• Tidak ada hasil yang ditemukan

penguasaan ICT Dan dikalangan guru

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "penguasaan ICT Dan dikalangan guru"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Penguasaan ICT di kalangan guru

1.0 Pengenalan

Dalam era globalisasi yang pesat dengan teknologi canggih pada masa kini. Masyarakat di setiap pelusuk dunia sentiasa mengikuti perkembangan teknologi maklumat dari semasa ke semasa lebih-lebih lagi bagi golongan muda. Pada masa kini, masyarakat banyak mengaplikasikan pelbagai jenis teknologi maklumat dalam kehidupan seharian seperti penggunaan laman sosial, beberapa pangkalan data atas talian (online), penggunaan email dan sebagainya.

Oleh yang demikian, kita dapat ketahui bahawa dalam perkembangan teknologi pada masa kini banyak memerlukan kemahiran menggunakan komputer serta internet. Namun dewasa ini, teknologi masa kini telah diperluaskan lagi dengan wujudnya telefon pintar. Ini membuktikan bahawa teknologi pada hari ini berkembang semakin pesat.

Oleh itu, sebagai seorang guru, kita seharusnya tidak boleh ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi ini. Menurut Craft (2002) dalam Ismail dan Subki (2010) menyarankan seseorang pendidik yang profesional perlu peka terhadap insiatif pendidikan yang terkini. Manakala Mok Soon Sang (2007) menegaskan guru hendaklah menlengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperoleh maklumat tentang perkembangan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid menggunakan internet sebagai bahan dalam P&P.

Oleh sebab itu, guru pada zaman ini haruslah mempertingkatkan kemahiran dalam bidang ICT supaya guru-guru dapat mengaplikasikan dengan sebaik mungkin terhadap teknologi yang ada pada masa kini. Guru juga boleh menerapkan elemen ICT dalam pengajaran dalam pembelajaran untuk menarik minat pelajar supaya mereka mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh guru tersebut.

Merujuk petikan daripada Utusan Online bertarikh 13 Januari 2010 berkaitan dengan ucapan Timbalan Perdana Menteri seperti berikut:

(2)

guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia”

Daripada ucapan ini menerangkan bahawa semua warga pendidik haruslah menguasai bidang teknologi maklumat dan komunikasi ini dalam menghadapi cabaran dalam bidang pendidikan pada masa kini.

2.0 Pengertian ICT

ICT adalah merupakan singkatan daripada perkataan ‘Information and Communication Technology ’ yang membawa maksud Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Teknologi Maklumat dan Komunikasi adalah bermaksud teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi. Oleh itu, dapat kita nyatakan bahawa ianya adalah merupakan teknologi yang diperlukan untuk memproses data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Jadi alat yang sesuai bagi memproses data adalah dengan menggunakan komputer.

Menurut Senn (1998) dalam Norasiah (2009) pula menyatakan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu guna. Gabungan ketiga-tiga komponen ini boleh mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya. Oleh itu, guru seharusnya mengambil peluang ini untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian. Sementara menurut Mok Soon Sang (1996) menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam bidang pendidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baharu dalam bidang pendidikan. Maka ini bermaksud bidang pendidikan juga berkembang seiring dengan perkembangan ICT dan guru haruslah menggunakannya.

3.0 Kemudahan ICT di sekolah

(3)

membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, elemen yang penting dalam mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.

Oleh yang demikian, bagi menjayakan proses integrasi teknologi dalam pendidikan ini, sekolah-sekolah di negara kita ini dibekalkan dengan pelbagai kemudahan antaranya seperti makmal komputer,bantuan komputer 1 Malaysia bagi murid-murid yang mempunyai latar belakang keluarga yang susah, pusat akses internet dan program PPSMI. Semua kemudahan yang diberikan supaya pendidikan di negara kita ini dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain di samping menuju cabaran wawasan 2020. Daripada keratan akhbar:

“Menurut Timbalan Perdana Menteri lagi,’makmal komputer juga dibina di 6633 sekolah. Pusat akses internet sekolah dengan konsep kafe siber diwujudkan bagi kemudahan murid maklumat di 3029 sekolah di luar Bandar.”

Kewujudan makmal-makmal komputer ini member lebih banyak peluang dan ruang kepada guru untuk mendapatkan bahan-bahan yang sesuai dengan mudah. Sebagai sebagai seorang pendidikan adalah menjadi suatu keperluan untuk sentiasa mempertingkatkan ilmu pengetahuan selaras dengan perkembangan teknologi supaya guru-guru tidak dianggap ketinggalan oleh murid-muridnya disebabkan jahil teknologi.

Guru yang cemerlang akan berusaha mengakses bahan-bahan daripada internet untuk dijadikan sebagai bahan tutor dan demontrasi semasa pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru bukan sahaja menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran semata-mata malah guru juga boleh menggunakan kemudahan ICT ini bagi urusan-urusan lain seperti mengisi data (key in) atas talian, penggunaan microsoft word untuk membuat soalan peperiksaan dan sebagainya. Justeru, sebagai guru alaf baru ini, penggunaan ICT adalah menjadi suatu keperluan dan patut dikuasai dengan baik.

4.0 Faktor yang mempengaruhi guru terhadap penggunaan ICT

(4)

(veteran). Manakala bagi guru muda mereka telah didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran ICT semasa mengikuti kursus perguruan di institusi masing-masing. Oleh itu, apa yang kita dapat lihat pada senario di sekolah-sekolah, kita dapati ramai guru baru dan muda lebih menguasai ICT daripada guru veteran.

Banyak kajian telah dijalankan berkaitan dengan penggunaan ICT dalam pendidikan di kalangan guru-guru. Oleh itu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan ICT di kalangan guru-guru antaranya:

 Pengetahuan dan Kemahiran ICT dalam Pendidikan

 Minat terhadap ICT

 Sikap terhadap ICT

 Kemudahan dan Kebolehcapaian ICT di sekolah

 Keberkesanan Kendiri Terhadap Penggunan ICT

4.1 Pengetahuan dan Kemahiran ICT dalam Pendidikan

Kemahiran ICT guru-guru sebenarnya mempunyai kaitan dengan pengetahuan dan kemahiran guru tentang komputer. Oleh itu bagi memastikan aspek pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer berjalan dengan lancer, satu aspek yang perlu diambil perhatian ialah pengetahuan guru. Ini kerana tanpa pengetahuan yang baik dan jelas berkenaan dengan komputer dapat memastikan penggunakan ICT sebagai alat dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Namun begitu dalam satu kajian Kleiman (2000) telah mendapati bahawa guru-guru kurang kompeten dalam menggunakan teknologi, terutamanya komputer. Walaubagaimanapun, mereka masih berasa selesa apabila mengunakan komputer. Selain itu, internet merupakan salah satu saluran pengetahuan yang boleh digunakan dalam mendapatkan maklumat dan idea-idea baru. Namun begitu, sekiranya guru-guru tidak mempunyai pengetahuan tentang pencarian di internet, proses untuk mendapatkan bahan tersebut akan menjadi sulit dan lambat serta kadang kala tergendala. Keadaan ini biasanya berlaku terutamanya kepada guru-guru yang tinggal di luar bandar.

(5)

mengubahsuai serta lebih berbangga dengan hasil kerja mereka (Robinson-Stavely & Cooper, 1990). Sebagai seorang guru, kita perlu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam ICT untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Dalam kajian Norizan Ahmad (2003), kebanyakan guru-guru menggunakan beberapa perisian dalam kerja-kerja sekolah antaranya eperti berikut:

i. Microsoft word ii. Microsoft Excel iii. Microsoft Access iv. Microsoft Power Point

v. Perisian yang sedia ada

Reinen & Plomp (1993) mengakui bahawa terdapat perhubungan antara latihan yang diikuti dengan kemahiran yang dimiliki. Oleh itu, samada kursus dalam perkhidmatan atau kursus semasa dalam program pendidikan amatlah berguna untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT guru-guru terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4.2 Minat Terhadap ICT

Minat guru-guru dalam penguasaan teknologi ICT boleh mewujudkan satu asas bagi sikap mereka terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Secara amnya, guru mempunyai sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi yang baru ini. Sebagai contoh, dengan penggunaan internet dapat menarik minat guru untuk mendapatkan maklumat dengan mudah. Hal ini merupakan satu aspek yang positif dalam konteks hubungan antara guru dengan ICT. Walaubagaimanapun, mungkin terdapat perbezaan pandangan kalangan guru apabila tinjauan secara lebih spesifik tentang hubungan antara guru dengan ICT dilakukan.

