• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menyampaikan TATAKELAKUAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Menyampaikan TATAKELAKUAN"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

Menyampaikan



¿ãáÝèáÙâ

” 

½ÛæÓ

T A T A K E L A K U A N

(2)

Visi Kita

Visi kita ialah . . .

Untuk menjadi pembekal perkhidmatan insurans dan kewangan

pilihan pertama dunia. Kita akan mewujudkan nilai yang

tiada bandingan untuk pelanggan kami, rakan sekerja, rakan

perniagaan dan pemegang saham dalam menyumbangkan

kepada pertumbuhan komuniti yang berkekalan dan maju.

Nilai Kita

• Orang

Membentuk pelbagai bakat. Memberi ganjaran untuk

kecemerlangan.

• Fokus Pelanggan

Menjangkakan keutamaan mereka. Melebihi jangkaan

mereka.

• Prestasi

Bertanggungjawab. Menguruskan risiko. Menyampaikan

kekuatan AIG.

• Integriti

Bekerja dengan jujur. Meningkatkan reputasi AIG.

• Hormat

Menghargai semua rakan sekerja. Bekerjasama dengan

satu sama lain.

• Keusahawanan

Merebut peluang. Berinovasi untuk dan dengan pelanggan.

Mengukuhkan

Kekuatan Firma

Nilai dan prinsip utama yang dinyatakan dalam Tatakelakuan kita

adalah gambaran bakat dan kepakaran yang membezakan AIG

dan adalah asas bagi perletakan nilai yang kita bawa kepada

pelanggan kita, pekerja dan semua komuniti kita semasa kita

berusaha setiap hari untuk benar-benar Mengukuhkan Kekuatan

Firma. Untuk melaksanakan strategi kita iaitu Mengukuhkan

Kekuatan Firma, AIG mengharapkan setiap pekerja untuk

bekerjasama dengan rakan sekerja dalam organisasi, menguruskan

risiko, mematuhi semua peraturan yang digunakan dan

(3)

Mesej daripada

Anastasia D. Kelly

Pada tahun 1919, Cornelius Vander Starr yang berumur 27

tahun mengasaskan agensi insurans di Shanghai, China

yang menubuhkan asas organisasi yang menjadikan AIG.

Starr bukan seorang yang kaya. Dia menubuhkan syarikat

dengan memberikan komitmen kepada pelanggan dan

rakan perniagaan. Dia bertindak dengan menghormati

pelanggan tempatan dan pekerjanya, kerja keras, semangat

keusahawanan dan integriti tanpa tolak ansur.

Cara Starr merupakan cara yang betul untuk menubuhkan

syarikat yang hebat. Tiada cara lain untuk menjalankan

syarikat yang hebat sekarang.

Kita mempunyai warisan yang luar biasa. Warisan ini

merupakan asas yang kuat untuk perniagaan kami hari ini

dalam dunia yang kompleks dan penuh dengan kawalan di

mana AIG beroperasi. Tatakelakuan ini adalah satu alat untuk

membantu kita semua untuk menghayati Nilai korporat yang

dikongsi dan komitmen yang memberi panduan kepada

kita. Tatakelakuan ini bukan sumber komprehensif mahupun

pengganti untuk pertimbangan yang wajar. Ia adalah

ringkasan piawai yang bertujuan untuk memacu integriti di

seluruh AIG.

Dalam 130 negara dan bidang kuasa yang mana AIG

melakukan perniagaan, perkataan seperti integriti, kejujuran,

keadilan dan kebertanggungjawaban diterapkan seperti biasa.

Walaupun perkataan adalah penting, tindakan adalah lebih

penting lagi. Kita perlu menggabungkan surat dan semangat

prinsip ini ke dalam tindakan kita bagi pihak AIG. Kita perlu

memberikan komitmen kepada satu sama lain, pelanggan,

rakan perniagaan, pemegang saham dan komuniti di mana

kita melakukan perniagaan.

AIG merupakan organisasi yang luar biasa, menyediakan

perkhidmatan bernilai kepada pelanggan di seluruh dunia.

Sila sertai saya dalam membentuk warisan kita yang hebat

dan menunjukkan Nilai yang kami kongsi dalam apa jua yang

kita lakukan.

Anastasia D. Kelly

Naib Presiden Eksekutif, Ketua Peguam,

(4)

Apabila digunakan dalam Tatakelakuan ini, 'AIG' merujuk kepada American International Group, Inc. dan subsidiarinya di seluruh dunia. Unit perniagaan dan bidang kuasa mungkin mempunyai Tatakelakuan lain yang konsisten dengan atau yang lebih ketat lagi daripada Tatakelakuan ini. Tatakelakuan ini mungkin mengenakan tanggungjawab tambahan kepada pekerja AIG dalam unit dan bidang kuasa perniagaan. Kebimbangan berkenaan konfl ik yang mungkin berlaku di antara peruntukan Tatakelakuan ini dan undang-undang tempatan harus dimaklumkan kepada pegawai pematuhan yang ditugaskan dengan perniagaan anda.

(5)

Jadual Kandungan

Misi Kita, Nilai Kita ...Muka Hadapan di Dalam

Mesej daripada Anastasia D. Kelly ...1

Menyampaikan Komitmen Kita ...4

Kepada Siapakah Tatakelakuan ini Digunakan? Tanggungjawab Individu

Tanggungjawab Tambahan untuk Pengurus Bertanya Soalan dan Mengemukakan Kebimbangan Tidak Bertindak Balas

Disiplin

Penepian Tatakelakuan

Menyampaikan Komitmen Kita – S&J

Komitmen Kami Terhadap Satu Sama Lain ...6

Kepelbagaian dan Peluang Global

Menghormati yang Lain-lain

Tempat Kerja yang Selamat, Sihat dan Terjamin Penggunaan Alkohol dan Dadah

Privasi Pekerja

Komitmen Kita Terhadap Satu Sama Lain – S&J

Komitmen Kita dalam Pasaran ...8

Privasi Pelanggan dan Keselamatan Data

Konfl ik Kepentingan Peluang korporat. Hubungan Peribadi Aktiviti di luar Hadiah dan Hiburan

Hubungan dengan Rakan Perniagaan Kita Kepelbagaian Pembekal

Pengurusan yang Adil

Antitrust dan Persaingan yang Adil Maklumat Berdaya saing

Komitmen Kita dalam Pasaran – S&J

Komitmen Kita untuk Pemegang Saham Kita ...14

Pelaporan Kewangan

Rekod Perniagaan yang Tepat Penyimpanan Dokumen Perlindungan Sumber AIG

Harta Fizikal Harta Intelektual Dana

Sistem Teknologi Maklumat

Komitmen Kita Terhadap Pemegang Saham Kita – S&J

Komitmen Kita sebagai Warga Korporat ...17

Kemapanan

Aktiviti Politik

Perdagangan dalam Sekuriti

Pencegahan Pengubahan Wang Haram

Sekatan Ekonomik, Undang-undang Anti memboikot dan Undang-undang Kawalan Eksport

Berkomunikasi dengan pihak Awam

Berkomunikasi dengan Pengawal Atur dan Pegawai Kerajaan Lain-lain Perniagaan Kerajaan

Anti rasuah dan Sogokan

(6)

Menyampaikan komitmen kita adalah amat penting kepada pekerja, pelanggan, pemegang saham dan komuniti di mana kita tinggal dan lakukan perniagaan.

Kepada Siapakah Tatakelakuan ini

Digunakan?

Tatakelakuan AIG (“Tatakelakuan”) menyediakan panduan

etika untuk mengendalikan perniagaan bagi pihak syarikat AIG. Tatakelakuan adalah sumber untuk semua pegawai dan pekerja AIG. Tatakelakuan ini tidak boleh mengetengahkan setiap isu yang kita mungkin hadapi tetapi ia menyediakan panduan dan sumber membuat pilihan yang betul tidak diselesaikan. Maklumat tambahan, termasuk peraturan dan dasar relevan, boleh dijumpai dalam pautan melalui dokumen ini dan juga melalui dasar korporat kita.

Rakan perniagaan AIG yang tertentu, seperti agen, dan perunding mewakili AIG kepada pihak awam, dan mereka dijangkakan untuk berpegang teguh kepada semangat Tatakelakuan, dan kepada sebarang peruntukan kontrak yang digunakan, semasa bekerja bagi pihak syarikat AIG.

AIG adalah sebuah organisasi yang besar, akan tetapi kita bersatu dengan komitmen untuk menyampaikan janji kita. Kita semua bertanggungjawab untuk mendapatkan kepercayaan yang diamanahkan kepada kita. • Rakan sekerja kami mempercayai kami

untuk menilai dan menghormati mereka. • Pelanggan dan rakan perniagaan kami mempercayai

integriti kami.

• Pemegang saham kami mempercayai pengawasan kami. • Komuniti di seluruh dunia bergantung kepada kami untuk

menjadi warga korporat yang bertanggungjawab. Tatakelakuan ini diatur berdasarkan kepada komitmen yang kami sampaikan kepada setiap kumpulan individu ini.

Tanggungjawab Individu

Memenuhi tanggungjawab kami membolehkan perniagaan kami berjaya dan berkembang, hari ini dan di masa hadapan. Setiap dari kami dijangkakan untuk:

• Memahami dan bertindak mengikut Tatakelakuan ini dan dasar AIG, undang-undang dan peraturan yang digunakan. • Mendapatkan panduan daripada pihak pengurusan,

kakitangan pematuhan atau penasihat perundangan AIG apabila anda mempunyai soalan.

