RASUL PENYAMPAI WAHYU
SURAH AL-AN’AM : AYAT 50
SURAH AL-AN’AM : AYAT 50
SURAH AL-AN’AM : AYAT 50
MAKSUD : KATAKANLAH ( WAHAI MUHAMMAD ) , AKU TIDAK MENGATAKAN KEPADA KAMU BAHAWA KHAZANAH ALLAH ADA DI SISIKU , AKU JUGA TIDAK MENGETAHUI PERKARA- PERKARA GHAIB , DAN AKU TIDAK MENGATAKAN KEPADA KAMU AKU INI MALAIKAT. AKU TIDAK MENURUT MELAIKAN APA YANG DIWAHYUKAN KEPADAKU . KATAKANLAH ADAKAH SAMA ORANG YANG BUTA ( ORG. KAFIR ) DENGAN ORG. YANG CELIK ( ORG. YG. BERIMAN ). TIDAKKAH KAMU MEMIKIRKANNYA.
MAKSUD AYAT
RASUL PENYAMPAI WAHYU
RASUL :
RASUL IALAH MANUSIA LELAKI YANG DIPILIH OLEH ALLAH UNTUK MENYAMPAIKAN WAHYU-NYA KEPADA SELURUH UMAT MANUSIA DAN MEMBIMBING MANUSIA BERIMAN KEPADA ALLAH DEMI KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.
WAHYU :
PERKARA YANG DISAMPAIKAN OLEH ALLAH KEPADA PARA NABI DAN RASUL MELALUI PERANTARAAN MALAIKAT JIBRIL.
WAHYU ALLAH TERKANDUNG DALAM AL QURAN.
PERANAN RASUL :
Membetulkan aqidah
daripada kesesatan
kepada beriman
dengan Allah.
• Menjelaskan syariat dan peraturan
untuk kebahagiaan hidup manusia
dunia dan akhirat.
• Mengajar dan menunjukkan cara
beribadat yang betul.
• Mendidik manusia supaya berakhlak
mulia.
▪ Mengajar cara hidup bermasyarakat.
▪ Memberitahu berita gembira kepada orang beriman dan berita azab
kepada orang yang kufur.
PERKARA GHAIB DAN BAHAGIANNYA :
• Perkara yang hanya diketahui oleh Allah seperti tarikh kiamat , penentuan rezeki dan sebagainya.
• Perkara yang telah berlaku seperti kisah nabi dan umat terdahulu yg dibinasakan Allah.
• Sesuatu yang wujud tetapi tidak boleh dilihat dengan mata seperti kewujudan malaikat , syaitan , syurga dan neraka.
• Perkara yang diketahui oleh manusia melalui
ilmu dan kajian seperti minyak dalam bumi ,
ketulenan emas , proses kejadian manusia.
MANUSIA MEMERLUKAN WAHYU
WALAUPUN TELAH DIANUGERAHKAN AKAL KERANA :
• Akal manusia terbatas dan hanya
mengetahui perkara yg dapat dilihat sahaja
• Akal manusia tidak mampu menilai perkara baik dan buruk dengan tepat dan hanya
berdasarkan logik semata-mata.
• Penggunaan akal manusia hanya
berlandaskan nafsu yang sentiasa mengajak
manusia melakukan kejahatan.
MAKSUD PERKATAAN BERDASARKAN AYAT 50 SURAH AL-AN’AM :
KHAZANAH ALLAH :
SEGALA ILMU DAN PERKARA YANG DIMILIKI OLEH ALLAH.
ORANG BUTA :
ORANG YANG TERTUTUP PINTU HATINYA UNTUK MENERIMA KEBENARAN DAN TIDAK MAHU BERIMAN
KEPADA ALLAH.
ORANG CELIK :
ORANG YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN SENTIASA MELAKSANAKAN PERINTAH-NYA DAN MENINGGALKAN
LARANGAN-NYA.
KEISTIMEWAAN AL-QURAN
• Merupakan mukjizat Allah yang kekal hingga ke hari ini.
• Kandungannya lengkap untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
• Bahasanya indah tiada bandingan dan tidak dapat ditandingi oleh pakar-pakar bahasa.
• Membatalkan semua hukum yang terdapat dalam kitab terdahulu.
• Ayat-ayatnya boleh dijadikan penawar terhadap pelbagai
penyakit manusia.
PENGAJARAN AYAT :
• RASUL MERUPAKAN PENYAMPAI WAHYU ALLAH KEPADA MANUSIA.
• ALLAH TIDAK MEMERLUKAN PEMBANTU UNTUK MENOLONG-NYA MENJAGA DAN MEMBAHAGIKAN KHAZANAH-NYA.
• KITA WAJIB MENTAATI RASUL KERANA MEREKA ADALAH UTUSAN ALLAH.
• ORANG YANG BERIMAN KEPADA ALLAH TIDAK AKAN SAMA DARJATNYA DENGAN ORANG YANG KUFUR.
• KITA HENDAKLAH BERFIKIR BERDASARKAN WAHYU SUPAYA HIDUP SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT.