• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 6 PERBINCANGAN, KESIMPUALAN DAN CADANGAN

5.4 Penilaian Pakar

5.4.2 Penilaian Pakar Multimedia

Bagi melakukan penilaian terhadap reka bentuk antara muka dan reka bentuk interaksi pada aplikasi Android yang telah dibangunkan, seramai tiga orang pensyarah multimedia yang berpengalaman dari FPTV telah dipilih. Jadual 5.3 menunjukkan data demografi mengenai ketiga pakar multimedia yang terlibat penilaian tersebut.

Jadual 5.3 Demografi pakar multimedia

Butiran Pakar Multimedia 1 Pakar Multimedia 2 Pakar Multimedia 3

Jantina Perempuan Perempuan Perempuan

Taraf pendidikan Sarjana PhD Sarjana

Bidang Pengkhususan Sains/ Komputer Pendidikan

Kejuruteraan Kejuruteraan Elektrik

Pengalaman Kerja 17 tahun Lebih 15 tahun Lebih 15 Tahun

Sektor Awam Awam Awam

5.4.2.1 Analisis Reka Bentuk Antara Muka

pada bahagian ini membincangkan tentang analisis reka bentuk antara muka yang merangkumi elemen teks, audio, grafik, animasi daan beberapa gabungan elemen multimedia lain bagi menentukan kesesuaian elemen tersebut di dalam aplikasi uang dibangunkan iaitu pembangunan aplikasi android animasi 2D bagi topik penjanaan tenaga elektrik dalam mata pelajaran sains tingkatan 3. Penilaian ini dijalankan bertujuan bagi mendapatkan kesahan penilaian terhadap kebolehfungsian aplikasi Android animasi 2D yang dibangunkan. Melalui borang semakan pakar yang disediakan, item yang telah dinilai adalah terdiri daripada teks, grafik, animasi 2D dan reka bentuk interaksi dalam aplikasi ini. Terdapat 23 item soalan yang disediakan kepada pakar pada bahagian ini yang telah dibina dan dianalisis menggunakan nilai kekerapan. Borang soal selidik pakar antaramuka terlibat dapat dirujuk pada LAMPIRAN C

Seterusnya, data penilaian pakar terhadap reka bentuk antara muka bersetuju bahawa item teks dari segi jenis teks, penggunaan warna teks, saiz teks, kedudukan teks, penggunaan teks, font teks, jenis font mudah dibaca dan teks voice over jelas.

Pada bahagian grafik pula, kedua – dua pkar bersetuju bahawa grafik 2d yang digunakan adalah menarik. Selanjutnya, pakar juga bersetuju bawaha grafik yang digunakan adalah jelas. Selain itu, penggunaan grafik yang mudah difahami juga kedua–dua pakar bersetuju. Pada bahagian susunan grafik yang digunakan adalah bersesuaian juga pakar bersetuju. Seterusnya, kedua – dua pakar bersetuju bahawa grafik yang digunakan mudah untuk difahami. Di samping itu, kedua – dua pakar juga sersetuju bahawa penggunaan warna grafik yang bersesuaian mengikut tema.

Akhir sekali, pakar juga bersetuju bahawa penggunaan grafik yang mempunyai resolusi yang jelas. Namun terdapat satu pakar yang tidak setuju bahawa penggunaan grafik yang mempunyai resolusi yang jelas. Pakar meminta untuk menukarkan dua gambar supaya kelihatan lebih jelas dengan menggunakan resolusi yang lebih jelas.

Pada bahagian item audio pula, pakar bersetuju bahawa penggunaan audio yang digunakan sesuai dengan isi kandungan. Namun tetapi, terdapat satu pakar yang tidak setuju kerana berpendapat bahawa audio pada bahagian pengenalan narrator perlu membaca teks tersebut dengan teks yang berbeza dengan paparan. Selain itu, kedua – dua pakar juga bersetuju bahwa audio yang digunakan tidak menganggu pengguna.

Selanjutnya, pakar juga bersetuju bahawa, muzik latar yang digunakan adalah jelas bersesuaian dan jelas. Akhir sekali, suara narrator di dengar dengan jelas jjuga kedua - dua pakar bersetuju. Pada bahagian item, antara muka pula, kedua – dua pakar bersetuju bahawa item layout pada aplikasi ini adalah bersesuaian dan konsep tema pada aplikasi ini bersesuaian.

Jadual 5.4 Analisis kekerapan penerimaan pakar terhadap bahagian reka bentuk antaramuka

No Item kekerapan Catatan

Ya Tidak TEKS

1. Jenis teks pada yang digunakan bersesuaian 3 0

2. Penggunaan warna teks yang digunakan bersesuaian 3 0

3. Saiz teks yang digunakan bersesuaian 3 0

4. Kedudukan teks adalah konsisten 3 0

5. Penggunaan teks adalah konsisten 3 0

6. Font teks yang digunakan bersesuaian 3 0

7. Jenis font mudah dibaca 3 0

8. Teks voice over adalah jelas 3 0

GRAFIK

9. Grafik 2D yang digunakan adalah menarik 3 0

10. Grafik yang digunakan adalah jelas 3 0

11. Penggunaan grafik yang mudah difahami 3 0

12. Warna grafik yang digunakan adalah bersesuaian 3 0

13. Susunan grafik yang digunakan adalah bersesuaian 3 0

14. Grafik yang digunakan mudah untuk difahami 3 0

15. Penggunaan warna grafik yang bersesuaian 3 0

16. Penggunaan grafik yang mempunyai resolusi yang jelas. 2 1 Perbaiki 2 gambar supaya menggun akan resolusi yang lebih

tinggi AUDIO

17. Audio dapat didengar dengan jelas 2 1 Narator

perlu membaca teks yang berbeza dengan paparan 18. Audio yang digunakan tidak mengganggu pengguna 3 0