• Segera melaporkan mengenai kemungkinan pelanggaran Tatakelakuan atau undang-undang dan peraturan yang digunakan kepada pengurusan atau kepada salah satu sumber yang disenaraikan pada halaman seterusnya. • Terlibat dalam latihan etika dan pematuhan untuk sentiasa

mendapat maklumat terkini berkenaan piawaian dan jangkaan semasa.

Tiada alasan, termasuk kehendak untuk mencapai matlamat perniagaan, boleh menjadi alasan untuk melanggar undang-undang atau peraturan.

Tanggungjawab Tambahan untuk Pengurus

Setiap pengurus dijangka menunaikan tanggungjawab tambahan berikut:

• Bertindak sebagai model peranan untuk piawaian etika yang tertinggi dan membentuk serta mengekalkan budaya kepercayaan, jujur, integriti dan hormat menghormati.

• Menjadi sumber kepada pekerja. Memastikan bahawa mereka menyedari tentang, memahami, dan mengetahui bagaimana untuk mengaplikasikan Tatakelakuan ini dan dasar AIG, undang-undang dan peraturan yang digunakan adalah kerja seharian mereka.

• Mendapatkan bantuan daripada pengurus lain atau penasihat perundangan AIG, pegawai pematuhan atau ahli profesional sumber manusia apabila tidak pasti dengan respons terbaik bagi sebarang situasi yang diberikan.

• Menjadi seorang yang proaktif. Mengambil tindakan yang waras untuk mengelak dan mengenal pasti salah laku. Melaporkan situasi yang mungkin memberi kesan terhadap kebolehan pekerja untuk bertindak mengikut etika bagi pihak AIG.

Menyampaikan

Komitmen Kita

Di teras perniagaan AIG adalah suatu janji bahawa kita akan berdiri teguh di sebalik produk dan perkhidmatan kami. Integriti peribadi dan organisasi adalah kritikal dalam menyampaikan janji dan melindungi reputasi kita.

"Saya mengharapkan agar anda berlaku jujur dan bekerja keras, dan menganggap

seolah-olah Syarikat ini adalah milik anda."

(7)

Bertanya

Soalan dan

Mengemukakan

Kebimbangan

Kebanyakan kebimbangan yang selalunya dihadapi di tempat kerja boleh

diselesaikan dengan bercakap dan berurusan dengan pihak pengurusan, Sumber Manusia atau pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda. Di samping itu, pekerja AIG boleh bertanya soalan, mengemukakan kebimbangan atau melaporkan kejadian tidak mematuhi Tatakelakuan, dasar AIG atau undang-undang dan peraturan yang digunakan dengan menghubungi salah satu yang berikut:

• Kumpulan Pematuhan Korporat AIG di 1-646-857-1877 or e-mel corporatelegalcompliance@aig.com.

• Talian Bantuan Pematuhan AIG di 1-877-244-2210 atau melalui internet, di www.aigcompliancehelpline.com. Talian Bantuan Pematuhan terdiri daripada pihak ketiga bebas yang menyediakan laporan bertulis kepada Kumpulan Pematuhan Korporat AIG. Komunikasi kepada Talian Bantuan boleh dibuat tanpa nama, tertakluk kepada undang-undang tempatan. Laporan boleh dibuat dalam semua bahasa utama daripada semua tempat dalam dunia. Untuk kebimbangan berkaitan perakaunan, kawalan perakaunan dalaman atau urusan pengauditan, pekerja boleh menghubungi sama ada yang di atas (tanpa nama melalui talian bantuan) atau boleh membawa kebimbangan tersebut kepada perhatian Jawatankuasa Audit bagi Lembaga Pengarah AIG dengan menghantar e-mel di accountinghotline@aig.com.

Tidak Bertindak Balas

AIG melarang tindakan balas ke atas mana-mana pekerja yang membuat laporan yang berniat baik mengenai pelanggaran Tatakelakuan, undang-undang, peraturan atau dasar AIG yang disyaki.

Disiplin

Pelanggaran undang-undang, peraturan atau Tatakelakuan ini, atau menggalakkan orang lain untuk melakukan sedemikian, meletakkan reputasi AIG kepada risiko dan dengan itu boleh menyebabkan tindakan disiplin. Kegagalan untuk segera melaporkan pelanggaran yang dilakukan oleh orang lain juga satu pelanggaran Tatakelakuan ini. Tindakan disiplin mungkin termasuk penamatan perkhidmatan kerja dan kehilangan faedah berkaitan pekerjaan.

Penepian Tatakelakuan

Dari masa ke semasa, AIG boleh mengubah atau mengenepikan peruntukan tertentu Tatakelakuan ini. Mana-mana pekerja yang percaya bahawa penepian mungkin sesuai perlu membincangkan urusan tersebut dengan pegawai pematuhan unit perniagaan. Hanya Lembaga Pengarah atau Jawatankuasa Pencalonan dan Pemerintahan Korporat boleh membenarkan penepian peruntukan tertentu bagi tatakelakuan untuk pegawai eksekutif AIG.

Menyampaikan

Komitmen

Kita

S

S

&

&

J

J

S: Unit Perniagaan saya menetapkan pelbagai sasaran yang kita sepatutnya capai. Kadangkala saya terasa tertekan untuk melanggar Tatakelakuan ini untuk mencapai sasaran tersebut. Adakah ini diterima?

J: Tidak. Walaupun perniagaan yang berjaya sentiasa menetapkan sasaran yang tinggi dan berusaha untuk mencapainya, anda tidak seharusnya melanggar Tatakelakuan atau dasar AIG lain untuk mencapai sasaran anda.

S: Pengurus kami biasanya tidak melakukan apa-apa apabila kebimbangan mengenai potensi salah laku disampaikan kepadanya. Dia telah membuatkan perkara menjadi sukar untuk rakan sekerja yang telah

mengemukakan isu. Sekarang saya mempunyai masalah: seorang rakan sekerja sedang melakukan sesuatu yang tidak betul. Apa yang harus saya lakukan?

J: Bersuara. Tatakelakuan kita mengatakan bahawa anda harus melaporkan salah laku dan anda boleh berbuat demikian tanpa takut untuk bertindak balas. Bermula dengan pengurus terdekat anda sentiasa merupakan jalan terbaik untuk menyuarakan kebimbangan, jika anda tidak mempercayai bahawa ia adalah yang sesuai atau pengurus anda akan membantu, anda harus bercakap dengan ahli pengurusan yang lain, ahli sumber manusia lain, atau pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda. Di samping itu, anda boleh menghubungi Talian Bantuan Pematuhan AIG.

S: Bagaimanakah Talian Bantuan berfungsi?

J: Talian Bantuan adalah talian 24 jam AIG untuk melaporkan isu dan kebimbangan yang mungkin berlaku. Kakitangan Talian Bantuan adalah ahli profesional bertindak bagi pihak AIG. Penterjemahan Bahasa adalah tersedia. Tertakluk kepada undang-undang tempatan, pemanggil boleh memilih untuk kekal tanpa nama.

S: Jika saya rasa undang-undang tempatan bercanggah dengan Tatakelakuan, apa yang perlu saya lakukan?

J: Jika anda percaya undang-undang tempatan bercanggah dengan Tatakelakuan, sila bincangkan isu dengan pegawai pematuhan untuk perniagaan anda.

tersebut

Ujian Tajuk Berita

Untuk membuat keputusan yang lebih baik

• Adakah ia

sah di sisi

undang-undang

?

• Adakah ia konsisten dengan

Nilai dan Dasar AIG

?

• Adakah ia

Wajar

dan

Jujur

?

• Bagaimana tindakan saya

akan ditanggapi jika ia

muncul dalam

Akhbar

?

(8)

T a n d a - t a n d a

a m a r a n

!

Gangguan

Gerak isyarat atau sentuhan fi zikal yang tidak diingini

Memaparkan gambar yang menjelikkan atau bahan seksual lain yang sangat jelas atau bahan-bahan lain.

Jenaka yang berunsurkan seksual atau komen seksual atau yang menjelikkan (sangat jelas atau melalui sindiran).

Kepelbagaian dan Peluang Global

AIG berusaha untuk mengambil bekerja dan menggalakkan bakat terbaik dengan menyediakan persekitaran dinamik yang menghimpunkan pekerja yang memiliki pelbagai kemahiran dan idea.

Tenaga kerja yang bersifat rangkuman dan pelbagai menggalakkan inovasi dan meningkatkan kedudukan kami sebagai peneraju pasaran global.

AIG bergantung kepada sumbangan orang tempatan yang paling memahami budaya dalam negara dan bidang kuasa yang mana kami melakukan perniagaan. AIG sentiasa komited dalam pengambilan pakar tempatan dan menyediakan bakat tempatan dengan persekitaran perniagaan positif, peluang kepimpinan dan pampasan yang adil.

AIG menyediakan pekerja peluang untuk belajar, cemerlang dalam kerja mereka, peningkatan dengan organisasi dan faedah dari segi kewangan.

Menghormati Orang Lain

Melayan orang lain dengan hormat bermakna kami tidak mendiskriminasi dari segi bangsa, warna kulit,

Komitmen

Kita Terhadap

Satu Sama Lain

Syarikat AIG telah menjadi peneraju dunia dalam insurans untuk selama lebih daripada 85 tahun kerana kami sentiasa percaya dalam kuasa kepelbagaian, individu yang berbakat untuk menghasilkan nilai dan prestasi untuk pelanggan dan pemegang saham.

agama, jantina, asal negara, umur, ketidakupayaan, perkhidmatan ketenteraan, status perkahwinan atau orientasi seksual.

