• Tidak ada hasil yang ditemukan

DOMAIN APPROACH: MEASUREMENT FOR MORAL REASONING ABSTRACT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "DOMAIN APPROACH: MEASUREMENT FOR MORAL REASONING ABSTRACT"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

120

PENGUKURAN TAHAP PENAAKULAN MORAL MELALUI PENDEKATAN DOMAIN

CHANDER VENGADASALAM1, SHASITHARAN RAMAN KUTTY2, MUNIMAH SUDRAMANIAN3

1,2,3 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan, 71760

Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Article history: Received:30 Jun 2019 Received in revised form: 25 September 2019 Accepted: 31 November 2019 Published online: 31 December 2019

_________________________________________________________________________

ABSTRAK

Kajian ini menyelidik penggunaan Pendekatan Domain dalam mengembangkan aspek penaakulan dalam kalangan murid tingkatan empat di sebuah sekolah menengah luar bandar.

Seramai 42 orang murid menjadi peserta kajian. Kajian ini dijalankan dalam pendekatan kualitatif. Data dikumpul dengan menggunakan teknik temu bual kumpulan berfokus, pemerhatian, catatan jurnal dan rakaman video. Analisa data dibentuk secara bertema.

Dapatan kajian menunjukkan Pendekatan Domain telah digunakan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar telah didedahkan dengan domain moral serta domain konvensi sosial. Modul pengajaran telah digunakan untuk menjawab soalan-soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan Pendekatan Domain mampu mengembangkan aspek penaakulan murid tingkatan empat serta mampu meningkatkan tahap kognitif.

Kata kunci: domain moral, domain konvensi sosial, penaakulan

DOMAIN APPROACH: MEASUREMENT FOR MORAL REASONING

ABSTRACT

This study investigates the use of Domain Approach in developing aspects of moral reasoning among form four students in a rural secondary school. A total of 42 male and female students became participants. This study is conducted in qualitative form. Data is collected using focus group interviewing techniques, observations, journal entries and video recording. Data has been analyzed through several themes. The findings show that Domain Approach has been used as a method of teaching Moral Education. Moral domains and social convention domains have been introduced to students. Research questions have been answered using the teaching modules. This study finally shows Domain Approach able to develop students' moral reasoning as well as to develop cognitif level.

Keywords: moral domain, social conventional domain, reasoning

_______________________________________________________________________

(2)

121 PENGENALAN

Masyarakat dunia memberikan perhatian terhadap Pendidikan Moral disebabkan oleh wujudnya pelbagai masalah seperti perkauman, penyalahgunaan dadah, keganasan rumah tangga, rompakan dan jenayah seks (Lovat dan Clement, 2008; Brooks, Bock, Narvaez, 2013). Masalah sosial yang melibatkan murid sekolah seperti pembuangan bayi, merogol, pembunuhan, gengsterisme, membuli serta pecah rumah kian meningkat secara mendadak (Tih, 2012; Chinnery, 2015). Permasalahan ini mendorong pihak sekolah untuk mengkaji semula keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral (Kathiresan, 2012; Elizabeth, 2012; Ibrahim, 2012; Copp, 2016). Kelemahan dan kekurangan dalam pengajaran Pendidikan Moral mengakibatkan kekurangan dalam pengamalan nilai-nilai kemanusiaan (Ariff, 2012).

Pendekatan merupakan pokok perbincangan utama yang menentukan tahap pencapaian pengajaran guru dan pembelajaran murid (Chin, 2007; Gertsen, Schaap, Bakker, 2017). Guru yang gagal menggunakan pedagogi yang terbaik akan menghasilkan murid yang gagal untuk memahami serta tidak mampu untuk menghayati nilai-nilai yang dipelajari. Gendron (2016) menyatakan bahawa kekurangan dalam penghayatan nilai yang diajar mengakibatkan pelajar tidak berpeluang untuk mengamalkan nilai-nilai moral yang dipelajari dalam kehidupan sebenar mereka, dan seterusnya akan menggagalkan harapan untuk melahirkan insan bermoral.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mencapai hasrat yang dimaksudkan di atas. Memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Moral adalah salah satu usaha dan diikuti oleh penerapan nilai-nilai murni merentasi kurikulum merupakan satu langkah yang baik bagi melahirkan insan yang sempurna (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013). Nilai-nilai pendidikan yang diterapkan dalam sesuatu mata pelajaran akan berjaya dilaksanakan dengan sempurna sekiranya pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan baik (Cullingford, 1995; Ilhavenil, 2013).

