• Tidak ada hasil yang ditemukan

NOTA MIKROEKONOMI STPM (PENGGAL 1) - BAB 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "NOTA MIKROEKONOMI STPM (PENGGAL 1) - BAB 1"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

OBJEKTIF AM

Memahami konsep dan kepentingan ilmu ekonomi, sumber ekonomi, kehendak manusia, masalah asas ekonomi, keluk kemungkinan pengeluaran, dan sistem ekonomi.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini, pelajar-pelajar akan dapat :

1. Mengetahui punca masalah ekonomi, iaitu sama ada kehendak yang tidak terhad atau sumber yang terhad.

2. Membincangkan konsep kekurangan, pilihan dan kos lepas. 3. Mengenal pasti masalah asas ekonomi.

4. Menjelaskan keluk kemungkinan pengeluaran.

5. Menggunakan pelbagai kaedah analisis dalam ilmu ekonomi dan membandingkan pelbagai jenis sistem ekonomi.

PENGENALAN DEFINISI ILMU EKONOMI SUMBER EKONOMI (FAKTOR PENGELUARAN) KEHENDAK MANUSIA MASALAH ASAS EKONOMI KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN SISTEM EKONOMI EKONOMI PASARAN BEBAS, EKONOMI PERANCANGAN PUSAT, EKONOMI CAMPURAN, DAN EKONOMI ISLAM PASARAN DAN PENYELESAIAN MASALAH ASAS EKONOMI

(2)

1.1 DEFINISI ILMU EKONOMI

DEFINISI

Ekonomi ialah satu kajian sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk menghasilkan barang bagi memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.

BIDANG KAJIAN EKONOMI

Ilmu ekonomi dibahagikan kepada dua iaitu Mikroekonomi dan Makroekonomi.

Mikroekonomi

Juga dikenali sebagai teori harga (harga input dan harga output).Mengkaji unit atau bahagian kecil dalam pengajian ekonomi iaitu gelagat pengguna, pengeluar dan industri. Kajian tertumpu kepada interaksi pembeli dan pengeluar untuk menentukan tingkat harga dan kuantiti barang dalam pelbagai pasaran. Pengguna akan cuba mencapai tingkat kepuasan yang maksima, pengeluar akan cuba mencapai keuntungan yang maksima.

Makroekonomi

Kajian terhadap ekonomi secara menyeluruh dan agregat. Mengkaji aspek penentu kegiatan ekonomi sesebuah negara iaitu berkaitan pendapatan negara, pertumbuhan ekonomi, inflasi, guna tenaga dan pengangguran, imbangan pembayaran. Petunjuk-petunjuk ekonomi ini penting bagi menentukan dasar dan perancangan ekonomi sesebuah negara untuk meningkatkan taraf hidup dan kebajikan penduduk.

Perbezaan antara Mikroekonomi dan Makroekonomi

ASPEK MIKROEKONOMI MAKROEKONOMI

SKOP Kecil Besar

MATLAMAT

 Mengkaji interaksi pengguna, pengeluar dan industri dalam pelbagai pasaran untuk mencapai matlamat masing-masing.

 Menyelesaikan masalah asas ekonomi iaitu apa, berapa, bagaimana dan untuk siapa dikeluarkan.

 Mengkaji kegiatan dan masalah ekonomi yang lebih luas dan menyeluruh.

 Menilai dan melaksanakan dasar aktiviti ekonomi sesebuah negara untuk mencapai peningkatan dalam pendapatan negara, pertumbuhan ekonomi, guna tenaga, imbangan pembayaran dan mengatasi masalah inflasi dan pengangguran.

PENGELUARAN

Output firma / industri :

 Kuantiti baju yang dihasilkan oleh firma A

Nilai Keluaran Negara :  Nilai keluaran sektor kedua  Pertumbuhan keluaran negara

(3)

 Kuantiti pakaian yang dikeluarkan oleh industri tekstil.

HARGA

Harga satu barang dan perkhidmatan

 Harga baju  Harga makanan

Tingkat harga umum  Indeks harga pengguna  Kadar inflasi  Nilai wang PENDAPATAN Agihan pendapatan :  Upah  Sewa  Bunga/Faedah  Untung Pendapatan Negara  Pendapatan Perkapita  Pendapatan benar  Imbangan pembayaran GUNA TENAGA

Penggunaan faktor pengeluaran dalam sebuah firma/industri :  Bilangan input berubah

(buruh)

 Kecekapan input pada setiap tingkat keluaran

Guna tenaga dan pengangguran  Jumlah Guna tenaga

 Kadar Pengangguran

1.2 SUMBER EKONOMI (FAKTOR PENGELUARAN)

Pada umumnya, sumber ekonomi dapat dikategorikan kepada empat jenis :

Tanah

 Anugerah alam semula jadi dan penawarannya adalah terhad.

 Contohnya, bahan galian minyak, tumbuh-tumbuhan, dan bahan lain yang tidak dihasilkan oleh manusia.

 Ganjaran kepada pemilik tanah ialah sewa.

Buruh

Tenaga kerja fizikal dan mental yang disumbangkan oleh manusia.

 Contoh buruh ialah pekerja kilang, guru, doktor, tentera dan individu lain yang bekerja menerima upah sama ada dalam bentuk wang atau bukan wang.

 Dari segi perangkaan, buruh mesti berada dalam lingkungan umur bekerja, iaitu antara 18 hingga 64 tahun. Justeru, kanak-kanak tidak boleh dianggap sebagai buruh walaupun bekerja dan menerima upah.

TANAH BURUH

MODAL USAHAWAN

FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN

(4)

Ganjaran buruh ialah upah.

Modal

 Alatan yang digunakan oleh pengeluar untuk mengeluarkan barang lain bagi menghasilkan pulangan.

Terdapat pelbagai jenis modal, misalnya modal tetap, modal kerja dan modal sosial.  Modal tetap ialah modal yang tidak akan berubah dari segi bentuk fizikalnya selepas

digunakan dalam proses pengeluaran. Contoh modal tetap ialah mesin.

 Modal kerja ialah modal atau input yang akan berubah dari segi bentuk fizikalnya selepas digunakan dalam proses pengeluaran. Contoh modal kerja ialah bahan pembakar.

 Modal sosial ialah modal yang dapat melicinkan proses pengeluaran sesuatu barang atau perkhidmatan. Contoh modal sosial ialah jalan raya, sekolah, dan hospital.

Ganjaran modal ialah faedah.

Usahawan

 Individu yang menggabungkan semua input yang akan digunakan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Selain itu, usahawan ialah individu yang akan menanggung semua risiko perniagaan.

 Contohnya, pengusaha kilang, peniaga, peruncit dan pemborong.  Ganjaran usahawan ialah untung.

