Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
HUBUNGAN DI ANTARA PERHUBUNGAN PERKAHWINAN DAN SEll' ESTEEM DI KALANGAN BANDUAN LELAKI DI
PENJARAPUSAT KUCHING, SARAWAK
Azrena Binti Sahadon
Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian
BF 2007
692.5
A997
2007
o
HUBUNGANDIANTARAPERHUBUNGANPERKAH~NAN DAN SELF ESTEEM DI KALANGAN BANDUAN LELAKI DI PENJARA
PUSAT KUCHING, SARAWAK
AZRENA BINTI SAHADON
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
(Kaunseling)
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAW AK
2007
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
Gred:
A
JUDUL: \-H~BlJwGAi'i D\~\'l1A\lA PEP.."U~u\llGI\ ~ f;E\l...\c..I\~U>IN~ N
M ~ SElF t S"TE;EN\
SESI PENGAJIAN: ':lOC~ 1071
Saya AL.RENA BINT\ sA'1ADoN (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat MakJumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan untuk membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. ?usat Khidmat Maklumat Akedemik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
5. **Silatandakan(.../)
~
SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)D
TERHAD (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi I badan di mana penyelidikan dijalankan)D
nDAK TERHAD(T ANDA T ANGAN PENULIS) (TA:::dtNGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
"0'16 jALI~t-I se.P.lt.JOIT 8 f. 000 , I<LoA'" G -:lo\ioR.
Tarikh: '1.%/0..."./0+ Tarikh:
gjo7/0')
Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
* Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasal organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai TERHAD.
11
Projek bertajuk 'Hubungan di antara Perhubungan Perkahwinan dan Self Esteem di Kalangan Banduan Lelaki di Penjara Pusat Kuching' telah disediakan oleh Azrena binti Sahadon dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat bergraduan untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Kaunseling).
Diterima untuk diperiksa oleh:
... P~~~~hyah ~.?-! ... . ...
Yahya Tarikh:
... . .... . !::::l?7./~? .. . ...
Gred
A
III
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera
Pertama sekali say a ingin memanjatkan sejuta kesyukuran kerana di atas limpah dan kurniaNya dapatlah say a menyiapkan kajian ini pada masa yang telah ditetapkan untuk memenuhi syarat bergraduat bagi Ijazah Muda Kaunseling. Di kesempatan ini saya ingin merakarnkan ribuan terirna kasih kepada penyelia saya iaitu Puan Fatahyah Yahya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kajian ini. Sokongan dan tunjuk ajar beliau amat saya hargaL
Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak Penjara Pusat kerana sudi membenarkan saya menjalankan kajian di sana. Tidak lupa juga kepada En. Azizi Anding yang sudi membantu dan memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan kajian inL
Teristimewa buat keluarga tersayang terutama sekali kedua ibubapa saya, Encik Sahadon Yasak dan Puan NorIiah Hassan yang tidak pernah jemu dalam memberi sokongan dan semangat. Tanpa kalian berdua saya tidak mungkin akan sampai ke tahap inL Sumber inspirasi saya, Mohd Nizam Salleh yang begitu memahami ketika saya berdepan dengan masalah dan cabaran dalam menjalankan kajian.
Beliau sentiasa disisi memberikan dorongan.
Tidak lupa kepada rakan seperjuangan, pensyarah di Jabatan Kaunseling dan staf sokongan yang memberi bantuan secara lang sung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.
Akhir kata saya mengucapkan ribuan terirna kasih kepada semua. Jasa anda akan saya kenang sepanjang hayat di kandung badan dan semoga kita semua dirahmati Allah S.W.t. Amin ...
IV
,.
