• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIGNIFIKAN PENDIDIKAN SEJARAH PERLEMBAGAAN DALAM MELESTARIKAN INSTITUSI BERAJA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SIGNIFIKAN PENDIDIKAN SEJARAH PERLEMBAGAAN DALAM MELESTARIKAN INSTITUSI BERAJA"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP) eISSN: 2682-8464 [Vol. 2 No. 4 December 2020]

Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap

SIGNIFIKAN PENDIDIKAN SEJARAH PERLEMBAGAAN

DALAM MELESTARIKAN INSTITUSI BERAJA

Majid R. A.1*, Kling Z.2 and Ismail I.3

Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, MALAYSIA *Corresponding author: rohayumajid@uitm.edu.my

Article Information:

Article history:

Received date : 27 November 2020 Revised date : 14 December 2020 Accepted date : 20 December 2020 Published date : 26 December 2020 To cite this document:

Majid, R., Kling, Z., & Ismail, I. (2020). SIGNIFIKAN PENDIDIKAN

SEJARAH PERLEMBAGAAN DALAM MELESTARIKAN INSTITUSI BERAJA. International

Journal Of Education And Pedagogy, 2(4), 321-338.

Abstrak: Peruntukan sejarah Perlembagaan Malaysia

dalam Pendidikan Sejarah di sekolah telah berjaya mengenengahkan kepentingan Institusi Beraja dalam pentadbiran negara. Menerusi beberapa siri semakan kurikulum, intipatinya berjaya diperkemaskan bagi memastikan pencapaian objektif pembelajaran. Namun sejauh mana pendidikan Sejarah Perlembagaan Malaysia ini mampu memartabatkan kedaulatan Institusi Beraja wajar dikaji. Justeru kajian ini dijalankan bagi melihat tahap keberkesanan aktiviti pendidikan ini dalam melestarikan Institusi Beraja. Sebanyak 305 mahasiswa baru yang mendaftar di kampus UiTM Shah Alam terlibat sebagai responden kajian. Borang soal selidik yang dibangunkan mengandungi 6 aspek yang signifikan dari pendidikan Sejarah Perlembagaan Malaysia ke atas Institusi Beraja. 6 pembolehubah bebas ini dijalankan analisis korelasi ke atas 2 pembolehubah bersandar iaitu i) Penerimaan Institusi beraja dan ii) Pengekalan Institusi beraja bagi melihat status signifikan pendidikan sejarah perlembagaan ke atas kelestarian Institusi Beraja. Hasil analisis memaparkan kesemua 6 aspek pendidikan Sejarah Perlembagaan Malaysia sangat signifikan (< 0.05) ke atas usaha melestarikan Institusi Beraja dengan hasil korelasi yang tinggi melepasi paras normal (>100a). Justeru ia

jelas menunjukkan bahawa pendidikan Sejarah

(2)

1. Pengenalan

Perlembagaan Malaysia yang juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia (Ismail, 2016a). Berlandaskan kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957, ianya telah mengenengahkan satu sistem pemerintahan yang unik (Samsudin dan Shaharuddin, 2012) dalam pentadbiran Malaysia. Menerusi pengamalan konsep demokrasi bersama sistem beraja (Meerangani dan Ramli, 2016), maka wujudlah Sistem Raja Berperlembagaan (Samsudin dan Shaharuddin, 2012) dalam pemerintahan negara Malaysia.

Sistem ini melibatkan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua pemerintah (Muslim dan Buang, 2012). Perlantikan Yang di Pertuan Agong menerusi mesyuarat Majlis Raja-Raja meletakkan beliau sebagai pemerintah tertinggi negara sekaligus mengetuai 9 raja yang ada, bagi tempoh penggiliran untuk setiap 5 tahun. Peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara, juga telah meletakkan beliau sebagai ketua agama Islam yang merupakan agama rasmi negara (Latif dan Abdullah, 2008, Muslim dan Buang, 2012; Muslim, 2014).

Kuasa pemerintahan tertinggi ini telah diperturunkan kepada para pemimpin yang juga pilihan rakyat bagi memudahkan perjalanan sistem pentadbiran di semua peringkat. Para pemimpin ini pula bertanggungjawab menjaga kebajikan seluruh rakyat, yang lazimnya menumpahkan taat setia kepada raja dan negara. Konsep demokrasi yang diamalkan juga turut menekankan kontrak sosial (Muslim, 2014; Bari, 2002; Jamian et al., 2017), yang amat mengutamakan aspek keadilan dan kebajikan kepada seluruh rakyat (Jamian et al., 2017). Malah hak samarata yang diperolehi oleh setiap warga Malaysia tidak kira kaum maupun bangsa membuktikan sistem perlembagaan yang diamalkan begitu adil dan saksama (Mohd Zin dan Tambi, 2018). Seandainya berlaku sebarang pencabulan kuasa diluar tatasusila perlembagan ini, maka kepada Yang di Pertuan Agong dan semua raja lah tempat rakyat bersuara, momohon keadilan bersama.

Pengamalan Sistem Raja Berperlembagaan membuktikan kepentingan Institusi Raja dalam sistem pentadbiran negara. Ianya bukan sahaja berperanan menjaga ketenteraman dan keselamatan rakyat keseluruhannya, tetapi merupakan tunggak perpaduan rakyat pelbagai kaum. Justeru peruntukan sejarah Perlembagaan Malaysia dalam pendidikan sejarah di sekolah pastinya memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada para pelajar (Musa et al., 2013) di samping menyemai rasa cintakan raja dan mengenengahkan kepentingan Institusi Beraja itu sendiri pada masa akan datang. Menurut Jamaluddin (2011) Pendidikan yang terbaik adalah pendidikan yang memberi kesan kesinambungan ke atas kehidupan masyarakat. Justeru ilmu perlembagaan yang disampaikan kepada para pelajar sewaktu zaman persekolahan sewajarnya memberi impak yang tinggi ke atas kefahaman mereka serta menerima sebaiknya Institusi Beraja dalam kelangsungan sistem pemerintahan negara.

