• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesan Globalisasi Terhadap Dunia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kesan Globalisasi Terhadap Dunia"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Kesan globalisasi dari sudut teknologi.

Globalisasi merujuk kepada perubahan yang menjadikan dunia tanpa sempadan yang disebabkan oleh kepesatan atau kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

Segala modal, tenaga manusia, kemahiran dan nilai menyeberangi sempadan dalam masa yang begitu singkat. Perubahan yang meliputi skop yang luas ini dihubungkan dengan kemajuan teknologi, khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

Dunia kini terpaksa berdepan dengan gelombang globalisasi akibat secara langsung daripada ledakan teknologi maklumat berkenaan. Kemajuan dalam bidang ini memaksa beberapa negara membuka pintu seluas-luasnya kepada pengaruh luar yang membahayakan dan merosakkan jika tiada kawalan melalui dasar langit terbuka. Globalisasi yang berselindung di sebalik ledakan teknologi maklumat merupakan suatu proses re-westernisasi atau imperialism budaya, bahasa dan pendidikan yang berpengaruh dan mempunyai kesan melemah dan akhirnya telah banyak meminggirkan proses Islamisasi dan pemantapan budaya sejagat.

Justeru, dalam konteks kesan yang nyata kepada dunia dapat kita lihat dari sudut impaknya terhadap bidang teknologi maklumat itu sendiri. Teknologi telah mengubah wajah ekonomi konvensional yang lambat dan mengendalikan interaksi sumber daya fizik secara lokal menjadi ekonomi digital yang serba cepat dan global. Teknologi dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti teknologi pengangkutan, teknologi pembangunan, teknologi maklumat dan sebagainya.

Dari segi teknologi pengangkutan, dunia telah melalui revolusi dan telah menggerakkan manusia kepada beberapa penemuan-penemuan terhebat yang memberi manfaat kepada sejagat. Contohnya, penciptaan lokomotif iaitu keretapi, kereta, kapal terbang, motorsikal dan kapal. Penciptaan ini memudahkan urusan seharian manusia sejagat dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Melalui proses globalisasi, dunia berkongsi sumber dan kepakaran untuk mereka-cipta sesuatu teknologi pengangkutan yang lebih canggih dan berfuturistik misalnya kapal angkasa lepas. Jika zaman Perang Dunia pertama, manusia menggunakan senjata yang berada di muka bumi. Mereka membunuh, menembak dan memusnah antara satu dengan yang lain dengan perantaraan bumi. Dalam peperangan dunia kedua pula, manusia telah menggunakan angkasa untuk berperang. Justeru, teknologi kapal terbang adalah penting untuk memastikan kemenangan sesuatu peperangan.

(2)

Antara bidang teknologi lain yang cepat maju dan canggih adalah bidang teknologi maklumat dan komputer. Bill gates (1996), peneroka bidang komputer yang terkenal, dapat memasarkan aplikasi keluaran Window ke serata dunia . Perkembangan teknologi yang begitu pesat pada masa ini di seluruh dunia memerlukan tindakan segera pembangunan sumber manusia untuk memberi latihan, pengetahuan dan kemahiran tentang teknologi maklumat, robotik dan sebagainya.Kehidupan manusia semakin banyak bergantung kepada komputer dan teknologi di era globalisasi hari ini.

Melalui dasar globalisasi yang diamalkan juga, teknologi maklumat dapat disalurkan dengan lebih cekap dan pantas tanpa sebarang halangan. Kita dapat membuat panggilan samada melalui suara, gambar mahupun video pada bila-bila masa dan tempat. Penggunaan internet juga boleh dilakukan dengan sambungan wayar dan tanpa wayar (wifi). Ini dapat dilihat dengan perkembangan sumber 3G dan terkini dikenali sebagai 4G. Ekoran proses globalisasi ini kebanyakan tempat samada di bandar mahupun di pedalaman sudah mampu mencapai capaian internet dengan mudah.

Kesan positif lain yang dapat diperhatikan daripada globalisasi dunia ini ialah jaringan komunikasi dan informasi adalah tidak terhad dan ini memberi impak yang besar untuk pendidikan. Contohnya, kewujudan Sekolah Bestari di Malaysia. Ia merupakan salah satu daripada tujuh flagship dalam Projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor). Pada bulan Julai 1997, Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu telah melancarkan dokumen flagship Sekolah Bestari di Malaysia disamping dokumen berkaitan flagship- flagship lain. Syarikat Swasta dari dalam atau luar negara dijemput untuk mengemukakan kertas cadangan bagi menjayakan flagship- flagship ini. Sekolah Bestari Malaysia merupakan satu institusi pendidikan yang telah direkabentuk semula secara menyeluruh dari segi pengajaran –pembelajaran dan pengurusan sekolah dengan matlamat membantu pelajar menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Tumpuan utama dalam projek Sekolah Bestari ini ialah pelaksanaan proses pengajaran –pembelajarannya. Ini ada kaitannya dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan juga bahan-bahan P&P. Kesemua elemen ini dititikberatkan supaya pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Kaedah pembelajaran Sekolah Bestari menggalakkan pelajar mengamalkan pembelajaran akses kendiri , terarah kendiri dan mengikut kadar pembelajaran sendiri. Justeru, dengan kemudahan jaringan

(3)

yang disediakan, para pelajar dan pendidik dapat mengakses maklumat dan berkongsi segala info dengan hanya di hujung jari.

Di samping itu, kegiatan institusi pendidikan dan latihan telah ditumpukan ke arah menghasilkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan literasi komputer. Langkah kerajaan Malaysia membina Lebuh Raya Multi Media , Universiti Multi Media dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Berelektronik yang kita telah maklum sekarang adalah langkah yang bijak untuk persediaan tenaga manusia yang akan menggunakan teknologi maklumat di dalam era globalisasi.

Melalui pengakses mengakses internet dengan laman-laman global seperti Yahoo, Google, HTML (Hypertext Markup Language), Friendster, Facebook dan Twitter juga, manusia sejagat dapat berhubung dan berkenalan antara satu sama lain. Konsep perdagangan elektronik melalui internet, yang dikenali dengan nama e-Commerce dan e-Bussiness telah banyak membantu manusia menjalankan perniagaan dan urusan seharian. Seseorang itu hanya perlu menekan papan kekunci untuk melaksanakan transaksi pembayaran bil, pinjaman, membeli-belah dan sebagainya tanpa perlu ke bank.

Teknologi dalam bidang kesihatan juga telah mengakibatkan kesihatan rakyat sedunia lebih selamat dan terjamin. Ubat-ubatan yang dulunya diproses secara tradisional kini digantikan dengan penggunaan mesin-mesin yang berteknologi tinggi di hospital, natijah daripada hubungan yang berlaku di antara sesebuah negara dengan negara yang lain melalui era globalisasi. Globalisasi juga telah membuka ruang kepada kejayaan merawat sumber air agar lebih bersih dan selamat digunakan dan dapat menghindar daripada penyakit wabak seperti taun, malaria dan sebagainya. Ini dapat dibuktikan dengan lebih daripada 85% penduduk dunia dapat hidup sehingga mencapai umur 60 tahun dan lebih iaitu 2 kali ganda daripada 20 tahun lalu.

Fenomena ketara yang dapat dilihat ekoran daripada globalisasi yang berlaku seantero dunia juga ialah penguasaan media cetak dan media elektronik yang dimiliki oleh syarikat-syarikat gergasi yang berpusat di Barat. Kecanggihan dunia Barat dalam bidang teknologi komunikasi memberi peluang yang lebih luas kepada mereka bagi mendominasi penyebaran berita antarabangsa. Berita-berita politik, ekonomi dan dominasi Barat ke atas negara-negara lain di dunia menjadi liputan utama. Era global telah membuka ruang seluas-luasnya kepada Barat untuk mengukuhkan lagi dominasi mereka ke atas media kerana bentuk-bentuk berita lebih memihak kepada kuasa-kuasa tertentu dan kritikal ke atas sesebuah negara. Paling menyedihkan

(4)

adalah media digunakan oleh Barat sebagai agen penyebar kepada dunia tentang keburukan Islam dan orang-orang Islam. Umat Islam di dunia digambarkan sebagai pemberontak dan sering menimbulkan kekecohan. Sekiranya berlaku peperangan antara sesebuah negara Barat dengan negara Islam, negara Islam itu akan menjadi mangsa mahkamah media yang sentiasa menjatuhkan hukuman salah kepada negara Islam itu.

Dunia juga didedahkan lagi dengan penemuan baru media dan antara yang terkini dan tercanggih adalah teknologi maklumat atau IT. Dalam era IT, penggunaan laman web yang berkesan mampu menarik individu melayari laman web yang mereka minati. Apa yang menyebabkan internet berpengaruh berbanding dengan media cetak adalah sifatnya yang dapat menerobos sempadan negara. Ia sukar disekat, ditapis dan dihalang tidak seperti bahan cetak yang boleh dirampas bila-bila masa. (Tamadun 1998,34)

Globalisasi dan perubahan undang-undang.

Merujuk kepada karya Datuk Rais Yatim dalam Majalah Pemikir, Edisi Oktober-Disember 2000;

“Globalisasi yang sebenarnya terasas kepada pengolahan ilmu dan produk adalah pucuk dicita ulam mendatang bagi negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan rakan-rakan sekutunya yang mahukan seluruh dunia mengamalkan cara mentadbir dan berinteraksi mereka; cara dalam mengurus perniagaan; cara berkonsepsi tentang hak-hak asasi manusia serta undang-undang yang dikatakan sebagai „universal‟ atau sejagat. Ia juga menerapkan supaya perniagaan multi-nasionalnya dapat menembusi sebarang halangan domestik yang dikuatkuasakan oleh sesebuah negara. Tetapi apa yang nyata, di bawah peraturan General Agreement On Trade and Tariff (GATT), tarif yang tinggi masih wujud di negara-negara maju sehingga sukar bagi negara-negara membangun untuk menembusi pasaran mereka. Konflik seperti ini jelas terkandung dalam politik globalisasi tetapi ia banyak dilenyapkan oleh pihak-pihak berkuasa tertentu ke atas syarikat-syarikat gergasi yang berpengaruh luas”.

Pendekatan lain yang diolah oleh Barat ini ialah melalui perundangan antarabangsa dan undang-undang wilayah. Protokol dan konvensyen WTO (World Trade Organisation), IMF (International Monetary Fund), Bank Dunia serta agensi-agensi Bangsa-Bangsa Bersatu, misalnya adalah sebahagian daripada prasarana yang telah disejagatkan konsep yang kononnya

(5)

memelihara negara-negara anggota walhal sebenarnya lebih menguntungkan kuasa-kuasa besar seperti Amerika. Peruntukan undang-undang WTO bahawa pada tahun-tahun tertentu selepas 2000 misalnya, beberapa negara perlu membuka pintu domestiknya bagi laluan urusniaga (trade) antarabangsa bersekali dengan undang-undang. Susulannya, undang-undang yang bertembung atau berkonflik dengan undang-undang yang sedia wujud di negara-negara anggota WTO dikenakan proses „deregulation‟ agar kononnya akan wujud arus bebas (freeflow) perniagaan antarabangsa. Dari segi profesion undang-undang, misalnya, sudah ada tekanan supaya firma-firma khusus undang-undang luar negara dibenarkan untuk beroperasi di negara-negara yang tertakluk kepada peraturan dan protokol WTO.

Proses yang dinyatakan di atas hanyalah sekelumit di antara isu-isu globalisasi dari sudut undang-undang. Ada banyak lagi implikasi globalisasi yang merunsingkan terutama bagi negara-negara membangun seperti Malaysia. Banyak hal berkaitan perundangan dan peraturan globalisasi yang mencengkam sistem domestik sesebuah negara. Pengalaman beberapa negara seperti Indonesia, Thailand dan Korea, susulan kuatkuasa undang-undang bantuan dan pinjaman IMF (International Monetary Fund) telah pun menunjukkan ciri-ciri pengetepian kuat kuasa undang-undang tempatan lantaran cokmar globalisasi itu telah mencengkam..

Globalisasi juga telah menunjukkan kesan dari segi pelaksanaan undang-undang contohnya di Malaysia jelas bahawa undang-undangnya tertakluk kepada common law Inggeris di samping syariah mengepalai undang-undang keluarga seseorang Muslim. Penjenayahan atau criminality dalam perundangan kita terasas sejak 1883 kepada Kanun Keseksaan yang berasal dari kanun sama di India. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 juga banyak dipadankan dengan undang-undang keselamatan dalam negeri di India. Sementara itu, undang-undang sivil kita yang dikuatkuasakan di bawah Akta Undang-undang Sivil 19569 sekarang adalah nas undang-undang common law dan equity seperti yang ada di England sehingga 1956 .