Kajian ini memberi tumpuan kepada pendekatan domain dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di tingkatan 4. Perkara yang paling penting yang menjadi isu dalam dunia pendidikan adalah pendekatan-pendekatan yang digunakan oleh guru untuk mengajar sesuatu mata pelajaran bagi mencapai objektif pengajaran dengan lebih jelas (Anderson, 1989; Joseph, Mikel, 2014). Bagi menjadikan pendekatan pengajaran yang lebih efektif dan berkesan guru perlu memainkan peranan yang sangat penting. Kajian lampau membuktikan perlunya pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk membolehkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna (Clermont, et al., 1994; Cochran, et al., 1993; Grossman, 1990; Mark, 1990; McDiarmid, et al., 1989; Shulman, 1987; Doyle, 2013;

Keddie, 2016).

LATAR BELAKANG KAJIAN

Berlandaskan kepada teori domain, Nucci (2001; 2016) menjelaskan bahawa pendekatan domain merangkumi perkembangan amalan yang bersesuaian dengan domain (domain

(3)

122

appropriate practice). Perkembangan amalan yang bersesuaian dengan domain ini adalah dalam domain moral dan domain konvensi sosial yang berbeza mengikut umur. Pendekatan Domain mendedahkan tentang perbezaan interaksi sosial, iaitu isu peribadi berbeza dengan isu interpersonal. Kanak-kanak menganggap bahawa sekolah sebagai penghalang kepada mereka untuk berkelakuan seperti yang dilakukannya di rumah. Matlamat pendekatan ini adalah untuk merangsang perkembangan konsep moral dan konvensi sosial pelajar dalam konteks masyarakat (Nucci, & Powers, 2014).

Teknik Perbincangan atau discourse digunakan dalam

Pendekatan Domain. Ini adalah kerana melalui perbincangan, pandangan seseorang itu dapat dikemukakan kepada orang lain. Dengan memberi alasan, murid dapat mengetahui bahawa seseorang tidak mempunyai pandangan yang sama dengan orang lain ataupun pandangan orang lain tidak semestinya betul.

Perbincangan boleh dilakukan secara lisan atau penulisan yang interaktif. Apa yang penting ialah melalui perbincangan, pemikiran seorang murid tentang sesuatu isu sosial akan berubah supaya impak terhadap perkembangan moral dan konvensi sosialnya boleh berlaku (Nucci, 2001; Nucci &Turiel, 2009).

Pendekatan Domain dalam pendidikan moral memberi peluang kepada murid untuk lebih memahami dunia sosial dengan menyiasat secara kritikal isu sosial dari domain moral dan domain konvensi sosial. Kedua-dua domain ini dianggap berlainan dan oleh itu murid harus mengembangkan kedua-dua domain ini supaya dapat melibatkan diri sebagai warga negara yang konstruktif dan insan yang bermoral. Pendekatan Domain menumpu perhatian kepada penilaian tingkah laku kendiri dengan mengaitkan tingkah laku dalam domain moral dan domain konvensi sosial (Nucci, 2001; Nucci, 2016; Nucci, Murata, et al., 2018)

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan domain dalam mata pelajaran Pendidikan Moral di tingkatan empat. Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk,

i. Memperincikan penaakulan murid dalam domain moral.

ii. Menganalisis penaakulan murid dalam domain konvensi sosial

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan kepada objektif kajian, beberapa soalan kajian telah dibentuk:

i. Apakah penaakulan murid dalam domain moral?

ii. Apakah penaakulan murid dalam domain konvensi sosial?

METODOLOGI

Kajian ini dijalankan dalam reka bentuk penyelidikan tindakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Penyelidikan tindakan memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan para guru menjadi lebih sedar tentang amalan pengajaran sendiri dan bersedia untuk mengubahnya (McNiff, 2005; Debby & Shelly,

(4)

123

2012). Penyelidikan tindakan mementingkan konsep penyelidikan yang bercirikan pembelajaran dalam pelaksanaan (Fatimah, 2001; James, Slater et al., 2012). Kajian ini dijalankan dalam dunia sebenar pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan data yang dikumpulkan bergantung pada apa yang dikemukakan oleh peserta kajian secara langsung, serta refleksi tentang amalan pengajaran itu oleh penyelidik sendiri. Oleh itu, pendekatan kajian secara kualitatif dianggap wajar digunakan kerana tujuan kajian ini ialah untuk meneroka dan memahami Pendekatan Domain yang menjadi fenomena dalam pedagogi pengajaran moral (Nucci, 2001, 2008).

Seramai empat puluh dua orang murid perempuan dan lelaki yang terdiri daripada kaum India dan Cina dipilih untuk tujuan pengumpulan data. Empat puluh dua orang murid ini telah membentuk beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada lebih kurang enam orang murid.