Sehubungan itu kajian ini dilakukan bagi melihat sejauh mana Pendidikan Sejarah Perlembagaan Malaysia di sekolah mampu mendorong penerimaan golongan muda terhadap peranan Institusi

(3)

2. Ulasan Karya

Peruntukan tajuk Perlembagaan Malaysia sebagai sebahagian dari kurikulum mata pelajaran sejarah di sekolah (Samsudin dan Shaharuddin, 2012; Muslim, 2014), merupakan langkah proaktif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memartabatkan semangat jatidiri negara (Kaviza, 2019a), selain menyemai rasa kesedaran terhadap kepentingan Institusi Beraja (Gilbert, 2011; Young, 2012; Samsudin dan Shaharuddin, 2012), sekaligus mengangkat kepentingan Institusi Beraja dalam melestarikan kemakmuran dan keharmonian negara yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa (Muslim et al., 2011; Muslim, 2014).

Menurut Kaviza et al, (2018) kandungan mata pelajaran sejarah ini juga telah melalui beberapa siri semakan kurikulum dalam usaha memantapkan kandungannya mengikut keperluan dan objektif pendidikan. Kini kronologi sejarah bangsa (Gilbert; 2011) telah menjadi sebati dalam jiwa rakyat Malaysia. Olahan kandungan kurikulum yang dilaksanakan telah berjaya menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang pastinya didokong bersama Institusi Beraja. Selain itu, perlaksanaan pelbagai kaedah pengajaran yang kreatif dan menjurus kepada kemahiran berfikir (Kaviza, 2019b; Talin, 2015) dapat menarik minat pelajar untuk terus belajar dan mendalami fakta sejarah dengan sepenuh hati. Justeru penyampaian ilmu berhubung sejarah perlembagaan memerlukan kebijaksanaan seorang guru (Abdul Rahman et al, 2015), dalam mengolah kandungan kurikulum serta menonjolkan kepentingan Institusi Beraja itu sendiri. Pengajaran konteks perlembagaan ini disusuli dengan sumber yang jelas (Gilbert., 2011; Kaviza, 2019a) dan disampaikan dengan cara yang terbaik (Talin, 2015; Salleh dan Siraj, 2016), selain bersandarkan profil pelajar yang berbeza (Gilbert., 2011). Justeru pemahaman yang lebih mendalam ke atas Perlembagaan Malaysia memerlukan olahan fakta pada fasa sebelum dan selepas wujudnya perlembagan ini. Malah perjalanan proses perolehan kemerdekaan wajar diketengahkan bagi memperlihatkan keberadaan Institusi Beraja menerusi penglibatan raja-raja melayu dan kepentingannya dalam melindungi hak dan kebajikan rakyat tanpa mengira situasi.

Menurut Mohd Othman dan Khairi (2013), pemerintahan beraja adalah salah satu sistem pemerintahan tertua di dunia. Di Malaysia, pemerintahan beraja telah lama berlangsung sebelum kemasukan pihak British ke Tanah Melayu. Raja yang memerintah pada ketika itu merupakan golongan bangsawan yang berharta serta berkuasa mutlak ke atas tanah dan kawasan pentadbirannya. Kuasa tunggal yang dimiliki ini sebenarnya telah berjaya mengelak sebarang perebutan kuasa oleh pihak lain (Adam dan Ishak, 2014). Manakala kuasa memerintah ini berlangsung dengan penuh harmoni sehinggalah kedatangan orang asing ke Tanah Melayu.

(4)

Kemasukan British ke Tanah Melayu sekitar abad ke 18, adalah diatas persetujuan raja-raja Melayu yang bermatlamatkan ke arah peningkatan ekonomi rakyat tempatan. Penempatan British di tanah Melayu lebih bersifat naungan berbanding jajahan yang diwar-warkan. Justeru setiap tindak tanduk British dalam pergerakan aktivitinya di tanah melayu sebenarnya dibawah pemantauan sultan yang memerintah (Syed Ahmad, 2020). Penempatan kini terus kembali berlangsung selepas tamatnya perang dunia ke dua. Namun kali ini kemasukan British lebih bersifat agresif, sehingga berangan mahu menukarkan status naungan kepada jajahan ke atas Tanah Malaya.

Bermula dengan pergerakan Malayan Union dan disusuli dengan cadangan perlantikan governor (Ismail dan Arifin, 2016), niat sebenar British dapat dihidu oleh golongan pemerintah tertinggi. Akhirnya hasil kesepakatan raja-raja Melayu untuk enggan menghadirkan diri dalam majlis pertabalan Governor Malayan Union akhirnya meruntuhkan hasrat jajahan British sekaligus membubarkan Malayan Union yang kononnya mahu menyumbang kesepaduan rakyat yang pelbagai kaum.

Sejarah berlangsung dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM-1948) menggantikan Malayan Union. Hasil sokongan Raja-Raja Melayu, kandungan PTM 1948 telah disemak secara khusus bagi menjamin hak rakyat ketika itu. Daulat Raja-Raja Melayu terus memayungi tanah Malaya dengan tertubuhnya Majlis Raja-Raja (1948) sebagai penjaga mutlak ke atas hak rakyat dan negeri.

Sejarah terus berlangsung dengan Pilihan raya Majlis Perbandaran KL (1952) yang melibatkan Parti Perikatan dan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP-Independence of Malaya Party), dan dikuti Pilihan raya Umum Tanah Melayu pada 27 Julai 1955. Kebangkitan rakyat Malaya menuntut kebebasan sepenuhnya dari pihak asing terus memuncak dengan rombongan ke London mendapatkan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra (Ismail dan Arifin, (2016) bersama rakan seperjuangan sekitar Januari 1956 (Adam A, 2016). Namun hasrat untuk menuntut kemerdekaan dipandang enteng oleh British kononnya Melayu tidak pandai menguruskan negeri sendiri. Setelah itu, rombongan ini pulang semula ke Malaya membuat strategi dengan aktiviti kempen di seluruh negeri.