1.3 KEHENDAK MANUSIA

KEHENDAK DAN KEPERLUAN

Definisi

1. Kehendak boleh didefinisikan sebagai keinginan individu untuk menggunakan barang dan perkhidmatan bagi menikmati hidup yang lebih selesa.

2. Keperluan boleh didefinisikan sebagai keinginan individu terhadap barang keperluan asas yang mesti dipenuhi bagi meneruskan kehidupan.

Perbezaan

1. Keperluan ialah keinginan terhadap barang asas yang penting untuk terus hidup, manakala kehendak merupakan keinginan untuk memiliki barang dan perkhidmatan supaya hidup menjadi lebih selesa.

2. Keperluan manusia terhadap barang keperluan asas adalah terhad dan terbahagi kepada tiga jenis sahaja, iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Sebaliknya, kehendak manusia adalah tidak terhad.

3. Keperluan mesti dipenuhi bagi membolehkan seseorang individu terus hidup. Sebaliknya, kehendak tidak perlu dipenuhi bagi meneruskan kehidupan.

4. Keperluan bersifat sejagat tetapi kehendak bersifat pelbagai. Setiap individu mempunyai kehendak yang berlainan, bergantung kepada cita rasa masing-masing.

(5)

Misalnya, golongan berpendapatan tinggi berkehendakkan barang mewah tetapi bagi golongan berpendapatan rendah, barang normal lebih dipentingkan.

PENGELASAN BARANG

Barang dalam ekonomi dapat dibahagikan kepada : 1. Barang percuma dan barang ekonomi

BARANG PERCUMA BARANG EKONOMI

 Penawarannya yang tidak terhad

 Tidak dikeluarkan oleh manusia. Sebaliknya, barang percuma merupakan anugerah alam semula jadi

 Tidak mempunyai kos pengeluaran. Kos lepas barang percuma ialah sifar

 Boleh diperoleh tanpa sebarang bayaran kerana tidak mempunyai harga sebagai pengukur nilai

 Namun, harus diingat, hadiah yang kita dapat secara percuma bukanlah barang percuma, tetapi merupakan barang ekonomi.

 Contoh : udara, cahaya matahari, air laut

 Semua barang selain barang percuma dikenali sebagai barang ekonomi.

 Ciri utama barang ekonomi ialah penawarannya yang terhad.

 Oleh sebab pengeluaran barang ekonomi melibatkan kos, pengguna perlu membayar untuk menggunakannya.  Barang ekonomi mempunyai kos lepas

yang tersendiri.

2. Barang awam dan barang persendirian

BARANG AWAM BARANG PERSENDIRIAN

 Barang yang tidak mempunyai sifat kekecualian. Ini bermaksud, semua orang boleh menggunakan barang awam tanpa mengira sama ada mampu membayar ataupun tidak.

 Barang awam ditawarkan kepada semua golongan masyarakat, sama ada golongan kaya atau golongan miskin.

 Biasanya disediakan oleh kerajaan bagi tujuan meningkatkan taraf kebajikan

masyarakat, bukannya untuk

memaksimumkan keuntungan.

 Jika barang awam dikenakan harga, harga yang perlu dibayar adalah sangat murah supaya mampu digunakan oleh semua golongan masyarakat.

 Contoh : sekolah dan hospital.

 Barang awam juga dikenali sebagai barang sosial.

 Barang yang mempunyai sifat kekecualian.

 Bukan semua orang boleh menggunakan barang persendirian, sebaliknya hanya semua orang yang mampu membelinya sahaja boleh menggunakan barang ini.

 Contoh : baju

 Barang persendirian juga dikenali sebagai barang swasta.

(6)

3. Barang modal, barang perantaraan, dan barang pengguna

BARANG MODAL BARANG

PERANTARAAN

BARANG PENGGUNA

 Tidak akan kehilangan bentuk asalnya walaupun selepas digunakan dalam proses pengeluaran.

 Barang modal juga dikenali sebagai modal tetap, contohnya peralatan dan jentera.

 Barang yang digunakan oleh firma sebagai input pengeluaran (bahan mentah).

 Barang perantaraan akan kehilangan bentuk

asalnya selepas digunakan dalam proses

pengeluaran. Barang perantaraan juga dikenali sebagai modal kerja.  Contoh barang

perantaraan, ialah getah, kelapa sawit, koko, dan bijih timah.

 Barang yang boleh digunakan terus oleh pengguna tanpa perlu diproses lagi.

 Berbanding dengan barang pengeluar yang dibeli oleh penjual, pengeluar atau firma lain, barang pengguna dibeli oleh pengguna.

 Barang pengguna juga dikenali sebagai barang akhir atau barang siap.  Contoh barang pengguna

ialah baju. Walau bagaimanapun, jika baju dibeli oleh penjual untuk dijual semula, baju tersebut bukan barang pengguna walaupun baju tersebut telah siap dan boleh digunakan tanpa perlu diproses lagi.

1.4 MASALAH ASAS EKONOMI

Masalah asas ekonomi wujud disebabkan sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak yang tidak terhad. Masalah asas ekonomi adalah sama di semua negara tanpa mengira sama ada negara maju atau di negara sedang membangun. Masalah asas ekonomi boleh dilihat daripada dua perspektif, iaitu :

a. Kekurangan, pilihan, dan kos lepas

b. Apa, berapa, bagaimana dan untuk siapa barang dikeluarkan

MASALAH EKONOMI

Tiga masalah ekonomi ialah masalah kekurangan, pilihan dan kos lepas yang berpunca daripada sumber ekonomi yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terhad.

Konsep Kekurangan

1. Sumber yang terhad dan kehendak yang tidak terhad mewujudkan masalah kekurangan. Semua kehendak manusia tidak dapat dipenuhi atau diperolehi.

2. Pendapatan isi rumah yang terhad tidak cukup untuk membeli semua barang dan perkhidmatan yang dikehendaki.

(7)

3. Faktor pengeluaran yang terhad menghalang firma mengeluarkan semua barang dan perkhidmatan yang diingini.

4. Hasil kerajaan yang terhad menghalang kerajaan untuk membiayai semua projek pembangunan.

Konsep Pilihan

1. Kesan daripada masalah kekurangan, manusia terpaksa membuat pilihan. Pilihan yang dibuat adalah berdasarkan kepada keutamaan dan matlamat unit ekonomi.

2. Pendapatan isi rumah yang terhad memaksa isi rumah membuat pilihan membeli barang dan perkhidmatan yang dapat memaksimumkan kepuasan. Contoh, jika buku memberi kepuasan yang lebih tinggi berbanding baju, maka isi rumah akan membuat pilihan membeli buku.

3. Faktor pengeluaran yang terhad seperti tanah, firma terpaksa membuat pilihan mengeluarkan barang yang dapat memaksimumkan keuntungan. Contoh, jika tanaman kelapa sawit memberi keuntungan lebih besar berbanding tanaman getah, maka firma akan memilih pengeluaran kelapa sawit.

4. Hasil kerajaan yang terhad menyebabkan kerajaan terpaksa membuat pilihan melaksanakan projek pembangunan yang dapat memaksimumkan kebajikan masyarakat. Contoh, jika pembinaan jalan raya akan meningkatkan kebajikan yang lebih tinggi berbanding sekolah, maka kerajaan akan memilih projek pembinaan jalan raya.

Konsep Kos Lepas

1. Kos lepas boleh didefinisikan sebagai pilihan kedua terbaik yang tepaksa dilepaskan hasil daripada pemilihan barang yang terbaik.

2. Setelah Isi rumah membuat pilihan membeli buku (kekurangan wang untuk membeli kedua-dua barang) maka baju merupakan kos lepas bagi mendapatkan buku tersebut. 3. Begitu juga dengan firma, kos lepas mengeluarkan kelapa sawit ialah getah.

4. Demikian juga hal yang terjadi bagi kerajaan, projek pembinaan sekolah merupakan kos lepas untuk membina jalan raya.

MASALAH ASAS EKONOMI Terdapat 4 masalah asas ekonomi iaitu :

1. Apa barang yang hendak dikeluarkan

Merujuk kepada jenis barang yang hendak dikeluarkan oleh pengeluar berikutan sumber ekonomi yang terhad. Pengeluar mengeluarkan barang berdasarkan kepada kehendak masyarakat dan corak peruntukan sumber. Walau bagaimanapun, pengeluar tidak dapat mengeluarkan semua jenis barang yang diminta oleh pengguna kerana kekurangan sumber. Jenis barang yang dikeluarkan mestilah dapat memenuhi kehendak dan memaksimumkan kepuasan masyarakat serta keuntungan firma.

2. Berapa hendak dikeluarkan

Merujuk kepada kuantiti barang yang hendak dikeluarkan oleh firma. Jumlah keluaran bergantung kepada mekanisme harga (permintaan dalam pasaran) atau ditentukan oleh

(8)

kerajaan. Jika permintaan tinggi, firma akan menambahkan pengeluaran terhadap barang tersebut dan sebaliknya.

3. Bagaimana hendak dikeluarkan

Merujuk kepada teknik pengeluaran atau kaedah pengeluaran. Terdapat dua teknik pengeluaran, iaitu intensif buruh dan intensif modal. Pengeluar yang rasional akan memilih teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan keuntungan.

4. Untuk siapa dikeluarkan

Merujuk penentuan corak agihan barangan dan perkhidmatan. Pengagihan barang yang dikeluarkan bergantung kepada kuasa beli dan agihan pendapatan. Pengeluar mesti bijak menentukan golongan yang akan menikmati barang yang dikeluarkan. Golongan berpendapatan tinggi akan dapat menikmati barangan lebih banyak berbanding golongan berpendapatan rendah. Golongan berpendapatan tinggi juga mampu membeli barangan yang harganya lebih tinggi berbanding dengan golongan berpendapatan rendah.

1.5 KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP)

Satu keluk yang menunjukkan had maksimum kombinasi 2 jenis barang yang dapat dihasilkan oleh ekonomi dengan menggunakan faktor-faktor pengeluaran yang ada.

Andaian KKP :

1. Ekonomi hanya dapat mengeluarkan 2 jenis barang sahaja. 2. Tingkat teknologi yang digunakan adalah tetap.

3. Faktor-faktor pengeluaran adalah terhad.

4. Ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh (GTP).

Keluk kemungkinan pengeluaran boleh diperhatikan secara jadual dan rajah.

(a) Secara Jadual

Keluk kemungkinan pengeluaran boleh dibentuk berdasarkan Jadual 1 di bawah.

Kombinasi Kelapa sawit (tan metrik) Getah (tan metrik)

A 0 40

B 10 30

C 20 20

D 30 10

E 40 0

JADUAL 1 : JADUAL KEMUNGKINAN PENGELUARAN KELAPA SAWIT DAN GETAH

(9)

(b) Secara rajah

Berdasarkan kepada jadual 1, keluk kemungkinan pengeluaran boleh digambarkan seperti pada Rajah 1.

RAJAH 1

a. Keluk menunjukkan had maksimum pelbagai kombinasi keluaran kelapa sawit dan getah yang dapat dihasilkan oleh ekonomi yang ditunjukkan oleh titik A, B, C, D, dan E.

b. Titik A, B, C, D, dan E di sepanjang KKP menunjukkan ekonomi mencapai guna tenaga penuh kerana ekonomi telah mencapai tahap pengeluaran yang maksimum. c. Pergerakan dari titik A ke E menunjukkan semakin banyak faktor-faktor pengeluaran

dialihkan daripada pengeluaran getah kepada pengeluaran kelapa sawit.

d. Sebarang titik yang berada dalam lingkungan (bahagian kiri keluk) menunjukkan kombinasi pengeluaran yang tidak cekap kerana ekonomi gagal menggunakan faktor pengeluaran yang ada dengan sepenuhnya. Ini bermakna, masalah pengangguran wujud dalam ekonomi atau berlaku pembaziran faktor-faktor pengeluaran.

e. Andaikan ekonomi berada pada titik F, ekonomi akan mengeluarkan 10 tan metrik kelapa sawit dan 20 tan metrik getah. Ekonomi menghadapi pengangguran kerana jika semua faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya, ekonomi boleh bergerak dari titik F ke titik B atau ke titik C.

f. Sebarang kombinasi keluaran yang berada di luar KKP (kanan keluk) menunjukkan ketidakmampuan ekonomi (tidak boleh dicapai). Contoh, pada titik G. kombinasi G tidak boleh dicapai kerana berada di luar KKP yang bermakna ekonomi tidak mampu untuk mengeluarkan kombinasi keluaran akibat kekurangan faktor-faktor pengeluaran.

Keluk kemungkinan pengeluaran berkait rapat dengan konsep kekurangan, pilihan, dan kos lepas.

(10)

RAJAH 2 1) Konsep Kekurangan

 Berdasarkan Rajah 2, kombinasi keluaran di sepanjang KKP (A→E) menunjukkan had maksimum 2 jenis barang yag dapat dihasilkan dengan faktor-faktor pengeluaran yang ada.

 Setelah menghadapi had maksimum itu, masalah kekurangan menghalang ekonomi untuk menambahkan pengeluaran barang secara serentak. Untuk menambahkan keluaran kelapa sawit, sejumlah keluaran getah perlu dikurangkan.

