TOV DAN AR GPMP KELAS GDB
6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN
Diharapkan kajian ini dapat diaplikasikan oleh guru Bahasa Melayu dalam usaha meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya dalam kalangan murid Orang Asli. Kajian ini menunjukkan bahawa minat yang
35
SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA, SASTERA, DAN BUDAYA MELAYU KEDUA 2019 (SAPBaSBuM 2 2019)
mendalam dan sikap yang positif terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu boleh meningkatkan kebolehan murid menguasai kemahiran berbahasa sekali gus dapat meningkatkan pencapaian murid secara keseluruhannya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pengalaman menjalankan kajian ini membuatkan penyelidik merasakan bahawa teknik permainan bahasa seperti aktiviti ‘Kotak beracun’, ‘Kata bersilang’, ‘Teka kata’, ‘Telefon rosak’ dan lai-lain lagi begitu berkesan dalam usaha menarik minat murid Orang Asli untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Begitu juga setelah menjalankan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa kita seharusnya berani berubah demi kejayaan murid-murid Orang Asli.
Berubah dari segi amalan dalam pendekatan pengajaran, perancangan dan perspekstif terhadap murid. Kepelbagaian pendekatan dan teknik dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran adalah aset penting bagi menarik minat untuk belajar dalam kalangan murid-murid Orang Asli.
Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan sumbangan yang cukup penting dan bermakna dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat dalam memenuhi naluri murid Orang Asli khususnya di peringkat rendah yang memerlukan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bertepatan dengan fitrah mereka. Proses pembelajaran serta pengukuhan bagi memantapkan setiap ilmu dan kemahiran yang diajar memerlukan kaedah pengajaran yang bukan sahaja berkesan tetapi dapat memberi impak yang positif dalam diri pelajar. Oleh yang demikian, kajian tentang keberkesanan teknik permainan bahasa ini mampu memainkan peranan yang penting dalam memberi penerangan dan kefahaman kepada masyarakat tentang kepentingan penggunaan kaedah pengajaran yang bukan sahaja mampu meningkatkan penguasaan murid dalam pelajaran mereka, bahkan juga dapat memenuhi naluri mereka. Justeru, ia sedikit sebanyak dapat memberi sumbangan berbentuk maklumat berkenaan teknik permainan bahasa kepada penggubal dasar dan sekaligus membantu mereka ke arah memperkemaskinikan dan memperkasakan kurikulum pembelajaran bahasa Melayu yang bersesuaian serta bertepatan dengan kehendak dan keperluan murid sekolah khususnya murid Orang Asli.
Kesimpulannya kajian ini telah menunjukkan bahawa peningkatan penguasaan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid Orang Asli boleh dipertingkatkan melalui amalan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan teknik yang menyeronokkan seperti permainan bahasa. Permainan bahasa nyata mampu merangsang elemen-elemen positif dalam pembelajaran seperti minat, motivasi, sikap positif dan kerjasama, dan persaingan sihat dalam kalangan murid sekolah rendah, seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Serentak dengan itu dapat membantu mengatasi masalah buta huruf dan kadar keciciran yang begitu membimbangkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sebagaimana yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysai 2013-2025.
Rujukan
Abdullah Hassan (1980). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
36
SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA, SASTERA, DAN BUDAYA MELAYU KEDUA 2019 (SAPBaSBuM 2 2019)
Abu Talib Bon, et.al. (2003). Kenali kami: Masyarakat Orang Asli di Malaysia.
Johor: Penerbit Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.
Ahmad, Abdul Razaq & Mohd Jelas, Zalizan. (2009). Masyarakat Orang Asli.
Perspektif Pendidikan dan Sosiobudaya. Bangi: UKM.
Arbaa, R., Jamil, H., & Abd Razak, N. (2010). Hubungan Guru-Pelajar dan Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar : Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar, 35(2), 61–
69.
Dawi, Amir Hassan. (2002). Penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak di peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Univerisiti Malaya.
Gill, S.S, Rosnon, M.R., & Redzuan, M.R.(2010). Acculturation of Consumerism among the Orang Asli Community in Jelebu, Negeri Sembilan. Editorial Board,321.
Hassan, M.N., Shaharudin, I. & Sarah Aziz, A.G.A. eds., (2001). Manusia, Alam Sekitar dan Pembangunan: Bicara Pengalaman Komuniti Orang Asli, Selangor
Johari Talib, & Nazri Muslim. (2007). Bagaimana kanak-kanak Orang Asli gagal di sekolah? Jurnal Pengajian Umum, (8), 51-76.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2006), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010), Kuala Lumpur, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Khan, Jamilah. (1987). Perubahan sosial dalam kalangan Orang Asli Temuan di Sungai Buah. Satu kajian kes. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Majlis Peperiksaan Malaysia, (1992). Laporan Keputusan Peperiksaan 1991. Kuala Lumpur: Majlis Peperiksaan Malaysia.
