• Tidak ada hasil yang ditemukan

KRISIS EKONOMI MALAYSIA & GST LINGKUPKAN BANYAK

Dalam dokumen 25 Cara Ir Sofian TENTANG PENULIS (Halaman 120-139)

Krisis ekonomi dan GST membebankan?

Malaysia kini sudah jauh berbeza dari dahulu. Dengan keadaan harga minyak dan tol yang sering kali naik menyebabkan barang keperluan dan runcit juga semakin naik. Semua ini menyebabkan kos sara hidup rakyat Malaysia semakin tinggi.

Ramai orang mengeluh dan rasa terbeban dengan keadaan yang semakin meruncing kini. Mengapa jadi begitu? Sebabnya kadar pendapatan isi keluarga tidak bertambah akan tetapi kadar sara hidup semakin meningkat. Inilah selalu orang sebut-sebut sebagai inflasi sebenarnya.

Ramai orang menyalahkan kerajaan dan pastinya pimpinan kerajaan semasa menjadi bahan gosip rakyat

marhaen terutama apabila harga minyak petrol yang menjadi sumber asas kepada semua harga barang dan juga yang membentuk keadaan ekonomi Malaysia telah menjadi terumbang-ambing.

Jikalau dahulu, harga ini dipantau oleh kerajaan dan perubahannya adalah mengikut jangka masa bertahun-tahun

dunia, kerajaan telah mengubah kaedah penyelarasan tersebut kepada bentuk bulanan. Tapi, sejak April 2017, harga minyak tidak lagi terkawal secara bulanan akan tetapi ia dibuat secara mingguan.

Anda boleh lihat graf di bawah ini yang menunjukkan keadaan turun naik harga minyak petrol dan diesel yang sering berubah setiap minggu.

Ketidakstabilan harga minyak ini telah memberikan kesan dan pengaruh yang besar kepada peniaga terutamanya

yang melibatkan perniagaan pengangkutan atau logistik. Mengapa saya berkata begitu?

Cuba anda bayangkan, apabila pengilang hendak memproses bahan, ia memerlukan bahan bakar dan apabila mereka hendak menghantar, ia juga memerlukan bahan bakar.

Bayangkan kos bahan mentah tersebut yang sering kali berubah dan meningkat menyebabkan ianya tidak dapat dijangkakan lagi oleh para peniaga kerana perubahan harga yang tidak konsisten.

Ini antara penyumbang besar kepada inflasi yang tidak terkawal. Oleh itu, ramai rakyat menghadapi kesukaran dalam menguruskan perbelanjaan harian mereka.

Lebih-lebih lagi pendapatan yang diperoleh tidak mampu menampung kos sara hidup yang semakin tinggi hingga menyebabkan ramai yang membuat lebih daripada satu pekerjaan untuk menampung keluarga dan kehidupan mereka. Bak kata orang, menyahut seruan menteri yang suruh buat dua kerja.

Ada yang menjadikan perkhidmatan uber sebagai pekerjaaan sampingan mereka selepas

waktu bekerja, ada yang berniaga burger pada waktu malam, dan ada juga yang menjadi agen dropship dengan menjual

barang secara atas talian (online). Mereka melakukan semua ini adalah semata-mata untuk menampung kehidupan mereka dengan menambahkan pendapatan sampingan.

Kita semua kena faham tentang masalah ini. Mana mungkin satu pekerjaan mampu lagi untuk menampung kos sara hidup kini. Rakyat kini hidup bak kata pepatah, “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Perkara ini menunjukkan ekonomi negara semakin mengendur. Pada saat inilah anda seharusnya melabur dalam emas kerana emas membantu anda ketika krisis ekonomi berlaku.

Akan tetapi, yang menjadi masalahnya ramai yang mengeluh juga, bagaimana untuk memiliki emas sedangkan harga emas semakin lama semakin menaik?

