• Tidak ada hasil yang ditemukan

jabatan pengairan dan saliran malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "jabatan pengairan dan saliran malaysia"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

(Department of Irrigation and Drainage, Malaysia) KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

(Ministry of Natural Resources and Environment) JALAN SULTAN SALAHUDDIN

50626 KUALA LUMPUR MALAYSIA

http://www.water.gov.my Tel: 03-26972828 Fax: 03-26987973,26972411,26971025 Email:[email protected]

( 20 )dlm.PPS10/10/29 JLD.7

14 Disember 2009

Semua Pengarah Bahagian Semua Pengarah JPS Negeri Semua Jurutera Projek

Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT ARAHAN KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

PEMATUHAN SURAT PEKELILING JPS BIL.2/2008 – PERATURAN MENGENAI ARAHAN PERUBAHAN KERJA DAN PELARASAN HARGA BAGI KONTRAK KERJA _________________________________________________________________________

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah didapati terdapat banyak kes-kes permohonan KPK yang dikemukakan ke Jawatankuasa Perubahan Kerja (JKPK) peringkat Ketua Pengarah/ Timbalan Ketua Pengarah/ Pengarah Bahagian/Projek setelah Perubahan Kerja dilaksanakan dan bagi sesetengah kes di mana setelah projek telahpun siap. Perkara ini adalah bercanggah dengan apa yang termaktub di dalam Pekeliling JPS Bil.2/2008 mengenai Peraturan Mengenai Arahan Perubahan Kerja dan Pelarasan Harga Bagi Kontrak Kerja.

i) Para 4.1 yang menyebut;

“Bagi memastikan prosedur Jabatan selaras dengan peruntukan Arahan Perbendaharaan (AP) 202.2, P.P hendaklah memastikan bahawa kerja tersebut mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi menampung perbelanjaan tambahan sebelum arahan perubahan kerja dikeluarkan dan kelulusan ke atas kerja tersebut hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Jawatankuasa/ pihak berkuasa yang berkenaan”

(2)

ii) Para 1.1 Garispanduan Mengenai Pelaksanaan Peraturan Arahan Perubahan dan Pelarasan Harga bagi Kontrak Kerja di dalam Pekeliling tersebut yang berbunyi;

“Arahan Perbendaharaan 202.2 memperuntukkan bahawa kelulusan hendaklah diperoleh terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa/ Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja bagi sesuatu permohonan perubahan kerja.”

4. Memandangkan SPJPS Bil.2/2008 telah digubal berdasarkan SPP Bil.7/2007 dan AP 202, pihak Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah diingatkan supaya mematuhi sepenuhnya peraturan di dalam SP JPS tersebut. Tindakan surcaj akan dikenakan terhadap mana- mana pegawai yang bertanggungjawab sekiranya gagal mematuhi arahan Pekeliling/

Garispanduan tersebut.

5. Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan untuk memaklumkan kepada semua pegawai dibawah seliaan termasuk Jurutera Daerah adalah diharapkan bagi memastikan kelulusan keatas Perubahan Kerja (KPK) hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum Arahan Perubahan Kerja dikeluarkan dan dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

s.k : - Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JPS Malaysia - Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPS Malaysia

- Pengarah, Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak - Juruukur Bahan Ibu Pejabat

Referensi

Dokumen terkait

6.1 Ringkasan Sebutharga hendaklah menjadi sebahagian daripada Sebutharga ini. 6.2 Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga yang dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk

Bagi memastikan aset disenggarakan dengan baik, setiap Jabatan/Agensi Negeri hendaklah memastikan senarai aset yang memerlukan penyenggaraan disediakan dengan lengkap

Bagi memastikan aset disenggarakan dengan baik, setiap Jabatan/Agensi Negeri hendaklah memastikan Senarai Aset Yang Memerlukan Penyenggaraan disediakan dengan lengkap

Penemuan Audit 1 Penemuan Audit 1 Dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti SPK yang dibangunkan oleh JPS – Malaysia – BSAH adalah merangkumi Manual Kualiti, Kualiti Polisi dan Objektif,

Page 6, Clause 6 Insert immediately after Clause 6, the new Clause 6A as follows :- 6A In the event of the Government commencing any action against the Contractor in respect of this

METODOLOGI i Kajian ini dijalankan secara primier melalui borang soalselidik dengan menyediakan soalan yang diedarkan kepada pelanggan dan stake holder bermula pada 1 September

Semua petender adalah dinasihatkan supaya menggunakan senarai semakan ini bagi menyemak tender mereka sebelum perkara yang perlu diambil Namun begitu, adalah menjadi tanggungjawab

CABARAN INOVASI RIVER RIDERS - BAMPILE Perbandingan BAMPILE dan Cerucuk Bakau BAMPILE Cerucuk Bakau Bekalan buluh mudah didapati Sumber terhad Kaedah ini tidak memerlukan kos