• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

"w0

UAt

IMN

Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia

REKABENTUK ALAT KAWALAN PAPARAN : SATU

KAJIAN DI BILIK KAWALAN PUSAT BALAI BOMBA BATU LINTANG KUCHING, SARAWAK

NORHIDAYAH BINTI ABU BAKAR

TH

9123 N822 2008

tiarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Kognitit)

2008

(2)

clyý, Eu

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI M ALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: k2A(lkYY[UIC

ALPT I<fvv'gt. ý

rAfAlýAl"

;

SK(4 ICATlL7?

f

tý t-(L(

, ýc. ýt IývnºýA- WO Ld

ULN'1N4r,

SESI PENGAJIAN :

ý00 $

Saya f'o r2tj-( &1 /V ll ýýý i; ýlýCf-rº ý,

(HURUF BESAR)

ý

Mengaku membenarkan tesis im disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

5. Sila tandakan (ý)

/

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap:

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENYILIA)

Tarikh : Tarikh :

15 - OS

-

wo9

(3)

: ri '_, r17 .) II\

. )rv% t±vr! ü*

. 4t 1y iüü '. 13111i1si111. i1S!

P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAI

11111 imuieiun

1000203730

REKABENTUK ALAT KAWALAN PAPARAN: SATU KAMAN DI BILIK KAWALAN PUSAT BALAI BOMBA BATU LINTANG KUCHING,

SARAWAK

NORHIDAYAH BINTI ABU BAKAR

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian

(Sains Kognitif)

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2008

i

(4)

Projek bertajuk `Rekabentuk Alat Kawalan Paparan: Satu Kajian Di Bilik Kawalan Pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching, Sarawak' telah disediakan oleh Norhidayah binti Abu Bakar dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Kognitif)

Diterima pntuk diperiksa oleh:

ý

(Mohd Kamal bin Othman)

Tarikh:

Iýj"Oý' ZOGý

ii

(5)

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang Kuching kerana memberi saya peluang untuk menyiapkan projek tahun akhir saya di bahagian bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching.

Penghargaan istimewa juga ditujukan kepada penyelia projek tahun akhir saya, Encik Mohd Kamal bin Othman kerana menjadi penyelia dan pensyarah yang penuh dedikasi dalam membimbing saya menyiapkan projek tahun akhir ini. Saya amat berterima kasih atas kesabaran, luangan masa, komen dan juga idea membina yang diberikan oleh beliau kepada saya. Ucapan terima kasih buat para pensyarah

Sains Kognitif di UNIMAS di atas komen dan cadangan yang turut membantu saya menyiapkan kajian ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pegawai bomba yang bertugas di bilik kawalan pusat Balai Bomba

Batu Lintang Kuching, khususnya di atas kerjasama yang diberikan bagi membantu saya menyiapkan projek tahun akhir ini. Kerjasama yang diberikan amat membantu dalam memastikan projek tahun akhir ini berjalan dengan lancar.

Syukur kepada Allah kerana telah memberi saya petunjuk, bimbingan serta kekuatan bagi menyiapkan projek tahun akhir ini dengan sempurna. Ucapan terima kasih serta sekalung penghargaan juga buat ibu bapa serta rakan-rakan yang telah banyak berdoa, mendorong dan sentiasa berada di sisi saya.

111

(6)

+.... ...:

