Headline 30 filem tempatan Language Malay
Media Title BH Section/Page No Hiburan
Date 21 Mac 2021 Journalist Farihad Shalla Mahmud
Source https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/20 21/03/798547/30-filem-tempatan-tunggu-slot
Remarks Filem Malaysia
30 filem tempatan tunggu slot
Farihad Shalla Mahmud - Mac 21, 2021 @ 1:00pm [email protected]
Idham menjelaskan pengendali pawagam perlu menayangkan filem ‘blockbuster’ asing pada pusingan pertama pembukaan premis bagi memulihkan perniagaan yang terjejas teruk sejak setahun lalu. Foto
Ihsan FINAS
KUALA LUMPUR: Kira-kira 30 filem tempatan yang 'terperam' sejak penularan COVID-19 tahun lalu, menanti slot tayangan di pawagam yang sudah beroperasi semula.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri, berkata Jawatankuasa Syarat Wajib Tayang akan membincangkan slot tayangan setiap judul termasuk pada cuti Aidilfitri, Mei depan.
"Setakat ini, ada kira-kira 30 filem berada dalam senarai menunggu untuk ditayangkan. Jawatankuasa Syarat Wajib Tayang akan putuskan.
Filem Bulan & Pria Terhebat lakonan Zahirah MacWilson hanya sempat ditayangkan kira-kira seminggu, tahun lalu, berikutan penularan COVID-19. Foto IG Bulan & Pria Terhebat
"Mungkin filem tempatan hanya ditayangkan di pawagam pada Aidilfitri kelak," katanya kepada BH Online.
Ahmad Idham mengulas senario di mana lebih banyak filem asing bertaraf 'box office' ditayangkan di pawagam sejak beroperasi semula,
manakala filem tempatan kurang dipertontonkan.
Ahmad Idham berkata, pengendali panggung wayang atau pemamer memerlukan suntikan wang untuk merancakkan perniagaan yang terhenti sejak setahun lalu.
"Justeru, mereka memerlukan filem 'blockbuster' asing untuk menjana ekonomi yang terjejas teruk hingga ada pawagam terpaksa gulung tikar.
"Filem asing adalah penyumbang terbesar iaitu sebanyak 80 peratus. Apabila ekonomi pulih, penerbit filem tempatan juga mendapat tempiasnya.
"Difahamkan, ada banyak filem luar yang hebat-hebat sedang menanti untuk ditayangkan.
"Nasihat saya, kita beri laluan untuk filem ini ditayangkan terlebih dulu. Lagipun, tidak lama lagi, kita akan mula berpuasa," katanya.
Ahmad Idham berkata, mengikut pengalaman, filem tempatan berdepan risiko besar jika ditayangkan pada Ramadan.
Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.