Setiap kumpulan berfokus yang mempunyai 6 orang peserta itu terdiri daripada gabungan murid-murid lelaki dan perempuan serta merangkumi kedua-dua kaum iaitu kaum India dan Cina.

Bagi mengumpulkan data dalam kajian, pelbagai instrumen perlu digunakan kerana pengumpulan lebih banyak data daripada pelbagai sumber adalah lebih baik untuk memahami sesuatu fenomena yang dikaji (Bogdon & Biklen, 2005). Oleh yang demikian penyelidik telah menggunakan empat jenis instrumen iaitu protokol temu bual, protokol pemerhatian di dalam bilik darjah, penelitian dokumen dan bahan audiovisual bagi tujuan pengumpulan data.

(Merriam, 1998; Mills, 2003; Creswell, 2008).

Penyelidik bekerjasama dengan rakan guru yang lain untuk mengendalikan penyelidikan tindakan dengan teratur dan berkesan. Rakan kolaborasi yang mempunyai pengalaman dalam bidang penyelidikan membantu penyelidik dalam segala urusan mendapatkan data (Creswell, 2008; Elliot, 2006; Kemmis & Mc Taggart, 1988). Perkara ini disokong oleh Stringer (2007) yang menyatakan bahawa rakan kolaborasi memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pemungutan data dan seterusnya memudahkan kerja penyelidik. Maka dengan itu pemilihan rakan kolaborasi perlu diteliti dengan sewajarnya agar perjalanan kerja penyelidikan tidak terganggu (Stenhouse,1975).

Model kajian tindakan Kemmis & McTaggart (1988) yang digunakan biasanya bermula dengan satu pelan tindakan am. Dalam konteks kajian ini, proses penyelidikan tindakan bermula dengan penyelidik menyediakan satu pelan tindakan am (penggunaan Pendekatan Domain sebagai kaedah pengajaran alternatif) untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapinya di kelas Pendidikan Moral (Kartini, Shabudin, Rosli & Badrul, 2012).

Dalam fasa I (merancang), gelungan pertama, penyelidik telah merancang satu pelan tindakan am iaitu (penggunaan Pendekatan Domain), dengan memperkenalkannya kepada murid-murid. Dalam fasa II (bertindak), penyelidik telah menggunakan Pendekatan Domain dalam pengajaran di dalam bilik darjah. Pada masa yang sama dalam fasa III (memerhati), penyelidik juga telah memerhatikan kemajuan pelaksanaan Pendekatan Domain, sambil mengumpul data terhadap apa yang dilaksanakan. Dalam fasa IV, (merefleksi), data yang dikumpul telah dianalisis untuk mengetahui kekuatan, kelemahan, kesesuaian dan masalah penggunaan Pendekatan Domain dalam mencapai objektif pengajaran Pendidikan Moral.

Keseluruhan pelaksanaan keempat-empat fasa itu dinyatakan sebagai gelungan pertama.

(5)

124

Sebenarnya, gelungan pertama ini bertujuan untuk menguji kekuatan dan kelemahan pelan tindakan am (Pendekatan Domain) yang dilaksanakan.

Data yang dianalisis, iaitu hasil refleksi gelungan pertama telah membantu penyelidik untuk mengetahui aspek yang baik dan yang perlu diperbaiki dalam Pendekatan Domain. Hasil analisis data tersebut juga telah membantu penyelidik menilai tindakan dan keberkesanan pendekatan ini, di samping memahami punca kelemahan serta kekangan pelaksanaan pendekatan yang diperkenalkan. Analisis data menunjukkan masih terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan Pendekatan Domain sebagai pedagogi pengajaran. Maka dengan itu, penyelidik telah menyediakan pelan tindakan yang baharu berdasarkan maklumat yang dikumpul dan dianalisis. Pendekatan Domain yang ditambah baik menjadi pelan tindakan baharu telah diuji keberkesanannya dalam gelungan kedua.

DAPATAN KAJIAN

Penaakulan murid dalam domain moral

Keadilan

Keadilan merupakan satu piawai penting dalam penilaian moral dan ianya berkaitan prinsip moral yang mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan keuntungan antara individu dan masyarakat. Tentunya juga keadilan membawa makna tidak pilih kasih dan tidak tamak untuk kepentingan diri sendiri. Ia juga bermaksud saksama, seimbang, samarata dan samarasa.

Maksud ini dapat dijelaskan dengan lebih terperinci melalui dapatan kajian seperti berikut.

Peserta kajian telah memberi pandangan bahawa nilai saksama, seimbang adalah perkara yang mustahak dalam sesuatu situasi moral. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengenai keadilan aspek saksama serta aspek seimbang menjadi penekanan dalam tumpuan sebelum menumpukan pada aspek lain dan ini merupakan komponen perlakuan moral. Secara terperinci peserta kajian memberi pandangan mengenai pentingnya aspek saksama dan seimbang dalam sesuatu situasi seperti dalam transkrip temu bual kajian seperti yang berikut:

“Walaupun Raju merupakan seorang pengawas, perbuatan datang lambat ke sekolah tetap salah dan dia patut berdiri di hadapan tapak perhimpunan seperti mana murid-murid lain melakukannya. Guru disiplin tidak sepatutnya memaafkan Raju.

Sekiranya dia berbuat demikian, murid-murid lain juga harus dimaafkan. Peraturan tetap peraturan, semua mesti dilayan sama”. (M16)

Daripada pengumpulan transkrip temubual di atas menunjukkan bahawa peserta kajian memberi keutamaan pada aspek saksama dan memberI pandangan bahawa segala urusan atau keadaan nilai saksama harus diberi keutamaan. Sekiranya tidak maka keadilan tidak akan berlaku dalam kesemua perkara yang dilakukan nanti.

“Sebagai bapa, dia harus pegang pada kata-katanya, tidak boleh menipu anak-anaknya. Kasihan mereka kena tipu. Kalau tidak boleh.. jangan janji. Kasihan budak-budak itu kerana mereka memang tunggu cuti sekolah untuk Pergi berkelah,

(6)

125

lagipun mereka sudah beritahu kawan-kawan di sekolah”.

(M13).

Pandangan peserta kajian di atas menunjukkan bahawa menunaikan perjanjian atau mengotakan kata adalah suatu pegangan yang harus diamalkan oleh setiap insane bagi mengelakkan seseorang tidak terasa kecewa atau tertipu.

Pandangan peserta kajian di atas, dengan jelasnya menerangkan bahawa peserta kajian ini mempunyai pegangan yang kuat pada kata-kata atau janji dan memberikan penghormatan kepada orang tua, dan dia mengharapkan orang tua harus menjadi teladan kepada anak-anak muda. Ini akan membantu dalam melahirkan insan yang bermoral.

Hasil daripada dokumen bertulis didapati bahawa beberapa peserta kajian berpendapat bahawa seseorang tidak seharusnya berat sebelah dalam melaksanakan tugasnya. Perkara ini dibuktikan melalui data yang diperolehi daripada penelitian dokumen seperti berikut:

“ Cikgu Lim harus mengambil tindakan yang sama pada Ravi walaupun Ravi merupaka anak kawan Cikgu Lim dan tinggal di Taman yang sama. Chin akan rasa tidak adil dalam keadaan ini kerana dia telah dihantar ke bilik guru disiplin walaupun mereka melakukan kesalahan yang sama”. (M21).

Altruisme

Hasil daripada dokumen bertulis didapati bahawa peserta kajian mempunyai perasaan belas kasihan melihat orang dalam kesusahan. Tuhan cipta manusia untuk hidup dengan aman dan damain. Oleh kerana kerakusan manusia maka segala malapetataka menimpa terhadap diri manusia. Perkara ini telah disedari oleh peserta kajian ini. Walaubagaimanapun peserta kajian harus memberikan penerangan tentang tindakan moral dan prinsip moral yang harus digabungkan untuk memberikan fakta-fakta atau penjelasan.

Tindakan moral yang diambil oleh peserta kajian adalah selaras dengan prinsip moral iaitu berperikemanusiaan. Tindakan moral yang dilakukan tidak akan dicapai sekiranya tiada unsur-unsur kebajikan, berperikemanusiaan, belas kasihan serta simpati dan empati. Pada masa yang sama beberapa peserta kajian memberikan pandangan yang sama tentang prinsip altruisme iaitu rasa berperikemanusiaan akan hilangkan rasa kepentingan diri sendiri, kebencian dan tamak. “Saya rela kelaparan untuk membantu mereka yang berada dalam kebuluran” (M24). Pendapat yang diutarakan oleh peserta kajian ini menaikkan bulu roma penyelidik kerana dalam dunia moden yang mementingkan kebendaan terdapat juga insan yang dapat menghayati kedaifan orang lain.

Hasil daripada catatan lapangan pemerhatian menunjukkan bahawa ramai peserta kajian membuat pertimbangan melibatkan orang lain. Pertimbangan sebegini dilakukan berdasarkan pada kebajikan orang lain. Kepentingan diri tidak diambil kira memandangkan keperluan orang lain lebih penting dan diutamakan. Dalam membuat pertimbangan yang melibatkan orang lain, peserta kajian berbincang dalam kumpulan untuk membuat sesuatu keputusan.