Hormat juga bermakna menghargai perbezaan antara satu sama lain. Kami menghormati pendapat satu sama lain dan tidak harus melayan individu lain dengan kelakuan yang mengganggu atau mengancam.

Tempat Kerja yang Selamat, Sihat

dan Terjamin

AIG komited dalam mengendalikan perniagaan dengan cara yang melindungi kesihatan, keselamatan dan sekuriti pekerja dan pelanggan AIG semasa mereka berada di premis AIG. Situasi yang membahayakan kesihatan, keselamatan, sekuriti

Menyampaikan Komitmen Kita

Menghormati yang Lain-lain

Menyediakan peluang kepada pekerja berdasarkan kepada prestasi dan ciri-ciri yang relevan kepada prestasi kerja.

Mematuhi undang-undang buruh tempatan dan pengambilan bekerja termasuk menyuarakan diskriminasi dan gangguan.

Menyediakan persekitaran kerja yang bebas daripada gangguan yang tidak wajar.

Menimbulkan kebimbangan yang mungkin anda hadapi berkaitan persekitaran tempat kerja anda kepada sumber manusia atau pegawai pematuhan yang ditugaskan untuk perniagaan anda.

(9)

atau persekitaran mesti segera dilaporkan kepada pihak pengurusan atau kakitangan sekuriti korporat yang sesuai.

Mengelakkan pelanggaran sekuriti, ancaman, kehilangan dan kecurian memerlukan setiap pekerja untuk sentiasa berjaga-jaga di tempat kerja dan semasa melakukan perniagaan AIG. Beritahu pihak pengurusan atau Sekuriti Korporat bagi sebarang isu yang boleh memberi kesan kepada keselamatan AIG, kesediaan kecemasan, atau kebakaran dan persediaan keselamatan nyawa.

Penggunaan Alkohol dan Dadah

Menggunakan, menjual, memiliki atau bekerja di bawah pengaruh dadah yang haram di AIG adalah dilarang. Penggunaan alkohol berlebihan atau yang tidak sesuai semasa mengendalikan perniagaan untuk AIG adalah juga dilarang.

Privasi Pekerja

AIG menghormati maklumat peribadi dan harta pekerja. Akses kepada maklumat peribadi atau harta pekerja hanya dibenarkan untuk kakitangan yang sesuai dengan alasan yang sah untuk mengakses kepada maklumat atau harta tersebut. Namun, dari masa ke semasa, AIG boleh mengakses dan menyelia penggunaan internet dan komunikasi pekerja. Tertakluk kepada undang-undang tempatan, pekerja seharusnya tidak mempunyai jangkaan privasi berkenaan komunikasi di tempat kerja atau menggunakan sumber teknologi maklumat AIG.

Komitmen Kita

Terhadap Satu

Sama Lain

S

S

&

&

J

J

S: Penyelia saya dan beberapa teman sekerja saya membuat lawak dengan berciri seksual yang saya dapati amat menjelikkan. Saya belum membuat rungutan kerana saya tahu mereka akan mengatakan kepada saya untuk tidak mencampuri urusan mereka atau saya menimbulkan masalah bagi sesuatu yang tiada apa-apa. Adakah mereka betul?

J: Tidak, mereka salah. Lawak menjelikkan yang bercirikan seksual, walaupun dalam perbualan peribadi yang mungkin terdengar oleh orang lain, boleh menjadi satu bentuk gangguan. Pertama sekali, anda harus cuba beritahu kepada penyelia dan teman sekerja anda. Jika ini tidak berjaya, atau jika anda rasa dengan melakukan sedemikian boleh menyebabkan tindak balas atau masalah lain, berjumpa dengan ahli sumber manusia atau hubungi pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda.

S: Bukankah isu kepelbagaian hanya merupakan isu A.S? Mengapa memasukkannya dalam Tatakelakuan untuk perusahaan global seperti AIG?

J: Kepelbagaian adalah isu dunia. Kami sentiasa bekerjasama untuk menggunakan bakat unik dan perspektif tenaga kerja global kami yang meluas. Kepelbagaian adalah satu kunci penyumbang kepada kejayaan AIG. Untuk membuat keputusan yang baik dan berkhidmat kepada pelanggan di seluruh dunia kita perlukan spektrum bagi perspektif dan latar belakang yang meluas.

S: Saya terdengar pengurus saya membincangkan dengan rakannya tentang beberapa maklumat peribadi yang terkandung dalam rekod perubatan rakan sekerja. Apa yang perlu saya lakukan?

J: Maklumat perubatan adalah sangat sulit. Perkongsian yang tidak wajar bagi maklumat seperti itu adalah melanggar dasar AIG dan melanggar kepercayaan. Anda harus kemukakan isu ini dengan kakitangan pengurusan yang sesuai. Jika anda tidak selesa untuk mengemukakan isu ini kepada pihak pengurusan, laporkan hal tersebut kepada sumber manusia atau pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda. Di samping itu, anda boleh menghubungi atau e-mel Talian Bantuan Pematuhan AIG.

Apakah perniagaan kita?

Ia tidak lebih

daripada satu jaminan,

sehelai kertas.

Apa yang menjadi perkara

utama

adalah individu.

Dan kami mengambil berat

individu-individu kami.”

(10)

Privasi Pelanggan dan

Keselamatan Data

Pelanggan kami mengharapkan kami untuk mengendalikan dan melindungi perniagaan dan maklumat peribadi yang mereka kongsi bersama kita dengan berhati-hati. Jangan merosakkan

kepercayaan pelanggan dengan mendedahkan maklumat peribadi untuk selain untuk keperluan perniagaan yang sah.

Klasifi kasi maklumat sebagai maklumat peribadi atau data perniagaan mungkin berbeza bagi setiap negara. Pekerja yang mengendalikan maklumat pelanggan bertanggungjawab untuk mengetahui dan mematuhi privasi maklumat dan undang-undang keselamatan maklumat yang digunakan. Dalam semua kes, kita perlu mengekalkan perlindungan fi zikal, pentadbiran dan teknikal bagi maklumat peribadi dan data perniagaan. Kita perlu terutama sekali berjaga-jaga dalam mengikuti undang-undang, peraturan dan dasar semasa memindahkan maklumat peribadi dan data perniagaan melalui sempadan negara. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai privasi maklumat dan/atau keselamatan data, berunding dengan pengurus, penasihat perundangan dan/ atau pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda.

Konfl ik Kepentingan

Kedudukan anda di AIG tidak boleh digunakan untuk faedah peribadi yang tidak sesuai atau sebagai kelebihan kepada anda atau ahli keluarga anda. Sebarang

situasi yang menyebabkan, bahkan kelihatan seperti mewujudkan, konfl ik kepentingan antara kepentingan peribadi dan kepentingan AIG mesti dielakkan. Potensi konfl ik kepentingan harus dilaporkan kepada pihak pengurusan, iaitu orang yang akan berurusan dengan pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda untuk menentukan bagaimanakah cara yang terbaik untuk mengendalikan situasi ini.

Komitmen kami

di Pasaran

AIG memang dikenali dengan semangat keusahawanannya. Kami bersaing secara sihat untuk mewujudkan peluang baru bagi pelanggan kami dan kami sendiri. Kami mencari kelebihan hanya melalui amalan perniagaan yang mengikut undang-undang dan beretika.

Contoh maklumat

peribadi termasuk:

• Maklumat peribadi:

Maklumat mengenai

seseorang individu

termasuk nama, alamat,

identiti kebangsaan atau

nombor pasport.

• Data perniagaan:

Maklumat berkaitan

perancangan perniagaan,

maklumat transaksi

dan kewangan bagi

pelanggan komersil,

rakan perniagaan dan

pihak lain .

Konfl ik Kepentingan

Sentiasa membuat keputusan yang terbaik untuk kepentingan AIG dan pelanggan kita - bukan untuk kelebihan kepentingan peribadi.

Sentiasa berwaspada mengenai cara aktiviti peribadi boleh membawa kepada konfl ik kepentingan yang mungkin belaku, seperti mengambil kerja kedua atau membuat pelaburan dengan pelanggan, vendor atau pesaing AIG.

Berbincang dengan pengurus anda sebarang situasi yang boleh menjadi sebagai konfl ik kepentingan yang mungkin berlaku.

Suarakan situasi yang boleh meletakkan

kepentingan anda atau ahli keluarga atau rakan anda dalam konfl ik yang mungkin berlaku dengan AIG.

(11)

Integriti

Peluang korporat

Pekerja AIG dilarang daripada mengambil peluang untuk diri mereka sendiri atau mengarahkan kepada peluang perniagaan pihak ketiga yang dijumpai melalui penggunaan harta korporat AIG, maklumat atau kedudukan, melainkan AIG telah pun ditawarkan dan menolak peluang tersebut. Pekerja AIG adalah dilarang daripada menggunakan harta, maklumat, kedudukan korporat untuk faedah peribadi untuk pengecualian AIG dan bersaing dengan AIG.

Hubungan Peribadi

Ahli keluarga terdekat, ahli isi rumah anda, dan individu yang mempunyai hubungan rapat dengan anda hendaklah tidak sesekali mempengaruhi keputusan perniagaan anda secara tidak wajar.

Aktiviti di luar

Pada keadaan ini, aktiviti luar boleh mewujudkan konfl ik kepentingan yang mungkin berlaku. Aktiviti berikut boleh dianggap sebagai konfl ik dan harus dilaporkan seperti yang yang di bawah:

• Perkhidmatan dengan perniagaan luar, sama ada pekerja, ahli lembaga, pegawai, pemegang amanah, rakan atau perunding, dan terutama sekali sebarang perniagaan yang sedang melakukan atau mencari peluang perniagaan dengan AIG, atau bersaing atau mahu bersaing dengan AIG; pengesahan bertulis yang daripada pengurus anda diperlukan terlebih dahulu sebelum terlibat dalam aktiviti luar seperti ini. • Perkhidmatan dengan yayasan, organisasi

kebajikan atau tanpa keuntungan di mana

pekerja akan dibayar untuk perkhidmatannya; pengesahan bertulis diperlukan terlebih dahulu daripada pengurus anda sebelum terlibat dalam aktiviti luar seperti ini.

• Perkhidmatan dengan yayasan, organisasi kebajikan atau tanpa keuntungan yang mempunyai hubungan dengan AIG. Tiada pengesahan yang diperlukan untuk aktiviti luar seperti ini, pekerja tidak akan dibayar dan tiada konfl ik kepentingan sebenar, yang mungkin berlaku atau dianggap sebagai konfl ik kepentingan. Jika anda mempunyai soalan sama ada terdapatnya konfl ik, berbincang dengan pengurus anda atau pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda.

• Pembentangan, ceramah, atau perkhidmatan kepada panel yang mana anda ditawarkan honorarium. Jika seorang pekerja diberi pampasan untuk aktiviti jenis ini, dia mesti memberitahu pengurusnya dengan menulis sebarang yuran yang diterima dan yang mungkin diperlukan untuk memulangkan bayaran yang diterima kepada AIG.

• Berkhidmat dalam tugas rasmi awam atau menjadi calon jawatan yang terpilih; pengesahan bertulis perlu diperolehi terlebih dahulu daripada Penasihat Umum AIG atau wakilnya untuk berkhidmat dalam tugas rasmi atau menjadi calon jawatan yang terpilih.

Untuk mengelakkan daripada gambaran seolah-olah konfl ik dengan kepentingan AIG, pekerja yang terlibat dalam usaha sokongan komuniti di luar program yang ditaja oleh AIG harus menandakan sebagai sokongan AIG bagi usaha tersebut.

(12)

M e n y a m p a i k a n K o m i t m e n K i t a

Konfl ik Kepentingan

(Samb.)

Hadiah dan Hiburan

Hadiah sederhana dan hiburan yang sesuai boleh membantu menguatkan hubungan perniagaan, tetapi ihsan perniagaan ini, sama ada diberi atau diterima oleh pekerja AIG, mestilah tidak mempengaruhi keputusan perniagaan secara tidak betul. Jika anda ditawarkan dengan hadiah yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam bahagian hadiah atau hiburang yang sesuai pada halaman ini, tolaklah hadiah atau hiburan tersebut secara sopan. Jika dengan menolak hadiah akan menyinggung perasaan atau merosakkan hubungan perniagaan, terima hadiah bagi pihak AIG dan serahkan laporan hadiah bertulis kepada pengurus anda dalam masa 30 hari. Hadiah tersebut mesti dikirim semula kepada pengurus anda yang akan bersama-sama pegawai pematuhan akan menentukan penyelesaian yang bersesuaian bagi hadiah tersebut. Pengurus adalah bertanggungjawab untuk mengumpul laporan hadiah dan mengisinya bersama-sama dengan pegawai pematuhan.

Tunai atau yang bersamaan dengan tunai, termasuk sijil hadiah, cek, cek pengembaraan atau pesanan wang, sekuriti pelaburan, instrumen boleh runding, pembayaran bagi caj kad kredit atau perkara yang sama, tidak boleh diterima atau ditawarkan sebagai hadiah tanpa mengambil kira jumlahnya.

Penjagaan yang khas hendaklah diberikan semasa menyediakan hadiah dan hiburan kepada pegawai rasmi dan pekerja kerajaan atau perusahaan yang dimiliki atau dikawal oleh kerajaan. Sewaktu menyediakan hadiah atau hiburan kepada mereka, anda perlu mengikuti undang-undang tempatan dan Dasar Anti-Rasuah AIG. Berundinglah dengan pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda jika anda mempunyai sebarang soalan berkaitan hadiah atau hiburan yang diberikan kepada pegawai rasmi kerajaan.

Unit perniagaan mungkin mengenakan sekatan tambahan bagi hadiah dan hiburan tambahan dan melaporkan keperluan laporan.

Menyampaikan Komitmen Kita

Hadiah atau hiburan yang sesuai, sama

ada diberi atau diterima, haruslah:

Mempunyai tujuan perniagaan tertentu.

Dalam keadaan yang berpatutan dan tidak

membazir atau berlebih-lebihan.

Bukan boleh ditukar dengan sumber yang sama

secara kerap.

Dibenarkan oleh AIG dan dasar penerimaan

organisasi.

Berpada-pada, biasa, lazim dan mengikut

undang-undang dalam negara atau rantau di

mana ia ditukarkan.

Bukan bertujuan untuk mempengaruhi

keputusan perniagaan secara tidak wajar.

Jika sebuah hadiah, mestilah bernilai tidak

melebihi AS$150.

Hadiah dan Hiburan

Jangan sesekali membenarkan hadiah dan hiburan perniagaan, sama ada diberi atau diterima,

mempengaruhi keputusan perniagaan dengan cara tidak wajar.

Jika si pemberi tidak hadir, hiburan tersebut tertakluk kepada dasar hadiah.

Hormati orang tempatan dan peka terhadap budaya semasa bertukar-tukar hadiah dan hiburan bagi perniagaan.

Jangan sesekali memberi atau menerima hadiah atau hiburan yang mewah.

Jangan tawarkan apa-apa yang boleh dikira sebagai rasuah atau bayaran atau hadiah yang tidak wajar. Semasa memberikan hadiah atau hiburan kepada pegawai rasmi kerajaan, patuhi Dasar Anti-Rasuah AIG.

Jangan meminta hadiah, pertolongan atau hiburan.

Laporkan sebarang hadiah yang bernilai lebih

daripada US$150 kepada pengurus anda dan pegawai pematuhan yang ditugaskan untuk perniagaan anda, dan serahkannya kepada mereka untuk pelupusan.

Kelulusan bertulis pengurus diperlukan terlebih dahulu sebelum memberikan hadiah bernilai lebih daripada AS$150.

(13)

Fokus Pelanggan

Hubungan dengan Rakan

Perniagaan Kita

Rakan perniagaan kita berkhidmat sebagai lanjutan kepada AIG. Semasa bekerja bagi pihak AIG, rakan perniagaan diharap untuk berpegang teguh kepada semangat Tatakelakuan, dan kepada sebarang peruntukan kontrak yang berkaitan.

Rakan perniagaan mestilah tidak bertindak dengan cara yang dilarang atau dikira sebagai tidak betul untuk dilakukan oleh seseorang pekerja AIG. Kita semua perlu memastikan pelanggan, pengeluar, ejen dan pembekal tidak mengeksploitasi hubungan mereka dengan AIG atau menggunakan nama AIG dalam transaksi yang melibatkan penipuan, tidak beretika atau tidak jujur.

Rakan perniagaan AIG diharapkan tidak menyediakan insentif untuk pekerja AIG atau individu lain yang melakukan perniagaan dengan AIG untuk melanggar piawaian Tatakelakuan.

Kepelbagaian Pembekal

AIG mencari rakan kongsi pembekal dengan pelbagai perniagaan. Kita teruatama sekali menghargai pembekal terutama sekali yang berkongsi tentang dedikasi dan komitmen AIG kepada komitmen kepada kepelbagaian dan tanggungjawab sosial.

Kita semua diharapkan untuk menyokong Program Kepelbagaian Pembekal AIG dengan mempromosi penggunaan pembekal yang memenuhi kelayakan program.

Pengurusan yang Adil

AIG hanya mencari kelebihan persaingan yang mengikut undang-undang dan amalan perniagaan beretika. Kita semua mestilah mengendalikan perniagaan dengan adil kepada pelanggan, pembekal perkhidmatan, pembekal dan pesaing. Jangan memperkecilkan pesaing atau produk dan perkhidmatan mereka. Mengambil kesempatan secara tidak betul daripada sesiapa sahaja melalui manipulasi, dengan niat memberi gambaran yang salah bagi fakta atau amalan tidak adil yang lain adalah tidak boleh diterima di AIG.

Menyampaikan Komitmen Kita

Hubungan dengan Rakan

Perniagaan Kita

Berjaga-jaga dengan amalan perniagaan agen AIG dan wakil-wakil lain untuk

memastikan tujuan yang betul digunakan untuk menyampaikan perkhidmatan kita.

Menjalankan penyemakan teliti yang sesuai berkenaan agen, perunding dan kontraktor bebas yang berpotensi untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.

Jangan berikan tekanan atau menggalakkan pembekal atau agen AIG untuk terlibat dalam aktiviti yang tidak elok.

Layani pembekal, ejen, dan wakil lain dengan rasa hormat dan bertimbang rasa.

Menyampaikan Komitmen Kita

Pengurusan yang Adil

Mengendalikan perniagaan dengan pelanggan dan pembekal dengan cara yang menunjukkan komitmen kita kepada persaingan yang adil.

Memberikan maklumat pemasaran yang betul dan tepat.

Mengumpul maklumat mengenai pesaing hanya mengikut undang-undang dan cara yang betul dan dengan cara yang meneguhkan keteguhan AIG.

Jangan gunakan kaedah yang tidak betul atau curiga untuk mengumpul maklumat mengenai pesaing.

Jangan memberi gambaran yang salah mengenai diri sendiri atau tujuan interaksi perniagaan anda dengan pelanggan AIG yang berpotensi atau sedia ada atau rakan perniagaan.

(14)

Persaingan Antitrust dan

Persaingan yang adil

AIG bersaing secara sihat dan adil di seluruh dunia. Kami mahu mengekalkan dan mengembangkan perniagaan kami melalui produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi - bukan melalui amalan yang tidak betul atau anti-persaingan. Kami berusaha untuk memahami dan mematuhi persaingan global dan undang-undang antitrust.

T a n d a - t a n d a

a m a r a n

!

Persaingan Antitrust dan

Persaingan yang Adil

Undang-undang antitrust dan persaingan adalah berbeza-beza antara negara dan negeri. Variasi ini menyebabkan keputusan daripada tindakan tertentu yang mungkin dibenarkan dalam shebahagian negara atau negeri dan dilarang bagi yang lain. Jika anda berhadapan dengan sebarang aktiviti seperti di bawah dan tidak pasti sama ada aktiviti ini mengikut undang-undang atau tidak, hubungi pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk meneruskannya:

Percubaan untuk menetapkan atau mengawal harga jual semula pelanggan.

Melakukan jualan sebarang produk atau perkhidmatan bersyarat dengan pembelian pelanggan bagi produk lain.

Menawarkan harga atau terma pelanggan yang lebih digemari daripada yang ditawarkan kepada pesaing yang sama kepada pelanggan.

Melarang pelanggan atau pembekal daripada berurusan dengan pesaing.

Menjual produk atau perkhidmatan di bawah kos atau peletakan harga yang tidak adil atau amalan promosi yang lain.

Undang-undang ini adalah kompleks. Pekerja yang tidak pasti tentang amalan yang sesuai harus berunding dengan pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan mereka untuk maklumat tambahan dan penjelasan.

Panduan berikut akan membantu memastikan pengendalian perniagaan yang adil dan persaingan yang sesuai.

Lakukan:

• Persaingan secara sihat dan mengikut undang-undang dalam setiap pasaran yang mana AIG terlibat, membuat semua keputusan perniagaan secara bebas dengan kepentingan AIG yang terbaik. • Dapatkan maklumat sulit untuk bersaing tentang

pesaing AIG hanya daripada sumber yang sesuai dan mengikut undang-undang.

• Memberi pandangan tentang pesaing atau produk atau perkhidmatan mereka berdasarkan kepada hanya maklumat fakta.

Jangan lakukan:

• Bersetuju secara rasmi atau tidak rasmi dengan pesaing untuk menetapkan harga atau terma jualan yang lain; memanipulasikan bida; tetapkan tahap penghasilan atau jualan; atau mengagih-agihkan pelanggan, pasaran atau wilayah. • Membincangkan mana-mana yang berikut

dengan pesaing: harga, bida, jualan pelanggan, komisen, terma jualan, keuntungan, margin, kos, penghasilan, inventori, bekalan, rancangan pasaran, atau maklumat sulit untuk bersaing. • Menghadiri mesyuarat dengan pesaing yang

mana maklumat sulit untuk bersaing, termasuk subjek yang dinyatakan di atas kedua-dua titik tumpu khas di atas, dibincangkan.

• Bersetuju dengan orang lain di luar AIG seperti pembekal atau pelanggan yang mempunyai urusan perniagaan.

• Membuat pembandingan tidak berasas atau tidak benar kepada pesaing atau produk atau perkhidmatan mereka.

• Memperoleh maklumat sulit untuk bersaing daripada pesaing AIG atau sesiapa yang diketahui mempunyai kewajipan kerahsiaan bagi pesaing tersebut.

M e n y a m p a i k a n K o m i t m e n K i t a

(15)

T a n d a - t a n d a

a m a r a n

!

Mendapatkan Kebijaksanaan

yang Berdaya Saing

Mengekalkan dokumen atau rekod komputer daripada majikan terdahulu.

Memberi tekanan atau menggalakkan pekerja AIG yang baru untuk berbincang tentang maklumat sulit daripada majikan terdahulu. Mendapatkan maklumat melalui sebarang cara

yang boleh ditafsirkan sebagai "pengintipan”, “merisik” atau yang mana anda tidak mahu mendedahkan sepenuhnya.

Bergantung kepada tuntutan pihak ketiga tanpa sebab membolehkan kebijaksanaan perniagaan diperoleh dengan betul.

Maklumat Berdaya saing

AIG melarang penggunaan sebarang cara yang menyalahi undang-undang atau tidak beretika untuk mendapatkan maklumat sulit pesaing atau pembekal, termasuk rahsia perdagangan. Dapatkan maklumat persaingan mengenai pesaing AIG hanya daripada sumber yang mengikut undang-undang dan sesuai. Jangan dapatkan maklumat sulit untuk bersaing daripada pesaing AIG atau sesiapa yang diketahui mempunyai tugas sulit kepada pesaing.

Jangan dapatkan, dedahkan atau menggunakan rahsia dagangan individu lain secara tidak betul tanpa kebenaran yang sesuai. Tawaran maklumat sulit yang mungkin diperolehi secara tidak betul mesti dilaporkan secepat mungkin kepada pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda.

Komitmen

kita di Pasaran

S

S

&

&

J

J

S: Adakah undang-undang privasi data hanya meliputi data peribadi yang sensitif sahaja, seperti bangsa, data perubatan, nombor kad kredit dan nombor akaun pencen?

J: Tidak. Undang-undang privasi data berkemungkinan digunakan kepada semua data mengenai individu. Alamat e-mel, butiran hubungan, pemilihan, suara dan gambar pelanggan adalah data peribadi yang dilindungi oleh undang-undang privasi data apabila data seperti itu boleh dikaitkan kepada individu yang boleh dikenal pasti.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan tujuan perniagaan sah untuk menerima hadiah atau hiburan?

J: Pekerja AIG dibayar oleh AIG untuk bertindak dengan cara kepentingan yang terbaik untuk AIG. Sebagai contoh tujuan perniagaan yang sah untuk menerima hiburan adalah makan tengah hari daripada rakan perniagaan untuk membincangkan isu perniagaan dan membina hubungan kerja yang lebih akrab.

Secara kontranya, menerima hadiah barangan peribadi seperti barang kemas tidak boleh mengembangkan kepentingan perniagaan AIG. Hadiah tersebut harus ditolak kerana ia boleh mencurigai kesetiaan pekerja atau membuatkan penerima terhutang budi.

S: Untuk membantu saya melakukan kerja yang lebih baik di AIG, saya menyimpan beberapa dokumen daripada pekerja terdahulu. Dokumen ini menghuraikan inisiatif pemasaran yang digunakan oleh pekerja saya yang terdahulu. Bolehkah saya menggunakan dokumen ini di AIG?

J: Jika dokumen tersebut mengandungi maklumat sulit atau pemilikan majikan anda yang terdahulu, maka anda tidak boleh menggunakan atau berkongsi maklumat ini. AIG mengharapkan semua pekerja menghormati sebarang

pendedahan atau sekatan penggunaan maklumat sulit yang diperolehi daripada pekerja terdahulu atau pihak ketiga. Jika anda tidak pasti sama ada maklumat pekerja terdahulu boleh dikira sebagai sulit atau tertakluk kepada sekatan penggunaan, anda seharusnya tidak menggunakan atau berkongsi maklumat ini sehingga setelah berunding dengan pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda.

(16)

Laporan Kewangan

Pemegang saham, rakan perniagaan, pengawal atur dan orang awam bergantung kepada laporan kewangan kita untuk membuat keputusan. Laporan kewangan kita mestilah benar, lengkap, mengikut masa, adil, tepat dan boleh difahami. Untuk memastikan bahawa kita memenuhi piawaian ini secara konsisten, hanya pekerja yang dibenarkan boleh memberikan laporan kewangan kepada pihak luar.

Rekod Perniagaan yang Tepat

Rekod perniagaan harus selalu disediakan secara jujur dan tepat. Maklumat mengenai rekod

perniagaan tidak boleh menjadi salah atau diubah. Kita mestilah jangan menjadi tidak jujur atau mengelirukan dalam mengekalkan rekod AIG, atau pun cuba untuk menipu pengurusan, juruaudit, pengawal atur, atau pemegang saham AIG. Rekod perniagaan termasuk maklumat dalam sebarang bentuk, termasuk salinan keras, rekod elektronik, e-mel, mesej segera, video dan pita sandaran.

Penyimpanan Dokumen

Kita perlu sentiasa mematuhi semua dasar pengurusan rekod yang digunakan. Dasar ini berkaitan dengan maklumat dalam sebarang bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada salinan bercetak, rekod elektronik, e-mel, mesej segera, video dan pita sandaran.

Kita perlu menjaga maklumat penting yang digunakan untuk melaporkan, mengaudit dan

lain-lain tujuan kritikal dalam format boleh diperolehi semula untuk tempoh pengekalan yang ditetapkan. Maklumat dengan nilai sementara, yang tiada kepentingan berterusan, atau tempoh pengekalannya telah luput mengikut panduan pemusnahan dasar pengurusan rekod yang digunakan harus dibuang. AIG boleh menangguhkan pemusnahan dokumen, rekod, atau data kerana litigasi yang mungkin atau belum selesai, audit, siasatan atau permintaan daripada pengawal aturan melalui notis pemuliharaan dokumen yang dikeluarkan kepada pekerja AIG yang dipercayai mempunyai, menyimpan atau mengawal bahan yang relevan. Ia adalah tugas setiap pekerja AIG untuk menyemak semula dengan cepat semua notis pemuliharaan dokumen dan mengikut arahannya dengan berhati-hati. Maklumat yang tertakluk kepada notis pemuliharaan dokumen yang dikeluarkan oleh AIG harus dikekalkan sehingga diarahkan, tanpa mengambil kira jangka masa yang ditetapkan dalam dasar pengekalan rekod yang digunakan.