(5)

Gerakan menuntut kemerdekaan ini akhirnya mendapat sokongan penuh oleh Raja- Raja Melayu pada ketika itu. Sokongan padu dan jitu ini terus terserlah dengan penglibatan bersama wakil raja-raja melayu dalam rombongan kali kedua ke London. Penglibatan secara langsung Raja-Raja Melayu ini telah membuktikan sokongan penuh mereka dalam usaha melepaskan cengkaman pihak asing ke atas Tanah Melayu. Rundingan yang berlangsung sekitar Februari 1956 akhirnya mencetuskan titik kemenangan orang melayu (Ismail dan Arifin, 2016) ekoran rasa hormat yang tinggi oleh Pihak British ke atas Raja-Raja Melayu yang telah mewakilkan penglibatan mereka melalui pembesar-pembesar negeri (Adam, 2016). Hal demikian kerana, pada pandangan British, penempatan British di tanah melayu dahulunya di atas persetujuan raja -raja Melayu, maka kebebasan hakiki tanah melayu wajarlah diberi juga atas nama Raja-Raja Melayu. Pandangan dan Tindakan pihak British ini menyerlahkan Kehormatan yang tinggi terhadap keberadaan raja-raja melayu (Ismail dan Arifin, 2016; Syed Ahmad, 2020).

Persetujuan kemerdekaan yang diperolehi akhirnya menetapkan tarikh pengisytiharan kemerdekaan pada 20 Feb 1956 di Padang Pahlawan Bandar Hilir Melaka sebelum penubuhan Suruhanjaya Reid pada 21 Mac 1956 bagi merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Syed Ahmad, 2020: Ismail, 2016a). Setelah menelusuri 118 rundingan dan mengambilkira 131 memorandum dari pelbagai pihak individu dan organisasi, akhirnya laporan kandungan Perlembagan Persekutuan Tanah Melayu yang disediakan oleh Suruhanjaya Reid diperhalusi oleh Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada beberapa pemerintah melayu, Parti Perikatan yang memenangi pilihanraya pertama dan Suruhanjaya Tinggi British pada Februari 1957 (Ismail dan Arifin, 2016).

Berlangsungnya rundingan dan semakan ini sekali lagi menyerlahkan peranan sebenar raja-raja melayu yang sentiasa mahukan rakyatnya terbela dari pelbagai aspek. Bagi menjamin nasib orang melayu terbela dibawah perlembagaan Persekutuan ini, 7 wasiat raja-raja melayu yang asalnya merupakan kandungan minit mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) akhirnya diangkat menjadi sebahagian kandungan Perlembagaan Persekutuan (Syed Ahmad, 2020). Peruntukkan wasiat ini dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu bukan lah perkara mudah untuk direalisasikan (Ismail, (2016b). Kelangsungan rundingan demi rundingan bagi mendapatkan kata putus untuk persetujuan bersama antara Raja-Raja Melayu dan pihak British telah melalui masa ranjaunya tersendiri sehinggalah diterima dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 setelah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja sekitar Jun 1957.

(6)

Kandungan perlembagaan Persekutuan yang termenteri jelas mengutamakan konsep kesamarataan tanpa mengira agama, kaum dan keturunan khususnya dalam bidang Pendidikan (Mohd Zin dan Tambi, 2018; Jamian et al, 2017). Peruntukan 50% dari jumlah keluasan tanah dalam suatu kawasan pentadbiran sebagai Tanah Rizab Melayu (Aliasak & Sa’ad, 2014; Perlembagaan Persekutuan, 1957) menjelaskan bahawa Raja-Raja Melayu masih memberi ruang pemilikan aset ke atas orang asing untuk sebahagian kawasan yang masih tinggal. Peruntukan Rejimen Askar Melayu pula bertujuan menjaga keselamatan negara yang pastinya melibatkan keselamatan orang asing yang berpendudukan di Tanah Melayu. Kedaulatan Raja-Raja Melayu juga telah diangkat dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu melalui kewujudan Jawatan Yang di Pertuan Agong yang juga merupakan pemerintah tertinggi ke atas Tanah melayu yang kini bergelar Malaysia. Kedudukan Yang di Pertuan Agong bukan sahaja sebagai ketua agama (Zakaria, 2014; Latif dan Abdullah, 2008; Wan Husain, 2017) yang mengenengahkan Agama Islam sebagai Agama rasmi (Musa et al, 2013), sebaliknya merupakan paksi perpaduan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa di Malaysia. Peruntukan agama Islam dan Bahasa Melayu sebagai agama dan bahasa rasmi negara masih memberi kebebasan kepada bangsa lain untuk menganuti agama lain serta menggunakan bahasa lain dalam kehidupan seharian (Meerangani dan Ramli, 2016). Walaupun jelas kedudukan istimewa orang melayu menjadi agenda penting dalam perlembagaan, namun ia tidak bermaksud kaum dan bangsa lain diabaikan. Hal demikian kerana kedudukan yang Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi adalah memastikan seluruh rakyatnya terpelihara dalam keadaan tenteram dan sejahtera tidak mengira bangsa dan agama kerana peranannya umpama khalifah Allah yang menjaga kebaikan dimukabumi ini (Muslim N., 2014; Megat Latif dan Abdullah, 2008). Malah segala aktiviti pemerintahan negara yang dijalankan oleh golongan pemimpin yang dipilih rakyat, adalah dibawah hemat Yang di-Pertuan Agong yang lebih bersifat adil dan telus (Ismail, 2016b). Kedudukan beliau yang lebih tinggi dari golongan pemimpin serta tidak berpihak kepada mana -mana parti politik juga dilihat satu keistimewaan yang menjamin keadilan seluruh rakyat (Adam dan Ishak, 2014). Hal demikian kerana sebarang perbalahan politik yang berlaku dalam pentadbiran sama sekali dapat diperbetulkan dengan mudah oleh Yang di Pertuan Agong tanpa perlu mengorbankan kehidupan rakyat yang pastinya tersepit antara kuasa besar yang berlaga.

Justeru peruntukkan sejarah Perlembagaan Malaysia dalam pendidikan sejarah pastinya memberi ruang kepada para pelajar untuk memahami dengan lebih mendalam akan kepentingannya serta melihat secara meluas kepentingan Institusi Beraja dalam sistem pentadbiran negara. Sepertimana menurut Jamaluddin (2011), kaedah pendidikan yang betul dapat memberi impak yang tinggi keatas daya fikirannya serta menyumbang kesinambungan dalam kehidupan individu tersebut. Justeru ilmu perlembagaan yang diketengahkan dalam kurikulum sekolah pastinya membina daya fikir yang positif ke atas institusi beraja, kerana kontek perlembagaan itu sendiri berupaya membawa minda pelajar mendalami betapa pentingnya institusi ini pada masa ini dan kelangsungannya pada masa hadapan.

