KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH
Meluluskan Kertas Cadangan Program / Aktiviti
atau
Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program / Aktiviti
Ulasan :
AFFANDI BIN BUJANG
GURU BESAR
SK Kuala Kenyana, Mukah Tarikh :
No. Ruj. : KERTAS CADANGAN
PROGRAM / AKTIVITI : Program Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP) Tahun 2023/2024
1
YBrs : Guru Besar, SK Kuala Kenyana, Mukah
TAJUK : Program Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP) Tahun 2023/2024 SK KUALA KENYANA, MUKAH
TAHUN 2023/2024
2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM
Majlis Anugerah kecemerlangan ialah program tahunan di Sekolah Kebangsaan Kuala Kenyana, Mukah bagi meraikan dan menghargai murid - murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Kecemerlangan murid mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolah dalam melahirkan modal insan. Hal ini seterusnya membuktikan sekolah ialah sebuah institusi pendidikan yang mampu memacu hala tuju murid pada masa hadapan. Justeru, kecemerlangan murid harus diberi pengiktirafan oleh pihak sekolah supaya dapat menjadi pemangkin motivasi dalam diri setiap murid di sekolah ini.
3. OBJEKTIF PROGRAM
3.1 Memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang serta berpotensi dalam bidang akademik dan kokurikulum.
3.2 Memupuk emosi murid agar berazam ingin maju, berkeinginan bersaing secara sihat menuju kejayaan dan setanding dengan orang yang telah berjaya.
3.3 Membina budaya sekolah yang cemerlang dengan aktiviti yang bersifat positif.
3.4 Mengeratkan kerjasama antara ibu bapa, murid dengan pihak pentadbiran sekolah dan guru- guru.
3.5 Membina dan memupuk semangat kerjasama, berketrampilan dan muhibah dalam kalangan warga sekolah.
4. KUMPULAN SASAR
Murid yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kuala Kenyana, Mukah bagi tahun 2023/2024.
5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM Tarikh : 8 Februari 2024
Hari : Khamis
Tempat : SK Kuala Kenyana Masa : 0730 - 1130 Jadual gerak kerja program :
TARIKH AKTIVITI
23/01/2024 Mesyuarat Pembentukan AJK dan
persediaan awal.
30/01/2024 Mesyuarat Perkembangan Persediaan
sebelum aktiviti bermula.
05/02/2024 Persiapan tempat.
07/02/2024 (Rabu) Raptai
08/02/2024 (Khamis) Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar berlangsung
Tentatif Program :
MASA AKTIVITI
7 : 30 a.m. Ketibaan guru-guru, AKP dan murid-murid.
7:45 a.m. Ketibaan tetamu kehormat.
8:00 a.m. Nyanyian Lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan lagu sekolah.
Bacaan Doa.
Ucapan alu-aluan Guru Besar.
Ucapan Perasmian Tetamu jemputan.
Persembahan 1 :
Penyampaian Sijil Penghargaan dalam Unit Pengurusan Kurikulum :
a. Penyampaian Hadiah terbaik dalam setiap mata pelajaran dari tahun 1 hingga tahun 6.
Persembahan 2 :
Penyampaian Sijil Penghargaan dalam Unit Pengurusan HEM :
a. Anugerah Terbaik Kehadiran APDM SK Kuala Kenyana 2023/2024
b. Anugerah Terbaik Kehadiran Asrama SK Kuala Kenyana 2023/2024
c. Anugerah Sahsiah Terbilang SK Kuala Kenyana 2023/2024
d. Sijil Penghargaan Pengawas Sekolah/
Pengawas Asrama/Ketua Kelas/Penolong Kelas
Persembahan 3 :
Penyampaian Sijil Penghargaan dalam Unit Pengurusan Kokurikulum :
a. Anugerah....
b. Anugerah....
c. Anugerah....
