Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
Tung Seang (kiri) pada sidang akhbar di George Town hari ini.
Jual durian dalam talian di Jom Beli Online
Oleh SAFINA RAMLI 20 Mei 2021, 3:41 pm
GEORGE TOWN – Menjelang musim durian tiba tidak lama lagi, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menjemput peniaga durian dan pemilik ladang untuk menyertai perniagaan dalam talian melalui platform Jom Beli Online (JBO@MBPP) untuk memudahkan mereka menjual durian kepada orang ramai.
Datuk Bandar MBPP, Ar. Yew Tung Seang berkata, para peniaga juga digalakkan untuk menyewa gerai bagi menjual raja buah itu di pasar awam dan kompleks perniagaan yang disediakan oleh MBPP.
“Memandangkan kini telah masuk ke musim durian, para peniaga durian dan pemilik ladang durian digalakkan untuk berniaga secara atas talian melalui platform JBO@MBPP.
“Peniaga-peniaga durian dan pemilik kebun durian juga boleh memilih untuk menjalankan perniagaan secara hibrid iaitu melalui JBO@MBPP (secara atas talian) dan juga initiatif-initiatif lain MBPP iaitu Bisnes dari ladang (BFF), bisnes dari kedai (BFS) dan bisnes dari gerai (BFG),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
Menurut Tung Seang, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkuatkuasakan di negara ini bagi kali ketiga telah menghadkan pergerakan orang awam dan menjejaskan perniagaan para peniaga.
“Plarform perniagaan secara dalam talian ini akan membantu peniaga dan penjaja meningkatkan jualan mereka terutama ketika PKP,” katanya.
Mereka yang memerlukan nasihat mengenai cara memulakan perniagaan menggunakan platform JBO@MBPP boleh menghubungi pasukan transformasi digital MBPP ditalian 011-26516403 atau mendaftar melalui laman web https://jbo.mbpp.gov.my. – K! ONLINE