(7)

2.1 Pernyataan Masalah

Peruntukkan kandungan Perlembagaan Malaysia dalam Pendidikan Sejarah yang juga merupakan salah satu subjek teras disekolah (Ahmad dan Jinggan. 2015; Samsudin dan Shaharuddin, 2012; Ligun et al, 2017) merupakan langkah proaktif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan wujudnya pengetahuan dalam kalangan orang muda berkaitan Sistem Raja Berperlembagaan (Kaviza, 2019a).

Pengetahuan golongan muda ini boleh diukur dari segi persepsinya (Adam dan Ishak, 2014: Jamaluddin, 2011), terhadap Institusi Beraja itu sendiri. Setelah menelusuri sejarah Perlembagaan Malaysia yang disampaikan disekolah, samada sebelum termenterinya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu maupun selepas tergubalnya perjanjian ini, pelajar dapat membayangkan (Jamaluddin, 2011) berapa tingginya kehormatan raja-raja melayu pada pandangan British, serta melihat kehebatan perjuangan dan kebijaksanaan tindakan raja-raja Melayu dalam usaha mendapatkan status kemerdekaan (Ismail, 2016a). Termenterinya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu juga menonjolkan ketelusan raja-raja melayu (Syed Ahmad, 2020) menjaga hak dan kepentingan orang melayu serta kaum lain (Jamian et al, 2017) yang telahpun berpendudukan di Tanah Melaya. Wujudnya jawatan Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi juga telah memperlihatkan kedudukannya sebagai tiang perpaduan di dalam negara kerana peranannya yang berfungsi menjaga kesejahteraan semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa (Meerangani dan Ramli, 2016). Beliau juga bertindak secara adil dan saksama ke atas setiap golongan pemimpin maupun rakyat jelata (Meerangani dan Ramli, 2016).

Justeru kefahaman yang mendalam terhadap Perlembagaan Malaysia menerusi kaedah pembelajaran yang berkesan berupaya menyedarkan golongan muda khasnya lepasan sekolah akan kepentingan Institusi Beraja dalam menjamin kemakmuran dan perpaduan negara. Namun kegagalan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran pastinya menjejaskan objektif utama sistem pendidikan (Young, 2012). Konsep Sistem Raja Berperlembagaan yang gagal difahami dengan betul akan mencetuskan rasa tidak peduli terhadap kepentingan Institusi Beraja pada masa hadapan. Kurangnya kesedaran oleh golongan muda yang juga merupakan bakal pemimpin negara, pastinya menjejaskan kelestarian institusi ini pada masa hadapan. Justeru kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana peruntukan ilmu Perlembagaan Malaysia dalam Pendidikan Sejarah dapat menyumbang kepada kelestarian Institusi Beraja di negara ini. Selain itu, kebanyakan kajian yang sering dijalankan ke atas keberkesanan pembelajaran Sejarah ini lebih tertumpu kepada pencapaian pelajar itu sendiri (Ahmad et al., 2009). Sebaliknya kesinambungan Institusi Beraja hasil penerimaan yang baik oleh para pelajar terhadap konteks Perlembagaan Malaysia jarang diketengahkan. Justeru kajian ini memfokuskan sejauh mana pembelajaran sejarah Perlembagaan Malaysia begitu signifikan ke atas kelestarian Institusi Beraja di Malaysia.

(8)

3. Kaedah

Kajian dijalankan secara kuantitatif. Data kajian diperolehi menerusi borang selidik yang diedarkan ke atas 305 mahasiswa yang baru mendaftar di Kampus UiTM Shah Alam. Data ini dijalankan analisis diskriptif dan inferensi menerusi perisian Statistical Package for the Social

Sciences (SPSS) versi 21. Sebanyak 2 pembolehubah bersandar dan 5 pembolehubah bebas

dijalankan analisis kebolehpercayaan (Realibility test) bagi melihat kewajarannya dalam kontek kajian. Pembolehubah yang mencatatkan nilai Cronbach's Alpha yang mendekati atau melebihi 0.6 dianggap mencapai status kebolehpercayaan (Ursachi et al, 2015) dan pembolehubah tersebut boleh dijalankan analisis berikutnya. Seterusnya 6 pembolehubah bebas yang terdiri dari signifikan sejarah Perlembagaan Malaysia dalam pendidikan sejarah iaitu i) Menjunjung Sistem Beraja ii) Mengetengahkan Ketokohan Raja iii) Menyuntik Semangat Perpaduan, iv) Memberi aspirasi Pembangunan Negara Maju dan v) Mewujudkan sistem pemerintahan yang terbaik dianalisis pencapaian skor penerimaan responden (Gambarajah 1). Analisis korelasi pearson chi square dijalankan diantara pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas bagi melihat status signifikan (Cresswell, 2014) sejarah Perlembagaan Malaysia terhadap kelestarian Institusi Beraja.

3.1 Data

Data diperolehi menerusi borang selidik sebagai instrumen kajian. Ia dibangunkan dengan 2 bahagian iaitu profail responden dan pembelajaran Sejarah Perlembagaan Malaysia yang mengenengahkan 6 aspek utama dari sudut Institusi Beraja. Responden merupakan semua mahasiawa UiTM cawangan Shah Alam yang sedang menjalani sesi program Destini Siswa baru pada semester berkenaan.

3.1.1 Sampel

Kesemua 305 mahasiswa yang baru mendaftar di UiTM Kampus Shah Alam dan terlibat dalam program Minggu Destini Siswa (MDS) dijadikan sampel penyelidikan. Pemilihan pelajar ini dibuat berdasarkan status mereka yang baru sahaja meninggalkan zaman persekolah dan kini memulakan pengajian di peringkat universiti dan bakal menjadi pemimpin Malaysia pada masa akan datang. Justeru mereka merupakan golongan muda yang terbaik untuk dijadikan sampel dalam melihat sejauh mana keberkesanan pendidikan sejarah Perlembagaan Malaysia mendorong kepada penerimaan mereka terhadap Institusi Beraja dan rasa mahu mengekalkan Institusi Beraja pada masa akan datang.