Inilah yang sepatutnya anda semua patut lakukan. Bagaimanakah untuk upgrade ilmu pengetahuan supaya berfikiran dengan cara yang berbeza dari orang biasa-biasa.

Ini dipanggil sebagai minda financial education sebagaimana yang disebutkan oleh Robert Kiyosaki di dalam

buku beliau Rich Dad Poor Dad.

Di mana sepatutnya di waktu inilah anda haruslah menyimpan, menyimpan dan menyimpan lagi. Dan bukannya semakin aktif berbelanja. Selagi mana anda aktif berbelanja, selagi itu anda tidak akan mampu untuk menyelesaikan masalah kewangan anda.

Sekarang ni, jikalau kita perhatikan, ramai di kalangan rakyat Malaysia asyik mengeluh dengan keperitan hidup. Akan tetapi dalam masa yang sama mereka juga semakin aktif mencari makanan yang enak-enak sehingga kalah rancangan ‘jalan-jalan cari makan’.

Bertebaran orang mencari tempat makan yang sedap-sedap dan mereka viralkan di dalam ruang Facebook, Instagram dan pelbagai lagi sosial media yang sepatutnya mereka jadikan ruangan ini sebagai tempat untuk mencari pendapatan lebih.

Akan tetapi mereka seakan galak membantu peniaga-peniaga makanan menaikkan rating perniagaan mereka. Ini adalah suatu situasi yang tidak bagus pada pandangan saya.

Melainkan tiada rungutan tentang keperitan hidup, tentang harga barang naik, tentang susah untuk mereka survive dalam hidup mereka. Dan segala-segala rungutan.

Jikalau ini tidak berlaku, mereka bebas untuk buat apa yang mereka ingin lakukan.

Saya tetap berpendapat hanya emas yang merupakan satu-satunya benda yang tetap bernilai ketika krisis berlaku. Selain itu, bagi mereka yang melabur dalam emas, sudah tentu mereka akan mendapat keuntungan daripada pelaburan mereka kerana harga emas setiap tahun akan meningkat.

Selain daripada keadaan ekonomi Malaysia yang terumbang-ambing ini, terdapat satu lagi yang menjadi kejutan buat rakyat Malaysia iaitu pelaksanaan GST. Apakah itu GST??

GST sebenarnya adalah Goods & Service Tax yang menggantikan Cukai Jualan (SST) yang sebelum ini dikenakan sebanyak 10% dan Cukai Perkhidmatan yang selalu dikenakan sebanyak 6% di Malaysia.

Ramai orang mengeluh kerana mereka tidak faham mengenai GST ini. Akan tetapi GST di Malaysia berbanding GST di negara lain, ianya dikira lebih rendah. Jikalau anda tidak percaya, anda boleh lihat perbezaan GST negara kita dan negara lain seperti pada gambar di bawah ini.

GST ini merupakan satu daripada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menambah baik sistem ekonomi negara serta mencari sumber pendapatan yang baru dengan meningkatkan kadar pentadbiran negara.

Walaupun ia membantu meningkatkan sumber pendapatan negara, namun GST sebenarnya sangat membebankan rakyat. Anda boleh lihat sejak GST dilaksanakan pada 1 April 2015, kos sara hidup rakyat semakin meninggi. Pada masa yang sama, ia juga memberikan kesan terhadap pertumbuhan syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia.

Mungkin disebabkan tempoh pelaksanaan yang masih muda, bak kata orang baru setahun jagung, pastinya ada banyak kelemahan dalam sistem pelaksanaan GST tersebut. Itu yang dilihat banyak rompong kelemahan dalam pelaksanaan.

Talian rangkaian perniagaan daripada sumber bahan mentah kepada bahan siap pastinya mempunyai banyak peringkat. Ini juga adalah faktor yang menyebabkan pelaksanaan ini memberikan kejutan yang besar terhadap perniagaan mereka sama ada ianya bertahap perniagaan besar, sederhana ataupun bersaiz kecil.