Penyampaian sijil-sijil tahun 6
Penyampaian sijil-sijil Pra Sekolah (6 Tahun) Penyampaian Terbaik Tunjang...pra sekolah Penyampaian sijil dan anugerah Khas SK Kuala Kenyana 2023/2024 :
a. Anugerah Kemenjadian Pelajar SK Kuala Kenyana 2023/2023
b. Anugerah Olahragawati SK Kuala Kenyana 2023/2024
c. Anugerah Pelajar Harapan Kuala Kenyana 2024/2025
Penyampaian sijil penghargaan kepada semua staf SK Kuala Kenyana dan Anggota Kakitangan Swasta
( Pembersihan,Pengawal Keselamatan dan
Tukang Masak Asrama) Sesi bergambar.
Jamuan ringan.
11:30 a.m. Majlis Bersurai
6. JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi : Encik Affandi Bin Bujang (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Puan. Noorafzan Binti Ali (Guru Pen. Kanan Pentadbiran) Naib Pengerusi 1 : Encik Khairul Annuar Bin Abdul Wahad (Guru Pen Kanan HEM) Naib Pengerusi 2 : Encik Salim Bin Sani (Guru Pen. Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : En. Benny Anak Tiong Bendahari : Pn. Steffi Anak Witun
Jawatankuasa Kerja :
Ahli Jawatankuasa Tugasan
PENYELARAS INDUK Pn. Noorafzan Binti Ali
Merancang format dan konsep majlis.
Mengurus aturcara majlis.
Memberikan taklimat dan penerangan tentang peraturan dan perjalanan majlis.
Memberikan penerangan berkaitan tugasan setiap jawatankuasa.
Menyediakan atur cara pentadbiran.
SETIAUSAHA / FLOOR MANAGER En. Benny Anak Tiong
Menyediakan kertas kerja majlis.
Menyediakan surat jemputan kepada perasmi, ibu bapa dan murid serta memastikan kehadiran atau maklum balas.
Menguruskan surat menyurat lain yang berkaitan.
BENDAHARI
Pn. Steffi Anak Witun
Menguruskan kewangan berkaitan majlis.
AJK PROTOKOL DAN SAMBUTAN 1. En. Affandi Bin Bujang (K)
2. Pn. Noorafzan Binti Ali
3. En. Khairul Annuar Bin Abdul Wahab 4. En. Salim Bin Sani
Mengadakan mesyuarat kecil atau perbincangan bersama unit AJK seperti yang telah ditetapkan.
Berbincang dan memberi arahan kepada ahli-ahli tentang tugas yang perlu dilaksanakan.
Merancang bersama-sama ahli berkaitan bentuk perasmian yang sesuai.
Menjadi perantara AJK kecil dengan penyelaras majlis.
Menyambut tetamu dan ibu bapa yang hadir.
Menyediakan murid untuk mengiringi ibu bapa ke tempat duduk
PENGACARA MAJLIS
1. Pn. Faizatulakmar Binti Afandi 2. En. Kamarulzaman Bin Roslan
Berhubung dengan Penyelaras Majlis untuk memastikan atur cara yang terkini.
Menyediakan teks pengecara majlis.
Mengacarakan Majlis Anugerah Kecemerlangan.
AJK BACAAN DOA
1. En. Muhammad Hafizuddin Bin Abdul Rashid
Menyediakan teks doa yang sesuai.
Membaca doa pembuka majlis.
AJK JEMPUTAN PERASMI, MURID DAN IBU BAPA
1. Cik Nomie Anak Unting
Menyedia dan mengedarkan surat jemputan kepada murid dan ibu bapa murid melalui guru-guru kelas.
Menggumpul surat jawapan.
Menyediakan surat jemputan perasmi.
Mendapatkan jumlah tetamu yang akan hadir dan menyerahkannya kepada Penyelaras Majlis.
AJK BUKU PROGRAM 1. Pn. Barbara Anak Maurice 2. En. Walter Anak Uri
Menggumpul maklumat untuk buku atur cara.