3.1.2 Tapak

Data kajian diperolehi menerusi program Minggu Destini Siswa (MDS). Kampus Shah Alam dipilih bagi kajian ini kerana ia menempatkan jumlah pelajar baru yang lebih ramai berbanding kampus cawangan.

(9)

3.1.3 Prosedur

Data kajian dikumpulkan menerusi borang selidik yang disediakan secara atas talian, dimana soalan yang diutarakan dimuatkan dalam aplikasi ‘googleform’. Manakala jaringan capaian ke atas borang tersebut diedarkan kepada para mahasiswa ketika sesi taklimat MDS berlangsung. Mahasiswa telah mengisi borang secara atas talian menerusi telefon bimbit masing-masing setelah menerima kod jaringan yang diberi.

Dapatan data penuh di perolehi dari ruangan maklumbalas ‘Google form’ yang dipaparkan dalam bentuk dokumen excel. Kandungan data dari Excel ini kemudiannya dieksport kepada dokumen berbentuk SPSS (Special Package for Social Science).

Gambarajah 1: Rangka Teori Kajian

3.2 Pengukuran

Skor penerimaan responden terhadap 5 pembolehubah bebas ini dirujuk kepada nilai skor min yang diperolehi menerusi analisis diskriptif ke atas ukuran skala antara 1 hingga 5, dan seterusnya ia dijana ke bentuk peratusan.

a) Menekankan sejarah Perlembagaan Malaysia b) Menjunjung Sistem Beraja c) Mengetengahkan Ketokohan Raja d) Menyuntik Semangat Perpaduan e) Memberi aspirasi Pembangunan Negara Maju f) Mewujudkan sistem pemerintahan yang Pembelajaran Sejarah Perlembagaan Malaysia Penerimaan Institusi Pengekalan Institusi Sistem Pendidikan Kelestarian Institusi Beraja

(10)

3.3 Analisis Data

Data dijalankan analisis statistik diskriptif dan statistik inferensi. 6 Pemboleh ubah bebas dijalankan analisis bagi mendapatkan nilai skor min sebelum diubah kebentuk nilai peratusan. Manakala 2 pembolehubah bersandar di analisis bagi mendapatkan nilai frekuensi ke atas skor penerimaan responden terhadap kelestarian Institusi Beraja pada masa kini dan pengekalan Institusi Beraja pada masa hadapan.

Seterusnya kesemua 6 pemboleh ubah bebas dijalankan analisis korelasi pearson chi square bersama dengan 2 pembolehubah bersandar yang dikaji. Pembolehubah bebas yang mencatatkan nilai Asymp. Sig. (2-sided) pada < 0.05 dianggap signifikan (Zhu, 2012) terhadap kedua-dua pembolehubah bersandar. Manakala pembolehubah yang berstatus signifikan ini akan memaparkan nilai korelasi Pearson Chi-Square yang wujud bersama pembolehubah bersandar. Nilaiana yang direkodkan pada korelasi ini adalah merujuk kepada kadar sumbangan Pendidikan Sejarah Perlembagaan ke atas kelestarian Institusi Beraja pada masa hadapan. Kadar kesan ini boleh dirujuk kepada nilai Pearson Chi-Square Value (Sharpe, 2015), yang boleh dikelaskan kepada beberapa kategori iaitu pada kadar sederhana (<50a), tinggi (50-100a) dan sangat tinggi (>100a). Seterusnya catatan korelasi antara kedua-dua pembolehubah bersandar iaitu i) kesesuaian

Institusi Beraja pada masa ini dan ii) pengekalan Institusi Beraja pada masa hadapan akan digabung bersama bagi membentuk purata skor sumbangan Pendidikan Sejarah dan dipaparkan dalam gambarajah.

4. Keputusan Kajian & Perbincangan

305 mahasiswa yang baru mendaftar di UiTM cawangan Shah Alam merupakan responden yang terlibat dalam penyelidikan ini. Analisis profail memaparkan 71.8% dari sampel merupakan pelajar perempuan dan selebihnya merupakan pelajar lelaki (28.2%) (Gambarajah 2)

(11)

Manakala skor penerimaan dan pengekalan terhadap institusi beraja diukur pada 3 skala berbeza iaitu tidak bersetuju, neutral dan setuju (Rujuk Jadual 1). Terdapat 88.5.% responden dapat menerima sepenuhnya keberadaan Institusi Beraja dalam sistem pemerintahan semasa negara. Manakala hanya 91.5% darinya mahukan Institusi Beraja terus dikekalkan dalam sistem pentadbiran negara menerusi Sistem Raja Berperlembagaan.

Jadual 1: Profail responden mengikut jantina dan skor penerimaan dan pengekalan Institusi Beraja Kelestarian

Institusi Beraja Skor

Jantina Jumlah (100%) Lelaki (28.2%) Perempuan (71.8%) Penerimaan Institusi Beraja Tidak Bersetuju 0.7% 0.7% 1.4% Neutral 2.6% 7.5% 10.1% Bersetuju 26.2% 63.6% 88.5% Pengekalan Institusi Beraja Tidak Bersetuju 8.5% 1.0% 9.5% Neutral 2.0% 5.2% 7.2% Bersetuju 25.9% 65.6% 91.5%

Seterusnya hasil Ujian Kebolehpercayaan (Realibility Test) ke atas 8 pembolehubah kajian memaparkan nilai Cronbach's Alpha pada nilai yang tinggi untuk 6 pembolehubah bebas iaitu antara 0.802 sehingga 0.865. Manakala 2 lagi pembolehubah bersandar masing mencatatkan nilai Cronbach's Alpha pada 0.683. Kesemua pembolehubah mencatatkan nilaian melebihi > 0.6 yang menunjukkan bahawa kesemua data pembolehubah kajian ini boleh dipercayai yang mana soalannya difahami oleh responden dan data ini boleh digunakan bagi analisis berikutnya.