Jelas bahawa gelombang globalisasi benar-benar mencakup seluruh kehidupan manusia di dunia amnya dan bagi kita di Malaysia khususnya. Jika kecenderungan yang dibincangkan tersebut terus berlaku, sedikit sebanyak lunas-lunas keadilan sejagat (natural justice) akan bertapak dengan lebih meluas lagi. Setiap negara perlu menjaga dan mempertahankan

(6)

undang-undangnya secara praktikal dan diterima rakyat. Antara penguatkuasaan dan penghakiman mesti ada titik pertemuan yakni keadilan.

Keghairahan arus globalisasi ini juga telah membawa kepada perubahan dan penguatkuasaan undang-undang terutama berkaitan dengan teknologi maklumat. Sebuah agensi di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu CyberSecurity Malaysia contohnya telah diberikan peranan yang besar bagi jenayah siber. Kes-kes seperti menceroboh akses perbankan seperti kad kredit, menggodam laman web (sesawang) atau mewujudkan perang siber dikendalikan dengan cekap bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. Memetik laporan dari sebuah akhbar bertarikh 7 Jan 2010 (Utusan Malaysia), Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt. Kol. (B) Husin Jazri, berkata:

"Bagi tahun ini, setakat 30 November 2009, CyberSecurity Malaysia telah membantu pihak berkuasa menganalisis sebanyak 338 kes forensik digital, berbanding 298 kes sepanjang tahun 2008,"

Justeru, penubuhan agensi sebegini merupakan langkah yang bijak untuk melawan arus perdana global yang telah memacu manusia untuk berusaha melakukan sesuatu di luar kawalan. Selain itu, pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah yang positif untuk tidak menapis dunia siber. Ini termaktub dalam rang undang-undang jaminan yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat Koridor Raya Multimedia. Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun peruntukan di bawah akta tersebut yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku. Prinsip ini adalah berdasarkan pendapat bahawa pengawalan maklumat hanya akan memberikan kesan yang negatif kepada perkembangan teknologi komunikasi yang canggih ini. Selain Malaysia banyak negara lain mengambil langkah yang sama contohnya Indonesia, India, Mexico dan boleh dikatakan semua negara maju tidak menapis internet. Ini berbeza sekali dengan sesetengah negara yang mengambil pendirian yang jauh lebih agresif. Negara-negara seperti Cuba dan China, mengamalkan penapisan maklumat secara total atau separa. Mereka menganggap kandungan yang dibawa di dalam Internet sebagai ancaman ideologi kepada penduduk mereka. Mereka lebih suka penduduk mereka pasif, buta dan tidak celik kepada maklumat dan

(7)

perkembangan dunia terkini. Banyak juga negara yang bersikap sederhana dan menapis hanya maklumat yang mungkin merosakkan fikiran orang awam.

Tidak menapis internet bermakna semua orang boleh menggunakan internet dengan bebas, ini termasuklah penjenayah siber. Oleh itu tidak bermakna dirangka undang-undang jenayah siber. Beberapa contoh peristiwa akibat tiada penapisan internet misalnya, melalui alam siber Zapatista National Liberation Army di Mexico semakin bertenaga dalam menegakkan perjuangan mereka , aktivis siber di Indonesia berjaya menumbangkan rejim Suharto pada bulan Mei 1998, Pelampau Hindu yang merobohkan masjid pada awal tahun 1990-an dan menyerang penganut Kristian pada akhir tahun 1990-an terdiri daripada golongan pekerja di India yang menggunakan kaset video dan Internet untuk menyebarkan mesej serta tragedi 11 September juga menggunakan komunikasi internet.

Keadaan ini mewujudkan isu baru tentang keselamatan, seperti yang disebut dalam OECD Guidelines for the Security of Information Systems and Networks: Towards A Culture of Security. Sesetengah negara, seperti Amerika Syarikat meletakkan perlindungan daripada serangan berasaskan siber dan jenayah teknologi tinggi sebagai salah satu keutamaan yang penting. Ekoran Peristiwa 11 September kerajaan dalam OECD merangka Garis Panduan Keselamatan Sistem dan Rangkaian Maklumat yang baru untuk bertindak balas terhadap keganasan siber, virus komputer, penggodaman, dan ancaman lain.