 Kecerunan negatif KKP menggambarkan masalah kekurangan, iaitu untuk menambahkan sejumlah barang, pengeluaran barang lain perlu dikurangkan.

2) Konsep Pilihan

 Masalah kekurangan menyebabkan masyarakat perlu membuat pilihan. Masyarakat dapat memilih pelbagai kombinasi barang di sepanjang KKP.

 Contoh, jika ekonomi lebih mementingkan pengeluaran kelapa sawit yang digambarkan oleh titik D, maka masyarakat akan memperuntukkan lebih banyak faktor-faktor pengeluaran untuk mengeluarkan kelapa sawit.

 Pilihan ditunjukkan oleh pergerakan titik-titik di sepanjang KKP.

3) Konsep Kos Lepas

 Apabila masyarakat membuat pilihan, masyarakat perlu menanggung kos lepas.  Contoh, pilihan untuk menambahkan 10 tan metrik kelapa sawit dari titik A ke titik B

menyebabkan ekonomi akan mengurangkan 10 tan metrik getah daripada 40 tan metrik kepada 30 tan metrik. Maka, kos lepas 10 tan metrik kelapa sawit ialah 10 tan metrik getah.

(11)

BENTUK KKP

Bentuk KKP dipengaruhi oleh kos lepas. Terdapat 2 bentuk KKP, iaitu bentuk cembung dan garis lurus. KKP garis lurus menunjukkan kos lepas malar. KKP cembung menunjukkan kos lepas meningkat.

Kos Lepas Malar

1. Kos lepas malar boleh didefinisikan sebagai barang kedua terbaik yang dilepaskan dengan jumlah yang sama bagi setiap tambahan satu unit barang lain.

2. Kos lepas malar digambarkan oleh keluk kemungkinan pengeluaran yang berbentuk satu garis lurus.

Kombinasi Barang X Barang Y

A 0 8 B 1 6 C 2 4 D 3 2 E 4 0 RAJAH 3 Kos Lepas Meningkat

1. Kos lepas meningkat boleh didefinisikan sebagai barang kedua terbaik yang dilepaskan dengan jumlah yang semakin bertambah bagi setiap tambahan satu unit barang lain.

2. Kos lepas meningkat digambarkan oleh keluk kemungkinan pengeluaran yang berbentuk cembung.

Kombinasi Barang X Barang Y

(12)

B 1 9

C 2 7

D 3 4

E 4 0

RAJAH 4

PERUBAHAN KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN

Perubahan KKP adalah kesan daripada perubahan kuantiti sumber ekonomi teknologi. Andaian bahawa jumlah faktor pengeluaran tetap dan tingkat teknologi tetap hanya benar dalam jangka masa pendek sahaja. Dalam jangka masa panjang, jumlah faktor pengeluaran dan kemajuan teknologi akan menyebabkan KKP beralih ke kanan.

1. Kemajuan teknologi

(a) Penggunaan tekonologi moden akan meningkatkan daya pengeluaran. Oleh itu, keluaran akan bertambah. Pertambahan keluaran ditunjukkan oleh perpindahan keluk kemungkinan pengeluaran ke kanan.

(b) Jika kemajuan teknologi dalam pengeluaran dua barang berlaku pada kadar yang sama, keluk kemungkinan pengeluaran akan berpindah ke kanan secara selari seperti ditunjukkan pada Rajah 5. (c) Perpindahan keluk

kemungkinan pengeluaran dari P0P0 ke P1P1

menggambarkan kemajuan teknologi. (d) Jarak yang sama antara

P0P1 barang X dengan

(13)

menggambarkan kemajuan teknologi yang sama dalam proses pengeluaran barang X dan barang Y.

(e) Jika kemajuan teknologi dalam pengeluaran kedua-dua barang tidak

sama, keluk

kemungkinan

pengeluaran akan

berpindah ke kanan secara tidak selari seperti ditunjukkan dalam Rajah 6. (f) Perpindahan keluk kemungkinan pengeluaran dari PP0 ke P1P2 pada Rajah 6 menunjukkan kemajuan teknologi pengeluaran barang X kurang pesat berbanding dengan kemajuan teknologi pengeluaran barang Y. (g) Jika kemajuan teknologi

dalam pengeluaran barang X lebih pesat, keluk kemungkinan pengeluaran akan berpindah ke kanan dari PP0 ke P1P2 seperti

ditunjukkan pada Rajah 7. Didapati jarak P0P2 adalah

lebih besar daripada jarak PP1.

(h) Jika kemajuan teknologi

berlaku dalam

pengeluaran satu barang sahaja, perpindahan keluk kemungkinan pengeluaran adalah seperti ditunjukkan pada Rajah 8 dan Rajah 9. Perpindahan keluk kemungkinan pengeluaran dari PP0 ke PP1 pada Rajah 8 menunjukkan kemajuan

(14)

(i) Perpindahan keluk kemungkinan pengeluaran dari PP0 ke PP1 menunjukkan

kemajuan teknologi berlaku dalam pengeluaran barang X sahaja.

(j) Perpindahan keluk kemungkinan pengeluaran dari PP0 ke PP1 menunjukkan

kemajuan teknologi berlaku dalam pengeluaran barang Y sahaja.

2. Pertambahan sumber pengeluaran

(a) Pertambahan sumber pengeluaran akan meningkatkan keupayaan pengeluaran barang dalam ekonomi.

(b) Pertambahan sumber pengeluaran terdiri daripada pertambahan penduduk dan pertambahan tenaga kerja (buruh).

(c) Pertambahan sumber pengeluaran akan menyebabkan keluk kemungkinan pengeluaran berpindah ke kanan.

(d) Berdasarkan Rajah 10,

keluk kemungkinan

pengeluaran asal ialah P0P0. Pertambahan sumber

pengeluaran menyebabkan

keupayaan untuk

mengeluarkan barang X dan barang Y bertambah seperti ditunjukkan oleh

perpindahan keluk

kemungkinan pengeluaran ke kanan dari P0P0 ke P1P1.

(e) Perpindahan keluk kemungkinan pengeluaran dari P0P0 ke P1P1 turut

menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang positif dalam ekonomi tersebut.

(15)

3. Pertambahan barang modal

(a) Pertumbuhan ekonomi sesebuah negara pada masa hadapan bergantung pada jumlah barang modal yang dimiliki.

(b) Semakin banyak barang modal yang dimiliki, semakin tinggi kadar pertumbuhan ekonominya. Semakin kurang barang modal yang dimilikinya, semakin kurang kada pertumbuhan ekonominya.

(c) Berdasarkan Rajah 11, pada kombinasi A, didapati jumlah barang modal adalah sedikit. Pada kombinasi B pula, jumlah barang modal adalah lebih banyak. (d) Sekiranya sesebuah

negara memilih kombinasi

A yang lebih

mementingkan

pengeluaran barang pengguna, pertumbuhan ekonomi akan menjadi kurang pesat.

