• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menjalankan kerja-kerja ukur meja

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Menjalankan kerja-kerja ukur meja"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

UKUR MEJA

OBJEKTIF

Objektif am :

Mempelajari dan memahami tujuan, istilah, jenis

alat dan kaedah kerja ukur meja.

Objektif khusus :

Di akhir pembelajaran unit ini anda sepatutnya dapat:

Menjelaskan tujuan dan keperluan menjalankan

ukur meja.

Memberikan makna yang tepat bagi istilah-istilah di

dalam ukur meja.

Membezakan jenis-jenis alat kerja yang digunakan

dalam ukur meja.

Menjalankan kerja-kerja ukur meja

Menjalankan kerja-kerja pelotan.

(2)

Input 6a

6.0 DEFINASI

Ukur Meja ialah satu cara pengukuran dimana ukuran dan pelotan dibuat

serentak di padang. Ini bermakna pelarasan data dan kerja-kerja pejabat yang

berkaitan tidak diperlukan. Ukur meja sangat sesuai digunakan untuk

menyemak dan mengemaskini peta-peta lama serta menambah

butir-butirtambahan kepada ukur udara.

Sehingga kini teknik ukur meja masih lagi berguna dalam beberapa keadaan seperti berikut:

a. Membuat pengukuran bagi tujuan penambahan butiran atau maklumat

topografi seperti pada gambar udara bagi menentukan kedudukan butiran

yang terlindung seperti sistem saliran dan sistem perhubungan pada

kawasanhutan

b. Menjalanan peninjauan terutama dalam kerja ukur Triangulasi

(Penyegitigaan) dan lukisanjaringan yang diperlukan dengan mengambil

kira kesesuaian dan kekuatan jaringan yang akan dibina.

c. Mengkaji peta di mana ianya sangat berguna kepada perancang

pembangunan yang memerlukan kajian segera bagi kawasan-kawasan

kecil yang tidak mempunyai rekod terkini.

d. Menjalankan kerja ukur bagi kawasan kecil dan tidak memerlukan kejituan

yang tinggi.

e. Menambahkan titik kawalan tambahan dengan kejituan yang mencukupi

dari satu rangkaian penyegitigaan sebagai kawalan untuk ukur udara.

f. Membantu pelajar memahami prinsip pengukuran seperti melakukan

terabas, membuat kontor, penyegitigaan yang boleh ditunjukkan secara

(3)

6.1. Alat-alatUkur Meja

a. MejaUkur

Biasa diperbuat dan papan yang berukuran 80cm x 60cm. la didirikan di atas

kaki tiga khas dimana meja ukur boleh dilaras, dipusing dan dikepitkan pada

sebarang kedudukan.

b. Alidad

Alidad ialah kayu pembaris yang mempunyai bilah tenang di kedua

penghujungnya. la digunakan untuk menenang/mencerap butiran dan melukis

garisan ke arah butiran yang dicerap. Bagi jenis alidad berteropong, alidad ini

mempunyai teleskop yang menggantikan bilah tenang untuk mencerap

dengan lebih tepat ke arah butiran. Garis rerambut (cross hair) yang terdapat

pada teleskop membolehkanjarak di antara butiran dan stesen ukur diperolehi

tanpa mengukur dengan pita ukur. Ini dinamakan kaedah tekimetri di mana

beza tinggi antara butiran dan stesen juga dapat ditentukan.

c. Cabangpelambab

Cabang pelambab digunakan dalam kerja berskala besar dan untuk

memindahkan stesen di atas tanah supaya betul-betul tepat ditunjukkan di atas

kertas pelotan. Dengan ini dapat memastikan meja ukur didirikan di atas

kedudukan stesen yang betul.

d. MejaPanjang

Meja panjang digunakan untuk menentu arah meja ukur supaya secara

kasarnya berada di dalam arah yang betul.

e. Pengarasspirit(spiritlevel)

Pengaras spirit digunakan untuk mengaraskan meja ukur supaya betul-betul

mendatar. Pengaras spirit kadang-kadang digabungkan dengan alidad atau

meja. Gelembung bulat juga boleh digunakan untuk menggantikan

(4)

Kertas pelotan yang digunakan hendaklah stabil dan tahan kepada

perubahan suhu dan kelembapan. Ini untuk mengekalkan ketepatan dan

bentuk pelotan yang terhasil adalah baik dan tepat.

Alat-alat pelotan yang lain yang biasa digunakan seperti pensel, pemadam

dan skala diperlukan semasa kerja pengukuran.

6.2. CaraMendirisiapMejaUkur

Sebelum kerja-kerja pengukuran dijalankan dilapangan, terlebih dahulu

meja ukur didirisiapkan supaya ia betul-betul dalam keadaan yang sesuai

untuk digunakan. Proses mendirisiapkan meja ukur adalah seperti benkut:

6.2.1. PengarasanMejaUkur(Levelling)

a. Kakitiga dibuka supaya mejaukur lebih kurang mendatar dan

Tingginya mestilah sesuai (tidak melebihi paras siku pencerap)

untuk membuat pelotan.

b. Laraskan mejaukur supaya mendatar dengan menggerakkan

kedudukan kakitiga. Pengaras spirit atau gelembung bulat

digunakan untuk memastikan mejaukur dalam keadaan mendatar.

c. Bagi sesetengah meja ukur, pengarasan meja ukur boleh dilakukan

dengan menggunakan skru pelaras (terdapat di kepala kakitiga

meja ukur) dengan menjongketkan meja ukur di samping

mengubah kedudukan kakitiga meja ukur sehingga mendatar

(5)

6.2.2 Memusat Mejaukur (Centering)

Setelah meja ukur telah diaras, kerja pemusatan dijalankan. Ini

bertujuan supaya titik di atas pelotan setindih dengan titik di atas tanah.

Cabang digunakan untuk tujuan ini. Caranya:

a. Araskan meja ukur pada stesen di atas tanah, katakan B.

b. b dipelotan hendaklah betul-betul berada di atas B di tanah.

c. Dengan menggunakan cabang pelambab, kita dapat mengetahui

sejauh manakah titik b itu berada dibandingkan dengan di stesen B

di tanah.

d. Cara untuk memastikan titik b di kertas pelotan telah berada tepat

di atas stesen B di atas tanah, ialah dengan menggerakkan meja

ukur atau kertas pelotan sehingga pelambab berada di atas stesen B

dan penunjuk cabang pelambab betul-betul berada di titik b di kertas

pelotan.

Perhatian:Untukkerjamenggunakanskalakecil,memusatmejaukur tidakperlutepatkeranatidakmemberikesankepada kejituankerja.

Tetapiperkara initidakkepadakerja-kerjaukurmejayangberskala

besar.

Contoh: i.Pada skala 1:50000 (skala kecil) jika meja ukur

didirisiapkan 10mjauhdaristesendiatastanahakan

hanyamenyebabkanseliseh pada pelotan 1/5mmsahaja.

ii. Pada skala1:500(skalabesar)jikamejaukurdidirisiapkan

10mjauhdaristesendiatas tanahakanmenyebabkan

(6)

6.2.3 MenentuarahMejaUkur(Orientation)

Sebuah meja ukur telah ditentu arahkanjikalau meja itu didirisiapkan

supaya semua garis-garis pelotan berada selari dengan garis-garis di

antara stesen yang berkenaan di atas tanah. Cara menentuarah meja

ukur boleh dilakukan dengan dua cara iaitu:

6.2.3.1 Menggunakan alidad

a. Katakan satu garisan ukur AB telah diplot di atas kertas

pelotan sebagai ab, iaitu semasa kedudukan meja ukur di

titik A.

b. Kemudian, pindahkan meja ukur di tiik B dan letakkan

Semula alidad di sepanjang garis bayang sedia ada.

c. Dengan memutarkan kedudukan meja ukur, dapatkan

Kedudukan titik A semula (menggunakan alidad)

d. Apabila titik A dapat dilihat melalui alidad dari kedudukan

Titik B, ini menunjukkan meja ukur tersebut telah pun

selesai ditentuarah pada stesen berkenaan. Kemudian,

kuncikan kedudukan meja ukur tersebut sebelum ianya

(7)

d. Apabila meja ukur didirisiapkan pada stesen-stesen yang

berikutnya, letakkan meja panjang tersebut pada garisan

yang telah dilukiskan tadi dan kerja menentuarah meja ukur

boleh dilakukan dengan memutarkan kedudukan meja

tersebut sehingga jarum meja tersebut menunjukkan

arah utara magnet yang dikehendaki. Ini bermakna, kerja

menentuarah meja ukur pada stesen berkenaan telah

selesai.

Perhatian:i. Menggunakanalidadlebihtepatdaripadameja

panjang

ii. Alidadsesuaiuntukskalabesardanmejapanjang untukskalakecil.

iii. Selalunyamendirisiapkanmejaukurperludilakukan serentakantaramenentuarahdanmemusatmejaukur

keranaapabilakitamemusat,kemungkinanbesar

arahnyatelahberubah.Hanyadengankecekapandan

(8)

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

6.1 Teknik kerja ukur meja masih lagi berguna, dalam keadaan apakah ukur

meja digunakan?

6.2 Nyatakan tiga proses mendirisiapkan meja ukur.

a. __________________________________

b.___________________________________

c.___________________________________

A

A

k

k

t

t

i

i

v

v

i

i

t

t

i

i

6

6

a

a

(9)

PERHATIAN

Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 6a

6.1 -Membuat pengukuran bagi penambahan butiran

-mengkaji peta

-kerja ukur kawasan kecil dan tidak memerlukan kejituan tinggi

-menambahkan titik kawalan

6.2 a. Pengarasan meja ukur

b. memusat meja ukur

c. menentuarah meja ukur

MAKLUMBALAS

KEPADA AKTIVITI 6a

(10)

Unit 6b

6.3. CaraKerjaLuarUkurMeja

6.3.1 CaraTerabas

Dengan cara ini, lebih dan dua garisan dasar diperlukan.

Garisan-garisan dasar ini bersambung antara satu dengan yang lain dan pada

akhirnya akan bertemu dengan garisan permulaan. Kerana ianya dalam

satu terabas maka garisan-garisan dasar ini dinamakan garisan terabas.

a. Stesen-stesen A, B, C, D dan E dipilih. Meja ukur didirikan

c. Meja ukur dipmdahkan ke stesen B, Setelah dilaraskan,

ianya ditentuarahkan berpandukan kepada garisan ba.

Setelah itu garisan kearah C dilukis danjarak BC di sekilkan.

d. Meja ukur dipindahkan ke stesen D dan proses yang sama

Dilakukan untuk mendapatkan kembali titik e.

(11)

6.3.2 KaedahSilangan

a. Cara silangan sesuai digunakan jika butir yang hendak

dicerap Itu jauh di mana jarak sukar diukur. Dalam cara ini,

jarak tidak perlu diukur kecuali panjang garis dasar sahaja.

b. (Dan rajah 2) Apabila stesen P dan Q telah dipileh, meja ukur

didirikan di P dan di dilaraskan. Titik p diladongkan supaya berada betul-betul di atas stesen P dengan menggunakan

cabang pelambab.

c. Jarak antara kedua stesen PQ diukur dan meja kemudian

Ditentuarahkan sehingga stesen Q boleh dilihat melalui alidad

dan lukiskan gapsan p ke q dengan skala yang telah dipilih. .

Ini bermakna pq telah selari dengan PQ di atas tanah.

Rajah 1 Cara Terabas E

(12)

butiran dilukiskan tanpa perlu mengukur jarak dari stesen ke butiran tersebut.

e. Apabila selesai, meja dipindahkan ke stesen Q dan dilakukan

proses mendirisiap meja ukur.

f. Dengan meletakkan alidad dititik q, garisan ke semua butiran yang dicerap dari P tadi dilukiskan.

g. Titik persilangan antara garisan yang dilukis dari p dan q

adalah titik yang dikehendaki.

Bangunan

q p

q p

Q P

Pokok

(13)

6.3.3. Kaedah Jejarian.

a. Kaedah ini sesuai untuk kawasan yang kecil dan tiada

halangan.

b. Meja ukur didirikan di stesen P (lihat rajah 3) di suatu

kawasan yang sesuai.

c. Semasa mendirisiapkan alat, pindahkan titik P ke kertas

pelotan di meja ukur dengan menggunakan cabang

pelambab dan ditandakan dengan p.

d. Setelah selesai mendirisiapkan alat, dengan menggunakan

alidad yang diletakkan dititik p, garisan ke arah semua

butiran dilukiskan, iaitu garisan pA, pB, pC, dan

sebagainya.

e. Jarak-jarak PA, PB, PC dan seterusnya didapatkan sama

ada dengan.cara mengukur jaraknya di tanah atau dengan

cara tekimetri jika alidad berteropong digunakan.

f. Jarak-jarak ini kemudian diskilkan ke atas kertas

pelotan mengikut skala yang telah ditetapkan.

Rajah 3

(14)

6.3.4 KaedahSilangalikandan SegitigaSeliseh

Silangalikan adalah proses di mana kedudukan stesen yang

diduduki belum lagi ditentukan di dalam pelotan. Ini

kadangkala diperlukan dalam ukur meja berskala kecil di

mana penelitian stesen secara silangan tidak begitu

bersesuaian. Cara kerja kaedah ini adalah seperti benkut:

a. Pilih sekurang-kurangnya tiga stesen yang

telah Ditentukan. Kedudukannya. Katakan stesen

alat di P dan tiga stesen lain iaitu A, B dan C. (lihat

rajah 4 ). Stesen p di kertas pelotan belum ditentukan

lagi.

b. Meja ukur didirisiapkan di stesen P dan garisan ke

arah A, B, dan (dilukiskan diatas meja ukur dengan

alidad dan di tandakan di atas kertas sebagai a,b,c.

c. Jika meja didirisiapkan dengan tepat, ketiga-tiga

garisan tersebut akan bersilang pada satu titik p yang

dikehendaki.

d. Biasanya meja tidak didirisiapkan dengan betul

menyebabkan satu segitiga yang dinamakan segitiga

seliseh akan terbentuk. Masalah segitiga seliseh ini

boleh diselesaikan dengan beberapa cara.

Nota: Dalam kebiasaan amali yang dilakukan, kaedah

silangalikan tidak digunakan. Sebaliknya kaedah yang

biasa dipraktikkan adalah gabungan kaedah trabas dan

kaedah jejarian atau silangan. Trabas ukur meja

biasanya diukur dengan kaedah trabas dan butiran

(15)

6.3.5. Kaedah cuba-cuba / Cara Lehman

Dalam kaedah ini, cara Lehmann digunakan untuk

mempercepatkan lagi penentuan titik p. Andaian-andaian yang

dikenakan ke atas kedudukan p dan stesen P. (rujuk raiah 5 )

a. Titik p akan berada sama ada di sebelah kiri atau kanan ke

semua tiga garisan

b. Jika stesen P berada di dalam segitiga yang dibentuk oleh

stesen A, E dan C, maka p akan berada dalam segitiga

seliseh. Jika tidak, p akan berada diluarnya.

A

B

C

Kertas pelotan

Meja ukur di stesen P

Rajah 4

(16)

c. Jarak p dan setiap garisan adalah berkadar terus dengan

jaraknya ke setiap stesen.

6.3.5.1 Cara Penyelesaiannya.

i. Apabila p telah ditentukan, alidad diletakkan disisinya dan

salah satu stesen (a, b atau c) dan meja diputarkan sehingga

stesen berkenaan dapat dilihat.

ii. Jika titik p telah ditentukan dengan betul, garisan kedua stesen

lagi akan bersilang pada titik p.

iii. Jika tidak segitiga seliseh yang lebih kecil akan terbentuk.

Proses yang sama dilakukan sehingga titik p yang sebenar

(17)

6.3.6 Cara Kertas Surih

i. Kertas surih diletakkan di atas kertas pelotan dan titik P

dipindahkan kekertas surih menggunakan cabang pelambab.

(rujuk rajah 6)

ii. Oleh kerana titik ini bukan titik p dipelotan, ia di namakan p'.

iii. Dengan menggunakan alidad, garisan p'~, p'B dan p'C dilukis.

iv. Kertas surih kemudiannya diubah-ubahkan sehingga ketiga-tiga

garisan tersebut melalui ketiga-tiga titik a, b dan c yang telah

dipelot.

v. Kedudukan sebenar titik p dipelotkan ialah kedudukan titik p' di

(18)

6.4Penentuan Aras Dalam Ukur Meja

Dalam kerja Ukur Meja, aras titik-titik dipermukaan bumi boleh juga ditentukan

dengan bantuan alat tertentu. Aras yang dimaksudkan diukur dalam bentuk beza

tinggi dan darinya dapat menghasilkan kontor. Alat tambahan yang digunakan

untuk mendapatkan beza tinggi adalah Alat Aras Abney (Abney Level) dan

Jangkacerun India (Indian Clinometer). Berikut diterangkan bagaimana

menggunakan alat jangkacerun tersebut.

a. Jangkacerun biasanya digunakan bersama meja ukur untuk mencari beza

tinggi sesuatu kawasan.

b. Semasa penggunaanya ia diletakkan di atas meja ukur dan kemudian

dilaraskan.

c. lanya diarahkan ke stesen yang ketinggiannya diperlukan melalui lubang

tenang yang terdapat pada alat ini.

d. Penunjuk ufuk yang terdapat disepanjang bilah tenang yang bersenggat

akan menunjukkan bacaan sudut atau ukuran tangen (dalam tiga titik

perpuluhan) bagi stesen tersebut.

e. Nilai tangen tersebut akan didarabkan dengan jarak yang berskala untuk

menghasilkan perbezaan ketinggian sama ada di atas atau di bawah aras

(19)

6.5. Selisih Dalam Ukur Meja

iv. Kesalahan semasa memelot

nota:kesalahaninibolehdiatasi jikaprosesmendirisiapkan alat

dilakukandengansempurna

6.6 KebaikandanKeburukanUkurMeja 6.6.1 KebaikanUkur Meja

i. Pelotan disiapkan dipadang. Kesalahan kerja boleh disemak

dipadang

ii. Buku kerja luar tidak diperlukan. Kesalahan membuku tidak

timbul.

ii. Disebabkan buku kerja luar tidak ada, rekod tidak dapat

disimpan

(20)

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

SOALAN 1

6b.1 Nyatakan tiga kaedah kerja luar ukur meja dijalankan a.______________________________________

b.______________________________________

c.______________________________________

SOALAN 2

6b.2 Berikan tiga kebaikan dan tiga keburukan ukur meja

(21)

MAKLUMBALAS

AKTIVITI 6b

PERHATIAN

Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 1b

Jawapan 6b.1

a. Kaedah terabas b. Kaedah silangan c. Kaedah jejarian

Jawapan 6b.2

Tiga Kebaikan ukur meja

i. Pelotan disiapkan dipadang

ii. Buku kerja luar tidak diperlukan ,kesalahan membuku tidak

timbul.

iii. Pengukuran dapat dibuat dengan cepat.

Tiga keburukan ukur meja

i. Tidak sesuai bagi kawaasan yang lembab dan kawasan

yang mempunyai banyak pokok

iii. Disebabkan buku kerja luar tidak ada, rekod tidak dapat

disimpan

iii. Tidak sesuai bagi kerja jitu

(22)

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri.

Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Selamat mencuba. Semoga berjaya!!!

Soalan 6.1

a. Senaraikan empat (4) peralatan yang digunakan untuk menjalankan ukur meja.

b. Jelaskan tiga(3) prinsip utama dalam kerja ukur meja.

Soalan 6.2

Jelaskan bagaimana gerakkerja luar ukur meja dengan menggunakan kaedah

silangalikan.

PENILAIAN KENDIRI

(23)

 SUDAH MENCUBA ?

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN

DENGAN JAWAPAN DIBAWAH.

Jawapan 6.1

a ) Alat-alat ukur yang digunakan dalam kerjaluar ukur meja adalah seperti berikut:

a. Meja ukur

b. Pembaris tenang

c. Alat aras spirit

d. Cabang Pelambab

e. Meja panjang

b) Tiga prinsip utama:

i. Meja ukur hendaklah mendatar dan ditentu arah.

ii. Titik stesen diatas kertas pelotan mestilah sama dengan titik stesen

diatas tanah.

iii. Garis cerapan ditentukan dengan alidad dan mengikut skil yang

bersesuaian.

(24)

Jawapan 6.2

Kaedah silangalik

Meja ukur ditentuarah pada salah satu stesen ukur meja yang diketahui sebagai

B , juruukur akan mengambil pandangan hadapan kekedudukan C dan kemudian

dilukiskan satu garisan pancaran yang berpanjangan dengan tepi kanan

pemabaris tenang memalui tanda titik b. Meja ukur kemudian didirisiap diatas

stesen C, dan meja ukur ditentuarahkan dengan dibuat pandangan belakang

kearah stesen B, lalu dibuat silangalik dari stesen A melalui tanda a. Titik

persilangan c, hasil dari pancaran dari b dan garisan silangalik dari a itu

bersilang

Stesen A

Meja ukur distesen B

Meja ukur distesen C

a b

c

a

b

(25)

Referensi

Dokumen terkait

sebelumnya oleh peneliti yang menyatakan adanya pengaruh secara signifikan negatif antara kepuasan kerja dengan turnover intention. Berdasarkan hasil wawancara kepada karyawan

Melakukan pengelompokan data kabupaten/kota di Jateng berdasarkan indikator IPM tahun 2015 yang telah melalui Standardisasi menggunakan metode Self.. Organizing Map

Tabel crosstabulation kadar CD4 dengan kejadian retinitis pada pasien HIV / AIDS di RSUP Dr.. Kariadi

Berdasarkan paparan di atas, maka peneliti tertarik untuk meneliti kembali mengenai pengaruh cuci hidung dengan larutan NaCl 0,9% terhadap peningkatan kualitas hidup mahasiswa

Pemilihan fase gerak pada kromatografi kolom yang kedua diperoleh melalui pemantauan pola bercak KLT terhadap subfraksi I menggunakan pengembang n-heksan : etil asetat

Kesemua program pencegahan diharapkan boleh membawa perubahan sikap yang tidak dapat dinafikan adalah yang paling berkesan dalam usaha pembanterasan penyakit berjangkit,

Asuhan Keperawatan Typhoid Abdominalis, Contoh Asuhan Keperawatan Typhoid Abdominalis, Makalah Asuhan Keperawatan Typhoid Abdominalis, Typus abdominalis adalah

Sedangkan untuk menganalisis data yang diperoleh digunakan Analisis Regresi Linier Sederhana, Analisis Koefisien Korelasi Sederhana, Analisis Regresi Linier Berganda,