e'. i3iltt

ýjNý/hºcJl'1'1 MALAY alr+ ýýrýWAK ++4 {111i Kola tiattºarý

JADUAL KANDUNGAN

Penghargaan

Jadual Kandungan

Senarai Gambarajah Senarai Jadual

Abstrak Abstract

1. BAB 1 PENGENALAN 1.0

1.1 1.2

1.3 1.4 1.5

1.6 1.7 1.8 1.9 1.10

1.1 1

1.2.1 1.2.2 1.2.3 1.2.4 1.2.5 1.2.6 1.2.7

Pendahuluan

Rekabentuk Alat Kawalan Latar Belakang Kajian

Pengenalan

Alat Kawalan Ergonomik

Rekabentuk Alat Kawalan

Susunan dan Pengkelasan Alat Kawalan Jenis-Jenis Kawalan

Pengujian Rekabentuk

Latar Belakang Organisasi Kenyataan Masalah

Objektif Kajian

1.5.1 Objektif Umum 1.5.2 Objektif Spesifik Soalan Kajian

Kepentingan Kajian Skop Kajian

Limitasi Kajian Definisi Istilah

1.10.1 Ergonomik

1.10.2 Kebolehgunaan

1.10.3 Pengujian Rekabentuk Kesimpulan

iii iv

Vu

x xi aii

1 1 6 6 6 6 8 9 9

13 13 14 19 19 19 19 20 20 21 21 21 21 22 22

iv

(7)

2. BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.0 Pengenalan 23

2.1 Ergonomik 23

2.2 Analisis Tugasan Dalam Rekabentuk Ergonomik 24

2.3 Rekabentuk Paparan 24

2.4 Kesesuaian Pergerakan untuk Kawalan dan Paparan 25

2.5 Prinsip Susunan pada Alat Kawalan 25

3. BAB 3 METODOLOGI 3.0 Pengenalan

3.1 Rekabentuk Kajian 3.1.1 Data Primer

3.1.2 Data Sekunder

3.2 Populasi dan Sampel 3.2.1 Populasi

3.2.2 Sampel 3.3 Bahan Kajian

3.4 Analisa Data

4. BAB 4 HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN

4.0 Pengenalan

4.1 Hasil Pemerhatian 4.1.1 Bentuk

4.1.2 Saiz

4.1.3 Susunan 4.1.4 Wama

4.1.5 Tekstur 4.1.6 Label

4.2 Hasil Temu Ramah 4.2.1 Pengenalan 4.2.2 Bentuk

4.2.3 Saiz

4.2.4 Susunan 4.2.5 Wama

4.2.6 Tekstur 4.2.7 Label

4.3 Perbincangan 4.4 Kesimpulan

27 27 28 28 28 29 29 29 30

31 31 32 34 35 36 37 39 41 41 42 43 44 45 46 46 47 48

V

(8)

5. BAB 5 RUMUSAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 49

5.1 Rumusan 50

5.2 Kesimpulan 51

5.3 Cadangan untuk Bilik Kawalan Pusat 52

5.4 Cadangan untuk Kajian di Masa Akan Datang 55

6. RUJUKAN 57

vi

(9)

SENARAI GAMBARAJAH

Gambarajah 1

Bentuk butang kawalan pada sebuah radio di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching

Gambarajah 2

Saiz butang kawalan yang berbeza pada sebuah radio di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching

Gambarajah 3

Permukaan butang kawalan yang kasar di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching

Gambarajah 4

Susunan butang kawalan yang teratur di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching

2

3

3

4 Gambarajah 5

Warna merah pada butang kawalan di bilik kawalan pusat Balai

Bomba Batu Lintang Kuching menunjukkan radio sedang beroperasi 5 Gambarajah 6

Label pada butang kawalan sebuah radio di bilik kawalan pusat

Balai Bomba Batu Lintang Kuching

5

Gambarajah 7

Butang tolakan 10

Gambarajah 8

Papan kekunci alphanumeric 10

Gambarajah 9

Sufis rocker 11

Gambarajah 10

Tombol yang terdapat pada radio 11

Gambarajah 11

Sufis meluncur 12

vii

(10)

Gambarajah 12

Tuas 12

Gambarajah 13

Bilik kawalan pusat di Balai Bomba Batu Lintang Kuching 14 Gambarajah 14

Set radio di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching 14 Gambarajah 15

Tiga butang kawalan kecemasan di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching

Gambarajah 16

Saiz butang yang kecil pada set radio di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching

Gambarajah 17

Saiz label yang kecil pada butang kawalan radio di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching

Gambarajah 18

Susunan butang kawalan pada set radio di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching

Gambarajah 19

Bentuk butang pada suis kawalan di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching

15

15

16

17

17

Gambarajah 20

Susun atur bilik kawalan pusat di Balai Bomba Batu Lintang Kuching 18

Gambarajah 21

Jenis-jenis kawalan yang digunakan di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching

Gambarajah 22

Contoh kod susunan pada alat kawalan di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching

Gambarajah 23

Contoh kod tekstur yang digunakan di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching

33

35

38

viu

(11)

Gambarajah 24

Contoh gambar penggunaan kod label di bilik kawalan pusat

Balai Bomba Batu Lintang Kuching

40

Gambarajah 25

Rekabentuk set radio yang baru 42

Gambarajah 26

Rekabentuk suis kawalan yang baru 42

Gambarajah 27

Bentuk butang yang digunakan pada rekabentuk alat kawalan yang

baru 43

Gambarajah 28

Saiz butang yang digunakan pada rekabentuk alat kawalan yang baru 44 Gambarajah 29

Butang On pada rekabentuk set radio yang baru 45

Gambarajah 30

Label simbol yang sama pada butang volume yang terdapat pada

rekabentuk set radio yang barn 47

ix

(12)

SENARAI JADUAL

Jadual 1

Jenis-jenis warna yang digunakan di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching

Jadual 2

Jenis-jenis label yang digunakan di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching

37

39

X

(13)

ABSTRAK

REKABENTUK ALAT KAWALAN PAPARAN: SATU KAJIAN DI BILIK

KAWALAN PUSAT BALAI BOMBA BATU LINTANG KUCHING, SARAWAK

Norhidayah binti Abu Bakar

Kajian ini bertujuan untuk merekabentuk alat kawalan paparan bagi bilik kawalan pusat dengan mengaplikasikan enam kod ergonomik bagi memastikan kawalan secara efektif dapat dicapai. Di samping itu, kajian juga bertujuan mengemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan panel kawalan dan paparan dalam bidang penyelamat. Skop kajian merangkumi

rekabentuk kawalan yang terdapat di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching, Sarawak. Metodologi yang digunakan adalah berdasarkan kajian kualitatif.

Terdapat dua kaedah utama dalam menjalankan kajian iaitu secara pemerhatian dan juga temuramah yang berbentuk semi struktur. Berdasarkan pemediatian yang telah

dilakukan, setiap kod ergonomik mempunyai peranan tersendiri dalam menyumbang kepada keberkesanan penggunaan butang kawalan. Hasil temuramah yang dijalankan menunjukkan bahawa rekabentuk kawalan paparan yang baru iaitu dengan mengaplikasikan enam kod ergonomik dapat membantu membuat kawalan secara efektif. Secara keseluruhannya, semua responden bersetuju bahawa kewujudan enam kod ergonomik menyumbang kepada kebolehgunaan panel kawalan. Kesimpulannya, daripada dapatan kajian, didapati bahawa kesemua enam kod ergonomik menyumbang kepada keberkesanan penggunaan panel kawalan dan juga paparan.

XI

(14)

ABSTRACT

CONTROL PANEL DESIGN: AN INSIGHT FROM CONTROL ROOMATBALAI BOMBA BA TU LINTANG KUCHING, SARA WAK

Norhidayah binti Abu Bakar

This study is to design a control panel device for centralized control room by applying six ergonomic coding to ensure effective control can be achieved. Besides,

the study also aimed to suggests on how to improve the effectiveness towards using control and display panel in rescue area. The research scope covers control design in the control room at Balai Bomba Batu Lintang Kuching. The study is used qualitative research methodology. There are two main methods to conduct the study which are observation and semi-structured interview From the observation, we found that each six ergonomic coding has its own responsibility in contributing towards the effectiveness of using controls. The interview results found that the new design of control by applying six ergonomic coding can help in producing the effective control.

As a conclusion, we found that all the six ergonomic coding designs contributing towards the effectiveness of using control and display panel, and in the same time, all the respondents agreed that the ergonomic coding design much contributed towards the usability of control and display panel.

X11

(15)

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching, Sarawak merupakan sebuah bilik yang menempatkan beberapa orang operator bagi mengawal setiap alat kawalan yang mempunyai fungsi dan kawalan yang berbeza dan memerlukan pemerhatian dan kawalan yang lebih efektif serta sempurna bagi mencapai matlamatnya. "Manusia mempunyai keupayaan yang terhad untuk menyimpan, mengingati semula, dan memanipulasi sesuatu maklumat" (Linda, Kevin, Robert, tidak dinyatakan). Melalui kenyataan ini, jelas menunjukkan bahawa persekitaran di bilik kawalan memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan keupayaan operator yang bertugas untuk mengawal sesuatu mesin, alat kawalan dan lain-lain dengan baik. Bilik kawalan pusat yang terdapat di balai bomba merupakan salah satu bilik kawalan yang memainkan peranan dalam mengawal setiap panggilan kecemasan di sesuatu tempat serta berfungsi untuk memberi arahan dan mengawal setiap operasi

anggota-anggota bomba yang ditugaskan dalam sesuatu operasi menyelamat.

1.1 Rekabentuk Alat Kawalan

Menurut Kroemer dan Grandjean (1997), terdapat prinsip enam kod dalam rekabentuk alat kawalan iaitu bentuk, saiz, tekstur, susunan, wama dan label.

I

(16)

1.1.1 Bentuk

Bentuk alat kawalan yang berbeza digunakan bagi membezakan setiap kawalan yang dibezakan melalui penglihatan (visual) dan sentuhan. Bentuk sisi yang tajam perlu dielakkan. Penyelidik telah mengkaji, dalam merekabentuk alat kawalan, pelbagai bentuk dan tekstur permukaan mempunyai pelbagai kegunaan. Pelbagai bentuk dan tekstur permukaan telah dikaji untuk pelbagai kegunaan. Gambarajah 1 menunjukkan dua bentuk butang kawalan berbeza yang terdapat pada sebuah radio di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang, Kuching. Butang 'Master' adalah berfungsi bagi mengawal kelantangan bunyi pembesar suara manakala butang

'Chime' bertüngsi bagi membunyikan loceng.

(iambarajah I: I3Cntuk hut. uiý; La\ý. il, ýu Iý, ýýI. i ýý"huaij 1,1(11() (li bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching

1.1.2 Salz

Kod salz adalah penting untuk membantu dalam membezakan jenis kawalan ketika melihat, tetapi tidak sesuai untuk membuat perbezaan berdasarkan sentuhan terhadap alat kawalan. Bagi membezakan tüngsi sesuatu alat kawalan berdasarkan salz, sehanyak tiga saiz kawalan yang berbeza dapat digunakan. Sebagai contoh, alat kawalan yang mempunyai tüngsi yang sama pada alatan yang berbeza seharusnya mempunyai saiz (Ian hentuk yang sama. Gamharajah 2 menunjukkan contoh tombol

2

(17)

kawalan yang terdapat pada sebuah radio di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching. Kesernua butang kawalan ini berfungsi bagi mengawal kekuatan hunyi yang herbeza-beza.

Gambarajah 2: Saiz butang kawalan yanb bc; rbcia pada , Jbuali radio di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching

1.1.3 Tekstur

Tekstur pennukaan pada alat kawalan juga adalah penting bagi membolehkannya dapat dikenalpasti secara mudah. Tekstur pennukaan yang kasar adalah sesuai bagi alat kawalan yang kecil kerana ia mudah digunakan apabila ia melihatkan penggunaan sarung tangan. Gambarajah 3 menunjukkan permukaan hutang kawalan yang kasar membantu pegawai bomba yang bertugas di bilik kawalan pusat Balai Bomha Batu Lintang Kuching melakukan tugasan dengan lebih tepat dan selamat kerana mudah untuk dihezakan dan dikenalpasti. Butang kawalan ini herfungsi hagi mengawal pintu kecemasan kereta-kereta bomba.

Gamharajah 3: Permukaan butang kawalan yang kasar di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching

3

(18)

1.1.4 Susunan

Susunan merupakan salah satu cara yang efektif dalam membezakan sesuatu fungsi alat kawalan bagi sesuatu situasi di mana beberapa alat kawalan perlu digunakan mengikut urutan. Dalam situasi ini, alat kawalan tersebut boleh disusun

secara menegak ataupun melintang. Gambarajah 4 menunjukkan butang kawalan yang terdapat pada sebuah radio di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang

Kuching yang disusun mengikut arah anak panah yang dilabelkan.

Gambarajah 4: Susunan butaiiy h., ýý a, am teratur di bilik kawalan pusat Bala, Bomba Batu Lintang Kuching

1.1.5 «'arna

Penggunaan warna adalah sangat berguna untuk penglihatan (visual) bagi mengenalpasti sesuatu alat kawalan beroperasi. Penggunaan warna menjadi lebih berkesan dengan menggahungkan jenis kod wama yang berbeza. Ini disebabkan oleh seseorang individu mungkin mempunyai masalah sekiranya ia melibatkan pengecaman warna atau keadaan persekitaran yang mempunyai pencahayaan yang rendah atau apahila tidak sempurna.

Kehanyakan alat kawalan yang terdapat di bilik kawalan pusat Balai Bomba E3atu Lintang Kuching herwarna hitam atau kelabu. Selain dan itu, penggunaan warna seperti warna merah, putih, jingga-kuning dan biru mungkin boleh digunakan.

Gamharajah 5 menunjukkan warna merah digunakan bagi menunjukkan fungsi

4

(19)

butang kawalan on sedang beroperasi. Butang kawalan ini terdapat pada radio di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching.

0

. ,

t

ý

l, annharalah aria mciali pada butang kaýNalan di bilik kaýkalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching menunjukkan radio sedang beroperasi

1.1.6 Label

Penggunaan label yang bersesuaian digunakan bagi mengenalpasti sesuatu kawalan.

Ini dapat dilaksanakan sekiranya label yang digunakan dapat dibaca dan difahami oleh operator. Label mestilah diletakkan pada kedudukan yang mudah dibaca, mempunyai pencahayaan yang baik dan tidak terhalang oleh objek yang lain.

Gamharajah 6 menunjukkan label yang terdapat pada alat kawalan paparan sebuah radio di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching. Label-label ini adalah bagi mengenalpasti fungsi pada setiap bahagian alat kawalan.

Gambarajah 6: Labcl hada butane kýi\\ alan scbuah radio di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching

5

(20)

Pada akhir kajian ini, aspek kebolehgunaan yang menyumbang kepada penggunaan alat kawalan secara efektif dikenalpasti. Menurut Barnum (2001), komponen-komponen kebolehgunaan adalah seperti:

" Kebolehan mempelajari (Learnability)

" Kecekapan (Efficiency)

" Kebolehan mengingati (Memorability)

" Kesalahan yang kurang (Low errors)

" Kepuasan (Sati. sfaction)

1.2 Latar Belakang Kajian 1.2.1 Pengenalan

Bahagian ini akan memperkenalkan secara meluas mengenai latar belakang kajian ini secara meluas. Oleh kerana kajian ini berkaitan dengan alat kawalan dan paparan di bilik kawalan pusat, bahagian ini akan membincangkan istilah kawalan dan paparan dan juga rekabentuknya.

1.2.2 Alat Kawalan

Mengikut piawaian International Organization for Standardization (ISO), alat kawalan juga dipanggil penggerak (activators) yang menyampaikan input kepada sesuatu alatan. Alat kawalan ini biasanya digunakan dengan menggunakan tangan ataupun kaki. Hasil daripada input kawalan yang dibuat akan dipaparkan kepada operator dalam bentuk paparan (display) atau penunjuk (indicator).

1.2.3 Ergonomik

Ergonomik merupakan aplikasi maklumat saintifik yang mengambil kira manusia dalam merekabentuk objek, sistem dan persekitaran untuk kegunaan manusia (International Ergonomic Association, 2007 diambil daripada Wikipedia, 2007). Ergonomik melibatkan rekabentuk alatan yang dapat meningkatkan

6

(21)

produktiviti dengan mengurangkan kepayahan dan ketidakselesaan seseorang operator berinteraksi dengan alatan tersebut.

Asas bagi sains ergonomik ini telah bermula dalam masyarakat Greek kuno apabila pada abad ke-5 Hellenic Civilization telah menggunakan prinsip-prinsip ergonomik dalam rekabentuk perkakas dan ruang pekerjaan (Wikipedia, 2007). Pada abad ke-19, Frederick Winslow Taylor mempelopori kaedah yang dipanggil pengurusan saintifik yang mana kaedah ini mencadangkan cara untuk mencapai kaedah yang optimum bagi melaksnakan tugasan yang diberi. Taylor mendapati bahawa beliau mampu meningkatkan tiga kali ganda hasil batu arang yang digali oleh pekerjanya dengan mengurangkan saiz dan berat alat galian itu sehingga kadar menggali yang terpantas diperolehi.

International Ergonomic Association (2007), telah membahagikan ergonomik secara meluas kepada tiga bidang iaitu ergonomik fizikal (physical ergonomic), ergonomik kognitif (cognitive ergonomic) dan ergonomik organisasi (organizational ergonomic).

" Ergonomik fizikal

Lebih tertumpu kepada tindak balas tubuh badan manusia terhadap tekanan secara fizikal dan fisiologi dalam sesuatu persekitaran.

" Ergonomik kognitif

Juga dikenali sebagai kejuruteraan psikologi yang melibatkan proses mental seperti persepsi, perhatian, kognisi, kawalan motor dan ingatan yang mana mempengaruhi interaksi antara manusia dan elemen-elemen lain di dalan sistem.

" Ergonomik organisasi

Mengambilkira dalam meningkatkan sosioteknikal sistem termasuklah struktur organisasi, polisi dan proses.

7

(22)

1.2.4 Rekabentuk Alat Kawalan

Alat kawalan merupakan medium perantaraan antara pekerja dan mesin. Oleh itu, alat kawalan perlu memenuhi beberapa kriteria bagi merekabentuk alat kawalan supaya tahap kepantasan dan ketepatan prestasi pekerja dapat ditingkatkan. Menurut Nielsen (1997), terdapat lima prinsip yang penting bagi rekabentuk alat kawalan iaitu:

" Kod kawalan (coding of controls)

Kod kawalan merujuk kepada cara kod alat kawalan bagi membezakan setiap fungsi kawalan. Bagi membolehkan alat kawalan dikenalpasti dan dapat dibezakan secara mudah, alat kawalan boleh dikod mengikut susunan, wama, saiz, bentuk, label dan tekstur.

" Jenis pergerakan kawalan (control movement stereotypes)

Jenis pergerakan kawalan merupakan pergerakan bagi alat kawalan yang mengikut dan mengawal pergerakan sesuatu paparan dan juga menghasilkan sistem gerak balas yang spesifik.

" Hubungan kawalan-paparan (control-display relationship)

Merujuk kepada darjah yang mana hubungan kawalan-paparan adalah konsisten terhadap tanggapan manusia.

" Kesesuaian kawalan-tindak balas (control-response compatability)

Dalam mengawal alat kawalan berkesinambungan, pergerakan yang spesifik bagi sesuatu alat kawalan akan menghasilkan sistem gerak balas yang berkesan.