(e) Pertumbuhan ekonomi yang kurang pesat

digambarkan oleh perpindahan keluk kemungkinan pengeluaran dari P0P0 ke P1P1.

(f) Sebaliknya, jika negara tersebut memilih kombinasi B yang lebih mengutamakan pengeluaran barang modal, pertumbuhan ekonomi akan menjadi lebih pesat. (g) Pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat digambarkan oleh perpindahan keluk

kemungkinan pengeluaran yang lebih jauh ke kanan, iatu dari P0P0 ke P2P2.

1.6 SISTEM EKONOMI

ASPEK PERBEZAAN CIRI SISTEM EKONOMI

1. Pemilikan Sumber

Merujuk kepada pemilik sumber ekonomi, sama ada milik individu, swasta, kerajaan atau kedua-duanya.

2. Pembuat Keputusan

Siapakah yang berhak membuat keputusan ekonomi (Apa, Berapa, Untuk Siapa, Bagaimana) dalam pengeluaran barang.

SISTEM EKONOMI

(16)

3. Pilihan

Sama ada individu dan swasta mempunyai kebebasan dalam membuat pilihan terhadap barangan dan penggunaan tetap.

4. Penentu harga

Siapakah yang menentukan harga barangan, sama ada melalui interaksi pengguna dan pengeluar atau kerajaan sahaja atau kedua-duanya.

5. Persaingan

Sama ada wujud persaingan ataupun tidak antara pengeluar.

6. Motif

Tujuan bagi barang dikeluarkan dan diagihkan, sama ada untuk mendapatkan keuntungan maksimum atau mencapai kebajikan masyarakat atau kedua-duanya.

1.6.1 EKONOMI PASARAN BEBAS, EKONOMI PERANCANGAN PUSAT, EKONOMI CAMPURAN, DAN EKONOMI ISLAM

SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS

1. Sistem ekonomi yang dijalankan tanpa melibatkan sebarang campur tangan kerajaan. 2. Juga dikenali sebagai sistem ekonomi pasaran, sistem ekonomi kapitalis, sistem

mekanisme harga, sistem harga, dan sistem laissez faire.

3. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini, ialah Amerika Syarikat.

Ciri :

KEBAIKAN

Dapat membuat keputusan dengan cepat

Semua keputusan ekonomi dapat dibuat melalui mekanisme harga. Harga pasaran akan naik apabila wujud lebihan permintaan, manakala harga pasaran akan jatuh apabila wujud lebihan penawaran.

SISTEM EKONOMI KAPITALIS

Dimiliki oleh Pengeluar / Pengguna

Kerajaan tidak campur tangan dalam kegiatan ekonomi

Pengeluar bebas memilih barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan. Pengguna bebas memilih barang dan perkhidmatan.

Ditentukan oleh mekanisme harga, iaitu berdasarkan kuasa permintaan.

Pengeluar bebas bersaing.

(17)

Insentif bekerja

Oleh sebab semua keuntungan akan menjadi milik persendirian individu atau firma, pengeluar akan bersungguh-sungguh untuk mengumpul kekayaan.

Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, semua individu bebas mengumpul harta kekayaan sebanyak mungkin.

Memandangkan sistem ekonomi pasaran bebas tidak melibatkan campur tangan kerajaan, firma tidak perlu membayar cukai pendapatan dan cukai lain.

Insentif bekerja

Konsep kecekapan ekonomi merujuk kepada output maksimum yang dapat dikeluarkan dengan menggunakan sumber atau input yag terhad. Memandangkan matlamat firma adalah untuk memperoleh keuntungan maksimum, firma harus memastikan proses pengeluaran yang dijalankan sentiasa berada pada tahap kecekapan yang tinggi.

Faedah persaingan

Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, setiap firma bebas bersaing antara satu sama lain. Sesungguhnya, persaingan yang sihat dapat menggalakkan inovasi, kemajuan teknologi dan meningkatkan daya saing firma dalam pasaran.

Seterusnya, pengguna dapat mencapai tingkat kepuasan yang lebih tinggi melalui penawaran pelbagai jenis barang oleh firma dalam pasaran.

KELEMAHAN

Pengabaian kebajikan masyarakat

Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, kebajikan masyarakat sering diabaikan kerana firma hanya mementingkan keuntungan persendirian semata-mata. Tanggungjawab sosial terhadap masyarakat kurang diberi perhatian oleh firma. Contohnya, firma akan tetap menjual mercun dan barang yang berbahaya kepada pengguna selagi barang tersebut mendapat permintaan daripada pengguna.

Harga tidak stabil

Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, harga barang tidak dikawal oleh kerajaan. Sebaliknya, harga barang ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran dalam pasaran. Apabila permintaan melebihi penawaran, harga akan naik. Sesungguhnya, kenaikan harga ini akan membebankan pengguna yang berpendapatan rendah.

Beban pengguna akan menjadi semakin ketara jika barang yang mengalami kenaikan harga merupakan barang keperluan yang penting kepada pengguna. Sebaliknya, jika penawaran melebihi permintaan, harga pasaran akan jatuh. Keadaan ini akan menyukarkan para petani yang terpaksa berhadapan dengan masalah keluaran pertanian yang sangat rendah.

Kekurangan pengeluaran barang sosial

Barang sosial ialah barang yang tidak boleh dikecualikan penggunaannya. Biasanya, pengeluaran barang sosial bertujuan untuk meningkatkan taraf kebajikan masyarakat dan bukan untuk memaksimumkan keuntungan persendirian. Oleh itu, barang sosial kurang dikeluarkan oleh sektor swasta. Contoh barang sosial ialah taman permainan kanak-kanak.

Eksternaliti negatif

Eksternaliti negatif ialah kesan luaran negatif yang timbul daripada perkembangan industri yang tidak terkawal. Contoh eksternaliti negatif yang wujud daripada proses pengeluaran

(18)

firma ialah pencemaran alam sekitar. Sesungguhnya, pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa dan bahan toksik yang mencemarkan persekitaran merupakan kos sosial yang perlu ditanggung oleh masyarakat setempat.

Jurang agihan pendapatan

Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, wujud jurang agihan pendapatan yang luas antara golongan kaya dengan golongan miskin. Jurang agihan pendapatan yang luas ini boleh menggugat keharmonian masyarakat. Keadaan ini boleh memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi negara.

SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT

1. Sistem ekonomi yang melibatkan campur tangan kerajaan sepenuhnya dalam semua kegiatan ekonomi.

2. Juga dikenali sebagai sistem ekonomi arahan pusat, sistem ekonomi arahan, sistem ekonomi terancang, sistem ekonomi arahan kerajaan, dan sistem ekonomi kapitalis. 3. Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi ini ialah Persekutuan Rusia dan

Korea Utara.