Setelah membuat keputusan orang yang terlibat dalam pertimbangan ini akan terasa dirinya terbela. Apa sahaja yang dilakukan oleh individu akan melibatkan orang lain dan dalam sesuatu pertimbangan adalah lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika perhubungan itu

(7)

126

berdasarkan belas kasihan, simpati, mengambil berat tentang kebajikan orang lain. Peserta- peserta kajian ini memikirkan kepentingan dan kebajikan orang.

Autonomi

Bagi melihat prinsip autonomi, daripada dapatan temubual menunjukkan bahawa peserta kajian peka terhadap isu kewajaran yang merupakan cabang daripada prinsip autonomi.

Prinsip autonomi ini menerangkan tentang konsep pertimbangan bebas. Pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh akibat paksaan dari luar sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai moral.

Cikgu : Adakah salah jika memberi rasuah kepada

pegawai polis daripada mengelakkan dapat saman?

Mei : Ya, salah.

Cikgu : Mengapa salah, kalau tidak kita akan dapat saman?

Swetha: Cikgu, polis mesti mahu jaga.

Cikgu : Jaga apa?

Swetha: Jaga kita semua supaya tak buat jahat.

Cikgu : Kalau polis tak jaga awak buat jahatlah?

Kavin : Bukan begitu cikgu. Undang-undang kata tak boleh bagi rasuah. Tadikan kita baca rasuah merupakan musuh utama negara.

Berdasarkan kepada transkrip temubual di atas, ia menunjukkan bahawa murid-murid dapat memberikan pandangan tentang kewajaran. Murid-murid juga dapat memberikan alasan- alasan yang munasabah dengan adanya bantuan daripada petikan kecil. Perkara ini dapat dibuktikan dengan transkrip pemerhatian berikut:

“Polis wajar menangkap mereka yang memberikan rasuah.

Rasuah adalah musuh negara yang pertama. Jika semua orang boleh bagi rasuah kepada polis apa gunanya dia dapat gaji.

Polis mesti berkerja untuk menjaga negara bukan menjadi kawan kepada orang yang membuat salah. Polis wajar melakukan tugas mereka mengikut arahan ketua meraka.

Negara akan menjadi aman dengan bantuan polis yang berfungsi sebagai bersih, cekap dan amanah”. (M11).

Hasil dapatan pemerhatian menunjukkan bahawa murid-murid dapat memberikan alasan- alasan yang logik berkaitan dengan amanah. Pertimbangan moral ini sangat penting bagi menghuraikan pemikiran murid-murid. Isu-isu dan situasi-situasi boleh membantu murid- murid untuk lebih memahami perkara ini. Walaubagaimanapun perlakuan dan pertimbanga seseorang adalah hasil tekanan kuasa atasan. Contohnya dalam isu rasuah seorang pegawai polis mengenakan peraturan kepada orang awam atas arahan pihak atasan. Tindakan atas paksaan atau suruhan tidak akan membawa kesan yang positif bagi jangka masa yang lama.

Kesedaran perlu ada pada setiap individu dan segala pertimbangan perlu dilaksanakan dengan rela dan bebas.

Melalui catatan transkrip diatas didapati bahawa “M1” menyatakan patut manakala “M5”

menyatakan tidak patut untuk memberitahu kepada pengurus kompleks. Walaupun pendapat

(8)

127

Jaya dan Kumar berbeza, pujian harus diberikan kepada kedua-dua peserta kajian tersebut kerana mereka bebas membuat pertimbangan tetapi apa yang lebih penting ialah tekanan yang diberikan terhadap “M14” menjadi unsur yang sangat penting dalam pertimbangan ini.

Walaubagaimanapun setelah perbincangan berlaku dalam kumpulan serta unsur kewajaran diambil kira maka Kumar bersetuju dengan Jaya. Ini menunjukkan bahawa perbincangan kumpulan dalam mendapatkan jawapan yang tepat sangat-sangat diperlukan. (M18).

“Pengawas bertugas selalu menghentak pintu tandas sekolah kerana tidak puas hati dengan perbuatan murid-murid mengotorkan tandas. Perbuatan pengawas itu adalah betul, kerana pengawas menjalankan tugas yang diberikan

kepadanya dan mematuhi peratuaran sekolah”.

(M2)

Berdasarkan kepada dokumen bertulis di atas menunjukkan bahawa Muni sudah faham tentang soalan yang diutarakan dalam ujian post, manakala peserta kajian dapat melakukan pertimbangan moral dahulu sebelum memberikan fakta atau alasannya. Aspek pertimbangan moral telah diketahui oleh “M2” dan pada masa yang sama pemikiran Muni membawa kepada penaakulan moral dalam situasi ini. Muni juga menyatakan bahawa tindakan pengawas itu adalah disebabkan oleh arahan atau tugasan yang diberikan oleh guru disiplin mereka. Maka dengan itu boleh dikatakan bahawa perlakuan dan pertimbangan seseorang adalah hasil daripada tekanan kuasa atasan. Seseorang itu perlu dihormati dan tidak sepatutnya memberikan tekanan kerana dia adalah agen autonomi dari segi prinsip moral.