Jadual 2: Nilai Cronbach's Alpha pembolehubah kajian

Komponen Item Signifikan Sejarah Perlembagaan Cronbach's Alpha Pembelajaran

Sejarah Perlembagaan

Menekankan sejarah Perlembagaan Malaysia .865

Menjunjung Sistem Beraja .865

Mengetengahkan ketokohan raja .865

Menyuntik semangat perpaduan .859

Memberi aspirasi kepada pembangunan negara maju .858 Mewujudkan sistem pemerintahan yang terbaik .802 Kelestarian

Institusi Beraja

Penerimaan Institusi Beraja .683

(12)

Gambarajah 3: Skor responden terhadap pembelajaran Sejarah Perlembagaan Malaysia

Gambarajah 3 memaparkan skor pembelajaran Sejarah Perlembagaan Malaysia sewaktu zaman persekolahan responden. Menerusi 6 pembolehubah yang dikaji, sejarah perlembagaan Malaysia telah menyuntik semangat perpaduan dalam kalangan pelajar (92.2%) dan berjaya memberi aspirasi kepada pembangunan negara maju (91.0%), setelah berjaya mendalami sejarah pertubuhannya (90.2%). 89.2% responden juga berjaya mendalami nilai ketokohan raja-raja melayu dalam usaha mendapatkan status kemerdekaan. Manakala 86.4% berpendapat adanya Sistem Beraja sebenarnya telah menyumbang kepada sistem pemerintahan yang terbaik yang mana Yang di Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi dalam negara menjadi kepentingan dalam menjaga kestabilan politik negara dan susulan itu Sistem Raja Berperlembagaan ini wajar dijunjung demi keharmonian negara.

90.2% 88.2% 89.2% 92.2% 91.0% 86.4% 83.0% 84.0% 85.0% 86.0% 87.0% 88.0% 89.0% 90.0% 91.0% 92.0% 93.0% a) Menekankan sejarah Perlembagaan Malaysia

b) Menjunjung Sistem Beraja c) Mengetengahkan ketokohan Raja d) Menyuntik semangat perpaduan e) Memberi aspirasi kepada pembangunan negara

maju

(13)

Jadual 3: Status Signifikan Pembelajaran Sejarah Perlembagaan Malaysia ke atas Kelestarian Institusi Beraja

Pendidikan Sejarah Perlembagaan

Asymptotic Significance (2-Sided) Penerimaan Institusi

Beraja

Pengekalan Institusi Beraja

a) Menekankan sejarah perlembagaan malaysia .000 .000

b) Menjunjung sistem beraja .000 .000

c) Mengetengahkan ketokohan Raja .000 .000

d) Menyuntik semangat perpaduan .000 .000

e) Memberi aspirasi kepada pembangunan negara maju

.000 .000

f) Mewujudkan sistem pemerintahan yang terbaik

.000 .000

Jadual 3 memaparkan status signifikan pembelajaran Sejarah Perlembagaan Malaysia ke atas kelestarian Institusi Beraja. Hasil analisis memaparkan kesemua 6 pembolehubah bebas mencatatkan status sangat signifikan (Asymptotic Significance (2-Sided) iaitu pada nilai 0.000. Ini menunjukkan bahawa ilmu perlembagaan yang disampaikan benar-benar menekankan sejarah perlembagaan yang telah mengenengahkan ketokohan raja-raja melayu dalam sejarah penubuhan perlembagaan. Justeru hasil pendidikan sejarah ini telah berjaya menyuntik semangat perpaduan sesama rakyat serta mendorong ke arah pembangunan negara maju. Manakala penglibatan Institusi Beraja secara tidak langsung dalam Sistem Raja Berperlembagaan telah menimbulkan rasa hormat yang tinggi kepada Institusi Beraja sekaligus mendokong sistem pemerintahan yang terbaik buat Malaysia.

(14)

Jadual 4 memaparkan nilai korelasi Pearson Chi Square antara 6 pembolehubah bebas dan 2 pembolehubah bersandar yang sangat memberansangkan. Perlembagaan Malaysia yang menyumbang kepada sistem pemerintahan yang terbaik dalam negara telah mencatatkan nilai korelasi yang tinggi ke atas penerimaan (169.381a) dan pengekalan (278.373a) Institusi Beraja pada masa hadapan. Kandungan kurikulum yang sangat menekankan sejarah penubuhan perlembagaan ini juga telah mencatatkan nilai korelasi tertinggi ke atas penerimaan (137.203a) dan pengekalan

(151.717a) Institusi Beraja. Ketokohan raja (82.756a) yang sangat terserlah ketika usaha penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang akhirnya mendorong kepada status pembangunan negara maju (82.373a). Hasil pendidikan sejarah perlembagaan juga telah

mencatatkan nilai korelasi yang tinggi ke atas status penerimaan Institusi Beraja. Namun sedikit berbeza dengan pengekalan Institusi Beraja, yang mana nilai korelasi ketiga tertinggi dicatatkan pada aspek kedaulatan raja -raja melayu yang dijunjung tinggi hasil pendidikan sejarah perlembagaan (133.839a). Walau bagaimanapun secara keseluruhannya kesemua 5 konteks

pendidikan sejarah Perlembagaan Malaysia telah mencatatkan nilai korelasi melebihi pada paras normal iaitu melebihi 100 ke atas pengekalan Institusi Beraja.

Jadual 4: Hasil Korelasi Pearson Chi Square antara Pembelajaran Sejarah Perlembagan Malaysia dan bersama skor penerimaan dan pengekalan Institusi Beraja.

Signifikan Pendidikan Sejarah Perlembagaan Malaysia

Pearson Chi-Square

Penerimaan Institusi Beraja Pengekalan Institusi Beraja a) Menekankan sejarah perlembagaan

Malaysia

137.203a 151.717a

b) Menjunjung sistem beraja 76.987a 133.839a

c) Mengetengahkan ketokohan Raja 82.756a 107.321a

d) Menyuntik semangat perpaduan 77.887a 114.710a

e) Memberi aspirasi kepada pembangunan negara maju

82.373a 120.803a

f) Mewujudkan sistem pemerintahan yang terbaik

(15)

Gambarajah 4: Kadar signifikan pendidikan Sejarah Perlembagaan Malaysia terhadap Kelestarian Institusi Beraja

