• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Brig. Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis Sempena Majlis Makan Malam Majlis Kerjasama Ketua-Ketua Pusat Pengajaran dan Pembelajaran IPTA Malaysia (Magnetic) dan Petmal Oil Holding (M) Sdn. Bhd.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Ucapan Brig. Jeneral Dato’ Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis Sempena Majlis Makan Malam Majlis Kerjasama Ketua-Ketua Pusat Pengajaran dan Pembelajaran IPTA Malaysia (Magnetic) dan Petmal Oil Holding (M) Sdn. Bhd."

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Disediakan oleh UPP – Edited Unit Media Page 1

TEKS UCAPAN

Y. BHG. BRIG. JEN. DATO’ PROF. DR. KAMARUDIN BIN HUSSIN NAIB CANSELOR

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA

MAJLIS MAKAN MALAM

MAJLIS KERJASAMA KETUA-KETUA PUSAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IPTA MALAYSIA (MAGNETIC) DAN PETMAL

OIL HOLDINGS (M) SDN BHD 28 DISEMBER 2011

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera

Yang Berbahagia, Prof. Dr. Baharuddin Bin Aris, Pengerusi (MAGNETIC),

Yang Berbahagia Dato Paduka Long Mohd Noor Affendi Long Ibrahim, Ketua Pengarah Eksekutif Petmal Oil Holdings Sdn. Bhd.

Yang Berbahagia Dato’ Mohd Ariff Amran Hmdi, Pengarah Eksekutif Petmal Oil Holdings Sdn. Bhd.

(2)

Disediakan oleh UPP – Edited Unit Media Page 2

Yang Berbahagia Scientia Professor Dr. Veena Sahajwalla, Director Centre for Sustainable Materials Research & Technology, University of New South Wales

Yang Berbahagia, Prof. Dr. Zul Azhar Bin Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor UniMAP (Akademik & Antarabangsa)

Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniMAP

Yang Berusaha, Dr. Ku Mohd Nabil Bin Ku Hamid@Ku Ismail, Pengarah Unit Pengajaran dan Pembelajaran,

Yang Diraikan Ketua-ketua Pusat Pengajaran dan Pembelajaran IPTA Malaysia Ketua-Ketua Jabatan Pengajian Tinggi (JPT),

Ketua-Ketua Akademik Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Deligasi dari Petmal Oil Holdings Sdn. Bhd.

Sekretariat MAGNETIC dari (Universiti Teknologi Malaysia), Sekretariat UniMAP dan seterusnya hadirin hadirat sekalian.

(3)

Disediakan oleh UPP – Edited Unit Media Page 3

Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali, Selamat datang kami ucapkan,

Moga diiring restu Ilahi.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T di atas rahmat dan inayahNya dapat kita bersama-sama berkumpul pada malam yang sungguh indah dalam satu suasana yang ceria dan bermakna buat kita semua.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir. Saya amat berbesar hati dengan kehadiran semua Ketua-ketua Pusat Pengajaran dan Pembelajaran seluruh IPTA Malaysia, Ketua-Ketua Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), dan Ketua-ketua Akademik Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) serta delegasi dari Petmal Oil Holdings Sdn. Bhd kerana dapat hadir dan berkumpul di majlis yang berbahagia ini.

Hadirin sekalian,

Sepertimana yang kita sedia maklum, Majlis Kerjasasama Ketua- Ketua Pusat Pengajaran Dan Pembelajaran IPTA Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAGNETIC, memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dan penambahbaikan sistem

(4)

Disediakan oleh UPP – Edited Unit Media Page 4

pengajaran dan pembelajaran untuk digunapakai semua IPTA di Malaysia.

Dengan kewujudan MAGNETIC, saya percaya mutu dan sistem pendidikan tinggi di negara ini akan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa setaraf dengan negara-negara maju, sekaligus dapat menjadikan Malaysia sebagai hub atau pusat rujukan ilmu pengetahuan di Asia mahupun dunia.

Di UniMAP juga, kita mempunyai unit yang bertanggungjawab memantau dan memastikan sistem pengajaran dan pembelajaran mengikuti kehendak semasa pendidikan tinggi. Unit Pengajaran dan Pembelajaran UniMAP ditubuhkan pada 7 Jun 2004 dan diletakkan di bawah Jabatan Canselori, yang dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM).

Fokus utama Unit Pengajaran dan Pembelajaran ialah untuk memantau perkembangan tenaga akademik dengan mengadakan bengkel, kursus dan juga Program Pensijilan Pengajaran IPT menggunakan modul baru iaitu Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran sebagai pendekatan kepada pensyarah-pensyarah untuk lebih komited dalam meningkatkan lagi tahap profesionalisme tenaga akademik.

Selain itu, unit ini juga memberi tumpuan dalam pembangunan pelajar-pelajar dengan menyediakan khidmat bimbingan kaunseling kepada pelajar-pelajar secara berterusan untuk membentuk kepercayaan terhadap potensi diri, cara, gaya dan belajar kearah merealisasikan misi dan visi UniMAP. Antara

(5)

Disediakan oleh UPP – Edited Unit Media Page 5

pendekatan yang digunakan ialah Kaunseling Individu, Kelompok, Psiko-sosial serta bimbingan akademik dan kerjaya. Kursus-kursus untuk para pelajar juga disediakan untuk meningkatkan kemahiran para pelajar selaras dengan hasrat universiti untuk melahirkan pelajar-pelajar cemerlang khusus dalam bidang kejuruteraan di masa akan datang.

Hadirin sekalian,

Saya percaya melalui mesyuarat yang diadakan seperti ini dapat membuahkan pelbagai ide dan pandangan dalam merangka sistem pembelajaran yang berkesan demi untuk melahirkan modal insan kamil yang mampu mencerna kreativiti dan mencetus inovasi seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam ucapannya semasa pembentangan budget 2012 baru-baru ini. Saya yakin ini akan menjadi platform terbaik untuk mengukuhkan lagi kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran supaya penyampaiannya lebih relevan dengan perubahan pendidikan pada masa kini.

Akhir kata, saya berharap melalui perbincangan kali ini lebih banyak penambahbaikan dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia akan dapat ditingkatkan.

Saya mewakili semua warga UniMAP ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam perlaksanaan majlis ini. Sesungguhnya ‘Yang baik itu datang dari Allah SWT, yang buruk itu dari kelemahan kami, warga UniMAP itu sendiri’.

(6)

Disediakan oleh UPP – Edited Unit Media Page 6

Sekian. Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Terlebih Dahulu Patik Bagi Seluruh Warga Kerja UniMAP Ingin Merafak Sembah, Menjunjung Kasih Yang Tidak Terhingga Di Atas Perkenan Duli Tuanku Berdua Bercemar Duli Berangkat Ke Majlis

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan ke hadhrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, dapat kita sama-sama berkumpul pada malam ini dalam meraikan para atlet dan pengurusan

Marilah kita bersama menadah tangan mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya, dapat kita berkumpul di Kampus Tetap Universiti Malaysia Perlis UniMAP bagi

3 Hadhirin dan hadhirat sekalian, Bersempena dengan Tema Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada tahun ini iaitu, Keselamatan Di Jalan Raya, saya merasakan aktiviti Safety

Saya percaya dan yakin dengan kelebihan yang dimiliki oleh para penyelidik di hadapan saya ini, UniMAP bakal meraih kejayaan yang cemerlang sekaligus menyerlahkan keterlihatan

Bahagian Media PNC – Shafinaz – Page 4 Alhamdulillah terdapat peningkatan yang baik dari tahun ke tahun dan saya yakin dengan teknologi yang dimiliki UniMAP serta kepakaran yang ada

Yang Berhormat Kol K Dato’ Azizan bin Hamid, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Yang Berbahagia Sahibus Samahah Dr Juanda bin Hj Jaya, Mufti Negeri Perlis, Yang Berhormat Tuan Romli

Izinkan juga saya untuk menitip ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada JKKK Kampung Permatang Limau Manis kerana memberi peluang dan kesempatan untuk kami mengadakan program