabwe semakin jatuh teruk sehinggakan untuk membeli sebuku roti sahaja mereka memerlukan berbillion dollar. Berbilion tau, bukan seringgit dua.

Dahulu, seingat saya kalau nak dapatkan 1 Juta Rupiah Indonesia kita kena ada RM300. Akan tetapi, sekarang matawang kita sudah naik tinggi kepada RM325. Bayangkan pula, sekarang ni matawang mereka sudah banyak hilang kosong sehingga maksimum 100,000 Rupiah dan pastinya mereka akan menaikkan nilai Rupiah mereka.

Sama juga dengan nilai matawang Arab Saudi iaitu Riyal. Dahulu jikalau kita ada 100 Riyal, kita hanya perlukan dalam RM80 sahaja.

Tapi sampai satu masa, ia telah menjadi nilai yang sama iaitu 100 Riyal bersamaan RM100. Akan tetapi, yang terkini, nak dapat 100 Riyal kita kena bayar sebanyak RM115.

Pernah tak anda bayangkan bagaimana anda nak pergi umrah atau haji dengan nilaian matawang kita yang semakin membesar? Semakin tinggi matawang kita berbanding Riyal, maka memang akan memberikan kesan kepada mereka yang ingin ke sana kerana kos sudah semakin tinggi dari sebelum ini. Inilah yang terjadi apabila berlaku perubahan pada keadaan matawang kita.

Tidakkah anda risau melihat keadaan ekonomi negara kita?? Negara lain masing-masing cuba bersaing untuk membaik pulih ekonomi mereka dengan mempertingkatkan lagi matawang mereka. Tapi, Malaysia??

Oleh itu, berulang kali saya katakan, melaburlah di dalam emas kerana ia dapat menjamin kehidupan anda sekiranya nilai matawang negara kita sudah tidak laku. Anda boleh jadikan ia sebagai salah satu persediaan sebelum perkara sebegini terjadi.

Sekurang-kurangnya, sekiranya anda ingin pergi ke negara lain, anda mempunyai emas untuk di tukarkan kepada matawang mereka. Bahkan, harga emas sudah pasti akan meningkat dan ia mudah aje dicairkan. Anda tidak perlu risau sekiranya ia membawa kerugian kerana sudah tentu harga emas tersebut akan dikiran berdasarkan harga pasaran ketika itu.

Jika nak dibandingkan dengan wang kertas negara kita, apakah anda boleh memberi jaminan wang kertas yang anda miliki sekarang akan sama nilainya pada masa akan datang? Mampukah MYR menyaingi matawang negara lain yang semakin hari semakin tinggi di mata dunia?

Fikir-fikirkanlah! Tak usah memandang jauh ke negara jiran. Anda cuma bayangkan aje nilai matawang kita pada masa kini dan pada tahun-tahun sebelum ini. Pasti anda akan tahu jawapannya.

16

ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:

KRISIS EKONOMI MALAYSIA &

Dalam dokumen 25 Cara Ir Sofian TENTANG PENULIS (Halaman 107-120)