Daripada sumber, Kementerian Kewangan juga mengakui bahawa GST telah menyebabkan banyak perniagaan terpaksa ditutup dan banyak syarikat terpaksa berhijrah dari Malaysia dan ini secara tidak langsung memberikan fenomena pemberhentian pekerja secara besar-besaran.

Anda lihat aje di bawah ini berapa ramai pekerja yang hilang sumber pendapatan mereka sejak GST dilaksanakan. Adakah anda juga merupakan salah seorang daripada mereka ini yang hilang pekerjaan kerana faktor ekonomi?

Anda juga boleh lihat kesannya seperti berita-berita yang saya senaraikan di bawah ini:

1. Malaysia Airlines (MAS) telah mengurangkan 6000 pekerjaan.

2. STR Holding tutup kilangnya di Malaysia.

3. 9 kilang asing tutup dan memberhentikan pekerja. 4. Petronas telah mengurangkan 1000 pekerjaan.

5. Bank Kuwait Finance House KSC Islamik menjual operasi mereka.

Gambar kilang rokok British American Tobacco

7. Syarikat penerbangan Rayani Air ditutup.

8. McDonald merancang untuk meninggalkan Malaysia dan Singapura dan menjualkan outlet mereka kepada francais tempatan.

Bukan ini sahaja, bahkan banyak lagi berita-berita yang menunjukkan bahawa banyak syarikat mula memberhentikan pekerja, menjual syarikat mereka, dan menutup syarikat mereka.

Begitu juga dengan syarikat Proton yang mengalami kerugian sebanyak RM1.4 billion pada tahun kewangan ketiga 2016 sehingga menyebabkan Proton terpaksa mencari pelabur

dari China untuk dijadikan rakan kongsi niaga mereka bagi membolehkan mereka kekal beroperasi.

Sebenarnya banyak lagi berita terkini jika anda peka terhadap berita-berita tempatan. Anda boleh lihat semua ini menunjukkan bahawa GST telah memberikan kesan yang sangat besar dalam pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

Bagaimanakah nasib pekerja-pekerja yang terpaksa diberhentikan kerja? Bagaimanakah nasib syarikat-syarikat yang terpaksa dijual dan ditutup? Apakah kesudahan mereka? Mampukah mereka mencari pekerjaan di kala krisis ekonomi berlaku? Mampukah mereka menyara keluarga mereka dengan sedikit wang pampasan?

Inilah sebab kenapa anda perlu melabur dalam emas. Anda tidak boleh mengharapkan sepenuhnya kepada kerajaan atau pekerjaan anda selama-lamanya kerana anda tidak tahu bagaimana pula nasib anda selepas ini.

Jadi, sebelum terjadi sesuatu seperti ini kepada diri anda, lebih baik anda membuat persiapan awal dengan melabur dalam emas.

Anda bayangkan anda memiliki stok simpanan emas yang bagus dan banyak, pada waktu kegawatan ekonomi yang sedang merundum kelak iaitu pada tahap yang paling serius. Anda bayangkan anda boleh menjual emas and tersebut dan

pada masa yang sama anda boleh mengambil alih syarikat-syarikat besar yang kekurangan modal untuk beroperasi dan secara tidak langsung

menbolehkan anda menukarkan emas anda kepada perniagaan yang telah sedia ada dengan sekelip mata.

Ini sebenarnya telah pun berlaku pada

siri-siri kegawatan ekonomi yang lepas sejak 20 tahun yang lalu. Namun, untuk sesi krisis kali ini, adakah anda mampu untuk mengulanginya? Adakah kewangan anda benar-benar bersedia untuk menghadapi krisis ekonomi yang dijangkakan paling teruk ini? Tepuk poket, tanya wallet.

17

ANDA WAJIB TAHU BAHAWA:

TRUMP MENJADI PRESIDEN

Dalam dokumen 25 Cara Ir Sofian TENTANG PENULIS (Halaman 120-139)

Dokumen terkait