• Tidak ada hasil yang ditemukan

TOV DAN AR GPMP KELAS GDB

4.0 DAPATAN KAJIAN

Analisis data terhadap pendekatan pengajaran menggunakan teknik permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terhadap minat, penglibatan dan motivasi murid Orang Asli di negeri Perak dilakukan dan beberapa penemuan dihuraikan seperti berikut;

i. Teknik permainan bahasa mampu menarik minat murid Orang Asli dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Responden kajian iaitu beberapa orang Guru Bahasa Melayu tahun 2 antaranya Cikgu Ali (GBM1), Cikgu Noraini (GBM2), Cikgu Salina (GBM3), Cikgu Ishak (GBM4), Cikgu Hadi (GBM5), Cikgu Maria (GBM6), Cikgu Khairul (GBM7) dan Cikgu Masitah (GBM8). Nama guru-guru yang digunakan bukan nama sebenar untuk memelihara kerahsian kajian.

Salah seorang guru Bahasa Melayu tahun 2 menyatakan;

29

SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA, SASTERA, DAN BUDAYA MELAYU KEDUA 2019 (SAPBaSBuM 2 2019)

Jika dibanding antara teknik pengajaran biasa yang digunakan dengan teknik permainan bahasa, amat ketara perbezaannya. Kalau pendekatan tradisional digunakan, murid biasanya beri tumpuan sepuluh minit awal, selepas itu mereka sudah hilang fokus. Kami terpaksa menjerit untuk mendapat perhatian mereka.

Berbeza dengan menggunakan teknik permainan bahasa, murid beri fokus dan kerjasama dari awal hingga akhir. Kelas nampak ceria, nampak pemusatan murid berlaku. Murid begitu aktif dan nampak ceria. (Temu bual 1_ GBM1)

Seorang responden yang berpengalaman mengajar Bahasa Melayu menjelaskan;

Pengalaman saya yang tak dapat saya lupa semasa aktiviti ‘Telefon Rosak’ apabila murid diminta mengingat dan menyampaikan maklumat kepada rakan, bagi murid tahun 2. Didapati hampir keseluruhan kumpulan dapat mengingati maklumat tersebut, walaupun ada beberapa perkataan asal yang tertinggal, selepas proses pengajaran dan pembelajaran kelas. (Temu bual 2_GBM2)

Begitu juga bagi guru Bahasa Melayu tahun 2 (GBM5) menceritakan perasaan- perasaan yang muncul kalangan muridnya apabila beliau mengajar menggunakan teknik permainan bahasa.

Rasa gembira dan seronok apabila murid-murid beri lebih tumpuan terhadap PdP.

(Temu bual 3_ GBM3)

Seterusnya seorang guru Bahasa Melayu tahun 2, sekolah yang berbeza menyatakan:

Penggunaan teknik permainan bahasa ini bagi saya adalah satu pendekatan yang amat baik. Murid-murid seronok mengikuti perkembangan pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi aktiviti permainan bahasa. Penglibatan murid begitu memberangsangkan terutama apabila aktiviti bermain dijalankan. Murid Asli dapat main, memang seronok. (Temu bual 4_ GBM5)

ii. Penglibatan murid-murid mengikuti aktiviti permainan bahasa yang dirancang oleh guru.

Pengkaji mendapati selepas pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik permainan bahasa, murid menunjukkan perlakuan positif, di mana mereka begitu aktif dan memberi kerjasama yang baik terhadap pengajaran guru.

Murid-murid menunjukkan riak muka yang ceria dan gembira semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan khusus semasa aktiviti permainan bahasa dijalankan. Murid yang pasif dan pemalu juga turut bersama melakukan aktiviti khususnya permainan bahasa. Keadaan ini sedikit sebanyak mencerminkan perasaan dalamannya yang cukup seronok dan gembira mengkuti kelas tersebut.

(Temu bual 5_GBM6)

Begitu juga bagi guru Bahasa Melayu tahun 2 (GBM4) menceritakan keadaan yang

30

SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA, SASTERA, DAN BUDAYA MELAYU KEDUA 2019 (SAPBaSBuM 2 2019)

berlaku ketika aktiviti permainan bahasa dijalankan.

Begitu juga semasa aktiviti permainan bahasa dijalankan. Ada juga murid yang pasif dan pemalu sebelum ini tetapi sama ikut serta mengambil bahagian dalam aktiviti permainan tersebut. Ini melucukan tetapi yang penting penglibatan mereka.

(Temu bual 6_ GBM4)

Seorang responden turut memberi maklumat bahawa apabila aktiviti permainan bahasa dijalankan, murid memberi respon seperti di bawah.

Apabila aktiviti permainan bahasa terutamanya semasa aktiviti lari dalam bulatan semua murid sama ada yang pemalu atau yang pasif sama-sama turut bermain. Saya juga turut kelakar tengok gelagat mereka kerana sebelum ini mereka yang pasif suka termenung dan buat hal sendiri. (Temu bual 7_ GBM7)

Begitu juga bagi seorang responden bersetuju menyatakan murid memberi kerjasama yang baik kepada guru sekira aktiviti permainan bahasa dijalankan.

Semasa aktiviti permainan bahasa iaitu aktiviti permainan telefon rosak, murid- murid sangat gembira dan seronok menjalankan aktiviti tersebut. Mereka begitu menghayati dan seronok tanpa menghirau orang lain sedang memerhati gelagat mereka. (Temu bual 8_-GBM8)

Seorang responden turut memberitahu bahawa semasa aktiviti lakonan dan nyayian, apabila diminta beberapa orang murid tampil ke depan, mereka memberi kerjasama.

Begitu juga semasa aktiviti permainan teka lakonan, apabila guru meminta beberapa orang murid tampil ke depan, mereka berani ke depan. Mungkin aktiviti tersebut mereka suka kerana ada aktiviti lakonan mudah. (Temu bual 9_ GBM6)

iii. Motivasi diri murid orang Asli hadir ke sekolah kesan daripada pengajaran menggunakan teknik permainan bahasa.

Apabila pengajaran bahasa Melayu banyak menggunakan teknik permainan bahasa, respon guru menunjukkan murid sudah mula kurang ponteng.

Kami dapati bahawa unsur-unsur hiburan, keseronokan dan peluang turut serta dalam setiap aktiviti yang berunsurkan permainan sememangnya memberi pengaruh besar kepada minat murid-murid Orang Asli untuk datang ke sekolah.

Mereka gembira dan seronok mengikuti waktu Bahasa Melayu yang terdapat aktiviti permainan bahasa. (Temu bual 10_GBM3)

Begitu juga respon seorang guru, banyak perubahan berlaku terhadap muridnya apabila aktiviti permainan bahasa dilaksanakan.

31

SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA, SASTERA, DAN BUDAYA MELAYU KEDUA 2019 (SAPBaSBuM 2 2019)

Kalau dulu mereka sering ponteng tetapi apabila pendekatan pengajaran diubah kepada lebih banyak permainan atau bermain, mereka sudah sering ke sekolah kerana seronok mengikuti proses pengajaran tersebut. Murid-murid menunjukkan riak muka yang ceria dan gembira semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. (Temu bual 11_GBM5)

Banyak perubahan berlaku selepas aktiviti permainan bahasa dilakukan dalam pengajaran Bahasa Melayu, menurut seorang responden.

Minat mereka terhadap aktiviti permainan bahasa sangat memberi kesan dan akan menimbulkan rasa tertunggu-tunggu untuk mempelajari Bahasa Melayu. (Temu bual 12_ GBM2)

Begitu juga beberapa orang responden turut memberi maklumat baru sikap murid yang sebelum ini sering tidak hadir ke sekolah. Apabila aktiviti yang melibatkan aktiviti ‘hands-on’ seperti aktiviti permainan bahasa diadakan ianya menjadi salah satu mekanisma yang boleh menarik minat murid ke sekolah

Apabila mereka sudah menunjukkan minat terhadap pengajaran guru yang banyak mengandungi aktiviti permainan bahasa, nampak mereka sudah mula kurang ponteng sekolah. Yang pasifpun nampak ceria dan bersemangat. (Temu bual 13_

GBM3)

Seterusnya, salah seorang responden menyatakan seronok melihat tingkah laku mereka yang sudah berubah daripada peasi dan pemalu kepada ceria dan aktif apabila aktiviti permainan bahasa dijalankan.

Murid orang Asli amat meminati aktiviti bermain, mereka akan gembira dan seronok jika mereka disuruh mengambil bahagian. Yang pemalu sebelum ini turut sama melibatkan diri bermain dalam aktiviti permainan bahasa. Dengan cara ini saya merasakan bahawa aktiviti permainan bahasa adalah satu cara untuk menarik minat murid ke sekolah. (Temu bual 14_ GBM8)

Hasil Pemerhatian

Pemerhatian merupakan satu teknik pengutipan data dengan memerhati tingkah laku subjek kajian secara langsung. Penyelidik membuat andaian bahawa program yang berkesan dengan rancangan yang teliti terutamanya dalam pengajaran yang menggunakan teknik permainan bahasa dapat menarik minat murid untuk mengikuti aktiviti PdP dan hadir ke sekolah.

32

SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA, SASTERA, DAN BUDAYA MELAYU KEDUA 2019 (SAPBaSBuM 2 2019)

Jadual 1 : Nota Data daripada Pemerhatian

Items Nota Pemerhatian

Pemerhatian terhadap murid SK Suak Padi di daerah Perak Tengah - (Tahun 2) dilakukan ketika guru sedang mengajar.

Murid seronok dan ceria dapat bermain dalam keadaan yang harmoni dan kondusif bersama pasangan atau ahli kumpulan yang lain.

Murid yang sebelum ini pemalu dan kurang aktif nampak aktif apabila guru menggunakan teknik permainan bahasa bertajuk ‘Telefon Rosak’.

Murid banyak bergerak dan aktif semasa pengajaran guru berlangsung tetapi terkawal.

Pemerhatian terhadap murid SK. Pos Raya di daerah Kinta Utara - (Tahun 2) dilakukan ketika guru sedang mengajar.

Murid sangat suka akan pengajaran yang ada aktiviti permainan bahasa seperti

‘Kotak Beracun’.

Nampak murid begitu sabar menunggu giliran, hormat menghormati dan bermain dalam keadaan harmoni.

Jelas kelihatan murid-murid ketawa dan gembira dengan aktiviti yang mereka laksanakan.

Pemerhatian terhadap murid SK.

Kampung Kenang di daerah Kuala Kangsar - (Tahun 2) dilakukan ketika guru sedang mengajar.

Murid sangat berminat terhadap pengajaran guru menggunakan teknik permainan bahasa terutamanya melibatkan kumpulan besar.

Nampak kecenderungan positif terhadap pengajaran guru menggunakan teknik permainan bahasa apabila murid mengangkat tangan untuk menjawab soalan guru.

Pemerhatian terhadap murid SK.

Batu 7, di daerah Batang Padang - (Tahun 2) buat ketika guru sedang mengajar.

Murid nampak ceria dan berminat mengikuti pengajaran guru menggunakan teknik permainan bahasa bertajuk ‘Teka Lakonan’.

Murid teruja untuk menjalankan permainan bersama rakan-rakan di dalam bilik darjah.

Mereka tekun dan bersungguh-sungguh hendak menyiapkan sesuatu tugasan yang diarahkan oleh guru.

33

SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA, SASTERA, DAN BUDAYA MELAYU KEDUA 2019 (SAPBaSBuM 2 2019)

Berdasarkan Jadual 1 di atas, lapan orang murid merupakan sampel yang diperhatikan. Melalui temu bual murid-murid SK. Suak Padi, SK Pos Raya, SK.

Kampung Kenang dan SK. Batu 7 sama ada mereka suka mengikuti pengajaran guru.

Kelapan-lapan murid ini menjawab “suka dan seronok”. Sehubungan dengan itu, guru perlu membanyakkan PdP yang menggunakan teknik permainan bahasa supaya murid seronok dan ceria mengikuti pengajaran guru.