Penaakulan murid dalam domain konvensi sosial Peraturan sosial

Berdasarkan pada dokumen bertulis di bawah, ia menunjukkan bahawa “M12” menyatakan tentang apa yang dikatakan sebagai peraturan sosial iaitu suatu peraturan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat atau diamalkan secara tradisi oleh masyarakat itu. Penjelasan ini boleh dilihat daripada dapatan yang diperoleh daripada bukti dokumen di bawah:

Seorang makan makanan ringan semasa guru menjalankan aktiviti pengajaran di dalam kelas. Perbuatan murid itu adalah betul, kerana dia mungkin lapar. Kalau tidak makan mungkin dia pengsan kerana dia tidak mengambil sarapan pagi. Jika perkara ini berlaku, dia tidak dapat mengikuti pengajaran cikgu.

Peraturan sosial adalah pemahaman yang tidak formal yang mengawal tingkah laku anggota masyarakat. Peraturan sosial dianggap sebagai perwakilan kolektif tingkah laku kumpulan yang dapat diterima serta persepsi individu mengenai kelakuan kumpulan tertentu. Komponen tingkah laku peraturan sosial, mempunyai dua dimensi: berapa banyak tindakan yang dilakukan, dan berapa ramai yang bersetuju dengan tingkah laku yang dilakukan itu.

Isu sosial

Isu sosial adalah masalah yang mempengaruhi banyak individu dalam masyarakat. Isu sosial dibezakan daripada isu-isu ekonomi. Walau bagaimanapun, beberapa isu (seperti imigresen) mempunyai aspek sosial dan ekonomi. Terdapat juga isu-isu yang tidak termasuk dalam kategori, seperti peperangan. Terdapat perbezaan tentang isu-isu sosial yang terdapat dalam

(9)

128

kalangan masyarakat. Individu yang berbeza dan masyarakat yang berbeza mempunyai persepsi yang berbeza.

Interaksi sosial

Interaksi sosial adalah proses yang kita bertindak dan bertindak balas kepada orang-orang di sekeliling kita. Ringkasnya, interaksi sosial termasuk perbuatan orang yang melakukan satu sama lain dan tanggapan yang mereka berikan sebagai balasan. Mempunyai perbualan yang cepat dengan rakan seolah-olah agak remeh. Interaksi sosial termasuk sejumlah besar tingkah laku seperti pertukaran, persaingan, kerjasama, konflik dan paksaan.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang berminat untuk belajar pendidikan moral menggunakan pendekatan domain sangat signifikan dalam domain moral dan domain konvensi sosial sama seperti mana yang dikatakan oleh Nucci, (2001; 2006). Penggunaan pendekatan domain dalam pengajaran moral di bilik darjah bukanlah sangat mudah. Mungkin ada beberapa cabaran untuk mengatasi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran.

Cabaran paling sukar adalah untuk memastikan peserta kajian jelas tentang perbezaan di antara kedua-dua domain moral dan konvensi sosial. Peserta kajian mencampur aduk domain apabila membincangkan isu-isu yang diberikan kepada mereka. Walau bagaimanapun, akhirnya pelajar-pelajar dapat memahami perbezaan di antara kedua-dua domain dan meningkatkan pengetahuan moral mereka. Pendekatan domain dalam pendidikan moral memberikan guru-guru cara atau pilihan untuk mengaitkan kandungan moral dengan lebih kreatif. Pendekatan ini boleh meramal kefahaman, pemikiran dan penaakulan tahap pelajar-pelajar dalam beberapa situasi (Nucci, 2001; Turiel, 1975).

Nucci (2001) mengesahkan bahawa tahap pemikiran pelajar dalam domain moral akan meningkat dengan menggunakan pendekatan domain. Dalam kajian ini, Yalu berpendapat bahawa nilai saksama dan keadilan adalah penting dalam situasi moral. Ini menunjukkan bahawa tahap pemikiran pelajar bertambah baik dari sebelumnya.

Pendekatan domain memberi kuasa kepada pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam perbincangan mengenai isu-isu moral. Mereka boleh memberi idea-idea dan pendapat tentang keadilan, altruisme dan autonomi. Seperti yang dibincangkan lebih awal Kavina berpendapat individu tidak sepatutnya mengambil tindakan berat sebelah dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Memberikan pendapat melalui penggunan pendekatan domain juga boleh digunakan untuk menyelesaikan situasi sebenar atau masalah-masalah yang dihadapi dalam kehidupan harian. Pada masa yang sama pelajar-pelajar dapat berfikir dan berkongsi idea mengenai pembahagian dan memberikan sebab-sebab logik yang berkaitan dengan amanah.