(6)

4.3 Sikap terhadap ICT

Salah satu sikap yang biasa ditemui di kalangan guru adalah sikap tidak mahu mengubah diri untuk melakukan perubahan. Kebanyakan guru agak sukar untuk mengubah gaya pengajaran dan pembelajaran mereka kepada sesuatu yang baru dan terkini seperti menggunakan ICT dalam pengajaran. Albaugh (1997) menyatakan bahawa guru-guru biasanya ragu-ragu dengan idea-idea baru dan terkini kerana mereka merasa selesa dengan apa yang mereka lakukan selama ini. Hanya apabila mereka yakin bahawa idea-idea dan inovasi baru telah terbukti dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka barulah mereka bersedia untuk mengubah cara kerja mereka.

4.4 Kemudahan dan Kebolehcapaian ICT di sekolah

Sekolah-sekolah yang berada di kawasan luar Bandar terutamanya menghadapi masalah kekurangan komputer dan perisian yang menyebabkan kebolehcapaian terhadap ICT semakin terbatas. Oleh sebab itu, pengaplikasian ICT dalam pengajaran menjadi semakin sukar dan terbatas. Keadaan ini lama kelamaan akan memberi kesan kepada minat dan sikap guru untuk menggunakan ICT dalam pengajarannya.

Dalam aspek kekurangan dan kelemahan kemudahan, ianya dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu kekurangan dari segi komputer, kelemahan pengurusan kemudahan, kualiti yang rendah, perisian yang tidak sesuai termasuklah kebolehcapaian secara individu guru-guru. Biasanya bilik komputer di sekolah digunakan untuk mempelajari sesuatu yang memang memerlukan penggunaan komputer dan hanya boleh digunakan oleh sebilangan kecil pelajar sahaja dalam satu-satu masa. Justeru kebiasaannya penggunaan ICT dalam pengajaran hanya berfokus kepada sesuatu mata pelajaran dan dalam masa-masa yang tertentu sahaja. Ini sebenarnya tidak sesuai seperti yang dirancangkan iaitu penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran berjalan setiap masa.

(7)

4.5 Keberkesanan Kendiri Terhadap Penggunaan ICT

Konsep keberkesanan kendiri adalah satu kepercayaan tentang kebolehan seseorang itu dalam mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Konsep keberkesanan kendiri ini lebih menjurus kepada kepada kepercayaan seseorang itu sama ada benar atau tidak dengan kebolehan atau kemampuannya melakukan sesuatu perkara. Konsep keberkesanan kendiri ini juga diambil daripada teori sosial kognitif Albert Bandura. Menurut Bandura, sifat keberkesanan kendiri ini memainkan peranan yang penting dalam memotivasikan seseorang (Omrod,2006)

Di dalam konteks penggunaan ICT pula, Delcourt dan Kinzie (1993) mendapati bahawa untuk menguasai sesuatu teknologi baru, seseorang itu perlu mempunyai sikap yang positif terhadapnya, ini termasuk keberkesanan kendirinya serta keyakinannya terhadap penggunaan teknologi tersebut. Campeau et.al. (1999) pula mendapati bahawa keberkesanan kendiri mempengaruhi penggunaan ICT secara positif. Kajian tersebut menyokong kajian yang dijalankan oleh Decker (1998) di mana Decker mendapati bahawa peranan keberkesanan kendiri sering diketepikan dalam menentukan prestasi seseorang itu menyumbang kejayaan dalam sesebuah organisasi. Decker juga mendapati bahawa keberkesanan kendiri yang rendah menghalang kemampuan dan kebolehan individu untuk mempelajari dan menguasai teknologi komputer.

5.0 Tahap penguasaan guru terhadap ICT

(8)

Jadual Tahap Penguasaan Penggunaan Komputer

Jenis Min SP Tahap Penguasaan

Baik Sederhana Lemah

Microsoft Word 2.72 .449 72.4 27.6 0

Microsoft Excel 2.31 .556 35.6 59.8 4.6

Microsoft Access 2.05 .513 16.1 73.6 10.3

Microsoft Power Point 2.26 .637 36.8 52.9 10.3

Multimedia 1.94 .490 9.2 75.9 14.9

Pembinaan Laman Web 1.32 .560 4.6 23.0 72.4

Internet 2.18 2.19 27.6 64.4 8.0

Daripada jadual di atas dapat kita huraikan bahawa aplikasi yang paling dikuasai oleh sempel kajian ialah Microsoft Word (min 2.72;tahap baik 72.4%). Kemudian kemahiran tahap kedua yang paling dikuasai ialah Microsoft Power Point (2.26; tahap baik 36.8%).Kemudian kemahiran tahap ketiga paling yang paling dikuasai ialah Microsoft Excel (min 2.31; tahap baik 35.6%). Kemudian kemahiran tahap keempat yang paling dikuasai ialah penggunaan internet (min 2.18; tahap baik 27.6%). Kemudian kemahiran tahap kelima yang dikuasai ialah microsoft access (min 2.05; tahap baik 16.1%). Seterusnya diikuti oleh kemahiran penggunaan multimedia (min 1.94; tahap baik 9.2%). Dan akhir sekali tahap yang paling lemah ialah pembinaan laman web (min 1.32;4.6%).

6.0 Kebaikan dan kepentingan ICT dalam pendidikan

Kehadiran ICT merupakan anugerah istimewa kepada dunia pendidikan dan profesion keguruan. Menurut Norhashim (1996) dalam Syed Ismail (2010), penggunaan ICT dalam bidang pendidikan member kesan besar dan bermakna terhadap kualiti pembelajaran seperti memudahkan penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran seperti multimedia, simulasi serta membuat aktiviti kumpulan menerusi aplikasi sistem rangkaiannya.

(9)

Di samping itu, ICT dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya ICT sangat membantu dan menolong pengurus sekolah untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan,mudah, cepat dan membuat keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan dengan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat Laudon dan Laudon (1997) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalisis.

7.0 Kesimpulan

Oleh kerana ICT begitu member kesan kepada bidang pendidikan dan profesion keguruan, maka sebagai seorang guru, kita perlulah menguasai kemahiran ICT ini dengan baik. Keperluan perkembangan professional guru dalam ICT haruslah dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Selain itu, sebagai tenaga pengajar dan agen perubahan di sekolah dan alam pendidikan, para guru perlu memainkan peranan sebagai pengajar, pembimbing dan inventor yang positif dan berkesan bagi menjayakan pelaksanaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah. Guru-guru mesti membuat persediaan yang rapi baik dari segi mental, sikap mahupun dari segi fizikal.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan ini sebagai menyahut anjakan paradigma dalam perkembangan pendidikan geografi masa kini, kelestarian penggunaan ICT secara terancang, bersesuaian dan berfikrah adalah

Peserta didik pada dasarnya merupakan manusia yang sedang dalam masa pertumbuhan dan perkembangan, yang memerlukan bantuan dari orang lain (orang dewasa)

Guru : Selaras dengan pertumbuhan dan perkembangan teknologi yang semakin pesat dewasa kini, penggunaan majalah web ‘Dunia Matematik’ adalah digalakkan kerana ia dapat

Dewasa ini dengan berkembangnya teknologi jaringan komputer, termasuk Internet didalamnya, kebutuhan paradigma software dan progam yang bisa menjalankan tugas yang

IPP 1/2005 Instrumen Penilaian Prasekolah; Kesediaan Guru [A1-menghadiri kursus, A2-kemahiran komputer membantu guru, A3- pusat teknologi berfungsi, A4-menggunakan ICT

Pada teknologi masa kini, flash memory mengalami perkembangan penyimpan data dengan kapasitas menjadi 512 MB (megabyte) hingga 1 GB (gigabyte) dan

Dengan perkembangan zaman dan teknologi maka orang sekarang mulai berhati-hati dalam memilih dan membeli makanan, karena pada masa kini

Beberapa hal yang disesuaikan dengan perkembangan teknologi masa kini telah ditambahkan dalam buku pedoman ini dan dilengkapi dengan pedoman serta keterangan lain,