Memastikan semua isi kandungan buku aturcara lengkap.
Membuat draf dan menyerahkan kepada PKP untuk disemak.
Mencetak buku aturcara yang telah disemak.
Menyediakan Buku Atur Cara yang berbeza untuk VIP.
Membantu AJK sambutan dan AJK Pendaftaran mengedarkan Buku Atur Cara semasa hari majlis.
AJK TEKNIKAL DAN SIARAYA
1. En. Constans Sohnsex bin Anselm Chek 2. En. Walter Anak Uri
3. En. Muhammad Hafizuddin Bin Abdul
Memastikan peralatan teknikal yang diperlukan adalah lengkap dan berfungsi sebelum dan pada hari majlis
berlangsung.
Memastikan peralatan PA system
Rashid
berfungsi dengan baik sepenjang majlis berlangsung.
Memastikan peralatan PA system disimpan semula selepas
berlangsungnya majlis.
AJK PENYELIA MURID
1. En. Kamarulzaman Bin Roslan 2. En. Mohd Afiq Abdullah 3. Pn. Barbara Maurice
Memastikan kehadiran pelajar yang akan menerima anugerah atau menyediakan wakil bagi penerima anugerah yang tidak hadir.
Menyusun kedudukan penerima anugerah di dewan.
Mengurusan penerima-penerima hadiah yang naik ke pentas.
AJK HADIAH DAN CENDERAMATA PERASMI
1. Cik Nomie Anak Unting
2. Pn. Norazalina Binti Mohd Irawan 3. Pn. Steffi Anak Witun
Menyediakan senarai nama murid yang menerima hadiah.
Menjemput semua penerima-penerima anugerah yang telah berpindah.
Memaklumkan dan menjemput semua penerima anugerah.
Menyediakan senarai lengkap penerima hadiah berserta No. Kad Pengenalan untuk AJK Buku Atur Cara dan AJK Sijil dan Hadiah.
AJK SIJIL
1. Cik Nomie Anak Unting
2. Pn. Norazalina Binti Mohd Irawan 3. Pn. Steffi Anak Witun
Berhubung dengan AJK penyedia senarai nama Penerima Anugerah untuk
mendapatkan senarai nama penerima beserta No. Kad Pengenalan.
Menyediakan sijil dan hadiah kepada penerima anugerah.
Menyediakan dulang dan alas dulang untuk penyampaian sijil dan hadiah.
Menyampaikan sijil dan hadiah kepada penerima di pentas.
AJK HIASAN PENTAS DAN BACKDROP (Sebelum dan selepas majlis)
1. Semua Staff SK Kuala Kenyana
Menyediakan bahan-bahan untuk hiasan pentas.
Menyediakan backdrop.
Menyiapkan hiasan pentas.
Membuka semula hiasan setelah selesai majlis.
AJK PERSIAPAN TEMPAT (Sebelum dan selepas majlis) 1. Semua Staff SK Kuala Kenyana 2. Anggota Kakitangan Swasta (AKS)
Menyediakan kerusi yang mencukupi untuk tetamu, guru, para ibu bapa dan murid yang menerima hadiah.
Menyediakan layout susunan meja pengacara dan meja hadiah.
Menyusun kerusi mengikut format layout.
Menyediakan tagging untuk kerusi AJK PIBG, ibu bapa dan murid yang menerima hadiah.
Memulangkan kerusi dan lain-lain perabot yang dipinjam selepas acara selesai.
Memastikan kawasan dikemaskan selepas majlis.
AJK JAMUAN
1. Pn. Noorafzan Binti Ali 2. Pn. Steffi Anak Witun
3. Pn. Faizatulakmar Bin Affandi 4. Pn. Norazalina Binti Mohd. Irawan 5. Pn. Barbara Anak Maurice
6. Cik Nomie Anak Unting
7. Anggota Kakitangan Swasta (AKS)
Mendapatkan jumlah kehadiran daripada Penyelaras majlis.
Berbincang tentang menu jamuan dengan PKP.
Membuat tempahan makanan dan minuman.
Menyediakan tempat makan tetamu utama.
Memastikan jamuan berjalan dengan lancar.
AJK DISIPLIN DAN KAWALAN MURID 1. En. Khairul Annuar Bin Abdul Wahab 2. En. Kamarulzaman Bin Roslan 3. En. Mohd. Afiq Abdullah 4. Pn. Barbara Anak Maurice
Memastikan murid-murid berada di dalam kawalan.
Menjaga disiplin murid semasa berlangsungnya majlis.
Mengawasi pergerakan murid-murid.
AJK DOKUMENTASI DAN FOTOGRAFI 1. En. Benny Anak Tiong Joseph
Menggumpul dan menyediakan bahan dokumentasi yang lengkap.
Menyediakan dokumentasi untuk simpanan unit dokumentasi sekolah dan guru besar.
Menghantar dokumentasi selewat- lewatnya dua minggu selepas majlis kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
AJK PERSEMBAHAN 1. En. Benny Anak Tiong (K) 2. Semua guru kelas
Menyediakan dan melatih murid untuk membuat persembahan.
Mengadakan raptai persembahan.
Memastikan kebajikan murid yang membuat persembahan.
Menyediakan Slide persembahan multimedia.
AJK KEBERSIHAN 1. En. Salim Bin Sani (K)
2. Anggota Kakitangan Swasta (AKS)
Menyediakan tempat parking kenderaan
Memastikan Kebersihan di kawasan acara sebelum dan selepas Majlis
Menyediakan Plastik sampah yang mencukupi
7. IMPLIKASI KEWANGAN
7.1 Sumber kewangan – Lajur yang akan digunakan bagi pelaksanaan program.
Bil. Perkara Jumlah (RM)
1. Peruntukan daripada PIBG RM 2520.00
2. Sumbangan Lain / Luar/LPBT RM 740.00
JUMLAH RM 3260.00
7.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci
Bil. ANUGERAH / AKTIVITI Bilangan Hadiah Anggaran
Perbelanjaan 1. Hadiah
Terbaik setiap matapelajaran ikut kelas.
(Tahun 1 hingga Tahun 6)
Hamper Alatulis
Tahun 1 hingga Tahun 6 ( 6 buah kelas )
- 54 set x RM10.00 =RM540
RM540.00
2. Anugerah Kehadiran Terbaik/Keberhasilan Pelajar,Sahsiah Terbaik/ Pelajar Harapan
Standing Medal - 7 buah
( 7 x RM60 = RM420 )
RM420.00
3. Sijil Penghargaan / Anugerah Khas Sijil Penghargaan (3 Rim) ( 2 x RM50 = RM100 )
RM100.00
4. Trof Olahragawati...
- _ buah (_ X RM_ = _ )
RM200.00
5. Jamuan Makanan dan Minuman
( Anggaran : 50 Orang ) (50 X RM10 = RM500)
RM500.00
6. Lain-lain Kos Kegunaan lain (Contoh :
Banner, Perhiasan Pentas dan sebagainya )
RM1500.00
Jumlah anggaran perbelanjaan RM3260.00
8. ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu)
9. Penutup
Adalah diharapkan segala persiapan dan persediaan untuk melaksanakan program ini akan berjalan dengan lancar serta penuh jayanya. Segala kerjasama dan komitmen serta sumbangan daripada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung adalah merupakan titik permulaan bagi menuju ke arah kecemerlangan anak-anak didik kita yang mana suatu hari nanti merupakan pemangkin dan pemimpin pada masa hadapan.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
Benny Anak Tiong Joseph Noorafzan Binti Ali
Setiausaha Peperiksaan Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Kuala Kenyana, Mukah SK Kuala Kenyana, Mukah
Tarikh : Tarikh :