• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERINGKAT DIPLOMA ( LEPASAN SPMPRA-DIPLOMA) PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA ( LEPASAN STPMASASIMATRIKULASIDIPLOMA IPT LAIN) PENERAPAN ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERINGKAT DIPLOMA ( LEPASAN SPMPRA-DIPLOMA) PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA ( LEPASAN STPMASASIMATRIKULASIDIPLOMA IPT LAIN) PENERAPAN ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH"

Copied!
39
0
0

Teks penuh

(1)

Modul

1

PEMBANGUNAN PERSONALITI 1

PERINGKAT DIPLOMA

( LEPASAN SPM/PRA-DIPLOMA)

PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA

( LEPASAN STPM/ASASI/MATRIKULASI/DIPLOMA IPT LAIN)

PENERAPAN ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH

KEPIMPINAN

KOMUNIKASI

ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL

PEMIKIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN

MASALAH

KERJA BERPASUKAN

PEMBELAJARAN BERTERUSAN DAN PENGURUSAN

(2)

MODUL 1 : PEMBANGUNAN PERSONALITI 1

PENGENALAN

Modul ini bertujuan memupuk dan membentuk individu agar memahami

tanggungjawab mereka sebagai mahasiswa dan mengetahui peranan mereka sebagai

pewaris bangsa. Selain berilmu pengetahuan dan berusaha mencapai keputusan

akademik yang baik, modul ini turut mendedahkan betapa ketrampilan diri, budibahasa,

kebolehan berkomunikasi dengan baik, berfikiran positif dan proaktif memainkan

peranan dalam melahirkan graduan yang memiliki minda kelas pertama dan

berpersonaliti unggul. Dalam masa yang sama mahasiswa perlu bermuhasabah diri dan

bersatu dalam usaha mempertahankan masa depan agama, bangsa dan tanahair dari

dijajah kembali di samping kestabilan dan kemakmuran yang dikecapi.

MATLAMAT:

 Untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peranan dan

tanggungjawab sebagai mahasiswa bumiputera di Universiti Teknologi MARA

dalam menentukan hala tuju dan masa depan agama,bangsa dan tanahair.

OBJEKTIF

 Memahami peranan dan tanggungjawab mahasiswa bumiputera di universiti.

 Memahami fungsi dan tanggungjawab UiTM dalam menentukan dan masa depan

(3)

KAEDAH PELAKSANAAN

 Ceramah

 Latihan Dalam Kumpulan

KANDUNGAN MODUL PEMBANGUNAN PERSONALITI 1

UNIT KAEDAH

PELAKSANAAN

KETERANGAN BAHAN/PERALATAN TEMPOH

(4)

4 LDK 3 TAJUK :

 Semua mahasiswa Semester 1 Peringkat Diploma ( Lepasan SPM da Pra Diploma )

 Semua mahasiswa Semester 1 Peringkat Ijazah Sarjana Muda ( Lepasan STPM,

(5)
(6)

TAJUK CERAMAH : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEWARIS BANGSA

TEMPOH MASA : 2 JAM

OBJEKTIF :

 Memahami peranan dan tanggungjawab sebagai mahasiswa bumiputera di

Universiti Teknologi MARA dalam menentukan hala tuju serta masa depan

agama, bangsa dan tanahair.

 Memberi kesedaran kepada mahasiswa bahawa hala tuju serta masa depan

agama, bangsa dan tanahair telah jelas terkandung dalam Perlembagaan

(7)

NOTA CERAMAH UNIT 1

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MAHASISWA

Mahasiswa merupakan golongan penting yang akan menentukan pelapis kepimpinan

negara. Malahan mereka jugalah yang akan memimpin semua organisasi-organisasi

besar atau kecil didalam atau pun di luar Negara. Justeru itu mahasisawa mestilah

mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang insan yang berilmu

Antara beberapa pendefinisian penting mengenai mahasiswa adalah:

 Seseorang yang telah mendaftar diri, mendaftar kursus dan membayar yuran

pengajian. ( Peraturan Akademik UiTM, Pindaan 2008)

 Mahasiswa adalah pelajar yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi

(Dewan Bahasa dan Pustaka)