Ciri :

KEBAIKAN

Mengutamakan kebajikan masyarakat

Kerajaan akan mengutamakan tingkat kebajikan masyarakat dalam melaksanakan projek pembangunannya. Sebelum sesuatu projek pembangunan dijalankan, satu analisis kos dan faedah akan dilakukan oleh kerajaan untuk mengenal pasti kos yang akan dilibatkan dan faedah yang akan diperoleh daripada pelaksanaan projek pembangunan berkenaan. Jika hasil kajian menunjukkan kos sosial melebihi faedah sosial, projek tersebut tidak akan dijalankan. Kerajaan hanya akan meneruskan sesuatu projek pembangunan sekiranya didapati kos sosial yang akan dilibatkan adalah kurang daripada faedah sosial yang akan diperoleh.

SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT

Dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya

Segala keputusan dibuat oleh kerajaan mengikut arahan unit perancang ekonomi

Pengeluar dan pengguna tidak mempunyai kebebasan, terbatas, dan ditentukan oleh kerajaan dalam pemilihan barang (tidak mempunyai

banyak pilihan barang)

Ditetapkan oleh kerajaan, tiada kuasa permintaan dan penawaran

Tidak wujud persaingan

(19)

Merapatkan jurang agihan pendapatan

Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, jurang agihan pendapatan antara golongan kaya dengan golongan miskin dapat dikurangkan. Kerajaan akan melaksanakan sistem cukai pendapatan yang bersifat progresif. Melalui sistem cukai pendapatan progresif, semakin tinggi pendapatan, semakin banyak cukai pendapatan yang perlu dibayar dan semakin rendah pendapatan, semakin sedikit cukai pendapatan yang perlu dibayar. Melalui cara ini, jurang agihan pendapatan yang luas dalam kalangan ahli masyarakat dapat dikurangkan.

Peruntukan sumber yang cekap

Peruntukan sumber yang cekap berlaku apabila sumber pengeluaran digunakan untuk mengeluarkan barang yang bukan bermotifkan keuntungan, tetapi bermotifkan kebajikan masyarakat. Contohnya, tanah digunakan untuk membina sekolah, bukan untuk membina hotel mewah.

Perancangan yang lebih teratur

Memandangkan semua kegiatan ekonomi telah dirancang dengan teliti oleh pihak kerajaan, ekonomi dapat berkembang dengan lebih menyeluruh dan pesat. Melalui campur tangan kerajaan, apa-apa kegiatan ekonomi yang tidak mencapai tahap piawai yang telah dirancang dan diunjurkan akan disemak semula dan seterusnya, langkah-langkah pembetulan akan diambil jika perlu.

Meningkatkan daya pengeluaran

Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, sebarang penemuan teknik pengeluaran baru atau inovasi daripada kegiatan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan tidak menjadi milik firma secara individu. Sebaliknya, maklumat tersebut akan disebarkan seluas-luasnya. Melalui cara ini, semua pengeluar dapat menikmati faedah daripada penemuan baru atau inovasi tersebut. Kesannya, daya pengeluaran firma-firma, khususnya dan seluruh negara akan meningkatkan secara amnya.

KEBURUKAN

Pengurusan yang tidak efisien

Dalam pentadbiran kerajaan, karenah birokrasi (red tape) sering melambatkan proses pembuatan keputusan dan pelaksanaan urusan rasmi. Pekerja-pekerja dalam sektor awam lazimnya kurang bermotivasi berbanding dengan pekerja-pekerja dala sektor swasta. Kesannya, kos pengurusan akan meningkat dan pentadbiran menjadi tidak efisien.

Pilihan terhad

Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, pengguna tidak mempunyai pilihan untuk membeli barang yang diinginkan. Memandangkan pengguna terpaksa membeli barang yang tidak disukai atau digemari oleh mereka, kepuasan pengguna tidak dapat dimaksimumkan.

Pembaziran sumber

Memandangkan kerajaan lebih mementingkan kebajikan pekerja, teknik pengeluaran berintensifkan buruh akan digunakan. Dalam keadaan ini, pembaziran sumber mungkin berlaku apabila terlalu ramai buruh digunakan dalam sesuatu proses pengeluaran. Apabila terlalu ramai buruh digunakan, daya pengeluaran akan semakin menurun sehingga menimbulkan masalah pengangguran tidak ketara.

(20)

SISTEM EKONOMI CAMPURAN

1. Sistem ekonomi yang melibatkan campur tangan kerajaan dalam kegiatan ekonomi bersama-sama sektor swasta. Sistem ekonomi campuran boleh diamalkan sebagai langkah untuk mengatasi masalah atau kelemahan yang terdapat dalam kedua-dua sistem ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi perancangan pusat.

2. Sistem ekonomi campuran merupakan gabungan sistem ekonomi pasaran bebas dan sistem ekonomi perancangan pusat.

3. Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran ialah Malaysia.

Ciri :

KEBAIKAN

Harga barang yang berpatutan

Walaupun harga barang ditentukan melalui mekanisme harga dalam pasaran, namun kerajaan akan campur tangan untuk menentukan harga maksimum dan harga minimum terutamanya bagi barang keperluan.

Membuat keputusan bersama

Dalam sistem ekonomi campuran, masalah asas ekonomi diselesaikan bersama-sama oleh pihak swasta dan kerajaan. Kerajaan akan berusaha untuk melindungi kebajikan dan kepentingan golongan miskin atau berpendapatan rendah.

Pengagihan pendapatan yang seimbang

Kerajaan akan campur tangan untuk menjamin pengagihan pendapatan yang seimbang dalam kalangan ahli masyarakat dengan mengenakan cukai kepada golongan berpendapatan tinggi dan memberi subsidi kepada golongan berpendapatan rendah.

SISTEM EKONOMI CAMPURAN

Sumber-sumber dimiliki oleh kerajaan dan firma

Keputusan dibuat bersama oleh kerajaan dan firma

Pengguna bebas membuat pilihan, sesetengah barang dikawal oleh kerajaan

Harga barang awam ditentukan kerajaan. Harga barang swasta ditentukan mekanisme harga

Persaingan wujud antara firma

Pengguna memaksimumkan kepuasan, firma memaksimumkan keuntungan, dan kerajaan memaksimumkan kebajikan rakyat

(21)

SISTEM EKONOMI ISLAM

1. Sistem ekonomi di mana semua kegiatan ekonomi dijalankan mengikut syariat Islam. 2. Kegiatan ekonomi yang dijalankan adalah bebas daripada unsur riba dan bentuk

penindasan lain yang tidak dibenarkan oleh Islam.

3. Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi Islam, ialah Kuwait, Iran, Iraq, dan Arab Saudi.

Ciri :

1.6.2 PASARAN DAN PENYELESAIAN MASALAH ASAS EKONOMI

SISTEM EKONOMI PASARAN BEBAS Apa yang hendak dikeluarkan

1. Pengguna akan menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan oleh pengeluar berdasarkan kuasa permintaan mereka.

2. Dalam sistem ekonomi pasaran bebas atau kapitalis, pengguna dikatakan mempunyai “kuasa besar pengguna”.

3. Firma akan mengeluarkan jenis barang yang diminta oleh pengguna.

Berapa yang hendak dikeluarkan

1. Jumlah barang yang hendak dikeluarkan oleh pengeluar adalah bergantung kepada kuasa permintaan terhadap sesuatu barang.

2. Semakin tinggi permintaan terhadap sesuatu barang, semakin banyak barang tersebut akan dikeluarkan. Ini kerana matlamat firma adalah untuk memaksimumkan keuntungan.

Untuk siapa dikeluarkan

1. Oleh sebab matlamat firma adalah untuk memaksimumkan keuntungan, pengeluar akan menjual barang kepada pengguna yang mempunyai kuasa beli yang tinggi. 2. Biasanya, pengguna yang mempunyai kuasa beli yang tinggi ialah golongan kaya.

SISTEM EKONOMI ISLAM

Sumber-sumber adalah hak milik mutlak Allah, berdasarkan hukum syarak

Ditentukan oleh pengguna dan pengeluar tanpa melanggar hukum syarak

Pengeluar dan pengguna bebas membuat pilihan terhadap barangan yang halal

Ditentukan oleh interaksi antara pengguna dan pengeluar melalui kuasa pasaran

Wujud persaingan sihat dan aktiviti ekonomi tidak melibatkan riba dan faedah

(22)

Oleh itu, firma akan mengeluarkan barang mewah yang biasanya digunakan oleh golongan kaya, misalnya barang perhiasan yang sangat mahal. Sebaliknya, bagi golongan yang kurang berkemampuan, firma akan menawarkan barang biasa sahaja. 3. Barang biasa dan barang sosial kurang dikeluarkan kerana pengeluaran barang

sebegini kurang menguntungkan.

Bagaimana hendak dikeluarkan

1. Pengeluar mempunyai kebebasan untuk memilih teknik pengeluaran yang akan digunakan untuk mengeluarkan sesuatu barang.

2. Jika kos menggunakan mesin lebih murah berbanding dengan kos upah, pengeluar akan memilih teknik pengeluaran berintensifkan modal. Sebaliknya, jika kos menggunakan mesin lebih mahal berbanding dengan kos upah, pengeluar akan memilih teknik pengeluaran berintensifkan buruh.

3. Memandangkan matlamat firma adalah untuk memaksimumkan keuntungan, firma akan memilih teknik pengeluaran yang dapat meminimumkan kos pengeluaran.

4. Secara umum, firma di negara maju akan menggunakan teknik pengeluaran berintensifkan modal, manakala di negara sedang membangun akan menggunakan teknik pengeluaran berintensifkan buruh.

SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT Apa yang hendak dikeluarkan

1. Jenis barang yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh kerajaan.

2. Barang dikeluarkan bukan untuk tujuan mengaut keuntungan, tetapi untuk tujuan penggunaan bagi meningkatkan taraf kebajikan masyarakat.

3. Oleh sebab semua jenis barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan telah ditentukan oleh kerajaan, pengguna tidak mempunyai sebarang pilihan terhadap barang-barang yang ingin dibeli.

4. Kerajaan akan mengeluarkan barang yang dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat, bukan barang yang dapat memberi keuntungan semata-mata.

Berapa yang hendak dikeluarkan

1. Keputusan mengenai jumlah barang yang hendak dikeluarkan bergantung kepada keperluan masyarakat setempat.

2. Misalnya, kerajaan akan membina lebih banyak sekolah bagi menampung keperluan penduduk yang semakin meningkat.

Untuk siapa dikeluarkan

1. Kerajaan akan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh semua golongan masyarakat, terutama golongan berpendapatan renddah.

2. Sekiranya kerajaan merasakan harga barang yang dikenakan terlalu tinggi, kerajaan akan melaksanakan dasar harga maksimum dan dasar kawalan harga terhadap barang tertentu.

3. Kerajaan juga boleh melaksanakan dasar catuan untuk mengawal kuantiti barang yang boleh dibeli pada sesuatu masa tertentu. Langkah ini adalah perlu bagi menstabilkan harga pasaran.

Bagaimana hendak dikeluarkan

1. Kerajaan akan menentukan teknik pengeluaran yang akan digunakan untuk mengeluarkan sesuatu barang, iaitu sama ada berintensifkan buruh atau berintensifkan modal.

2. Sekiranya ekonomi sedang mengalami masalah pengangguran, teknik pengeluaran berintensifkan buruh akan digunakan.

(23)

3. Dalam menentukan kaedah pengeluaran yang akan digunakan, kriteria kos minimum tidak dipentingkan. Sebaliknya, kebajikan pekerja lebih diutamakan.

4. Dalam usaha meningkatkan kebajikan pekerja, kerajaan akan melaksanakan dasar upah minimum, skim perlindungan kemalangan, jaminan pendapatan selepas persaraan dan sebagainya.

SISTEM EKONOMI CAMPURAN Apa yang hendak dikeluarkan

1. Jenis barang yang hendak dikeluarkan diselesaikan melalui mekanisme harga dan campur tangan pihak kerajaan.

2. Firma akan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang mempunyai permintaan agar dapat memperoleh keuntungan yang maksimum.

3. Kerajaan akan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang tidak mampu dikeluarkan oleh pihak swasta ataupun mengeluarkan barang yang tidak mencukupi dalam pasaran.

4. Biasanya, kerajaan akan mengeluarkan barang sosial, manakala pihak swasta akan mengeluarkan barang mewah yang lebih menguntungkan.

Berapa yang hendak dikeluarkan

1. Jumlah barang yang hendak dikeluarkan bergantung kepada mekanisme harga.

2. Firma akan meningkatkan pengeluaran sekiranya permintaan terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan meningkat dan sebaliknya.

3. Kerajaan akan mengeluarkan barang berdasarkan keperluan rakyat.

Untuk siapa dikeluarkan

1. Dalam sistem ekonomi campuran, masalah untuk siapa dikeluarkan juga diselesaikan melalui mekanisme harga dan campur tangan kerajaan.

2. Pihak swasta akan menawarkan barang kepada pengguna yang mempunyai kemampuan membayar yang tinggi.

3. Biasanya, pengguna daripada golongan berpendapatan tinggi mempunyai kemampuan membayar yang tinggi. Oleh sebab golongan kaya lebih menggemari barang mewah, firma akan mengeluarkan barang mewah untuk dijual kepada golongan kaya.