Gambarajah 4 memaparkan kadar signifikan pendidikan Sejarah Perlembagaan Malaysia terhadap kelestarian Institusi Beraja di Malaysia. Secara keseluruhannya 6 aspek yang diambil kira dari konteks sejarah pendidikan Perlembagaan Malaysia telah memaparkan kadar signifikan yang tinggi ke atas kelestarian Institusi Beraja sehingga melebihi dari aras normal. Kewajaran Sistem Raja Berperlembagaan dalam mewujudkan sistem pemerintahan terbaik negara telah mencatatkan kadar signifikan melebihi dua kali ganda dari paras normal (224%) selain penekanan sejarah penggubalan Perlembagaan Malaysia (144%) yang benar-benar menyumbang kepada kelestarian Institusi Beraja. Manakala 4 item lain masing-masing menyumbang peratusan melebihi 100% iaitu 105% (Menjunjung sistem beraja) dan 102% (aspirasi negara maju). Manakala aras signifikan yang mendekati 100% iaitu 95% (mengetengahkan ketokohan raja) dan 96% (menyuntik semangat perpaduan) masing-masing tetap menyumbang pada kadar yang tinggi ke atas kelestarian Institusi Beraja.

Hasil kajian membuktikan pendidikan sejarah Perlembagaan Malaysia ini telah berjaya melestarikan Institusi Beraja pada masa hadapan. Justeru bagi memastikan persepsi keatas Institusi Beraja terus mekar dalam kalangan rakyat, maka wajarlah kandungan sejarah Perlembagaan Malaysia diteruskan dalam pendidikan mata pelajaran sejarah disekolah, bagi memastikan ia benar-benar difahami rakyat sepertimana yang diutarakan oleh Musa et al (2013). Malah sistem pengajaran dan pembelajaran juga memerlukan kaedah penyampaian yang lebih menarik dan

144% 105% 95% 96% 102% 224% 0% 50% 100% 150% 200% 250% a) Menekankan sejarah perlembagaan malaysia

b) Menjunjung sistem beraja

c) Mengetengahkan ketokohan Raja

d) Menyuntik semangat perpaduan e) Memberi aspirasi kepada

pembangunan negara maju f) Mewujudkan sistem pemerintahan yang terbaik

(16)

5. Kesimpulan

Ilmu Perlembagaan Malaysia dalam pendidikan Sejarah sememangnya dapat mengenengahkan peranan raja-raja melayu dalam mendaulatkan negara tercinta, sekaligus mengangkat Institusi Beraja itu sendiri sebagai pasak keutuhan negara. Justeru kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif disusuli dengan penyampaian fakta yang berkonsepkan plot cerita yang menarik terhadap pembentukan perlembagaan itu sendiri pastinya dapat menyuntik rasa kagum dan hormatkan Institusi Beraja pada masa sekarang dan pada masa akan datang.

6. Penghargaan

Penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM, Shah Alam (KIRRM) yang telah memberi sepenuh sokongan ke atas projek penyelidikan yang dijalankan, khususnya dalam kerja pengumpulan data kajian.

Rujukan

Adam A., (2016). ‘Melayu Raya’ sebagai konsep Politik Ankolonial Dalam Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Tanah Melayu: Sejarah Perjuangan dalam Sejarah Malaysia: Wacana Kedaulatan Bangsa, kenegaraan dan kemerdekaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang Adam R., Ishak N. A. (2014). Persepsi dan pengetahuan rakyat terhadap institusi Raja Malaysia:

Satu Kajian Kes di Perlis dan Kedah pada 2014. Prosiding seminar Institusi Raja (SIRaj II) 12 Jun 2014: Seminra Raja dan Kerajaan Perlis 91-111.

Ahmad A., Abd Rahman S. H., Abdullah N.A. (2009). Tahap Keupayaan Pengajaran Guru Sejarah dan Hubungannya dengan Pencapaian Murid di Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal pendidikan Malaysia, 34 (1), 53-66.

Ahmad A., Jinggan N., (2015), Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah. Jurnal Kurikulum &

Pengajaran Asia Pasifik, 3(1), 1-11.

Abdul Rahman, N. A.S., Mohd Noor, M. A., Yusof R., Yusof H., (2015) Kesahan Model Amalan Kepimpinan Gur, Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(3), 1-11.

Adam R., Ishak N. A., (2014) Persepsi dan pengetahuan rakyat terhadap institusi Raja Malaysia: satu kajian kes di Perlis dan Kedah pada 2014. Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, UniMAP, 2014-06)

Aliasak M. H. H., Sa’ad M. F., (2014). The 100 years Malay Reserve Land in Peninsular Malaysia (1913-2013); An Analysis of land Size Trend. Academic Journal UiTMT, 3(1), 17-24

Bari A. A (2002). Halangan-halangan Pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam di Dalam Perlembagaan Malaysia. Jurnal Syariah 10(1), 31-42.

Creswell, J.W. (2014). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative

and Qualitative Research (4th Edition). United States of America: Pearson New International

(17)

Gilbert R., (2011) Can History succeeds at school? Problem of knowledge in the Australian History curriculum. Australian Journal of Education, 55 (3), 245-258.

Ismail A. R., (2016a) Safar 1377 Hijrah: Menyingkap Tarikh kemerdekaan dan mengimbau Sejarah Perjuangan dalam Sejarah Malaysia: Wacana Kedaulatan Bangsa, kenegaraan dan kemerdekaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Ismail A. R., (2016b) Menyorot pemerintahan Raja Berperlembagaan Di Malaysia: Sejarah Perjuangan dalam Sejarah Malaysia: Wacana Kedaulatan Bangsa, kenegaraan dan kemerdekaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Ismail A. R., Arifin A., (2016) Sejarah Malaysia: Wacana Kedaulatan Bangsa, kenegaraan dan kemerdekaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Jamaluddin, M. K. A. M. (2011). “Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.4, No.1 pp.33-48. Bandung, Indonesia.

Jamian M. N., Mphd Yusof M.Y., Hanafiah M. G., Yunos Y., (2017). Keadilan Teras Kepimpinan Raja-Raja Melayu: Dari Era Tradisi Ke Kontemporari. Jurnal Melayu, 16(1), 62-81.

Kaviza M., (2019 a) Hubungan antara Amalan dan Penguasaan Kemahiran Pemikiran Sejarah.