 Mahasiswa adalah panggilan untuk orang yang sedang menjalani pendidikan

tinggi di sebuah universitas atau perguruan tinggi. (wikipedia)

“Maha” bermaksud terbaik, terbesar, mengetuai sesesuatu kelompok atau kategori. Ia menunjukan perkataan mahasiswa ini merupakan satu golongan yang hebat dan

penting. Menurut beberapa pandangan peranan merupakan aspek dinamik daripada

sesuatu status atau kedudukan. Apabila seseorang melaksanakan hak-hak dan

kewajipannya sesuai dengan status yang dimiliknya, maka ia telah menjalankan

peranannya. Manakala tanggungjawab pula merujuk kepada kesanggupan menerima

dan melaksanakan sesuatu. Di antara hadis yang menyentuh mengenai tanggungjawab

adalah seperti berikut:

“ Setiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab atas

(8)

Oleh yang demikian mahasiswa yang hebat mestilah mengimbangi di antara peranan

dan tangungjawab yang akan mereka mainkan. Pada umumnya ada beberapa peranan

dan tanggungjawab penting yang perlu dimainkan oleh mahasiswa antaranya adalah:

a. Diri sendiri

b. Ibu bapa dan keluarga

c. Masyarakat

d. Institusi: Universiti Teknologi MARA

e. Agama, bangsa dan negara

Peranan merupakan sesuatu yang perlu kita mainkan atau lakukan sebagai seorang

mahasiswa. Ia merupakan sumbangan dan pengalaman yang berikan kepada sesebuah

komuniti dalam sebuah masyarakat. Tanggungjawab pula merupakan sesuatu yang

mesti dilakukan oleh seseorang insan, seperti membantu orang yang dalam kesusahan

dan kejahilan.

PERANAN KEPADA DIRI SENDIRI

Mahasiswa yang berjaya sentiasa memastikan diri sendiri dibangunkan dengan

sistematik. Mereka menyedari untuk menjadi mahasiswa yang hebat mereka perlu

meningkatkan kualiti diri sambil menyumbang kepada masyarakat. Di antara aspek

penting yang perlu ditekankan oleh mahasiwa dalam usaha meningkatkan kualiti diri

adalah aspek:

MINDA

Mahasiswa mesti memastikan keputusan akademik yang cemerlang. Mahasiswa perlu

belajar secara konsisten untuk memastikan kecemerlangan akademik. Mahasiswa perlu

(9)

fungsi otak dan pemikiran). Mahasiswa juga dicadangkan membaca 3 buah buku setiap

bulan ( 1 buku minat, 1 buku dalam bidang, 1 buku motivasi)

JASMANI

Mahasiswa perlu bersenam secara konsisten (sekurang-kurangnya 3 jam

seminggu).Menjaga pengambilan makanan dan diet mengurangkan pengambilan makan

di waktu malam dan elakkan makanan tidak berkhasiat. Mahasiswa perlu mengawal

berat badan mengikut berat yang sewajarnya agar dapat mengekalkan personaliti dan

imej yang menarik

ROHANI

Sentiasa melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Sentiasa

meningkatkan ilmu agama dengan sentiasa mengikuti program agama, ceramah,

menunaikan solat dan membaca Al-Quran. Seterusnya sentiasa memahami bahawa

setiap aktiviti yang dilaksanakan adalah satu tanggungjawab dan ibadah

EMOSI

Mahasiswa harus mampu memahami dan mengurus emosi dengan berkesan. Contoh:

Marah, sedih, suka, gembira, kecewa, geram, risau, benci, dengki, iri hati, kecewa.

Mahasiswa perlu mendidik emosi yang sentiasa tenang dan waras. Mampu

menguruskan sebarang keadaan dengan mengawal emosi dengan berkesan. Mahasiswa

perlu sentiasa jujur dan mengamalkan nilai-nilai diri terpuji. Mahasiswa perlu sentiasa

ikhlas dan memohon maaf sekiranya melakukan kesilapan.

