• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 6 PERBINCANGAN, KESIMPUALAN DAN CADANGAN

6.3 Perbincangan

Dalam bahagian ini, terdapat perbincangan mengenai tiga isu kajian yang telah dinyatakan dalam Bab 1, iaitu reka bentuk yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pembangunan Aplikasi Android animasi 2D bagi topik Penjanaan Tenaga Elektrik dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 3, kaedah untuk membangunkan Aplikasi Android animasi 2D bagi topik Penjanaan Tenaga Elektrik dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 3 dan penilaian pakar terhadap keboleh Fungsian Aplikasi Android animasi 2D bagi topik Penjanaan Tenaga Elektrik dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 3. Hasil perbincangan tersebut menunjukkan bahawa aplikasi animasi 2D bagi topik

Penjanaan Tenaga Elektrik dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 3 mampu menjawab isu-isu kajian yang telah dikemukakan sebelum ini.

6.3.1 Perbincangan reka bentuk yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pembangunan Aplikasi Android animasi 2D bagi topik Penjanaan Tenaga Elektrik dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 3.

Persoalan kajian pertama yang telah dicapai oleh pembangun adalah mengenai reka bentuk pembangunan aplikasi Android 2D bagi topik penjanaan tenaga elektrik dalam mata pelajaran Sains tingkatan 3. Secara amnya, reka bentuk pembangunana yang dihasilkan adalah berpandukan kepada tajuk aplikasi yang dipilih dan dibangunkan mengikut fasa dalam pembangunan model reka bentuk ADDIE yang melibatkkan lima fasa. Dalam fasa pertama, analisis keperluan, seterusnya fasa kedua reka bentuk, fasa ketiga pembangunan, fasa keempat perlaksanaan dan akhir sekali fasa penilaian.

Tujuan reka bentuk pembangunan aplikasi Android animasi 2D ini dibuat menggunakan model ADDIE adalah bagi memastikan reka bentuk pembangunan dapat mencapai objektif kajian dan dijadikan sebagai panduan yang jelas kepada pembangunan untuk membangunkan aplikasi Android animasi 2D bagi topik penjanaan tenaga elektrik dalam mata pelajaran Sains tingkatan 3 dengan sistematik.

Penyataan ini turut disokong oleh Bacotang (2016), jika reka bentuk yang telah diuji berjaya atau boleh digunakan, reka bentuk mesti dibangunkan untuk menjadi lebih baik dan tentunya menyokong proses pembelajaran untuk mencapai matlamatnya.

Pembangunan aplikasi animasi Android animasi 2D bagi topik penjanaan tenaga elektrik dalam mata pelajaran tingkatan 3 telah dibangunkan dengan menggunakan model ADDIE sebagai landsan dalam proses pembangunan. Model ADDIE ini dipilih kerana mempunyai pendekatan yang sistematik selari dengan penyataan Ahmad et al., (2020), di mana setiap fasa saling terkait dan hasil dari setiap fasa akan menjelaskan langkah-langkah pada fasa berikutnya. Setiap tindakan yang dilakukan oleh pembangun pada setiap fasa dipastikan memenuhi tahap kesesuaian yang diingini oleh pembangun untuk menghasilkan produk yang berkualiti.

Selain itu, pembangun telah memulai pembangunan projek dengan membangunkan papan cerita sebagai lakaran awal dalam merancang projek. Melalui pembangunan papan cerita, posisi setiap elemen multimedia telah dirancang oleh pembangun agar sesuai untuk digunakan dalam setiap antara muka yang ditampilkan.

Ini sejajar dengan penemuan oleh Tamrin dan Azman (2021), di mana ilustrasi yang telah digambar akan diatur secara berurutan pada papan cerita. Papan cerita juga akan disesuaikan oleh pembangun dari semasa ke semasa semasa proses pembangunan berlangsung.

Pembangun telah membangunkan papan cerita dalam bentuk melintang agar memudahkan penilaian kesesuaian setiap elemen multimedia yang akan dilakarkan.

Dengan menggunakan perisian Adobe Illustrator, reka bentuk antara muka telah dibangunkan dengan mengikut resolusi telefon pintar. Reka bentuk antara muka ini direka bertujuan untuk ditempatkan dalam setiap bahagian antara muka aplikasi.