Sebarang soalan mengenai cara untuk mematuhi notis pemuliharaan dokumen harus dikemukakan secepat mungkin kepada individu yang dikenal pasti berhubung dengan notis pemuliharaan. Kegagalan untuk mengekalkan dokumen, rekod, atau data yang diperlukan boleh menyebabkan tindakan disiplin termasuk, penamatan khidmat kerja dan/atau liabiliti sivil dan jenayah kepada AIG dan individu yang bertanggungjawab.

Komitmen

Kita untuk

Pemegang

Saham Kita

Pemegang saham mengamanahkan aset mereka kepada kita. AIG melindungi aset ini dengan tindakan integriti dalam semua amalan perniagaan kita.

(17)

Perlindungan Sumber AIG

Untuk berkhidmat dengan cemerlang kepada pelanggan dan pemegang saham, ia adalah penting bahawa kita menunjukkan penjagaan dan penggunaan sumber kita dengan betul.

Harta Fizikal

Harta AIG, termasuk hartanah, peralatan dan bekalan, mesti dilindungi daripada salah guna, kerosakan, kecurian atau lain-lain pengendalian yang tidak betul.

Secara umumnya, harta AIG adalah hanya untuk perniagaan AIG, walaupun untuk penggunaan peribadi sampingan, seperti panggilan telefon tempatan, penggunaan peribadi yang dihadkan secara bersesuaian, penggunaan e-mel, penggunaan mesin fotostat atau komputer dalam jumlah yang sedikit adalah dibenarkan.

Harta Intelektual

Harta intelektual AIG termasuklah sebarang idea perniagaan atau maklumat yang dimiliki AIG, seperti produk dan kaedah unik. AIG melindungi harta inteleknya melalui paten, tanda dagangan dan hak cipta. Kita semua perlu melindungi maklumat sulit dan rahsia dagangan yang dimiliki AIG dan rakan perniagaannya.

Dana

Dana AIG hendaklah digunakan secara

bertanggungjawab dan hanya untuk perniagaan AIG. Kad kredit korporat yang dikeluarkan kepada pekerja untuk bayaran perbelanjaan perniagaan tidak boleh digunakan untuk perbelanjaan peribadi. Kita semua perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk melindungi dana AIG daripada disalah guna atau dicuri dan memastikan AIG menerima nilai yang baik semasa membelanjakan dana AIG. Kita seharusnya hanya mendapatkan pembayaran balik untuk perbelanjaan perniagaan sebenar, bersesuaian dan yang dibenarkan.

Sistem Teknologi Maklumat

Sistem teknologi maklumat AIG termasuk komputer, sumber rangkaian, sistem e-mel, telefon, sistem suara dan maklumat pemprosesan komputer lain. Kita semua hendaklah mempunyai sikap bertanggungjawab untuk melindungi sistem ini dan empunya data pada sistem ini, daripada akses yang tidak betul, kerosakan atau kecurian. Tertakluk kepada undang-undang tempatan yang digunakan, AIG mungkin mempunyai hak untuk menyemak semula semua mel elektronik dan maklumat elektronik lain untuk menentukan pematuhan dengan Tatakelakuan, undang-undang, peraturan atau dasar AIG ini. Semua maklumat elektronik, termasuk tanpa had e-mel, mesej segera, dan mel suara yang dihantar atau diterima daripada komputer AIG, Blackberry atau stesen kerja yang mungkin tertakluk kepada semakan semula.

Menyampaikan Komitmen Kita

Harta Intelektual

Jangan gunakan harta intelektual AIG dengan cara yang salah.

Jangan dedahkan harta intelektual bukan umum tanpa kelulusan.

Lindungi harta intelektual AIG dengan mendapatkan, atau membantu yang lain mendapatkan, paten, tanda dagangan atau hak cipta seperti yang diperlukan.

Jangan gunakan harta intelektual majikan terdahulu tanpa kebenaran.

Jangan gunakan atau menyalin perisian atau dokumentasi, kecuali seperti yang ditentukan dalam perjanjian perlesenan. AIG menghormati had yang diletakkan pada perisian oleh pemaju atau pengedar.

(18)

Komitmen Kita untuk

Pemegang Saham Kita

S

S

&

&

J

J

S: Saya rasa saya menjumpai kesilapan dalam ringkasan kewangan yang disediakan oleh juruaudit luar. Maklumat diserahkan untuk kemasukan dalam pendedahan umum. Bagaimana saya dapat mengemukakan kebimbangan saya?

J: Perkara ini kritikal agar diberitahu kepada seseorang yang mempunyai bidang kuasa dalam menyuarakan isu. Kesilapan tersebut berkemungkinan menjadi serius. Anda mempunyai tanggungjawab untuk mengemukakan kebimbangan kepada individu yang sesuai dengan segera. Jika anda tidak pasti, hubungi pengurus anda, pegawai pematuhan untuk perniagaan anda. Talian Bantuan Pematuhan di 1-877-244-2210 atau e-mel kepada Hotline Perakaunan di accountinghotline@aig.com.

S: Penyelia saya menyuruh saya menyediakan pesanan pembelian untuk perkhidmatan yang bernilai $30,000. Bidang kuasa perbelanjaan beliau hanya $25,000. Bolehkah saya membahagikan pesanan kepada dua pesanan pembelian untuk mengelakkan daripada mendapatkan kelulusan tahap tertinggi?

J: Tidak, anda tidak perlu. Tidak mendapatkan kelulusan yang betul melanggar Dasar AIG, di mana untuk memastikan kawalan perakaunan dalaman yang secukupnya dikekalkan dan beroperasi secara efektif. Jika anda tidak selesa untuk memberitahu penyelia anda, beritahu pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda.

S: Saya menghadiri sebuah mesyuarat dengan beberapa pengurus AIG yang lain dalam sebuah bilik persidangan hotel. Sewaktu makan tengah hari, semua orang

meninggalkan komputer riba mereka di dalam bilik. Saya tidak senang hati, tetapi saya melakukan yang sama. Adakah saya patut melakukan sesuatu yang lain?

J: Ya, situasi tersebut seharusnya ditangani dengan cara yang berbeza. Komputer riba dan maklumat yang terdapat padanya adalah harta AIG dan kerap kali mengandungi data sulit atau sensitif. Anda mempunyai tanggungjawab untuk memastikan peralatan dan maklumat dilindungi daripada kehilangan, kecurian atau pendedahan secara tidak sengaja. Anda dan rakan sekerja anda sepatutnya sama ada memastikan peralatan/bilik atau memilih seseorang untuk tinggal bersama peralatan tersebut.

S: Saya baru sahaja mengetahui bahawa pekerja vendor diberikan akses meluas kepada rangkaian kita. Saya tidak rasa mereka memerlukan jenis akses tersebut untuk melakukan kerja mereka. Bukankah ini meletakkan maklumat AIG dalam bahaya? Apa yang saya harus lakukan?

J: Anda mungkin betul, tetapi anda mungkin tidak mempunyai kesemua maklumat. Pertama sekali, anda harus berbincang tentang situasi tersebut dengan pengurus anda. Jika tindakan lanjut diperlukan, anda atau pengurus anda harus menghubungi pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda.

T a n d a - t a n d a

a m a r a n

!

Melindungi Maklumat

Sensitif Kita

Membincangkan tentang maklumat sulit dengan kuat atau secara terbuka apabila orang lain mungkin boleh terdengar.

Membincangkan tentang maklumat pemilikan dengan pihak ketiga tanpa kebenaran dan perjanjian yang tidak boleh didedahkan di suatu tempat.

Perbincangan tentang maklumat pemilikan AIG dengan pelanggan atau pembekal tanpa kelulusan yang betul dan pengetahuan status hubungan sebagai sulit atau tidak sulit. Membuang draf dan nota sulit dengan cara

yang tidak betul.

Sistem mel elektronik adalah harta AIG dan adalah untuk tujuan perniagaan. Penggunaan peribadi sampingan terhadap sistem e-mel yang berpatutan boleh dibenarkan jika penggunaannya tidak melibatkan prestasi kerja pekerja, mempunyai kesan tidak sepatutnya pada operasi sistem e-mel, atau melanggar sebarang dasar, panduan, atau piawai AIG.

Mesej e-mel dan komunikasi lain yang dihantar atau diterima menggunakan sistem teknologi maklumat AIG tidak boleh digunakan untuk mewujudkan, menyimpan, atau menghantar maklumat yang bercirikan permusuhan, berniat jahat, tidak mengikut undang-undang, seksual secara terang-terangan, diskriminasi, mengganggu, mencerca kesucian, penderaan atau menghina. Sistem ini juga bukan untuk digunakan untuk mengakses laman Web yang mengandungi perkara yang melanggar undang-undang, seksual terang-terangan atau diskriminasi.

M e n y a m p a i k a n K o m i t m e n K i t a

(19)

Komitmen Kita

sebagai Warga

Korporat

Melalui produk, perkhidmatan dan amalan perniagaan kita yang bertanggungjawab, AIG berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup di setiap negara tempat kita menjalankan perniagaan. Menggalakkan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang berguna kepada perniagaan kami adalah pada asas warga korporat.