SOSIAL

Kemahiran bersosial amat penting kepada mahasiswa. Kenali sebanyak mungkin

pensyarah dan staf (akademik dan sokongan) di UiTM. Mahasiswa perlu membina

(10)

yang berbeza selain daripada kursus sendiri. Mahasiswa perlu memahami konsep “menghormati orang lain dan orang lain akan menghormati anda”(konsep memberi dan menerima). Mahasiswa perlu memahami budaya membina jaringan (networking)

merupakan budaya yang baik dan dituntut dalam Islam. Dalam amalan harian

mahasiswa digalakan sentiasa merendah diri seperti kata pepatah “Ular menyusur akar,

tidak akan hilang bisanya”

KELUARGA

Keluarga merupakan ibu, bapa, abang, kakak, adik serta saudara mara. Mereka

merupakan orang penting dalam kehidupan kita sebagai manusia. Ibu dan bapa banyak

berjasa kepada kita sehingga kita berjaya berada di menara gading. Oleh yang demikian

kita mestilah membalas jasa mereka dengan beberapa kaedah:

Menjaga nama baik keluarga. Mahasiswa perlu menjaga nama baik sendiri dan juga

keluarga dengan menjaga akhlak dan tingkahlaku. Cara berpakaian yang bersesuai

dengan dengan peraturan universiti, budaya masyarakat perlulah dihormati selagi tidak

bertentangan dengan ajaran agama. Menjaga batas pergaulan merupakan aspek penting

dalam menjaga nama baik dan maruah diri. Percintaan mahasiswa mestilah berteraskan

kepada kehendak agama.

Bertanggungjawab terhadap adik beradik dan ahli keluarga yang lain. Apabila bergelar

mahasiswa anda telah meletakkan diri anda di satu tahap yang lebih dewasa dan

matang. Mahasiswa perlu menjadi penyelesai kepada masalah keluarga bukannya

menjadi masalah kepada keluarga. Mahasiswa seharusnya memastikan adik-beradik

yang lain juga menjejakkan kaki ke universiti untuk mewarisi keupayaan abang atau

kakaknya. Usaha ini perlulah dilaksanakan dengan bijaksana walaupun terpaksa

menghadapi pelbagai masalah keluarga, kemiskinan atau perbezaan pemikiran. Ini

(11)

MASYARAKAT

Masyarakat merupakan elemen penting dalam sesebuah tamadun. Masyarakat

memberikan implikasi kepada mahasiswa dan mahasiswa juga mampu mencorakkan

sesebuah masyarakat. Kerana kehidupan merupakan satu kitaran roda yang tidak

pernah berhenti. Oleh yang demikian mahasiswa yang berilmu dan berkualiti mestilah

memainkan peranan utama dalam membentuk pemikiran dan halatuju masyarakat.

Mahasiswa mampu menyumbang kepada masyarakat dengan pelbagai kaedah

diantaranya seperti Operasi Khidmat Masyarakat(OPKIM), Kursus untuk masyarakat

luarbandar, membersihkan kampung, mengajar bahasa Inggeris dan Matematik, dan

program derma darah. Penglibatan mahasiswa bersama masyarakat bukan sahaja akan

meningkatkan kualiti masyarakat malahan meningkatkan kuliti mahasiswa itu sendiri.

Ini kerana berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan mendapati pelajar-pelajar

yang sentiasa bersama masyarakat adalah lebih matang, berkeyakinan diri, mempunyai

tahap komunikasi yang baik dan mempunyai daya kepimpinan yang hebat.

INSTITUSI

Menghormati dan menyayangi institusi ilmu merupakan satu tuntutan selagi ianya tidak

bertentangan dengan kehendak Allah. Konsep menyintai universiti ini mestilah

berteraskan kepada ilmu. Memahami dan menghayati dengan jelas sejarah penubuhan

UiTM, Visi, Misi dan peranannya merupakan satu aspek penting selaku pekerja atau

penuntut di mana-mana organisasi atau universiti. Oleh kerana UiTM ditubuhkan di

bawah salah satu keistemewaan kepada orang Melayu/ Bumiputera di bawah

perlembagaan Negara maka memahami dan menghayati Artikel 153 Perlembagaan

Persekutuan ( Hak keistimewaan Melayu dan bumiputera) merupakan satu keperluan.