19. Muzik latar yang digunakan adalah sesuaian 3 0

20. Suara latar yang digunakan adalah bersesuaian dan jelas. 3 0

21. Suara narrator didengar dengan jelas 3 0

ANTARAMUKA

22. Layout pada aplikasi ini adalah bersesuaian 3 0

23. Konsep tema pada aplikasi ini bersesuaian 3 0

5.4.2.2 Analisis Reka Bentuk Interaksi

Dalam borang senarai semak pakar yang disediakan, terdapat 12 item yang telah dibangunkan untuk menilai reka bentuk interaksi. Tujuan item-item ini adalah untuk menentukan kebaikan atau keburukan interaksi dalam aplikasi Android yang dibangunkan. Hasil penilaian reka bentuk interaksi tersebut dapat dirujuk dalam LAMPIRAN D. Jadual 5.5 menunjukkan analisis pakar terhadap reka bentuk interaksi. Berpandukan hasil yang diperoleh, kesemua pakar telah bersetuju dengan ikon yang terdapat pada halaman pilihan menu berfungsi dengan baik. Selain itu, ikon home dapat membawa pengguna ke halaman menu utama juga terbukti mudah dikenali oleh pengguna kerana kedua - dua pakar bersetuju dengan item tersebut.

Kesemua penilai juga mengakui bahawa ikon pause, play dan pause yang digunakan untuk animasi berfungsi dengan baik. Namun tetapi, terdapat satu pakar menyatakan bahawa icon play terdapat sedikit tidak berfungsi. Seterusnya, penilai juga bersetuju bagi ikon exit membolehkan pengguna untuk keluar dapripada aplikasi ini bila – bila masa. Selain itu, penilai juga bersetuju bahawa ikon muzik on dan off yang terdapat pada paparan tertentu dalam aplikasi ini dapat berfungsi dengan baik. Selain itu, penilai bersetuju bahawa pengguna boleh menekan ikon di bahagian panduan pengguna untuk mengetahui fungsinya. Namun seorang pakar tidak bersetuju bahawa

terdapat satu ikon yang tidak menggunakan ikon tidak standard. Selain itu, pakar juga bersetuju bahawa butang interaksi yang digunakan dapat berfungsi dengan baik.

Seterusnya, pakar juga bersetuju bahawa kedudukan butang interaksi yang digunakan adalah bersesuaian. Selanjutnya, kesemua penilai turut bersetuju bahawa aplikasi ini butang interaksi pada setiap paparan dapat dikenal pasti fungsinya. Akhir sekali pakar juga bersetuju reka bentuk interaksi yang digunakan bersesuaian dengan pengguna.

Jadual 5.5 Analisis pakar terhadap reka bentuk interaksi

No Item Ya Tidak Catatan

1. Ikon yang terdapat pada halaman pilihan menu berfungsi

dengan baik. 3 0

2. Ikon home dapat membawa pengguna ke halaman menu

utama. 2 1

3. Ikon pause dapat menghentikan seketika audio dan animasi pada paparan tersebut.

i. Diesel, Gas Asli, Dan Arang Batu 3 0

ii. Tenaga Solar 3 0

iii. Tenaga Hidroelektrik 3 0

iv. Tenaga Angin 3 0

v. Bahan Api Nuklear 3 0

vi. Biojisim 3 0

4. Ikon play dapat memainkan semula audio dan animasi yang telah dijeda pada paparan tersebut.

i. Diesel, Gas Asli, Dan Arang Batu 2 1

ii. Tenaga Solar 2 1

iii. Tenaga Hidroelektrik 2 1

iv. Tenaga Angin 2 1

v. Bahan Api Nuklear 2 1

vi. Biojisim 2 1

5. Ikon replay dapat memainkan semula audio dan animasi pada paparan tersebut.

i. Diesel, Gas Asli, Dan Arang Batu 3 0

ii. Tenaga Solar 3 0

iii. Tenaga Hidroelektrik 3 0

iv. Tenaga Angin 3 0

v. Bahan Api Nuklear 3 0

vi. Biojisim 3 0

6. Ikon exit membolehkan pengguna untuk keluar daripada

aplikasi ini pada bila – bila masa. 3 0

7. Ikon muzik on dan off yang terdapat pada paparan tertentu

dalam aplikasi ini dapat berfungsi dengan baik. 3 0 8 Pengguna boleh menekan ikon di bahagian panduan

pengguna untuk mengetahu fungsinya. 3 0

9. Butang interaksi yang digunakan dapat berfungsi dengan

baik 3 0

10. Kedudukan butang interaksi yang digunakan adalah

bersesuaian 3 0

11. Butang interaksi pada setiap paparan dapat dikenal pasti

fungsinya 3 0

12. Reka bentuk interaksi yang digunakan bersesuaian dengan

pengguna 3 0

Dokumen terkait