" Kesesuaian kawalan-pemaparan (control-display compatability)

Merupakan darjah hubungan antara alat kawalan dan paparan yang mana adalah konsisten dengan tanggapan pengguna. Sebagai contoh, seseorang itu mungkin mempunyai tanggapan terhadap pergerakan alat kawalan dan juga tanggapan terhadap kesan pada paparan bergantung kepada pembentukan pergerakan yang sebelumnya.

8

(23)

1.2.5 Susunan dan Pengkelasan Alat Kawalan

Menurut Kroemer (1994), terdapat beberapa peraturan operasi (operational i7r/es) dalam menyusun dan mengumpulkan sesuatu alat kawalan iaitu:

1. Diletakkan pada kedudukan yang dapat memudahkan operasi 2. Meletakkan kawalan utama terlebih dahulu

3. Mengumpulkan kawalan yang saling berkaitan bersama 4. Menyusun mengikut urutan operasi

5. Keseragaman

6. Pengawalan terhadap pergerakan yang tidak disengajakan 7. Dikumpulkan secara kemas tetapi tidak terlalu rapat

1.2.6 Jenis-Jenis Kawalan

Alat kawalan terbahagi kepada beberapa jenis yang berbeza. Antaranya, alat kawalan diskrit (discrete control) dan alat kawalan berkesinambungan (continous control).

1.2.6.1 Alat kawalan diskrit

" Butang tolakan (push button)

Butang kawalan digunakan pada satu suis antara dua keadaan seperti keadaan kemasukan bagi aturan kawalan diskrit atau bagi melepaskan sistem mengunci.

Butang tolakan juga boleh digunakan untuk perhubungan seketika atau berlanjutan.

Gambarajah 7 di bawah merupakan salah satu contoh butang tolakan yang digunakan pada suis kawalan di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching.

9

(24)

ýý

Gambarajah 7: Butang tolakan

" Papan kekunci alphanumeric (alphanumeric keyboard)

Papan kekunci alphanumerik selalunya digunakan untuk memasukkan data kepada komputer. Gambarajah 8 menunjukkan contoh papan kekunci alphanumerik yang digunakan di hilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang Kuching.

(; ambarajah 8: Papan kekunci alphanumerik

" Suis Rocker (Rocker Switch)

Suis Rocker digunakan untuk dua kedudukan diskrit. Suis Rocker kurang menonjol daripada paparan berbanding suis toggle. Gambarajah 9 menunjukkan contoh suis Rocker yang digunakan di bilik kawalan pusat Balai Bomba Batu Lintang

Kuching.

I0

Referensi

Dokumen terkait

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor- faktor yang mempengaruhi keberkesanan kepimpinan golongan wanita dalam kumpulan pengurusan

Apakah terdapat hubungkait antara faktor-faktor dalaman organisasi (kepimpinan yang efektif, matlamat yang jelas, komunikasi berkesan, penglibatan dalam membuat

Menurut kajian yang telah dibuat oleh Cottrell (2000), dalam kajiannya yang bertajuk Employment Relations Today, menyatakan bahawa faktor utama ya n g dikenalpasti

Projek bertajuk 'Hubungan Antara Faktor Pertautan Dan Faktor Penentangan Dengan Persepsi Klien Terhadap Kaunselor' telah disediakan oleh Najidah bind Yahaya dan telah

I.S.2 Hipotesis Khusus: HoI :Tidak terdapat hubungan antara faktor demografi terpilih umur dengan tahap perhubungan perkahwinan H02 :Tidak terdapat hubungan antara faktor demografi

1.7.2 Komunikasi antara penilai dan individu yang dinilai Definisi Operasi Penerangan tentang format penilaian prestasi dan kriteria pemberian skor oleh pengurus serta memperolehi

A Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIMAS News Program Tanggungjawab Sosial Korporat “Open Up Your Eyes” KMC 4263 Praktikum Kaunseling Penyelia: Dr Jamayah Saili

Oleh atas dasar itulah, kajian ini telah dijalankan sebagai satu percubaan untuk lebih memahami kesan ICT terhadap keseimbangan kerja-kehidupan pekerja eksekutif di sebuah organisasi