Mahasiswa perlu menjaga imej universiti kerana apabila kita bergelar mahasiswa atau

(12)

mudahnya “apabila baik kita , baiklah universiti”….”hebat kita hebatlah universiti” begitu juga sebaliknya. Menyintai universiti bukan sahaja pada hati dan perasaan tetapi

perlu ditonjolkan dengan perbuatan, tingkahlaku, simbol dan penghayatan yang terbaik

mampu mempertahankan nama baik universiti apabila dipertikai atau

dipermainkan.Oleh yang demikian mahasiswa adalah diseru agar belajar

bersungguh-sungguh dan meningkatkan potensi dan keterampilan diri dengan menyertai pelbagai

program yang dianjurkan di peringkat universiti agar dapat meningkatkan imej

universiti.

BANGSA DAN NEGARA

Mengenali dan menghormati bangsa sendiri merupakan perkara penting kepada

seseorang insan supaya mereka mengenali asal usul, darah daging sendiri. Dalam kontek

bangsa di Malaysia, ia merujuk kepada pemahaman terhadap sosio budaya semua

bangsa di Malaysia supaya dapat hidup dengan penuh harmoni di bawah satu bumbung.

Menyedari dan memahami bahawa penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat

majmuk. Setiap bangsa yang ada di negara ini membentuk sebuah negara yang bernama

Malaysia. Dari segi politik, semua penduduk Malaysia harus memahami Perlembagaan

Negara. kerana ianya penting kepada semua bangsa yang ingin hidup bahagia, aman dan

damai di negara bertuah ini. Untuk menjadi mahasiswa yang berketerampilan

mahasiswa perlu menghayati dan memahami perkara-perkara dibawah:

• Mengamalkan dan menghayati Rukunegara

Kepercayaan Kepada Tuhan

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Kedaulatan Undang-Undang

Keluhuran Perlembagaan’

(13)

• Warganegara yang mempunyai kesedaran sivik

• Mematuhi undang-undang negara

KESIMPULAN

Mahasiswa mempunyai peranan yang cukup besar kepada diri sendiri, keluarga,

masyarakat, institusi, bangsa, agama dan Negara. Mahasiswa adalah pelapis kepimpinan

negara. Jika mahasiswa yang dilahirkan oleh UiTM adalah mahasiswa yang berkualiti

maka akan terjaminlah masa depan bangsa Melayu dan bumiputera di negara ini. Ini kerana UiTM adalah “ benteng terakhir pendidikan orang Melayu dan bumiputera”. Institusi ini perlu terus wujud dan didokongi oleh mahasiswa yang berkualiti dan

(14)

RUJUKAN

Azlena Zainal & Munir Shuib (2004). Meningkat Potensi Minda. Selangor: PTS Publication and Distribution Sdn. Bhd.

Covey, Stephan. R.(1996). 7 Tabiat Orang yang Amat Berkesan: Pelajaran Hebat dalam Perubahan Peribadi (Leo Ann Mean,trans.). Selangor: Prentice Hall Malaysia.

Model Graduan : Universiti Teknologi MARA. Pusat Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar : Universiti Teknologi MARA.

Mohd Fadzilah Hj Kamsah. (2004) 55 Petua Orang Berjaya. (Siri Pembangunan Diri). Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd.

Peraturan Akademik Program Diploma dan Ijazah: Pindaan 2009.(2009). Shah Alam: Universiti Teknologi MARA, Malaysia

(15)

UNIT 2 : LATIHAN DALAM KUMPULAN 1 (LDK 1)

NAMA LDK : PEWARIS BANGSA CEMERLANG

BILANGAN AKTIVITI : 05

TEMPOH MASA : 2 JAM

OBJEKTIF LDK :

(16)

LDK 1

AKTIVITI : 01

NAMA AKTIVITI : KENALI DIRI (ICE BREAKING)

EDARAN/PERALATAN : TIADA

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 30 MINIT

TUJUAN

Berkenalan, menjalinkan kemeseraan dan dalam masa membina jaringan di

antara peserta

ARAHAN:

1. Peserta diminta duduk dalam bulatan.

2. Peserta pertama akan menyebut nama sebenar dan nama panggilan sendiri.

3. Peserta kedua akan memperkenalkan peserta pertama dan menyebut nama

sendiri.

