1 SUKATAN PENILAIAN
PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK)
TAHAP KECEKAPAN 5 BAGI JURUTERA AWAM GRED J52
1.0 MATLAMAT
Menilai tahap kompetensi pegawai dari aspek pengetahuan, kemahiran serta ciri- ciri sikap, nilai dan etika kerja positif serta kebolehan mensintesiskan dan membimbing beberapa pasukan kerja atau melaksanakan fungsi penting sesuai dengan gred jawatan yang disandang.
2.0 TUJUAN
Untuk menilai kompetensi pegawai di Tahap Kecekapan 5 bagi membolehkan pengiktirafan dan memenuhi salah satu syarat untuk layak dipertimbangkan anjakan gaji dan/atau kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi.
3.0 PEGAWAI YANG LAYAK
3.1 Jurutera Awam Gred J52 yang menyandang jawatan secara hakiki; dan 3.2 Jurutera Awam Gred J48 yang memangku/dipinjamkan/tukar sementara
di Gred J52 dan telah lulus PTK TK4.
4.0 KOMPETENSI PERKHIDMATAN
Kompetensi perkhidmatan adalah keperluan kemahiran untuk melaksanakan tugas bagi Jurutera Awam Gred J52. Kompetensi perkhidmatan adalah seperti berikut:
4.1 Kebolehan mengurus dan menggunakan sumber
4.2 Kebolehan menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian terhadap sesuatu masalah
4.3 Kebolehan berkomunikasi dengan berkesan 4.4 Kebolehan bekerja dalam pasukan
4.5 Kebolehan mengurus masa
4.6 Kebolehan melaksana program/aktivit dalam skop tugas
2 4.7 Kebolehan melaksanakan tugas-tugas dalam bidang pengkhususan
4.8 Mempunyai nilai dan etika yang utuh serta mantap 4.9 Kebolehan mengurus diri (self management); dan
4.10 Kebolehan membantu dalam menulis laporan dan kertas kerja serta kemahiran penggunaaan statistik.
5.0 JENIS KOMPETENSI
Pegawai akan dinilai melalui dua (2) komponen iaitu Kompetensi Generik dan Kompetensi Fungsional.
5.1 Kompetensi Generik
Kompetensi Generik iaitu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki oleh setiap pegawai tanpa mengira gred jawatan dan organisasi.
Sukatan Penilaian adalah ditetapkan oleh Panel Penggubalan Sukatan Penilaian Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).
5.2 Kompetensi Fungsional
Kompetensi Fungsional iaitu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi melaksanakan bidang tugas sesuatu jawatan. Kompetensi Fungsional bagi pegawai adalah seperti berikut:
5.2.1 PERANCANGAN
• Planning of DID Projects
5.2.2 KONSEP REKABENTUK
• Konsep MSMA
• Kriteria dan konsep rekabentuk
• Kajian rekabentuk
3 5.2.3 PENGURUSAN JURUPERUNDING
• Pengenalan
• Penyediaan TOR
• Cadangan Teknikal dan Kewangan
• Penyeliaan kerja perunding
5.2.4 JAYAGUNA PROJEK
• Pengurusan jayaguna projek
• Manual Rekabentuk
• Manual O & M
5.2.5 DASAR, POLISI DAN GARISPANDUAN JPS
• Perlaksanaan, penggunaan dan aplikasi
5.2.6 TEKNOLOGI MAKLUMAT
• Pengurusan Maklumat dan Pelan Strategik ICT
• Infrastruktur ICT
• Keselamatan ICT
5.2.7 PROGRAM KUALITI
• Sistem-sistem pengurusan MS ISO 9001, EMS 14001 &
OHSAS 18001
• Penilaian Audit Prestasi
• Inovasi
5.2.8 PENGURUSAN PROJEK
• Perancangan projek
• Pengurusan projek
• Kawalan projek
• Pemantauan projek
4 5.2.9 PENGENDALIAN DAN PENYELENGGARAAN (O & M)
• Pengenalan kepada perancangan dan penyeliaan kerja-kerja O
& M.