I!§lit Khidmat MaklUmat Akaderrua
'P'{J;~~J'ft MALAYSIA SARAW~
"' "~" I/" "!:' S~IlUIf(ll1an
JADUAL KANDUNGAN
Penghargaan IV
Jadual Kandungan V
Senarai Jadual Vlll
Senarai Gambarajah X
Abstrak Xl
Abstract XlI
BAB 1: PENGENALAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Kajian 1
1.2 Penyataan Masalah 4
1.3 Objektif 5
1.3.1 ObjektifUmum 1.3.2 Objektif Khusus
1.4 Kerangka Konseptual 6
1.5 Hipotesis 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Definisi Istilah 8
1.8 Skop Limitasi Kajian 10
1.9 Kesimpulan 11
BAB 2: KAJlAN LITERATUR
2.0 Pengenalan 12
2.1 Kajian- kajian berkaitan dengan Tahap 12
Perhubungan Perkahwinan
2.1.1 Kajian- kajian berkaitan dengan Tahap Perhubungan Perkahwinan dari
aspek komunikasi
2.1.2 Kajian- kajian b~itandengan Tahap Perhubungan Perkahwinan dari aspek nilai dan norma
2.2 Kajian-Kajian berkaitan dengan Selfesteem 17 2.3 Kajian- kajian berkaitan dengan Tahap Perhubungan
Perkahwinan dan selfesteem 20
2.4 Kajian- kajian berkaitan dengan SelfEsteem
dan Faktor Demografi Terpilih 22
2.5 Rumusan berkenaan kajian literatur 23
2.6 Pendekatan Teori yang berkaitan
dengan Tahap Perhubungan Perkahwinan dan selfesteem 23 2.6.1 Teori Self esteem Rosenberg (1965)
2.6.2 Teori Hierarki Keperluan Maslow (1954)
2.6.3 Symbolic Interaction Theory (Stryker & Burke, 2000)
V
,
.
1.1'
II II
2.6.4 Teori Triangular oflove (Stenberg, 1986)
2.7 Rumusan 28
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 29
3.1 Lokasi Kajian 29
3.2 Rekabentuk Kaj ian 29
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 30
3.4 Instrumen Kajian 30
3.4.1 Bahagian A: Faktor Demografi Terpilih 3.4.2 Bahagian B: Self esteem (Coopersmith, 1967) 3.4.3 Bahagian C: Tahap Perhubungan Perkahwinan
3.5 Teknik Pengumpulan Data 35
3.6 Teknik Penganalisis Data 35
3.6.1 Analisis Diskriptif 3.6.2 Ujian Kolerasi Pearson,r 3.6.3 Rumusan Penganalisaan Data
3.7 Rumusan 36
BAB 4 PENGANALISAAN DATA DAN PERBINCANGAN
4.0 Pengenalan 37
4.1 Taburan Demografi Responden 38
4.2 Taburan Tahap Self Esteem 39
4.3 Taburan Tahap Perhubungan Perkahwinan 40
4.4 Dapatan Hipotesis 41
4.4.1 Mengkaji hubungan di antara self esteem dengan perhubungan perkahwinan.
4.4.2 Mengkaji hubungan di antara komunikasi berkesan dengan self esteem
4.4.3 Mengkaji hubungan di antara nilai dan norma dengan selfesteem
4.4.4 Mengkaji hubunga_~i antara tahap pendidikan dengan self esteem
4.4.5 Rumusan keputusan Kolerasi Pearson, r bagi mengenalpasti perkaitan antara perhubungan perkahwinan dengan self esteem
4.5 Kesimpulan 46
BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 47
5.1 Rumusan Kajian 47
5.2 Cadangan Kepada Organisasi 48
5.3 Cadangan Kepada Pengkaji Akan Datang 49
5.4 Penutup 50
VI
BIBLIOGRAFI 52
LAMPIRAN 55
VII
I
SENARAI JADUAL
Jadual3.1
Subskala item Dyadic Relationship Scales Jadual3.2
Skala Pengukuran Tahap Perhubungan Perkahwinan Jadual3.3
Tafsiran Pengukuran Tahap Perhubungan Perkahwinan Jadual3.4
Skala Pengukuran Tahap Self Esteem untuk Lelaki Jadual3.S
Skala Pengukuran Tahap Se(( Esteem untuk Perempuan Jadual3.6
Rumusan Penganalisaan Data Jadual4.1
Taburan demografi responden Jadual4.2
Taburan Tahap Self Esteem .~
Jadual4.3
Taburan Tahap Perhubungan Perkahwinan Jadual4.4
Keputusan ujian kolerasi Pearson, r antara selfesteem dengan perhubungan perkahwinan
V III
l.
29
30
30
32
32
34
36
37
38
40
I
Jadual4.5
Keputusan ujian kolerasi Pearson, r antara komunikasi berkesan dengan selfesteem
40
Jadual4.6
Keputusan ujian kolerasi Pearson, r antara nilai dan norma dengan selfesteem
41
Jadual4.7
Keputusan ujian kolerasi Pearson, r antara tahap pendidikan dengan selfesteem
42
Jadual4.8
Rumusan keputusan Kolerasi Pearson, r bagi mengenalpasti perkaitan antara perhubungan perkahwinan dengan self esteem
43
lX
SENARAI GAMBARAJAH
Rajab 1
Kerangka Konseptual Kajian 6
Rajab 2
Hierarki Keperluan Maslow 21
Rajah 3
Triangular oflove 24
x
ABSTRAK
Hubungan di antara Perhubungan Perkahwinan dan SelfEsteem di kalangan Banduan Lelaki di Penjara Pusat Kuching
Azrena binti Sahadon
Kajian ini mengkaji hubungan di antara perhubungan perkahwinan dengan self esteem ke atas 54 orang banduan Ielaki di Penjara Pusat Kuching. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi tiga (3) bahagian iaitu faktor demografi, inventori dyadic relationship scale dan inventori coopersmith self esteem. Analisis Deskriptif dan Kolerasi Pearson digunakan untuk mengkaji hubungan pemboleh ubah yang di pilih. Dapatan kajian mendapati tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara perhubungan perkahwinan dan self esteem. Selain itu kajian juga mendapati tidak terdapat perhubungan yang signifikan di antara self esteem dengan aspek komunikasi dan nilai dan norma. Kajian ini juga mendapati tidak terdapat perhubungan di antara self esteem dengan tahap pendidikan. Kajian ini juga turut memberikan cadangan kepada pihak organisasi, pengkaji akan datang dan kaunselor untuk memperbaiki kelemahan kajian dan mengambil inisiatif yang sesuai daripada dapatan kajian yang diperolehi. Secara kesimpulannya tidak terdapat perhubungan di antara perhubungan perkahwinan dengan self esteem.
Xl
ABSTRACT
Relationship between Marriages and Self Esteem among Male Inmate at Penjara Pusat KuC/,ing
Azrena bint; Sa/tadon
The purpose ofthis study is to identify the relationship belYveen marriage and self esteem among male inmates in Penjara Pusat Kuching. This quantitative study using questionnaire which has 3 parts that are demographic factor, Self Esteem inventory and Dyadic Relationship Scale inventory. Descriptive Analysis and Pearson Correlations were used to measure the relationship between the variables. The findings showed that there was no significant relationship between marriages and self esteem. This study also found that communication and norm and value do not have significam relationship with self esteem. Beside that, no correlation was found between selected demographic factors with self esteem.
This study also provided suggestion to organization and future researcher to take a nece sary action. As a conclusion, there was no relationship between marriages and selfesteem.
Xll
BABI PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan secara khusus mengenai kajian ini iaitu latar belakang, kenyataan masalah, objektif, kerangka konseptual, hipotesis, kepentingan kajian, defmisi dan limitasi kajian.
1.1 Latar Belakang Kajian
Gardner & Pierce (1998) menyatakan banyak kajian yang telah dilakukan pada topik self esteem ini sarna ada secara menyeluruh atau tertumpu pada bahagian yang tertentu sahaj& Secara umurnnya, self esteem dikategorikan kepada dua bahagian iaitu tret dan situasi (Leary & Baumeister, 2000).
Menurut Hill & Buss (tiada tahun) self esteem mempunyai enam (6) komponen psikologikal. Komponen yang pertama adalah keupayaan individu mengekalkan tahap kognitif terhadap kelakuan dan keupayaan individu dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Komponen self esteem yang kedua ialah mengawal prestasi individu terutamanya yang melibatkan pandangan orang lain terhadap individu tersebut. Keupayaan dalam kedua-dua komponen self esteem
1
ini boleh meningkat dari hari ke hari. Ia berdasarkan pada pengalaman dan peristiwa yang individu itu alami.
Komponen yang ketiga ialah mekanisme pengemaskinian. Setiap hari individu akan melalui pengalaman dan peristiwa yang berbeza. Ia akan memberi pengalaman dan pengetahuan yang baru terhadap individu. Mekanisme pengemaskinian akan memperbaharui konsep kendiri individu melalui pengetahuan dan pengalaman baru yang didapati.
Manakala komponen self esteem yang keempat ialah penilaian afektif. Ia adalah untuk menilai gambaran dalaman individu. Ia juga dikenali sebagai tret self esteem. Seterusnya, komponen self esteem yang kelima ialah ialah fungsi
memotivasi. Komponen yang kelima ini berfungsi sebagai komponen yang memotivasikan individu dalam membuat pilihan untuk melakukan sesuatu yang paling sesuai dan berkesan bagi individu terbabit.
Komponen self esteem yang keenam pula kelakuan individu yang spesifik. Hipotesis kajian mengatakan bahawa self esteem menghantar signal kepada individu dan menyebabkan perubahan dalam kebolehan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada self esteem. Di antaranya ialah tahap pengh~atan, penerimaan dan perhatian daripada orang yang penting dalam hidup kita. Selain itu sejarah kejayaan dan kegagalan, status dan cara penerimaan seseorang itu terhadap kejayaan atau kegagalan (Coopersmith, 1967).
Perkahwinan merupakan satu institusi yang penting untuk hampir keseluruhan masyarakat di dunia. Sebagai contoh di United States hampir 90 % individu memilih untuk berkahwin ( Brubaker& Kimberly, 1993 dalam Myers, Madathil & Tingle 2005)
2
Manakala mengikut kajian yang telah dHakukan oleh Gotman,1994;
Orbuch & Custer, 1995; White, 1994 mendapati individu akan menjadi lebih sihat dan gembira apabila berkahwin (Myers, Madathil & Tingle, 2005)
Allah telah mencipta manusia secara berpasangan-pasangan iaitu lelaki dan perempuan dan mereka saling bergantungan antara satu sarna lain. Tujuan utama manusia berkahwin adalah untuk menyambung generasi mereka dan hidup secara aman damai sebagai pasangan suami isteri (Abdul Rahman, 1992).
Agama Islam menggalakkan umatnya bernikah kerana dengan cara itu sahaja dapat menjamin kebahagian hidup antara lelaki dan perempuan. Tetapi pada hakikatnya bukan satu perkara yang mudah untuk membentuk sebuah rumahtangga yang aman damai menurut lunas-lunas Islam. Banyak juga yang kita dengar dan lihat sebuah rumahtangga yang dibina atas dasar kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sarna lain, tetapi berakhir dengan penceraian dan porak peranda (Mohd Ibrahim 1996).
Ahli antropologi berpendapat berkenaan dengan perkahwinan, ia dianggap satu institusi iaitu berkait rapat dengan anak, hubungan seksual, harta dan perkhldmatan kerja (Leach, 1961 dalam Smith, 2004).
Menurut Stone & .ftackelford (2006) terdapat banyak faktor dan komponen yang menyumbang kepada kepuasan di dalam perkahwinan di antaranya adalah kognisi pasangan suami isteri, bentuk interaksi, sokongan sosial, personaliti suami isteri, nilai dan norma dan lain lain lagi.
Pengkaji mendapati se([ esteem banyak mempengaruhi individu dalam melakukan sesuatu perkara atau keputusan. Ia juga banyak memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Oleh itu pengkaji ingin melihat sarna ada se([
esteem mempengaruhi hubungan perkahwinan individu.
3
1.2 Peoyataao masalah
Self esteem dilihat sebagai satu penilaian yang menunjukkan buruk dan baiknya seseorang itu. la juga dikenal pasti dapat meramal di dalam masalah sosial berikutan daripada penemuan kajian psikologi dan sosial yang dilakukan baru-baru ini (Donahue & Benson, 1995; Mecca, Smelser, & Vasconcellos, 1989;
Mruk, 1995).
Individu yang mempunyai self esteem yang rendah selalunya mempunyai perasaan takut yang tinggi terhadap kegagalan. Dengan itu mereka akan membuat matlamat yang senang dicapai ataupun matlamat yang tidak realistik (Bednar, Wells & Peterson, 1989).
lni menunjukkan bahawa individu yang mempunyai self esteem yang rendah adalah seorang yang tidak berkeyakinan dalam membuat sesuatu perkara.
Ini kerana mereka takut apa yang mereka lakukan akan dikritik oleh orang lain.
Perhubungan perkahwinan yang berkualiti amatlah diharapkan oleh setiap pasangan yang berkahwin. Tetapi malangnya 52 % hubungan perkahwinan berakhir dengan perceraian mengikut statistik yang telah dibuat oleh US Bureau ofCencus 1992 (Fowers, Mon~t'& Olson, 1992 dalam Billideau, 1997)
Manakala satu kajian lain yang dilakukan pada tahun 1940-an hingga 1970-an mendapati kadar penceraian di kalangan orang Kelantan adalah sangat tinggi. Kajian juga mendapati pada tahun 1970-an kadar penceraian di negeri Kelantan masih tertinggi di dunia. Kadar kasar penceraian bagi orang Melayu Kelantan pada tahun 1975 sebanyak 6.5, diikuti oleh Amerika Syarikat 4.6, Terangganu 4.5, Jawa Barat 3.0 dan Jawa Timur 2.9 ( Jones, 1980; Jones, 1981;
4
Sidhu & Jones, 1981; Hasan , 1984 dalam Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin & Che Hashim Hassan, 2006).
Kesimpulannya Malaysia merupakan negara yang mempunyai tahap penceraian yang paling tinggi di dunia. Oleh itu pengkaji ingin mengkaji faktor yang mempengaruhi kualiti dalam perhubungan perkahwinan. Faktor yang ingin di kaji adalah selfesteem.
Tahap self esteem individu adalah salah satu faktor yang menentukan kestabilan perhubungan perkahwinan. Ini kerana mengikut kajian yang dijalankan oleh Rusbult, Morrow & Johnson (1987) individu yang mempunyai self esteem yang tinggi membawa kepada pemasalahan di dalam perhubungan perkahwinan begitu juga dengan individu yang mempunyai selfesteem yang rendah.
1.3 OBJEKTIF
Dalam sesebuah kajian, objektif tentang perlunya sesuatu kajian dilakukan merupakan satu elemen penting yang menjadi keutamaan pengkaji, objektif kajian ini telah dibahagi kepada dua:
1.3.1 Objektif umum
Mengkaji hubungan di antara JOChubungan perkahwinan dengan self esteem. Satu kajian di kalangan Banduan Lelaki di Penjara Pusat Kuching
1.3.2 Objektif khusus
1. Mengkaji hubungan di antara komunikasi berkesan dengan self esteem 2. Mengkaji hubungan di antara nilai dan norma dengan self esteem 3. Mengkaji hubungan di antara tahap pendidikan dengan self esteem
5
1.4 KERANGKA KONSEPTUAL
Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian
Pembolehubah tak bersandar Pembolehubah bersandar
Faktor demografi ... Tahap
Pendidikan
SelfEsteem
Tahap perhubungan
perkahwinan
/
.. Komukasi berkesan .. Nilai dan
norma
Rajah 1: Kerangka Konseptual
.. '
Berdasarkan Rajah 1, pemboleh ubah tidak bersandar dalam kajian ini adalah selfesteem manakala pembolehubah bersandar ialah faktor demografi dan tahap perhubungan perkahwinan Dimensi dalam tahap perhubungan perkahwinan terdiri daripada komunikasi berkesan dan nilai dan norma.
Manakala faktor demografi yang dikaji ialah tahap pendidikan.
6
1.5 HIPOTESIS
HoI: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara perhubungan perkahwinan dengan selfesteem.
Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara komunikasi berkesan dengan selfesteem
Ho3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara nilai dan norma dengan selfesteem
Ho4: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pendidikan dengan selfesteem
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
KuaJiti dalam perhubungan merujuk kepada · kegembiraan, kepuasan, komitmen, kemesraan atau konflik. Kajian Iepas banyak berfokus kepada kestabilan hubungan berbanding dengan kualiti dalam perhubungan. Ini kerana kestabilan lebih mudah didefmasikan berbanding kualiti. Penemuan fakta di dalam kualiti sesebuah perhubungan perkahwinan sebenarnya lebih banyak membantu kajian di dalam kestabilan hubungan perkahwinan (Karney, 1997 dalam Taylor & Francis 2005).
Oleh yang demikian, kajian ini dapat membantu para pengkaji yang lain untuk mengkaji berkenaan de wan kualiti dalam hubungan perkahwinan dan juga kestabilan hubungan. Selain itu pengkaji juga boleh mengkaji aspek yang lain tentang perhubungan perkahwinan dan self esteem seperti aspek kawalan dan peranan Kaj ian ini juga boleh digunakan oleh pasangan suami-isteri untuk meningkatkan tahap perhubungan perkahwinan dan sekaligus selfesteem mereka.
Oi sampmg itu, kajian ini juga dapat menyumbang kepada bidang kaunseling. Ini kerana dengan kajian yang dibuat para kaunselor dapat merujuk tentang elemen penting yang perlu ada di dalam perhubungan perkahwinan.
7
Selain itu kaunselor juga boleh mengetahui dan memahami masalah yang sering dihadapi oleh pasangan. Ini memudahkan kaunselor untuk mengendalikan kaunseling individu dan keluarga yang lebih efektif dan berkesan.
Kajian ini juga dapat digunakan oleh organisasi untuk membuat intervansi yang sesuai dalam meningkatkan self esteem dan perhubungan perkahwinan banduan. lni kerana banyak kajian menunjukkan terdapat perhubungan yang positif di antara keseimbangan se?f esteem dengan kestabilan dalam hubungan perkahwinanan.
1.7 DEFINISI ISTILAH
(a) Self esteem
KODseptual
Self esteem merujuk kepada aspek emosi atau perasaan yang ada dalam diri kita.
Biasanya, ia merujuk kepada bagaimana individu melihat dan menilai diri sendiri.
Self esteem yang tinggi menunjukkan individu membuat penilaian yang baik secara keseluruhannya terhadap diri manakala se?f esteem yang rendah pula adalah sebaliknya (Purkey, 1998 dalam Huitt, 2004).
Operasional
Self esteem adalah bagaim~~ personaliti individu apabila berhadapan dengan pelbagai situasi dan bagaimana individu mengawal diri dan tingkah laku.
Personaliti, perlakuan dan tingkah laku individu secara keseluruhanya di nilai sebagai selfesteem.
8
(b) Tabap perhubungan perkabwinan
Konseptual
Tahap perhubungan perkahwinan adalah kepuasan yang dilihat sebagai keadaan psikologi yang dikawal oleh mekanisme yang mengarah kepada keuntungan kepada pasangan (Olsen & Larsen, 1989 dalam Nurhadfizah Ibrahim, 2006).
Operasional
Tahap perhubungan perkahwinan merujuk kepada sejauh mana kebahagiaan dan keserasian yang dirasai oleh pasangan suami isteri. Kebahagiaan ini diukur daripada pelbagai sudut di antaranya dari sudut komunikasi berkesan, ekonomi, bilangan anak dan nilai dan norma.
(c) Komunikasi berkesan
Konseptual
Komunikasi ialah suatu proses iaitu seorang individu menerima mesej daripada individu yang lain. Ia adalah perkongsian maklumat, idea, sikap dan perasaan iaitu akan menambahkan kesefahaman di antara penghantar dan penerima maklumat. Proses ini melibatkan verbal dan non verbal (Matthews, tiada tahun).