Dalam dunia globalisasi, adalah penting untuk menggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajaran pendidikan moral. Pendekatan domain dalam pendidikan moral memberi peluang kepada para pelajar untuk memahami dunia sosial dengan mengkaji isu-isu sosial yang kritikal

(10)

129

dalam domain moral dan domain konvensi sosial. Pendekatan Domain secara tak langsung mampu mengembangkan ketiga-tiga aspek dalam dimensi moral pelajar walaupun fokus pendekatan ini lebih kepada pemikiran atau penaakulan moral (kognitif) sahaja. Kajian ini juga memberikan gambaran yang lebih jelas dalam perkembangan bidang pedagogi pengajaran pendidikan Moral untuk murid sekolah menengah. Pendedahan Pendekatan Domain diharap menjadi agenda utama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di negara kita. Tugas guru adalah untuk melahirkan insan sempurna yang mengusai dan boleh menaakul untuk mempengaruhi emosi dan tingkah laku murid.

RUJUKAN

Anderson, C.W. (1989). The role of education in the academic disciplines in teacher preparation. Dalam A.E Woolfolk, Research perspectives on the graduate preparation of teacher. Ednglewood Califts, NJ: Prentice Hall.

Ariff S. R. K. (2012, June 11). The true meaning of education. New Straits Times, p.19

Bogdan, R., & Biklen, S., 1998. Qualitative research in education (3rd ed). Boston: Allyn and Bacon.

Brooks, J., Bock, T., Narvaez, D. (2013). Moral Motivation, Moral Judgement and Antisocial Behavior. Journal of Research in Character Education.

Chinnery, A. (2015). On Moral Luck and Non-Ideal Moral Education. Educational Theory.

Cho, H. B. (2017). Navigating the meanings of Social Justice, Teaching for Social Justice and Multicultural Education. International Journal of Multicultural Education.

Chow, F. M. & Jaizah Mahamud. (2013). Kajian Tindakan: Konsep & amalan dalam Pendidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Clermont, C. P., Borko, H., & Krajcik,J. (1994). A Comparative Study of the pedagogical content knowledge of experienced and novice chemical demonstrators. Journal of Research in Science Teaching, 31(4), hlm 419-441.

Cochran, K. F., De Ruiter, J.A., King, R.A. (1993). Pedagogical content knowing: An integrative model for teacher preparation. Journal of Teacher Education, 44(4), hlm 263-272

Copp, D. (2016). Moral Education versus Indoctrination. Theory and Research in Education.

Creswell, J.W. (2008). Educational Research Planning, conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. New Jersey: Pearson Education, Inc.

(11)

130

Creswell, J.W. (2012). Educational Research Planning, conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research (4th ed.). New Jersey: Pearson Education, Inc

Debby, Z., Shelly, I. (2012). Action Research and the Educational Doctorate New Promises and Visions.

Doyle, E., O’Flaherly, J. (2013). The Impact of Education Level and Type on Moral Reasoning.

Irish Educational Studies.

Elizabeth, J. J. (2012, June 5). High in education, low in virtue. New StraitsTimes, p. 19.

Fatimah, H. (2001). Penyelidikan Tindakan di Sebuah Sekolah. Dalam Marohaini Yusoff (Ed).

Penyelidikan Kualitatif Pengalaman Kerja Lapangan kajian (pp. 361-401). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Gendron, C. (2016). Moral Attention: A Comparative Philosophical Study. Journal of Moral Education.

Gertsen, R., Schaap, H., Bakker, C. (2017). Moral Authoship of Novice Teacher in Primary Education. Teacher and Teaching Theory and Practice.

Grossman, P.L. (1990). The making of a teacher: Teacher knowledge and teacher education. New York: Teachers College Press.

Ibrahim, B. (2012, June 8). The renaissance of national ideologies-Pancasila and Rukun Negara: Nurturing just and civilised humanity. New Straits Times, p. 16.

Ilhavenil, N. (2013). Teacher as a caring agent in developing empathy among moral education students. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

James, E.A., Slater, T., & Bucknam, A. (2012). Action research for Business, Nonprofit, and Public Administration A Tool for Complex Times. London: Sage.

Joseph, P. B., Mikel, E. (2014). Transformative Moral Education: Chalenging on Ecology of Violence. Journal of Peace Education.

Kartini, A. M., Shabudin, Y., Rosli, S., & Badrul, A.O. (2012). Penyelidikan Tindakan.

Kathiresan. A. (2012, June 14). Why I am not a criminal: Nature or nurture. New Straits Times, p. 19.

Keddie, A. (2016). Maintaining the Integrity of Public Education: A Comparative Analysis of School Autonomy in the United State and Australia. Comparative Education Review.

Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The Action research planner. Geelong, Vivtoria, Australia: Deakin University Press.

(12)

131

Lovat, T., & Clement, N. (2008). Quality teaching and values education: coalescing for effective learning. Journal of Moral Education, 37(1), 1-16.

Mark, R. (1990). Pedagogical content knowledge: From mathematical case to modified conception. Journal of Teacher Education, 41(3), hlm.11.

Maxwell, B., Beaulac, G. (2013). The Concept of the Moral Domain in Moral Foundations Theory and Cognitive Developmental Theory: Horses for Courses. Journal of Moral Education.

McDiarmid, G.W., Ball,D.L., & Bandura,C.A.(1989). Why saying one chapter ahead doesn’t really work: subject-specific pedagogy. Dalam M.Reynolds, knowledge base for the beginning teacher. Oxford,United Kingdom:Pergamon.

McNiff, J., & Whitehead, J. (2005). Action research for teachers: A practical guide. New York:

David Fulton Publishers.

Mills, G.E. (2003). Action research: A guide for the teacher researcher (2nd ed). Upper Saddle River, New Jersey: Pearson Education, Inc.

Narvaez, D. (2004). Community voices and character education. Minnesota Department of Children, Families & Learning. Universiy of Minnesota.

Nucci, L., Creane, M. W., & Powers, D. W. (2015). Integrating Moral and Social Development Within Middle School Social Studies: A Social Cognitive Domain Approach. Journal of Moral Education.

Nucci, L. (2001). Education in the moral domain. Cambridge: Cambridge University Press.

Nucci, L., Murata, A., Midgette, A., Gee, R., & Powers, D. (2018). Using Lesson Sudy in Teacher Professional Development for Domain Based Moral Education.

Nucci, L. P., & Powers, D.W. (2014). Social cognitive domain theory and moral education. In L. P. Nucci & D. Narvaez (Eds.). Handbook of mora and character education (2nd ed.)

Nucci, L. (2016). Recovering the Role of Reasoning in Moral Education to Address Inequity and Social Justice. Journal of Moral Education.

Othman, L. (2011). Kajian tindakan dalam pendidikan: Teori dan amalan. Tanjung Malim, Perak, Malaysia: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Santoro, D. A. (2017). Cassandra in the classroom: Teaching and Moral Madness. Studies in Philosophy and Education.

Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching a Foundation of the new reform. Harvard Educational Review, 57(1), hlm 1-21.

(13)

132

Suppiah Nachiappan. (2017). Problems in teaching and learning of Moral Education in Secondary School and Solutions through Hermenentics method.

Stringer, E.T. (2007). Action research in education. Columbus, OH: Pearson Prentice Hall.

Taylor, R. M. (2015). The Ethics of Teaching for Social Justice: A Framework for Exploring the Intellectual and Moral Virtues of Social Justice. Democracy and Education.

Turiel, E. (1983). The development of social knowledge: Morality and convention.

Cambridge, England: Cambridge University Press.

Turiel, E., & Smetana, J. (1984). Social knowledge and action: The coordination of domains.

In W.M. Kurtines & J.L. Gewirtz (Eds.), Morality, moral behavior, and moral development: Basic ideas in theory and research, New York: Wiley.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil dapatan kajian telah menyokong teori perkembangan moral Korlbergh, yang telah dikembangkan oleh Lickhona (1991), beliau menjelaskan bahawa

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan antara persepsi dan tahap pengetahuan serta amalan pengurusan disiplin pelajar dalam kalangan guru

Dapatan kajian menunjukkan bahawa (1) persepsi pelajar bahasa Arab terhadap pensyarah adalah tinggi, (2) terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kawalan

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor personaliti merupakan faktor yang sangat mendorong pencapaian akademik pelajar dengan nilai purata skor min adalah

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara beberapa aspek motivasi dengan tahap pencapaian pelajar dalam kursus Teknologi Elektrik

Dapatan kajian yang dilakukan terhadap 53 orang pelajar semester dua sesi Disember 2018 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian

Merujuk kepada hasil perbincangan dan rumusan terhadap dapatan hasil kajian, jelas menunjukkan bahawa kompetensi guru dari aspek pengetahuan isi kandungan dan kompetensi

Rajah 1: Tugasan Pelajar dalam Padlet 5.0 KESIMPULAN Apabila proses PdP melalui PVdP mula diperkenalkan kepada pelajar, hasil dapatan kajian telah membuktikan bahawa terdapat suatu