1
F
U H U AP
R I M A R YS
C H O O L2
2
0
0
1
1
6
6
S
S
E
E
M
M
E
E
S
S
T
T
R
R
A
A
L
L
A
A
S
S
S
S
E
E
S
S
S
S
M
M
E
E
N
N
T
T
1
1
H I G H E R M A L A Y L A N G U A G E Primary Six Nama :[ ]
Darjah : 6 Tarikh :Masa : 1 jam 20 min Tandatangan Waris :
No Soalan Item
Markah Penuh Markah Dapat
1 1 hingga 5 Memadankan Peribahasa
10
2 6 hingga 10 Mengedit Teks 10
3 11 hingga 15 Melengkapkan
Teks 10 4 16 hingga 17 Mengenal Pasti
Idea Utama 4 5 18 hingga 24 Kefahaman 26
2
SOALAN 1 – 5 : MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)
Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu
peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
(1) buka pintu (2) seperti air dalam kolam
(3) makan suap (4) seperti garam jatuh di air
(5) tumbuk rusuk (6) seperti pahat dengan penukul
(7) ayam tambatan (8) seperti menatang minyak yang penuh
1 Kepercayaan masyarakat terhadap kakitangan awam tidak harus luntur. Pihak pemerintah haruslah berusaha untuk membasmi sebarang salah laku dan membentuk pegawai-pegawai yang amanah. Hukuman yang berat harus dikenakan ke atas sebarang kakitangan awam yang didapati melanggar etika kerja dan tidak amanah.
2 Encik Rahim dan Puan Siti sudah lama mendirikan rumah tangga namun tidak dikurniakan sebarang cahaya mata. Setelah sepuluh tahun menanti akhirnya mereka mendapat seorang anak perempuan. Anak mereka itu dijaga dengan rapi dan dicurah sepenuh kasih sayang. Tidak satu pun keperluan dan kehendak anak itu diabaikan.
3 Encik Nasir seorang pekerja yang berdedikasi. Dia telah dilantik oleh majikannya untuk mengendalikan beberapa projek penting kerana pihak pengurusan memang mempunyai kepercayaan yang penuh ke atas kebolehannya dalam mengurus dan mengendalikan projek tersebut. Bagi mereka tiada orang lain yang lebih layak memikul tanggungjawab itu.
4 Tiada seorang pun mengetahui bahawa Puan Aishah mempunyai masalah. Dia yang sering kelihatan bersahaja dan enggan berkongsi keperitan hidupnya membuat orang di sekelingnya tidak dapat mengagak kekusutan yang melanda dirinya. Dia sentiasa berusaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi sebarang masalahnya.
5. Bantuan kewangan yang dihulurkan oleh pihak pemerintah telah memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka. Ramai peniaga telah mengalukan-alukan usaha pemerintah itu. Usaha ini telah memberi kelegaan kepada mereka yang menghadapi masalah kewangan selama ini.
SOALAN JAWAPAN 1 2 3 4 5 Markah yang diperoleh
3
SOALAN 6 –10 : MENGEDIT TEKS (10 MARKAH)
Arahan: Petikan yang berikut mengandungi lima perkataan yang telah digarisi kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
Internet amat penting dalam era globalisasi ini. Internet ibarat jambatan maklumat yang menjadi (6) hubung bagi manusia dan maklumat. Facebook, Twitter dan Instagram misalnya merupakan antara aplikasi jaringan komputer yang dikenali ramai. Internet turut dijadikan sebagai wahana komunikasi. (7) Kegunaan boleh melayari lelaman sosial ini tanpa kekangan waktu dan sebarang batasan. Kepantasan dalam memperoleh maklumat menyebabkan internet menjadi pilihan semua untuk menyiapkan tugasan mereka. Hampir semua (8) kumpulan usia menggunakan aplikasi jaringan komputer untuk kepentingan masing-masing. (9) Namun kaki blog pula, aplikasi internet ini digunakan untuk (10) tengah hasil karya mereka. Lazimnya, internet juga digunakan sebagai medan untuk menyuarakan pendapat mereka.
SOALAN JAWAPAN 6 7 8 9 10 Markah yang diperoleh
4
SOALAN 11-15 : MELENGKAPKAN TEKS (10 MARKAH)
Arahan: Pilih ayat yang paling sesuai bagi melengkapkan teks yang diberikan Kemudian, tulis nombor jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
(1) Malahan, badan kita memerlukan rehat.
(2) Hasilnya, otak kita akan menjadi lebih cerdas.
(3) Dengan kesihatan yang baik, banyak kerja dapat kita lakukan.
(4) Otak kita akan asyik terganggu dengan kesakitan yang badan kita rasai.
(5) Hari ini, Cikgu ingin berkongsi tentang kekata ‘Badan Sihat, Otak Cerdas’.
(6) Oleh yang demikian, kita digalakkan mengurangkan tekanan dalam kehidupan kita.
(7) Badan kita akan menjadi lebih sihat dan segar selepas melakukan akitiviti tersebut.
(8) Kita digalakkan melakukan aktiviti yang dapat merangsang badan kita supaya sentiasa aktif.
Selamat pagi murid-murid! (11) ________. Badan yang dijaga pasti akan membantu untuk memastikan otak kita sihat. Salah satu caranya adalah dengan mengurangkan tekanan dalam kehidupan kita. Jika kita mengalami tekanan, kita mudah jatuh sakit dan pasti tidak berupaya untuk berfikir dengan baik. (12) ________. Maka itu
kesihatan badan merupakan sesuatu yang amat penting dalam hidup kita.
(13) ________. Bukan sahaja tugas penting seperti di tempat kerja bahkan juga
aktiviti-aktiviti lain. Contohnya seperti bersenam dan aktiviti-aktiviti riadah yang boleh menyihatkan badan. (14) ________. Semua ini akan menjadikan kita lebih bertenaga dan menjana minda yang sihat. (15) ________. Sekian, terima kasih.
SOALAN JAWAPAN 11 12 13 14 15 Markah yang diperoleh
5
SOALAN 16-17 : MENGENAL PASTI IDEA UTAMA (4 MARKAH)
Arahan: Baca petikan yang berikut dengan teliti. Kemudian, jawab semua soalan yang mengikutinya.
Peribahasa ‘sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit’ sinonim dengan amalan menyimpan wang yang sepatutnya dijadikan budaya sejak kita kecil lagi. Amalan itu perlu dimulakan secara sedikit-sedikit dan sejak awal kerana seperti kata pepatah, ‘kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya’. Peribahasa ini boleh dikaitkan dengan amalan menyimpan dan berjimat cermat sejak kecil lagi dan akhirnya menjadi kebiasaan apabila seseorang itu dewasa kelak. Selain dapat mengelakkan pembaziran, menabung secara sedikit-sedikit itu boleh digunakan untuk menampung keperluan, terutama apabila melanjutkan pelajaran.
Menabung juga menggalakkan kita membuat persediaan masa depan, terutama ketika kecemasan. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam menyemai budaya menabung dalam diri anak-anak mereka. Pihak sekolah dan bank juga boleh memainkan peranan menggalakkan budaya menabung yang terbukti banyak faedahnya.
Arahan: Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan mengenal pasti idea utama dalam
teks yang diberikan. Tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
16 Idea utama yang hendak disampaikan dalam perenggan pertama ialah
(2 markah)
17 Amalan menabung memerlukan sokongan _________________________________
(2 markah)
Markah yang diperoleh
6
SOALAN 18 – 24 : KEFAHAMAN (26 MARKAH) Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.
Seekor harimau sedang kelaparan lalu merayau-rayau di dalam sebuah hutan. Tiba-tiba, sebuah jerat yang diperbuat daripada buluh telah terjatuh lalu menjeratnya. Harimau itu tidak dapat melepaskan dirinya walaupun cuba menggunakan segala tenaganya.
Harimau itu pun mengaum sekuat-kuat hatinya kerana sedar jika pemburu itu tiba, tentu dirinya akan dibunuh oleh mereka. Mereka merupakan pemburu-pemburu haram yang akan menjerat hidupan liar untuk mendapatkan kulit harimau, gading gajah dan lain-lain lagi. Hasil tangkapan itu akan dijual di pasaran gelap pada harga yang amat tinggi. Keadaan ini menyebabkan haiwan-haiwan liar sepertinya semakin pupus.
Seekor rusa sedang berlalu di situ lalu terpandang harimau yang terperangkap itu. Dia berasa kasihan dan cuba hendak menghulurkan bantuan.
“Selepas aku membantu engkau nanti, janganlah engkau menggigit dan memakan aku pula,” rusa itu berkata kepada harimau itu sambil mengangkat jerat yang menimpa harimau itu.
Sebaik sahaja badannya terlepas, harimau itu pun mengaum dengan kuat tidak henti-henti lalu hendak menerkam rusa itu.
“Tolong! Jangan gigit aku! Adakah patut engkau buat begini? Aku tahu engkau kelaparan tetapi aku telah menyelamatkan nyawa kau,” rayu rusa itu.
“Tanyalah pada pokok sama ada tindakan aku ini betul atau tidak,” balas harimau itu.
Rusa pun bertanya kepada pokok, “Hei, pokok! Patutkah harimau ini berkelakuan begini kepada aku setelah aku membantunya?”
“Aku mempunyai masalah yang sama seperti engkau, rusa. Aku telah memberikan manusia suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman serta menstabilkan suhu persekitaran,” balas pokok.
Pokok meluahkan isi hatinya dengan bangga kepada rusa dan tiba-tiba air mukanya berubah.
“Aku juga telah mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida tetapi aku ditebang dengan sewenang-wenangnya untuk dijadikan kertas dan perabot-perabot rumah mereka. Pemilik kilang-kilang pula membakar seluruh ahli keluargaku untuk memberi laluan kepada pembangunan kilang yang baharu,” sambung pokok lagi.
7
Kancil pun berkata, “Cuba tunjukkan bagaimanakah badan kamu boleh tersepit, wahai harimau.”
Harimau itu membiarkan rusa itu meletakkan jerat yang besar itu menindih badannya.
“Beginilah keadaannya pada mulanya,” rusa itu menjelaskan.
“Binatang seperti itu harus dibiarkan begitu sahaja,” balas kancil lalu meninggalkan mereka.
ARAHAN: Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, jawab semua soalan yang
berikut. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
18. Apakah nasib malang yang menimpa harimau itu ? ( 2 markah )
19. Nyatakan dua cara yang dilakukan oleh pemburu-pemburu haram itu untuk meraih keuntungan ? (4 markah) Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh
8
20. Nyatakan pengorbanan pokok buat manusia selama ini? (4 markah)
21. Nyatakan sifat manusia menerusi rintihan pokok. Berikan bukti. (4 markah)
22. ‘Binatang seperti itu harus dibiarkan begitu sahaja.’ Terangkan mengapa kancil
berkata demikian. (4 markah) Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh
9
23. Nyatakan dua pengajaran yang boleh diperolehi daripada cerita ini. (4 markah)
24. Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, berikan maksud perkataan
dan frasa yang berikut:-
(i) menindih ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ (2 markah) (ii) sewenang-wenangnya ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ (2 markah) *****Selesai.***** Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh
10
SA1 Primary 6 Higher Malay
Answer Key
Soalan 1 –5 Soalan 6-10 6. penghubung 7. pengguna 8. golongan 9. Bagi 10. mengetengahkan Soalan 11-15 11. (5) 12. (4) 13. (3) 14. (7) 15. (2) Soalan 16-1716. amalan menyimpan wang sepatutnya dijadikan budaya sejak kita kecil lagi. ( 2 markah )
17. daripada ibu bapa dengan menyemai budaya menabung dalam diri anak-anak mereka. ( 1 markah) serta
pihak sekolah dan bank bagi menggalakkan budaya menabung. ( 1 markah).
Soalan 18 - 25
18. Sebuah jerat yang diperbuat daripada buluh telah terjatuh lalu menjerat harimau itu. ( 2 markah)
19. Pemburu-pemburu akan menjerat hidupan liar untuk mendapatkan kulit harimau, gading gajah dan lain-lain lagi. ( 2 markah)
Hasil tangkapan itu akan dijual di pasaran gelap pada harga yang amat tinggi. ( 2 markah).
11
20. Pokok telah memberikan manusia suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman (1markah) serta menstabilkan suhu persekitaran ( 1 markah)
Pokok juga telah mengurangkan kesan pemanasan global (1markah) melalui penyerapan karbon dioksida ( 1 markah )
21. Manusia zalim / tidak berperi kemanusian
kerana mereka pokok ditebang dengan sewenang-wenanya untuk dijadikan keras dan perabot-perabot rumah manusia. ( 2 markah)
Mereka juga ialah orang-orang yang tamak
Kerana membakar pokok untuk memberi laluan kepada pembangunan kilang yang baharu telah ( 2 markah)
22. Kancil berpendapat bahawa harimau tidak harus ditolong dan diberi pengajaran.
(2 markah)
Harimau tidak mengenang jasa rusa yang telah menyelamatkan nyawanya. (2 markah)
ATAU
Harimau hanya mementingkan diri sendiri dan mahu memakan rusa itu. ( 2 markah)
23. Kita harus mengenang budi orang yang telah membantu kita dengan menunjukkan penghargaan kita terhadap mereka. ( 2 markah )
Kita tidak boleh hanya mementingkan diri sendiri demi memuaskan hasrat kita. ( 2 markah)
24. meletakkan sesuatu di atas, menghempap, menekan dari atas, menimpa ( 2 markah )