4. Pihak kerajaan pula akan mengeluarkan barang awam bagi memenuhi keperluan semua golongan masyarakat, terutama golongan berpendapatan rendah.

Bagaimana hendak dikeluarkan

1. Cara barang dan perkhidmatan hendak dikeluarkan diselesaikan melalui mekanisme harga dan campur tangan kerajaan.

2. Firma akan memilih teknik pengeluaran yang paling cekap bagi meminimumkan kos pengeluaran. Teknik pengeluaran yang dipilih oleh kerajaan pula bergantung pada kos kebajikan. Jika matlamat kerajaan adalah untuk mengurangkan pengangguran, teknik pengeluaran berintensifkan buruh akan digunakan.

3. Dalam sistem ekonomi campuran, kerajaan akan menyediakan pelbagai kemudahan asas, kawasan perindustrian, dan kawasan perumahan bagi membantu firma menjalankan kegiatan perniagaan.

SISTEM EKONOMI ISLAM

Apa yang hendak dikeluarkan

1. Jenis barang yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh pengguna dan kerajaan berlandaskan hukum Islam.

(24)

Berapa yang hendak dikeluarkan

1. Jumlah barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan adalah ditentukan oleh mekanisme harga dan kerajaan.

Untuk siapa dikeluarkan

1. Barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan adalah untuk semua golongan masyarakat secara keseluruhannya. Kepentingan individu dan orang awam tidak dibezakan

Bagaimana hendak dikeluarkan

1. Dalam sistem ekonomi Islam, cara barang dan perkhidmatan dikeluarkan adalah dengan menggunakan teknik yang dapat mengurangkan pembaziran sumber.

(25)

1. Nyatakan dua faktor yang menyebabkan wujud masalah asas ekonomi.

2. Bidang kajian ekonomi dibahagikan kepada _________________________ dan _________________________ .

3. Empat sumber ekonomi yang mest digunakan dalam sesuatu proses pengeluaran.

i. _________________________ ii. _________________________ iii. _________________________ iv. _________________________ 4. Berikan tiga masalah ekonomi.

i. _________________________ ii. _________________________ iii. _________________________ 5. Nyatakan empat masalah asas ekonomi.

i. _________________________ ii. _________________________ iii. _________________________ iv. _________________________

Setelah mengikut input ini, sila uji kefahaman anda dengan aktiviti berikut. Ingat, jangan cuba menipu diri. Ujilah kefahaman anda secara ikhlas dan jujur sebelum anda meneruskan input.

(26)

1. (i) Sumber ekonomi terhad

(ii) Kehendak manusia yang tidak terhad 2. Mikroekonomi dan Makroekonomi 3. (i) Tanah (ii) Buruh (iii) Modal (iv) Usahawan 4. (i) Kekurangan (ii) Pilihan (iii) Kos Lepas

5. (i) Apa yang hendak dikeluarkan (ii) Berapa yang hendak dikeluarkan (iii) Untuk siapa dikeluarkan

(iv) Bagaimana hendak dikeluarkan

PERHATIAN :

Anda hanya boleh boleh berpindah ke latihan seterusnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 1.A.

(27)

1. Senaraikan empat jenis sistem ekonomi yang diamalkan di dunia. i. _________________________

ii. _________________________ iii. _________________________ iv. _________________________

2. Nyatakan enam kriteria asas yang membezakan sistem ekonomi. i. _________________________ ii. _________________________ iii. _________________________ iv. _________________________ v. _________________________ vi. _________________________

3. Berikan ciri-ciri Sistem Ekonomi Pasaran Bebas / Kapitalis. 4. Bagaimanakah mekanisme harga berfungsi dalam ekonomi. 5. Nyatakan tiga kebaikan Sistem Ekonomi Campuran.

Setelah mengikut input ini, sila uji kefahaman anda dengan aktiviti berikut. Ingat, jangan cuba menipu diri. Ujilah kefahaman anda secara ikhlas dan jujur sebelum anda meneruskan input.

(28)

1. (i) Sistem ekonomi kapitalis / pasaran bebas (ii) Sistem ekonomi perancangan pusat / sosialis (iii) Sistem ekonomi campuran

(iv) Sistem ekonomi Islam 2. (i) Pemilikan sumber

(ii) Pembuat keputusan (iii) Pilihan

(iv) Penentu harga (v) Persaingan (vi) Motif

3. Dimiliki oleh Pengeluar / Pengguna

Kerajaan tidak campur tangan dalam kegiatan ekonomi

Pengeluar bebas memilih barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan. Pengguna bebas memilih barang dan perkhidmatan.

Ditentukan oleh mekanisme harga, iaitu berdasarkan kuasa permintaan. Pengeluar bebas bersaing.

Memaksimumkan keuntungan dengan meminimumkan kos. 4. Melalui interaksi permintaan dan penawaran dalam pasaran. 5. (i) Pengagihan pendapatan yang seimbang

(ii) Membuat keputusan bersama (iii) Harga barang yang berpatutan

PERHATIAN :

Anda hanya boleh boleh berpindah ke latihan seterusnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 1.B.

(29)

Referensi

Dokumen terkait

Pengaruh Kompetensi Guru, Iklim Sekolah, Perhatian Orang Tua dan Efektivitas Pembelajaran IPS terhadap Pembentukan Karakter Sosial Peserta Didik SMP Negeri Kabupaten Garut

Hasil tersebut menunjukkan bahwa teknik mnemonic efektif untuk meningkatkan memori jangka panjang dalam pembelajaran biologi pada siswa kelas VIII SMP Al-Islam

Berdasarkan uraian di atas, permasalahan dalam penelitian ini adalah rendahnya kualitas pelayanan yang menyebabkan pasien tidak merasa puas berobat di rumah sakit

Keputusan ini diambilnya karena dia tahu bahwa, bila pengaturan mesin sudah benar, maka kemungkinan mesin itu akan menghasilkan produk dengan ukuran yang tepat adalah

Tentang Pencegahan Kanker Leher Rahim Secara Umum di Fakultas Kedokteran Gigi Universitas Sumatera Utara.

Bidang ini harus mendapat perhatian serius dari PEMDA Kabupaten Lumajang, karena berdasarkan data yang kami himpun dari publikasi BPS Jawa Timur tahun 2014 menunjukkan bahwa,

Hasil observasi awal ini menunjukkan bahwa sebagian besar anak yang ada pada kelompok B TK Seruni Kecamatan Batudaa belum berkreativitas dalam melakukan aktivitas

 Ketika seorang lelaki membuat “ umm ” berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia