• Tidak ada hasil yang ditemukan

SAFE HAVEN’)

Dalam dokumen 25 Cara Ir Sofian TENTANG PENULIS (Halaman 174-189)

Anda rasa ada benda lain yang ‘save haven’ tak?

Melabur di dalam emas sebenarnya sangat banyak memberikan manfaat kepada anda. Hal ini kerana sudah menjadi lumrah manusia apabila mereka takut, mereka akan cuba mencari sesuatu yang memberikan jaminan.

Satu perkara yang mungkin anda tidak tahu bahawa sesebuah negara atau institusi akan membeli emas apabila mereka rasa negara mereka sudah tidak selamat lagi dengan kesan ketidakstabilan ekonomi dan pergolakan politik.

Hal ini akan menyebabkan harga emas akan naik secara mendadak apabila berlakunya sesuatu pergolakan politik atau pun peperangan.

Persoalannya kenapa ya? Mungkin anda boleh kaitkan balik semula dengan kupasan saya sebelum ini di mana saya pernah mengulas tentang kekuatan emas dan sistem kewangan yang menjadi satu alat penting di dalam urus niaga kita seharian.

Dan sepatutnya anda juga tahu bahawa matawang yang kita gunakan sekarang ni hanyalah digunakan sebagai alat untuk pihak tertentu mendapatkan keuntungan secara

‘atas angin’ hasil daripada sistem riba’ yang mereka telah wujudkan.

Wang kertas yang menjadi pegangan matawang kita kini asalnya hanyalah sehelai kertas hutang sahaja. Hanya kerana mata kita dikaburi oleh pihak penjajah yang mencantikkan kertas hutang tersebut, maka kita terus menerus menggunakan wang kertas sebagai matawang negara. Sedangkan jika dahulu, emas yang menjadi syiling dan wang bagi negara kita. Sebab itu jugalah kita panggil wang kertas ni sebagai Debt.

Disebabkan inilah jikalau berlakunya sesuatu yang kita sebutkan sebelum ini seperti kes di atas tadi, mereka akan beralih memberikan tumpuan kepada satu-satunya ‘safe haven’ di dalam dunia iaitu emas.

Seperti mana isu Brexit, peperangan di Turki, Donald Trump menjadi presiden AS, krisis ekonomi dunia, dan banyak lagi yang menyebabkan matawang dunia melemah dan semakin jatuh. Apakah intrumen yang mampu memberikan mereka jaminan agar kehidupan mereka ini selamat dan terjamin?

Saya bagi perumpamaan mudah, sekiranya berlaku tsunami, apakah tindakan yang akan anda lakukan? Ke manakah anda nak melarikan diri? Sudah tentu anda akan

cuba mencari tempat yang lebih tinggi bagi mengelakkan tsunami.

So, begitu juga apabila berlaku krisis ekonomi dan anda sudah pasti risau bagaimana dengan harta kekayaan anda. Sudah pasti nilai matawang akan jatuh, berlaku inflasi dan mungkin anda dibuang kerja. Apakah yang mampu memberikan jaminan kepada anda agar harta anda selamat dan kehidupan anda masih tetap terjamin?

Apabila semua ini berlaku, hanya satu sahaja yang anda boleh harapkan kerana hanya ia sahaja yang tetap

bernilai dan berharga iaitu emas. Emas ini telah dipercayai menjadi suatu barang yang selamat dan menjamin kehidupan sejak 1000 tahun yang lalu. Kalau orang dulu-dulu sendiri percaya dengan emas, apatah lagi kita yang hidup di zaman millenia ni. Lagi kena percaya!

Oleh sebab itu anda wajib melabur di dalam emas agar ia dapat memberikan jaminan kehidupan yang baik kepada anda walaupun ketika krisis atau sesuatu isu dunia berlaku. Emas akan jadi ‘save haven’ buat anda dan melindungi harta

anda daripada ditelan oleh inflasi yang berlaku serta krisis yang melanda.

Bahkan, bagi sesebuah syarikat atau negara yang memiliki emas, mereka juga dapat survive ketika krisis ekonomi berlaku. Mereka boleh jadikan emas ini sebagai persediaan awal menghadapinya kerana hanya dengan emas sahaja syarikat atau negara mereka dapat terus kukuh dan tidak bankrap.