“Walaupun Zaman Maklumat ini menjanjikan kecekapan yang semakin meningkat, namun keselamatan negara lebih sukar untuk diurus,” kata Eliot A. Cohen, pakar strategi dan kuasa ketenteraan, semasa Persidangan Tahunan Keenam di Abu Dhabi. Teknologi maklumat bukan sahaja mengaburkan sempadan antara perkhidmatan dan sempadan antara dunia ketenteraan dengan dunia awam, tetapi juga mengaburkan sempadan keselamatan.

Menurut laporan berita Bernama, dalam rencana ; Menteri Undang-undang Komanwel bincang jenayah siber di Sydney, Australia telah berkongsi pengalaman dalam menangani jenayah siber dan dibincangkan bersama oleh Menteri Undang-undang dari lebih 40 negara pada Mesyuarat Menteri-menteri Undang-undang (CLMM) di Sydney. Pada pertemuan itu, Polis Persekutuan Australia memberikan maklumat terkini mengenai ancaman siber yang dihadapi oleh negara

(8)

Komanwel, dan para perwakilan turut mendengar taklimat daripada pakar jenayah siber Prof Madya Dr Jonathan Clough mengenai ancaman jenayah siber terhadap keselamatan negara dan agensi penguat kuasa undang-undang.

„”Jenayah siber merupakan masalah global yang tidak boleh ditangani oleh mana-mana negara secara bersendirian,” kata Peguam Negara Australia Robert McClelland pada persidangan itu. “Peluang ini membolehkan negara berkongsi pengalaman dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa,” katanya.

Secara tuntasnya, semua negara perlu menggembleng usaha dan tenaga untuk sama-sama menangani permasalahan yang wujud angkara kerakusan kuasa globalisasi yang melanda ke serata dunia tanpa sempadan ini. Saluran global yang terbentang luas dalam pelbagai sumber ini sebenarnya membawa banyak kesan negatif dari positif dan telah menghuru-harakan umat sejagat dengan sepantas kilat. Maka, langkah penguatkusaan undang-undang demi menjaga keselamatan dan politik negara-negara sedunia adalah amat wajar untuk menyekat dan mengawasi pelbagai lagi masalah dan kes yang timbul ekoran kelangsungan virus globalisasi sejagat.

Referensi

Dokumen terkait

melalui Gugatan Perwakilan Kelompok (Class Actions) atau Pengadilan Acara Cepat untuk Perkara dengan Nilai Gugatan Kecil (Small Claim Procedures). Mahkamah Agung RI dan

Hasil penelitian membuktikan bahwa terjadi peningkatan kemampuan guru dalam melaksanakan analisis hasil belajar melalui In House Training (IHT) dari siklus I ke

Pembelajaran kerajinan merupakan salah satu kompetensi yang tertuang dalam kurikulum 2013, yaitu Kompetensi Inti (KI) mengekspresikan diri melalui karya seni rupa, dengan salah

Kualitas dan efektifitas pelayanan dan pengawasan karantina sangat ditentukan oleh kelengkapan, kualitas sarana dan prasarana operasional yang meliputi: Gedung

Pekerjaan Penyelesaian Properti “Nirwana Residence” diharapkan dapat terlaksana sesuai time schedule yang direncanakan, sehingga aspek legalitas menjadi sangat penting & perlu

Untuk menetapkan khiyâr disyaratkan beberapa syarat berikut. 1) Adanya cacat pada waktu jual beli atau setelahnya sebelum terjadinya penyerahan. Jika terjadi setelah

Pada saat siswa Plus olah raga akan mengikuti pertandingan baik itu event Daerah, Provinsi maupun Nasional, maka mereka harus mengikuti TC ( Training Center ) berbulan-bulan

Berkaitan dengan penelitian yang saya lakukan dalam rangka menyelesaikan program S1 Manajemen Universitas Sumatera Utara mengenai “Pengaruh Ekuitas Merek terhadap Loyalitas