Jurnal Pendidikan Malaysia. 44 (1), pp. 29-36

Kavida M., (2019 b) Hubungan Penerapan Elemen Kemahiran Pemikiran Sejarah Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Terhadap Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah Dalam Kalangan Murid., Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 7(1), 30-38.

Kaviza M., Abdul Rahim F., Bukhari N., (2018) Tahap Kesediaan Guru-Guru Sejarah Dalam Melaksanakan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Sumber Sejarah: Satu Tinjauan Di Negeri Perlis. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 6(2), 24-31.

Latif H. M., Abdullah C. A. (2008). Islam dalam perlembagaan Malaysia: Kewajarannya berdasarkan kesulatanan Melayu, REKAYASA-Journal Of Ethics, Legal And Governance, Vol 4, 1-12.

Ligun S.A., Awang M. M., Ahmad A. R., Hamzah M. I., Hasan N. W., (2017). Muzium Sebagai Instrumen Pembelajaran Sejarah Luar Bilik Darjah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia

Pasifik, 5(1), 19-30.

Meerangani K. A., Ramli R., (2016) Hak Asasi Non Muslim Di Malaysia Menurut Perlembagaan Persekutuan Dan Prinsip Islam. Jurnal Kemanusiaan, l 25(3), 18-29.

Megat Latif H., Abdullah C. A., (2008). Islam dalam perlembagaan Malaysia: Kewajarannya berdasarkan faktor kesultanan melayu. REKAYASA- Journal of Ethics, Legal And Governance, 4, 1-12.

Mohd Othman F., Khairi M. R., (2013). Raja-Raja dalam Al Qur’an dan As Sunnah serta pandangan Islam terhadap pemerintahan beraja. Seminar Institusi Raja (SIRaj) 5-6 Jun 2013, Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia.

(18)

Mohd Zin N. A., Tambi N., (2018). Faktor kemiskinan Bandar terhadap pembangunan pendidikan Golongan lewat kembang. Jurnal Psikologi Malaysia, 32(2), 119-130

Musa N.Y., Yatiban A., Muslim N., (2013). Memahami kedudukan Islam dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan: cabaran pendidikan Melayu dalam perspektif hubungan etnik. Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Kerajaan Negeri Perlis, 29 - 31 Mac 2012 Kompleks Perbadanan Putrajaya Presint 3, Putrajaya, Malaysia.

Muslim N., (2014). Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan. International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 2(2), 121 – 127.

Muslim N., Buang A. H., (2012). Islam dalam perlembagaan persekutuan dari perspektif hubungan etnik di Malaysia, Jurnal Kemanusiaan, 20, 115-129.

Muslim N., Jalil F., Bari A. A., Mohd Noor M., Mastor K.A., (2011). Tahap penerimaan pelajar terhadap peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan dari perspektif hubungan etnik di Malaysia, Jurnal Kemanusiaan,18, 105-125.

Perlembagaan Persekutuan, (1957), Undang-Undang Kerajaan Malaysia.

Samsudin M. Shaharuddin S., (2012). Pendidikan Dan Pengajaran Mata Pelajaran Sejarah Di Sekolah Di Malaysia. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategy, 39 (2) (December 2012).

Sharpe D., (2015). Your Chi –Square Test is statistically Significant: Now What? Practical Assessment, Research and Evaluation, 20 (8), 1-10.

Syed Ahmad S. D., (2020). Program Bicara Tokoh: Peranan Raja-Raja dalam proses kemerdekaan, anjuran Kursi Institusi Raja-Raja Melayu (KIRRM) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi MARA.

Talib N. S. A., Abdul Ghani K., Yusuff N. A. (2019). Kaedah Pembelajaran Sejarah Berasaskan Lawatan Ke Muzium. INSANIAH Online Journal of Language, Communication and Humanities. 2(1) 45-57

Ursachi G., Horodnic I. A., Zait A., (2015). How reliable are measurement scales? External factors with indirect influence on reliability estimators. Procedia Economics and Finance 20, 679 – 686.

Wan Husain W. A. F (2017). Prinsip Kuasa Eksekutif Malaysia dalam Kerangka Konseptual Islam. The online Journal of Islamic Education, 5(2), 43-50.

Waring, S.M., Scheiner– Fisher, C. (2014). Using SOURCES to allow digital natives to explore the Lewis and Clark Expedition. Middle School Journal, 45(4), 3-12.

Zakaria H. (2014). Tanggungjawab raja menjaga agama. Prosiding Seminar Institusi Raja (SIRaj II), Seminar Raja dan Kerajaan Perlis. 12 Jun 2014.

Zhu W., (2012). Sadly, the earth is still round (p=0.0. 5). Journal of sport and health Science., 1(2012), 9-11.

Referensi

Dokumen terkait

Jakcson, elite yang berkuasa di Indonesia membentuk semacam bureaucratic polity, yaitu: upaya menjadikan birokrasi sebagai akumulasi kekuasaan negara

Tindakan ini diberikan dalam bentuk penotokan langsung pada titik/area yang terkait dengan masalahnya, contoh: untuk serangan jantung (titik jantung), serangan stroke (2

Semester antara adalah perkuliahan yang dilaksanaan pada waktu antara semester genap dan semester gasal (sebelum ganti tahun ajaran), maksimal mahasiswa dapat mengambil 9

membutuhkan suatu sistem yang saling terhubung antar divisi atau terintegrasi sehingga dapat lebih cepat dalam memperoleh informasi tersebut, PT Molay Satrya

Roda gigi perantara adalah roda gigi yang disusun dalam kerangka yang disebut carrier gear yang dapat terbuat dari besi tuang, alumunium atau pelat baja dan dirancang

Dari hasil penelitian ini didapatkan mutasi gen NPHS2 C412T (R138X) pada kelompok kasus (SNRS) 40 (45,5%) dengan mutasi heterozigot 39 (44,3%) dan homozigot 1(1,1%), sedangkan

Massindo Sinar Pratama sendiri dalam menentukan harga pokok produksi menggunakan metode Job Order Costing, dalam menggunakan metode ini seluruh biaya-biaya

dik? Ini tak kasih murah kalau ke kamu. Mbak Nayla 87 , pedagang batik dan souvenir, dari pertanyaan yang diajukan bahwa ia menjual semua barang dengan harga yang berbeda pada