• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 6 PERBINCANGAN, KESIMPUALAN DAN CADANGAN

4.4 Reka Bentuk Produk

4.4.4 Reka Bentuk Persembahan Elemen Multimedia

Reka bentuk persembahan elemen multimedia merupakan penentuan elemen-elemen multimedia yang digunakan dalam pembangunan aplikasi Android seperti teks, audio, animasi dan grafik. Demikian itu, penting bagi pembangun untuk merangka perjalanan proses mereka bentuk persembahan dalam membangunkan aplikasi Android yang sistematik, tersusun dan berfungsi dengan baik. Justeru, penggunaan elemen multimedia menerusi pembangunan aplikasi Android memainkan peranan penting supaya penghasilannya lebih menarik. Malahan, pemilihan jenis tulisan, warna tulisan, saiz tulisan, penggunaan warna serta reka bentuk paparan aplikasi juga perlu dititik beratkan. Kesemua perkara ini penting untuk diberi perhatian dalam menghasilkan aplikasi Android yang dapat menarik minat pengguna. Bahkan, pengguna juga tidak mudah merasa bosan apabila menggunakan aplikasi Android tersebut.

4.4.4.1 Teks

Penggunaan teks dalam pembangunan aplikasi merupakan elemen multimedia yang utama dalam menyampaikan segala maklumat ataupun kandungan kepada pengguna.

Pemilihan teks yang bersesuaian penting untuk memudahkan pengguna membaca dan memahami serta dapat menarik minat pengguna untuk meneruskan penggunaan aplikasi Android yang dibangunkan. Dalam pembangunan aplikasi Android bagi topik Elektrik dan Kemagnetan bagi subjek Sains Tingkatan 3, pembangun telah memilih untuk menggunakan dua jenis tulisan sahaja iaitu teks bagi tajuk adalah berjenis 'Gill Sans Ultra Bold' manakala untuk penerangan pula teks berjenis ‘Calibri'.

Seterusnya, saiz tulisan pula adalah berdasarkan kepada maklumat yang ingin disampaikan serta mengikut kesesuaian. Penyusunan teks juga ditentukan dengan memberikan keutamaan kepada isi kandungan yang lebih penting. Rajah 4.21 Proses penentuan teks menggunakan Adobe Animate.

Rajah 4.21 Proses penentuan teks menggunakan Adobe Animate.

4.4.4.2 Audio

Audio juga merupakan salah satu elemen multimedia yang penting untuk digunakan dalam pembangunan aplikasi Android. Pembangun juga meletakkan penggunaan muzik latar dalam menghasilkan aplikasi Android yang lebih menarik. Pemilihan audio juga bergantung kepada kesesuaian dan kandungan aplikasi tersebut. Dengan adanya penggunaan audio dalam pembangunan aplikasi Android, sememangnya dapat memberi motivasi kepada pengguna supaya terus menggunakan aplikasi kerana terdapat elemen yang mampu menarik minat mereka. Selain terdapat muzik latar pada setiap halaman aplikasi Android, pembangun juga meletakkan audio pada butang- butang navigasi yang terdapat dalam aplikasi Android. Hal ini bertujuan memudahkan pengguna untuk peka terhadap butang yang sedang ditekan.

Pembangun juga akan menggunakan perisian Audacity untuk membuat penyuntingan audio agar lebih menarik dan lebih jelas didengar oleh pengguna. Rajah 4.22 menunjukkan proses merakam audio menggunakan Audacity.

Rajah 4.22 menunjukkan proses merakam audio menggunakan Audacity.

4.4.4.3 Grafik

Menerusi pembangunan aplikasi Android ini, elemen multimedia seperti grafik merupakan elemen yang juga digunakan. Grafik penting bagi menjadikan aplikasi Android nampak lebih menarik. Pembangun juga menggunakan perisian Adobe Illustrator untuk melakukan proses penyuntingan grafik agar dapat menghasilkan imej yang berkualiti dan jelas. Selain itu, menggunakan perisian Adobe Illustrator juga, pembangun akan menghasilkan butang-butang navigasi dalam aplikasi Android.

Grafik yang digunakan oleh pembangun kebanyakannya diperoleh daripada rangkaian Internet, setelah itu pembangun akan menyunting agar grafik tersebut sesuai digunakan dalam aplikasi Android. Antara format gambar yang digunakan adalah JPEG dan PNG. Bagi menghasilkan aplikasi Android yang menarik, pembangun juga akan menitikberatkan kesamaan reka betuk supaya kelihatan seragam dan efisien.

Rajah 4.23 menunjukkan proses membuat antaraka aplikasi menggunakan Adobe Illustarator.

Rajah 4.23 menunjukkan proses membuat antaraka aplikasi menggunakan Adobe Illustarator.

4.4.4.4 Animasi

Animasi adalah merupakan pembentukan elemen grafik, gambar pegun atau gambar statik yang dihasilkan daripada gambar menjadi satu pergerakan. Animasi juga dikenali sebagai satu set grafik yang dipaparkan secara pantas kemudian terdapat juga pembentukan siri (frame), objek atau aksara. Dalam aplikasi Android ini, pembangun akan menghasilkan animasi pada bahagian tajuk dan juga pada bahagian kandungan bagi halaman Penjanaan Tenaga Elektrik. Animasi yang dihasilkan adalah animasi 2D di mana animasi tersebut digunakan bagi menunjukkan keseluruhan proses berkenaan subtopik dipilih dalam subjek Sains. Oleh demikian, penggunaan animasi penting dalam menyampaikan kandungan subtopik supaya pelajar mudah untuk menguasai topik pembelajaran dengan lebih jelas. Seterusnya, dengan adanya animasi dalam pembangunan aplikasi Android secara langsung dapat menarik perhatian untuk memberi tumpuan yang lebih semasa proses pembelajaran, bahkan mereka tidak mudah merasa bosan. Rajah 4.24 menunjukkan proses membuat animasi menggunakan Adobe Animate.

Rajah 4.24 menunjukkan proses membuat animasi menggunakan Adobe Animate.

4.4.4.5 Butang Kawalan

Pembangunan Butang Kawalan Pembangun telah menyediakan butang kawalan yang telah dirancang dengan konsisten dalam aplikasi Android. Butang kawalan ini bertujuan untuk memudahkan pengguna dalam melakukan navigasi di setiap halaman aplikasi Android tersebut. Penggunaan butang sangat penting dalam mengawal dan mengekalkan pergerakan di setiap halaman yang diinginkan oleh pengguna. Butang kawalan ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Adobe Illustrator. Untuk membangunkan butang kawalan ini pembangun telah menggunakan peralatan yang ada dalam perisian tersebut. Seterusnya setelah butang kawalan siap dibangunkan, butang kawalan tersebut akan dimasukkan ke dalam perisian Adobe Animate dalam bentuk grafik. Untuk menjadikan butang kawalan ini mempunyai fungsi navigasi, butang kawalan ini akan ditukarkan dalam bentuk simbol button. Setelah itu pembangun akan memasukan Action Script yang membolehkan butang kawalan berfungsi seperti yang diingini. Dalam rajah 4.25 terdapat reka bentuk butang kawalan yang telah dibangunkan oleh pembangun untuk digunakan dalam aplikasi Android.

Butang kawalan Fungsi

Kembali ke halaman utama

Memainkan audio pada antara muka

Mematikan audio pada antara muka

Kembali ke menu utama

Keluar daripada aplikasi Andorid

Pergi ke animasi seterusnya

Kembali ke animasi sebelumnya

Mainkan animasi 2D

Berhentikan animasi 2D

Ulang semula animasi 2D

4.4.4.6 Pengaturcaraan Butang Kawalan

Dalam aplikasi Android animasi 3D untuk teknik silat ini, bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah Action Script 3 untuk mengaktifkan butang kawalan supaya berfungsi dengan baik. Sebahagian besar kod dikembangkan dengan menggunakan potongan kod yang sudah ada dalam perisian Adobe Animate. Namun, ada beberapa fungsi butang yang dikembangkan secara khusus, seperti fungsi play, pause, stop, mute, unmute, dan exit. Jadual 4.2 Pengaturcaraan dan fungsi bagi reka bentuk interaksi aplikasi Android.

Pengaturcaraan Fungsi

Fungsi untuk butang play

Fungsi untuk butang pause

Fungsi untuk butang replay

Pengaturcaraan untuk hentikan muzik latar belakang

Butang audio untuk mute dan unmuted

Dokumen terkait