Pengekalan

Melalui amalan kemapanan, kita semua boleh memainkan peranan masing-masing untuk membantu AIG melakukan sumbangan positif kepada rakyat dan alam sekitar. Operasi insurans alam sekitar kita mengarah membuka arah jalan yang menyediakan penyelesaian yang menggalakkan alam sekitar yang lebih bersih dan selamat. Perniagaan insurans kita mempunyai pengalaman yang panjang dalam membantu pelanggan kami pulih daripada bencana alam.

Sejak beberapa tahun yang lalu, syarikat AIG telah melabur dalam membangunkan "dana hijau" yang melabur dalam projek dan teknologi yang memberi faedah kepada alam sekitar. Melabur dalam negara-negara dalam dunia di mana kita melakukan perniagaan adalah strategi utama yang memberi faedah kepada ekonomi tempatan dan satu lagi dengan tradisi jangka panjang di AIG.

Aktiviti Politik

Ia adalah penting bahawa aktiviti atau kepentingan politik peribadi tidak bercanggah dengan

tanggungjawab di AIG atau yang melibatkan sokongan AIG. Secara khususnya:

• Nama AIG tidak boleh digunakan oleh pekerja yang dicalonkan untuk politik pejabat, selain daripada untuk mengenal pasti AIG sebagai majikan mereka.

• Menganjurkan atau berkempen untuk politik pejabat oleh pekerja AIG mestilah tidak memberikan, atau menyebabkan, konfl ik kepentingan dengan tugas AIG.

• Dana AIG atau aset AIG lain tidak boleh digunakan untuk tujuan politik, termasuk sokongan politik ('melobi") tanpa berunding terlebih dahulu dengan Timbalan Presiden AIG-Hal Ehwal Korporat atau Pengarah Perhubungan Negara bagi Jabatan Undang-undang AIG.

• Hanya wakil yang dibenarkan boleh membuat sumbangan korporat kepada calon politik untuk pejabat umum bagi pihak AIG.

Oleh kerana undang-undang dan peraturan yang mengawal aktiviti dan sumbangan korporat adalah rumit, Jabatan Hal Ehwal Korporat AIG atau Kumpulan Perhubungan Negara bagi Jabatan Undang-undang AIG perlu berunding berkenaan sumbangan untuk memastikan sumbangan dan aktiviti seperti itu dibenarkan dan konsisten dengan strategi perniagaan AIG untuk rantau tersebut.

Perdagangan dalam

Sekuriti

Semasa mengendalikan perniagaan AIG kerap kita sering mengetahui mengenai maklumat bukan umum yang penting mengenai AIG, pembekalnya dan syarikat lain. Kita berkewajipan untuk melindungi maklumat ini daripada disalah guna. Ia adalah bertentangan dengan

dasar AIG, dan kebanyakan negara ia melanggar undang-undang untuk:

• Menjual beli sekuriti semasa memiliki maklumat penting bukan umum.

• Menyampaikan maklumat bukan umum yang penting kepada sesiapa yang boleh menjual beli sekuriti berdasarkan kepadanya atau memberikan cadangan untuk membeli atau menjual sekuriti kepada yang lain.

Insurans

adalah

"keajaiban

biasa yang

sangat

berkesan

untuk

berjuta-juta."

– S i r W i n s t o n C h u r c h i l l

(20)

Di samping itu, pekerja tidak boleh:

• Berhubungan dengan perdagangan spekulatif dalam sekuriti AIG atau subsidiarinya.

• Berhubungan dengan transaksi lindung nilai menggunakan sekuriti AIG.

• “Jualan singkat” sekuriti AIG.

• Meniagakan sekuriti terbitan, seperti opsyen "jual" atau "beli", "swap" atau "collars" yang berkaitan dengan sekuriti AIG.

Pekerja bagi bidang perniagaan tertentu mungkin tertakluk kepada peralatan pra-kebenaran dengan merujuk kepada aktiviti perdagangan peribadi mereka.

Pencegahan Pengubahan

Wang Haram

AIG komited untuk memenuhi tanggungjawab bagi membantu mencegah pengubahan wang dan pembiayaan keganasan. Tanggungjawab ini biasanya termasuk mengenal pasti klien, mengawasi aktiviti klien dan melaporkan kecurigaan atau aktiviti luar biasa secara konsisten dengan undang-undang yang digunakan. Pekerja perlu mematuhi program anti pengubahan wang haram yang ditubuhkan oleh AIG dan unit perniagaannya. Keperluan melaporkan aktiviti yang mencurigakan adalah sensitif kepada masa. Hubungi pengurus anda atau pegawai

pematuhan yang bertanggungjawab untuk mencegah pengubahan wang haram sebaik sahaja anda

mempunyai kebimbangan bahawa sesuatu aktiviti boleh menjadi luar biasa atau mencurigakan.

Persetujuan Ekonomik,

Undang-undang Anti memboikot dan

Undang-undang Kawalan Eksport

Dalam mematuhi program A.S dan persetujuan lain yang digunakan, pekerja AIG adalah dilarang daripada mengendalikan perniagaan dengan atau memperoleh faedah daripada kerajaan, individu dan entiti tertentu (seperti pengganas dan pedagang narkotik) yang disyaki serta individu dan entiti yang ditempatkan dalam, mempunyai urusan tertentu dengan atau adalah rakyat atau agen bagi negara tertentu. Untuk menentukan sama ada sesebuah

kerajaan, individu atau entiti tertakluk kepada larangan ini, berundinglah dengan pegawai pematuhan yang bertanggungjawab untuk sekatan.

Pekerja AIG adalah dilarang daripada menyertai memboikot melainkan mendapat persetujuan

Kerajaan A.S. Jika anda diminta untuk menyertai, atau memberikan maklumat yang mungkin digunakan untuk lanjutan memboikot, laporkan hal tersebut dengan segera kepada pegawai pematuhan yang dilantik untuk sekatan.

Pekerja AIG juga mesti mematuhi undang-undang kawalan eksport yang digunakan. Untuk menentukan jika eksport atau eksport semula adalah tertakluk kepada kawalan atau larangan, berundinglah dengan pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda.

Sebagai organisasi global, pekerja AIG mungkin diminta untuk mengikuti persetujuan ekonomi atau undang-undang embargo. Memandangkan undang-undang-undang-undang negara boleh bercanggah, dalam situasi seperti itu ia adalah penting untuk menghubungi pegawai pematuhan yang bertanggungjawab untuk sekatan.

Berkomunikasi dengan pihak Awam

Hanya mereka yang dibenarkan untuk melakukan demikian harus bercakap bagi pihak AIG, dan maklumat yang diberikan mestilah lengkap, adil, tepat, mengikut masa dan boleh difahami. Semua permintaan daripada pelabur, penganalisis dan media harus dirujuk kepada Jabatan Komunikasi Korporat AIG atau Perhubungan Pelabur.

Jangan berikan tanggapan yang anda bercakap bagi pihak AIG dalam sebarang komunikasi peribadi, termasuk forum pengguna, blog, bilik bual dan papan buletin.

Berkomunikasi dengan Pengawal

Atur dan Pegawai Rasmi Kerajaan

Lain-lain

Pertanyaan daripada pengawal atur – di luar kursus biasa hubungan pengawal atur AIG – mesti dilaporkan dengan segera kepada pegawai pematuhan untuk perniagaan anda atau wakil AIG yang dilantik sebelum maklum balas dibuat. Pelaporan kewangan berkaitan

M e n y a m p a i k a n K o m i t m e n K i t a

(21)

Komitmen kita

sebagai Warga

Korporat

S

S

&

&

J

J

S: Saya terdengar daripada pengurus saya bahawa pembekal baru digunakan berkaitan dengan produk baru yang dibangunkan yang akan diumumkan kepada umum dalam masa empat minggu. Melabur dalam pembekal tersebut

merupakan idea pelaburan yang hebat. Bolehkah saya memberitahu yang lain?

J: Tidak. Maklumat seperti ini dianggap sebagai maklumat penting bukan untuk umum. Anda tidak boleh menjual belinya semasa memilikinya, dan anda juga tidak boleh berkongsinya dengan yang lain yang mungkin akan menggunakan maklumat tersebut.

S: Jika saya diminta untuk memberi komen tentang gambaran kewangan AIG oleh seorang ahli media, bolehkah saya memberikan pandangan saya jika saya menyatakannya?

J: Tidak. Anda tidak harus memberikan sebarang komen, walaupun pendapat peribadi, kepada akhbar tanpa kelulusan daripada Komunikasi Korporat AIG terlebih dahulu. Anda harus merujuk semua permintaan media untuk maklumat Komunikasi Korporat.

S: Seorang eksekutif daripada syarikat yang dimiliki negara telah mencadangkan bahawa jika kita memberi derma kepada pertubuhan kebajikan tempatan, usaha jualan kita dipercayai akan mudah diterima di negaranya. Saya tidak selesa dengan perkara ini. Apa yang harus saya lakukan?

J: Tindakan anda untuk berasa tidak selesa adalah betul. Bayaran tersebut mungkin melanggar undang-undang anti-rasuah. Bincangkan situasi tersebut dengan pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda.

pertanyaan mungkin diberi maklum balas oleh pengawal yang diberi kuasa. Maklum balas kepada pengawal atur mestilah mengandungi maklumat yang lengkap, berdasarkan fakta dan tepat. Sewaktu penyeliaan atau pemeriksaan pengawal atur, dokumen tidak boleh dirahsiakan, dirosakkan atau diubah, dan tidak boleh menipu atau membuat kenyataan yang mengelirukan kepada pengawal atur. Permintaan daripada juruaudit adalah tertakluk kepada piawaian yang sama.

