• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian Lepas berkaitan pendekatan interaksional

TOV DAN AR GPMP KELAS GDB

1.2 Kajian Lepas berkaitan pendekatan interaksional

45

SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA, SASTERA, DAN BUDAYA MELAYU KEDUA 2019 (SAPBaSBuM 2 2019)

serupa berlaku pada contoh ujaran BPnJ di baris 13 pada ujaran ayat ‘Stock pot saya ka? Bos punya ka?’.

46

SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA, SASTERA, DAN BUDAYA MELAYU KEDUA 2019 (SAPBaSBuM 2 2019)

Rasid Jamian, Shamsudin Othman, & Sufiza Ishak, 2013) yang bertujuan untuk mengenal pasti bentuk interaksi lisan yang kerap digunakan guru-guru Bahasa Melayu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sampel kajian berjumlah 113 orang guru di 13 buah Sekolah Menengah harian biasa di kawasan luar bandar di daerah Kluang, Johor. Kajian turut mendapati aspek strategi yang bersesuaian dan pendekatan interaksional yang aktif dan sesuai amat penting bagi membantu peningkatan penguasaan B2. Kajian juga menunjukan input yang difahami amat berguna dalam aktiviti interaksi melibatkan aktiviti menyampaikan maklumat dan arahan (meaning negotiation). Input yang bertepatan dan difahami akan membantu pembaikan perbualan (corrective feedback) dan pemahaman seperti ditegaskan oleh Yuka dalam kajian beliau (Yuka Akiyama & Kazuya Saito, 2017).

Menurut beliau lagi pembaikan perbualan amat berkait rapat dengan pemahaman dan kelancaran pengujaran. Kajian beliau terhadap BPnJ yang didedahkan kepada e-konferensi turut mendapati bahawa interaksi telekolaboratif yang aktif mampu meningkatkan kosa kata, tatabahasa, pengujaran dan kelancaran.

Satu kajian berkaitan pendekatan interaksional dalam penguasaan bahasa yang menarik ialah yang dijalankan oleh Umi Nadiha dan Jamaludin (Umi Nadiha Mohd Nor, Zamri Mahamod, & Jamaludin Badusah, 2011) yang mengkaji kemahiran generik dalam penguasaan B2 secara interaksional. Beliau menyatakan bahawa terdapat banyak perihal generik berkaitan bahasa yang hanya dapat diperoleh sekiranya BPnJ berinteraksi bersama interlokutor PnJ. Aspek bahasa badan, mimik muka, intonasi, bahan bantu dan sebagainya amat membantu interaksi menjadi lebih berkesan dan difahami. Hal-hal berkenaan sudah tentu tidak akan dapat diwujudkan tanpa interaksi secara langsung. Keadaan ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Asiah (Asiah, 2016) ke atas sekumpulan 25 orang siswa sebuah universiti di Indonesia yang menyatakan bahawa pendekatan interaktif mempunyai banyak mekanisme yang mampu memperbaiki ketrampilan bahasa dan memperkemas tindakan pembaikan bahasa. Peningkatan berlaku apabila kaedah dan strategi pembelajaran bahasa mereka ditambahkan dengan slot komunikatif yang aktif. Keadaan yang sama ditemukan dalam kajian oleh Asri et al (Mohd Asri Harun, Zulkifley Hamid, & Kartini Abd Wahab, 2016) yang dijalankan untuk mengkaji hubungan antara pengetahuan komunikatif dengan amalan atau pelaksanaan komunikatif guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah di Terengganu. Sampel kajian terdiri daripada 226 orang guru bahasa Melayu yang sedang mengikuti Program Pensiswazahan Guru di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Dapatan kajian mendapati tahap kemahiran dan pengetahuan komunikatif adalah penting dalam peningkatan penguasaan bahasa secara interaksional. Hal ini menunjukkan persamaan dengan hasil kajian pengkaji yang mendapati bahawa penguasaan B2 golongan imigran India di pekan Beaufort Sabah meningkat dengan baik apabila mereka banyak didedahkan kepada masyarakat setempat untuk berinteraksi.

Kepentingan dan peranan interaksi dan komunikasi dalam penguasaan B2 tidak terhad di dalam negara sahaja malah menurut kajian oleh Roshidah (Roshidah Hassan, 2017) yang mengkaji gaya dan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan sekumpulan sembilan belas orang pelajar Perancis di Jabatan Asia

47

SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA, SASTERA, DAN BUDAYA MELAYU KEDUA 2019 (SAPBaSBuM 2 2019)

Tenggara dan Asia Pasifik, France, turut mendapati bahawa strategi-strategi interaksional diaplikasikan dengan meluas. Strategi-strategi interaksional penguasaan bahasa berkenaan ialah ingatan, kognitif, tampungan, metakognitif, afektif dan sosial yang merujuk kepada kepentingan interaksi. Di samping itu mereka juga menggunakan gaya pembelajaran bahasa secara visual, global, “field- dependant”, dan reflektif-interaktif. Hal yang sama dapat dilihat dalam kajian strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Jerman yang memfokuskan kepada konsep “out of class”, yang dijalankan oleh Nor Zuhidayah dan Siti Samiah (Noor Zuhidayah & Siti Saniah, 2016). Dapatan kajian mendapati bahawa pendekatan interaksional di luar kelas secara dinamik, bebas dan generik adalah amat berkesan dalam meningkatkan kemahiran B2 mereka. Kini banyak pusat pengajian tinggi di Jerman turut menawarkan subjek dan pengajian bahasa Melayu seperti Universiti Hamburg, Cologne, Bonn, Passau dan Universiti Goethe Frankfurt. Pendekatan interaksional merupakan satu cara yang amat mudah kepada BPnJ untuk mempelajari atau sekurang-kurangnya memanfaatkan proses imitasi sebagai sebahagian daripada strategi pengasaan bahasa (Dede Rosyadi, 2010).

Kajian ke atas sekumpulan imigran ilegal di Amerika oleh Dede menunjukkan bahawa interaksi amat perlu untuk menjadi medium membolehkan mekanisme pengulangan berupa imitasi dapat berlangsung dengan berkesan.

Metodologi kajian 1.2.1 Kaedah kajian

Secara umumnya kajian ini adalah merupakan sebuah Kajian Kes Eksploratori berpendekatan kualitatif. Kajian dijalankan dengan cara menjalankan tinjauan lapangan, data dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian dan data mentah dicatatkan melalui nota lapangan dan temu bual manipulasi naturalistik bersama informan-informan atau subjek terpilih. Dapatan kemudiannya diproses, dianalisis dan dikembangkan secara eksploratori dan rujukan kepustakaan. Penganalisisan data adalah berdasarkan objektif-objektif kajian yang telah dinyatakan. Data-data yang diperoleh dianalisis melalui penulisan verbatim, sebelum dikelompokkan berdasarkan kategori mekanisme unit kajian.

Bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan dapatan pengkaji menggunakan analisis Persetujuan Cohen Kappa (1968). Analisis ini dapat digunakan untuk menyokong kesesuaian sesuatu set item dengan rujukan sokongan oleh pihak-pihak tertentu yang berkenaan. Kaedah ini dapat menjaga keesahan data yang digunakan adalah menunjukkan fenomena yang sebenar dan boleh dipercayai. Penganalisisan Cohen Kappa adalah merujuk kepada kaedah penganalisisan angka atau sesuatu jumlah (figure) yang dapat digunakan bagi i) mengukur kadar persetujuan penilai (rater) terhadap suatu set item yang dinilai (item) adalah sah sepertimana yang hendak diukur atau, bagi ii) mengukur kadar kesepakatan antara penilai terhadap suatu set item dalam kajian kualitatif (Mackey & Gass, 2012). Terdapat banyak kategori jenis pengukuran skala Cohen Kappa serta kegunaan penilaiannya, namun begitu pengkaji menggunakan hanya 2 daripadanya iaitu

i) Pengukuran Skala Penilai–Item (Rater vs. Item).

ii) Pengukuran Skala Penilai–Penilai (Rater vs. Rater).

48

SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA, SASTERA, DAN BUDAYA MELAYU KEDUA 2019 (SAPBaSBuM 2 2019)

1.2.2 Bahan Kajian

Dalam kajian ini pengkaji mengaplikasikan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian lapangan. Dapatan persampelan direkodkan menggunakan nota lapangan sebelum diverbatimkan dalam bentuk transkripsi untuk memudahkan analisis unit kajian. Dalam kajian ini data kualitatif ialah dalam bentuk hasil temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen. Nota lapangan dan catatan pengkaji merupakan penyokong utama dalam mengesahkan kerja-kerja lapangan yang dijalankan dalam kajian kualitatif. Ia berupa huraian terperinci tentang situasi, kejadian, interaksi, dan tingkah laku yang diamati di lapangan kutipan langsung dari pernyataan orang-orang tentang pengalaman, sikap, keyakinan, dan pemikiran mereka dalam kesempatan temu bual mendalam. (Kamarul Azmi Jasmi, 2012).

Selain itu kajian ini juga menggunakan set borang temu bual berupa set-set soalan yang dipecah-pecahkan mengikut tema dan digunakan sebagai panduan untuk merangka perkembangan idea semasa persampelan temu bual.

Kajian ini tidak menggunakan alat perakam audio atau video berikutan kekangannya yang telah dapat dikesan semasa kajian rintis dijalankan. Para peserta kajian dikesan seolah-olah berasa kurang selesa dirakam perbualan sama ada secara audio atau video, sama ada secara dengan persetujuan atau lebih-lebih lagi tanpa persetujuan. Sekiranya mereka menyedari bahawa mereka terlibat dengan kajian juga kemudiannya akan membawa permasalahan lain apabila sebilangan mereka didapati tidak bertindak secara semula jadi. Keadaan tersebut seterusnya menjejaskan keesahan dan kebolehpercayaan dapatan.