4. Peserta ketiga akan menyebut nama peserta pertama, kedua dan nama sendiri.

(17)

6. Kemudian peserta diminta menceritakan kisah hidupnya suka dan duka.

(Fasilitator akan meminta 2 atau 3 orang peserta yang bersetuju untuk

menceritakan kisah hidupnya).

7. Fasilitator akan melihat dan memastikan sama ada peserta bangga atau malu

dengan kehidupannnya.

8. Setelah selesai, fasilitator akan memberikan kata-kata yang lebih

menggalakkan peserta berfikir tentang persepsinya terhadap kehidupannya.

9. Fasilitator membuat rumusan terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan.

RUMUSAN

Penting untuk mengenali antara satu sama lain di dalam sesebuah komuniti atau

(18)

LDK 1

AKTIVITI : 02

NAMA AKTIVITI : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

EDARAN/PERALATAN : KERTAS MAHJONG, MARKER PEN DAN PITA

PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 30 MINIT

TUJUAN:

Mengetahui perbezaan antara sistem sekolah dan universiti

Memahami peranan dan tanggungjawab pelajar sebagai mahasiswa UiTM

ARAHAN:

1. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan dibekalkankertas mahjong, marker pen dan pita pelekat.

3. Setiap ahli kumpulan dikehendaki berbincang dan menulis perbezaan sistem

pembelajaran dan pengajaran antara sekolah dan universiti.

4. Ahli kumpulan juga diminta untuk membincangkan peranan dan

(19)

5. Setiap kumpulan dikehendaki membentang hasil perbincangan.

6. Fasilitator membuat rumusan terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan.

RUMUSAN:

Mahasiswa perlu mengetahui perbezaan sistem pembelajaran dan pengajaran

antara sekolah dan universiti.

Mereka juga perlu memahami peranan dan tanggunjawab sebagai mahasiswa

(20)

LDK 1

AKTIVITI : 03

NAMA AKTIVITI : SIKAP DIRI

EDARAN/PERALATAN : MANIK@GULI, SURATKHABAR@KERTAS

MAHJONG DAN PITA PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 30 MINIT

TUJUAN:

Membentuk sikap positif di kalangan peserta

Menggalakkan pelajar berfikiran positif dan menanam budaya kreatif dan

berinovasi –“thinking out side the box”

ARAHAN:

1. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan diberikan manik / guli, suratkhabar / kertas mahjong dan

pita pelekat.

3. Setiap kumpulan dikehendaki membina terowong dan penilaian akan dibuat

(21)

3.2Keteguhan, dan

3.3Kelancaran

4. Pemenang akan dipilih berdasarkan faktor-faktor tersebut di atas.

RUMUSAN

Ssikap positif, memiliki idea yang kreatif dan sentiasa berinovasi amat penting

untuk menjadi mahasiswa yang cemerlang

Sikap-sikap sebegitu, amat penting dalam usaha mempertahankan serta

(22)

LDK 1

Membina semangat bersatu padu di kalangan ahli

Membina kerjasama sesama ahli kumpulan demi agama, bangsa dan tanahair

Membina semangat 1Malaysia di kalangan ahli dan rakyat Malaysia

ARAHAN:

1. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut jantina.

2. Setiap kumpulan dikehendaki memikirkan kaedah bagaimana untuk

membentuk ’kerusi manusia’.

3. Kumpulan yang berjaya diminta berkongsi pengalaman akan kejayaan mereka

dalam melaksanakan tugas tersebut.

4. Kumpulan yang tidak berjaya juga diminta berkongsi punca kegagalan mereka

(23)

RUMUSAN:

Semangat bekerjasama dalam apa juga situasi amat penting dalam

kehidupan

Semangat sebegitu juga amat penting dalam proses pembelajaran di

universiti kerana melalui semangat itu jugalah maksud yang tersirat di

dalam peribahasa “ Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Kata Kerana

(24)

LDK 1

1. Peserta diminta untuk memberi ulasan terhadap semua aktiviti yang telah

dilalui dalam LDK 1.