22

ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:

Apa barang yang penting ketika anda migrate?

Sedarkah anda bahawa rakyat Malaysia sekarang sedang berhadapan dengan krisis kedatangan besar-besaran pendatang asing? Kebanyakan daripada mereka datang daripada Indonesia, India, Bangladesh, Nepal, Myanmar, Filipina, dan Afrika.

Kebanjiran pendatang asing ini di dalam Malaysia adalah berpaksi kepada satu sebab iaitu wujudnya peluang ‘cari makan’ yang besar dan mudah di Malaysia ini. Ditambah pula dengan sikap keterbukaan menteri di Malaysia ini yang memberi peluang kepada mereka ini untuk mula bertapak dan

mencari rezeki di bumi Malaysia ini. Maka berduyun-duyun pendatang asing masuk ke negara ini atas tiket pekerjaan. Ini belum lagi dikira dengan mereka yang datang dengan tongkang-tongkah dengan tanpa izin. Pasti anda sendiri merasa yang kita pula berada di negara orang kan!

Satu perkara yang anda kena tahu. Apakah yang mereka bawa apabila mereka berhijrah ke Malaysia? Adakah mereka membawa wang mereka ke negara ini untuk mereka meneruskan kehidupan? Atau adakah ada barang lain yang mereka bawa untuk membolehkan ianya bernilai di negara ini?

Ingin saya kongsikan satu kisah kepada anda tentang bagaimana penduduk Vietnam yang berpindah ke negara lain semasa perang Vietnam berlaku. Mungkin ada antara anda yang dah dengar kisah ni dan mungkin ada yang belum dengar. Penduduk Vietnam ini sebenarnya melarikan diri kerana berlaku peperangan dan pergolakan di negara mereka.

Kebanyakannya daripada mereka membawa bekal kepingan emas yang dikeluarkan oleh Vietnam pada masa tersebut yang tertulis nama Kim-Thanh. Apa yang mereka lakukan?

Sebelum mereka hendak melarikan diri, mereka membawa bekal emas ini di dalam simpanan mereka. Selepas tiba di negara baru yang mereka jejaki, mereka menjual emas tersebut untuk membolehkan mereka membina kehidupan baru di sana.

Dari kisah ini, anda sendiri boleh melihat dan menilai bagaimana emas ini tetap diterima di mana-mana negara sahaja. Pasti sesiapa sahaja boleh

meneruskan kehidupan mereka di tempat lain dengan berbekalkan emas.

Cuba anda fikirkan seandainya berlaku sesuatu terhadap Malaysia, mungkin kita berfkirkan sesuatu yang baik sahaja berlaku. Bukan! Tidak memikirkan sesuatu yang buruk atau negatif berlaku.

Akan tetapi wajar bagi kita fikirkan sesuatu yang akan berlaku yang menyebabkan anda terpaksa berpindah dari

negara Malaysia dan apakah yang anda ingin bawa bersama anda?

Adakah anda akan membawa wang kertas? Ataupun anda bawa beberapa kepingan kad kredit anda? Atau anda membawa emas yang anda telah simpan selama ini? Seandainya perkara ini berlaku, apakah yang akan membantu anda survive ketika anda keluar daripada negara kita ini?

Perkara ini juga berlaku sebenarnya kepada rakyat Malaysia yang berhijrah ke negara lain untuk mencari sumber pendapatan apabila mereka menjadi buruh di negara-negara lain seperti London, Australia, ataupun negara lain kerana semua orang percaya bahawa hanya emas boleh dicagarkan di serata dunia berbanding dengan wang kertas.

Kesedaran inlah yang patut ada di ruang minda anda untuk anda memulakan langkah pelaburan anda pada tahun 2017 bersempena dengan harga emas yang berada pada tahap yang rendah dan mampu milik. Ia akan membolehkan anda menukar wang fiat anda kepada emas yang lebih bersifat universal.

So, bila lagi anda nak melabur dalam emas supaya anda mempunyai harta yang bernilai untuk anda bawa bersama ketika anda berpindah ke tempat lain nanti?

23

ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:

Dalam dokumen 25 Cara Ir Sofian TENTANG PENULIS (Halaman 174-189)

Dokumen terkait