• Perancangan program kerja-kerja O & M
• Perlaksanaan dan penyeliaan kerja-kerja O & M
5.2.10 PENTADBIRAN KONTRAK
• Pra-Kontrak
• Pasca-Kontrak
5.2.11 SALIRAN BANDAR
• Perbezaan kitaran hidrologi sebelum pembangunan dan selepas pembangunan
• “BMP” untuk kedua-dua kawalan kuantiti dan kualiti
• Senarai semak (polisi) “storm water management” untuk pembangunan hartanah
• Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan untuk rekabentuk Saliran Mesra Alam
• Kawalan Hakisan Kelodak (Hakisan, “Runoff-Control”,
“Sediment Control”)
• Kriteria Rekabentuk untuk Kolam Takungan
• Penyediaan Pelan Induk Saliran Mesra Alam untuk Bandar
• Isu-isu perlaksanaan Saliran Mesra Alam
• Strategik Plan Saliran Mesra Alam Cadangan Untuk Perlaksanaan Saliran Mesra Alam
5 5.2.12 KEJURUTERAAN PANTAI
• Struktur pantai dan kesesuaiannya
• Hakisan pantai dan kaedah pencegahan dan baik pulih hakisan
• Garispandauan Pembangunan Persisiran Pantai JPS 1/97
• Pengurusan Bersepadu Garis Pantai ( ISMP)
• Kompenan pemuliharaan muara sungai
6.0 AKTIVITI PENILAIAN
6.1 Kertas Tugasan Individu (40%)
• Kertas tersebut hendaklah disediakan berdasarkan format yang dibekalkan sebelum menghadiri sesi PPK;
• Soalan-soalan disediakan oleh Panel Penilaian PTK Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
• Kertas Tugasan perlu disediakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris berdasarkan kepada bahasa soalan; dan
• Kertas Tugasan perlu diserahkan semasa sesi pendaftaran PPK.
6.2 Penilaian Pengurusan Kerja (40%)
• Dilaksanakan dalam Bahasa Melayu;
• Tempoh penilaian adalah 20 minit bagi setiap individu;
• Tempoh persembahan adalah 10 minit dan sesi soal jawab adalah 10 minit;
• Dilaksanakan dalam bentuk viva iaitu pembentangan secara individu menggunakan format Powerpoint yang telah disahkan oleh penyelia/ketua jabatan;
• Format Powerpoint yang disediakan mestilah tidak melebihi lima (5) slaid termasuk muka depan;
• Persembahan adalah hasil dari analisa SKT yang dilaksanakan;
• Persembahan perlu menyatakan pencapaian ke atas aktiviti/program dan impak/kesan kepada jabatan; dan
6
• Aktiviti ini mengukur pencapaian pegawai sama ada dalam bentuk kerja atau projek atau aktiviti yang dibentangkan berdasarkan deskripsi tugas dan profil gred jawatan.
6.3 Kertas Renungan (20%)
• Penyediaan kertas adalah berdasarkan aktiviti sama ada lawatan/tayangan video/ceramah/kajian kes;
• Aktiviti ini menilai tahap kematangan pemikiran pegawai dalam menyelesaikan sesuatu isu atau kes;
• Kertas tersebut hendaklah disediakan berdasarkan format yang dibekalkan oleh urus setia PTK; dan
• Kertas Renungan perlu dihantar kepada urus setia PTK dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas sesi terakhir PPK.
7.0 TEMPOH PENILAIAN Minimum lima (5) hari.
8.0 TAHAP KESUKARAN
Sintesis iaitu kebolehan menyatukan bahan-bahan yang dipelajari kepada satu kesatuan/rumusan.
9.0 PENETAPAN KEPUTUSAN
Keputusan bagi setiap komponen akan ditentukan seperti berikut:
Gred Keputusan Penjelasan
A Cemerlang
B Baik
C Memuaskan
D Sederhana
7 Manakala keputusan keseluruhan akan dibahagikan kepada empat (4) tahap seperti berikut:
Tahap
Keputusan Penjelasan Catatan
Aras IV
Lulus/Melepasi Tahap Kompetensi pada aras
kecemerlangan
Memenuhi satu daripada syarat untuk dipertimbangkan Anjakan
Gaji dan kenaikan pangkat
Aras III Lulus/Melepasi Tahap Kompetensi
Memenuhi satu daripada syarat untuk dipertimbangkan
kenaikan pangkat Aras II Lulus Bersyarat Menduduki semula komponen
yang berkaitan Aras I Tidak Melepasi Tahap
Kompetensi Mengulangi keseluruhan PTK
10.0 PENILAI/PEMERIKSA
Panel Penilai dan Pemeriksa adalah terdiri daripada Pegawai Gred J54 dan ke atas yang dilantik oleh Pengerusi Panel Penilaian PTK Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) berdasarkan pencalonan oleh Panel Penilaian PTK Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
11.0 PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Urus Setia PTK Jabatan Pengairan dan Saliran Malayisia.
12.0 PUSAT PENILAIAN
Pusat penilaian akan ditentukan oleh Urus Setia PTK Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
8 13.0 TARIKH AKHIR PERMOHONAN
Permohonan mesti diterima oleh Urus Setia PTK Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) selewat-lewatnya enam (6) minggu sebelum tarikh PPK dilaksanakan.
14.0 SENARAI BAHAN RUJUKAN
14.1 Manual Pengairan dan Saliran Malaysia Edisi 2009 14.2 Manual Saliran Mesra Alam
Disediakan Oleh:
Urus Setia PTK
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Julai 2009