Operasional
Komunikasi berkesan ditafsirMli\ sebagai perhubungan dua hala antara suami dan isteri yang melibatkan perbincangan dan penyelesaian masalah. Komunikasi berkesan amat penting dalam memastikan kejayaan sesuatu perhubungan perkahwinan. Komunikasi berkesan adalah satu satu faktor yang mendorong kepada kepuasan dalam perhubungan perkahwinan. Komunikasi boleh dilihat dari dua sudut iaitu jenis dan jumlah komunikasi yang digunakan.
9
(d) Nilai dan Norma
Konseptual
Nilai adalah perkara tersirat yang berada di dalam diri individu. Ianya berkait rapat dengan individu dalam membuat sebarang pilihan atau keputusan.
Manakala nonna adalah satu kepercayaan dan pegangan yang di pegang oleh individu tentang kelakuan yang betul dan salah, apa yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan, dan apa yang diterima dan tidak diterima oleh budaya dan masyarakat sekeliling (Wikipidea, 2006).
Operasional
Dalam sesuatu hubungan perkahwinan terdapat nilai dan norma yang dipegang oleh pasangan suami isteri. Nilai dan norma ini biasanya terdapat di dalam diri individu sebelum berkahwin lagi. Perbezaan nilai dan norma yang ketara antara pasangan suami isteri akan membawa kepada ketidakstabilan di dalam hubungan perkahwinan mereka.
1.8 SKOP DAN LIMITASI KAJIAN
Terdapat beberapa limitasi di dalam kajian ini. Diantaranya ialah kajian ini hanya tertumpu kepada banduan lelaki sahaja. 01eh itu penemuan daripada kajian ini tidak dapat diaplikasikan secara menyeluruh terhadap populasi banduan. Selain itu bilangaspopulasi kajian yang terlibat di dalam kajian ini agak sedikit dan hanya dilakukan di kawasan Kuching sahaja. Oleh itu ia tidak dapat mewakili jurnlah populasi banduan di Malaysia.
Ketika dj dalam proses melakukan kajian terdapat banyak limitasi yang dihadapi oleh pengkaji diantaranya proses mendapatkan kebenaran melakukan kajian keatas banduan memgambil masa yang agak lama iaitu lebih kurang tiga (3) bulan. Oleh itu menyebabkan masa untuk mengumpul data menjadi singkat.
10
Kajian ini rnenggunakan kaedah kuantitatif iaitu dapatan kajian akan terhad kepada persoalan di dalarn borang soal selidik sahaja. Jika rnenggunakan kaedah kualitatif pengkaji rnungkin akan rnernperolehi banyak rnaklurnat tambahan yang dapat rnenguatkan lagi dapatan kajian ini.
Selain itu soalan di dalarn instrurnen kajian juga agak banyak menyebabkan ada sesetengah borang soal selidik yang dikernbalikan kosong dan separuh berisi ini rnungkin kerana responden berasa bosan dan penat ketika
menjawab soalan tersebut. Terdapat sebilangan responden yang tidak boleh membaca dan rnenulis. Pengkaji terpaksa rnerninta bantuan kaunselor dan warden
di Penjara Pusat Kuching untuk rnernbantu responden rnernaharni dan rnenjawab borang soal selidik terse but.
Selain itu pengurnpulan data juga dilakukan · secara berperingkat iaitu selama 3 hari berturut-turut. Ini kerana responden yang terIibat tidak dapat dikumpulkan secara berarnai-rarnai. Ini adalah untuk langkah keselarnatan yang teIah ditetapkan oJeh pihak penjara. Pengkaji juga tidak dibenarkan bersarna
sama dengan responden ketika sesi pengurnpulan data dijalankan. Oleh itu menyebabkan pengkaji tidak dapat rnenerangkan dengan jelas tujuan dan objektif kajian dengan responden.
1.9 KESIMPULAN
Bab ini rnenjelaskan tentang penyataan rnasalah, objektif, hipotesis kajian, Iimitasi kajian, definisi pengistilahan dan kepentingan kajian. Persoalan utarna daJam kajian ini adalah untuk rnelihat hubungan di antara perhubungan
perkahwinan dan self esteem. Perkara tersebut akan dibincangkan dengan lebih mendalam pada bahagian seterusnya.
11