Setiap reka bentuk mempunyai konsistensi dalam segi warna dan tema produk yang telah dibangunkan. Selain itu, pembangunan butang navigasi turut selari dengan tajuk aplikasi dan mematuhi konsistensi dalam reka bentuk butang, warna, dan saiz. Tujuan konsistensi dalam reka bentuk butang navigasi ini adalah untuk memudahkan pengguna semasa menggunakan aplikasi.

Secara keseluruhannya, ulasan dan pandangan positif diberikan oleh semua pakar terhadap reka bentuk aplikasi Android animasi 2D bagi Topik penjanaan tenaga elektrik dalam mata pelajaran Sains tingkatan 3 yang telah dibangunkan. Oleh itu, persoalan kajian yang pertama telah dijawab.

6.3.2 Pembangunan Aplikasi Android animasi 2D bagi topik Penjanaan Tenaga Elektrik dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 3.

Dalam membangunkan aplikasi ini, perisian Adobe Illustrator telah digunakan untuk menghasilkan grafik bagi antara muka aplikasi Android animasi 2D bagi topik Penjanaan Tenaga Elektrik dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 3. Selain itu untuk membangunkan aplikasi, pembangun telah menggunakan perisian Adobe Animate.

Perisian ini mempunyai fungsi yang membolehkan pembangun menetapkan butang navigasi, memasukkan animasi 2D dan grafik serta audio. Pembangunan aplikasi Android animasi 2D ini dapat membantu pelajar dalam melakukan latihan dan pembelajaran mengikut kesesuaian masa sekali gus dapat menarik minat pelajar hal ini selari dengan penyataan Baharudin, H. H., Masnan, A. H., & Zain, A. (2021) yang menyatakan dengan menggunakan aplikasi yang berasaskan Android dapat meningkatkan lagi kefahaman pelajar.

Dalam proses pembangunan navigasi untuk aplikasi ini, pembangun menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran yang pertama timbul ketika pembangun cuba mengintegrasikan butang audio dalam aplikasi Android. Hal ini disebabkan pembangun ingin menunjukkan hanya satu butang audio yang mempunyai peranan membuka dan menutup paparan antara muka aplikasi tersebut. Pembangunan butang navigasi audio menjadi fasa yang agak mencabar kerana untuk mencipta butang audio yang dapat berfungsi sebagai "senyap" dan "buka suara" memerlukan butang yang berbeza. Selepas kedua-dua butang audio itu dibangunkan secara berasingan, pembangun perlu menetapkan kod yang berbeza untuk kedua-duanya. Butang

"senyap" dan "buka suara" ini ditempatkan secara berurutan dalam aplikasi untuk memberikan kesan visual seolah-olah itu hanyalah satu butang dengan kesan membuka dan menutup. Tujuan pembangun meletakkan sekali butang audio sekali adalah untuk kelihatan agar lebih kemas dan membolehkan pengguna untuk menggunakan aplikasi tersebut dengan bebas "senyap" dan "buka suara".

Untuk elemen audio, muzik latar belakang dan audio narrator dimasukkan oleh pembangun ke dalam antara muka serta isi kandungan aplikasi Android untuk memastikan pengguna tidak merasa bosan. Chang Phui Cheng (2018) menyatakan dengan memasukkan muzik kedalam pembelajaran, ia akan menjadikan subjek yang disampaikan tidak menjadi bosan dan kelihatan lebih menarik.

6.3.3 Penilaian pakar terhadap keboleh Fungsian Aplikasi Android animasi 2D bagi topik Penjanaan Tenaga Elektrik dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 3.

Bagi persoalan kajian yang ketiga telah dapat dicapai oleh pembangun mengenai tahap kebolehfungsian aplikasi Android animasi 2D bagi topik Penjanaan Tenaga Elektrik dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 3 selepas proses pembangunan dilaksanakan. Bagi mengukur tahap kebolehfungsian aplikasi ini, penilaian terhadap pakar telah dibuat menggunakan borang senarai semak pakar antaramuka dan isi kandungan. Seramai 3 pakar reka bentuk isi kandungan dan 2 orang pakar reka bentuk antaramuka yang telah membuat pengujian terhadap aplikasi Android 2D bagi topik Penjanaan Tenaga Elektrik dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 3.

6.3.3.1 Penilaian pakar dari aspek reka bentuk isi kandungan.

Penilaian pakar reka bentuk isi kandungan adalah sebanyak 3 orang pakar iaitu seorang daripada guru Sains yang mengajar di sekolah menengah kebangsaan tun ismail. Pakar bersetuju bhawa isi kandungan aplikasi Android ini imenepati isi kandungan seperti mana dalam buku teks sains tingkatan 3. Namun tetapi terdapat jgk bahagian yang harus ditambahbaik isi kandungan tersebut. kesemua pakar bersetuju dengan penerangan dan maklumat isi kandungan aplikasi android interaktif untuk teknik bacaan bagi kanak-kanak sindrom down ini mudah difahami. Penyataan ini disokong oleh Kamaruddin (2012), menyatakan bahawa aplikasi yang konsisten mempunyai susun atur dan penerangan yang baik membantu pengguna meneroka aplikasi yang dibangunkan. Secara keseluruhannya, pakar telah bersetuju bahawa beliau berpuas hati dengan kandungan aplikasi Android aminasi 2D bagi topik Penjanaan Tenaga Elektrik dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 3 yang dibangunkan kerana konsep aplikasi ini dapat menarik serta sesuai dengan keperluan mereka. Namun tetapi, pakar juga ingin pembangun supaya menambahbaikkan objektif pembelajaran supaya sesuai dengan hasil pembelajaran di sekolah.

6.3.3.2 Penilaian pakar dari aspek reka bentuk interaksi.

Daripada hasil analisis yang dilakukan pada bahagian reka bentuk interaksi pakar bersetuju bahawa butang yang digunakan di dalam aplikasi Android animasi 2D ini.

Namun tetapi, terdapat beberapa cadangan yang diberikan daripada pakar untuk penambahbaikan pada aplikasi Android animasi 2D bagi topik Penjanaan Tenaga Elektrik dalam Mata Pelajaran Sains Tingkatan 3 ini. Pakar meminta pembangun untuk menukarkan ikon butang yang standard iaitu pada butang home dan butang menu utama. Pakar mengatakan butang lain seperti ikon play, pause, replay, exit, icon suara dapat dikenalpasti dengan baik. Namun tetapi terdapat seorang pakar yang yang tidak berpuas hati dengan butang play dalam aplikasi tersebut. Hal ini kerana, palkar menyatakan bahwa butang play tersebut tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Bukan itu sahaja, terdapat juga seorang pakar yang tidak bersetuju dengan butang home, hal ini kerana pakar menyatakan butang home di halaman subtopik tidak perlu patah balik ke kepada halaman menu utama. Pakar juga bercadang supaya pada halaman penjanaan tenaga elektrik sediakan butang yang mudah untuk pengguna dalam masa yang singkat. Aplikasi ini juga membenarkan pengguna untuk mengawal muzik latar

belakang sama ada ingin memainkan muzik atau menutup muzik latar belakang yang disediakan menggunakan butang ikon navigasi yang disediakan.

6.3.3.3 Penilaian pakar dari aspek reka bentuk antaramuka.

Penilaian pakar reka bentuk antaramuka ini terdiri daripada 3 orang pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang Multimedia Kreatif. Penilaian ini dilakukan berkaitan dengan reka bentuk elemen multimedia yang digunakan iaitu terdiri daripada teks, grafik, audio dan animasi serta reka bentuk interaksi. Merujuk analisis, penilaian reka bentuk antara muka kesemua pakar bersetuju bahawa jenis fon, sais teks, warna teks yang telah digunakan adalah bersesuaian. Teks merupakan salah satu elemen utama yang penting dalam proses penyampaian maklumat walaupun terdapat elemen multimedia lain yang lebih dinamik.

Selain itu, ketiga – tiga pakar juga turut bersetuju bahawa dengan penggunaan grafik yang jelas, menarik dan warna yang bersesuaian digunakan pada setiap reka bentuk yang dihasilkan. Pada namun tetapi, seorang pakar ingin pembangun untuk menukarkan penggunaan grafik yang mempunyai resolusi yang jelas. Terdapat dua gambar yang perlu pembangun tukarkan kepada gambar yang lebih jelas. Pembangun juga turut menggunakan audio iaitu menerusi muzik latar dengan tema keceriaan selari dengan persembahan isi kandungan dalam aplikasi ini.

Dokumen terkait