Ma’rof, R. & Sarjit S., G. eds.,( 2008). Orang Asli: Isu, Transformasi dan Cabaran, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Mohammad Johdi Salleh et. al. (2009). Status Sosio Ekonomi dan Komitmen Ibubapa Terhadap Pencapaian dalam Penilaian Menengah Rendah. Kertas Kerja dibentangkan di Malaysia 14th International Conference on Education.
Brunei
Mohamad Johdi Salleh, & Abdul Razak Ahmad. (2009). Kesedaran pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamad Johdi Salleh, Norul Khairiah Idris, Nur Awanis Aziz, Nurul Huda Yusuf,
& Siti Aishah Hashim. (3-5 Februari 2009). Kajian terhadap kesedaran pendidikan di kalangan masyarakat Orang Asli. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar, Sekolah Pembangunan dan Pendidikan Sosial, UMS Kota Kinabalu.
Ramlah Jantan & Mahani Razali (2002). Psikologi Pendidikan – Pendekatan Kontemporari. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill.
Raven, J. (1977). Education, Values, and Society : The Objectives of Education and the Nature and Development of Competence. London: HK Lewis & Co. Ltd.
37
SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA, SASTERA, DAN BUDAYA MELAYU KEDUA 2019 (SAPBaSBuM 2 2019)
Roblyer, M.D., Edwards,J, Harviluk, M.A., (1977). Antegrating Educational Technologyinto Teaching. New Jersey: Prantice Hall.
Rohayu Roddin dan Noor Sharipah Sultan Sidi (4-5 Jun 2013). Pembinaan Keupayaan Dalam Pelancongan Orang Asli: Satu Kajian Kes Dalam Komuniti Mah Meri. Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967- 11768-1-8. Organized by WorldConferences.net
Shaari, Abdul Sukor., Yusoff, Nuraini.,Ghazali, Mohd Izam & Dali, Mohd Hasani.
(2011). Kanak-kanak Minoriti Orang Asli di Malaysia: Menggapai Literasi Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Kedah: UUM.
Slavin, R.E (1997). Educatinal Psychology : Theory and Practise. Boston: Allyn Bacon.
Toh Kit Siang, et. al. (2008). Pendidikan Orang Asli. Projek Sarjana Muda:
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
38
SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA, SASTERA, DAN BUDAYA MELAYU KEDUA 2019 (SAPBaSBuM 2 2019)
004-AMALAN PENGGUNAAN DAN BENTUK-BENTUK MEKANISME PENDEKATAN INTERAKSIONAL PENGUASAAN BAHASA MELAYU
SEBAGAI BAHASA KEDUA Syahrin Bin Awang Besar Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia.
[email protected] Vijayaletchumy Subramaniam
Jabatan Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia.
[email protected] ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah bagi mengenal pasti bentuk pendekatan interaksional dari sudut psikolinguistik yang menyumbang kepada kejayaan penguasaan Bahasa Melayu Dialek Sabah (BMDS) sebagai Bahasa Kedua (B2) dalam kalangan golongan imigran India selaku bukan penutur jati (BPnJ) BMDS di Beaufort, Sabah.
Objektif kajian ini secara spesifiknya adalah bagi mengenal pasti bentuk-bentuk mekanisme pendekatan interaksional yang digunakan oleh golongan imigran India berkenaan dalam usaha menguasai BMDS. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan Hipotesis Perinteraksian, oleh Long (1996) dalam Penguasaan B2, di samping memanfaatkan kaedah Pemerhatian-Eksploratori dan tinjauan lapangan. Pengkaji turut menggunakan Skala Persetujuan antara-penilai Cohen Kappa (1968) bagi tujuan memperkuat sokongan dapatan kajian. Data-data dapatan kemudiannya dianalisis secara pendekatan kualitatif. Dapatan kajian mendapati bahawa para peserta kajian lebih memilih untuk menggunakan empat mekanisme pendekatan interaksional iaitu; a) pengulangan, b) Pemeriksaan Pengesahan, c) Pemeriksaan Pemahaman, dan d) Permohonan Penjelasan. Namun begitu didapati bahawa mereka kemudiannya mampu berkomunikasi dengan efektif melalui kaedah sosialisasi dengan cara berinteraksi dengan penduduk tempatan yang merupakan Penutur Jati (PnJ) BMDS, meskipun mereka sebenarnya tidak pernahpun memasuki mana-mana kelas kecekapan bahasa sebelum itu. Dapatan-dapatan kajian juga turut menemukan bahawa bentuk-bentuk dan penggunaan mekanisme-mekanisme pendekatan interaksional dapat menggalakkan peningkatan penguasaan atau pembelajaran B2 golongan BPnJ. Maka kesimpulannya, kajian ini telah dapat menunjukkan jenis, bentuk, dan kepentingan mekanisme- mekanisme pendekatan interaksional dalam usaha penguasaan B2 dalam kalangan BPnJ.
Kata Kunci: Bahasa Melayu Dialek Sabah, imigran India, Penguasaan Bahasa Kedua, Strategi, Pembelajaran Bahasa, pendekatan interaksional.
39
SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA, SASTERA, DAN BUDAYA MELAYU KEDUA 2019 (SAPBaSBuM 2 2019)