1.2.3 Pensampelan

Kaedah pensampelan dalam kajian ini dijalankan secara pensampelan bukan kebarangkalian (nonprobability sampling) bertujuan. Kaedah pensampelan ini tidak meletakkan had kebarangkalian kepada seseorang untuk dipilih sebagai sampel. Ini adalah kerana perkara yang menjadi fokus utama pensampelan adalah kepada dapatan pensampelan berupa ujaran-ujaran subjek kajian yang mestilah bermanfaat kepada penghujahan perbincangann persoalan-persoalan kajian (Nor Hashimah Jalaluddin, 2007). Unit sampel dipilih adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan yang mampu memenuhi objektif kajian. Ini bermakna walaupun bukan semua populasi berpeluang dipilih sebagai sampel namun kaedah ini amat sesuai bagi kajian kes dan isu-isu kajian yang eksklusif (Kothari, 2004).

Sehubungan itu bagi memenuhi objektif kajian ini pengkaji telah memilih 30 orang sampel kajian berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan objektif dan persoalan-persoalan kajian secara kajian kes. sampel-sampel terpilih adalah dalam kalangan imigran India yang datang ke Beaufort Sabah dalam tempoh sekurang- kurangnya sekitar satu hingga lima tahun kebelakangan ini. Pengkaji menilai kes kajian penguasaan B2 dalam kalangan imigran India di pekan Beaufort sebagai satu fenomena yang bersifat semasa, sebenar dan kontemporari, selari Robert Yin yang mendefinisikan kes sebagai fenomena kontemporari dalam konteks kehidupan sebenar, terutamanya apabila sempadan antara fenomena dan konteks tidak jelas dan penyelidik tidak mempunyai kawalan terhadap fenomena dan konteks (Yin, 2002, p.13).

49

SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA, SASTERA, DAN BUDAYA MELAYU KEDUA 2019 (SAPBaSBuM 2 2019)

1.2.4 Prosedur Kajian

Tatacara kajian ini dijalankan meliputi empat peringkat yang utama iaitu 1) Tinjauan Lapangan dan Pensampelan, 2) proses transkripsi verbatim perbualan, 3) pemprosesan data dapatan dan analisis, dan 4) pelaporan. Gambaran literal adalah seperti Rajah 1: Tatacara prosedur kajian, berikut;

Rajah 1: Tatacara prosedur kajian

Tinjauan lapangan telah dijalankan di sekitar premis-premis terpilih di sekitar pekan Beaufort. Kaedah pemerhatian turut serta dan tidak turut serta digunakan bagi mendapatkan pensampelan data secara naturalistik.

1.2.5 tempat dan subjek kajian

Dalam kajian ini, seramai 30 orang imigran India yang menepati karekteristik kajian telah dikenal pasti dan dikaji sepanjang dua tahun bermula Jun 2014 hingga Jun 2016. Subjek kajian ialah terdiri daripada imigran India yang berusaha menguasai bahasa Melayu secara informal di dalam persekitaran linguistik tempatan khususnya tempat kerja. Seramai 30 orang subjek imigran keturunan India sedang bekerja di sekitar pekan Beaufort Sabah pada tahun 2013 semasa kajian rintis, telah dipilih oleh pengkaji. Namun begitu hanya 27 orang subjek kajian sahaja yang kekal bertahan hingga selesai kajian dijalankan (2014 – 2016) memandangkan 3 orang daripadanya telah pulang kembali ke tempat asal mereka. Semua sampel yang terlibat dalam kajian ini, berasal dari sekitar wilayah Chennai, selatan India.

1.2.6 Penganalisisan Data

Dapatan-dapatan kajian yang diperoleh daripada kaedah-kaedah kajian yang telah ditetapkan akan diproses berdasarkan etika penyelidikan yang terkawal. Dapatan- dapatan persampelan mentah diproses dan dianalisis bagi mengesan komponen unit- unit kajian yang relevan melalui pendekatan penapisan dapatan menggunakan objektif kajian. Penapisan dapatan membantu mempermudah proses analisis seterusnya iaitu pengekodan dapatan. Penganalisisan data adalah berdasarkan objektif-objektif kajian yang telah dinyatakan. Data-data yang diperoleh dianalisis secara patah demi patah melalui penulisan verbatim, sebelum dikelompokkan berdasarkan kategori mekanisme unit kajian. Manakala bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan dapatan pengkaji menggunakan analisis Persetujuan Cohen Kappa (1968). Analisis ini dapat digunakan untuk menyokong kesesuaian sesuatu set item dengan rujukan sokongan oleh pihak-pihak tertentu yang berkenaan.

Kaedah ini dapat menjaga keesahan data yang digunakan adalah menunjukkan fenomena yang sebenar dan boleh dipercayai.

Tinjauan Lapangan dan Pensampelan

proses transkripsi verbatim perbualan

pemprosesan data dapatan dan

analisis

pelaporan

50

SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN BAHASA, SASTERA, DAN BUDAYA MELAYU KEDUA 2019 (SAPBaSBuM 2 2019)

Dapatan dan perbincangan

1.3 Bentuk Mekanisme Pendekatan Interaksional Penguasaan Bahasa Kedua