Perniagaan Kerajaan

Melakukan perniagaan dengan kerajaan boleh mendatangkan risiko berbeza daripada perniagaan dalam kawasan pasaran komersial. Undang-undang berkaitan membuat kontrak dengan agensi antarabangsa, persekutuan, negara dan tempatan adalah lebih tegas dan rumit. Kendalian dan amalan tertentu yang boleh diterima dalam tetapan komersial adalah dilarang dalam sektor awam. Maka, anda harus berunding dengan pihak pengurusan, atau pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda sebelum membuat sebarang keputusan tentang melakukan perniagaan dengan entiti kerajaan.

Anti rasuah dan Sogokan

Kita tidak boleh menggunakan tujuan yang tidak betul untuk mempengaruhi pertimbangan perniagaan lain. Tiada pekerja, agen, atau kontraktor bebas AIG boleh memberikan rasuah atau faedah lain yang tidak wajar kepada orang lain untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan atau kelebihan yang tidak adil dalam sebarang interaksi perniagaan yang melibatkan AIG, pelanggan atau pekerja kita.

Bayaran atau janji untuk membayar dalam nilai tertentu untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan atau sebaliknya memberi kelebihan yang tidak wajar tidak harus dilakukan kepada pegawai rasmi atau pekerja kerajaan. Pegawai rasmi kerajaan boleh merangkumi pengurusan kanan perusahaan yang dikawal atau dimiliki dalam keseluruhan atau dalam bahagian oleh kerajaan.

Undang-undang Anti rasuah juga melarang kewujudan buku dan rekod yang tidak tepat atau palsu dan ia memerlukan syarikat untuk membangun dan mengekalkan kawalan secukupnya berkenaan aset dan perakaunan korporat. Kesemua pekerja dan pegawai AIG perlu mematuhi Akta Amalan Rasuah Luar Negara A.S.

Mana-mana pekerja yang mempunyai pengetahuan, atau dengan kepercayaan suspek yang baik, pelanggaran sebarang undang-undang, peraturan atau dasar ini mesti digesa untuk melaporkannya kepada pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda.

(22)
(23)

Tatakelakuan AIG bukan kontrak pengambilan bekerja. Tiada apa di dalam Tatakelakuan tersebut yang harus

ditafsirkan sebagai sebarang janji atau sebagai mewujudkan kontrak berkenaan upahan atau keadaan kerja lain. Pekerja AIG tidak mempunyai hak untuk menamatkan hubungan kerja pada bila-bila masa untuk apa jua alasan, tertakluk kepada sebarang perjanjian pekerja bertulis. Begitu juga, tertakluk kepada sebarang undang-undang yang digunakan dan sebarang perjanjian bekerja bertulis, AIG mempunyai hak untuk melepaskan atau mengenakan tindakan disiplin kepada mana-mana pekerja dengan atau tanpa amaran.

(24)
(25)

S: Semasa di luar negara saya diberikan sebuah hadiah istiadat oleh seorang pembekal. Saya tidak rasa saya boleh menolak. Apa patut saya lakukan sekarang?

J: Hadiah boleh diterima jika: ia bernilai kurang daripada AS$150; ia juga selaras dengan dasar hadiah dan hiburan AIG dan unit perniagaan anda; dan ia tidak boleh ditafsirkan sebagai terlampau mempengaruhi keputusan perniagaan.

Jika enggan menerima ataupun memulangkan hadiah bernilai lebih daripada AS$150 dianggap menyinggung perasaan, memalukan, atau merosakkan hubungan perniagaan, hadiah itu boleh diterima bagi pihak AIG asalkan penerimaan itu tidak melanggar sebarang undang-undang. Dalam keadaan sebegini, beritahu pengurus anda atau pegawai pematuhan anda, berikan hadiah itu kepada pengurus anda serta merta, dan buat laporan berkenaan penerimaan hadiah itu dengan pengurus anda.

S: Saya seorang pembantu pentadbiran. Pengurus saya sangat aktif dalam politik tempatan dan dia sering meminta saya menyalin risalah dan merancang acara politik yang dianjurkannya pada masa peribadinya sendiri. Memandangkan kerja politiknya selalu berkaitan dengan industri kita dan isu yang mempunyai impak pada AIG, dia telah meminta saya menghantar beberapa perbelanjaannya untuk pembayaran balik. Adakah ini boleh diterima?

J: Tidak, ia tidak boleh diterima. Perbelanjaan pengurus anda adalah sumbangan peribadinya. Pembayaran balik AIG untuk sumbangan politik peribadi adalah dilarang oleh undang-undang. Pengurus anda juga mungkin mencabuli Kod dan dasar kami jika dia menyuruh anda menggunakan perkakas atau sumber lain AIG, termasuk waktu kerja anda, untuk membuat salinan dan membantunya dalam perancangan aktiviti politik peribadinya.

S: Seorang rakan kongsi perniagaan menawarkan saya tiket ke sebuah perlawanan bola sepak. Dia tidak dapat menggunakannya dan dia memberitahu saya dia akan membuangnya jika saya tidak

mengambilnya. Bolehkah saya mengambil tiket itu?

J: Sebarang hiburan perniagaan yang diberikan kepada seorang kakitangan AIG perlu merangkumi seorang wakil dari organisasi yang menyediakan hiburan itu. Jika tidak, seperti di dalam kes ini, adab perniagaan itu akan dianggap sebagai hadiah dan standard penerimaan hadiah AIG diguna pakai.

S: Saya seorang kakitangan AIG dalam jawatan jualan. Adakah dasar hadiah AIG diguna pakai kepada anugerah pemasaran?

J: Tidak. Dasar hadiah tidak dikenakan pada anugerah yang diberikan oleh AIG kepada pekerjanya berdasarkan penghasilan jualan, dengan syarat anugerah tersebut disokong oleh objektif jualan yang boleh dipamerkan dan kriteria objektif pampasan.

S: Saya keliru dengan isu antitrust. Apa yang saya benar-benar perlu tahu atau lakukan?

J: Di sini ada standard mudah dalam kawasan yang rumit ini. Jika sesebuah perbualan atau situasi kelihatan mengehadkan persaingan di dalam sebuah pasaran antara pesaing, pembekal dan lain-lain, bincangkan dengan pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda.

S: Saya tinggal di A.S., dan saya merancang untuk bertanding bagi majlis bandar raya. Adakah saya perlu mendapatkan kebenaran daripada AIG?

J: Anda patut membincangkan rancangan anda dengan pihak pengurusan untuk menentukan sama ada sebarang konfl ik perniagaan AIG akan berbangkit jika anda bertanding untuk jawatan dipilih atau dilantik ke jawatan politik. Sebagai contoh, isu kompleks berkaitan pembiayaan kempen dan konfl ik kepentingan yang berpotensi mungkin perlu dikenalpasti berkaitan dengan pertandingan merebut jawatan. Hubungi pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan anda sebelum mengumumkan pencalonan anda untuk jawatan dipilih atau menerima jawatan yang dilantik.

Menyampaikan

Komitmen Kita

(26)

Tatakelakuan AIG

Pengakuan

Saya mengakui bahawa saya telah menerima Tatakelakuan AIG.

Saya mengakui bahawa sebagai salah seorang: (tanda satu)

b Pegawai

AIG

b Pekerja

AIG

Saya dikehendaki mematuhi dasar yang dinyatakan di dalam Tatakelakuan AIG, dan kegagalan

untuk melakukan sedemikian boleh menyebabkan saya tertakluk kepada tindakan tatatertib,

sehingga dan merangkumi pemberhentian (dan kehilangan faedah kakitangan) dan, jika

berkenaan, kepada prosiding jenayah atau sivil.

Saya memahami bahawa jika saya mempunyai kekhuatiran tentang pelanggaran Tatakelakuan

AIG, saya mesti segera melaporkan pelanggaran tersebut kepada pengurus saya dan/atau

pegawai pematuhan yang ditugaskan kepada perniagaan saya.

Tandatangan:

Tarikh:

Nama:

Syarikat AIG:

Jabatan:

Alamat:

(sila cetak)

Referensi

Dokumen terkait

Analisis dari permasalahan ini yaitu bagaimana actio pauliana dapat diupayakan oleh kurator dalam hal terjadi kasus perbuatan dengan itikad tidak baik yang dilakukan oleh

Puji syukur yang teramat dalam saya haturkan ke hadirat Allah SWT atas berkah, rahmat, dan hidayah-Nya sehingga skripsi dengan judul” Analisis Flypaper Effect Pada Dana Alokasi

Dalam ilmu hukum perbuatan tersebut dikenal sebagai actio pauliana.Pengertian dari actio pauliana ini sendiri adalah hak yang diberikan oleh undang-undang kepada seorang

Bila ikatan opiat ini dighentikan dengan mendadak atau diganti dengan obat yang bersifat antagonis opioid, maka akan terjadi peningkatan efek adenilsilase pada siklik AMP

Sesuai dengan judul dalam penelitian ini, maka yang menjadi sampel penelitian adalah : Wajib Pajak Badan yang melakukan restitusi PPN LB dan Fiskus.. Berdasarkan pada

yang dimiiki oleh remaja di panti asuhan tergolong tinggi. Dari hasil kategorisasi diketahui bahwa tidak terdapat remaja yang memiliki resiliensi yang sangat

Data sekunder yang dikumpulkan yaitu data mengenai satwa yang terdapat di alam hasil inventarisasi BKSDA Sumatera Selatan, sarana prasarana wisata, kebijakan-kebijakan

seberapa besar keberhasilan dari pelatihan CNCAdvanced terhadap kompetensi CNC peserta pelatihan, dan seberapa besar kontribusi yang dirasakan dengan kompetensi CNC