RUMUSAN

Mahasiswa yang berjaya mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

o Mempunyai jaringan sosial yang baik di universiti.

o Mengetahui sistem pembelajaran dan pengajaran di universiti. o Mempunyai sikap positif dan daya tahan.

(25)

UNIT 3 : LATIHAN DALAM KUMPULAN 2 (LDK 2)

NAMA LDK : HAK PEWARIS BANGSA

BILANGAN AKTIVITI : 03

TEMPOH MASA : 2 JAM

OBJEKTIF LDK :

(26)

LDK 2

AKTIVITI : 01

NAMA AKTIVITI : HAK KAMI

EDARAN/PERALATAN : KERTAS MAHJONG, MARKER PEN DAN PITA

PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 60 MINIT

TUJUAN:

Memberi kefahaman tentang hak-hak melayu, bumiputera serta hak-hak

kaum-kaum lain secara asas.

ARAHAN:

1. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan dibekalkan kertas mahjong, marker pen dan pita pelekat.

3. Fasilitator kemudian akan menyerahkan beberapa salinan kepada setiap

kumpulan.l

(27)

5. Topik-topik tersebut antaranya;

i. Agama Islam,

ii. Bahasa Melayu,

iii. Kedaulatan Raja-Raja dan

iv. Hak-hak Istimewa Orang Melayu.

6. Setiap kumpulan dikehendaki membentang hasil perbincangan.

7. Fasilitator membuat rumusan terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan.

RUMUSAN:

Mahasiswa UiTM dapat memahami dan mempertahankan hak-hak yang sedia ada

(28)

LDK 2

AKTIVITI : 02

NAMA AKTIVITI : BINA DAN PERTAHAN BANGSA

EDARAN/PERALATAN : SURATKHABAR@KERTAS MAHJONG DAN

PITA PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 40 MINIT

TUJUAN:

Membentuk semangat berkerjasama dalam membina matlamat

ARAHAN:

1. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan (1 & 2).

2. Salah satu kumpulan (1) diminta membina hamparan menggunakan

suratkhabar @ kertas mahjong di lantai.

3. Kumpulan (1) yang sama juga harus mengenal pasti ’barang bernilai’ kepunyaan kumpulan mereka untuk diletakkan di tengah-tengah hamparan.

(29)

5. Kumpulan (2) dikehendaki untuk cuba mencuri/merampas ’barang bernilai’ kumpulan (1).

6. Semua peserta dikehendaki memusnahkan (koyak) hamparan yang telah

dibina.

7. Peserta diminta berkongsi perasaan tentang aktiviti yang telah dilalui (aktiviti

memusnahkan hamparan).

8. Semua peserta kemudiannya membina kembali hamparan dengan

menggunakan cebisan hamparan yang telah dimusnahkan.

9. Sekali lagi peserta diminta berkongsi perasaan tentang aktiviti yang telah

dilalui (aktiviti membina kembali hamparan yang musnah).

RUMUSAN

Pencapaian UiTM hari ini dapat dinikmati melalui tempoh masa yang panjang

(56 tahun) namun tidak mustahil UiTM akan lenyap dalam masa yang singkat

jika mahasiswa tidak mempertahankannya.

Penting untuk mahasiswa menjaga dan memelihara nama baik universiti

(30)

LDK 2

AKTIVITI : 03

NAMA AKTIVITI : RUMUSAN LDK 2

EDARAN/PERALATAN : TIADA

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 20 MINIT

TUJUAN:

Refleksi kumpulan

ARAHAN:

1. Peserta diminta untuk memberi ulasan terhadap semua aktiviti yang telah

dilalui dalam LDK 2.

RUMUSAN

Mahasiswa UiTM harus memahami, mempertahankan dan meneruskan survival

(31)

UNIT 4 : LATIHAN DALAM KUMPULAN 3 (LDK 3)

NAMA LDK : SURVIVAL PEWARIS BANGSA

BILANGAN AKTIVITI : 04

TEMPOH MASA : 2 JAM

OBJEKTIF LDK :

(32)

LDK 3

AKTIVITI : 01

NAMA AKTIVITI : LINTASAN MANUSIA

EDARAN/PERALATAN : SURATKHABAR @ KERTAS MAHJONG DAN

PITA PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 20 MINIT

TUJUAN:

Strategi amat penting dalam tindak tanduk dan tindakan dalam apa juga

situasi.

Ilmu, kemahiran dan kejujuran juga penting selain pemikiran analatikal dan

perancangan rapi dalam mengambil tindakan dan menyelesaikan masalah.

ARAHAN:

1. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil (setiap kumpulan mestilah

genap bilangannya).

(33)

3. Setiap kumpulan diberikan syarat-syarat cabaran iaitu:

o Setiap kumpulan kecil akan dibahagikan kepada dua bahagian kumpulan

kiri dan kanan.

o Setiap kumpulan kiri dan kanan harus dibezakan identiti (Fasilitator

boleh menggunakan kertas suratkhabar@kertas mahjong

o Kumpulan kiri atau kanan harus bertukar tempat

o Pertukaran tempat hanya boleh dilakukan dengan syarat mengikut turutan

yang berbeza.

4. Setiap kumpulan diminta berkongsi pengalaman yang berkaitan aktiviti ini.

RUMUSAN

(34)

LDK 3

AKTIVITI : 02

NAMA AKTIVITI : STRATEGI KE PUNCAK

EDARAN/PERALATAN : KERTAS MAHJONG, MARKER PEN DAN PITA

PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 40 MINIT

TUJUAN:

Mahasiswa perlu berfikir secara matang kerana untuk berjaya setiap individu

perlu bersaing.

ARAHAN:

1. Fasilitator menampal kertas mahjong ‘Strategi Ke Puncak’.

2. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil dan setiap kumpulan

diberikan satu simbol yang berbeza.

3. Setiap kumpulan dikehendaki menyerahkan RM24 kepada fasilitator sebagai

yuran penyertaan.

4. Setiap kumpulan mesti melantik seorang ketua, seorang pencatat dan seorang

(35)

5. Fasilitator akan menerangkan cara-cara dan syarat-syarat permainan ini.

6. Pemenang ditentukan berdasarkan jumlah wang yang dimiliki di akhir

permainan ini.

RUMUSAN

Dalam apa juga keadaan, setiap individu memerlukan strategi dalam persaingan

(36)

LDK 3

AKTIVITI : 03

NAMA AKTIVITI : ARCA 3M

EDARAN/PERALATAN : KERTAS MAHJONG, MARKER PEN, PITA

PELEKAT DAN BAHAN YANG SESUAI

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 40 MINIT

TUJUAN:

Menghargai hubungan antara ilmu, alam dan sesama manusia.

ARAHAN:

1. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan hanya dibekalkan Marker Pen, Kertas Mahjung dan pita

pelekat.

3. Setiap kumpulan dikehendaki membina arca dengan menggunakan

bahan-bahan yang sesuai dan berkonsepkan Mesra Ilmu, Mesra Alam dan Mesra

Insan.

4. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil projek kumpulan dan

(37)

5. Setiap ahli kumpulan dibenarkan untuk bertanyakan soalan atau memberi

pandangan terhadap arca yang dibentangkan.

RUMUSAN

Perlu menghargai dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan terhadap

(38)

LDK 3

AKTIVITI : 04

NAMA AKTIVITI : EKSPRESI BANGSA (RUMUSAN MODUL 1)

EDARAN/PERALATAN : KERTAS MAHJONG, MARKER PEN DAN PITA

PELEKAT

2. Setiap peserta dibekalkan marker pen.

3. Setiap peserta diminta meluahkan pendapat mereka tentang pengisian

program keseluruhan dalam bentuk visual (lukisan).

4. Fasilitator memilih visual (lukisan) yang terpilih dan meminta pelajar yang

terpilih berkongsi tentang mesej yang ingin disampaikan melalui visual

(39)

RUMUSAN

Mahasiswa UiTM merupakan aset negara dan berperanan memelihara,

Referensi

Dokumen terkait

Bagi cabaran road relay ini pasukan AW – PSIS dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil dengan setiap satu berkekuatan 4L dan 1P tidak termasuk anggota simpanan 2L dan 1P (Total